T E O R I - T E O R I S E M A N T I K | 130
UNIT 5
TEORI-TEORI SEMANTIK
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda diharapkan dapat:
1. Mengenalpasti konsep semantik melalui makna tradisional, sinonim,antonim.
2. Menghuraikan teori-teori semantik iaitu Teori segitiga Semiotik, Segitiga Semiotik Ullman,
Pemeringkatan Makna Osgood, Analisis Komponen Katz dan Fodor, Imej Bunyi/Sigifier De
Saussure
3. Menjelaskan Model Diadik de Saussure, Keperihalan Keadaan J.R. Firth, dan Medan Makna
Jose Trier
5.0 PENGENALAN
Semantik ialah satu bidang yang terdapat dalam ilmu linguistik yang mengkaji tentang makna sesuatu
perkataan, frasa, ayat dan ujaran. Istilah semantik berasal daripada perkataan Yunani kuno iaitu sema
yang bermaksud isyarat. Perkataan sema akan menerbitkan kata se mainein yang bermaksud bererti.
Kemudian se mainein diInggeriskan menjadi se mantics, dan dalam bahasa Melayu menjadi semantik.
Dari segi istilah, semantik merujuk kepada sistem dan kajian tentang makna dalam bahasa
(Kamus Linguistik,1997 dipetik daripada Haji Mohd. Isa bin Abd. Razak, 2003). Menurut Kamus Dewan
Edisi Keempat, semantik membawa maksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna
sesuatu kata. Oleh itu, semantik boleh dikatakan satu ilmu yang membincangkan tentang makna sesuatu
perkataan.
T E O R I - T E O R I S E M A N T I K | 131
Secara umumnya definisi semantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan.
Manakala secara khusus pula, ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna,
hubungan antara makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat atau dengan kata
yang lebih mudah, semantik bermaksud kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakan
makna, hubungan antara makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat.
Semantik pula, secara ringkas, dapat dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu yang mengkaji makna
perkataan dan ayat dalam bahasa. Semantik dalam bahasa, pada umumnya, dapat diteliti dari pelbagai
sudut. Demikian juga semantik dalam Bahasa Melayu dapat diteliti dari aspek-aspek seerti dan rujukan,
perkataan, ayat, jenis-jenis makna, perubahan makna, peribahasa (termasuk simpulan bahasa), dan unsur
semantik dalam nahu.
Menurut Abdul Hamid Mahmood (2004), menyatakan makna perkataan boleh berubah mengikut
perkembangan zaman dan kebudayaan serta perkembangan sains dan teknologi. Perubahan makna
dalam mana-mana bahasa di dunia ini. Oleh itu terdapat teori-teori makna dalam semantik yang dihasilkan
oleh sarjana-sarjana ilmuan semantik melalui kajian-kajiannya. Antara teori-teori makna adalah seperti
Teori segitiga Semiotik, Segitiga Semiotik Ullman, dan Pemeringkatan Makna Osgood.
Menurut Maxim Stamenov (1998), sinonim dan antonim merupakan pasangan perkataan yang
dikumpulkan sekitar suatu sifat morfologi dan sifat semantik sepunya, iaitu tergolong dalam kelas kata yang
sama dan kumpulan leksikosemantik yang sama. Antonim mesti mempunyai kandungan semantik yang
sama dan bertentangan, iaitu mesti dicirikan oleh suatu kejauhan sama dwikutub dari norma semantik
purata, manakala sinonim mesti mempunyai kandungan semantik yang sama dan tidak bertentangan, iaitu
mesti dicirikan oleh kejauhan satu dimensi dari norma semantik purata dengan perbezaan tertentu dalam
darjah keserupaan semantik antara ahli-ahli pasangan itu.
5.1 TRADISIONAL
T E O R I - T E O R I S E M A N T I K | 132
Salah satu bahagian yang penting dalam semantik adalah pemberian makna secara tradisional. Menurut
Abdullah Hassan, kaedah yang paling awal mengenai makna ialah dengan merujuk kepada benda yang
dimaksudkan. Kaedah Jibral semasa mengajar Nabi Adam A.S. untuk bercakap adalah sama dengan
kaedah yang diketengahkan oleh Abdullah Hassan. Beliau menunjuk kepada sesuatu benda sambil
memberi maknanya. Bidang ilmu semantik yang semakin berkembang telah mendedahkan kita kepada
kaedah pemberian makna dengan melihat hubungan antara unsur-unsur yang membentuk makna
perkataan. Struktur makna tersebut dikenali dengan sinonim, antonim, polisem dan hiponim.
5.2 SINONIM
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Sinonim adalah kata yang sama atau hampir sama maknanya
dengan kata lain. Sinonim digunakan untuk maksud ‘kesamaan makna’. Dalam penyusunan kamus,
kebanyakan set perkataan mempunyai makna yang sama, perkataan-perkataan itu seerti atau bersinonim
di antara satu sama lain (F.R. Palmer: 1992:97). Bagi Jos Daniel Parera, beliau ,memberi maksud sinonim
sebagai ujaran dalam bentuk morfem terikat, kata, frasa atau kalimat yang menunjukkan kesamaan makna.
Selanjutnya, John I. Saeed mendefinisikan sinonim sebagai “different phonological words which have the
same or very similar meanings”. Secara ringkasnya, sinonim adalah perkataan yang berlainan fonologinya
tetapi mempunyai makna yang sama atau bersinonim dengan perkataan yang lain.
Contoh dua perkataan yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama:
Cepat = Pantas
Perayaan = Pesta
Ibu = Emak
Asli = Tulen
Bijak = Pandai
Namun begitu, terdapat kekecualian yakni tidak semua kata-kata bersinonim sesuai digunakan dalam
konteks ayat. Hal ini kerana walaupun kata bersinonim membawa makna yang sama, tetapi
penggunaannya banyak bergantung kepada jenis dan konteks ayat yang dibina. Sebagai contoh,
1a. Tunku Abdul Rahman dikenang sebagai bapa kemerdekaan kepada Malaysia.
1b. Tunku Abdul Rahman dikenang sebagai ayah kemerdekaan kepada Malaysia.
T E O R I - T E O R I S E M A N T I K | 133
2a. Ibu Pejabat Bomba Perak terletak di Jalan Kompleks Sukan, Ipoh.
2b. Emak Pejabat Bomba Perak terletak di Jalan Kompleks Sukan, Ipoh.
Berdasarkan contoh 1a dan 1b di atas, kata ayah adalah tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut
kerana berlaku kesalahan makna apabila dibaca. Kata bapa membawa maksud ayah, orang tua, panggilan
orang tua yang menunjukkan hormat kepadanya. Ayah pula bermaksud bapa dan orang tua. Melalui
maksud bagi kata-kata bersinonim, dapat kita tahu bahawa walaupun kedua-dua kata mempunyai maksud
yang hampir sama tetapi penggunaan kata bapa adalah lebih sesuai untuk menunjukkan panggilan hormat
kepada Tunku Abdul Rahman.
Bagi contoh 2a dan 2b pula, kata ibu tidak sesuai digantikan dengan kata emak walaupun
dasarnya kedua-duanya perkataan itu bersinonim. Sekiranya emak digunakan dalam ayat tersebut akan
menghasilkan ayat yang tidak tepat dari aspek maknanya apabila ditulis, ditutur dan dibaca. Jelas bahawa
tidak semua perkataan yang bersinonim boleh bertukar ganti dalam pembinaan sesuatu ayat. Penggunaan
perkataan lebih bergantung kepada maksud yang ingin disampaikan dan konteks ayat tersebut.
5.2.1 Lima Cara yang Menunjukkan Kata-kata Bersinonim Berbeza
Walau bagaimanapun, tidak terdapat dua kata bersinonim yang mempunyai makna yang betul-
betul sama. Memang tidak harus ada dua perkataan yang mempunyai sama makna terus wujud
berdampingan. Terdapat lima cara yang menunjukkan kata-kata bersinonim itu berbeza.
5.2.2 Pasangan Sinonim Asal Dari Dialek-dialek Berlainan
Sesetengah pasangan antonim berasal daripada dialek-dialek yang lain dalam bahasa itu. Sebagai
contoh, perkataan fall digunakan di Amerika Syarikat, tetapi di tempat-tempat lain menggunakan
perkataan autumn.
5.2.3 Kata-kata Sinonim yang Digunakan Dalam Gaya yang Berlainan
T E O R I - T E O R I S E M A N T I K | 134
Terdapat kata-kata sinonim yang hampir serupa tetapi bermasalah kerana perkataan-perkataan
yang digunakan adalah gaya yang berbeza. Misalnya, meninggal dunia (pass away), mati (die) dan
mampus (pop off). Berdasarkan contoh tersebut, meninggal dunia diujarkan dengan membawa
gaya yang lebih sopan, mati pula menggunakan gaya yang kurang sopan dan gaya bahasa bagi
mampus adalah tidak sopan.
5.2.4 Perkataan Bersinonim Berbeza Dalam Makna Emotif Atau Nilaian
Sesetengah perkataan mungkin dapat dikatakan berbeza hanya dalam makna emotif atau nilaian.
Bagi makna yang selebihnya, iaitu makna kognitifnya masih tetap sama. Ahli semantik
memperolok-olokkan perbezaan makna emotif antara hide (sorok) dengan conceal (sembunyi),
liberty (kebebasan) dengan freedom (kemerdekaan) yang setiap satunya memberi implikasi
penerimaan atau penolakan. Fungsi perkataan dalam bahasa tersebut adalah bertujuan untuk
mempengaruhi sikap.
Terdapat cara yang lebih halus untuk mengatakan sesuatu perkataan itu ‘baik’ atau
‘buruk’. Dalam bidang politik, perkataan-perkataan yang tertentu selalunya dipilih kerana kesannya
mungkin ada pada perkataan itu. Misalnya perkataan facist tidak lagi merujuk kepada anggota parti
yang berfahaman fasis, tetapi perkataan tersebut sengaja digunakan untuk mengkritik dan
menentang pihak lawan. Perkataan-perkataan mungkin mempunyai makna emotif yang berbeza
bagi masyarakat lain. Sebagai contoh, liberal adalah perkataan yang baik di Britain, tetapi
perkataan ini buruk di Afrika Selatan.
5.2.5 Kata-kata Bersinonim Terbatas Menurut Kolokasi
Sebahagian perkataan adalah terbatas menurut kolokasi, iaitu perkataan itu berlaku hanya secara
berhubungan dengan perkataan-perkataan lain. Contohnya perkataan rancid digunakan dengan
bacon atau butter, addled dengan eggs atau brains. Daripada contoh itu, jelasnya bahawa
bukanlah hal makna, tetapi lingkungan kehadirannya sahaja. Ringkasnya, kata sinonim tersebut
sebenarnya hanya berbeza dari segi lingkungan kehadirannya.
5.2.6 Sinonim yang Digunakan Oleh Penyusun Kamus
T E O R I - T E O R I S E M A N T I K | 135
Sememangnya banyak perkataan yang mempunyai makna yang berhampiran ataupun makna
yang bertindih. Sinonim jenis inilah yang digunakan dalam penyusun kamus. Misalnya kata mature
(matang) sinonimnya terdiri daripada adult (dewasa), ripe (masak), perfect (sempurna), due (tiba).
Dengan itu, kalau kita mencari kata-kata sinonim bagi setiap perkataan itu, kita akan mendapat set
yang lain bagi tiap-tiap satunya, dan ia sememangnya akan bergerak jauh daripada makna
perkataan asal. Namun, malangnya kamus memberitahu kita hanya sedikit mengenai hubungan
tepat antara perkataan-perkataan dengan sinonim yang mendefinisikannya, atau di antara
sinonim-sinonim itu sendiri.
Akhir kata, sinonim adalah kata yang mendukung makna yang sama atau hampir sama dengan kata lain.
Selain itu, tidak semua perkataan yang bersinonim boleh bertukar ganti dalam pembinaan sesuatu ayat.
Penggunaan perkataan lebih bergantung kepada maksud yang ingin disampaikan dan konteks ayat
tersebut.
5.3 ANTONIM
Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan antonim sebagai kata yang berlawanan maknanya dengan
kata yang lain. Webster’s New World dictionary of the American Language (1970) memberi makna antonim
sebagai ‘a word that is opposite in meaning to another word’. Oxford English Dictionary mendefinsikannya
sebagai ‘a term which is the opposite or antithesis of another, a counter term’. Antonim membawa makna
yang bertentangan (F.R. Palmer, 1992: 103). Pendek kata, kata kunci bagi antonim adalah ‘berlawanan’
dan ‘bertentangan’.
Contoh dua perkataan yang mempunyai makna yang bertentangan:
Besar ≠ Kecil
Kurus ≠ Gemuk
Kaya ≠ Miskin
Lebar ≠ Sempit
Muda ≠ Tua
Menurut F.R. Palmer, kesemua pasangan bertentangan adalah kata sifat dan mempunyai satu
fakta umum, iaitu dalam pemeringkatan kualiti yang terlibat. Misalnya, sebuah rumah mungkin besar atau
T E O R I - T E O R I S E M A N T I K | 136
sangat besar dan suatu rumah lebih besar lagi daripada yang lain. Dengan itu, jelaslah bahawa wujudnya
pemeringkatan kata sifat ‘besar’. Begitu juga dengan umur, saiz dan sebagainya.
Edward Sapir menghujahkan bahawa kita harus mengendalikan perkataan ini dalam bentuk
pemeringkatan. Beliau mengendalikannya dengan mengambil contoh dalam bahasa Inggeris (yang
berakhir dengan –er atau wujud dengan more) adalah diperingkatkan secara eksplisit, kerana untuk
mengatakan bahawa sebuah rumah bigger (lebih besar) yang lain, seorang budak younger (lebih muda)
daripada yang lain, bermakna hujahan perlu dibuat dalam suatu skala pemeringkatan untuk perbandingan.
Sapir terus menghujahkan bahawa bentuk perbandingan ini didahului oleh bentuk yang mudah, iaitu
terbentuk dengan menambah er dan more. Secara logiknya, kata seperti big dan young hanya dapat
difahami dalam pengertian bigger (lebih besar) dan younger (lebih muda) daripada benda-benda lain, iaitu
sesuatu norma tertentu. Menurut Sapir lagi, perkataan antonim jenis ini dikenali sebagai implisit.
Tambahan pula, pemeringkatan kata adjektif juga dilakukan mengikut norma yang berlainan.
Misalnya, apabila kita mengatakan bahawa tidak ramai orang yang hadir, maka kemungkinan bermakna
hanya empat atau lima orang sahaja, jika jamuan itu adalah jamuan kecil. Namun begitu, pengertian ini
berbeza sekiranya jamuan yang dimaksudkan adalah majlis perkahwinan yang mungkin jumlahnya
sebanyak lima puluh atau seratus orang. Secara ringkasnya, pemeringkatan ini juga berlaku dengan
melihat item-item pada objek yang dijelaskan. Hakikatnya, terdapat banyak kata antonim yang wujud dalam
bentuk perbandingan . Misalnya,
i. Jalan lebih lebar daripada lorong.
ii. Lorong lebih sempit daripada jalan.
iii. Jalan kurang sempit daripada lorong.
iv. Lorong kurang lebar daripada jalan.
Kesemua ini berhubungan dalam pengertian penterbalikan biasa dengan mengubah antonim dan
hubungan antara ‘lebih’ dan ‘kurang’ yang juga melibatkan pengubahan antonim. Oleh sebab antonim
boleh diperingkatkan, maka kata antonim sering wujudnya perkataan perantara. Sebagai contoh, jika
perkataan hot (panas), antonimnya bukan sahaja perkataan cold (sejuk), tetapi juga perkataan hot
(hangat)/ warm (panas)/ cool (dingin)/ cold (sejuk) dengan perkataan perantara warm (panas) dan cool
(dingin) sebagai satu pasangan antonim dengan sendirinya. Akhir kata, antonim adalah sesuatu kata yang
mendukung makna berlawanan dengan kata yang lain. Kata-kata antonim akan melibatkan pemeringkatan
kualiti untuk membuat perbandingan.
T E O R I - T E O R I S E M A N T I K | 137
Sinonim merupakan satu keperluan dalam bahasa Melayu supaya bahasa kita menjadi lebih
dinamik dan terus berkembang. Antonim pula ternyata sebagai salah satu gaya pemberian makna secara
kaedah tradisional dalam semantik. Sinonim dan antonim sangat penting bagi mengembangkan kosa kata
kita semasa menghasilkan penulisan.
Huraikan konsep semantik melalui pemberian makna tradisional, sinonim, dan antonim?
Nyatakan secara ringkas lima cara yang menunjukkan kata-kata bersinonim berbeza ?
5.4 Segitiga Makna Odgen Dan Richard
Di dalam buku yang bertajuk The Meaning Of Meaning, C. K. Odgen dan I. A. Richard menulis mengenai
makna pada tahun 1923. Melalui kaedah ini, makna dianalisis ke dalam tiga bahagian, iaitu lambang,
fikiran, dan benda. Komponen-komponen ini berhubungan antara satu sama lain, baik secara langsung
atau tidak langsung.
Menurut Jos Daniel Parera dalam karyanya yang berjudul Teori Semantik ( 1990:41) menyatakan bahawa
Odgen dan Richard telah membawa satu pembaharuan: mereka menghubungkan kata dan konsep ke
rujukan, objek. Untuk itu kita perlu membatasi dahulu konsep simbol yang merupakan konsep utama dalam
tulisan mereka. Menurut Jose, istilah “simbol’’ hanya dipakai untuk kata yang merujuk kepada benda,
situasi , peristiwa, dan sebagainya. Ilmu baru tentang simbolisme dibatasi pada bidang semantik yang
langsung berhubung dengan kata yang merujuk kepada benda melalui fikiran. Hal ini adalah kerana
menurut Odgen dan Richard, setiap kata yang menyatakan perasaan dan sikap bukan sebuah simbol.
Sebagai contoh ayat “ Ini baik” hanya kata “ini” merupakan satu simbol jika kata “ini”merujuk ke satu benda,
situasi, peristiwa di dunia nyata, misalnya sebuah mangga, seorang anak, seekor kucing dan sebagainya.
Kata “baik”tidak mempunyai fungsi simbiolik kerana kata “baik” kata lebih kepada ungkapan sikap.
Istilah-istilah seperti seperti “baik, kebebasan, kemerdekaan, kesetiaan, prinsip,kepercayaan,rajin,
penting” dan sebagainya tidak menjadi simbol kerana menurut Odgen dan Richard kata-kata tersebut telah
dikomplikasikan dengan perasaan, diplomasi dan gangguan-gangguan yang lain dan istilah tersebut
dikelompokkan ke dalam “bahasa emotif”. Perbezaan bahasa simbolik dan bahasa emotif tidak beerti
KONSEP
RUJUKANBENTUK SIMBOL
PERKATAAN
T E O R I - T E O R I S E M A N T I K | 138
pemerahan terhadap bahasa emotif. Odgen dan Richard ( OR ) berpendapat bahawa emotif mempunyai
kegunaan dalam proses komunikasi untuk membangkitkan sikap yang diharapkan daripada orang lain atau
untuk mendorong orang lain bertindak dan sebagainya. Akan tetapi menurut mereka bahasa emotif tidak
mempunyai tempat dalam ilmu baru simbolisme. OR hanya mempunyai perhatian kepada hubungan antara
kata-kata dan fikiran serta benda. Dan bahasa ilmu merupakan contoh yang utama dari teori-teori mereka.
Istilah-istilah dalam Segitiga Makna Odgen dan Richard.
Dalam membicakan Segitiga makna ini, terdapat tiga istilah yang digunakan dalam karya OR iaitu: symbol,
untuk menjaga pemahaman kita kepada karya OR, tiga istilah itu tidak diterjemahkan.
1) Symbol
Menurut OR symbol ialah hanya kata-kata yang merujuk kepada benda, manusia, peristiwa yang melalui
fikiran. Menurut OR lagi kata-kata yang menyatakan perasaan, sikap, harapan, impian dan sebagainya
tidak termasuk dalam pengertian symbol. Ilmu baru simbolisme OR hanya berurusan dengan bidang yang
terbatas dari pengalaman manusia.
Bahasa simbolik yang didefinisikan oleh OR ialah bahasa yang sesuai dengan fakta atau bahasa
kefaktaan. Simbol itu bebas/impersonal dan harus diverifikasikan dengan fakta. Bahasa simbolik adalah
bahasa yang sesuai dan laras bahasa ilmiah.
2) Reference
OR tidak menggunakan kata fikiran, hal ini adalah kerana mereka menggunakan istilah reference untuk
menunjukkan satu reference ke suatu objek, yakni ke satu referent.
3) Referent
OR mencipta istilah referent. Istilah tersebut masih digunakan sehingga kini. Hal ini adalah jelas istilah
tersebut untuk memenuhi satu keperluan. Istilah itu juga merujuk kepada sesuatu di luar otak manusia
dan berada di dunia ini. Jika kita menggunakan simbol, maka kita akan merujuk kepada referent seperti
apa itu, di mana, siapa itu, sampai bila yang berada di dunia nyata. OR menyatakan bahawa sangat
penting untuk menemukan referent agar diketahui apakah satu reference benar atau tidak. Dan jika
reference benar, maka ia merujuk kepada fakta. Mereka mengatakan “ if a reference “hangs together” in
the way the actual referent hangs together, the reference is true and refers to a fact.
T E O R I - T E O R I S E M A N T I K | 139
Menurut OR logik bukan sahaja berhubungan dengan konsistensi yang validitas (dalam silogisme)
melainkan lebih daripada itu. Bagi OR logik bukan sahaja berhubungan demgan konsistensi yang
validities melainkan lebih daripada itu. Bagi OR logis itu harus diresponkan dengan fakta. Kebenaran
terbatas pada kesesuaian references dan juga referent. Jika sebuah penyataan itu konsisten,koheren,
dan koresponden, maka penyataan itu benar dan tepat. Menurut OR lagi, dalam setiap perkara yang
membicakan mengenai “hubungan menyatukan” yang merujuk kepada apa yang disebut sebagai “konteks
psikologi” (reference) dan “ konteks fisikal” (referent). Hal yang lebih penting dalam ilmu simbiolisme ialah
menyatukan konteks psikologi dan juga konteks fizikal atau kita harus menyatukan reference yang
kompleks dengan referent yang kompleks, maka referent itu benar dan logik.
Menurut Abdullah Hassan (1992:149), untuk menerangkan ketiga-tiga bucu yang dibuat oleh
Ogden dan Richard di atas, beliau mengambil contoh iaitu apabila seseorang itu teringat kepada kerusi
lalu ia menyebutnya. Sebutan ini didengar oleh orang lain. Apa yang disebutnya itu bukanlah benda kerusi
melainkan lambang atau nama kepada benda itu. Orang yang mendengar sebutan itu sekaligus teringat
kepada kerusi. Proses daripada fikiran kepada penyebutan dan seterusnya daripada pendengaran
kepada penganggapan inilah yang menggambarkan makna.
Hubungan lambang dengan fikiran serta hubungan benda dengan fikiran itu adalah secara
langsung tetapi berhubungan antara lambang dengan benda itu tidak secara langsung dan ditanda
dengan garis putus-putus. Lambang itu boleh berubah. Daripada contoh di atas dapatlah disimpulkan
bahawa terdapat tiga perkara terlibat dalam proses menerangkan makna tadi iaitu benda, lambang dan
pengertiannya. Benda seperti contoh di atas ialah barang yang konkrit yang dapat dilihat berkaki empat
mempunyai tepat duduk dan penyandar. Lambang adalah bunyi [ kerusi ] yang diucapkan dan
pengertiannya ialah tanggapan dalam fikiran penyebut dan pendengarnya. Dalam contoh yang digunakan
ini, benda ialah sesuatu yang konkrit. Usaha menerangkan makna secara analisis ini lebih sukar bagi hal-
hal kata yang tidak konkrit seperti biru, jual, dan lain-lain lagi.
Menurut Abdul Hamid Mahmood ( 2004 ), beberapa tokoh penganalisis bahasa terkenal dunia
seperti schick yang menganalisis bahasa mengatakan “ The meaning of word is in it use in language”, dan
Schaff dalam Introduction Of Semantics (1962:8) dan Linguistic Expressions and Their Meaning serta
John Lyons dalam Introduction to Theoretical Linguistics ( 1968:403) telah menegaskan bahawa terdapat
tiga entiti dalam perkataan iaitu bentuk, makna dan rujukan seperti di atas. Lyons mengatakan bahawa
perkataan merupakan tanda yang mencakupi dua bahagian yakni bentuk dan makna. Misalnya kata
T E O R I - T E O R I S E M A N T I K | 140
empat. Terdapat dua bahagian iaitu bentuk empat, dan maknanya “jumlah dua campur dua” atau 2+2”.
Perkataan beras pula mempunyai dua bahagian iaitu bentuk: beras dan maknanya: “padi yang sudah
dikupas kulit dan sedia untuk memasak”.
Sumbangan Ogden dan Richards
Segi tiga makna hanya terbatas pada bahasa fakta. Segi tiga makna tidak mempunyai dasar. Sumbangan
Ogden dan Richard terletak pada perletakan dan mengenai ilmu simbol yang hanya berhubungan dengan
referent di alam nyata lewat reference. Simbol atau referent dalam alam nyata. Dengan ini ingin kami
katakan bahawa Ogden dan Richard telah meletakkan dasar bagi bahasa dalam proses komunikasi
sebagai saranan berfikir secara ilmiah.
5.5 Segitiga Semiotik Ullman
Stephen Ullman dalam buku yang bertajuk Semantic telah menyatakan bahawa teori yang dicipta oleh
Ogden dan Richard tidak begitu lengkap. Teori semiotik ini telah dicipta pada tahun 1957. Menurut Ullman,
terdapat dua aliran pemikiran mengenai konsep makna iaitu aliran analitikal atau refensial dan aliran
operasional atau kontekstual. Menurut kamus linguistik (1997) dalam buku Teori Bahasa: Implikasinya
Terhadap Penggunaan Tatabahasa, semiotik bermaksud kajian pengkajian sistem otak tentang tanda dan
lambang linguistik serta lambang bukan linguistik serta lambang bukan linguistik yang digunakan dalam
perhubungan berpola manusia.
Selain itu, semiotik terbahagi kepada tiga cabang utama iaitu pragmatik, semantik dan sintak.
Istilah semiotik berasal daripada kata Yunani. ‘semion’ yang bermaksud ‘simbol atau tanda’. Simbol berada
di mana-mana: kata ialah simbol, begitu juga dengan gerak isyarat, lampu lalu lintas, bendera dan
n
m
n n n
m
n
m m m
T E O R I - T E O R I S E M A N T I K | 141
sebagainya. Struktur filem, bangunan, nyanyian burung dan sebagainya dapat juga dianggap sebagai
simbol. Ullman menyatakan bahawa terdapat enam sebab utama berlakunya perubahan makna dalam
bahasa. Antaranya adalah disebabkan linguistik, sejarah, sosial, psikologi, menerima pengaruh luar serta
keperluan kata baharu. Beliau menganalisis makna dengan menggunakan konsep lain, iaitu maksud(m),
nama(n) dan benda. Nama ialah bentuk fonetik sesuatu perkataan.
Maksud pula ialah sesuatu maklumat yang terdapat pada nama. Benda itu pula samalah seperti
benda dalam teori Ogden dan Richard dalam teori Segitiga Semantik. Mengikut Ullman, Ogden dan
Richard meninggal suatu perkataan, maka beliau juga akan berfikir tentang benda itu dan sebaliknya.
Dengan demikian, mengikut beliau hubungan berbalik antara ‘nama’ dan ‘maksud’ itulah yang dikatakan
makna. Beliau tidak mempedulikan suatu perkara yang dianggapnya tidak penting kerana perkara itu
berubah-ubah tetapi nama dan maksud selalu berubah-ubah. Oleh sebab itu, kita mungkin mempunyai
lebih daripada satu maksud tentang sesuatu nama dan sebaliknya juga iaitu satu atau lebih nama terdapat
pada satu maksud.
Namun begitu jika menurut Abdullah Hassan (2005:242) terdapat sedikit perbezaan rajah seperti
berikut
a) lebih daripada satu maksud
b) lebih daripada satu nama
m 1 m 2 m 3
n
m
n 1 n 2n 3
T E O R I - T E O R I S E M A N T I K | 142
c) lebih daripada satu nama dan satu maksud
Dalam kajian semantik tradisional dibincangkan bagaimana hendak mengetahui makna perkataan-
perkataan yang sama makna, banyak makna dan sebagaimana. Hal ini adalah kerana tidak mungkin
dalam mana-mana bahasa itu terdapat setiap perkataan mempunyai satu makna sahaja. Tidak mungkin
satu perkataan dihubungkan dengan satu kata sahaja. Kejadian yang dianggap sebagai sinonim terdiri
daripada perkataan-perkataan yang mempunyai makna yang serupa, seperti sorok, sembunyi dan simpan.
Sebagai lawannya kita ada pula perkataan-perkataan yang mempunyai banyak makna yang dihubungkan
dengan dengan satu perkataan sahaja, iaitu yang dipanggil perkataan polisim. Contohnya bulan, boleh
bermakna ‘bulan di langit’ dan juga boleh bermakna ‘bulan dalam kalender tahunan’.
Terdapat satu lagi fenomena yang berlaku melibatkan makna akibat sistem ejaan. Ini ialah
peristiwa yang menimbulkan fenomena dua perkataan yang berlainan dieja serupa atau homograf. Dalam
bahasa Melayu ada peristiwa begini berlaku. Perkataan sepak mewakili ejaan dua perkataan , iaitu (1)
sepak yang bermakna ‘menendang’ dan (2) sepak yang bermaksud ‘menampar’. Dalam satu jenis lagi
fenomena yang berlaku melibatkan kesulitan menentukan makna ialah yang dipanggil homofon. Homofon
ialah fenomena apabila dua perkataan yang mempunyai ejaan yang berlainan, tetapi mempunyai bunyi
sama, dan erti yang berlainan. Dalam bahasa Inggeris ada contoh seperti meat dan meet. Sebutannya
sama, tetapi meat bermakna ‘daging’ dan meet bermakna ‘bertemu’. Ada pula perkataan yang hanya
homografis, tetapi bunyi dan makna berlainan. Perkataan read dalam bahasa Inggeris disebut sebagai [ri:d]
bagi makna ‘membaca’ dan [red] bagi makna ‘merah’. Perkataan yang sama ejaan atau homografis, juga
terdapat dan mempunyai makna yang berlainan. Contoh yang boleh diberikan ialah undang yang
bermakna ‘menjemput’ dan ‘ketua daerah di Negeri Sembilan’.
Abdullah Hassan juga berpendapat perhubungan makna juga terdapat dalam maksud berlaku
pertentangan makna. Hal ini disebut antonim. Sebagai contoh ada perkataan yang berlawanan makna
m 1 m 2 m 3 m 4
n 1 n 2 n 3 n 4
T E O R I - T E O R I S E M A N T I K | 143
seperti makna suka bertentangan dengan duka, makna langit bertentangan dengan makna bumi dan
makna hujan bertentangan dengan bumi.
5.6 Pemeringkatan Makna Osgood.
Selain daripada teori Semiotik Ogden dan Richard dan teori Ullman, terdapat juga satu teori yang agak
berlainan daripada kedua-dua teori di atas. Teori tersebut lebih menggunakan skala yang lebih kepada
pernomboran. Osgood dan Tannenbaum memperkenalkan Skala Pembezaan Semantik yang mempunyai
tujuh skala. Skala tersebut memberi nilai kepada darjah kesukaan ataupun persetujuan daripada darjah
paling buruk (-3) kepada darjah paling baik (+3). Satu pengamatan penting yang lain dalam teknik ini
sangat berguna dalam bidang psikologi seperti dalam pengukuran sikap. Mereka cuba mengukur makna
kata dari segi ruang semantik dan ruang yang ditakrifkan melalui 20 soalan seperti kuiz.
Sebagai contoh, sikap seorang pelajar yang menganggap remeh tentang puasa pada bulan
Ramadhan (-3). Sedangkan dia mempunyai pengetahuan serta bersetuju (+2) bahawa berpuasa adalah
suatu kewajipan dan meninggalkannya adalah berdosa. Dia akan mengalami keadaan kognisi yang tidak
seimbang atau konsisten kerana pengetahuan dan sikapnya adalah berlawanan. Hal ini akan mendorong
supaya dia membuat perubahan sama ada pada pemesongan pengetahuan fakta ataupun sikapnya bagi
mengurangkan percanggahan dan kembali kepada keadaan konsisten.
Kesimpulannya, teori-teori makna yang telah dilahirkan banyak memberikan kepentingan kepada
pengguna bahasa untuk memahami sesuatu makna secara sistematik meskipun kadang kala terdapat
percanggahan pendapat di antara tokoh-tokoh bahasa. Analisis Katz dan Fodor yang telah dibincangkan
sebelum ini telah memberikan beberapa kepentingan kepada pengguna bahasa apabila analisis yang
terperinci telah dilakukan. Analisis yang dilakukan memberikan faedah kepada pengguna bahasa kerana
dapat membantu memahami makna semantik sesuatu perkataan yang berhubung dengan makna rujukan.
Setelah mengetahui ciri semantik sesuatu perkataan itu juga, ia dapat membantu kita memilih perkataan
yang tepat dalam ayat atau sesuatu ujaran, di samping memahami pelbagai kemungkinan makna bagi
sesuatu perkataan. Analisis yang dilakukan juga dapat menggambarkan hubungan antara suatu perkataan
suka sedih cantik hodoh
T E O R I - T E O R I S E M A N T I K | 144
dalam suatu bidang tertentu kerana pengguna bahasa dapat mengungkapkannya melalui komponen
makna yang terdapat dalam bidang-bidang tertentu.
Berdasarkan pemahaman anda terhadap teori-teori semantik, huraikan secara ringkas tiga teori semantik yang sudah dipelajari ?____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
5.7 Analisis Komponen Katz dan Fodor
Terdapat banyak teori yang telah dikembangkan oleh sarjana-sarjana ilmuan semantik melalui kajian-kajian
mereka berkenaan konsep makna dalam ilmu semantik. Teori adalah pendapat atau pandangan yang
dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara. Ia merupakan prinsip atau dasar pembentukan sesuatu
ilmu. Teori linguistik merupakan prinsip dan dasar untuk menganalisis dan menghuraikan data bahasa.
Manakala teori semantik adalah teori yang dapat meletakkan makna pada setiap perkataan dan ayat yang
berkaitan dengannya dalam sesuatu bahasa. Bagaimanapun, untuk memenuhi tuntutan, satu-satu teori
semantik itu mestilah memenuhi sekurang-kurangnya tiga syarat, iaitu :
i) Mesti mencerap bagi mana-mana bahasa sifat makna perkataan dan makna ayat, dan menjelaskan sifat
hubungan antara unsur tersebut.
ii) Mesti berupaya meramalkan ketaksaan dalam bentuk-bentuk unsur bahasa, samada perkataan atau
ayat.
iii) Mesti mencirikan dan menjelaskan hubungan sistematik antara perkataan dan antara ayat sesuatu
bahasa, iaitu teori tersebut mesti memberi huraian yang agak jelas hubungan sinonim, perangkuman logik,
pertentangan dan sebagainya.
Salah satu daripada teori-teori semantik yang dibincangkan dalam semantik ialah Analisis
Komponen Katz dan Fodor. Analisis Komponen Katz dan Fodor juga turut dikenali sebagai teori analisis
komponen. Analisis makna melalui komponen makna sesuatu kata memperlihatkan suatu perkembangan
baru hasil daripada nahu generatif transformasi. Palmer (1992:119), analisis menurut komponen- seluruh
makna sepatah perkataan boleh dilihat dalam satu jumlah unsur yang berbeza atau komponen-komponen
T E O R I - T E O R I S E M A N T I K | 145
makna. Pengertian komponen tidaklah memperkenalkan suatu perhubungan yang lebih maju, tetapi ia
memberi satu rangka kerja teoretis untuk memperlakukan semula hubungan yang telah dibincangkan.
Teori ini adalah berdasarkan kaedah yang digunakan oleh ahli antropologi dalam menentukan
hubungan kekeluargaan. Hal ini disokong oleh Palmer apabila beliau menyatakan bahawa semantik boleh
dikendalikan dalam pengertian komponen dengan menyelidik istilah kekeluargaan. Teori ini diaplikasikan
dalam linguistik untuk menjelaskan makna perkataan. Menurut teori ini, makna perkataan dianalisis bukan
secara satu unit, tetapi dalam hubungan komponen yang kompleks. Komponen tersebut dinamakan
sebagai komponen semantik yang terdiri dari perbendaharaan kata sesuatu bahasa. Teori ini juga cuba
menghuraikan makna sesuatu perkataan secara terperinci dengan memasukkan unsur pertentangan.
Teori analisis komponen ini sebenarnya berfungsi untuk mengkaji kata-kata yang mempunyai
hubungan makna antara satu dengan yang lain. Hubungan ini disebut sebagai stuktur leksikal. Teori ini
diaplikasikan untuk melihat hubungan makna bagi sepatah perkataan dengan sejumlah unsur atau
komponen makna. Tujuan analisis kompenen adalah untuk menganalisis makna sesuatu perkataan secara
terperinci iaitu sehingga ke peringkat konstrastif yang paling rendah atau dengan kata yang lebih mudah
komponen yang terkecil sekali. Terdapat tiga perkara utama yang ingin diperhatikan di dalam teori ini iaitu:
a. Melihat sejumlah ciri rujukan bagi sesuatu perkataan.
b. Melihat kemungkinan adanya hubungan rujukan antara sesuatu kata dengan kata yang lain.
c. Melihat ciri khusus bagi kata yang mempunyai hubungan rujukan, iaitu yang membezakan fitur
semantik kata itu dengan kata yang lain.
Namun, dalam pengaplikasiannya, teori ini menghadapi beberapa kekangan iaitu:
i. Komponen semantik untuk sesuatu perkataan mempunyai makna tersendiri dan perlu dihuraikan.
ii. Huraian makna dalam teori ini tertumpu pada perkataan dan tidak pada ayat.
iii. Makna yang tepat sukar diperolehi kerana terikat dengan ciri hiponim.
Teori ini kemudiannya telah diperbaharui oleh Katz dan Fodor pada tahun 1963. Teori ini
menganalisis menggunakan kata-kata kekerabatan. Analisis menurut komponen ialah satu teknik
menganalisis makna dan pertalian yang terdapat antara satu perkataan dengan perkataan yang lain.
Makna-makna yang terkandung pada setiap perkataan itu dapat dianalisis dan didefinisikan melalui
komponen makna perkataan itu. Makna bagi sesuatu perkataan bukan dianalisis secara unitary atau
sebagai satu unit tetapi sebagai komponen – komponen yang kompleks. Misalnya istilah ‘anak’, ‘bapa’ dan
‘datuk’ dapat dijelaskan dengan menganalisis komponen-komponen yang berkaitan. Contohnya:
i. ‘datuk’ adalah lelaki, ayah kepada… dan juga anak kepada...
T E O R I - T E O R I S E M A N T I K | 146
ii. ‘bapa’ adalah lelaki , anak kepada… dan ayah kepada..
iii. anak’ adalah lelaki/perempuan, bayi/kanak-kanak/dewasa, anak kepada….
Melalui teknik ini juga, setiap konsep dipecahkan ke dalam komponen atau fitur yang terkecil
dipanggil fitur distingtif (diperkenalkan Jacobson, 1938). Dengan kaedah begini, satu kata dalam sesuatu
medan semantik yang sama dapat dibezakan daripada kata yang lain dalam medan yang sama atau dalam
erti kata yang lain untuk melihat kehadiran atau ketidakhadiran elemen semantik bagi satu set kata. Teori
ini menggunakan fitur yang ditandai dengan (+) dan (-) untuk menandakan ada atau tiada fitur pada
perkataan itu. Tanda-tanda tersebut membawa pengertian khusus dalam memberi makna. Tanda (+)
membawa maksud fitur tersebut wujud pada perkataan yang hendak dianalisis dan tanda (-) bermaksud
perkataan tersebut tidak mempunyai fitur tersebut. Misalnya tumbuhan, kita memberikan fitur (+) bernyawa
kerana ianya hidup dan bangunan kita berikan fitur (-) bernyawa kerana ianya tidak hidup.
Analisis komponen lazimnya adalah berdasarkan satu sistem binari, di mana sesuatu komponen
makna atau fitur itu ada (+) atau tiada (-) bagi mendefinasikan kata tersebut. Misalannya, makna suami,
isteri, kakak, abang dan adik boleh dibezakan dengan menggunakan analisis komponen makna seperti
orang, dewasa, lelaki, perempuan, wanita, kanak-kanak, bapa atau ibu. Perbezaan ini dapat dilihat di
dalam Jadual 1 di bawah:
Jadual 1
Berdasarkan kepada jadual 1 di atas, terdapat pelbagai perkataan yang boleh dikaitkan dengan
manusia. Ada sesetengah daripadanya yang berkongsi ciri yang sama yang diberikan tanda (+).
Contohnya kelas kata yang merujuk kepada ‘isteri’ diberikan tanda (+) bagi ciri orang, dewasa, wanita dan
juga ibu. Begitu juga dengan contoh ayat berikut ‘pensyarah saya wanita’, pengkaji dapat menggunakan
Suami Isteri Kakak Abang Adik
+ orang + orang + orang + orang + orang
+ dewasa + dewasa + dewasa + dewasa - dewasa
+ lelaki - lelaki - lelaki + lelaki + lelaki
- wanita + wanita + wanita - wanita + perempuan
+ bapa + ibu ... ... + kanak-kanak
T E O R I - T E O R I S E M A N T I K | 147
perkataan ‘wanita’ bagi merujuk kepada pensyarah itu dengan tepat kerana dia memahami ciri semantik
yang terdapat pada perkataan pensyarah tersebut.
Namun, teori ini tidak dapat menggambarkan ciri perbezaan secara jitu sesuatu perkataan. Hal ini
kerana, penggunaan tanda (+) jantan bagi kata ‘manusia’ juga dapat digunakan (+) jantan bagi kata ‘
binatang. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan mereka berkongsi ciri yang sama. Tetapi hakikatnya
ciri jantan pada manusia adalah tidak sama seperti pada binatang. Ciri jantan pada binatang merujuk
kepada jantinanya, manakala pada manusia merujuk kepada sifat kelakiannya yang gagah dan berani.
Selain itu, teori ini juga turut menghuraikan sesuatu perkataan secara terperinci dengan
memasukkan juga unsur-unsur pertentangannya. Contoh penghuraian perkataan ‘teruna’ ‘dara’. Teruna
merujuk kepada manusia yang dewasa iaitu lelaki yang masih belum berkahwin. Manakala dara pula
merujuk kepada manusia dewasa juga tetapi perempuan yang masih belum berkahwin. Antara perkara
yang diperhatikan dalam mengkaji makna melalui teori ini ialah melihat sejumlah ciri rujukan bagi sesuatu
perkataan, melihat kemungkinan adanya hubungan rujukan antara sesuatu kata dengan kata yang lain dan
melihat ciri khusus bagi kata yang mempunyai hubungan rujukan, iaitu yang membezakan fitur semantik
kata itu dengan kata yang lain.
5.8 Imej Bunyi/Sigifier De Saussure
Ferdinard de Saussure merupakan nama yang terkenal dalam sejarah linguistik juga telah memberikan
sumbangan yang besar terhadap perkembangan semantik. Beliau merupakan orang yang pertama melihat
bahasa sebagai suatu kesatuan yang terdiri daripada bahagian-bahagian yang berhubungan antara satu
dengan lain. Setiap bahagian mempunyai fungsi dan peranannya. Konsep ini telah memberikan
sumbangan yang penting kearah pembentukan struktur linguistik. Menurut de Saussure (1959:67), bahasa
terdiri daripada bunyi atau penanda (significant) dan makna atau petanda (signifier). Penanda adalah
bayangan akustik, misalnya urutan bunyi m+e+j+a. Petanda adalah gambaran atau makna yang
melambangkan bunyi meja. Oleh itu, kata atau lambing linguistik adalah bayangan akustik atau bunyi +
gambaran atau makna. Saussure (1983:67) mengetengahkan konsep “diadik” atau “model dua bahagian”
untuk tanda. Beliau mendefinisikan tanda sebagai suatu yang mempunyai signifier (signifian) iaitu bentuk
tanda itu sendiri dan signifier (signifie) yang mewakilinya. Contohnya seperti tanda berikut:
Tanda signified
_____________________________
T E O R I - T E O R I S E M A N T I K | 148
Signifier
Bagi saussure, tanda secara keseluruhannya dalah gabungan antara signifier dan signified. Anak panah
menunjukkan hubungan antara signifier dan signified (signifikasi). Garis memanjangdalam rajah tersebut
dipanggil garis palang. Walaubagaimanapun teori ini lebih khusus dan merupakan satu imej bunyi dan
suatu konsep. Contohnya, buku sebagai penanda yang membawa makna apabila dituturkan (signified)
manakala bunyi adalah signifier yang mewakili sign atau penanda untuk menjelaskan sesuatu konsep
yang hendak dihuraikan. Ini bersesuaian dengan Ferdinand de Saussure. Baginya, kedua-dua perkara
tersebut merupakan satu imej bunyi dan satu konsep serta kedua-duanya dihubungkan dengan satu ikatan
assiotif psikologis. Ikatan asosiatif psikologis ialah bunyi yang dihasilkan oleh seseorang dan benda-
benda yang diperkatakan sebenarnya digambarkan sebagai satu entiti konsepsual melalui beberapa cara.
5.8.1 Sign (Tanda), Signifier (Penanda) dan Signified (Petanda)
Strukturalisme Perancis tidak dapat dipisahkan dari semiologi Saussure. Bagi beliau, semiologi adalah ilmu
pengetahuan umum tentang tanda. Dan, tanda tidak hanya sekedar kata, tetapi tanda mencakup kata dan
konsep. Dengan kata lain, tanda adalah kombinasi antara konsep dan gambaran akustik. Misalnya, arbor
(ertinya pohon) adalah tanda bahasa. Sedangkan “pohon” adalah konsep.
Linguistik yang ilmiah adalah linguistik yang harus sesuai dengan ujaran-ujaran dan pola-pola yang
dipaksakan (diterapkan secara konvensional) oleh masyarakat bahasa. Langue adalah objek linguistik
yang konkrit dan integral; ia merupakan khazanah tanda kerana ia didasarkan pada konvensi sosial.
Dengan cara pandang sebegini, sebenarnya pandangan Saussure selari dengan Whitney: tanda bahasa
adalah wujud psikis kerana ia tidak mempertimbangkan wujud dari parole. Dalam tanda bahasa harus
dibezakan: Pertama, gambaran akustik (image acoustique) yang bersangkutan dengan ingatan atau kesan
bunyi yang dapat kita dengar dalam khayal, bukan dalam ujaran yang diucapkan. Salah satu manfaat
konsep gambaran akustik adalah bahawa komponennya jelas batasnya. Gambaran akustik dapat
digambarkan dengan tulisan secara cermat, sedangkan bunyi tidak (contohnya: bunyi gemuruh,
bagaimana menuliskannya dengan kata-kata?). Gambaran bunyi adalah keseluruhan unsur fonem yang
jumlahnya terbatas dan dapat diwujudkan dengan lambang tertulis yang jumlahnya sepadan.
Kedua, bahagian lain dari tanda bahasa adalah konsep. Konsep lebih abstrak daripada gambaran
akustik. Konsep bersifat pembeza semata-mata, dan secara langsung bergantung pada gambaran akustik.
Itulah sebabnya Saussure mengatakan bahawa tanda mempunyai dua muka yang tidak dapat dipisahkan
satu sama lain: konsep itu signifie (yang ditandai atau petanda) dan gambaran akustik itu signifiant (yang
T E O R I - T E O R I S E M A N T I K | 149
menandai atau penanda). Tanda adalah konkrit dalam erti tidak ada satupun yang ditinggalkan dari
defenisi yang diperlukan oleh sudut pandangnya kerana sudut pandangnya itulah yang menciptakan objek:
sudut pandang menentukan apa yang dianggap konkrit (menyeluruh) sebagai lawan dari abstrak
(sebagian). Saussure berpendapat bahawa tanda adalah berupa kalimat, klausa, frasa, morfem (afiks,
inflektif, derivatif). Ada dua jenis tanda: tanda tunggal dan tanda sintagma. Semua tanda tersebut memiliki
sifat utama, yakni:
Pertama, prinsip arbitrer (kesemenaan). Kesemenaan tanda bahasa tidak ada aspek bunyi dalam
benda yang ditandainya dan hanya terdapat dalam tanda tunggal. Sedangkan dalam sintagma, seperti kata
majemuk, frasa terdapat motivasi relatif, misalnya bentuk inflektif (perubahan nada suara) diwujudkan
secara sama untuk memenuhi hubungan makna yang sama atau konstruksi sintaksis yang dipergunakan
dalam situasi yang sama diwujudkan secara sama pula. Kesemenaan merupakan bentuk umum dari
kemampuan biologis manusia untuk mengkoordinasikan dan mengasosiasikan (pada waktu yang sama)
sehingga melahirkan sistem bahasa yang berbeda bagi setiap masyarakat. Dengan kata lain, kesemenaan
adalah tempat manusia membuat sejarah pada dirinya. Tetapi harus diperhatikan bahawa ciri lambang
tidak selalu semena, tidak hampa. Sebab, ada suatu dasar dari ikatan alami antara penanda dan petanda.
Misalnya, lambang keadilan, timbangan, tidak mungkin diganti dengan sebarang lambang, misalnya
dengan lambang kereta. Walaupun demikian, semena bukan bererti penanda tergantung dari pilihan bebas
penutur melainkan semena adalah tanpa motif.
Untuk mengerti bagaimana suatu kata disebut semena, marilah kita ikuti huarian ini: tiba-tiba saya
berteriak kepada ayah saya yang kebetulan lewat di depan saya “ayah, tunggu aku!”. Kata ayah di situ
bersifat semena atau tanpa motif karena untuk menyebut kata “ayah” tentu saya tidak perlu berfikir terlebih
dahulu dan tidak perlu saya mencari-cari kata apa yang harus saya serukan untuk memanggil laki-laki yang
lewat di depan saya; dan tidak mungkin saya berkata: ya sudah, saya panggil saja ayah saya sebagai
“ibu”, tidak mungkin. Walaupun demikian, jika dalam bentuk kalimat, langue tidak seluruhnya semena
karena langue adalah suatu sistem; dan sistem memiliki nalar tertentu. Misalnya: Saya makan nasi
(S+P+K), tidak mungkin saya balik: makan nasi saya. Tetapi justru karena alasan inilah masyarakat tak
mampu mengubah langue sesuka hatinya.
Kedua, prinsip kelinearan tanda bahasa. Hal ini paling nampak dalam signifiant, iaitu dalam
rangkain wicara. Dan, hal ini yang membezakan bahasa dengan tanda lain ( parole dan juga langage).
Penanda akustik hanya ada dalam garis waktu; unsur-unsurnya terungkap satu persatu. Semua itu
membentuk suatu rangkain.
T E O R I - T E O R I S E M A N T I K | 150
Ketiga, prinsip tak tertukarkan (ketakterubahan). Saussure memberi 4 alasan mengapa tanda tak
tertukarkan: 1) kerana tanda bersifat arbitrer; 2) walaupun ada kemungkinan orang ingin mengubah sistem
tulisan yang sifatnya arbitrer kerana unsur-unsurnya terbatas, namun ktrana tanda bahasa tak terbatas
jumlahnya, maka ketakterbatasan tersebut menghalangi perubahan bahasa; 3) bahasa merupakan sistem
yang sangat rumit; 4) bahasa adalah satu-satunya sistem sosial yang dipergunakan semua orang. Oleh
sebab itu, di antara penutur terdapat sikap konservatif dalam menghadapi perubahan kebiasaan bahasa.
Dengan kata lain, bahasa diwarisi. Dan penerima warisan itu menerima begitu saja (pasif) dan bahkan
menjadi bahasa konvensional. Penanda seolah dipisah secara bebas tetapi jika dipandang dari masyarakat
bahasa yang memakainya, penanda bahasa tak bebas, ia dipaksakan. Penanda yang dipilih oleh langue
tidak mungkin diganti dengan yang lain. Contoh: pilihlah!, tidak mungkin saya ganti tanda bahasa di dalam
kata itu menjadi “pilihlah?”. Jadi, masyarakat tidak dapat memaksakan kemauannya pada satu kata,
masyarakat terikat pada langue seperti apa adanya.
Ringkasnya, langue tidak dapat diikat dengan suatu kontrak dan justru kerana itulah tanda bahasa
begitu menarik untuk diteliti. Sebab, kalau kita ingin memperlihatkan bahwa hukum yang diterima dalam
suatu masyarakat sebagai sesuatu yang kita turuti dan bukan aturan yang ditetapkan secara bebas oleh
individu, langue-lah yang paling sesuai sebagai analoginya. Lambang bahasa atau langue tidak tunduk
pada kemauan kita; ia adalah warisan dari abad sebelumnya. Misalnya, pemerian nama pada benda atau
hal, merupakan warisan dari zaman dahulu. Jadi, langue juga merupakan hasil dari faktor historis, dan itu
sebabnya langue tak terubahkan.
Keempat, prinsip tertukarkan (keterubahan): sifat ini terjadi jika kita menggunakan sudut pandang
historis yang menimbulkan pergeseran hubungan antara signifiant dan signifié sebagai akibat perubahan
bunyi dalam pergeseran analogi. Tanda selalu berganti kerana tanda bersifat sinambung. Pergantian tanda
selalu mengakibatkan perubahan hubungan antara petanda dan penanda. Misalnya, kata “nēcare” (Latin)
dikemudian hari berubah menjadi “necare”. Atau contoh lain adalah kata “dritteil” (kata Jerman klasik)
berubah menjadi “drittel” (kata Jerman modern). Jadi, penanda berubah, baik secara material mahupun
secara gramatikal.
Namun, sebuah langue sama sekali tidak berkekuatan untuk mempertahankan diri terhadap faktor-
faktor yang setiap waktu mengubah hubungan antara penanda dan petanda; hal ini adalah salah satu
konsekuensi dari kesemenaan lambang. Prinsip dasar bahasa adalah tata nama. Ertinya, sebuah kata
mewakili “hal” atau “benda”. Prinsip ini mengandaikan adanya “benda” sebelum ada kata. Tetapi kata tak
jelas apakah berwujud bunyi atau psikis.
T E O R I - T E O R I S E M A N T I K | 151
5.9 Model Diadik de Saussure (Terdapat dua sisi (diadik).
a) Sisi pertama disebut penanda (signifier). Penanda ialah aspek material sesuatu tanda, seperti
mencerap bunyi. Bunyi muncul daripada getaran pita suara. Sausssure menyebutnya sebagai ‘imej
bunyi’ atau ‘citra bunyi’.
b) Sisi kedua disebut petanda (signified). Petanda merupakan konsep mental. Jika kita sebut ‘kucing
(yang disusun dari penanda /k/, /u/. /c/, /i/, /n/ dan /g/, yang terkesan kepada pendengar bukan
kucing yang ‘sebenarnya’ , tetapi konsep ‘kekucingan’ (binatang berkaki empat, tajam kukunya,
ekornya selalu bergoyang, suka makan tikus, dan sebagainya). Kucing yang sebenarnya mungkin
dari jenis Parsi. Bukan sekadar kucing secara umum.
Kesatuan antara petanda (konsep mental) dan penanda (aspek material) memberi ilham kepada Saussure
untuk membentuk model diadik seperti berikut:
Petanda (Signified) - (Konsep)
______________________________________________
Penanda (Signifier) – (Imej Bunyi)
Model Diadik de Saussure
Saussure yakin bahawa proses komunikasi melalui bahasa juga melibatkan pemindahan fikiran/isi
kepala.
Tanda membentuk kod yang menghubungkan dua individu agar membuka fikiran masing-masing.
T E O R I - T E O R I S E M A N T I K | 152
Kesatuan fikiran dengan jenis kod tanda tertentu inilah yang mendorong de Saussure membentuk
sains baru tentang semiotik yang disebut sebagai semiologi.
Dilemanya, wujud sifat arbitrari yang mengaitkan penanda dan petanda. Konsep dalam bentuk
bunyi /k/, /u/, /c/,/i/, /n/, g/ merupakan penanda. Bagi orang Inggeris pengertian kucing diperoleh melalui
penggunaan kata ‘cat’. . Bagi orang Melayu, mungkin kata ‘kucing’ boleh diganti dengan ‘iau-iau’, meaw
dan sebagainya. Wujud penggunaan perkataan yang berbeza oleh kedua-dua bahasa bagi
menggambarkan penanda. Walaupun perkataan yang digunakan berbeza, namun menjurus kepadaa satu
tanda yang ingin disampaikan.
De Sassure berpendapat bahawa , tanda dapat berfungsi kerana ada difference/perbezaan. (dapat
dibezakan dengan tanda-tanda lain). Perbezaan inilah yang menjadi asas bagi terbinanya sesuatu
komuniti untuk mengenal budaya lisan. De Sassure menjelaskan asas fenomena bahasa selalu diibentuk
oleh dua faktor.
Parole –ekspresi kebahasaan
Langue- sistem perbezaan antara tanda-tanda
Aspek parole- bersifat abstrak, penghuraian secara statistik tentang penggunaan bahasa. Contoh, bermain
catur. Tidak perlu setiap waktu untuk melangkah. Harus berhenti dan berfikir aturannya. Aturannya
lazimnya diketahui, tetapi harus membuatnya sentiasa tampak. Langue- sistem yang mengandungi satu
set rumus yang mengawal penghasilan ayat yang gramatis. Ia berkaitan dengan batas-batas kombinasi
dan penggantian unsur-unsur bahasa.Contoh- Sekumpulan tanda ‘Seekor kucing berbaring di atas karpet”.
Kata kucing menjadi bermakna kerana dapat dibezakan dengan seekor setelah dinyataakan “seekor”
kucing berbaring, di atas, karpet.
Apabila digabungkan semua tanda, ini menghasilkan rangkaian yang membentuk sebuah sintagma
(kumpulan tanda yang berurutan secara logik) .Melalui cara ini , kucing memiliki hubungan paradigmatik
(hubungan yang saling mengganti) dengan anjing dan harimau.
Hubungan Paradigmatik sesuai dengan aturan sintagmatik sebagaimana garis x dan gari y dalam
sebuah koordinat. Penggantian bersifat fleksibel selagi memenuhi syarat hubungan sintagmatik. Misalnya
kucing dan anjing memiliki cirri hubungan paradigmatik.
T E O R I - T E O R I S E M A N T I K | 153
Menurut Ferdinand de Saussure, tanda linguistik tidak menyatukan nama dengan benda tetapi
menyatukan konsep dengan gambaran bunyi. Gambaran bunyi itu sebenarnya bukanlah sesuatu yang
bersifat fizikal tetapi ada kesan psikologis daripada bunyi itu ke atas deria kita. Gambaran bunyi bersifat
deriaan, dan jika menamakannya sebagai “benda”, itu hanyalah satu cara untuk membezakannya dengan
istilah lain yang berkaitan, iaitu konsep yang biasanya lebih abstrak.
Menurut de Saussure tanda adalah digambarkan serupa satu “entiti ganda”, mencukupkan signifier,
atau imej bunyi (signifiant), dan menandakan, atau konsep (signifie). Imej bunyi adalah satu psikologikal,
bukan sebuah konsep penting, keupayaan sistem itu. Komponen kedua-dua lambang linguistik adalah
tidak dapat dipisahkan.
Kesimpulannya, imej bunyi yang dikemukakan Ferdinand de Saussure merupakan imej bunyi kepada
sesuatu benda. Imej bunyi digunakan oleh penutur bagi menerangkan sesuatu benda. Contoh, jika penutur
ingin menerangkan seekor itik, penutur menggunakan imej bunyi bagi melambangkan itik iaitu “kuek,kuek”.
Imej bunyi juga digunakan untuk penegasan akan sesuatu maksud. Imej bunyi juga berperanan dalam
memberikan gambaran akan sesuatu benda misalnya bunyi kucing untuk kucing, bunyi itik untuk itik dan
sebagainya
Huraikan konsep Analisis Komponen Katz Dan Fodor, Imej Bunyi / Signifier De Saussure Dan
Model Diadik de Saussure?
5.10 Keperihalan Keadaan J.R. Firth
Nama sebenar J.R Firth ialah John Rupert Firth. Beliau merupakan seorang professor bahasa Inggeris di
Universiti Punjabi, Lahore pada tahun 1920 hingga 1928. Kemudian beliau berkhidmat sebagai pensyarah
kanan di university College London pada tahun 1928 hingga 1938. Selepas itu beliau menjawat jawatan
sebagai pensyarah kanan dan Profesor Linguistik Am di School Oriental and Studies Afrika,University of
London pada tahun 1938 hingga 1956. Beliau merupakan seorang tokoh yang penting dalam bidang
T E O R I - T E O R I S E M A N T I K | 154
Linguistik Am iaitu sebagai satu disiplin berautonomi di Britain. Selain itu, beliau juga turut dikenali melalui
ideanya dalam bidang fonologi dan kajian makna (semantik).
J.R Firth dilahirkan di Keighley, Yorkshire pada akhir abad ke-19. Dia menerima pendidikan awal di
sekolah menengah tempatan sebelum meneruskan pelajaran di peringkat BA dan MA dalam bidang
sejarah di University Of Leeds. Secara ringkasnya beliau telah menerima latihan di Kolej Latihan Guru
Leeds. Selepas perang dunia yang pertama, beliau telah pergi ke India yang ketika itu masih lagi
sebahagian daripada empayar Britain untuk bekerja dengan Perkhidmatan Pendidikan India. Beliau juga
turut berkhidmat sebagai tentera di Afghanistan dan Afrika semasa perang. Kemudian beliau kembali
berkhidmat dalam bidang pendidikan sebagai seorang professor bahasa Inggeris di Universiti Punjabi
setelah berlaku gencatan senjata. Kajian Firth bermula dengan kawasan-kawasan yang pelbagai bahasa
untuk menyediakan data linguistik yang kemudiannya diterbitkan. Beliau beranggapan bahawa tempoh
masanya berada di India merupakan harta yang kekal terhadap kerjayanya.
Beliau telah kembali ke Britain pada kali pertama pertama pada tahun 1926. Walau bagaimanapun
beliau telah pulang ke India selepas itu. Pada tahun 1928 beliau telah membuat keputusan untuk kembali
ke Britain buat selama-lamanya setelah menerima tawaran berkhidmat di Daniel Jones Department
Phonetics,Colej University Of London. Pada masa yang sama beliau telah bekerja secara sambilan di
London School Oriental and Studies Africa dan juga di Oxford. Ketika di SLE beliau telah bertemu dengan
Bronislaw Malinowski, mereka kemudiannya telah melakukan kajian tentang cara seseorang melihat atau
memikirkan sesuatu yang berkaitan antrapologi. Beberapa idea Malinowski telah mempengaruhi pemikiran
Firth . Idea Malinowski berkaitan dengan bahasa adalah perlakuan manusia. Ia adalah berkaitan dengan
perilaku manusia berdasarkan latarbelakang kebudayaan dan sosial tertentu. Idea ini bertentangan dengan
pendapat bahawa bahasa adalah sebagai medium untuk memindahkan sesuatu idea daripada seseorang
kepada seseorang lain. Sebaliknya dalam pendekatan sistemik functional, makna adalah fungsi sesuatu
bahasa, iaitu apa yang manusia lakukan dengan bahasa (Firth 1957, 182 ). Memindahkan sesuatu idea
hanyalah satu daripada penggunaan bahasa. Daripada sudut fungsi makna, menyampaikasi sesuatu idea
adalah perlakuan manusia bukannya apa yang bahasa itu ada. Fahaman bahawa bahasa sebagai satu
sistem berbeza dengan idea Saussure tentang langue.
Bagi Firth bahasa adalah polysystemic. Fahaman ini bermaksud bahasa terdiri daripada
pelbagai sistem paradigmatik. Manusia menggunakan bahasa untuk melakukan pelbagai perkara dalam
pelbagai konteks dan mereka secara berterusan membuat pilihan dalam system yang berbagai. Contohnya
satu sistem mungkin tentang komunikasi maklumat berkaitan hal-hal dunia, kemudian ada komunikasi
yang mempunyai tujuan tertentu dan ada juga bentuk komunikasi antara dua orang. Bukan semua bentuk
T E O R I - T E O R I S E M A N T I K | 155
komunikasi itu sama bentuknya. Mengikut Firth, sistem paradigmatik membolehkan penutur atau penulis
membuat pilihan berdasarkan dua situasi keperihalan keadaan dan juga keperihalan kebudayaan.
Mengikut Firth seterusnya bahasa itu bercirikan sosial kerana bahasa dikongsi oleh sekelompok penutur
dalam konteks sosial tertentu dan digunakan untuk melakukan sesuatu perkara dalam konteks tersebut.
Teori Firth tentang bahasa, terutamanya yang berkaitan dengan kemasyarakatannya diperkembang oleh
Halliday. Teori Halliday dikenali dengan nama “Neo-Firthian Linguistics” atau “ Scale and Category
Linguistics” berdasarkan karangannya yang berjudul “ Categories of the Theory of Grammar” pada tahun
1961.
5.11 Konsep dan Huraiannya
Teori ini menfokuskan kepada idea bagaimana sesuatu bahasa itu berfungsi dalam masyarakat
penuturnya. Selain memberi tumpuan kepada struktur sintaksisnya, teori ini juga melihat kepentingan
fungsi yang menggabungkan ciri-ciri bahasa dan ciri-ciri lain yang ada hubungan dengannya. Idea
utamanya ialah konsep strata Linguistik sistemik mengutamakan beberapa aspek tertentu sosiologi
bahasa. Aspek tersebut ialah perilaku, fungsi dan situasi. Linguistik sistemik melihat bahasa sebagai suatu
bentuk perilaku ataupun sebagai sesuatu yang kita lakukan. Ia melihat bahasa sebagai bentuk perilaku
yang bersifat fungsian, sebagai sesuatu yang kita lakukan dengan tujuan tertentu,atau seperti yang
biasanya, dengan lebih daripada satu tujuan. Ia juga melihat bahasa sebagai bentuk perilaku yang bersifat
fungsian yang berkaitan dengan situasi sosial yang dalamnya bahasa itu berlaku, sebagi sesuatu yang kita
sengaja lakukan dalam persekitaran sosial yang tertentu.
Kemudian linguistik sistemik berkecenderungan untuk mengaitkan organisasi dalam bahasa,yakni
pelbagai pola yang diperlihatkan oleh bahasa, dengan fungsi bahasa dan situasi socialbahasa. Ia
berkecenderungan untuk menunjukkan cebisan-cebisan pola yang mana ditentukan oleh fungsi bahasa
yang tertentu. Linguistik sistemik juga berkecenderungan untuk menunjukkan bagaimana pola tersebut
berubah-ubah dalam persekitaran sosial yang berbeza-beza.
Oleh itu konsep Linguistik Sistemik adalah sebagaimana berikut:
1. Linguistik sistemik memberikan perhatian penuh dalam pemasyarakatan bahasa
terutama sekali tentang fungsi pemasyarakatan bahasa dan bagaimana fungsi pemasyarakatan itu
terlaksana dalam bahasa.
T E O R I - T E O R I S E M A N T I K | 156
2. Linguistik sistemik memandang bahasa sebagai bentuk “pelaksana”dan mengakui pentingnya
perbezaan antara “langue” dengan “parole”. “Parole” adalah perilaku kebahasaan yang sebenarnya,
sedangkan “langue” adalah jajaran pilihan yang dapat dipilih oleh seseorang penutur bahasa.
3. Linguistik sistemik lebih mengutamakan pemerian ciri-ciri bahasa tertentu beserta variasi-variasinya.
Linguistik tidak atau kurang terterik pada semestaan bahasa.
4. Linguistik sistemik mengenal adanya gradasi atau “cline” dalam bahasa. Gradasi sebenarnya adalah
“kontinum”. Batas butir-butir bahasa selalunya tidak jelas. Misalnya tentang bentuk-bentuk yang gramatikal
dan yang tidak gramatikal. Skala kegramatikalan tidak terbahagi atas “gramatikal” dan “ tidak gramatikal”.
5.12 Sumbangan Firth dalam bidang penulisan
Sumbangan Firth dalam bidang penulisan dapat dibahagikan kepada empat pecahan iaitu idea dalam
kajian semantik dan konteks, perbincangan sejarah linguistik terutamanya bahasa-bahasa dari Britain,
bidang fonologi terutamanya pembangunan suatu model yang dipanggil ‘Analisis Prosodic’ dan huraian-
huraian linguistik serta ensiklopedia berkaitan orang India serta bahasa-bahasa di Asia Selatan
terutamanya aspek ortografi dan fonologi mereka. Penulisan beliau dalam bidang semantik dan
konteks,perbincangan sejarah linguistik dan huraian-huraian linguistik serta ensiklopedia merupakan hasil
penulisan beliau ketika mula menceburkan diri dalam bidang penulisan manakala penulisan berkaitan
bidang fonologi hanya hadir kemudian. Walau bagaimanapun beliau paling dikenali melalui penulisan
dalam bidang semantik dan fonologi. Beliau turut dikenali sebagai ‘Pemikir Utama Dalam Bidang Linguistik
dan Falsafah Bahasa’.
Idea-idea Firth dalam penulisan semantik dan konteks merupakan asas kepada penghasilan teori-
teori Semantik. Firth telah menerbitkan bukunya di UCL. Walaupun tidak bersifat akademik, ia
mengandungi asas-asas linguistik yang kemudiaanya diiktiraf sebagai “linguistik Firthian”. Pendekatan Firth
melalui penulisan buku ini merupakan permulaan kepada perjuangan beliau untuk memajukan bidang
linguistik di Britain. Setelah meninjau pelbagai isu linguistik beliau merasa terpanggil untuk menubuhkan
institut linguistik. Firth telah menulis pada halaman terakhir buku-bukunya bahawa Britain perlu melakukan
kajian terhadap bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain bersamanya termasuk kajian terhadap bahasa-
bahasa yang digunakan di Asia dan juga di Afrika. Firth telah menulis perkara yang sama terhadap karya-
karyanya yang lain.
5.13 Contoh-contoh perkataan
A. Tuan
T E O R I - T E O R I S E M A N T I K | 157
Tuan bermaksud seseorang yang dihormati tidak kira kerana pangkat atau kerana taraf ekonomi
yang tinggi. Hal ini perlu dilihat siapa penuturnya. Pada kebiasaannya golongan penutur yang menuturkan
perkataan ini adalah golongan pekerjaan kepada majikan. Contohnya,pekerja di syarikat besar itu
memanggil pemilik syarikat itu Tuan Ahmad. Hal ini demikian kerana Tuan Ahmad adalah pemilik syarikat
tersebut, panggilan tuan adalah panggilan hormat yang diberikan kepada majikan mereka.
Walau bagaimanapun panggilan ini boleh juga digunakan kepada seorang anak kecil. Anak ini
mungkin anak orang kaya yang akan dipanggil ‘Tuan’ oleh para pekerja ayahnya. Anak-anak menteri atau
orang-orang kenamaan juga boleh dipanggil ‘Tuan’ oleh pekerja bawahan. Selain itu juga, panggilan ‘Tuan’
juga turut digunakan dengan tujuan menyindir seseorang ketika dalam keadaan marah, maka perkataan
‘Tuan’ ini membawa maksud marah atau mengejek pula.
Panggilan ‘Tuan’ ini juga perlu dilihat pada masanya ia dituturkan juga. Pengerusi dalam sesuatu
majlis juga turut dipanggil ‘tuan’. Panggilan ‘tuan’ ia sebagai tanda hormat kepada pengerusi majlis
tersebut.
B. Cik
Panggilan ‘cik’ biasanya digunakan untuk golongan wanita yang belum berkahwin. Hal ini boleh
dilihat apabila kita berkomunikasi dengan orang kita hormati contohnya seorang peguam. Pada
kebiasaannya penutur yang menuturkan panggilan ini adalah orang yang tidak rapat dengan individu yang
dilawan bercakap serta berlaku dalam situasi formal contohnya di pejabat atau atas urusan kerja.
Panggilan ini juga digunakan untuk tujuan bergurau atau menunjukkan kemesraan. Contohnya
panggilan seorang abang kepada adiknya yang sedang merajuk.”Merajuk ke cik adik”?. Panggilan cik adik
tadi memberikan gambaran tentang kemesraan dalam hubungan adik beradik. Panggilan cik juga
mempunyai maksud sebagai buah hati atau kekasih. Contohnya dalam ayat “cik adik engkau sihat ke?”
perkataan cik adik itu merujuk kepada kekasih. Hal ini perlu dilihat kepada penuturnya ketika itu. Orang
yang menuturkan perkataan ini biasanya terdiri daripada kawan-kawan serta orang yang rapat sahaja.
C. Puan
Panggilan puan biasanya digunakan untuk wanita yang sudah berkahwin. Walau bagaimanapun
dalam bidang ketenteraan ia adalah panggilan hormat kepada anggota tentera yang lebih tinggi
pangkatnya tidak mengira samada wanita itu sudah berkahwin ataupun tidak. Panggilan puan juga
digunakan untuk mereka oleh para pekrja kepada isteri ketua mereka. Oleh hal yang demikian, kita
T E O R I - T E O R I S E M A N T I K | 158
perlulah melihatnya siapa penuturnya dan situasi ketika ayat tersebut dituturkan bagi mengetahui maksud
sesuatu perkataan tersebut ketika ia dituturkan.
D. Datuk
Perkataan datuk membawa maksud orang berpangkat datuk yang menerima pangkat tersebut
daripada kerajaan sama ada kerajaan negeri atau negara. Perkataan ini biasanya digunakan dalam
suasana formal. Walau bagaimanapun perkataan datuk membawa maksud lain dalam konteks ayat yang
berbeza. Contohnya dalam ayat, ‘Apa khabar datuk dan nenek di kampong?’,dalam konteks ayat tersebut
perkataan datuk membawa maksud seorang lelaki yang sudah mempunyai cucu dan bukan lagi membawa
maksud orang yang berpangkat besar.
E. Perang
Perkataan perang membawa maksud perkelahian. Contoh ayat, ‘Amerika telah melancarkan
perang terhadap Bosnia’. Dalam konteks ayat itu perkataan perang membawa maksud negara Amerika
telah berkelahi dengan negara Bosnia. Walau bagaimanapun dalam konteks ayat yang lain perkataan
perang boleh membawa maksud yang berlainan. Dalam ayat ‘Rambut Alisa berwarna perang’ perkataan
perang dalam konteks ayat tersebut membawa maksud warna rambut merah yang kehitam-hitaman.
F. Akal
Perkataan akal membawa fikiran.Walau bagaimanapun perkataan akal boleh membawa maksud
yang berbeza dalam konteks ayat yang berbeza. Contohnya dalam ayat,’Ahmad sedang berusaha mencari
akal untuk keluar daripada masalah yang sedang mereka hadapi’. Maksud perkataan akal dalam ayat
tersebut ikhtiar.
G. Bermuka-muka
Dalam konteks ayat ‘Aina seorang yang suka bermuka-muka’ perkataan bermuka-muka membawa
maksud suka berpura-pura. Ayat yang lain pula contohnya ‘kertas kerja itu bermuka-muka’ yang bermakna
perkataan bermuka-muka itu membawa maksud berhelai-berhelai.
H. Cerah
Cerah membawa maksud terang. Contohnya dalam ayat ‘bilik ini cerah’. Cerah dalam ayat tersebut
membawa maksud bilik tersebut terang. Walau bagaimanapun perkataan cerah boleh membawa maksud
T E O R I - T E O R I S E M A N T I K | 159
yang berbeza dalam konteks ayat yang berbeza sebagai contoh, Amira berkulit cerah. Cerah dalam ayat
kedua tidak lagi membawa makna terang sebaliknya membawa makna agak putih.
I. Cetek
Perkataan cetek dalam ayat ‘air sungai itu cetek sahaja’ membawa maksud tidak dalam. Walau
bagaimanapun dalam ayat ‘fikiran budak itu masih cetek’ pula perkataan cetek membawa maksud
pengetahuan yang tidak luas.
5.14 Medan Makna Jose Trier
Salah satu patukan utama linguistik pada abad ke-20 ini ialah hakikat bahawa bahasa terdiri daripada
sistem atau satu rangkaian subsistem yang berhubungan. Oleh kerana itu, analisis bahasa dipecah-pecah
atas subsistem fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Hubungan antara unsur dalam subsistem-
subsistem itu menentukan nilai dan fungsi masing-masing. Dengan demikian, para linguis pun ingin
mencari hubungan antara unsur-unsur dalam sistem semantik sesebuah bahasa. Buah fikiran F.de
Sausure dan muridnya C. Bally, juga dari W. Von Humboldt, Weisgerber dan R.M. Meyer telah menjadi
inspirasi utama bagi Jose Trier dalam pengembangan Teori Medan Makna.
Dalam bukunya tentang istilah dan ilimiah bahasa Jerman, Derr deutsche Wortschatz im Sinn
bezink des Verstandes (1991), Jose Trier melukiskan vokabulari sebuah bahasa tersusun rapi dalam
medan-medan dan dalam medan itu, setiap unsur yang berbeza didefinisikan dan diberi batas yang jelas
sehingga tiada pertindihan antara sesama makna. Ia mengatakan bahawa medan makna itu tersusun
sebagai satu mosaik. Setiap medan makna itu akan sesuai antara sesama medan sehingga membentuk
satu keutuhan bahasa yang tidak mengenal pertindihan.
Sebagai contoh, dua medan makna yang ditampilkan oleh Jose Trier:
Pandai
Cerdik Bijak
Bijak Berpengalaman
Terdidik Cendekiawan
T E O R I - T E O R I S E M A N T I K | 160
Sebenarnya, medan makna ini bertentangan dengan pendekatan medan asosiatif makna. Medan
asosiatif makna menuntut asosiasi antara kata yang menjadi pusat dan beberapa kemungkinan
kolokasinya.
Contohnya, dengan menyebut kata “hitam”, seseorang akan mengasosiasikan dengan “putih,
negro, kotor, manis, kerinting dan sebagainya”.
Sebaliknya, pendekatan medan makna memandang bahasa sebagai satu keseluruhan yang tertata
yang dapat dipenggal atas bahagian-bahagian yang saling berhubungan secara teratur pula. Dengan
demikian, kita melihat bahawa pendekatan asosiatif dalam medan makna bergerak naik ke atas sedangkan
pendekatan medan makna bergerak dari atas ke bawah.
Walaupun pendekatan medan makna yang dikemukan oleh Jose Trier ini telah mendapat
beberapa kecaman dan hambatan, namun kepeloporannya telah memberikan beberapa pendekatan yang
lebih luwes terhadap medan makna tersebut. Bagaimanapun juga, setiap kata dapat dikelompokkan sesuai
dengan medan maknanya. Akan tetapi, perlu diketahui pula bahawa perbezaan medan makna tidak sama
untuk setiap bahasa.
Contohnya, bahasa Indonesia membezakan medan makna “melihat atas” iaitu melirik, mengintip,
memandang, meninjau, menatap, melotot dan sebagainya.
Pendekatan yang luwes ini telah diusahakan oleh G.Matore dari Perancis dengan pendekatan
yang bersifat sosiologis. Di samping itu, terdapat pendekatan luwes yang dikemukan oleh J.Lyons, iaitu
“hubungan kemaknaan”. Medan makna dapat dilakukan pada kelompok makna tentang tingkat jabatan
yang mempunyai batas yang melekat, nisbah keluarga dan tatawarga. Pendekatan medan makna secara
asosiatif berguna dalam penelitian psikolinguistik. Sedangkan medan makna yang sesuai dengan bidang
masing-masing digunakan untuk belajar sosiolinguistik.
Jose Trier (1931), seorang sarjana Jerman telah membuat kajian lanjut dalam bidang semantik
bagi menghasilkan sebuah konsep yang dipanggilnya medan makna. Trier telah membandingkan medan
aspek “intelektual” bahasa Jerman pada sekitar tahun 1200 dengan yang ada pada sekitar tahun 1300.
Dalam medan itu, terdapat makna inti dan makna sampingan. Makna sampingan itu bertindih dengan
bahagian daripada makna perkataan lain. Beliau telah membahagikan aspek- aspek intelektual kepada
beberapa medan (field). Walaupun begitu, terdapat rasa sangsi berkenaan ketepatan pemerhatian Trier itu.
Pada zaman yang awal, medan itu telah dibahagikan kepada Kunst dan List, perkataan yang pertama
T E O R I - T E O R I S E M A N T I K | 161
merujuk kepada kualiti kebangsawanan dan yang kedua kepada kemahiran bukan bangsawan. Istilah
Wisheit telah digunakan untuk merangkumi keseluruhannya.
Pada zaman yang berikutnya, medan semantik telah dibahagikan kepada tiga, iaitu Wisheit
‘pengalaman agama’, Kunst ‘ pengetahuan’, dan Wizzen ‘ seni’ (sebuah menjadi istilah baru, sebuah istilah
tersingkir, dan Wisheit sekarang hanya mencakupi satu bahagian sahaja, dan bukan keseluruhannya lagi).
Contoh Trier ini membandingkan satu bahasa pada dua zaman yang berlainan. Kita juga boleh
membandingkan dua bahasa yang berlainan untuk melihat bagaimana bahasa- bahasa itu membahagikan
sesuatu medan tertentu itu. Selalunya contoh yang dipertik diambil daripada istilah warna. Ahli bahasa
Denmark, Hjelmslev (1953: 33) menghujahkan yang kita boleh membandingkan sistem warna bahasa
Inggeris dengan bahasa persuratan Wales, di sepanjang satu dimensi (Rajah 1). Contohnya,
Green Gwyrd
Glas
Blue
Grey
Brown
Liwydd
RAJAH 1
Kita melihat bahawa Hjelmslev telah mencadangkan satu medan yang mudah, iaitu medan satu
dimensi yang dikatakan dibahagi secara berbeza dalam bahasa Inggeris dan bahasa Persuratan Wales.
Oleh itu beliau berjaya meletakkan warna- warna itu mengikut susunannya. Walau bagaimanapun, ini tidak
kelihatan tergambar dalam bahasa. Kita tidak mempunyai kata sifat untuk menjelaskan bahawa Merah itu
T E O R I - T E O R I S E M A N T I K | 162
lebih – daripada jingga dan jingga itu lebih- daripada kuning dan lain- lain. Susunan ini tidak tergambar
dalam bahasa Inggeris seperti dalam hal hari- hari dalam minggu, atau bulan- bulan dalam tahun.
Berdasarkan teori ini, bahasa juga dikatakan dapat dibahagikan kepada beberapa medan dan satu
contoh yang biasa dikemukakan ialah perkataan- perkataan yang merujuk kepada warna. Terdapat banyak
perkataan dalam medan makna “warna” seperti hijau, kuning, merah, biru, kelabu, hitam dan sebagainya.
Kesemua perkataan di atas berada di dalam satu medan warna kerana semuanya merujuk kepada
“warna”. Dalam keadaan lain pula, apabila kita hendak menghuraikan dan menjelaskan makna sesuatu
perkataan, lantaran tiada perkataan yang tiada betul- betul makna dan maksudnya dengan perkataan itu,
maka kita terpaksa menjelaskannya dengan menggunakan perkataan- perkataan lain yang mungkin
melibatkan jumlah perkataan yang banyak.
Contohnya, apabila kita mendefinisikan perkataan “istana”, kita katakan istana adalah tempat
kediaman “raja”. Isteri kepada raja dipanggil “permaisuri”, mereka mempunyai penghibur yang dipanggil
“dayang”, sementara anak- anak mereka dirujuk sebagai “putera” dan “puteri”. Rakyat memanggil mereka
sebagai “tuanku”, manakala sebutan kepada diri sendiri adalah “patik”. Tempat yang disediakan untuk
mengadap ialah “balairung”. “Pengawal-pengawal” disediakan untuk menjamin keselamatan raja dan
keluarga “diraja”. Mereka mempunyai bentuk bahasa yang berlainan dari bahasa kebanyakan. Bahasa
yang mereka gunakan dipanggil “bahasa istana”. Warna rasmi bagi golongan diraja ialah warna kuning.
Perkataan- perkataan di atas berada di dalam medan atau lingkungan yang sama, iaitu medan makna
perkataan “istana”.
Nida, dalam karyanya berjudul “ Towards a science of translating”, ( 1964:50), membincangkan,
dalam pengertian “golongan”, mengenai perkataan dalam satu bahasa Mexico untuk “bising”. Ada enam
patah perkataan “bising”, iaitu
a) Pekikan kanak-kanak
b) Manusia bercakap kuat
c) Manusia bertengkar (atau ayam piruk berketak)
d) Manusia bercakap dengan marah
e) Bising yang meningkat
f) Bunyi-bunyi semasa pengkebumian
Nida turut mencatatkan, ada tiga patah perkataan untuk “mencari” dalam bahasa maya, iaitu,
a) Untuk memilih yang baik daripada yang buruk
T E O R I - T E O R I S E M A N T I K | 163
b) Untuk mencari secara membabi buta
c) Untuk mencari secara teratur
Dalam bahasa Shilluk (Afrika), ada tiga perkataan “patah”, iaitu,
a) Untuk patah kayu dan lain- lain
b) Untuk benang
c) Untuk telur
Kita boleh menambah senarai ini dengan bilangan golongan yang biasa; seperti logam iaitu besi,
tembaga dan lain- lain. Mamalia iaitu untuk singa, harimau dn lain- lain, serta jenis motokar dan
sebagainya.
Dalam semua contoh ini, kita telah menyenaraikan perkataan yang merujuk kepada benda- benda sesuatu
golongan tertentu dan membahagikannya kepada medan semantiknya. Dalam hampIr kesemua kes
tambahan pula, perkataan- perkataan itu adalah tidak selaras. Kita tidak boleh mengatakan “Ini topi
merah”, dan pada benda yang sama dikatakan “ Ini topi hijau”. Kita juga tidak boleh mendeskripsikan
seekor binatang sebagai singa atau gajah sekaligus. Ketidaksepadanan istilah dalam satu medan semantik
selalunya jelas ditunjukkan dalam bahasa. Dengan itu, “Pada hari Sabtulah dia pergi ke sana” memberi
implikasi yang “Dia tidak pargi ke situ pada hari Isnin atau hari- hari lain pada minggu itu”, (tetapi tidak
bermakna “Dia tidak pergi ke situ dalam bulan Ogos”.
Manakala “Bapa menumbuk Mary”, (dengan tekanan berkontras) member implikasi yang dia tidak
menendangnya atau menamparnya: tumbuk, tendang dan tampar kesemuanya termasuk dalam satu
medan semantik yang sama (Lyons 1977: 288). Walau bagaimanapun kita boleh mengenal pasti istilah
yang nampaknya bercampur: sebuah topi boleh jadi merah- jingga, manakala seekor selembu adalah
kacukan antara seladang dan lembu. Tetapi, dengan memperkenalkan istilah demikian, kita hanya boleh
menambah perkataan dalam medan itu, dan membahagikan medan itu dengan lebih halus lagi. Dalam
sesetengah hal, perbezaan di antara istilah dalam medan itu adalah jelas, dan dibayangkan dengan
perbezaan yang jelas dalam pengalaman. Ini adalah benar dengan nama- nama binatang (dengan sedikit
kekecualian). Dalam kes lain misalnya, contoh Nida bagi perkataan “bising”, perbezaannya agak lebih
kabur.
Umumnya, benda-benda dalam medan adalah tidak “berentetan”; ini seolah- olah mengatakan
tidak ada cara semulajadi, dari segi makna, untuk menyusunnya dalam rentetan tertentu. Jika kita mahu
T E O R I - T E O R I S E M A N T I K | 164
menyenaraikannya, maka kita bolehlah mengikut susunan abjad. Memanglah ahli Sains mempunyai
sesuatu kerangka penggolongan logam atau mamalia, tetapi ini hal lain. Tidak ada cara, dalam pengertian
ciri makna yang jelas, kita dapat menyusun gajah, zirafah dan badak. Tetapi ada sesetengah kumpulan
perkataan yang mempunyai susunan tertentu. Hari- hari dalam minggu dan bulan- bulan dalam tahun
membentuk dua set perkataan yang tidak selaras, sebab kita tidak boleh mengatakan “Bulan ini ialah
November dan ia juga bulan Mac”. Tetapi, kumpulan perkataan ini juga mempunyai hubungan rentetan
seperti Ahad berlaku sebelum Isnin - Ahad adalah hari yang berlaku sebelum Isnin dan lain-lain. Begitu
juga, selalunya ukuran seperti inci, kaki, dan ela boleh diletakkan dalam rentetan, bermula dengan yang
paling kecil.
Angka satu, dua, tiga dan lain- lain, adalah satu lagi contoh yang jelas. Nida menyebut satu sistem
pengiraan yang agak berbeza yang terdapat dalam sebuah bahasa Brazil, yang boleh diberi terjemahan
kasar “tiada”, “satu atau dua”, “tiga atau empat”, dan “banyak”. Medannya dibahagikan dengan cara yang
berlainan sekali berbanding dengan cara ia dibahagikan dalam bahasa- bahasa lain, tetapi asas untuk
rentetan itu, yang menyangkut pengertian “lebih daripada” adalah jelas serupa.
5.15 Kesimpulan
Teori makna dalam semantik ini masih digunakan lagi sehingga sekarang walaupun kadang- kadang
terdapat pertentangan pendapat antara tokoh- tokoh. Namun, di sebalik pertentangan pendapat ini maka
akan melahirkan banyak lagi buah fikiran dan ilmu-ilmu yang mendorong kita untuk berfikiran lebih kreatif
dan kritis. Pendekatan linguistik ini bertujuan mengkaji segala yang dimiliki oleh makna secara sistematik
dan objektif yang dapat dikaitkan dengan seberapa banyak ujaran dan bahasa yang boleh diterokai.
Bahasa yang hidup sentiasa berkembang dan menerima kata, serta fasa baru yang akan menyebabkan
makna kata-kata tersebut turut berubah, berkembang, dan terhad kepada sesuatu maksud sahaja.
Berdasarkan pemahaman anda terhadap teori-teori semantik, huraikan tentang keperihalan keadaan J.R. Firth dan Medan Makna Jose Trier.?
KATA KUNCI
1. Komponen 6. Semiologi
2. Asosiatif Psikologis 7. Diadik
T E O R I - T E O R I S E M A N T I K | 165
3. Linguistik Sistemik 8. Imej Bunyi
4. Ortografi 9.. Homograf
5. Stuktur Leksikal 10. Kolokasi
PENILAIAN KENDIRI
1. Nyatakan Perbezaan bahasa simbolik dan bahasa emotif ?.
2. Huraikan Istilah-istilah dalam Segitiga Makna Odgen dan Richard?
3. Semiotik terbahagi kepada tiga cabang utama, huraikan secara ringkas konsep semiotik ?
4. Terangkan prinsip arbitrer (kesemenaan) dalam Signifier De Saussure?. Huraikan tujuan analisis
kompenan dalam teori Analisis Komponen Katz Dan Fodor?
5. Jelaskan 2 faktor asas fenomena bahasa melalui Model Diadik de Saussure?
RUJUKAN
F.R. Palmer (1992). Semantik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Firth, J.R (1957). Papers In Linguistics. London: Oxford University Press.
Jose Daniel Parera.(1990). Teori Semantik. Institut keguruan dan Ilmu Pendidikan Jakarta,
T E O R I - T E O R I S E M A N T I K | 166
Penerbit Erlangga: Jakarta.
Maxim Stamenov (1998). Perkembangan Semasa Teori Semantik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Recommended