PENGENALAN
Nutrien adalah bahan kimia yang terkandung di dalam semua bahan makanan yang berfungsi
untuk memelihara kesihatan. Terdapat lima nutrien utama dalam makanan iaitu protein,
karbohidrat, lemak, vitamin dan garam mineral. Air dan selulosa bukanlah nutrien tetapi ia sangat
perlu dalam sistem pemakanan manusia. Pengambilan nutrien dalam kadar dan kuantiti tertentu
dinamakan diet. Nutrien perlu diambil dalam keadaan diet seimbang. Nutrien terhasil dari
gabungan elemen karbon, oksigen, hidrogen, nitrogen dan sulfur. Nutrien dicerna dan diproses
melalui tindak balas kimia dipanggil metabolisma. Metabolisme bertindak dalam dua cara iaitu;
1. Penguraian molekul-molekul besar hasil pencernaan seperti glukosa,gliserol,asid lemak dan
asid amino kepada unit-unit yang halus iaitu atom. Tindak balas ini dinamakan katabolisme
dan menghasilkan tenaga. Tindak balas ini juga berlaku dalam hati oleh enzim-enzim yang
terdapat di dalamnya.
2. Pembinaan unit dari dalam sel daripada molekul molekul ringkas kepada struktur yang
lebih kompleks seperti glikogen, trigiserid(lemak) dan protien. Tindak balas ini
dinamakan anabolisme dan menggunakan tenaga.
Setiap nutrien mempunyai komposisi, sumber, fungsi serta kesan kelebihan pengambilan dan
kekurangan pengambilan nutrien. Kumpulan nutrien mengikut fungsi dalam tubuh boleh
dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu nutrien untuk tenaga contohnya lemak, karbohidrat dan
protein, nutrien untuk tumbesaran contohnya protein dan garam mineral dan nutrien untuk
mengawal proses tubuh contohnya vitamin, garam mineral dan protein. Sesetengah nutrien boleh
melakukan lebih daripada satu fungsi dalam tubuh.
1
2
1) PROTEIN
Protein mengandungi unsur karbon (C), hidrogen (H), oksigen (0) dan nitrogen (N). Fungsi
utama protein adalah untuk membina sel tubuh untuk tumbesaran. la juga membekalkan tenaga
dan haba jika kekurangan karbohidrat dan lemak dalam badan. Unit asas bagi protein ialah asid
amino. Terdapat 20 jenis asid amino penting yang diperlukan untuk mensintesis protein. Protien
haiwan mengandungi mengandungi asid amino penting yang tidak boleh dibina dalam tubuh
badan manusia misalnya protien haiwan yang boleh didapati di dalam daging tanpa lemak, ikan,
telur, susu dan keju. Manakala protien kelas tumbuhan pula mengandungi asid amino penting
yang boleh dibina dalam badan misalnya protien sayur-sayuran yang boleh didapati di dalam
kacang, minyak kelapa sawit, biji-bijian padi, gandum dan barli.
ASID AMINO
Protien mengandungi 22 jenis asid amino dalam plbagai jumlah dan kombinasi. Kesemuanya
terdapat 8 jenis asid amino yang diperlukan oleh orang dewasa untuk tujuan tumbesaran dan
untuk memperbaiki tisu. Kanak-kanak pula memerlukan 10 jenis asid amino untuk tujuan
pembesaran. Antara jenis asid amino yang diperlukan oleh orang dewasa ialah:
1. Leusina 2. Isoleusina
3. Lisin 4. Metionina
5. Fenilalanina 6. Treonina
7. Triptofan 8. Vanila
Antara jenis asid amino yang diperlukan oleh kanak-kanak pula ialah:
1. Hestidina 2. Arginina
3
2) FUNGSI UTAMA PROTEIN
4
FUNGSI UTAMA PROTEIN
1. Membina sel-sel
baru
3. Membina enzim
dan hormon
5. Mengelakkan
dihinggapi penyakit
kwasyiorkor.
4. Menghasilkan
tenaga apabila
kekurangan
karbohidrat dan
lemak.
2. Memperbaiki tisu-
tisu yang rosak
3) SUMBER MAKANAN ( PROTEIN )
DAGING
IKAN
5
DAGING
IKAN
4) KESAN PENGAMBILAN PROTEIN SECARA BERLEBIHAN
Asid amino yang berlebihan dipecahkan kepada nitrogen dan karbon.
Unsur karbon yang berlebihan ditukar kepada lemak dan menjadi tisu adipos di bawah
kulit.
Nitrogen yang berlebihan akan ditukar kepada urea dan dikeluarkan melalui air
kencing. Jika terlalu berlebihan akan menjadi asid uric dan berkumpul di sendi tubuh.
5) KESAN KEKURANGAN PENGAMBILAN PROTEIN
Pengambilan protien yang kurang di dalam diet seharian boleh menimbulkan beberapa masalah
kepada tubuh badan antaranya ialah:
Menyebabkan penyakit marasmus dan edema
Merosakkan seluruh sel badan dan mengurangkan daya tahan terhadap penyakit.
Tumbesaran kanak-kanak menjadi terbantut.
Menyebabkan terencat akal ( mental retardation ) serta kecacatan otak yang berkekalan.
Menyebabkan tekanan darah rendah, pengaliran darah yang tidak sempurna dan biasanya
mengidap anemia.
Luka lambat sembuh, pandangan menjadi kabur dan berlakunya penyakit sembelit.
6
7
1) KARBOHIDRAT
Karbohidrat mengandungi unsur karbon (C), hidrogen (H) dan oksigen (0). la merupakan
pembekal sumber tenaga dan haba untuk semua aktiviti tubuh. Unit asas bagi karbohidrat ialah
glukosa. Semua karbohidrat mengandungi gula. Karbohidrat boleh dikelaskan kepada
monosakarida, disakarida dan polisakarida.
Pengkelasan Karbohidrat
1. Monosakarida 2.Disakarida 3.Polisakarida
KARBOHIDRAT
GULA RINGKAS
MONOSAKARIDA
JENIS SUMBER
-Glukosa
-Fruktosa
-Galaktosa
-Sayur-sayuran dan buah-buahan terutamanya anggur
-Buah-buahan masak, madu-Terbentuk apabila gula susu dicernakan
DISAKARIDA-maltosa
-Sukrosa-Laktosa
Bijirin yang sedang bercambah-Tebu , gula bit-Susu mamalia
GULA KOMPLEKS POLISAKARIDA-Kanji
- Dekstrin
-Pektin
-Selulosa-Glikogen
-Bijirin, buah-buahan dan sayuran
Terbentuk apabila kanji dipanaskan-Buahan hampir masak
-Serabut buah-buahan-Kanji haiwan.Terdapat dalam hati dan otot haiwan.
8
2) FUNGSI UTAMA KARBOHIDRAT
9
Fungsi Karbohidrat
Karbohidrat memainkan peranan yang amat penting kepada sistem tumbesaran
tubuh badan. Antara fungsinya ialah:
1. Membekalkan haba dan tenaga untuk pelbagai aktiviti tubuh badan.
2. Bijirin dan roti membekalkan zat protien kepada tubuh badan.
3. Selulosa merangsang saluran pencernaan (pelawas) badan.
4. Disimpan di dalam badan. Sumber yang berlebihan akan disimpan di dalam
hati sebagai glikogen dan akan digunakan semula.
5. Makanan mengandungi karbohidrat member tambahan selera kepada
hidangan sedia ada.
6. Karbohidrat diperlukan di dalam proses metabolisme lemak dan protien.
3) SUMBER MAKANAN ( KARBOHIDRAT )
Secara umumnya sumber makanan yang mengandungi karbohidrat adalah :
Bijirin atau hasil bijirin seperti beras, gandum, jagung, terigu
Sayur-sayuran akar dan kekacang seperti ubi kentang, ubi kayu dan keladi.
Buah-buahan seperti pisang, epal dan lain-lain.
Gula dan makanan yang manis seperti kek, jem dan coklat
10
NASI
KEK
1 ) LEMAK
11
KESAN
Bertambah berat badan
Bertukar kepada lemak
dan disimpan di bawah kulit
ditukar kepada glikogen dan disimpan di dalam hati
Kesan
Turun berat badan
Keletihan, kelaparan
dan kesejukan.
Mudah dijangkiti penyakit
Lemak mengandungi unsur karbon (C), hidrogen(H) dan oksigen(0). Walau bagaimana pun,
kandungan oksigen di dalam lemak adalah amat sedikit. Lemak merupakan sumber makanan
tenaga dan ia membekalkan tenaga yang lebih berbanding karbohidrat. Oleh kerana lemak tidak
larut di dalam air, ia mesti dihancurkan oleh proses pencernaan sebelum diserap untuk kegunaan
di dalam tubuh badan. Unit asas bagi lemak adalah asid lemak dan gliserol. Lemak boleh
terdapat dalam bentuk asid lemak tepu dan asid lemak tidak tepu. Klasifikasi lemak dapat dilihat
menunjukkan komposisi, sumber, fungsi, kesan kelebihan dan kekurangan pengambilan lemak.
Elakkan pengambilan lemak berlebihan.
2) FUNGSI UTAMA LEMAK
Memberi tenaga dan haba
Melindungi organ dalaman tubuh
Mengawal suhu tubuh
Pelarut bagi vitamin larut lemak
Mengurangkan penggunaan protein bagi penghasilan tenaga
Memberi daya tahan lapar kerana lambat dicernakan.
3) SUMBER LEMAK
12
Lemak dihasilkan daripada 2 sumber utama iaitu:
SUMBER LEMAKLemak Haiwan Lemak Tumbuhan
-Lemak susu seperti krim, keju dan mentega.
· Lemak daging seperti lemak beku (suet).
· Kuning telur.
· Ikan berlemak seperti ikan terubuk, ikan
patin, jelawat dan sebagainya.
-Minyak kekacang.
· Minyak sayur-sayuran.
· Minyak kelapa.
· Minyak kelapa sawit dan sebagainya
4) KESAN PENGAMBILAN LEMAK SECARA BERLEBIHAN
13
SUMBER LEMAK HAIWAN SUMBER LEMAK TUMBUHAN
Pengambilan lemak berlebihan boleh menambah berat badan sehingga menjadi obesiti.
Penyakit jantung dan darah tinggi akibat pemendapan kolestrol dalam salur darah.
5) KESAN KEKURANGAN PENGAMBILAN LEMAK
Berat badan berkurangan
Kekurangan yang maksimum menyebabkan pertumbuhan terganggu dan kulit kering
Cepat rasa lapar
Kesejukan akibat kurang penebat.
Selaput mata menjadi kering akibat kekurangan vitamin A yang terdapat di dalam lemak.
Jika berlaku kekurangan Vitamin A yang terdapat di dalam lemak menjadi kritikal,
seseorang itu akan menghidap xerophthalmia (bahagian tepi mata yang berkudis dan
berair).
Kulit menjadi keras dan kasar terutamanya pada bahagian tangan, dada, belakang dan
bahagian paha.
Penyakit ekzema (bintik-bintik berair di kulit disertai rasa gatal dan bernanah) yang
sering berlaku kepada kanak-kanak.
14
15
1) VITAMIN
Vitamin mula dijumpai dalam tahun awal kurun ke dua puluh. Ianya tidak mempunyai nilai
tenaga tetapi kebanyakan vitamin tidak boleh disintesis oleh tubuh. Keperluan vitamin adalah
dalam jumlah yang sangat kecil tetapi mempunyai implikasi atau kesan yang sangat ketara.
Vitamin terbahagi kepada dua kumpulan iaitu vitamin larut lemak dan vitamin larut air.
a) Vitamin larut air.
· Adalah Vitamin B Kompleks dan Vitamin C.
· Tidak boleh disimpan di dalam badan. Perlu dibekalkan setiap hari
b) Vitamin larut lemak.
· Adalah Vitamin A, Vitamin D, Vitamin E dan Vitamin K.
· Boleh disimpan di dalam badan dan tidak perlu dibekalkan setiap hari.
16
Fungsi, Sumber Dan Kesan Pengambilan berlebihan dan Kekurangan Beberapa Jenis Vitamin
VITAMIN SUMBER FUNGSI Kesan Kekurangan
pengambilan
Kesan pengambilan
berlebihan
Larut
Air
B Yis, telur, hati, susu, bijirin yang
tidak digiling, sayuran hijau.
i)Menjaga fungsi respirasi
sel.
ii)Memelihara sistem saraf.
i)Beri-beri
ii)Pelagra.
iii)Gangguan sistem saraf
Kerosakan pada hati.
Loya
Perut tidak selesa
Denyutan jantung
tidak selesa
Pengumpuln toksik
C Buah-buahan sitrus, jambu batu,
betik,tomato, sayuran hijau.
i)Memelihara kesihatan
kulit.
ii)Membantu penyerapan
besi.
iii)Membantu dalam
penyembuhan luka.
i)Kulit kurang sihat.
ii)Mudah dijangkiti
selesema.
iii)Skurvi (gusi berdarah).
Luka lambat
sembuh
Dinding saluran
darah lemah dan
pecah
Dikumuhkan
Cirit birit dan
bengkak perut
17
VITAMIN SUMBER FUNGSI Kesan Kekurangan Kesan Berlebihan
Larut
lemak
A Lobak merah, lada, limau, hati, betik,
tomato, telur, sayursayuran hijau.
-Memelihara penglihatan
yang baik
-Memelihara kesihatan kulit.
-Rabun malam.
-Xeroftalmia (mata kering)
-Kulit kering dan bersisik.
-Pertumbuhan terjejas.
-Keguguran rambut
-Sakit tulang
-kerosakan pada hati
-loya
-Cirit-birit
D Susu, telur, mentega,minyak hati,
ikan kod. Vitamin ini dihasilkan oleh
badan apabila didedahkan kepada
cahaya matahari.
-Membantu penyerapan
kalsium dan fosforus.
- Membina tulang dan gigi
yang kuat.
-Rikets.
-Kerosakan gigi.
-Toksik
-Muntah-muntah
-Cirit-birit
-Keletihan
-Dahaga
-Pertumbuhan terbantut di
kalangan kanak-kanak.
E
Bijirin yang tidak digiling,minyak
tumbuhan,telur,mentega, sayuran
hijau.
-Memelihara kesihatan
sistem pembiakan
-Belum terdapat kesan
yang ketara
-Jarang berlaku dan tiada
toksik
K Sayur-sayuran hijau, kubis, tomato,
bayam. Vitamin ini dibentukkan oleh
bakteria diusus besar.
-Membantu dalam
pembekuan darah.
-Darah lambat membeku
di luka
-Toksik
18
19
BUAH-BUAHAN
SAYUR-SAYURAN
TELUR
MINYAK
2) GARAM MINERAL
Tubuh badan manusia mengandungi 7% garam mineral. Garam mineral ialah bahan tak organik
yang diperlukan dalam kuantiti yang kecil untuk mengekalkan kesihatan badan. Unsur-unsur
mineral yang penting kepada kita termasuklah kalsium, fosforus, besi, iodin, natrium dan fluorin.
Unsur-unsur garam mineral ini diperolehi daripada haiwan
dan tumbuhan yang dimakan.
Fungsi, sumber dan kesan kekurangan pelbagai garam mineral.
Garam Mineral
Sumber Fungsi Kesan Kekurangan
Kesan kelebihan
Kalsium Susu, keju, telur,
ikan bilis, sayur-
sayuran hijau.
-Membina tulang dan
gigi yang kuat.
-Memelihara kesihatan
system saraf dan otot.
-Membantu dalam
pembekuan darah
-Rikets.
-Osteoporosis.
-Kerosakan gigi.
-Darah lambat
beku di luka
-Kekejangan otot
-Batu karang
Fosforus Susu, keju, telur,
sayursayuran
hijau.
-Membina tulang dan
gigi yang kuat.
-Menjaga proses respirasi
sel.
-Rikets.-Kerosakan gigi.
-Penyakit kalsium
terbentuk diluar
tulang khasnya
dalam buah
pinggang
Besi Hati, telur, sayur-
sayuran
-Membina hemoglobin
dalam sel
-Keletihan-Anemia
-cirit- birit
-kejang perut
\
20
Garam Mineral
Sumber Fungsi Kesan Kekurangan
Kesan kelebihan
IodinMakanan laut seperti
udang,
ketam, ikan
rumpai laut dan
susu.
-Membina hormon
tiroksina Yang
mengawal pertumbuhan
- Goiter. -sakit kepala-sesak nafas
Natrium Garam biasa.-Memelihara kesihatan
system saraf dan otot.
-Menentukan tekanan
osmosis darah.
-Kekejangan otot.-Dikumuhkan
Air
Jumlah air yang diperlukan oleh tubuh badan setiap hari berubah mengikut keadaan persekitaran
dan kegiatan seseorang individu itu. Individu yang aktif dan tinggal di kawasan yang beriklim
panas memerlukan lebih banyak jumlah air untuk memperseimbangkan jumlah air yang hilang
dari tubuh badan melalui perpeluhan, pernafasan, air kencing dan najis. Purata pengambilan air
bagi setiap individu yang aktif adalah 1-2 liter air setiap hari. 70% daripada berat badan manusia
adalah berat air.
21
Sumber Air
1. Air dibekalkan kepada tubuh badan adalah dalam bentuk cecair yang diminum.
2. Semua makanan mengandungi air. Terdapat makanan yang mengandungi 90% air seperti
buahbuahan dan sayuran.
Fungsi Air.
1. Bertindak sebagai pelarut.
2. Membantu system pencernaan.
3. Sebagai pengangkut bahan makanan yang telah dicernakan dari usus ke bahagian lain dalam
badan.
4.Merupakan bahan yang menetapkan suhu badan dengan mengeluarkan lebihan haba melalui
peluh.
Kesan Kekurangan Air.
1. Berat badan menurun.
2. Cepat letih dan lesu.
3. Kulit menjadi lebam
4. Proses pencernaan terganggu dan mengakibatkan sembelit.
22
RUMUSAN
Pemakanan sihat adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian kita, dan pada
masa yang sama, ia mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang
kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan. Ia meliputi untuk kita membuat
keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana
mengamalkan tabiat makan yang sihat.
Makanan yang berlainan membekalkan kombinasi tenaga (kalori) dan nutrien (seperti
karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral dan gentian) yang berbeza. Memakan pelbagai
jenis makanan adalah cara yang terbaik untuk memenuhi keperluan tenaga dan nutrien anda
untuk membesar, berkembang, bergerak, bekerja, bermain, berfikir dan belajar.
Terdapat lima jenis nutrien utama iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan garam
mineral. Selain nutrien, air dan pelawas juga memainkan peranan penting terhadap tubuh
manusia. Nutrien atau zat-zat yang didapati daripada makanan mempengaruhi fungsi otak dan
juga kecerdasan otak seseorang. Dalam erti kata lain, otak kita membangun dan boleh berfungsi
dengan menggunakan sumber-sumber protein, asid amino, lemak, karbohidrat,vitamin dan garam
galian yang diperolehi daripada makanan yang dimakan. Kelebihan dan kekurangan
pengambilan sesuatu nutrein boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami penyakit. Oleh itu
manusia perlu mengambil diet yang seimbang untuk mencapai tahap kesihatan yang optimum.
23
BIBLIOGRAFI
Mohd Hanim rajikin dan rakan-rakan. 2000. Makanan dan kesihatan. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Hanim rajikin dan rakan-rakan. 2000. Pemakanan bermulanya kesihatan. Kuala
Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nawalyah Abdul Ghani, Zamaliah Mohd Marjan (2007). Modul Diet Seimbang. Selangor. :
Universiti Putra Malaysia.
Phuah Kooi Ean. 2003. Pemakanan . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Prof.Dr.Ansary Ahmad , Prof.Dr.Mansor Fadzil, prof.Dr.John Arul Philip (2007),
HBLS1203 Perniagaan, Keusahawanan dan Teknologi Rumah Tangga, Kuala
Lumpur : Open University Malaysia
Wong Siew Foong dan rakan-rakan. 2002. Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 4. Kuala
Lumpur . Zeti Enterprise
Laman Web
www.ring.com/health/food/food.htm
www.moh.gov.my/fqc/index.htm
www.myhealth.gov.my
www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/
www.nutriweb.org.my
http://www.nutrition.moh.gov.my/pdf/Panduan%20Pemakanan/
DIET_SEIMBANG_EDISI2_2007.PDF
24