KHAMIS, 25 FEBRUARI 2010
12.00 - 2.30 PETANG
Banyak buku
Ramai orang
Suasana aman
Pemandangan indah
Sambutan menggalakkan
Bergotong royong
Membaca buku
Menolong ibu
Memasak air
Bergotong-royong
Membaca buku
Membersihkan kelas
Menyapu sampah
Bersiar-siar
Bermandi-manda
bersenam
Ali dan keluarganya bergotong-royong membersihkan rumah pada setiap
hari Ahad.
ORANG = Ali dan keluarganya
AKTIVITI = bergotong-royong
membersihkan rumah
HURAIAN = setiap hari Ahad
Soalan situasi boleh gunakan aktiviti (kata kerja), tetapi soalan aktiviti
tidak boleh dimasukkan
perkataan situasi!
Elakkan PENGULANGAN perkataam yang sama.
..akan menghasilkan..
Jika tidak menjadi gunung, Biarlah kita menjadi bukit. Jika tidak menjadi bulan, Biarlah kita menjadi bintang. Bukan besar menjadi ukuran, Bukan kalah dan menang jadi ukuran. ...tetapi Buatlah yang terbaik, ...pada apa yang diusahakan
-ruby2010-
Sambutan Hari Guru 1. Ucapan Menteri pendidikan,Pengarah Pendidikan
Negeri, Guru Besar dan wakil murid 2. Penyampaian hadiah/anugerah kepada guru
cemerlang/contoh 3. Sukaneka/permainan melibatkan guru dan murid 4. Persembahan daripada murid khas untuk guru 5. Jamuan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah 1. Murid berkumpul di dewan 2. Ramai tetamu hadir – ibu bapa dan para jemputan
khas 3. Upacara perasmian disempurnakan oleh Pengarah
Pendidikan Negeri 4. Penyampaian hadiah kepada murid cemerlang –
akademik, kokurikulum & sahsiah (perlakuan) 5. Persembahan murid 6. Jamuan dan bersurai Sukan Tahunan Sekolah 1. Menyatakan tarikh, masa dan tempat diadakan
sukan tahunan 2. Suasana meriah – ibu bapa, tetamu khas yang hadir 3. Perbagai acara sukan diadakan.Terbahagi kepada-
acara balapan, sukaneka, 4. 4 rumah bertanding, rumah biru menjadi johan –
dapat piala pusingan 5. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh tetamu –
tetamu khas Faedah Bersukan 1. Badan mengeluarkan peluh – menyihatkan badan 2. Selepas bersenam,tubuh cergas, minda cerdas 3. Memupuk sikap bekerjasama dalam suatu pasukan untuk mencapai kemenangan 4. Boleh meningkatkan kemahiran dalam sesuatu bidang sukan yang diminati Contoh- bola sepak 5. Mudah mendapat pekerjaan sekiranya kita berkemahiran tinggi dalam suatu bidang sukan
Pentingnya Berjimat Cermat Ketika Berbelanja/Faedah Menabung 1. Berlatih tidak boros – beli yang penting sahaja 2. Boleh menabung – lama-lama menjadi banyak –simpan di bank 3. Melatih diri berdikari – tidak menyusahkan ibu bapa untuk membeli sesuatu 4. menjadi contoh – orang lain akan mengikut amalan yang mulia ini. 5. Boleh membantu diri/ibu bapa ketika kecemasan/kesempitan wang Faedah Membaca 1. Menambahkan ilmu dalam pelbagai bidang 2. mengukuhkan pemahaman dalam sesuatu pelajaran 3. Memperbaiki penguasaan / penggunaan bahasa –menambah kosa kata 4. Dapat mengisi masa lapang 5. Mengetahui isu semasa dengan membaca akhbar 6. Mendapat pengajaran daripada cerita-cerita bermoral Faedah Membaca Surat Khabar 1. Mengetahui perkembangan semasa dari dalam dan luar negeri/negara 2. Memperbaiki kemampuan berbahasa di kalangan pelajar 3. Meluaskan pengetahuan dengan membaca ruangan-ruangan berbentuk pendidikan 4. Mengetahui peluang pekerjaan – iklan-iklan jawatan kosong 5. Mengetahui ramalan keadaan cuaca dan harga saham
SOALAN-SOALAN BAHAGIAN A :
Tuliskan 5 ayat mengenai aktiviti-aktiviti ……..
Tuliskan 5 ayat mengenai situasi….
Tulis 5 ayat lengkap …..
BIASAKAN MURID DENGAN JADUAL INI UNTUK MEMBINA AYAT GRAMATIS:
BAHAGIAN A
Tidak ada markah ½. 1 ayat bukan bernilai 2 markah.
Baca keseluruhan dan kenal pasti aktiviti/situasi/isi yang berkaitan dengan
gambar
Markah diberi berdasarkan berapa aktiviti yang tepat dan ayat yang gramatis.
Ayat boleh tersirat (tidak ada dalam gambar) tetapi perlu berkaitan dengan
gambar jika arahan mahukan ayat lengkap.
Jangan salahkan ayat yang betul jika isi tidak berkaitan dengan gambar.
Contoh pemberian markah :
MARKAH KRETERIA
9-10 markah - ada 5 aktiviti/situasi/isi
- ayat yang gramatis
- 2 kesalahan tatabahasa
7-8 markah - ada 4 aktiviti/situasi/isi
- ayat yang masih gramatis
- 4 kesalahan tatabahasa
5-7 markah - ada 3 aktiviti/situasi/isi
- ayat yang kurang gramatis
- 6 kesalahan tatabahasa
siapa / apa ? buat apa / mengapa ?
mana /
bagaimana ?
KLASIFIKASI AYAT MURID:
(GRAMATIS, 8-10 markah)
Murid Sekolah Kebangsaan Taman Maju sedang bergotong royong
membersihkan kawasan sekolah mereka supaya sekolah mereka bersih.
(SEDERHANA, 5-7 markah)
Abu mengutip sampah dan memasukkan ke dalam plastik sampah.
(AYAT RINGKAS, 0-4 markah)
Ali sedang minum air. atau Mereka sedang mengangkat meja.
KESALAHAN MURID :
Jangan benarkan murid memulakan ayat seperti frasa di bawah :
1. Gambar di atas menunjukkan…
2. Pada suatu hari sekolah saya….
3. Saya sedang membersihkan…..
MURID HILANG MARKAH APABILA :
1. Membina ayat ringkas
2. Pengulangan perkataan!
3. Banyak kesalahan tatabahasa (seperti kesalahan ejaan, imbuhan, huruf
besar/kecil, tanda noktah/koma)
4. Menyalahi arahan sama ada membina ayat situasi atau aktiviti yang
dikemukakan soalan.
5. Membina ayat pasif.
* Murid boleh dapat markah penuh (10 markah) dalam Bahagian A sekiranya tiada
sebarang kesalahan!
Cara Menjaga Kesihatan Diri 1. Mandi sekurang-kurangnya 3 kali sehari. 2. Sentiasa memakai pakaian yang bersih 3. Membuat senaman bagi mengeluarkan peluh.Ini
boleh melancarkan perjalanan darah dalam badan
4. Makan makanan seimbang 5. Minuman dimasak supaya selamat daripada
kuman Cara-cara untuk Menjadi Pelajar Cemerlang/ Menceritakan tentang Rahsia Kejayaan dalam UPSR 1. Mempunyai dan mematuhi jadual waktu belajar 2. Banyak membaca dan merujuk 3. Selalu membuat ulangkaji 4. Banyak membuat latihan 5. Menumpukan perhatian sepenuhnya ketika
belajar 6. Rajin bertanya jika bermasalah 7. Belajar berkumpulan bersama rakan-rakan 8. Sentiasa membina sikap diri yang positif-rajin,
tabah, bersemangat, bersungguh-sungguh. Cara Mengurangkan/Mengatasi salah Laku/Masalah Disiplin Pelajar 1. Kawalan ibu bapa/sekolah/masyarakat 2. Banyakkan aktiviti kokurikulum 3. Beri didikan agama secukupnya 4. Wujudkan keluarga penyayang 5. Peranan media-melalui iklan/kempen dsb 6. Pennerapan nilai-nilai murni dalam pelajaran 7. Ketatkan peraturan yang sedia ada 8. Menyertai program motivasi diri Faedah Kelas Tambahan Di Sekolah 1. Mendapat lebih banyak maklumat – waktu persekolahan biasa terhad 2. Mengukuhkan pemahaman tentang sesuatu pelajaran 3. Suasana pembelajaran lebih selesa – kurang gangguan, pakaian sukan, boleh berbincang 4. Peluang berjaya lebih cerah – latihan banyak, pendedahan tentang teknik menjawab pun banyak 5. Jimat wang – bayaran yang rendah
Faedah daripada Aktiviti Kokurikulum 1. Memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah 2. Menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pelajaran – melalui aktiviti persatuan 3. Meningkatkan kemahiran dalam sukan – permainan 4. Memupuk/membentuk nilai-nilai murni – kepimpinan,bantu-membantu,bekerjasama 5. Murid aktif kokurikulum – mudah ke sekolah barasrama penuh 6. melahirkan murid yang seimbang perkembangannya dari segi mental, jasmani dan emosi Faedah Komputer 1. Mudah memproses maklumat – boleh dikeluarkan semula apabila dikehendaki 2. Murid boleh belajar sendiri di rumah – menggunakan komputer 3. Mudah mendapatkan maklumat – melalui internet – tidak perlu baca banyak buku 4. Senang berhubung – mel elektronik(email) 5. Mendapatkan hiburan
- terdapat permainan komputer - boleh tonton cerita/filem
6. Terhindar daripada kegiatan tidak sihat – keluar rumah,bercampur budak nakal 7. meluaskan ilmu pengetahuan Hari Kanak-Kanak 1. Perhimpunan khas – ucapan dan penerangan
tentang sambutan Hari kanak-Kanak 2. Permainan/sukaneka 3. Penyampaian anugerah kapada kanak-kanak
yang berjasa/berakhlak mulia /miskin/yatim 4. Pertandingan nyanyian lagu kanak-kanak/
bercerita
BAHAGIAN B
Baca keseluruhan dan kenal pasti 5 idea yang dikehendaki soalan.
Contoh pemberian markah :
MARKAH KRITERIA
25 - 30 markah - ada 5 idea/isi
- ayat yang gramatis
- kurang kesalahan tatabahasa
20 - 24 markah - ada 4 idea/isi
- ayat yang masih gramatis
- 5 kesalahan tatabahasa
- terdapat 2-3 ayat yang salah
15 - 19 markah - ada 3 idea/isi
- ayat yang kurang gramatis
- 8 kesalahan tatabahasa
- terdapat banyak ayat yang salah
*Penetapan skema markah ini perlu dibuat oleh AJK panitia Bahasa Melayu
berdasarkan tahap pencapaian murid SK Taman Putra Perdana untuk diselaraskan
kepada semua guru BM.
1 2
3
4
5
CONTOH JAWAPAN (AKTIVITI) :
1. Ali bermain bola di dalam air laut dengan adiknya semasa pergi berkelah di tepi
pantai sempena cuti sekolah yang lalu.
2. Abu pula berlari sekuat hati untuk menaikkan layang-layang yang dibawanya dari
rumah.
3. Seorang peniaga aiskrim sibuk membunyikan locengnya untuk menarik perhatian
pengunjung pantai itu membeli aiskrimnya.
4. Keluarga Amirul sedang makan bekalan makanan yang mereka bawa di bawah
sepohon pokok.
5. Atan dan adiknya sedang membina istana pasir di tepi pantai itu dengan
menggunakan sebuah baldi.
CONTOH JAWAPAN (SITUASI) :
1. Ramai pengunjung datang berkelah dan mandi manda di tepi pantai itu pada hari
cuti sekolah.
2. Ada beberapa orang kanak-kanak sedang mandi dengan menggunakan pelampung
kerana mereka tidak tahu berenang.
3. Kawasan tepi pantai itu juga sesak dengan keluarga yang duduk berkelah dan
menikmati hidangan di atas tikar yang mereka bawa.
4. Pemandangan di tepi pantai itu juga sangat indah dan persekitaran juga bersih
kerana tiada sampah yang dibuang oleh pengunjung.
5. Semua pengunjung yang datang sangat gembira kerana dapat mandi-manda,
bermain wau dan membina istana pasir di tepi pantai itu.
Calon mesti menyoal diri sendiri setiap kali mahu mencari idea/isi karangan. Jawapan mestilah dalam bentuk AYAT LENGKAP! Contohnya :
Tajuk : Kebaikan Membaca Idea 1 - ( What? - Apa itu membaca?) Membaca adalah satu aktiviti yang sepatutnya diamalkan oleh semua orang.
Idea 2 - (Where? - Di mana kita boleh membaca?) Kita boleh membaca buku di perpustakaan atau di rumah.
Idea 3 - (When? - Bilakah masa kita membaca?) Kita boleh membaca buku pada masa lapang supaya masa kita tidak akan sia-sia.
Jadi...tuliskan jawapan-jawapan anda dalam 1 perenggan! SENANGKAN??
Membaca adalah satu aktiviti yang sepatutnya diamalkan oleh semua orang. Kita boleh membaca buku di perpustakaan atau di rumah. Kita boleh membaca buku pada masa lapang supaya masa kita tidak akan sia-sia.
TERUS MENYOAL DIRI DENGAN SOALAN-SOALAN LAIN UNTUK MENGHASILKAN SEBUAH KARANGAN LENGKAP!
What (apa?)
Why (kenapa?)
When (bila?)
Who (siapa?)
Where (di mana?)
How
(Bagaimana?)
*sila rujuk borang grafik
BAHAGIAN C
Markah penuh boleh diberi kepada murid jika tiada kesalahan.
Perlu ada 5 nilai/pengajaran/amalan baik dalam jawapan murid untuk
mendapat 20 markah.
Baca keseluruhan dan kenal pasti pengajaran/nilai/amalan baik yang
berkaitan dengan petikan.
Markah diberi berdasarkan berapa pengajaran/nilai/amalan baik yang tepat
dan ulasan menggunakan ayat yang betul.
Contoh pemberian markah
MARKAH KRITERIA
18 - 20 markah - ada 5 nilai/pengajaran/amalan baik
- ulasan yang tepat
- 2 kesalahan tatabahasa
- keseluruhan ayat ulasan murid adalah betul
15 - 17 markah - ada 4 nilai/pengajaran/amalan baik
- ulasan masih tepat
- 4 kesalahan tatabahasa
12 - 14 markah - ada 3 nilai/pengajaran/amalan baik
- ulasan masih tepat
- 6 kesalahan tatabahasa
9 – 11 markah - ada 2 nilai/pengajaran/amalan baik
- ulasan kurang tepat
- banyak kesalahan tatabahasa
“Nadia hendak pergi sekolah, mak. Nadia pakai baju hujan,” kata Nadia tanpa memikirkan
hujan yang masih mencurah.
“Tunggu dahulu. Sebentar lagi teduhlah,” balas Mak Cik Saleha.
Namun Nadia tidak mendengar kata-kata emaknya. Selepas dia siap memakai baju hujan, dia
bergegas ke sekolah. Apabila tiba di sekolah, Cikgu Salina terkejut melihat kehadirannya.
”Hujan lebat macam ini kamu berani ke sekolah?” tanya Cikgu Salina.
”Saya takut untuk tinggalkan sekolah. Sehari tak jumpa cikgu, hati saya berasa rindu.”
Kata-kata itu menyebabkan Cikgu Salina serba salah. Dia akui Nadia seorang yang rajin.
Sepanjang tahun ini muridnya ini tidak pernah ponteng. Namun, disebabkan badannya yang
basah walau pun memakai baju hujan, dua jam kemudian tubuh Nadia mulai panas. Dia demam.
Ketika itu Nadia teringat akan kata-kata ibunya. Dia berasa menyesal tidak mendengar nasihat
ibunya.
”Maafkan Nadia, mak,” bisik hati Nadia.
CONTOH JAWAPAN (PENGAJARAN) :
Beberapa pengajaran saya dapati daripada petikan di atas. Pengajaran yang pertama
ialah kita hendaklah menjaga kesihatan kita seperti Nadia yang memakai baju hujan untuk ke
sekolahnya. Kita juga sepatutnya mendengar nasihat ibu kerana nasihat ibu bapa amat berguna
kepada kita. Pengajaran seterusnya ialah kita perlu rajin ke sekolah agar kita tidak ketinggalan
setiap ilmu yang diajar oleh guru. Kita juga haruslah menyesali setiap kesalahan yang telah kita
lakukan seperti Nadia yang telah menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibunya. Akhir sekali
ialah kita perlu memohon maaf jika melakukan sebarang kesilapan supaya kita menjadi seorang
yang berbudi bahasa. Itulah pengajaran yang saya dapati daripada petikan di atas.
CONTOH JAWAPAN (NILAI MURNI) :
Beberapa nilai murni saya dapati daripada petikan di atas. Nilai yang pertama ialah
bertanggungjawab pada diri sendiri kerana Nadia menjaga kesihatan dirinya dengan memakai
baju hujan untuk ke sekolah. Selain itu nilai kerajinan. Ini kerana Nadia rajin ke sekolah
walaupun hari hujan. Nilai seterusnya ialah dedikasi. Ini terbukti kerana Nadia tidak pernah
ponteng sekolah. Di samping itu terdapat juga nilai mengakui kesalahan kerana Nadia telah
menyesal dan memohon maaf kepada ibunya. Nilai terakhir ialah nilai kasih sayang. Ini dapat
dilihat apabila Nadia sayangkan guru yang mengajarnya. Itulah nilai murni yang saya dapati
daripada petikan di atas.
Penggabungan isi/ Tidak menghurai idea :
Cara menjaga kebersihan diri ialah dengan mandi 3 kali sehari kerana
dapat membersihkan diri dengan sabun supaya tidak dijangkiti penyakit
kulit atau gatal-gatal.
{ 23 patah perkataan}
SEPATUTNYA :
Cara menjaga kebersihan diri ialah dengan mandi sekurang-
kurangnya 3 kali sehari. Kita perlu mandi sekurang-kurang 3 kali sehari
supaya badan kita bersih. Kita juga perlu menggunakan sabun
supaya badan kita benar-benar bersih. Apabila badan kita bersih, kulit
tidak akan dijangkiti penyakit. Badan kita juga tidak akan berasa gatal
-gatal.
SOALAN BAHAGIAN B : Untuk UPSR, soalan pada Bahagian B hanya berkisar mengenai pengalaman murid di sekolah seperti : Hari Sukan Hari Kanak-kanak Hari Anugerah Cemerlang Penjagaan diri sendiri– Cara jaga kebersihan diri, faedah menabung,
displin dsb Pengalaman pembelajaran—Faedah membaca, kokurikulum, kelas
tambahan dsb
Baik hati
Prihatin
Bersyukur
Kerjasama
Rajin
Jujur
Beberapa nilai murni saya dapati daripada petikan di atas. Nilai yang
pertama ialah _____________________ kerana ______________. Selain itu nilai
________________ seperti ______________. Nilai seterusnya ialah ___________. Ini
terbukti ___________ . Di samping itu terdapat juga nilai _______________ kerana
____________. Nilai terakhir ialah _________________________. Itulah nilai murni
yang saya dapati daripada petikan di atas.
Kita perlu berhati-hati….
Kita sepatutnya mendengar nasihat
Kita perlu mengucapkan terima kasih
Kita seharusnya menyayangi ibubapa
Kita mesti berbuat baik…….
Perlulah mematuhi undang-undang
Beberapa pengajaran saya dapati daripada petikan di atas. Pengajaran yang
pertama ialah kita hendaklah _____________________. Kita juga sepatutnya
________________. Pengajaran seterusnya ialah _______________________. Kita
juga haruslah _____________________. Akhir sekali ialah kita perlu _______________.
Itulah pengajaran yang saya dapati daripada petikan di atas.
}
mesti h
afal
}
mesti h
afal Jangan tulis Nilai/Pengajaran yang NEGATIF - seperti degil - pemalas - tidak bersopan SOALAN-SOALAN BAHAGIAN C :
Tulis pengajaran
Tulis nilai murni
Tulis amalan baik
Baik hati
Belas kasihan
Bertimbang rasa
Murah hati
Saling memahami
Prihatin
Mengambil berat
Hemah tinggi
Kesopanan
Mengakui kesalahan
Ramah mesra
Keadilan
Adil
Saksama
Kebebasan
Kebebasan dari segi undang-undang
Keberanian
Berani mencuba
Berani kerana benar
Kebersihan fizikal & Mental
Kebersihan diri
Kebersihan persekitaran
Kebersihan mental
Kejujuran
Amanah
Bercakap benar
Ikhlas
Kerajinan
Usaha bersungguh-sungguh
Dedikasi
Patriotisme
Semangat cintakan negara
Kerjasama
Gotong-royong
Bertolak ansur
Perpaduan Kasih sayang
Sayang diri sendiri
sayang orang lain
sayang alam sekitar
Sayangkan negara Berdikari
Berupaya bertindak sendiri
Yakin pada diri sendiri Kesyukuran
Berterima kasih Rasional
Membuat pertimbangan
Semangat bermasyarakat
Bermuafakat
Kejiranan
Kesederhanaan
Sederhana dalam pertuturan dan perlakuan
Sederhana dalam menimbang-kan kepentingan diri dan orang lain
Hormat
Hormat & taat pada ibu bapa
Hormat pada orang lebih tua
Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai kaum
PENTING : Pastikan murid tahu apa perbuatan yang dimaksudkan dengan nilai murni yang diajar. Contohnya : Prihatin = ambil berat (Ali mengutip sampah di tepi jalan kerana dia prihatin terhadap kebersihan persekitarannya)
Recommended