KUALA TERENGGANU,Rabu- Sebaris rumah kedai dua tingkat telah
musnah dijilat api dalam kejadian jam 5.00 pagi semalam.Enam
buah kedai yang diperbuat daripada kayu itu terletak di Jalan
Sentosa.
Kebakaran itu dipercayai berpunca daripada api lilin yang
digunakan oleh penghuni kedai nombor empat.Lilin telah
digunakan kerana bekalan elektrik terputus sejak jam 10.00
malam tadi.Api yang marak dengan cepat menyebabkan pihak bomba tidak dapat menyelamatkan rumah kedai tersebut daripada musnah.
Menurut Ketua Pegawai Bomba dan Penyelamat,Encik Kassim Mahmud,pihak bomba telah mencuba sedaya upaya untuk memadamkan api sebaik sahaja tiba di tempat kejadian pada jam 5.25
pagi.Menurut beliau,anggaran kerugian yang dialami dalam
kebakaran itu mencapai RM700,000.
Wakil kerajaan negeri,Encik Puad Ibrahim berjanji akan
mendapatkan bantuan kerajaan negeri untuk membina kembali rumah kedai tersebut.Menurut beliau,kawasan rumah kedai Jalan Sentosa termasuk dalam perancangan pembinaan baru yang akan dimulakan awal tahun hadapan.
Sementara itu Pegawai Bomba Daerah menasihati orang ramai supaya berhati-hati ketika menggunakan lilin jika ketiadaan bekalan elektrik.