Bahan organiklembutkan tanah
MENGELUARKAN segala sampah dan menggantikan dengan tanah baik bagi memperbaikitekstur tanah.
KEBANYAKANtanah di tapak rumahyang bam dibeli, seperti mana disebut dalam keluaran Ialu, adalah da
ripada jenis tanah Hat yang terlalu melekit,padat, berat dan masam.
Tekstur tanah sebegini memang susah untukdikendalikan dan terpaksa dilakukan banyakpengubahsuaian supaya ia menjadi peroi,gembur dan berongga yang akan membantuakar-akar menjalar serta mencengkam dengansempurna dan boleh mempengaruhi tumbesaran pokok secara keseluruhannya.
Berdasarkan pengalaman, saya dapati carauntuk menguji gembur tanah dengan mudahadalah dengan menggenggam tanah dalamtangan. Jika ia senang dikepal dan apabiladijatuhkan ke lantai ia berderai, ini menunjukkan tanah itu mempunyai kegemburan yangbaik.
Sebaliknya, jika sewaktu dijatuhkan ke lantai'ia masih berkepal, ini menunjukkan tanah itupadat dan mampat. Apa saja jenis tanah yangada di tapak, pada pengalaman saya, dapatdiperbaiki keadaannya supaya ia sempurnauntuk ditanam dengan pokok hiasan.
Bagi memulakan penanaman di tapak yangditambak, langkah pertama yang dilakukanialah mengeluarkan segala batu, kayu sertasampah yang ditinggalkan oleh kontraktor.Kayu dan tunggul pokok yang ditinggalkandalam tanah akan menjadi sarang anai-anaisatu masa nanti.
Jangan lupa mengeluarkan d~ membuangsampah sarap dari tapak taman. Satu daripada
bahan utama digunakan untuk memperbaikitekstur tanah ialah bahan organik daripada sisapertanian atau haiwan.
Bahan organik ini boleh menggemburkantanah dan menjadikan tanah berkenaan peroidan berongga, dalam masa sama boleh memobantu penyerapan air yang baik. Satu lagi .fungsi penting bahan organik ialah menggalak·kan hidupan mikro organisma tanah (soil micro organism) yang penting untuk kesuburantanah.
Pelbagai jenis bahan organik boleh diguna·kan, tetapi cuba dapatkan yang murah, mudahdan senang dikendalikan. Antara bahan organik yang banyak digunakan ialah seperti berikut:• Najis haiwan:
Sumbernya daripada lembu, kambing, kerbau, kuda, ayam dan sebagainya. Tetapi perludireputkan terlebih dulu sebelum digunakan.Adakalanya dipanggil sebagai hot manureskerana ia mengeluarkan wap panas dan mengambil masa untuk reput dan menjadi sejuk~f'rt:l hf'rtllk:lr W:lrn:l mf'ni:lni lJP1:ln
serta bertukar warna menjadi gelap.Sewaktu dalam simpanan tentukan ia dilin
dungi daripada hujan dan tutupkan supaya iatidak bercendawan dan menjadi sarang untukkumbang bertelur dan lain-lain serangga. Najishaiwan mengambil masa satu setengah ke duabulan untuk reput dan selepas itu barulah iaboleh di~akan. Satu keburukan najis haiwanialah ia selalunya mengandungi banyak bijibenih rumput yang boleh bercambah dan adakalanya terdapat kulat.
• Gambut:Sejenis bahan organik yang telah mampat
dan reput. Selalunya ia berwarna coklat tuaatau hitam. Biasanya ia disebut sebagai tanahhitam. Sebenarnya ia bukan tanah, tetapi adalah reputan hijau yang berasal daripada tumbuhan. Gambut adalah satu bahan organikyang paling sesuai untuk meningkatkan kegemburan tanah kerana ia bersifat spongy danboleh menyerap air dengan banyak. Gambutboleh dibeli dalam beg di pusat jualan pokok,di dalam pelbagai gred daripada kasar hinggahalus. Gambut selalunya asidik atau masamtetapi boleh diatasi dengan menambah kapur .
• Sekam padi:Selalunya dibuang atau dibakar dan dibiar
kan reput begitu saja di kawasan sawah padi.Sebenarnya ia boleh menjadi satu bahanorganik istimewa dan murah jika digunakandengan betul. Sekam padi putih atau hitamyang sudah dibakar boleh dijadikan bahanorganik. Saya selalu melembapkannya sebelum digunakan kerana ia terlampau keringdan berdebu. Sekam padi dapat menggemburkan tanah dengan baik, tetapi mengambil
SENI TAMAN. beisama
Abdul Rahim Rashid
(Pakar Hortikultur UPM)
SERATkoko menyerap air dengan baik dan membanlu pertumbuhan pokok.
mas a untuk reput.
• Serat koko:la adalah sisa sabut kelapa dan bahagian
yang diambil sebenarnya ialah satu bahanseperti gabus. la lembut dan spongy. Serat kokoboleh menyerap air dengan bail<,jadi berhatihati kerana ada kalanya ia menjadi basah.Lembapkan dulu sebelum digunakan kerana iajuga kering dan berdebu seperti sekam. Pengalaman saya mendapati, bila dicampurkan dengan tanah dalam keadaan bail< nescaya iaterapung bila disiram nanti. Serat koko bolehdibeli dengan harga RMIO hingga RM12 satubeg. Ingat, lembapkan dulu sebelum digunakan dan campurkan dengan tanah.
• Humus:Rumput yang dipotong, daun dan ranting
yang gugur selalunya kita buang dan bakar.Sayangnya kita membuang begitu banyakbahan organik percuma. Sewaktu berceramah, saya selalu menggalakkan orang ramaisupaya mengumpulsegala bahan hijau dandijadikan himpunan kompos di satu suduttaman.
Jangan lupa curahkan air beras atau ikan danbaIik-baIikkan. Ini dapat mempercepatkan reputan itu menjadi humus, seperti juga gambut.Humus boleh menggemburkan tanah yangpadat dan boleh menyerap air dengan bail<.
lstimewanya, ia mudah diperoleh dan percuma, daripada bahan hijau taman sendiri. lniadalah antara bahan organik yang digunakan
untuk memperbaiki keadaan tanah supayagembur dan peroi. Bagi najis haiwan pula,tentukan ia betul-betul reput sebelum digunakan.
• Pasir:Bahan terakhir yang saya hendak sebutkan
di sini yang boleh memperbaiki keadaan tanahialah pasir. Pasir merongga dan membukakantanah dan ini membolehkan akar mudah menjalar di dalamnya. la juga membantu saliran airsupaya tidak mudah bertakung serta basahdan ini membantu pengudaraan akar untukbernafas di dalamnya. Ini bermakna pasirberfungsi penting kepada kesihatan dan kesegaran pokok yang membolehkan tekstur tanahdiperbaiki dengan sempurna. Gunakan pasiryang kasar seperti pasir sungai yang bolehmeronggakan tanah dengan lebih sempurna.Bahan luaran (foreign materials) dalam pasirseperti batu-batu, kayu dan sebagainya perludiasingkan. Gunakan pasir dalam keadaanlembap sedikit. Tanah, bahan organik danpasir yang dicampurkan dengan sempurnaboleh digunakan untuk lubang tanaman danbatas atau diratakan untuk penanaman rumput taman atau penutup bumi hiasan. Sukatancampuran tanah asas yang saya gunakan sejakbertahun-tahun mempunyai sukatan sepertiberikut, 7 bahagian tanah lorn (top soil), tigabahagian tanah organik dan dua bahagianpasir.
Untuk keluaran akan datang saya akan menerangkan mengen~i zat makanan pokok.