PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ♦ CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagai pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN WEB
BERDASARKAN TEORI KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM BAGI
TAJUK FORCE & PRESSURE BAGI MATA PELAJARAN FIZIK TINGKATAN
EMPAT.
SESI PENGAJIAN: 2005/2006 Saya : IRWAN SHAH MOHD GHANNY _________
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh __________________________ ___________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: 154, LRG LONG JAAFAR F 3/7, PROF. MADYA DR RIO SUMARNI 34000 TAIPING, Nama Penyelia PERAK. Tarikh : 23 APRIL 2006 Tarikh : 23 APRIL 2006
SULIT
TERHAD
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)”.
Tandatangan : ………………………………------ Nama Penyelia : PM DR. RIO SUMARNI SHARIFFUDIN Tarikh : 23 APRIL 2006
PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN WEB
BERDASARKAN TEORI KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM
BAGI TAJUK FORCE & PRESSURE BAGI MATA PELAJARAN FIZIK
TINGKATAN EMPAT
IRWAN SHAH BIN MOHD GHANNY
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2006
ii
“Saya akui karya ini “Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan Web
Berdasarkan Teori Konstruktivisme Lima Fasa Needham Bagi Tajuk Force &
Pressure Bagi Matapelajaran Fizik Tingkatan Empat ” adalah hasil kerja saya
sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan
sumbernya.”
Tandatangan : ……………………………………….. Nama Penulis : IRWAN SHAH BIN MOHD GHANNY Tarikh : 23 APRIL 2006
iii
Istemewa Buat Keluarga Tercinta
Ayahanda
Mohd Ghanny bin Mohd Ali
Bonda
Allahyarhamah Halijah binti Ali
Semoga Allah SWT sentiasa mencucuri rahmat kepada-Nya. Al-Fatihah.
Adindaku Nur Diana
Saudara mara yang banyak membantu
Tunang yang kukasihi
Latifah binti Abdul Raub
Doa kalian hanya Allah SWT yang dapat membalasnya.
Setiap langkah kaki ini kalian sentiasa di hati.
Juga kepada semua sahabat yang disayangi
Terima kasih atas sokongan kalian.
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, selawat
dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., keluarganya serta para
sahabat. Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya
dapat saya siapkan projek ini dalam masa yang ditetapkan.
Sekalung dan setinggi penghargaan kepada Prof. Madya Dr. Rio Sumarni
Shariffudin selaku penyelia projek ini di atas segala tunjuk ajar, bimbingan, nasihat
dan bantuan yang diberikan sepanjang perlaksanaan projek ini. Semoga beliau dan
seisi keluarga sentiasa dilindungi dan diberkati Allah s.w.t hendaknya.
Terima kasih juga kepada penilai iaitu Dr. Zaidatun Tasir dan Encik Fadzli
Mohd Ali kerana sudi meluangkan masa menilai projek ini. Terima kasih sekali lagi.
Penghargaan khas terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan
seperjuangan yang terlibat secara langsung atau tidak dari segi idea, galakan dan
bantuan dalam menyiapkan projek ini. Segala sumbangan kalian tetap saya hargai
dan semoga Allah s.w.t sahaja yang membalas segala jasa baik kalian.
v
ABSTRAK
Hadirnya komputer dan konsep multimedia dalam era teknologi kini telah
membawa pelbagai perubahan dalam semua bidang kehidupan. Ini termasuk juga
dalam bidang pendidikan. Penggunaan komputer dalam bidang pendidikan telah
berjaya mengubah gaya pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar ke arah
pendidikan sepanjang hayat yang dilaung-laungkan oleh kerajaan. Pembangunan
perisian multimedia berasaskan web ini membantu menambah perisian-perisian yang
sedia ada dalam memperkayakan ilmu pengetahuan terhadap fizik dalam tajuk daya
dan tekanan. Perisian yang telah dibangunkan dalam Bahasa Inggeris ini memenuhi
kehendak dan sukatan pelajaran fizik tingkatan empat KBSM. Ia dibangunkan
dengan menggunakan perisian Swish 2.0 sebagai perisian utama supaya dapat diubah
kepada format flash (*.fla) sebelum di ‘upload’ serta disokong oleh perisian Adobe
Photoshop 7.0, Microsoft Word 2003 dan Microsoft Outlook 2003. Kelebihan utama
perisian berdasarkan teori kecerdasan pelbagai 5 fasa Needham adalah kerana ia
dapat menarik minat serta memudahkan pelajar memahami sesuatu konsep fizik
dengan pelbagai grafik, imej dan video yang disertakan. Daripada penilaian yang
telah dilakukan, komponen multimedia yang disertakan dalam perisian berbentuk
web ini menarik dan bersesuaian serta dapat membantu dalam pemahaman sesuatu
konsep dalam fizik. Diharapkan perisian ini dapat membantu pelajar dalam
menguasai konsep fizik yang dikehendaki.
vi
ABSTRACT
The advent of the computer and the concept of multimedia in the era of the
technology welcomed many changes in our life. This includes the field of education.
The use of the computer in the education area has changed the concept of teaching
and learning process and leads us to the life long education as the government
proposed. Developing this research based on web helps provide more software to
enrich the knowledge of force and pressure in physics. This software developed in
English to accomplish needs in KBSM physic form four syllabus. The software
applied the Needham five phase theory. It was developed by using Swish 2.0 as the
basic software before it was converted to the flash format (*.fla) to upload in the
internet and supported by software such as Adobe Photoshop 7.0, Microsoft Word
2003 and Microsoft Outlook 2003. The advantages of using this software were its
ability to attract students’ interests and attention with images, graphics and videos.
From the evaluation, it showed that the multimedia componens in this software were
attractive and suitable and also may help students in mastering the physics concept.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL DAN RAJAH xi
BAB I PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Persoalan Kajian 5
1.5 Objektif Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian / Rasional 6
1.7 Batasan Kajian 7
1.8 Definasi Istilah 7
1.8.1 Perisian Multimedia 7
1.8.2 Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham 9
1.8.3 Daya dan Tekanan 10
viii
1.9 Penutup 11
BAB II SOROTAN PENULISAN 12
2.1 Pengenalan 12
2.2 Penggunaan Perisian Multimedia Berasaskan Web
dalam Pengajaran dan Pembelajaran 12
2.3 Keberkesanan Perisian Multimedia 15
2.4 Strategi-strategi Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan
Komputer 16
2.4.1 Latih Tubi 16
2.4.2 Tutorial 17
2.4.3 Permainan 17
2.4.4 Simulasi 17
2.4.5 Penyelesaian Masalah 18
2.5 Teori Pembelajaran 18
2.5.1 Teori Behaviorisme 18
2.5.2 Teori Kognitivisme 19
2.5.3 Teori Konstruktivisme 20
2.5.4 Model Konstruktivisme Lima Fasa 23
2.6 Proses Pembangunan Perisian Multimedia 24
2.6.1 Model ADDIE 25
2.7 Penutup 26 BAB III REKA BENTUK KAJIAN 27
3.1 Pengenalan 27
3.2 Model Reka Bentuk yang Digunakan 28
3.2.1 Fasa Analisa Keperluan (Analysis) 28
3.2.1.1 Pembinaan Konsep Perisian 29
ix
3.2.1.2 Menyatakan Tujuan 29
3.2.1.3 Mengenalpasti Kumpulan Sasaran 31
3.2.2 Fasa Reka Bentuk (Design) 31
3.2.3 Fasa Pembangunan (Development) 33
3.2.4 Fasa Perlaksanaan (Implementation) 33
3.2.5 Fasa Penilaian (Evaluation) 33
3.3 Pemilihan Perisian 34
3.3.1 Swish 2.0 34
3.3.2 Adobe Photoshop 7.0 34
3.4 Carta Alir Perisian 35
3.5 Pengaplikasian Model Konstruktivisme Lima Fasa
Needham 37
3.6 Penutup 38
BAB IV HASIL REKA BENTUK PERISIAN 39
4.1 Pengenalan 39
4.2 Struktur Asas dan Kandungan Perisian 39
4.3 Reka Bentuk Skrin 40
4.3.1 Butir-butir Mengenai Perisian 40
4.4 Penutup 51
BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 52
5.1 Pengenalan 52
5.2 Perbincangan 52
5.3 Masalah-masalah Yang Dihadapi Semasa Pembangunan
Perisian 54
5.3.1 Kekurangan Kepakaran 54
5.3.2 Kekurangan Masa 54
x
5.4 Kelebihan Perisian 55
5.5 Kelemahan Perisian 55
5.6 Hasil Penilaian 56
5.7 Komen-komen Penilaian Yang Diterima 57
5.8 Kesimpulan 57
5.9 Cadangan 58
5.10 Penutup 59
RUJUKAN 60
LAMPIRAN A
LAMPIRAN B
LAMPIRAN C
xi
SENARAI RAJAH DAN JADUAL
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Model Reka Bentuk ADDIE 28
3.2 Carta Alir Perisian 36
4.1 Paparan Montaj 40
4.2 Kandungan Perisian 41
4.3 Fasa Pertama Model Konstruktivisme Lima Fasa 42
4.4 Fasa Kedua Dalam Model Konstruktivisme Lima
Fasa 42
4.5 Fasa Kedua Dalam Model Konstruktivisme Lima
Fasa 43
4.6 Fasa Kedua Dalam Model Konstruktivisme Lima
Fasa 43
4.7 Fasa Kedua Dalam Model Konstruktivisme Lima
Fasa 44
4.8 Fasa Ketiga Dalam Model Konstruktivisme Lima
Fasa 44
4.9 Pengguna Dapat Memilih Video Yang Disediakan 45
4.10 Fasa Keempat Dalam Model Konstruktivisme Lima
Fasa 45
4.11 Fasa Keempat Dalam Model Konstruktivisme Lima
Fasa 46
4.12 Fasa Keempat Dalam Model Konstruktivisme Lima
Fasa 46
4.13 Fasa Keempat Dalam Model Konstruktivisme Lima
Fasa 47
xii
4.14 Fasa Kelima Dalam Model Konstruktivisme Lima
Fasa 47
4.15 Reka Bentuk Skrin Dalam Fasa Kelima 48
4.16 Paparan Markah Kepada Pengguna 48
4.17 Paparan Markah Dalam Bentuk Peratus 49
4.18 Butir-butir Mengenai Pembangun 50
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 5.1 Hasil penilaian perisian berasaskan web
dengan menggunakan Model
Konstruktivisme Lima Fasa Needham 56
BAB I
PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan
Pendidikan merupakan asas dalam kehidupan seseorang. Dan dalam agama
Islam, semua penganutnya diwajibkan untuk menimba atau mempelajari ilmu
pengetahuan. Ini terbukti dalam kitab sucinya iaitu Al-Quran ada menyebut
antaranya “ tuntutlah ilmu dari dalam buaian sehingga liang lahat ” dan “ tuntutlah
ilmu sehingga ke Negeri China ”. Ayat-ayat tadi memberi maksud bahawa
penganutnya wajib mempelajari ilmu pengetahuan sejak dari kecil lagi, tidak kira di
mana sehinggalah seseorang itu mati. Ia juga menuntut penganutnya berhijrah dalam
mencari ilmu pengetahuan ini. Ini sudah jelas membuktikan bahawa dalam agama itu
sendiri amat menyuruh penganutnya untuk mempelajari ilmu pengetahuan. Dan tiada
satu agama pun yang melarang penganutnya untuk mempelajari ilmu pengetahuan.
Bagi negara kita, iaitu sebagai negara yang membangun, dalam mencapai
status negara maju menjelang 2020, pendidikan merupakan sesuatu yang amat
dititikberatkan supaya dapat melahirkan golongan cerdik pandai yang dapat
membantu dalam arus pemodenan negara kita kelak. Untuk mencapai dan
merealisasikan matlamat itu, guru-guru diberi tanggungjawab yang berat supaya
mendidik dan membentuk golongan cerdik pandai ini untuk keperluan negara kelak.
2
Kerajaan juga telah melaksanakan Koridor Raya Multimedia sebagai satu
langkah untuk bergerak ke arah matlamat negara maju pada tahun 2020. Antara
lapan aplikasinya, sekolah bestari adalah salah satu daripadanya. Sekolah Bestari
yang di dalam proses perlaksanaannya akan menggunakan pelbagai komponen
multimedia dan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar
pengajaran dan pembelajarannya efektif dan berkesan. Perlaksanaan Sekolah Bestari
ini juga telah membuka ruang seluas-luasnya kepada perkembangan teknologi
komputer yang membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam system
pendidikan ( Kementerian Pendidikan Malaysia, 1997 ). Ini akan membuatkan para
generasi akan datang tidak ketinggalan dengan ledakan teknologi dan maklumat
dalam era maju ini.
Penggunaan komputer dalam pendidikan turut membawa reformasi serta
perkembangan baru dalam pelbagai bidang pendidikan, khasnya dalam teknologi
pendidikan, teori pendidikan, teori-teori pengajaran dan pembelajaran, pengurusan
sekolah, sistem pentadbiran pendidikan serta kemahiran dan latihan guru ( Mok
Soon Sang, 2001 ). Bagi para pelajar juga, banyak literatur telah melaporkan bahawa
pelajar-pelajar walaupun sebelum mengikuti mata pelajaran sains secara formal,
mereka telah mempunyai pre idea mengenai sesuatu konsep sains. Idea-idea ini
adalah berbeza daripada konsep sains yang dipegang oleh ahli-ahli sains dan idea-
idea ini dikenali sebagai kerangka alternatif. Kerangka alternatif yang dipunyai oleh
pelajar-pelajar ini adalah sangat sukar untuk diubah dan idea-idea ini akan sentiasa
mempengaruhi pelajar-pelajar dalam menjalankan penyiasatan sains serta membuat
penerangan mengenai konsep-konsep sains.
Oleh itu, pengkaji mencadangkan Model Konstruktivisme Needham – lima
fasa dalam membentuk kerangka alternatif pelajar-pelajar tersebut iaitu pelajar
sebagai titik permulaan dalam menyelaraskan idea-idea kepada konsep sains yang
sebenar. Setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dan bertindak
balas dengan iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Dengan
iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian
dengan gaya pembelajaran, pelajar dapat mengoptimumkan proses pembelajarannya
( Dunn & Dunn, 1975 ). Ia juga dapat membantu pelajar memahami sains dengan
3
mudah serta tepat seperti yang dikehendaki oleh warga pendidik. Ia juga dapat
menarik minat serta memperkembangkan minda pelajar dengan semangat inkuiri
yang tinggi agar sentiasa ingin mempelajari dan berusaha terhadap sesuatu tanpa
mengenal erti mengalah, penat lelah dan bosan.
1.2 Latar belakang masalah
Dalam era teknologi maklumat ini, komputer adalah satu komponen media
penting dalam segi semua aspek. Contohnya dalam perhubungan atau komunikasi,
komputer memainkan peranan penting dalam penggunaan perbualan atau
persidangan video ‘video conference’. Kita dapat berbual atau berbincang dalam
keadaan komunikasi dua hala melaluinya. Begitu juga dalam penghantaran surat,
kini penggunaan ‘email’ telah diperluaskan dan digunakan secara berleluasa. Ia lebih
cepat, mudah, murah dan selamat. Begitu juga dalam bidang pertahanan, pentadbiran
serta juga dalam bidang pendidikan.
Di dalam bidang pendidikan, komputer telah memainkan peranan daripada
pentadbiran dalam pendidikan itu sendiri sehinggalah kepada penggunaan komputer
dalam pembelajaran dan pengajaran. Pelbagai perisian sebagai bahan bantu mengajar
dan belajar terdapat di pasaran masa kini pada harga yang amat berpatutan. Ini dapat
mewujudkan suasana pembelajaran sepanjang masa, bukan hanya di sekolah sahaja,
para pelajar dapat menggunakan perisian-perisian ini juga di rumah. Para pelajar
juga dapat mempelajari dengan lebih mendalam terhadap sesuatu dengan melayari
web-web yang disediakan dengan menggunakan internet. Dalam internet, ilmunya
yang tanpa sempadan dan kebanyakannya adalah percuma.
Pelajar-pelajar pada masa kini memerlukan pelbagai rangsangan untuk
memotivasikan diri serta memudahkan mereka untuk belajar. Jika seseorang guru itu
hanya menggunakan kaedah ‘chalk and talk’, bagi para pelajar masa kini, ia adalah
amat membosankan serta mereka tidak akan menunjukkan minat untuk terus
berusaha jika mereka masih tidak memahaminya.
4
Untuk mengatasi masalah ini, adalah perlu untuk mengadakan revolusi dalam
pendidikan ini dimana penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran
dititikberatkan dengan melaksanakan teknologi multimedia iaitu Pembelajaran
Berbantukan Komputer di sekolah-sekolah. Dengan menggunakan aplikasi teknologi
dalam pendidikan ini, ia dapat membantu pelajar belajar mengikut minat dan tahap
kebolehan masing-masing disamping kecenderungannya yang tersendiri.
Ini dapat memastikan tiada pelajar yang tercicir kerana ia memungkinkan
pelajar belajar mengikut tahap kemampuan dan keupayaan masing-masing.
Kementerian Pelajaran juga telah menyarankan bahawa penghasilan perisian-
perisian pendidikan berbantukan komputer berdasarkan kepada kurikulum
kebangsaan serta berkualiti adalah sangat-sangat digalakkan dan merupakan antara
faktor yang akan menentukan kejayaan pendekatan baru pendidikan ini masa kini
serta masa hadapan.
Penggunaan multimedia dalam pembelajaran sesungguhnya membuka satu
dimensi baru dalam corak pendidikan negara masa kini. Ia merupakan satu kaedah
alternatif kepada pembelajaran pelajar yang dahulunya hanya berpusatkan guru dan
buku teks sahaja. Ini dapat membentukkan dan mewujudkan suasana pembelajaran
sepanjang hayat yang dilaung-laungkan oleh kementerian dalam usaha membentuk
generasi hadapan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
1.3 Pernyataan masalah
Dalam era multimedia dan teknologi maklumat ini, bahan bantu mengajar
dalam bentuk perisian web yang mudah amatlah diperlukan. Maka adalah lebih
wajar untuk membina lebih banyak perisian multimedia interaktif yang berkaitan
dengan kurikulum semasa untuk kegunaan dalam pengajaran dan pembelajaran.
5
Oleh itu, projek pengkaji adalah untuk merekabentuk dan membina satu
perisian multimedia interaktif berasaskan web, bagi pelajar dan guru sains tingkatan
empat dalam matapelajaran fizik, di dalam bahagian bab tiga iaitu bertajuk Daya dan
Tekanan. Subtopiknya ialah tekanan, tekanan dalam bendalir, tekanan gas dan
atmosfera, prinsip Pascal prinsip Archimedes,dan prinsip Bernoulli. Terdapat
pelbagai pendekatan yang boleh memenuhi gaya pembelajaran pelajar seperti
pendekatan behaviorisme, konstruktivisme, kognitivisme, teori kecerdasan pelbagai
dan sebagainya. Bagi membangunkan perisian web ini, pengkaji memilih pendekatan
konstruktivisme 5 fasa yang disarankan oleh Needham (1987).
Pengkaji amat berharap perisian web ini dapat membantu guru dan pelajar
dalam mengajar dan mempelajari serta menambahkan kefahaman bagi matapelajaran
fizik dalam suasana yang berbeza dari menggunakan buku teks sahaja. Ia juga
diharap dapat memudahkan guru-guru dalam membuat persediaan untuk mengajar.
Kandungannya mematuhi kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia terkini
iaitu ia juga menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
1.4 Persoalan kajian
Matapelajaran fizik mula diajar pada pelajar dalam tingkatan empat aliran
sains. Dalam bab tiga iaitu Daya dan Tekanan, para pelajar akan diajar berkenaan
tekanan, tekanan cecair, tekanan gas serta prinsip-prinsip sains yang berkaitan iaitu
prinsip Archimedes, prinsip Pascal dan prinsip Bernoulli serta penggunaan dan
aplikasinya dalam kehidupan seharian.
Untuk memudahkan para pelajar dalam mempelajari bab ini, ilustrasi-
ilustrasi yang pelbagai dan menarik amat diperlukan. Tidak seperti kaedah-kaedah
dalam teori tradisional, yang hanya menggunakan gambar lukisan, para pelajar kini
memerlukan gambar grafik yang sebenar dan lebih baik ditambahkan dengan video
yang berkaitan serta yang sebenar bagi memudahkan mereka memahami sesuatu
6
tajuk dan mengaplikasinya dengan mudah di dalam kehidupan harian mereka. Ia
juga memudahkan para guru dalam penyediaan mencari bahan atau objek sebenar
iaitu dengan guru-guru boleh menunjukkan atau mendemontrasikan kepada pelajar
masing-masing dalam bentuk gambar grafik objek sebenar, animasi ataupun video
yang sesuai.
Oleh itu, adalah amat bersesuaian jika matapelajaran ini diajar dengan
menggunakan perisian web multimedia interaktif yang akan dibangunkan oleh
penyelidik ini dalam memudahkan kedua-dua pihak iaitu para guru dan para pelajar
itu sendiri.
1.5 Objektif kajian
Objektif pembinaan projek ini adalah untuk membina satu perisian
multimedia berasaskan web dalam mata pelajaran Fizik dalam bab 3 ( Daya dan
Tekanan ) berasaskan model konstruktivisme lima fasa bagi pelajar dan guru
tingkatan empat dalam tujuan pengajaran dan pembelajaran. Projek ini akan dinilai
oleh beberapa orang guru yang mengajar mata pelajaran fizik bagi tingkatan empat
di sekolah serta beberapa orang rakan, bagi memastikan objektif penyelidik tercapai
dan ia sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sekarang.
Recommended