B4#:#PERINDUSTRIAN#
BIDANG B PERANCANGAN SPATIAL
B1.0 Guna Tanah Dan Fizikal
B2.0 Petempatan Bandar Dan Desa Serta Koridor Pembangunan
B3.0 Pertanian, Perhutanan Dan Perlombongan
B4.0 PERINDUSTRIAN
B5.0 Perumahan Dan Kejiranan Hijau
B6.0 Kemudahan Masyarakat, Rekreasi Dan Sukan
B7.0 Pelancongan
B8.0 Perniagaan dan Perkhidmatan
B9.0 Perhubungan Dan Pengangkutan
B10.0 Bekalan Air, Elektrik, Gas, Telekomunikasi Dan Jalur Lebar
B11.0 Saliran Dan Perparitan
B12.0 Sistem Pembentungan
B13.0 Pengurusan Sisa Pepejal Dan Toksid
B14.0 Alam Sekitar Dan Pengurusan Sumberjaya
B15.0 Pemeliharaan Warisan
kajian rancangan struktur negeri selangor 2035
laporan tinjauan
LAPORAN TINJAUAN Perindustrian
B4-1
B4.0 PERINDUSTRIAN
Pembangunan aktiviti perindustrian dijangka akan terus memainkan peranan yang
amat penting kepada pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor menjelang tahun 2035.
Negeri Selangor terus menjadi penyumbang terbesar KDNK Malaysia (23.5%) pada
tahun 2012. Pencapaian ekonomi Negeri Selangor pada masa kini di antaranya diterajui
oleh perkembangan positif sektor perindustrian di mana ia menyumbangkan 29.7%
sektor pembuatan Malaysia pada tahun 2012. Pelaburan 2013 Negeri Selangor berada
pada tahap kedua tertinggi (18.87%) berbanding dengan Johor (27.72%). Walau
bagaimanapun, Selangor merupakan penyumbang pelaburan domestik tertinggi
(28.79%) berbanding Johor (13.50%).
Selaras dengan dasar perindustrian peringkat kebangsaan, Negeri Selangor memberi
galakan kepada pembangunan yang berteraskan penyelidikan dan pembangunan (R &
D), projek yang berintensifkan kemahiran dan mempunyai modal bernilai tambah tinggi,
memberi keutamaan kepada industri berteknologi tinggi seperti industri teknologi
maklumat dan aero angkasa, pembangunan industri yang memberi peluang perniagaan
kepada usahawan tempatan serta industri yang bukan berintensifkan tenaga buruh.
Selain itu Kerajaan Negeri juga akan terus memberi keutamaan kepada pembangunan
Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Usaha yang lebih giat akan diberikan kepada
program-program pembangunan usahawan serta pembangunan tapak-tapak IKS baru di
seluruh Negeri Selangor. Galakan dan tawaran pembiayaan kepada pengusaha dari
tabung agensi seperti SMIDEC akan diberi keutamaan. Kajian menyeluruh perlu
dijalankan bagi pembangunan holistik IKS di seluruh daerah dalam Negeri Selangor.
B4.1 PENEMUAN SEMASA
Negeri Selangor mengguna pakai dasar dan strategi perindustrian yang digubal pada
peringkat Persekutuan dan peringkat Negeri. Kerajaan Negeri memperincikan dasar
berkenaan berdasarkan kekuatan dan potensi yang terdapat di sesebuah kawasan
seperti kedapatan tenaga kerja, kemudahan infrastruktur dan utiliti serta kesesuaian
tapak pembangunan. Pembangunan perindustrian berteraskan konsep pembangunan
mampan akan terus menjadi halatuju pembangunan perindustrian di negeri ini pada
masa hadapan.
Industri pembuatan berorientasikan domestik dijangka berkembang seiring sentimen
pengguna dan perniagaan. Sub sektor elektrik dan elektronik dijangka terus meningkat
dengan peningkatan permintaan bagi kelengkapan elektronik dan semi konduktor.
Peningkatan permintaan barangan sumber seperti produk pertroleum, kimia, getah dan
LAPORAN TINJAUAN Perindustrian
B4-2
plastik serta industri kelengkapan pengangkutan dijangka akan terus menyokong
pertumbuhan sektor pembuatan di Negeri Selangor.
Sumber dari MIDA dan SSIC Berhad menunjukkan pembangunan perindustrian Negeri
Selangor akan terus memberi penekanan kepada sektor pembuatan. Pada tahun 2012,
sumbangan sektor pembuatan kepada KDNK Negeri Selangor ialah sebanyak 31.5%.
Statistik prestasi pelaburan di Negeri Selangor menunjukkan pada tahun 2013 sebanyak
228 projek perkilangan telah diluluskan di Negeri Selangor dengan nilai pelaburan
tempatan dan asing sebanyak RM9.833 billion. Jadual B4.1 menunjukkan statistik
prestasi pelaburan di Negeri Selangor bagi tahun 2000 – 2013. Manakala Jadual B4.2
menunjukkan prestasi pelaburan mengikut kategori industri di Negeri Selangor bagi
tempoh tahun 2000 hingga 2013.
Jadual B4.1 : Statistik Prestasi Pelaburan Di Negeri Selangor Tahun 2000 – 2013
Tahun Projek Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM)
Pelaburan Asing (RM)
Jumlah Modal Pelaburan (RM)
2000 223 16,126 2,547,207,956 5,254,899,897 7,802,107,853
2001 302 24,554 1,885,390,569 3,939,896,572 5,825,287,141
2002 239 15,220 2,082,338,671 1,760,600,555 3,842,939,226
2003 305 19,042 2,680,294,303 2,376,311,510 5,056,605,813
2004 335 24,140 4,696,822,675 1,353,447,686 6,050,270,361
2005 338 22,567 4,684,746,834 3,817,131,915 8,501,878,749
2006 312 24,831 3,054,241,068 2,274,343,250 5,328,584,318
2007 318 25,443 6,989,739,432 4,191,710,937 11,181,450,369
2008 302 30,980 2,866,163,788 9,004,746,225 11,870,910,013
2009 278 22,753 2,752,526,768 4,007,064,183 6,759,590,951
2010 325 27,865 5,494,986,553 5,146,848,848 10,641,835,401
2011 263 20,750 4,504,853,012 4,237,146,599 8,741,999,611
2012 252 22,719 7,305,494,367 4,429,323,568 11,734,817,935
2013 228 23,519 6,207,711,908 3,625,294,944 9,833,006,852
Jumlah 4,020
320,509
57,752,517,904
55,418,766,689
113,171,284,593
Sumber : Malaysian Industrial Developement Authority (MIDA), 2013
LAPORAN TINJAUAN Perindustrian
B4-3
Jadual B4.2 : Prestasi Pelaburan Mengikut Kategori Industri Di Negeri Selangor Tahun 2000-2013
Industri Projek Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM)
Pelaburan Asing (RM)
Jumlah Modal Pelaburan (RM)
Pembuatan Makanan
301 23,054 4,301,067,056 5,064,690,612 9,365,757,668
Minuman dan Tembakau
17 2,104 322,384,381 509,258,038 831,642,419
Produk Tekstil 101 9,030 749,135,451 521,451,998 1,270,587,449
Produk Kulit 2 522 48,351,400 0 48,351,400
Perkayuan dan Produk Kayu
107 6,736 890,278,406 241,180,203 1,131,458,609
Perabut dan Kelengkapan
204 20,204 1,072,574,201 227,717,643 1,300,291,844
Kertas dan Percetakan
112 8,410 2,920,481,347 1,564,638,023 4,485,119,370
Produk Kimia 311 12,703 5,332,553,676 4,400,797,334 9,733,351,010
Produk Petroleum 40 1,374 340,720,903 854,490,151 1,195,211,054
Produk Getah 153 28,133 4,273,048,181 1,499,772,558 5,772,820,739
Produk Plastik 320 17,726 2,460,184,687 1,633,527,114 4,093,711,801
Produk Mineral Bukan Logam
99 5,702 993,749,952 4,777,995,653 5,771,745,605
Produk Logam 173 11,663 7,136,736,310 3,584,528,802 10,721,265,112
Produk Logam Di Reka
421 22,018 2,530,007,819 1,855,806,771 4,385,814,590
Mesin dan Peralatan Mesin
498 26,183 3,457,605,387 2,892,414,551 6,350,019,938
Produk Elektrik dan Elektronik
524 70,002 4,772,121,915 20,599,850,019 25,371,971,934
Peralatan Pengangkutan
465 39,188 14,521,466,687 4,207,145,325 18,728,612,012
Peralatan saintifik 97 8,754 1,044,782,214 679,496,700 1,724,278,914
Lain-Lain 75 5,013 585,267,941 304,005,189 889,273,130
Jumlah 4,020 318,519 57,752,517,914 55,418,766,684 113,171,284,598
Sumber : Malaysian Industrial Development Authority (MIDA)-2013
Berdasarkan kepentingan sektor perindustrian, Kerajaan Negeri melalui MIDA dan SSIC
Berhad akan terus memberi galakan untuk sektor ini berkembang dengan lebih pesat
lagi. Strategi menggalak pembangunan industri pembuatan berorientasikan eksport
akan diberi keutamaan. Pengusaha industri khususnya pengusaha tempatan akan
LAPORAN TINJAUAN Perindustrian
B4-4
digalakkan untuk menjalankan pengeluaran berskala besar. Selaras dengan itu, di antara
langkah yang dirangka adalah :
i. Melaksanakan Pelan Induk Perindustrian Negeri Selangor dilaksanakan selaras
dengan Pelan Induk Perindustrian Nasional Ketiga (2006-2020).
ii. Mengekalkan prestasi pelaburan sedia ada berjumlah RM57 bilion dan menarik
pelaburan melebihi RM8 bilion setahun.
iii. Memastikan projek perindustrian yang diluluskan dilaksanakan oleh syarikat-
syarikat yang berkenaan secepat mungkin.
iv. Menyelaras dan memperkemaskan lagi Pusat Pelaburan Negeri bagi
membolehkannya berfungsi sebagai pemangkin pembangunan perindustrian di
Negeri Selangor.
v. Mempertingkatkan usaha untuk menarik pelabur tempatan dan asing melalui
penglibatan Kerajaan Negeri secara langsung.
vi. Menggalakkan pertumbuhan industri berteraskan teknologi maklumat.
vii. Menyediakan prasarana pelaburan dan kawasan industri baru yang kondusif
dan strategik bagi mewujudkan keseimbangan pembangunan perindustrian
antara daerah.
Kerajaan Negeri juga memperkenalkan beberapa langkah ke arah memastikan sektor
perindustrian terus berkembang dan menjadi di antara penyumbang utama kepada
KDNK Negeri. Di antara langkah tersebut adalah:
i. Menggalakkan pertumbuhan sektor industri yang berasaskan teknologi tinggi,
berasaskan pengetahuan, berintensifkan modal dan mesra alam.
ii. Menjadikan Negeri Selangor bukan sahaja sebagai pusat pengeluaran produk
tertentu tetapi mewujudkan nilai tambah pasaran produk.
iii. Menggalakkan penglibatan pengusaha dalam industri berpotensi tinggi seperti
industri bioteknologi, industri aero-angkasa dan industri berasaskan solar.
iv. Menggalakkan pertumbuhan sektor perkhidmatan sokongan industri seperti
perkhidmatan logistik berintegrasi, perkhidmatan berteraskan ICT,
perkhidmatan perdagangan profesional dan perkhidmatan pengagihan
barangan.
LAPORAN TINJAUAN Perindustrian
B4-5
B4.1.1 Guna Tanah Perindustrian Semasa
Kawasan tepubina untuk aktiviti perindustrian di Negeri Selangor pada tahun 2012
adalah seluas 16,429 hektar berbanding keluasan tanah untuk aktiviti perindustrian di
Negeri Selangor pada tahun 2000 seluas 12,219 hektar. Ini menunjukkan pertambahan
keluasan kawasan industri baru seluas 4,229 hektar dalam tempoh dua belas tahun yang
lalu.
Pada tahun 2012, Daerah Petaling mempunyai keluasan kawasan industri yang terbesar
iaitu 5,549 hektar diikuti oleh Daerah Hulu Langat ( 2,842 hektar), Daerah Klang (2,645
hektar) dan Daerah Gombak (1,1715 hektar).
Rajah B4.1: Taburan Guna Tanah Perindustrian Mengikut Daerah Negeri
Selangor, 2012
Sumber: Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor, 2035
Jadual B4.3 menjelaskan perbandingan keluasan guna tanah perindustrian mengikut
daerah di Negeri Selangor bagi tahun 2000 dan 2012. Di dalam tempoh tersebut, Daerah
Gombak , Petaling dan Hulu langat mengalami pertambahan kawasan industri yang lebih
tinggi berbanding daerah-daerah lain.
Tren dan corak pertumbuhan kawasan perindustrian baru menunjukkan perluasan
kawasan industri baru ke luar kawasan Wilayah Lembah Klang1. Keadaan ini dapat
dilihat dengan pertumbuhan dan perancangan kawasan industri baru khususnya di
Daerah Hulu Selangor, Sepang dan Kuala Langat. Di antara kawasan industri ini
termasuklah kawasan industri Automative Belt di Daerah Hulu Selangor dan Selangor
Science Park 2 di Daerah Sepang.
1 Wilayah Lembah Klang merujuk kepada Daerah Petaling, Klang, Hulu Langat dan Gombak
LAPORAN TINJAUAN Perindustrian
B4-6
Jadual B4.3 : Perbandingan Keluasan Guna Tanah Perindustrian(Dalam Hektar) Mengikut Daerah Di Negeri Selangor, 2000 dan 2012.
Daerah Keluasan (Hektar)
Tanah Industri Pertambahan Kawasan Industri
Peratus Kepada Keluasan
Daerah 2012 2000 2010
Sabak Bernam 99,262.63 33.00 95.65 62.60 0.10
Kuala Selangor
119,452.46 275.50 383.20 107.70 0.32
Hulu Selangor 175,630.11 1,381.30 1,481.50 100.50 0.76
Gombak 62,818.80 309.40 1,715.70 1,406.30 2.73
Hulu Langat 83,945.00 2,102.60 2,842.00 739.40 3.38
Petaling 49,865.51 4,595.00 5,549.10 954.10 11.12
Klang 63,234.83 2,184.40 2,645.30 460.90 4.18
Kuala Langat 85,811.27 869.70 1,078.40 208.70 1.25
Sepang 55,716.12 469.00 638.30 189.30 1.14
Jumlah 795,736.73 12,219.90 16,429.15 4,229.50 24.98
Sumber: JUPEM Selangor (2012) Laporan Pemeriksaan Rancangan Struktur Negeri Selangor, 2012
Sektor Guna Tanah Dan Fizikal, Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor, 2035
B4.1.2 Taburan Kawasan Perindustrian
Terdapat sejumlah 198 kawasan perindustrian di Negeri Selangor pada tahun 2012 yang
terdiri dari kawasan industri ringan, berat dan sederhana, zon industri IKS, kawasan
industri MIEL, kawasan perindustrian bebas cukai (FIZ) dan taman-taman perindustrian.
Rajah B4.2 – Rajah B4.11 menunjukkan taburan kawasan industri pada tahun 2012.
Taburan kawasan perindustrian ini dipengaruhi oleh faktor penggunaan tanah industri
sedia ada, lokasi yang strategik, kedapatan sumber tenaga kerja dan kemudahan
sokongan dan infrastruktur yang baik. Daerah Petaling masih menjadi fokus kepada
kawasan utama pembangunan perindustrian negeri. Manakala Daerah Klang, Hulu
Langat dan Gombak masih mengekalkan status sebagai daerah yang mempunyai
kawasan perindustrian penting di Negeri Selangor.
Jadual B4.4 menjelaskan bilangan dan keluasan kawasan perindustrian di Negeri
Selangor mengikut daerah. Daerah Petaling mempunyai bilangan kawasan perindustrian
yang terbesar (49 kawasan) diikuti oleh Daerah Gombak (43 kawasan) dan Daerah Hulu
Langat (39 kawasan).
LAPORAN TINJAUAN Perindustrian
B4-7
Jadual B4.4: Bilangan dan Keluasan Kawasan Perindustrian Mengikut Daerah, 2012
Daerah Bilangan Keluasan (Hektar) Sabak Bernam 3 95.65 Kuala Selangor 4 383.2 Hulu Selangor 12 1,481.5 Gombak 43 1,715.7 Hulu Langat 39 2,842.0 Petaling 49 5,549.1 Klang 28 2,645.3 Kuala Langat 13 1,078.4 Sepang 7 638.3 Jumlah 198 16,429.15
Sumber : Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor, 2035 Rancangan Tempatan bagi Daerah-daerah dalam Negeri Selangor Majlis Bandaraya Shah Alam (2013) Majlis Bandaraya Petaling Jaya (2013) Majlis Perbandaran Ampang Jaya (2013) Majlis Perbandaran Selayang (2013) Majlis Perbandaran Kajang (2013)
Daripada 198 kawasan perindustrian, lima (5) daripadanya adalah kawasan
perindustrian free trade zone (FTZ). Jadual B4.5 menjelaskan kawasan perindustrian free trade zone (FTZ) di Negeri Selangor. Jumlah keluasan kawasan FTZ ialah 554.09 hektar di
mana Pelabuhan Klang FTZ adalah yang paling luas iaitu 404.69 hektar.
Jadual B4.5 Kawasan Perindustrian Free Trade Zone (FTZ) di Negeri Selangor Kawasan Keluasan (Hektar)
FIZ Hulu Kelang 13.31 FIZ Sungei Way 46.53 FIZ Telok Panglima Garang 73.78
Pelabuhan Klang Free Trade Zone 404.69 MISC Logistik Free Commercial Zone 15.78 Jumlah 554.09
Sumber : SSIC Berhad, (2012)
LAPORAN TINJAUAN Perindustrian
B4-18
B4.1.3 Projek- Projek Perindustrian Yang Telah Diluluskan
Jadual B4.6 menunjukkan kelulusan projek perindustrian di Malaysia untuk tahun 2013.
Sebanyak 787 projek industri dengan nilai pelaburan RM 30,532 bilion dicatitkan di
Negeri Selangor pada tahun tersebut. Berdasarkan kepada jumlah pelaburan, Negeri
Selangor menghadapi persaingan sebagai destinasi pelaburan industri dengan Negeri
Pulau Pinang, Sarawak, Johor dan Kedah.
Jadual B4.6: Kelulusan Projek Industri Mengikut Negeri, 2013
Negeri Bil Projek
Nilai Pelaburan Domestik (RM juta)
Nilai Pelaburan Asing
(RM juta)
Jumlah Pelaburan (RM juta)
Selangor 228 23,519 6,207 3,625
Sabah 25 1,873 2,433 1,000
Sarawak 21 3,444 1,452 6,824
Johor 197 27,123 2,911 11,533
Terengganu 8 1,084 119 64
Perak 54 8,204 872 1,489
Pulau Pinang 119 14,515 2,118 1,794
Negeri Sembilan 35 4,310 282 1,405
Pahang 17 1,378 1,343 1,475
Melaka 27 1,586 466 1,028
Kedah 39 5,081 2,431 103
Kelantan 5 544 809 186
Perlis 3 106 44 -
WP Kuala Lumpur 9 221 74 6
Jumlah 787 92,988 21,561 30,532 Sumber : Malaysian Industrial Development Authority (MIDA)- 2013
Aktiviti atau jenis industri utama yang diluluskan di Negeri Selangor pada tahun 2013
adalah peralatan pengangkutan (37 projek), produk logam di reka (29 projek), mesin dan
peralatan mesin (28 projek), produk elektrik dan elektronik (26 projek) dan perusahaan
makanan (22 projek).
Negeri Selangor terus mengalami pertumbuhan pembangunan perindustrian yang pesat .
Statistik yang diperolehi dari MIDA dan SSIC Berhad menunjukkan terdapat peningkatan
yang besar kepada pertumbuhan aktiviti industri di antara tahun 2000 - 2013. Faktor
seperti iklim pelaburan yang baik, sokongan kemudahan infrastruktur, kawasan
perindustrian yang lengkap dan terancang terus mendapat tempat pelabur asing dan
domestik untuk melabur di Negeri Selangor.
LAPORAN TINJAUAN Perindustrian
B4-19
Jadual B4.7: Bilangan Projek Perindustrian Mengikut Aktiviti Industri, 2013 Bil Aktiviti / Jenis Industri Bilangan Projek
1 Pembuatan Makanan 22
2 Minuman dan Tembakau 1
3 Produk Tekstil 3
4 Perkayuan dan Produk Kayu 6
5 Perabut dan Kelengkapan 5
6 Kertas dan Percetakan 7
7 Produk Kimia 21
8 Produk Petroleum 1
9 Produk Getah 7
10 Produk Plastik 14
11 Produk Mineral Bukan Logam 6
12 Produk Logam 6
13 Produk Logam Di Reka 29
14 Mesin dan Peralatan Mesin 28
15 Produk Elektrik dan Elektronik 26
16 Peralatan Pengangkutan 37
17 Peralatan saintifik 9
18 Jumlah 228
Sumber : Malaysian Industrial Development Authority (MIDA)-2013
Jadual B4.8 menunjukkan bilangan projek industri yang diluluskan beserta jumlah
pelaburan mengikut daerah bagi tempuh di antara tahun 2000 hingga 2013. Daerah
Petaling menujukkan bilangan projek tertinggi iaitu sebanyak 1,167 projek diikuti oleh
Daerah Klang (939 projek), Daerah Hulu Langat (501 projek), Daerah Gombak (254
projek) dan Daerah Kuala Langat (172 projek).
LAPORAN TINJAUAN Perindustrian
B4-20
Jadual B4.8 Projek Industri yang DiLuluskan Mengikut Daerah Tahun 2000-2013
Daerah / Lokasi Projek Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM)
Pelaburan Asing (RM)
Jumlah Modal Pelaburan (RM)
SABAK BERNAM Sekinchan 5 620 100,127,073 11,700,502 111,827,575
Sabak Bernam 3 239 49,288,400 0 49,288,400
Sungai Besar 3 270 14,328,253 2,548,000 16,876,253
Jumlah 11 1,129 163,743,726 14,248,502 177,992,228 KUALA SELANGOR Kuala Selangor 20 1,039 205,339,686 64,581,586 269,921,272
Jeram 9 1,493 100,197,042 0 100,197,042
Tanjung Karang 4 154 24,429,716 1,690,934 26,120,650
Bestari Jaya 24 4,586 755,886,965 223,035,875 978,922,840
Sungai Buloh - Kuala Selangor 108 7,713 832,679,805 228,853,375 1,061,533,180
Jumlah 165 14,985 1,918,533,214 518,161,770 2,436,694,984 HULU SELANGOR Sungai Choh - Rawang Hulu Selangor 16
2,034 1,738,627,586 1,065,778,118 2,804,405,704
Batang Kali 20 1,638 493,173,417 79,627,407 572,800,824
Serendah 26 4,365 2,766,281,806 123,465,584 2,889,747,390
Kerling 1 66 12,500,000 0 12,500,000
Rasah 8 1,720 285,824,625 195,222,833 481,047,458
Kuala Kubu Baru 1 15 1,236,240 803,760 2,040,000
Jumlah 72 9,838 5,297,643,674 1,464,897,702 6,762,541,376 GOMBAK
Batu Caves 70 3,358 541,826,519 123,595,450 665,421,969
Batu Caves IE 8 427 33,897,276 28,320,963 62,218,239
Gombak 7 204 34,206,896 2,895,550 37,102,446
Selayang 5 278 28,505,167 0 28,505,167
Ampang Hulu Klang FTZ 4 2,529 10,939,250 17,773,750 28,713,000
Ampang Hulu Klang IE 2 102 61,800,000 6,914,899 68,714,899
Batu Arang 4 169 24,966,923 798,974 25,765,897
Rawang IE 58 4,591 894,774,426 308,147,358 1,202,921,784
Rawang Batu 16 34 2,481 332,582,616 160,781,531 493,364,147
Rawang 62 4,653 1,132,199,510 303,002,741 1,435,202,251
Jumlah 254 18,792 3,095,698,583 952,231,216 4,047,929,799 HULU LANGAT Bangi IE (Ph 1 & Ph 2) 51 2,927 437,914,770 864,621,983 1,302,536,753
Hulu Langat 15 796 161,117,806 27,402,000 188,519,806
Cheras Jaya IE/Inch/ Balakong 23 1,252 151,683,878 66,652,214 218,336,092
Balakong IE 16 693 189,146,058 55,961,649 245,107,707
Bangi 80 4,483 583,718,217 910,817,605 1,494,535,822
Kajang 73 4,359 494,074,238 162,211,370 656,285,608
Baranang 17 1,643 192,144,587 199,806,785 391,951,372
Cheras 15 1,276 61,862,872 14,649,565 76,512,437
Beranang IE 37 5,630 673,924,577 284,757,016 958,681,593
Balakong 97 6,132 72,444,0964 379,443,584 1,103,884,548
Semenyih 77 4,063 647,455,916 95,599,171 743,055,087
Jumlah 501 33,254 4,317,483,883 3,061,922,942 7,379,406,825
LAPORAN TINJAUAN Perindustrian
B4-21
Jadual B4.8 Projek Industri yang DiLuluskan Mengikut Daerah Tahun 2000-2013 (Samb...)
Daerah / Lokasi Projek Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM)
Pelaburan Asing (RM)
Jumlah Modal Pelaburan (RM)
PETALING
Sungai Way FTZ / Seri Setia FTZ 30 17,050 71,188,993 7,885,874,944 7,957,063,937 Seri Kembangan IE 24 1,802 262,717,960 57,922,806 320,640,766
Petaling Jaya 144 6,847 1,886,064,363 722,104,665 2,608,169,028
Puchong 230 10,511 2,453,201,573 326,028,957 2,779,230,530
Sungai Buloh - Kuala Lumpur 32 2,525 343,271,089 92,898,971 436,170,060
Seri Kembangan / Serdang 100 5,612 730,289,317 214,279,224 944,568,541
Serdang 6 217 38,861,267 9,107,960 47,969,227
Shah Alam Sek. 23 IE 14 657 75,637,431 236,523,135 312,160,566
Subang Hi-Tech Ind. Park. 35 3,920 402,664,445 1,389,592,525 1,792,256,970
Shah Alam Sek. 16 IE 19 758 52,251,191 345,706,268 397,957,459
Batu Tiga 7 535 17,537,309 45,288,153 62,825,462 Damansara 7 772 27,110,604 182,566,626 209,677,230
Shah Alam Ph IX (MIEL) 6 471 18,173,072 31,170,127 49,343,199
Subang 115 9,971 3,298,914,565 1,031,833,485 4,330,748,050
Hicom Valley 68 5,315 549,363,834 676,601,160 1,225,964,994
Shah Alam 330 24,164 2,931,493,362 7,572,079,371 10,503,572,733
Jumlah 1167 91,127 13,158,740,375 20,819,578,377 33,978,318,752 KLANG Klang 427 37,107 5,403,569,740 1,903,740,562 7,307,310,302
Pelabuhan Klang 259 17,828 3,706,114,060 5,163,457,053 8,869,571,113
Pandamaran IE 19 1,008 206,730,829 108,444,669 315,175,498
Pandamaran 49 2,251 146,048,547 75,206,980 221,255,527
Selat Kelang Utara IE 9 1,136 25,899,744 89,731,568 115,631,312
Rantau Panjang Klang 9 302 36,022,186 3,000,000 39,022,186
Kapar 68 5,556 908,241,387 263,513,359 1,171,754,746
Bukit Rajah IE 34 3,247 435,770,314 723,009,121 1,158,779,435
Pulau Lumut / Pulau Indah 65 3,733 1,277,679,328 2,581,276,491 3,858,955,819
Jumlah 939 72,168 12,146,076,135 10,911,379,803 23,057,455,938 KUALA LANGAT Teluk Panglima Garang FTZ 4 762 86,921,883 120,356,585 207,278,468 Banting 33 3,522 410,569,955 1,440,150,577 1,850,720,532
Olak Lempit Kuala Langat 16 3,303 3,716,609,291 808,168,233 4,524,777,524
Teluk Panglima Garang IE 13 759 239,523,072 85,918,615 325,441,687
Banting IE 3 206 13,399,714 105,000,000 118,399,714
Jenjarom 3 179 36,400,138 3,131,039 39,531,177
Kuala Langat 23 1,800 267,200,300 137,215,686 404,415,986
Tanjung Sepat 3 141 62,020,000 - 62,020,000
Teluk Panglima Garang 72 6,034 1,151,645,648 1,299,022,487 2,450,668,135
Pulau Carey 2 109 122,581,515 31,473,820 154,055,335
Jumlah 172 16,815 6,106,871,516 4,030,437,042 10,137,308,558
LAPORAN TINJAUAN Perindustrian
B4-22
Jadual B4.8 Projek Industri yang DiLuluskan Mengikut Daerah Tahun 2000-2013 (Samb...)
Daerah / Lokasi Projek Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM)
Pelaburan Asing (RM)
Jumlah Modal Pelaburan (RM)
SEPANG Sepang 17 8,028 2,661,054,435 412,232,290 3,073,286,725
Dengkil 11 455 68,106,021 113,408,219 181,514,240
Salak Tinggi IE 1 18 0 6,324,465 6,324,465
Selangor Science Park II 1 808 0 2,625,000,000 2,625,000,000
Pulau Meranti 2 122 11,600,000 0 11,600,000
Sungai Pelek 1 31 8,613,783 1,312,217 9,926,000
Jumlah 33 9,462 2,749,374,239 3,158,277,191 5,907,651,430
Lain-lain Kawasan 50,635 8,713,708,059 10,460,134,692 50,635 19,173,842,751
Jumlah 318,205 57,667,873,404 55,391,269,237 113,059,142,641 318,205 Sumber : Malaysian Industrial Development Authority (MIDA) (2013)
B4.1.4 Industri Kecil Dan Sederhana
Aktiviti utama syarikat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Negeri Selangor masih
tertumpu kepada 5 sektor utama iaitu makanan, produk berasaskan kayu, kertas,
barangan plastik dan barangan logam. Terdapat 2,485 buah syarikat IKS di Negeri
Selangor dengan sektor pembuatan dan memproses makanan menjadi penyumbang
utama kepada pengeluaran aktiviti IKS.
Dari segi status pemilikan pula menunjukkan 20% aktiviti IKS merupakan hak milik
bumiputera, 10% bukan bumiputera dan 70% merupakan usahasama antara bumiputera
dengan bukan bumiputera. Kebanyakan IKS bumiputera di Negeri Selangor dijalankan
secara kecil-kecilan. Penglibatan IKS bumiputera di Negeri Selangor tertumpu kepada
aktiviti pemprosesan makanan, penjualan pakaian dan pembuatan barangan berasaskan
kayu. Isu utama IKS bumiputera masih lagi kekurangan modal untuk menjalankan
perniagaan, ketidak mampuan untuk membeli peralatan dan mesin serta menjalankan
operasi di belakang rumah. Faktor ini menjejaskan mutu keluaran dan hasil produktiviti
aktiviti IKS.
LAPORAN TINJAUAN Perindustrian
B4-23
Jadual B4.9: Taburan Aktiviti IKS di Negeri Selangor Mengikut Daerah , 2010
Daerah Bilangan Peratus Sabak Bernam 195 7.8 Kuala Selangor 165 6.6 Hulu Selangor 85 3.4 Gombak 295 11.9 Hulu Langat 383 15.4 Petaling 732 29.4 Klang 426 17.1 Kuala Langat 168 6.7 Sepang 36 1.5 Jumlah 2,485 100.0
Sumber : Dataran Usahawan Negeri Selangor- 2012
Dari segi taburan aktiviti IKS, daerah utama di mana terdapat banyaknya syarikat
pengusaha IKS adalah Daerah Petaling (732 buah), Daerah Klang (426 buah), Daerah
Hulu Langat (383 buah) dan Daerah Gombak (295 buah).
Sektor IKS di Negeri Selangor mempunyai potensi yang amat baik untk berkembang
dengan pesat. Kedapatan pelbagai sumber dan aktiviti berteraskan makanan, pertanian
dan perikanan yang mampu menggalakkan pertumbuhan IKS. Selain itu aktiviti IKS juga
akan membuka peluang perniagaan baru kepada pengusaha bumiputera khususnya
dalam mengukuhkan rantaian industri dalam sektor industri pembuatan dan industri
teknologi tinggi.
Kerajaan Negeri bersama Small Medium Industrial Development Corporation (SMIDEC)
telah menyusun pelbagai program supaya IKS negeri terus maju dan mampu bersaing
serta dapat menembusi pasaran antarabangsa. Di antara langkah yang diambil
termasuklah meningkatkan daya saing produk-produk IKS tempatan, membangunkan
zon-zon IKS bumiputera di peringkat daerah dan penubuhan pelbagai jawatankuasa
pembangunan usahawan di peringkat negeri dan daerah.
B4.1.5 Taman Halal Negeri Selangor
Terdapat 14 buah Taman Halal diseluruh negara pada masa kini. Pembinaan Taman
Halal ini ada dalam peringkat perancangan, pembangunan infrastruktur dan ada yang
telah beroperasi. Di Negeri Selangor dua buah Taman Halal yang sudah beroperasi
adalah Taman Halal Pulau Indah dan PKFZ Halal Flagship, Pulau Indah.
Pembangunan Taman Halal pada dasarnya di kawal dan di pantau oleh Halal Industry Development Corporation (HDC). Ianya bertanggungjawab dalam memberikan status
Halmas kepada pembangunan kawasan industri halal. Halmas merupakan pentauliahan
LAPORAN TINJAUAN Perindustrian
B4-24
diberikan kepada operator Halal Park yang berjaya memenuhi syarat dan garispanduan
yang dinyatakan dalam pembangunan kawasan industri halal oleh HDC. Melalui status
Halmas, operator kawasan industri halal berpeluang mendapatkan pelbagai insentif yang
diberikan oleh HDC dalam membantu meningkatkan peluang perniagaan dan pelaburan
pengusaha. Pada masa kini Taman Halal yang beroperasi di Negeri Selangor telah pun
mendapat status Halmas.
Nilai ekspot produk Halal di peringkat nasional sehingga bulan September 2011 adalah
RM 22.6 billion berbanding hanya RM 15.0 billion pada September 2010. Sehingga bulan
March 2012, 4,631 buah syarikat telah pun memperolehi Sijil Halal HDC. 70%
daripadanya adalah dalam sektor makanan dan minuman, produk kimia, farmaseutikal,
penjagaan kesihatan, kosmetik dan penjagaan diri.
Negara utama dimana produk halal di ekspot adalah China, Amerika Syarikat, Jepun,
Belanda, Pakistan,India, Singapura, Korea Selatan dan Thailand.
Pembangunan Taman Halal antara lain berfungsi :
i. Menyediakan infrastruktur asas kepada usahawan SME dan pelabur
meningkatkan pengeluaran produk halal.
ii. Memastikan infrastruktur dan kemudahan pengeluaran menepati piawaian
antarabangsa untuk memastikan produk mempunyai pasaran yang luas.
iii. Membantu usahawan dalam bidang promosi dan pemasaran produk halal.
iv. Menyediakan kemudahan one stop center kepada usahawan usahawan halal
bagi memudahkan usahawan halal beroperasi dalam Taman Halal.
v. Menaik taraf Taman Halal dan menghubungkan mereka untuk mewujudkan
Halal Super Highway.
HDC telah mengkelaskan beberapa kategori Taman Halal berdasarkan aktiviti dan
kemudahan yang disediakan dalam Taman Halal tersebut. Halal Hub mempunyai
keluasan lebih 1000 ekar, Halal Park atau Halal Logistic Park berkeluasan 100 ekar, Halal Distributive Park juga berkeluasan 100 ekar dan Halal Food Park berkeluasan 10 ekar. Di
antara komponen utama dalam Taman Halal ini adalah :
i. Ruang Pengeluaran dan Penyimpanan Barangan.
ii. International Trading House iii. Kemudahan Perdagangan Produk Halal
iv. Makmal dan Pusat Penyelidekan dan Pembangunan (R&D)
v. Pusat Pengurusan Halal Hub
vi. Akses kepada pelabuhan, lapangan terbang dan pengangkutan darat.
LAPORAN TINJAUAN Perindustrian
B4-25
Pada masa kini dua kawasan Taman Halal yang mempunyai status Halmas di Negeri
Selangor adalah PKFZ Flagship Halal Zone dan Taman Halal Pulau Indah (Jadual B4.10). Jadual B4.10: Taman Halal Yang Beroperasi Dengan Status Halmas di Negeri
Selangor Lokasi Pemilik Keluasan (hektar) PKFZ Flagship Halal Zone, Port Klang Agensi Kerajaan
Persekutuan
404.69
Taman Halal Pulau Indah Agensi Kerajaan
Negeri
404.69
Sumber : Halal Industry Development Corporation (HDC)-2012
Pembangunan Halal Hub Pulau Indah pada masa kini sedang dalam fasa 3 peringkat
perlaksanaannya. Pembangunannya di laksanakan oleh Central Spectrum (M) Sdn Bhd
dengan penyeliaannya dibawah bidang kuasa HDC.
Taman Halal Pulau Indah telah menarik pelaburan dari 22 buah syarikat bernilai RM 1.9
billion. Ianya merupakan Taman Halal pertama yang mendapat status Halmas. Di antara
syarikat yang beroperasi di sini adalah Premium Bio Herbs SB (Herbal Capsules), PML
Dairies SB (Susu sejat), Ramly Food Industries (Pemerosesan makanan), Mewah Oils SB
(Minyak masak), Felda (Produk minyak sawit), Golden Palmolina SB (Produk minyak
sawit), Envintech SB (Makanan), Desa Southern SB (Makanan), Venus Logistic SB
(Makanan dan rempah) dan lain lain.
B4.1.6 Teknologi Hijau Dalam Sektor Perindustrian
Teknologi hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta
sistem untuk memulihara alam sekitar serta sumber semulajadi dan meminimumkan
kesan negatif kepada manusia.
Dasar Teknologi Hijau Negara telah merumuskan untuk menggalakkan penggunaan
Teknologi Hijau (TH) bagi mengurangkan pelepasan karbon dan melindungi alam
sekitar. Selaras dengan Model Baru Ekonomi, amalan gaya hidup berasaskan TH sangat
penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi, meningkatkan kualiti hidup dan
memelihara alam sekitar untuk generasi akan datang.
Sebagai negara yang menyokong penggunaan TH, Malaysia member komitmen untuk
mengurangkan kepekatan pelepasan karbon monoksida sehingga 40% dari Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2020.
LAPORAN TINJAUAN Perindustrian
B4-26
Objektif dasar TH negara antara lain bertujuan untuk mengurangkan kadar penggunaan tenaga disamping pada masa yang sama meningkatkan pembangunan ekonomi, membantu pertumbuhan industri TH, meningkatkan keupayaan negara bagi innovasi dalam pembangunan TH dan memastikan pembangunan mapan untuk generasi akan datang. Oleh itu langkah untuk menggalak penggunaan TH dalam sektor perindustrian di Negeri Selangor akan diberi keutamaan pada masa akan datang. Pelan tindakan TH dalam sektor industri perlu diberi penekanan oleh pelbagai agensi awam dan swasta samada di peringkat perancangan dan pembangunan. Pada masa kini applikasi TH dalam pembangunan perindustrian telah pun dilaksanakan. Pembangunan bangunan industri di kawasan seperti KRM Cyberjaya, Aeropolis KLIA dan Pusat Industri Aerospace di Lapangan Terbang Subang mengaplikasikan dasar dan pendekatan pembangunan TH sepertimana garis panduan Malaysian Green Technology Corporation.
B4.1.7 Industri Tanpa Kebenaran
Kewujudan industri yang dibina tanpa kebenaran atau kilang haram di Negeri Selangor sering dikesan di kawasan yang melibatkan kawasan tanah-tanah rizab milik kerajaan seperti kawasan rizab sungai, kawasan bekas lombong dan tanah-tanah milik persendirian dan kawasan industri lama yang terbiar serta tiada perancangan khusus. Definisi kilang haram oleh PTG Selangor (Seksyen Kilang Haram) adalah kilang yang dibina di atas tanah kerajaan tanpa izin, kilang yang dibina atas tanah milik yang masih berstatus tanah pertanian, kilang yang beroperasi di premis bangunan kediaman atau perniagaan dan kilang yang beroperasi tanpa lesen yang dikeluarkan oleh pihak PBT . Aktiviti kilang haram merupakan punca kepada masalah percanggahan guna tanah serta pencemaran kualiti alam sekitar. Program pemutihan industri tanpa kebenaran ini telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri. Pelbagai jenis insentif diberikan di antaranya kadar premium yang dibayar secara ansuran, permohonan kebenaran merancang dan pelan bangunan yang diproses serentak, kadar denda yang dikurangkan serta pengecualian mengemukakan pelan taman. Ianya bertujuan menggalak pemilik mengemukakan permohonan pemutihan. Program pemutihan industri masih diteruskan dan dijalankan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
LAPORAN TINJAUAN Perindustrian
B4-27
B4.2 UNJURAN
Unjuran keperluan ruang lantai industri pada masa hadapan diukur berpandukan
kepada unjuran guna tenaga perindustrian sehingga tahun 2035. Pertambahan guna
tenaga dalam pelbagai sektor industri pada masa depan akan menjadi asas kepada
penyediaan ruang lantai perindustrian serta perancangan kawasan industri baru pada
masa hadapan.
Asas pembentukan unjuran adalah dengan menilai tahap guna tenaga kumpulan aktif,
nisbah ruang lantai dengan pekerja dan strategi mempelbagai anjakan asas ekonomi
berteraskan perindustrian pada masa hadapan di Negeri Selangor.
B4.2.1 Unjuran Guna Tenaga Sektor Pembuatan Negeri Selangor Mengikut Daerah
Kajian Semula Rancangan Struktur Negeri Selangor, 2012 mengunjurkan bilangan
pekerjaan di sektor perindustrian adalah sebanyak 506,269 orang pada tahun 2010 dan
dijangka meningkat kepada 1,049,617 orang pada tahun 2035. Ini menunjukkan kadar
pertumbuhan purata gunatenaga perindustrian di Negeri Selangor adalah 3.5% setahun.
Data Jabatan Statistik menunjukkan gunatenaga dalam sektor pembuatan Negeri
Selangor telah meningkat dari 333,093 orang pada tahun 2000 kepada 506,269 orang
pada tahun 2010.
Jadual B4.12: Guna Tenaga Sektor Pembuatan Mengikut Daerah Negeri Selangor
Tahun 2000 dan 2010
Daerah 2000 2010
Bilangan (%) Bilangan (%) Sabak Bernam 1108 0.33 1568 0.31
Kuala Selangor 3653 1.10 5202 1.03
Hulu Selangor 2008 0.60 3311 0.65
Gombak 25382 7.62 36045 7.12
Hulu Langat 57060 17.13 94930 18.75
Petaling 169232 50.81 258466 51.05
Klang 62841 18.87 89375 17.65
Kuala Langat 9522 2.86 13491 2.66
Sepang 2287 0.69 3881 0.77
Selangor 333093 100.00 506269 100.00 Sumber: Rancangan Struktur Negeri Selangor, 2020
Jabatan Perangkaan Malaysia - Statistik 2010
LAPORAN TINJAUAN Perindustrian
B4-28
Unjuran gunatenaga mengikut daerah pula menunjukkan Daerah Petaling merupakan
daerah yang mempunyai gunatenaga yang tertinggi iaitu 448,638 orang pada tahun
2035. Ini diikuti oleh Daerah Hulu Langat dengan 243,421 orang, Daerah Klang 206,662
orang, Daerah Gombak 84,237 orang, Daerah Kuala Langat 32,161 orang. Daerah yang
mempunyai gunatenaga terendah adalah Daerah Sabak Bernam dengan 3,730 orang.
Jadual B4.13 menunjukkan unjuran gunatenaga perindustrian bagi tempoh 2010-2035.
Jadual B4.13 : Unjuran Guna Tenaga Perindustrian Negeri Selangor 2010 – 2035 Daerah 2010 2015 2020 2025 2030 2035 Sabak Bernam 1,568 1,924 2,351 2,821 3,244 3,730
Kuala Selangor 5,202 6,325 7,770 9,324 10,722 12,330
Hulu Selangor 3,311 4,201 5,497 6,597 7,586 8,724
Gombak 36,045 43,497 53,080 63,696 73,250 84,237
Hulu Langat 94,930 121,302 153,385 184,062 211,671 243,421
Petaling 258,466 293,229 332,696 339,235 390,120 448,638
Klang 89,375 109,028 131,482 157,778 181,445 206,662
Kuala Langat 13,491 16,483 20,265 24,318 27,966 32,161
Sepang 3,881 4,837 6,121 7,345 8,447 9,714
Jumlah 506,269 600,826 712,647 795,176 914,451 1,049,617 Sumber: Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor, 2035
B4.2.2 Unjuran Keperluan Tanah Perindustrian Negeri Selangor 2010-2035
Faktor pertambahan gunatenaga dan keperluan ruang lantai industri diambil kira dalam
membuat unjuran keperluan tanah industri sehingga tahun 2035. Diandaikan nisbah
ruang lantai dengan bilangan pekerja meningkat sebanyak 15 peratus pada setiap 5
tahun sehingga tahun 2035. Peningkatan ini mengambil kira faktor pertambahan ruang
untuk keselesaan dan keselamatan pekerja.
Andaian juga mengambil kira perkembangan pertumbuhan pesat industri berteknologi
tinggi di Negeri Selangor selepas tahun 2020. Penggunaan kawasan industri sedia ada
akan dioptimumkan dan pembangunan mampan kawasan industri akan diberi
keutamaan.
Berdasarkan Jadual B4.14, keluasan tanah perindustrian Negeri Selangor pada tahun
2010 adalah 16,288 hektar. Keluasan tanah untuk aktiviti perindustrian ini dijangka
akan meningkat kepada 19,561 hektar pada tahun 2020 dan 24,291.80 hektar pada
tahun 2035.
LAPORAN TINJAUAN Perindustrian
B4-29
Jadual B4.14: Unjuran Keperluan Tanah Perindustrian (Hektar) Negeri Selangor
2010-2035
Daerah 2010 2015 2020 2025 2030 2035 Keperluan Tambahan
Sabak Bernam 95.60 117.30 143.30 172.00 206.50 247.80 152.20
Kuala Selangor 383.20 465.00 571.30 685.60 822.70 987.20 604.00
Hulu Selangor 1,340.40 1,680.40 2,198.80 2,238.80 2,666.40 2,800.00 1,459.60
Gombak 1,715.70 1,800.70 1,890.70 1,984.50 2,083.70 2,187.90 472.20
Hulu Langat 2,842.00 2,984.10 3,133.30 3,289.90 3,454.40 3,627.10 785.10
Petaling 5,549.10 5,715.60 5,882.10 6,048.60 6,215.10 6,381.60 832.50
Klang 2,645.30 2,881.90 3,116.90 3,351.90 3,586.90 3,821.90 1,176.60
Kuala Langat 1,078.40 1,318.60 1,621.20 1,945.40 2,293.50 2,504.40 1,426.00
Sepang 638.30 792.90 1,003.40 1,204.00 1,444.90 1,733.90 1,095.60
Jumlah 16,288.00 17,756.50 19,561.00 20,920.70 22,774.10 24,291.80 8,003.80 Sumber: Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor, 2035
Keluasan tanah perindustrian pada tahun 2035 menunjukkan pertambahan 8,003.80
hektar kawasan industri baru. Kawasan pertumbuhan baru ini akan tertumpu di daerah
Sepang, Klang, Hulu Selangor dan Kuala Langat. Manakala kawasan tumpuan semasa
aktiviti industri seperti Daerah Petaling, Gombak dan Hulu Langat masih mengekalkan
kepentingan masing-masing dengan pertumbuhan kawasan baru yang sederhana.
Berpandukan kepada strategi pembangunan perindustrian Negeri, kawasan
pertumbuhan baru untuk pembangunan perindustrian menjelang tahun 2035 adalah :
i. Pulau Indah Industrial Park termasuk Selangor Halal Hub Pulau Indah
ii. Kawasan Port Klang Free Trade Zone (PKFZ)
iii. Pusat Perkilangan Automotif di koridor utara Negeri Selangor
iv. Daerah Kuala Langat
v. Kawasan Multi Media Super Koridor di Cyberjaya
vi. Kawasan Pembangunan Industri Aerospace di Lapangan Terbang Subang
vii. Taman Sains Selangor 2 (SSP 2)
viii. Aeropolis KLIA, Sepang
ix. Sepang Gold Coast
LAPORAN TINJAUAN Perindustrian
B4-30
B4.3 INDIKATOR DAN SASARAN
Jadual B4.15: Indikator, Pencapaian dan Sasaran Sektor Perindustrian Indikator Penanda Aras
Pencapaian Semasa (2012)
Sasaran (Tahun 2035)
Bilangan Projek Industri dan Nilai Pelaburan Domestik dan Asing
RM 5.5B (Johor-184 Projek))
RM 5.0 B (Sabah-30 Projek)
RM 2.4B (P Pinang-115 Projek)
RM 11.7B
(252 Projek)
RM 15.0B
Sumber : Malaysian Industrial Development Authority- 2012 Selangor State Investment Centre (2013)
Sumber: Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor, 2035
B4.4 POTENSI PEMBANGUNAN
i. Galakan kepada pelaburan industri berteknologi tinggi. Pelaburan berkualiti yang diluluskan dalam sektor pembuatan dan perkilangan dijangka
akan memberi sumbangan ketara dalam memacu program Transformasi Ekonomi
Malaysia khususnya di Negeri Selangor.
ii. Penjanaan pekerjaan berpendapatan tinggi. Impak dari perlaksanaan program pelaburan industri berteknologi tinggi ini adalah
penjanaan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi dalam sektor perkilangan dan
perkhidmatan. Ini melibatkan penjanaan pekerjaan di peringkat pengurusan, teknikal
dan penyeliaan.
iii. Pembangunan bidang pertumbuhan baru. Menggalak pertumbuhan bidang industri baru yang mampu menarik pelabur ke Negeri
Selangor seperti industri solar (fotovoltaik wafer solar/gelas solar), industri
aeroangkasa (MRO, struktur aero-angkasa mesin), industri automatif (kenderaan hybrid
dan elektrik) dan biokimia.
iv. Pemindahan teknologi kepada pekerja tempatan. Projek yang diluluskan dalam program industri teknologi tinggi ini akan melaksanakan
program latihan khusus kepada pekerja tempatan khususnya dalam bidang teknologi
produk dan proses. Latihan tersebut akan mewujudkan kumpulan kerja berasaskan
pengetahuan dan ini akan meningkatkan kemahiran teknikal pekerja tempatan.
LAPORAN TINJAUAN Perindustrian
B4-31
v. Selangor sebagai hub atau pusat kecemerlangan pengeluaran serantau. Syarikat berteraskan industri terkemuka dunia akan menjadikan Negeri Selangor
sebagai hub/global serantau mereka. Ini termasuklah syarikat dalam industri Elektrik
dan Elektronik serta Industri Pemprosesan Makanan.
vi. Pengukuhan konsep pembangunan industri berkelompok. Kerajaan Negeri disaran menerapkan dasar policy driven cluster dan international link clusters dalam perancangan kawasan perindustrian yang akan memberi keutamaan
kepada penyediaan rangkaian kemudahan infrastruktur dan kemudahan sosial
bersepadu.
vii. Merangsang pembangunan vendor tempatan. Penubuhan operasi baru oleh syarikat multinasional akan terus menjana penyumberan
bahan dan perkhidmatan tempatan serta juga pembangunan vendor tempatan.
viii. Persekitaran yang kondusif untuk menggalak pelaburan sektor swasta. Melalui penyediaan infrastruktur dan persekitaran yang kondusif, Kerajaan Negeri akan
dapat meningkatkan penyertaan pelaburan domestik dalam sektor perkilangan dan
perkhidmatan.
B4.5 CADANGAN AM
i. Menarik lebih banyak pelaburan industri berteknologi tinggi Menarik lebih banyak pelaburan industri berteknologi tinggi terutama dalam sektor
industri berat, jentera dan kejuruteraan sokongan bagi meningkatkan daya saing di
peringkat nasional dan global. Memberi insentif dalam bentuk pengecualian cukai
korporat dan pelepasan cukai bagi perbelanjaan modal kepada pelabur dan pengusaha
dalam membangunkan industri teknologi tinggi di Negeri Selangor.
ii. Negeri Selangor sebagai pusat aktiviti teknologi tinggi Menjadikan Negeri Selangor sebagai pusat aktiviti teknologi tinggi yang menumpukan
pembangunan nilai tambah, teknologi intensif dan industri berdasarkan pengetahuan
sebagai kawasan pertumbuhan baru.
iii. Menggalak pertumbuhan industri baru teknologi tinggi Menggalak pertumbuhan dan pembangunan industri baru berteknologi tinggi yang
mampu membawa peningkatan nilai tambah. Di antara aktiviti industri ini adalah :
a) Industri Sains Hayat – Industri bioteknologi, peralatan perubatan dan
pharmaseutikal
b) Industri Tenaga Boleh Diperbaharui
LAPORAN TINJAUAN Perindustrian
B4-32
c) Industri Peralatan Pengangkutan
d) Industri Petrokimia dan Polimer
e) Industri berasaskan Marin dan Kemudahan Pelabuhan
f) Industri Aero-Angkasa
g) Industri Halal – khususnya dalam industri pengeluaran bahan mentah,
makanan dan minuman, produk kosmetik dan farmaseutikal serta industri
barasaskan tenusu.
iv. Mempertingkat pembangunan kemudahan infrastruktur dalam kawasan perindustrian terancang sedia ada.
Cadangan meliputi penyediaan kemudahan awam yang mencukupi serta
penyelenggaraan kawasan industri secara cekap dan efisien dalam meningkatkan
keberkesanan pembuangan sisa industri, sistem saliran yang teratur, kaedah
pembuangan sampah dan sistem lalulintas yang teratur dalam kawasan industri.
v. Mengoptimum pembangunan tanah industri dalam kawasan perindustrian sedia ada.
Keperluan tanah untuk pembangunan perindustrian dijangka akan terus meningkat
pada masa hadapan. Oleh itu perancangan kawasan industri perlu dibuat secara optima
disamping penguatkuasaan peraturan adalah penting dalam memastikan aktiviti
industri dapat terus beroperasi dalam kawasan industri yang dirancang. Aktiviti industri
yang dijalankan diluar kawasan perindustrian perlu dipindahkan kedalam kawasan
industri terancang .
vi. Memberi galakan dan sokongan kepada pelabur domestik dan antarabangsa.
Memberi galakan dan sokongan kepada pelabur tempatan dan dari luar negara bersama
dengan pelbagai agensi negeri dalam menjalankan operasi serta memajukan kawasan
pertumbuhan utama aktiviti perindustrian Negeri Selangor menjelang tahun 2035.
vii. Galakan kepada pembangunan aktiviti IKS. Meningkatkan dan memberi galakan melalui pelbagai program dan pemberian insentif
kepada pembangunan Industri Kecil Sederhana (IKS) khususnya di Daerah Sabak
Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Kuala Langat.
viii. Memperluas program sokongan untuk aktiviti IKS Memperluas program sokongan untuk membolehkan lebih banyak IKS diserapkan
kedalam aliran utama sektor pembuatan dengan memperkenalkan Program
Pembangunan Teknologi dan Program Perolehan Teknologi.