AKTIVITI 1
Data yang perlu dikumpulkan
Bilangan murid keseluruhan: 401 murid
Bil Kelas Mel/Bumi India Orang Asli Lain-lain
Bangsa
Jumlah Jumlah Jumlah
Besar
L P L P L P L P L P
1 1 Cerdik 9 10 1 - 4 3 - 1 14 14 28 582 1 Bijak 10 9 2 1 4 3 1 - 17 13 30
3 2 Cerdik 7 16 - 1 - 3 - - 7 20 27 51
4 2 Bijak 5 5 1 1 8 4 - - 14 10 24
5 3 Cerdik 11 20 1 1 2 1 - - 14 22 36 70
6 3 Bijak 10 12 - 2 7 3 - - 17 17 34
7 4 Cerdik 6 16 2 - 2 2 - - 10 18 28 49
8 4 Bijak 8 1 1 1 7 3 - - 16 5 21
9 5 Cerdik 13 15 1 1 2 6 - - 16 22 38 60
10 5 Bijak 9 4 1 - 5 2 1 - 16 6 22
11 6 Cerdik 15 13 1 4 1 3 - - 17 20 37 69
12 6 Bijak 10 4 - 2 10 6 - - 20 12 32
13 Pra 1 9 10 2 2 1 - - 1 12 13 25 44
14 Pra 2 9 9 1 - - - - - 10 9 19
131 144 14 16 53 39 2 2 200 201
401
Jumlah Besar275 30 92 4 401
Bilangan bilik darjah: 14 buah termasuk Pra.
Jumlah murid dalam kelas: 19-38 orang murid
Saiz kelas :
Bilangan guru : 32 Orang
1
Lelaki (7 orang) Perempuan (25 orang)
Nama SekolahSekolah Kebangsaan Bidor,Jalan Sungkai,35500 Bidor,Perak
Kedudukannya(Pilih satu) Bandar
Luar Bandar
AKTIVITI 2
BILIK DARJAH TAHUN 3 CERDIK
mojixeta111mojixeta111
Petunju
Petunjuk
2
Meja guru Meja tambahan
Meja murid Sudut bacaan
Papan putih
BILIK DARJAH TAHUN 3 BIJAK
1) Nyatakan bagaimana alat hasil pengajaran dan pembelajaran diletakkan ke kelas dan
bagaimananya digunakan.
Digantung di segenap ruang dan terdapat sudut dan penjuru bagi bahan setiap
matapelajaran untuk menarik perhatian murid serta menceriakan kelas.
Digunakan apabila terdapat murid yang kurang faham tentang sesuatu
pembelajaran dan dapat merujuk kepada alat hasil pengajaran dan
pembelajaran tersebut.
2) Apakah bahan yang murid boleh gunakan bila mereka memerlukan?
3
Bahan yang murid boleh gunakan apabila mereka memerlukan ialah buku teks
yang telah disediakan dan buku rujukan yang terdapat di perpustakaan serta
bahan hasil pembelajaran yang ditampal di dinding belakang.
3) Sejauh mana pergerakan murid dibenarkan?
Pergerakan murid dibenarkan apabila hendak menghantar buku
latihan,mengambil buku latihan, ke tandas, mengasah pensil, minum air dan
pergi ke hadapan untuk menjawab soalan.
4) Kenalpasti caramana murid diletakkan dalam kumpulan.
Kelas Tiga Bijak Kelas Tiga Cerdik
Murid diletakkan secara bertiga
dan berdua.Murid-murid duduk
mengikut jantina tidak mengira
agama dan bangsa.
Murid diletakkan secara berdua-
duan dan bertiga-tiga mengikut
jantina tanpa mengira bangsa
dan agama.
5) Apakah perbezaan yang terdapat pada kedua-dua kelas?
Bilangan Murid
Seramai : 34 Orang Murid
Lelaki : 17 Orang Murid
Perempuan : 17 Orang Murid
Bilangan Murid
Seramai : 36 Orang Murid
Lelaki : 14 Orang Murid
Perempuan : 22 Orang Murid
Kecerian Kelas
Kelas diceriakan oleh alat bantu
pengajaran dan pembelajaran yang
diletakkan di sudut tepi kelas.
Kecerian Kelas
Alat bantu pengajaran dan
pembelajaran digantung di segenap
sudut dan ianya menambahkan
kecerian kelas.
4
Apakah yang membuatkan ianya berbeza?
Yang membuatkan ianya nampak berbeza kerana kelas 3 cerdik terdiri
daripada murid yang cergas dan cerdik berbanding dengan kelas 3 Bijak yang
terdiri daripada murid yang lemah dalam pelajaran.
Kebayakkan murid kelas 3 Cerdik lebih berminat untuk mengikuti pelajaran
dari awal hingga akhir. Ini berbeza dengan kelas 3 Bijak kerana segelintir
murid kelas ini lebih kepada bermain dalam kelas.
Kecerian kelas 3 Cerdik menyebabkan kelas nampak tenang dan cantik serta
menjauhkan kepada perasaan tegang. Kelas 3 Bijak kecerian kelas kurang
berbanding dengan kelas 3 Cerdik.
AKTIVITI 3
Soalan 1
Apakah peraturan sekolah dan bilik darjah
Setiap sekolah mempunyai peraturan sekolah yang perlu dipatuhi oleh murid-murid.
Peraturan diwujudkan bertujuan untuk mendidik murid-murid supaya berkelakuan baik,
menghormati orang lain dan mempunyai disiplin yang baik. Ini adalah sebahagian
daripada peraturan tersebut yang wajib dipatuhi oleh murid-murid:
Bil Peraturan –peraturan Sekolah
1 Mengenai kehadiran murid
2 Sahsiah diri(Mesti mematuhi peraturan sekolah serta bekerjasama dengan sekolah &
pengawas)
3 Semasa perhimpunan
4 Dari segi pakaian lelaki dan perempuan(pakaian seragam sekolah, memakai lencana
sekolah)
5 Bilik darjah(murid bertanggungjawab di atas kebersihan & kecerian dan menjaga
perkakas di dalamnya)
6 Tempat makanan/kantin( beratur semasa membeli makanan dsb)
7 Tempat meletak basikal dan motosikal(diletakkan teratur di tempat yg ditetapkan)
5
8 Pusat sumber sekolah(Dilarang membuat bising & menconteng /mengoyak buku di
PSS)
9 Pinjaman buku teks kerajaan(SPBT)(Buku yang hilang/rosak hendaklah diganti)
10 Perkakasan sekolah(Tidak boleh digunakan tanpa kebenaran guru)
11 Pergerakan sekolah (mesti memasuki badan-badan sukarela sekolah, kelab dan
persatuan anjuran sekolah)
12 Pergerakan luar sekolah(Tidak boleh memasuki pasukan luar tanpa kebenaran pihak
sekolah)
13 Kesalahan berat(Surat pekeliling Iktisas Bil 9/1975 K.P 8543/Vol.2(55)
14 Tingkahlaku tidak berdisiplin yang perlu dijauhi
i. Tingkahlaku Jenayah(Mencuri,memeras ugut dsb)
ii. Tingkahlaku lucah (Berkhalwat, bercumbu-cumbuan dsb)
iii. Kekemasan diri. (Berambut panjang,berkuku panjang dsb)
iv. Tingkahlaku tidak mementingkan masa(datang lewat ke sekolah)
v. Tingkahlaku kurang sopan dan biadap(berbahasa kesat,menghisap rokok)
vi. Tingkahlaku musnah(merosakkan harta benda sekolah,guru-guru & kantin)
vii. Tingkahlaku tidak jujur/menipu(melibatkan wang,kepercayaan)
viii. Ponteng (kelas, sekolah, perhimpunan, ujian dsb)
15 Bentuk-bentuk hukuman yang boleh dikenakan(kebenaran Guru Besar)
i. Nasihat
ii. Amaran dan rotan sekali(Surat ibubapa)
iii. Rotan 2 kali
iv. Rotan 3 kali
v. Digantung sementara persekolahan
vi. Ditukarkan ke sekolah lain
vii. Dibuang sekolah
viii. Dilaporkan kepada pihak polis
16 Peraturan lalu lintas
Murid-murid hendaklah mematuhi peraturan lalulintas yang ditetapkan oleh Jabatan
Pengangkutan Jalan, Majlis Keselamatan Negara dan Polis Diraja Malaysia.
17 Keluar kawasan sekolah-Mesti dengan kebenaran guru besar dan surat kebenaran
6
daripada pihak sekolah.
Bil Peraturan-peraturan Bilik Darjah
1. Bilik darjah mestilah dibersihkan dan dikemaskan sebelum waktu pelajaran pertama
bermula
2. Murid-murid hendaklah menjalankan tugas membersihkan dan mengemaskan bilik
darjah mengikut jadual tugas yang telah ditetapkan.
3. Murid-murid tidak dibenarkan membuat bising di dalam bilik darjah.
4. Murid-murid tidak dibenarkan makan atau minum di dalam bilik darjah
5. Setiap murid hendaklah membuat tugasan sendiri atau membaca buku semasa
ketiadaan guru dalam kelas.
6. Murid-murid tidak dibenarkan menulis atau bermain dengan kapur tulis kecuali
diarahkan guru.
7. Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan bilik darjah tanpa kebenaran guru.
8. Murid-murid tidak dibenarkan membawa alatan permainan dan benda-benda tajam
seperti pisau dan gunting.
9. Murid-murid dilarang mencoteng dinding, meja, papan tulis dan papan kenyataan.
10. Murid-murid dilarang duduk di atas meja kecuali diarah oleh guru
11. Murd-murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas pada waktu rehat.
12. Murid-murid tidak dibenarkan pergi ke tandas dalam tempoh satu jam selepas rehat
13. Semua murid mesti sentiasa berpakaian bersih, kemas dan tidak berbau busuk.
Soalan 2
Apakah cara yang digunakan supaya murid tahu akan peraturan-peratuaran tersebut?
1 Cara yang digunakan supaya murid tahu peraturan-peraturan tersebut adalah
7
dengan meletakkan peraturan tersebut di kelas dan di papan kenyataan.
2 Guru juga memain peranan dengan memberitahu peraturan-peraturan tersebut di
dalam perhimpunan ataupun di dalam kelas.
3 Pihak sekolah juga menyediakan buku panduan disiplin dan peraturan sekolah
kepada murid. Buku tersebut ada dijual di koperasi sekolah dengan harga RM1.00
sebuah.
Soalan 3
Buat pemerhatian bagaimana ianya ditangani di sekolah?
o Ianya ditangani di sekolah dengan memberi nasihat terlebih dahulu
o Andai kata murid melakukan kesalahan tersebut secara berulang-ulang, pihak
sekolah akan menghantar surat kepada ibubapa untuk datang ke sekolah berjumpa
dengan guru.
o Jikalau kesalahan tersebut menjadi satu jenayah, pihak polis akan dipanggil.
AKTIVITI 4
Umur Murid : 9 Tahun
1) Bagaimanakah murid memberi tumpuan?
Bil Guru (Major) Guru (Mata pelajaran lain)
1 Murid memberi perhatian dengan
sepenuhnya terhadap penerangan guru.
Murid mendengar dengan teliti
pengajaran oleh guru
2 Murid memerhati pergerakan dan cara
penyampaian guru
Murid memerhatikan pergerakan dan
cara penyampaian guru
3 Murid menghafaz dan mengulangi apa
yang diajar oleh guru
Murid menyebut secara berulang kali
pengajaran daripada guru.
8
2) Bagaimana penglibatan murid dalam perbincangan?
Bil Guru (Major) Guru (Mata pelajaran lain)
1 Murid mahu menjawab soalan yang
dikemukan.
Murid cuba menjawab soalan yang
diberi.
2 Murid mahu menanyakan soalan tentang
pengajaran yang diajar.
Murid cuba bertanya soalan terhadap
pengajaran yang kurang difahami
kepada guru.
3 Murid mahu bekerjasama dalam
penglibatan perbincangan dan
bersemangat
Murid cuba berkomunikasi dengan
guru dalam perbincangan.
3) Bagaimana guru memberikan penekanan dalam pengajaran?
Bil Guru (Major) Guru (Mata pelajaran lain)
1 Guru menerangkan pengajaran kepada
murid-murid secara berulang-ulang.
Guru memberitahu kepentingan
pengajaran secara terperinci.
2 Guru memberikan contoh-contoh yang
senang.
Guru memberikan contoh yang
pelbagai sesuai dengan tahap murid-
murid
3 Guru bertanya soalan pengajaran kepada
murid-murid secara rawak.
Guru lebih memberi penekanan pada
murid yang lemah dalam pengajaran.
4) Adakah sesuatu arahan itu diberi dengan jelas? Terangkan.
Bil Guru (Major) Guru (Mata pelajaran lain)
1 Ya, sangat jelas dan sesuai dengan tahap
kefahaman murid-murid.
Ya, sangat jelas kerana arahannya
adalah ringkas dan padat.
2 Murid melakukan perbuatan seperti yang
diarahkan oleh guru.
Murid memahami arahan guru dengan
melaksanakannya dengan baik.
3 Murid memberi tindakbalas yang baik Murid memberi tindakbalas yang baik
9
terhadap arahan guru. terhadap arahan guru.
5) Bagaimana arahan diberikan kepada murid supaya menjalankan tugas dengan efektif?
Bil Guru (Major) Guru (Mata pelajaran lain)
1 Menyampaikan sesuatu arahan dengan
jelas dan mudah difahami
Memberi arahan yang jelas
2 Memerhati murid membuat tugasan yang
diberi
Memerhati murid membuat tugasan
yang diberi
3 Membantu murid membuat tugasan
apabila terdapat sesuatu masalah
Mengajar murid membuat tugasan
apabila kurang faham.
6) Bagaimana cara guru mengendalikan masalah disiplin dan keadaan semasa murid
yang telah siap tugasan/tiada tugasan?
Bil Guru (Major) Guru (Mata pelajaran lain)
Apabila Siap Tugasan Apabila Siap Tugasan
1 Murid disuruh menghantar tugasan Murid diarah menghantar tugasan
2 Murid disuruh menghafaz pelajaran yang
baru belajar
Murid disuruh mengulangkaji
pelajaran yang telah diajar
3 Membantu kawan yang lemah Membantu kawan yang lemah
Apabila TiadaTugasan
1 Guru mengajar dihadapan murid
2 Bersoal jawab di antara guru dan murid tentang mata pelajaran
7) Bagaimanakah guru menguruskan murid dari satu aktiviti kepada aktiviti yang lain?
10
Bil Guru (Major) Guru (Mata pelajaran lain)
1 Mempunyai aras yang senang kepada aras
yang lebih susah
Tidak menggunakan sistem aras tetapi
lebih kepada pemahaman murid.
2 Apabila murid mula dapat menerima
pengajaran
Beralih kepada aktiviti lain apabila
murid faham apa yang diajar.
3 Lebih kepada aktiviti yang tidak
membebankan murid
Mempelbagaikan aktiviti bagi
menarik minat murid.
8) Bagaimanakah guru menyediakan murid supaya menyiapkan tugasan yang diberi?
1 Guru memerhati dan memeriksa tugasan murid
2 Latihan yang diberikan tidak terlalu membebankan murid-murid
3 Memberi lebih perhatian kepada murid yang mempunyai masalah dalam
menyiapkan tugasan.
9) Bagaimanakah guru menamatkan pengajarannya?
Guru memungut buku latihan yang disiapkan tugasan oleh murid dan tidak
sempat siap disambung di rumah.
Memberi tumpuan lebih kepada pelajar yang lemah berbanding yang
cerdik.
Memastikan pelajar faham akan apa yang diajar pada hari itu lebih-lebih
lagi pelajar-pelajar yang lemah.
Sebelum keluar kelas bertanya kepada murid ada pelajaran yang tidak
faham.
AKTIVITI 5
Kemahiran Profesional dan Kemahiran Mengajar.
1) Penggunaan soalan- Pelbagaikan bentuk soalan mengikut daya kreativiti guru itu
sendiri.
- Soalan juga mesti sesuai dengan tahap pemahaman murid
- Menggunakan soalan yang lepas dan terkini.
11
2) Memberi penerangan- Memberi penerangan dengan lebih terperinci dengan
menggunakan ayat yang mudah dan boleh diterima oleh tahap
penguasaan murid.
3) Pergerakan penyampaian dalam pemgajaran- Pergerakan penyampaian yang baik
dapat menarik minat murid terhadap
pelajaran dan mengambil contoh-
contoh hanya di sekitar kelas sahaja
supaya murid-murid memahami apa
yang di pelajarinya.
4) Penggunaan alatan – Untuk membantu murid dalam memahami pelajaran yang
kurang difahami seperti kad imbasan, kaset, alat pandang
dengar, komputer, internet, gambar, cd dan sebagainya.
5) Respon kepada kerja murid- Guru hendaklah sentiasa memeriksa dan meneliti tugasan
murid yang telah diberikan.
6) Penggunaan suara dan ‘eye contact’- Penggunaan suara yang lantang dan jelas serta
eye contact yang baik.
7) Pergerakan badan – Pergerakan badan yang sesuai digunakan dalam menyampaikan
sesuatu maklumat atau pengajaran agar murid dapat memahami
dengan baik dan guru bukan sahaja berlegar depan sahaja malah
berlegar keseluruhan kelas.
Skala : 5 : Amat Baik 4 : Baik 3 : Memuaskan
2 : Kurang Memuaskan 1 : Lemah
12
Bil Kemahiran Profesional & Kemahiran Mengajar
Guru Major Guru Matapelajaran Lain
1. Penggunaan Soalan 5 4
2. Memberi Penerangan 4 4
3. Pergerakan penyampaian dlm pengajaran
4 4
4. Penggunaan alatan 5 4
5. Respons kepada Kerja murid 4 4
6. Penggunaan Suara & “eye contact” 4 4
7. Pergerakan Badan 4 4
AKTIVITI 6
Bil Kekuatan Kelemahan Persamaan Kelainan
1. Murid tahun 3 Cerdik lebih berminat untuk belajar.
Murid tahun 3 Bijak lebih banyak bermain di dalam kelas
Penerangan tentang sesuatu pengajaran adalah sama
Tahap IQ atau kefahaman murid adalah berbeza antara satu sama lain
2. Keceriaan kelas Kelas kurang ceria Bilangan Murid Persekitaran kelas
13
tahun 3 cerdik memberi ketenangan kepada murid
menyebabkan murid cepat tension dan boring berada di dalam kelas.
Tahun 3 cerdik dan bijak adalah lebih kurang sama
tahun 3 cerdik dan Bijak adalah berbeza.
Apa yang dapat saya pelajari:
Setiap murid di tahun tiga mempunyai pelbagai tingkah laku sama ada lincah, pendiam, nakal, pasif dan sebagainya.
Murid tahun tiga walaupun umur mereka adalah sebaya tetapi tahap IQ atau kefahaman mereka adalah berbeza. Ada yang cepat memahami sesuatu pengajaran, ada yang sederhana dan ada yang lemah tahap pemahamannya.
Oleh itu, guru memain peranan dalam mendidik mereka semua tanpa ada perasaan jemu, putus asa dan pilih kasih.
KEMUDAHAN FIZIKAL DAN PERALATAN
Bil Bentuk kemudahan/alatan Ada/Tiada Cadangan
1 Makmal Teknologi Maklumat dan
Komputer (ICT)
Ada o Semua murid perlu diberi
peluang untuk
menggunakannya
2 Pusat Sumber Sekolah Ada o Lebih banyak buku bacaan
perlu dibekalkan ke sekolah
3 Surau Ada o Keceriaan surau perlu di
tambahkan lagi.
o Sentiasa menjaga
kebersihan dan kekemasan
di dalam surau.
o Menjaga kelakuan apabila
berada di dalam surau.
4 Bilik j-QAF Ada o Banyakkan lagi alat bantu
mengajar.
o Bilik perlu dihiaskan lagi
supaya lebih ceria.
5 LCD Ada o Perlu diletakkan di setiap
kelas untuk menarik minat
14
pelajar untuk belajar.
6 Bilik KHB Ada o Perlu dihias cantik untuk
menarik minat murid lemah
untuk belajar.
7 Bilik Muzik Ada o Perlu dihias dengan cantik
dan alatan muzik hendaklah
ditambah.
8 Bilik Sains Ada o Digunakan untuk murid-
murid belajar sains dengan
selesa.
o Dilengkapi alat-alat sains.
“Apakah faktor-faktor yang mungkin menyebabkan murid tidak berminat dengan
subjek pendidikan islam dan bagaimanakah langkah-langkah untuk
menanganinya.”
Sejak dahulu hingga kini subjek pendidikan islam wajib dipelajari oleh murid-
murid islam samada di peringkat sekolah rendah atau peringkat sekolah
15
menengah.Walaupun subjek pendidikan islam tidak termasuk di dalam Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR) namun pendidikan islam amat penting bagi setiap murid. Dari
kecil lagi perlu di didik dengan ilmu agama ini supaya agama islam tidak luput di masa
hadapan.
Kita dapat lihat dalam buku teks pendidikan islam telah memenuhi dan menepati
kehendak sukatan pelajaran Kementerian Pelajaran. Kementerian Pelajaran juga telah
memastikan pelajar dapat memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan
untuk menjadi panduan kepada guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan. Subjek pendidikan islam juga menjadi subjek yang di gemari ramai
murid.Murid sering mendapat skor A dalam sabjek tersebut.Ini menbuktikan sukatan
yang diletakkan di dalam buku teks boleh melahirkan generasi muda yang
dinamik ,produktif, berketerampilan dan bertanggungjawab kepada agama,bangsa dan
negara.
Walaupun ramai yang meminati subjek pendidikan islam tetapi terdapat juga
sesetengah murid yang tidak menggemarinya.Terdapat beberapa faktor-faktor yang
menyebabkan murid tidak berminat dengan subjek pendidikan islam.
Antaranya faktor keluarga yang mana keluarga murid tersebut tidak
menggalakkan anak-anak mempelajari dengan sepenuh perhatian pada subjek pendidikan
islam. Bagi segelintir ibu bapa yang berkerjaya semestinya tidak mengaplikasikan ilmu
agama malah mereka lebih menitikberatkan bidang akademik seperti sains dan teknologi.
Ini menyebabkan murid tersebut menganggap subjek pendidikan islam tidak penting bagi
diri mereka.Mereka hanya pandang remeh dalam ilmu agama.Kadangkala pengaruh
keluarga juga boleh menyebabkan mereka leka dengan ilmu agama.Bagi ibu bapa yang
terlibat dengan gejala negatif boleh memberi kesan buruk terhadap anak- anak mereka.
Anak-anak mereka tidak mendengar kata-kata guru dan ilmu sukar untuk diterima masuk
kerana apa yang dilakukan tidak berkat.
Selain itu murid juga dipengaruhi oleh media massa. Kebanyakkan stesen
televisyen kurang menyiarkan program yang berbentuk islamik. Walaupun ada stesen
televisyen yang menyiarkan program yang berbentuk islamik tetapi masih kuramg
penontonnya. Di sekolah pula guru yang mengajar pendidikan islam sangat
16
kurang.Sesetengah sekolah mempunyai ramai guru pendidikan islam terutamanya di
bandar tetapi di luar bandar guru pendidikan islam sangat berkurangan.
Dengan kekurangan guru pendidikan islam program yang dijalankan di sekolah
juga tidak rancak. Jika tenaga pengajar bagi pendidikan islam ramai ia boleh bertukar
pendapat dan mewujudkan kemantapan ilmu di sekolah tersebut.
Selain itu kurangnya program motivasi berbentuk islamik.Di lihat juga
peruntukkan kewangan bagi pendidikan islam sedikit.Dengan peruntukkan kewangan
yang sedikit boleh tertangguhnya program yang hendak dijalankan.Guru juga terpaksa
menggunakan kewangan tersebut pada majlis tertentu sahaja.
Suasana sekolah boleh juga memainkan peranan yang penting. Kurangnya
suasana yang berbentuk kesenian islam.Kebanyakkan suasana sekolah hanya lebih
kepada nasional.
Dapat dilihat juga kurangnya kerjasama antara guru pendidikan islam dengan
guru-guru yang lain.Apabila sesuatu program dijalankan kebanyakkannya guru bukan
pendidikan islam tidak bekerjasama dengan guru pendidikan islam tetapi guru pendidikan
islam sering kali melibatkan diri dengan program yang dijalankan oleh guru –guru yang
lain.
Antara faktor lain yang menyebabkan murid tidak meminati pendidikan islam
adalah faktor sikap guru itu sendiri.Sesetengah guru sangat garang dengan murid
menyebabkan murid tidak suka dengan guru tersebut.Guru perlulah lebih dekat dengan
murid dan selalu berinteraksi dengan murid.
Masa yang diberikan kepada subjek pendidikan islam juga terlalu sedikit
berbanding dengan masa yang diberikan kepada subjek lain.
Penggunaan alat bantu mengajar yang kurang digunakan oleh guru. Ini
membuatkan murid merasa cepat bosan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kurangnya
alat bantu mengajar juga menjadi faktor murid kurang berminat dengan subjek ini.
Sikap murid juga perlu diberi perhatian kerana bagi murid di kelas akhir sering
kali meninggalkan buku teks dan tulis di rumah. Ini membuatkan mereka sering tidak
menyiapkan tugasan.
Terdapat beberapa cara untuk mengatasi masalah ini antaranya sikap ibu bapa
sendiri perlu memberi perhatian kepada anak-anak mereka terutamanya didikan agama.
17
Walaupun anak-anaknya dapat menguasai subjek akademik perlu di selitkan juga
kepandaiannya pada subjek pengajian islam. Murid seperti ini sememangnya di perlukan
kerana bukan sahaja menguasai bidang akademik malah dapat menguasai bidang
pengajian islam.
Selain itu kementerian penyiaran perlu menyediakan siaran berbentuk islamik
antaranya menyelitkan siaran kartun yang menunjukkan nilai-nilai murni. Bagi kanak-
kanak yang menontonnya mereka bukan sekadar menonton malah mengambil iktibar apa
yang di tontonnya.
Kemahiran interaksi antara guru dan murid juga dapat menimbulkan situasi yang
baik.Guru yang sentiasa berkomunikasi yang baik dengan murid boleh menonjolkan
murid-murid tersebut dengan meminati pengajaran yang disampaikan oleh guru
tersebut.Interaksi murid dengan murid dan interaksi dengan bahan pengajaran juga boleh
membantu meningkatkan tahaf kefahaman murid terhadap sesuatu pengajaran.Corak
interaksi ini berlaku di dalam kelas.Di sini terdapat tiga kategori yang dapat mendorong
murid untuk belajar antaranya ialah faktor fizikal iaitu kemudahan dan peralatan dalam
kelas.Manakala faktor kemanusiaan pula ialah suasana sosial dan emosi yang baik dan
seterusnya faktor teknikal.Teknik yang digunakan ialah teknik motivasi yang betul di
mana ia dapat mengurangkan tahap kebimbangan dalam pelbagai situasi pengajaran dan
pembelajaran.Teknik ini bergantung kepada kemahiran guru dalam menggunakan alat
bantu mengajar dengan cekap mengikut peruntukkan masa serta aktiviti yang
merangsangkan minda murid-murid. Guru memainkan peranan penting dalam
menguruskan kelas dan menguruskan murid supaya menjalankan tugas mengikut jadual
serta menguruskan murid untuk mematuhi peraturan di dalam kelas.Guru juga berperanan
menguruskan keadaan fizikal kelas supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti
pengajaran dan pembelajaran serta menguruskan aktiviti kumpulan supaya dapat
dilaksanakan mengikut rancangan.
Cara lain bagi mengatasi masalah ini ialah memenuhi keperluan dari segi
bisiologi dan psikologi yang merangkumi aspek
pemakanan ,pembersihan,keselamatan,kebebasan serta pujian kepada murid-murid dalam
kelas. Ini memastikan wujudnya hubungan positif antara guru dengan murid. Guru juga
membantu murid menetapkan matlamat dan realistik untuk dicapai dengan guru
18
menjalankan projek-projek dan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan tahap pencapaian dan
aras kognitif murid-murid. Tindakan ini akan menimbulkan rasa terdorong untuk
membuat tugasan pembelajaran yang terbaik oleh guru. Tindakan guru subjek
mempelbagaikan aktiviti yang diminati juga dapat mendorong untuk belajar. Ini kerana
kepelbagaian strategi pengajaran dengan menyerahkan kaedah strategi dan teknik-teknik
pengajaran yang berbelah bagi seperti lakonan, permainan, projek, perbahasan, bercerita
dan sebagainya. Ia juga mengintegrasi komputer dan internet seperti aplikasikannya
jalinan web sedunia, kumpulan berita dan senarai MEL, dalam proses pengajaran dan
pembelajaran untuk menarik minat murid. Unsur suspen juga boleh di gunakan bagi
mendorong minat murid untuk belajar. Disini guru mesti mengimplikasikan pemikiran
kreatif dan kreatis serta memikirkan aktiviti yang berlainan supaya murid tidak merasa
jemu.
Cara lain bagi mengatasi masalah ini ialah mewujudkan suasana kelas yang
positif. Ini kerana suasana kelas yang kemas dan teratur dapat menggalakkan pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan. Kelas yang positif mesti bebas dari ketegangan.
Pembelajaran dalam keadaan yang menarik dan mesti mengelak daripada menggunakan
penegahan negatif seperti denda dan mengeluarkan kata-kata kesat. Guru mesti ada
kelebihan bagi memastikan guru dapat peneguhan diri yang sesuai dengan personaliti dan
tingkah laku. Disamping itu bagi mengatasi masalah ini dengan menjelaskan objektif dan
matlamat sesuatu pengajaran. Seseorang guru mesti membantu murid memahami hasil
pengajaran yang di sampaikan oleh guru. Murid-murid dapat memfokuskan isi-isi penting
yang di sampaikan serta sudah jelas dengan objektif pengajaran dan pembelajaran.
Dengan ini menimbulkan minat dan perasaan ingin tahu murid. Minat dan perasaan ingin
tahu murid merupakan satu sifat dan naluri semulajadi setiap induvidu dan dapat
meningkatkan penglibatan murid ke tahap optima dalam kelas serta meningkatkan
motivasi pada diri murid tersebut.
Seterusnya cara untuk menanganinya adalah guru tersebut perlu kreatif. Guru
yang kreatif dan inovatif dalam memikirkan idea-idea pengajaran, suara guru, cara
pertuturan guru dan gerak geri guru dalam kelas mesti dapat menarik minat murid. Alat
bantu mengajar yang canggih seperti komputer dan visual perlu diberikan kepada setiap
sekolah. Kerajaan perlu menyediakan alat bantu mengajar selaras yakni alat bantu
19
mengajar yang terdapat di sekolah bandar mesti ada juga di sekolah luar bandar.
Perhatian perlu di berikan kepada sekolah luar bandar supaya sekolah luar bandar tidak
tercicir dalam subjek pendidikan islam. Guru haruslah mengamalkan prinsip motivasi
bagi mengubahkan tingkah laku positif dalaman murid-muridnya. Guru juga boleh
memberinya hadiah bintang dan pujian untuk meningkatkan prestasi murid.
Di dalam aktiviti pengajaran juga, guru boleh menggunakan teknik belajar sambil
bermain. Ini adalah kaedah dan teknik mengajar yang memberi peluang kepada murid-
murid aktiviti berpura-pura di bawah keadaan terkawal. Sesungguhnya bermain telah
menjadi aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam sekolah, khasnya di peringkat pra
sekolah dan sekolah rendah. Ini kerana aktiviti permainan memberi peluang kepada
kanak-kanak mengembangkan potensi intelek, jasmani, rohani dan sosial di samping
mengukuhkan kemahiran-kemahiran yang di pelajari. Antara contoh-contoh permainan
adalah cantuman gambar mengandungi tema cerita, teka-teki dan lain-lain lagi.
Akhir sekali dengan adanya teknik yang berkesan dalam pengajaran dan
pembelajaran pasti akan mewujudkan aktiviti persaingan antara murid. Dengan
menggunakan teknik tersebut sudah pasti akan mendorong murid untuk belajar dengan
lebih baik dan berkesan.
LAMPIRAN
20
SEKOLAH KEBANGSAAN BIDOR
JALAN SUNGKAI, 35500 BIDOR
PERAK
PIAGAM PELANGAN
SEKOLAH KEBANGSAAN BIDOR
√ SENTIASA BERSEDIA MENJALANKAN TUGAS DENGAN CEKAP, IKHLAS,
JUJUR DAN BERKUALITI
√ MENJADIKAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG
BERKESAN SEBAGAI SASARAN UTAMA BAGI MELAHIRKAN MURID
YANG CEMERLANG
√ MEMASTIKAN SETIAP MURID DIBERI PELUANG PEDIDIKAN ASAS
SECUKUPNYA
√ BERUSAHA MENINGKATKAN PERKEMBANGAN POTENSI MURID DAN
PEMAJUAN PRESTASI SEKOLAH.
√ MENYEDIAKAN KEMUDAHAN DAN KEPERLUAN ASAS SEKOLAH YANG
LENGKAP YANG BOLEH MEMAJUKAN IKLIM PENDIDIKAN DAN
PERSEKOLAHAN.
√ BERSEDIA DAN RELA MENERIMA TEGURAN DAN SENTIASA
BEKERJASAMA DENGAN SEMUA PIHAK DEMI MEMAJUKAN
KEMENJADIAN SEKOLAH DAN MURID
√ MEMASTIKAN SETIAP MAKLUMAT DAN PERKEMBANGAN SEKOLAH
DISAMPAIKAN KEPADA IBUBAPA DAN PENJAGA DENGAN KADAR
SEGERA.
21
√ MENGADAKAN HUBUNGAN BAIK DENGAN PIBG, AGENSI KERAJAAN
DAN BUKAN KERAJAAN SERTA PEMIMPIN MASYARAKAT SETEMPAT
DALAM USAHA MEMAJUKAN PRESTASI SEKOLAH
√ SENTIASA BERUSAHA BAGI MEREALISAIKAN “ PERAK GEMILANG ”
DALAM PENDIDIKAN
22