Ms 8 Edisi 1 - 31 Oktober 2014
Oleh: Nurul Wahidah Binti Wahid Anuar, Haslinda Binti Abd Hamid
Shah Alam - Women Of Jannah (WOJ) yang merupakan penganjur KLIHF 2014 telah
mengadakan majlis apresiasi bagi menghargai pihak kolej komuniti yang telah ber-
tugas sepanjang KLIHF 2014 berlangsung pada bulan Jun yang lalu. Majlis ini telah
diadakan pada 29 Oktober 2014 di Kelab Golf Shah Alam. Dato Amir Bin Md Noor,
Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) dan Encik M. Azmi Bin Haji
Ruzali, pengarah KKHS turut hadir bagi memeriahkan majlis ini. Semua pensyarah
KKHS yang terlibat sebagai pegawai pengiring duta hijab juga turut hadir.
Majlis Penghargaan KLIHF 2014
Diterbitkan oleh: Unit Multimedia & Sumber (UMS) Kolej Komuniti Hulu Selangor, No 43-57 jalan Kelah 2, Taman Perniagaan Kelah, 44300 Batang Kali, Selangor Tel: 03-60571717 Faks: 03-60571718 Email: www.kkhse.edu.my
K O L E J K O M U N I T I H U L U S E L A N G O R , K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A
Bil. 10
Edisi 1 - 31 Oktober 2014
BULETIN OKTOBER 2014
Menarik didalam: Mesyuarat Pengurusan Aset
Oleh: Harulnizam Bin Mohamad
Batang Kali - Mesyuarat ini telah berlangsung pada 3 Oktober yang lepas. Tujuannya
adalah memaklumkan kepada Pengarah KKHS dan KJKK tentang status dan jumlah
aset yang terdapat di KKHS. Taklimat telah diberikan oleh Pegawai Aset KKHS kepada
semua ahli mesyuarat.
Proses SPA Harta Ms 2
KOPPIS 2014 Ms 3
Kursus Keselamatan Kebakaran
Ms 5
Lawatan Tapak AGKK 2014
Ms 4
Taklimat KP SKS Bersama Pelajar Baru
Ms 7
Promosi Pengambilan Ms 6
Majlis Penghargaan KLIHF 2014
Ms 8
Ms 2 Edisi 1 - 31 Oktober 2014
Proses SPA Harta
Oleh: Harulnizam Bin Mohamad
Batang Kali - Proses SPA harta telah dijalankan bermula 2 Oktober 2014. Tugas-tugas
pelabelan/penampalan sticker barcode Sistem Pengurusan Aset (SPA) akan berlang-
sung secara berperingkat-peringkat. Peringkat permulaan, tugas-tugas menampal
barcode sticker Sistem Pengurusan Aset (SPA) bagi kategori Aset Harta Modal dari
tahun 2003 hingga tahun 2014. Seterusnya, tugas-tugas menampal barcode sticker
SPA bagi Kategori Aset Inventori dari tahun 2003 hingga tahun 2014 akan dil-
aksanakan.
Edisi 1 - 31 Oktober 2014 Ms 7
Taklimat KP SKS Bersama Pelajar Baru Oleh: Siti Noorhani Binti Mohd Kardi
Batang Kali - Perjumpaan kali pertama bagi Sesi November 2014 ini lebih menyen-
tuh kepada maklumat pembelajaran dan disiplin para pelajar khususnya kursus SKS.
Selain itu, perjumpaan ini diadakan bagi membincangkan masalah yang berkaitan
dengan kebajikan para pelajar.
Ms 6 Edisi 1 - 31 Oktober 2014
Promosi Pengambilan Oleh: Ana Rohana Pataniah Binti Salahuddin, Effizuraidah Binti Abdul Latip
Rawang - Unit Pengambilan dan Promosi KKHS telah mengadakan pameran dan pro-
mosi pada 18&19 serta 25&26 September 2014. Program promosi ini dijalankan di
pusat membeli belah Tesco Rawang. Seramai 32 orang kakitangan KKHS terlibat da-
lam promosi ini. Mereka dibahagikan kepada 2 syif sehari dimana 1 syif terdiri da-
ripada 4 orang staf. Sambutan dari orang ramai amat menggalakkan. Semoga pro-
gram ini diteruskan pada masa akan datang.
Edisi Edisi 1 - 31 Oktober 2014 Ms 3
Oleh: Dayang Noor Asmara Binti Abang
Othman
Selayang- KKHS telah menghantar seramai
5 orang pelajar dan 6 pensyarah pengiring
ke program Kolokium Penyelidikan & Per-
tandingan Inovasi Wilayah Selangor
(KOPPIS) 2014 yang dianjurkan oleh Kolej
Komuniti Selayang (KKSY) pada 2 Oktober
yang lepas. KKHS telah memenangi 4 pin-
gat Perak dan 1 pingat Emas. Pingat Perak
di rangkul oleh pelajar SKS melalui 3 pro-
jek dan 1 projek oleh pensyarah manakala
1 pingat Emas diperolehi oleh pensyarah
SPL. Tahniah dan syabas. KKHS Hebat!!!!
KOPPIS 2014
Ms 4 Edisi 1 - 31 Oktober 2014
Lawatan Tapak AGKK 2014
Oleh: Herdawati Binti Ahmad, Siti Khadijah Binti Othman, Siti Norliana Binti
Mohd Noor
Genting Highland - Lawatan tapak ini adalah untuk mencari tempat yang sesuai
bagi pelaksanaan Majlis Anugerah Gemilang Kolej Komuniti (AGKK) 2014. Lawatan
secara menyeluruh ini dirancang bagi memastikan program berjalan dengan lancar
di samping melihat kemudahan yang terdapat di sini. Ia disertai oleh semua ketua
unit dan dibantu sepenuhnya oleh wakil dari pihak Institut Aminuddin Baki (IAB).
Program ini dijadualkan akan berlangsung pada bulan Disember akan datang.
Edisi 1 - 31 Oktober 2014 Ms 5
Kursus Keselamatan Kebakaran
Oleh: Herdawati Binti Ahmad, Syed Hassanein Haiekal Shah Bin Said Amin
Shah
Batang Kali - Kursus Keselamatan Kebakaran dan Latihan Keselamatan telah diada-
kan pada 10 Oktober 2014 bertempat di Makmal Elektrik & Elektronik, Kolej
Komuniti Hulu Selangor (KKHS). Penganjuran
kursus ini adalah melibatkan pelajar pro-
gram Sijil Sistem Komputer dan Sokongan
(SKS) semester 1 bagi modul SKS1012 -
Keselamatan Industri dan terbuka kepada
penyertaan staf KKHS bagi memberi
pendedahan secara teori dan praktikal kepa-
da para pelajar tentang pelan tindakan
kecemasan, pengujian sistem keselamatan
kebakaran dan latihan keselamatan.