UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan
penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ����
JUDUL : PERBANDINGAN CIRI-CIRI KOMPETENSI KEUSAHAWANAN DI
ANTARA PELAJAR YANG MENDAPAT PENDEDAHAN SECARA
FORMAL DENGAN PELAJAR YANG TIDAK MENDAPAT PENDEDAHAN
SECARA FORMAL DI DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN DI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SESI PENGAJIAN : 2007/2008
Saya : MOHD LUTFI BIN MOHD RAFFI______________________
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( � )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
���� TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
__________________________ __________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap: PUAN HANIM BTE SULAIMAN
NO. 33, KAMPONG GADONG JAYA, (NAMA PENYELIA)
71900 LABU,_____________________
NEGERI SEMBILAN.
Tarikh: 30 April 2008 Tarikh: 30 April 2008
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan
penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ����
JUDUL : PERBANDINGAN CIRI-CIRI KOMPETENSI KEUSAHAWANAN DI
ANTARA PELAJAR YANG MENDAPAT PENDEDAHAN SECARA
FORMAL DENGAN PELAJAR YANG TIDAK MENDAPAT PENDEDAHAN
SECARA FORMAL DI DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN DI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SESI PENGAJIAN : 2007/2008
Saya : MOHD LUTFI BIN MOHD RAFFI______________________
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( � )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
���� TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
__________________________ __________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap: DR. MOHD HASSAN MOHD OSMAN
NO. 33, KAMPONG GADONG JAYA, (NAMA PENYELIA)
71900 LABU,_____________________
NEGERI SEMBILAN.
Tarikh: 30 April 2008 Tarikh: 30 April 2008
“ Kami akui bahawa kami telah membaca karya ini dan pada pandangan
kami karya ini adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik)”
Tandatangan : ………………………………………….
Nama Penyelia I : PUAN HANIM BTE SULAIMAN
Tarikh : 30 APRIL 2008
Tandatangan : ………………………………………….
Nama Penyelia II : PROF. MADYA DR. MOHD HASSAN MOHD OSMAN
Tarikh : 30 APRIL 2008
PERBANDINGAN CIRI-CIRI KOMPETENSI KEUSAHAWANAN DI ANTARA
PELAJAR YANG MENDAPAT PENDEDAHAN FORMAL DENGAN PELAJAR
YANG TIDAK MENDAPAT PENDEDAHAN FORMAL DI DALAM BIDANG
KEUSAHAWANAN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MOHD LUTFI BIN MOHD RAFFI
Laporan Projek ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April, 2008
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ………………………………………….
Nama Penulis : MOHD LUTFI BIN MOHD RAFFI
Tarikh : 30 APRIL 2008
DEDIKASI
Teristimewa buat,
Ayahanda dan bondaku yang disayangi
Mohd Raffi Mohd Arof dan Hamsiah Haji Mat
Pengorbananmu untuk membesarkanku sentiasa ku ingat selalu,
Untuk kakak, abang, dan adik yang dikasihi,
Yang sering memberi dorongan dan semangat kepadaku,
Juga rakanku yang banyak membantu pengajianku,
Tidak mampu aku nyatakan,
Di atas jasa-jasa kalian,
Semoga ikatan persaudaraan,
Antara kita kekal berpanjangan,
Selagi hayat dikandung badan
Dan tidak lupa juga diucapkan kepada,
Pensyarah pembimbing yang dihormati,
Puan Hanim Sulaiman dan Dr. Mohd Hassan Mohd Osman,
Kerana begitu sabar dalam membmbing saya menyiapkan
Projek Sarjana Muda ini...
Terima kasih di atas segala sokongan dan pengorbanan yang telah kalian lalukan...
Semoga Allah akan membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran..
PENGHARGAAN
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Lagi Maha Penyayang”
Alhamdulillah dengan rasa syukur kehadrat Allah SWT dan dengan limpah
kurnia-Nya, maka saya telah menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat untuk
mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik
dan Elektronik).
Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan tulus
ikhlas merakamkan penghargaan kepada penyelia projek saya, Puan Hanim Sulaiman
dan Dr. Mohd Hassan Osman atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat
yang diberikan sepanjang penyelidikan bagi projek sarjana ini.
Kepada keluarga tercinta yang sentiasa memberikan dorongan dalam meniti
perjuangan menuntut ilmu ini iringan doa agar keutuhan keluarga akan kekal ke akhir
hayat dipanjatkan pada Allah.
Penghargaan ini juga diberikan kepada rakan-rakan seperjuangan terutamanya
Norisham A. Rahim serta semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak
langsung dalam menjayakan penyelidikan ini. Kepada Allah jua saya doakan agar diberi
pembalasan yang setimpal dengan amal jariah yang kalian berikan kepada saya.
Insyaallah ianya akan tetap dikenang hingga akhir hayat.
Wassalam.
Mohd Lutfi Bin Mohd Raffi
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti perbandingan ciri-ciri kompetensi
keusahawanan di antara pelajar tahun akhir Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan
yang telah diberi pendedahan secara formal di dalam bidang keusahawanan dengan
pelajar tahun akhir Jabatan Pembangunan Sumber Manusia yang tidak diberi
pendedahan secara formal di dalam bidang keusahawanan di Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai, Johor. Instrumen yang digunakan untuk kajian yang berbentuk
deskriptif ini adalah instrumen kompetensi keusahawanan Mc Clelland dan Mc Ber &
Co. (1985). Terdapat 13 ciri kompetensi keusahawanan menurut kajian Mc Clelland
(1985) iaitu ciri kompetensi keusahawanan inisiatif, melihat dan merebut peluang,
kecekalan, mencari maklumat, menitikberatkan mutu kerja yang tinggi, komitmen
terhadap perjanjian kerja, berorientasikan kecekapan, kecekalan, membuat perancangan
yang sistematik, menyelesaikan masalah secara kreatif, keyakinan diri, ketegasan,
meyakinkan orang lain dan ciri kompetensi keusahawanan mampu menggunakan
strategi-strategi pengaruh. Hasil daripada analisis data, didapati tahap ciri-ciri
kompetensi keusahawanan bagi pelajar yang telah diberi pendedahan secara formal di
dalam bidang keusahawanan lebih tinggi berbanding dengan pelajar yang tidak diberi
pendedahan secara formal di dalam bidang keusahawanan. Oleh itu, tahap ciri-ciri
kompetensi keusahawanan di dalam diri seseorang itu akan meningkat setelah mendapat
pendedahan di dalam bidang keusahawanan.
ABSTRACT
The purpose of this study was to determine the comparison between the level of
personal entrepreneurial competency between Technical and Engineering Education
Department final year student who has been exposed formally to entrepreneurship field
with Human Resource Development Department final year student who has not been
exposed formally to entrepreneurship field in Universiti Teknologi Malaysia, Skudai,
Johor. The instrument used in this descriptif study was Self Entrepreneurship
Competency Test which is developed by Mc Clelland with Mc Ber & Co. (1985). This
instrument consist of 13 self entrepreneurial competencies which are initiative, sees and
acts on opportunities, persistence, information seeking, concern for high quality of work,
commitment to work contract, efficiency orientation, systematic planning, problem
solving, self-confidence assertiveness, persuasion and use of influence strategies. The
result findings from the data analysis shows that the level of enrepreneurial competency
for student who has been exposed formally to entrepreneurship field is higher than the
student who has not been exposed. Therefore, the Self Entrepreneurial Competency in
each person can be improved after they had been exposed in entrepreneurship field.
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
PERAKUAN PENSYARAH
STATUS PENYELIDIKAN i
PERAKUAN PELAJAR ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
SENARAI SINGKATAN xviii
BAB PERKARA MUKA SURAT
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang masalah 3
1.3 Penyataan masalah 5
1.4 Objektif kajian 6
1.5 Persoalan kajian 6
1.6 Hipotesis kajian 7
1.6 Kepentingan kajian 8
1.7 Skop dan batasan kajian 10
1.8 Definisi dan istilah 10
1.8.1 Usahawan 11
1.8.2 Kompetensi 11
1.8.3 Keusahawanan 12
1.8.4 Kompetensi keusahawanan 12
1.9 Rumusan 13
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Ciri-ciri kompetensi keusahawanan 15
2.2.1 Inisiatif 16
2.2.2 Melihat dan merebut peluang 17
2.2.3 Kecekalan 18
2.2.4 Mencari maklumat 18
2.2.5 Menitikberat mutu kerja yang tinggi 19
2.2.6 Komitmen terhadap perjanjian kerja 19
2.2.7 Berorientasikan kecekapan 20
2.2.8 Merancang secara sistematik 20
2.2.9 Penyelesai masalah 21
2.2.10 Berkeyakinan diri 21
2.2.11 Ketegasan 22
2.2.12 Berkemampuan meyakinkan orang lain 22
2.2.13 Mampu menggunakan strategi pengaruh 23
2.3 Tinjauan penulisan dan kajan lepas 23
2.3.1 Kajian kompetensi keusahawanan 23
Mc Clelland dan Mc Ber & Co.
2.3.2 Kajian pengetahuan keusahawanan 25
2.3.3 Teori Bentuk Pendidikan Keusahawanan Kent 26
2.3.4 Model Pembangunan Usahawan 27
2.3.5 Kemahiran Insaniah (Soft Skill) 29
2.3.6 Kajian-kajian lain yang berkaitan dengan 30
Keusahawanan
2.4 Rumusan 31
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 32
3.2 Rekabentuk kajian 32
3.3 Tempat kajian 33
3.3 Populasi dan sampel kajian 34
3.5 Kaedah pengumpulan data 36
3.6 Instrumen kajian 36
3.6.1 Bahagian A 37
3.6.2 Bahagian B 38
3.7 Kajian rintis 40
3.8 Kesahan instrumen kajian 40
3.9 Keadah analisis data 41
3.8 Prosedur kajian 44
3.9 Rumusan 45
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 46
4.2 Keputusan dan analisis data Bahagian A 48
4.2.1 Umur 48
4.2.2 Jantina 49
4.2.3 Status 49
4.2.4 Bangsa 50
4.2.5 Program / Aliran 50
4.2.6 Pendapatan keluarga 51
4.2.7 Pekerjaan ibu 51
4.2.8 Pekerjaan bapa 52
4.2.9 Minat dalam bidang keusahawanan 53
4.2.10 Pernah mengikuti sebarang aktiviti 53
keusahawanan
4.3 Keputusan dan analisis data Bahagian B 54
4.3.1 Inisiatif 55
4.3.2 Melihat dan merebut peluang 56
4.3.3 Kecekalan 57
4.3.4 Mencari maklumat 58
4.3.5 Menitikberat mutu kerja yang tinggi 59
4.3.6 Komitmen terhadap perjanjian kerja 60
4.3.7 Berorientasikan kecekapan 61
4.3.8 Merancang secara sistematik 62
4.3.9 Penyelesai masalah 63
4.3.10 Berkeyakinan diri 64
4.3.11 Ketegasan 65
4.3.12 Berkemampuan meyakinkan orang lain 66
4.3.13 Mampu menggunakan strategi pengaruh 67
4.3.14 Skor min keseluruhan bagi ciri-ciri kompetensi 68
keusahawanan
4.4 Rumusan 69
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 70
5.2 Perbicangan 70
5.2.1 Perbincangan dapatan bagi soal selidik 71
Bahagian A
5.2.2 Perbincangan dapatan bagi soal selidik 74
Bahagian B
5.2.2.1 Perbincangan dapatan persoalan 1 74
5.2.2.1 Perbincangan dapatan persoalan 2 80
5.3 Rumusan dapatan kajian 84
5.4 Cadangan 86
5.5 Cadangan kajian lanjutan 87
5.6 Penutup 88
BIBLOGRAFI 89
LAMPIRAN 94
SENARAI JADUAL
NOMBOR TAJUK JADUAL MUKASURAT
JADUAL
3.1 Taburan Responden Kajian Mengikut 35
Pengkhususan
3.2 Skala kompetensi keusahawanan 38
3.3 Item soal selidik 39
3.4 Skala kompetensi usahawan 42
3.5 Jadual Angka Faktor Pembetulan 43
3.6 Penentuan tahap kompetensi keusahawanan 43
4.1 Skala kompetensi keusahawanan 47
4.2 Jadual Angka Faktor Pembetulan 47
4.3 Bilangan dan peratus bagi responden mengikut umur 48
4.4 Bilangan dan peratus bagi responden mengikut jantina 49
4.5 Bilangan dan peratus bagi responden mengikut status 49
4.6 Bilangan dan peratus bagi responden mengikut bangsa 50
4.9 Bilangan dan peratus bagi responden mengikut 50
program / aliran
4.8 Bilangan dan peratus bagi responden mengikut 51
pendapatan keluarga
4.9 Bilangan dan peratus bagi responden mengikut 51
pekerjaan ibu
4.10 Bilangan dan peratus bagi responden mengikut 52
pekerjaan bapa
4.11 Bilangan dan peratus bagi responden mengikut minat 53
4.12 Bilangan dan peratus bagi responden yang pernah 53
mengikuti sebarang aktiviti keusahawanan
4.13 Penentuan tahap kompetensi keusahawanan 54
4.14 Skor min dan signifikan bagi ciri kompetensi inisiatif 55
4.15 Skor min dan signifikan bagi ciri kompetensi melihat 56
dan merebut peluang
4.16 Skor min dan signifikan bagi ciri kompetensi kecekalan 57
4.17 Skor min dan signifikan bagi ciri kompetensi 58
mencari maklumat
4.18 Skor min dan signifikan bagi ciri kompetensi 59
menitikberat mutu kerja yang tinggi
4.19 Skor min dan signifikan bagi ciri kompetensi 60
komitmen terhadap perjanjian kerja
4.20 Skor min dan signifikan bagi ciri kompetensi 61
berorientasikan kecekapan
4.21 Skor min dan signifikan bagi ciri kompetensi 62
merancang secara sistematik
4.22 Skor min dan signifikan bagi ciri kompetensi 63
penyelesai masalah
4.23 Skor min dan signifikan bagi ciri kompetensi 64
berkeyakinan diri
4.24 Skor min dan signifikan bagi ciri kompetensi 65
ketegasan
4.25 Skor min dan signifikan bagi ciri kompetensi 66
berkemampuan meyakinkan orang lain
4.26 Skor min dan signifikan bagi ciri kompetensi mampu 67
menggunakan strategi pengaruh
4.27 Skor min bagi keseluruhan ciri-ciri kompetensi 68
keusahawanan
5.1 Penentuan tahap kompetensi keusahawanan 73
5.2 Skor min ciri-ciri kompetensi keusahawanan 74
pelajar Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan
5.3 Skor min ciri-ciri kompetensi keusahawanan pelajar 77
Jabatan Pembangunan Sumber Manusia
5.4 Perbandingan Skor Min dan Signifikan bagi setiap 80
ciri-ciri kompetensi keusahawanan
SENARAI RAJAH
NOMBOR TAJUK RAJAH MUKASURAT
RAJAH
2.1 Model Pembangunan Usahawan 28
2.2 Hubungan Dimensi Pembangunan 28
Usahawan
5.1 Hubungan di antara skor min dengan tahap 76
kompetensi keusahawanan bagi pelajar
Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan
5.2 Hubungan di antara skor min dengan tahap 79
kompetensi keusahawanan bagi pelajar Jabatan
Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 94
B Perakuan Pakar: 104
Dua Orang Pensyarah
C Surat Akuan Pelajar 109
D Surat Rujukan di Perpustakaan 111
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
E Maklumat Data Bilangan Pelajar 113
Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan
F Maklumat Data Bilangan Pelajar 115
Jabatan Pembangunan Sumber manusia
G Analisis Ujian Nonparametrik 117
H Analisis Kebolehpercayaan Setiap Item 120
SENARAI SINGKATAN
IPT - Institusi Pengajian Tinggi
IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awam
IPTS - Institusi Pengajian Tinggi Swasta
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
FP - Fakulti Pendidikan
FPPSM - Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia
JPTK - Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan
SPA - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan
Awam)
SPE - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan
Elektrik dan Elektronik)
SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran
Hidup)
SPJ - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan
Jentera)
SHR - Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia)
SPSS - Statistical Package for Social Science Windows
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Setiap tahun, ramai siswazah yang keluar daripada institusi pengajian tinggi
awam atau swasta. Sudah tentu bilangan yang begitu ramai ini akan mencari
pekerjaan dan bukan semuanya akan mendapat pekerjaan. Ini adalah kerana kerja
yang ada dengan bilangan yang mencari tidak seimbang. Kepada mereka yang
bertegas hendak makan gaji, mungkin terpaksa menganggur dan memakan masa
bertahun-tahun.
Keinginan kuat untuk makan gaji mungkin berpunca daripada cara anak-anak
dididik. Anak-anak kita disuruh belajar sehingga ke peringkat tertinggi dan lulus
dengan pangkat terbaik, kemudian mencari kerja dengan gaji yang lumayan. Menurut
Salleh Majid (2003), mentaliti kita jarang-jarang sekali menggalakkan anak-anak
menjadi majikan kerana takut untuk mengambil risiko. Keadaan semasa tidak lagi
mengizinkan pemikiran begini berterusan. Oleh itu, graduan yang telah
menghabiskan pengajian daripada institut pengajian tinggi hendaklah digalakkan
untuk bekerja sendiri atau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.
2
Menyedari hal ini, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah
memulakan langkah dengan bekerjasama dengan universiti-universiti tempatan untuk
melahirkan lebih ramai usahawan berkualiti menerusi Program Inkubator Usahawan
Siswazah yang diwujudkan oleh Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia
Berhad (BPIMB). Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’
Seri Mohamed Khaled Nordin, menerusi Program Inkubator Usahawan Siswazah
yang diwujudkan ini, siswazah yang meminati bidang perniagaan bukan sahaja
menerima pelbagai bimbingan, tetapi akan mengenali jenis perniagaan yang
berpotensi maju untuk mereka ceburi. (Utusan Malaysia, 26 April 2005)
Kementerian Pengajian Tinggi juga menyedari akan hal ini dan telah
mengambil inisiatif untuk mengurangkan kadar pengangguran di kalangan siswazah.
Di antaranya ialah memberi pendedahan tentang bidang keusahawanan di kalangan
siswazah yang menuntut di institusi pengajian tinggi. Menurut Menteri Pengajian
Tinggi, Datuk Mustapha Mohamed, pendedahan ini bertujuan supaya minda pelajar
terbuka untuk berdikari dengan meneroka setiap peluang yang ada. Melalui
pendedahan ini, para pelajar tidak lagi terlalu bergantung kepada kerajaan untuk
mencari pekerjaan (Utusan Malaysia, 2 Julai 2007).
Peranan yang dimainkan oleh bidang keusahawanan adalah faktor-faktor
penting dalam proses membangunkan dan memajukan masyarakat dan negara.
(Khaairuddin Khalil, 2003). Pengalaman yang dilalui oleh Jepun dan Korea
sepatutnya dicontohi. Selepas tamat Perang Dunia Kedua, Jepun dan Korea
merupakan antara negara-negara yang kedudukan ekonomi dan taraf hidup rakyatnya
paling mundur, khususnya di Asia. Tetapi 40 tahun kemudian, Jepun telah tergolong
di kalangan negara maju di dunia bahkan menerajuinya. Manakala Korea pula
menduduki tangga teratas dalam senarai negara-negara industri maju. Kemajuan
yang dikecapi oleh kedua-dua buah negara ini memang sudah diakui dunia.
Kemajuan negara-negara tersebut adalah diasaskan oleh beberapa faktor.
Antara faktor-faktor tersebut adalah peranan usahawan dan budaya usahawan yang
wujud dalam masyarakat negara tersebut. Menurut Ab. Aziz Yusof (2000),
masyarakat yang mempunyai paling ramai usahawan adalah merupakan masyarakat
yang terbaik. Ini adalah kerana usahawan merupakan individu yang paling dinamik,
3
kreatif dan inovatif. Mereka sedia untuk mencapai kejayaan. Semangat ini telah
menyebabkan mereka melihat hari esok dengan penuh peluang dan berkeyakinan
untuk merebut peluang berkenaan.
Yep Putih (1989) telah menghuraikan kepentingan seorang usahawan kepada
sesebuah masyarakat dan negara. Menurut beliau, usahawan ialah seseorang yang
memikirkan cara-cara untuk menyatukan tenaga manusia dengan modal dan tanah
bagi menghasilkan kerja yang bermutu. Kepentingan seorang usahawan ini juga telah
di sokong oleh Aishah (2002) yang mengatakan bahawa usahawan juga melihat dan
mengenalpasti peluang-peluang dan kegiatan yang sesuai dengan keadaan tenaga
kerja, kemudahan yang disediakan dan persekitarannya bagi menghasilkan
pendapatan atau keuntungan yang lumayan. Beliau juga menambah bahawa bagi
seorang usahawan, setiap masalah yang dihadapi dianggap sebagai peluang ekonomi.
Oleh itu, usahawan memainkan peranan yang sangat penting terhadap pembangunan
ekonomi sesebuah negara.
1.2 Latar Belakang Masalah
Kadar pengangguran di Malaysia berada pada tahap yang membimbangkan.
Mengikut laporan akhbar, seramai 319,000 penduduk Malaysia adalah penganggur.
Jumlah pengangguran ini berada pada kadar 3.0 peratus daripada tenaga kerja
(Utusan Malaysia, 4 Julai 2007).
Pihak kerajaan memandang serius akan masalah ini dan merancang strategi
di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK
9) adalah merupakan rencana terperinci lima tahun pertama Misi Nasional yang
menggariskan dasar dan program utama ke arah mencapai teras dan objektif Misi
tersebut dalam tempoh pada tahun 2006 hingga tahun 2010. Di dalam Bab 14,
Rancangan Malaysia Kesembilan, pelbagai program keusahawanan bagi golongan
belia telah dirancang.
4
“Program Pembangunan Keusahawanan dilaksanakan bagi memupuk potensi
keusahawanan di kalangan belia, untuk membolehkan mereka menyertai perniagaan
secara aktif serta menggalakkan mereka bekerja sendiri. Bagi mencapai hasrat
tersebut, Majlis Amanah Rakyat dan Institusi Keusahawanan Belia Negara
menganjurkan latihan, seminar dan kursus jangka pendek serta menyediakan
khidmat nasihat kepada usahawan muda dan baru ” ( Bab 14, Rancangan
Malaysia Ke-9, 2006-2010 ).
Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia, jumlah graduan yang dilahirkan oleh 18 buah IPTA pada tahun 2006
seluruh negara adalah seramai 81,097 orang yang terdiri daripada pelbagai jurusan
(Malaysia, 2007 a). Data dari Jabatan Perangkaan mendapati 31 ribu graduan lepasan
ijazah masih menganggur pada akhir suku pertama tahun 2007 (Malaysia 2007 b).
Graduan pendidikan juga tidak terkecuali dalam menghadapi masalah pengangguran
ini. Oleh yang demikian pelajar-pelajar yang mengikuti jurusan pendidikan tidak
boleh berasa selesa dan beranggapan mudah mendapat kerja setelah tamat pengajian.
Kini mereka perlu melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan yang lain.
Menurut Salleh Majid (2003), orientasi ke arah mewujudkan lebih ramai lagi
usahawan di kalangan siswazah patut dianjurkan supaya dapat memberikan alternatif
kepada anak-anak muda untuk kerjaya mereka.
Menurut Khaairuddin Khalil (2003), siswazah yang memilih keusahawanan
sebagai kerjaya tidak bermakna mengabaikan program pendidikan yang sedang
dilalui dan cita-cita yang sedia ada. Pengajian mesti diteruskan sehingga tamat
dengan berusaha mendapat keputusan yang cemerlang. Apa juga bidang pengajian
yang sedang diikuti sama ada di bidang kedoktoran, kejuruteraan, perguruan atau
bidang profesional yang lain. Walau bagaimanapun, memiliki sijil akademik
sedemikian, ia tidak menjamin graduan tersebut bekerja dengan mana-mana institusi.
Sijil akademik yang diterima hanyalah sebagai syarat untuk memohon jawatan
tersebut.
Kementerian Pengajian Tinggi telah mengambil pelbagai inisiatif untuk
mengurangkan kadar pengangguran di kalangan siswazah dengan memberi
pendedahan tentang bidang keusahawanan di kalangan siswazah yang menuntut di
institusi pengajian tinggi. Menurut Zaidatol Akmaliah dan Habibah (1997),
Pendidikan yang formal membantu menyediakan seseorang ke arah menjadi
usahawan berjaya kerana melalui pendidikan, para usahawan dapat memahami
5
peluang perniagaan yang boleh diterokai. Sehubungan dengan itu, Jabatan
Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi
Malaysia telah menawarkan subjek Perdagangan dan Keusahawanan kepada pelajar
Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan.
Merujuk kepada Buku Panduan Akademik Ijazah Sarjana Muda Sesi
2003/04, Fakulti Pendidikan, subjek ini berfokus kepada beberapa aspek seperti
konsep keusahawanan dan perniagaan, ciri-ciri seorang usahawan, kemahiran dan
pengetahuan yang diperlukan oleh seorang usahawan. Juga dibincangkan perniagaan
dan kepentingannya, masalah yang sering melanda perniagaan seperti modal,
pekerja, pasaran dan lain-lain. Pelajar juga didedahkan kepada kaedah-kaedah untuk
menjalankan perniagaan dengan berkesan.
Subjek Perdagangan dan Keusahawanan ini tidak ditawarkan kepada pelajar
Jabatan Pembangunan Sumber Manusia. Oleh itu, pelajar ini tidak diberi pendedahan
secara formal di dalam bidang keusahawanan. Sehubungan dengan itu, kajian ini
dibuat untuk mengetahui sama ada terdapat perbandingan ciri-ciri kompetensi
keusahawanan di antara pelajar di kedua-dua jabatan tersebut di mana hanya pelajar
Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan yang diberi pendedahan secara formal
di dalam bidang keusahawanan.
1.3 Pernyataan Masalah
Kompetensi keusahawanan bermaksud kemampuan diri seseorang untuk
melaksanakan fungsi-fungsi keusahawanan dengan berkesan bersesuaian dengan
tugasnya sebagai seorang usahawan. Penyelidik ingin mengetahui hubungan di
antara tahap kompetensi keusahawanan dengan pendedahan keusahawanan yang
diterima oleh pelajar. Sehubungan dengan itu, penyelidik ingin mengenalpasti
perbandingan ciri-ciri kompetensi keusahawanan di antara pelajar tahun akhir
Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan yang telah diberi pendedahan formal di
dalam dengan pelajar tahun akhir Jabatan Pembangunan Sumber Manusia yang tidak
diberi pendedahan formal di dalam bidang keusahawanan.
6
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk:
1. Mengenalpasti ciri-ciri kompetensi keusahawanan di antara pelajar yang
telah mendapat pendedahan secara formal di dalam bidang keusahawanan
dengan pelajar yang tidak mendapat pendedahan secara formal di dalam
bidang keusahawanan.
2. Menentukan perbezaan ciri-ciri kompetensi keusahawanan di antara
pelajar yang telah mendapat pendedahan secara formal di dalam bidang
keusahawanan dengan pelajar yang tidak mendapat pendedahan secara
formal di dalam bidang keusahawanan.
3. Mencadangkan cara-cara untuk meningkatkan ciri-ciri kompetensi
keusahawanan di kalangan pelajar.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian bagi kajian ini ialah:
1. Apakah ciri-ciri kompetensi keusahawanan pelajar yang telah mendapat
pendedahan secara formal di dalam bidang keusahawanan dengan pelajar
yang tidak mendapat pendedahan secara formal di dalam bidang
keusahawanan?
2. Adakah terdapat perbezaan ciri-ciri kompetensi keusahawanan di antara
pelajar yang telah mendapat pendedahan secara formal di dalam bidang
keusahawanan dengan pelajar yang tidak mendapat pendedahan secara
formal di dalam bidang keusahawanan?
3. Bagaimanakah cara-cara untuk meningkatkan ciri-ciri kompetensi
keusahawanan di kalangan pelajar?