AYAT TUNGGAL BAHASA MELAYU
Binaan ayat tunggal Binaan subjek
Binaan predikat
Disediakan oleh: Ling Siew Leng
AYAT TUNGGAL
Ayat yang mengandungi
hanya satu klausa
Satu unit rangkaian perkataan
Mengandungi satu subjek
dan satu predikat
BINAAN AYAT
TUNGGAL
Ayat tunggal
ialah ayat yang
terbina daripada
dua bahagian, iaitu:
2. Predikat(Bahagian ayat yang menerangkan subjek)
1.Subjek
(Bahagian ayat
yang diterangkan)
Contoh ayat:
Ali berjalan kaki. Ali (subjek)- Bahagian ayat yang
diterangkan
berjalan kaki (predikat)- Bahagian ayat yang
menerangkan subjek
Klasifikasikan subjek dan predikat bagi ayat-ayat di
bawah: Ahmad guru.
Orang tua itu kuat berjalan. Sabar itu separuh daripada iman. Berenang menyihatkan badan.
Bahasa jiwa bangsa.
Latih
tubi
BINAAN SUBJEK
• Kata nama • Kata ganti nama
• Kata kerja• Kata adjektif
Subjek ayat tunggal terdiri daripada frasa
nama yang terbentuk
daripada salah satu unsur
yang berikut:
SUBJEK KATA NAMA
Kata nama ialah sejumlah perkataan yang mendukung makna nama sesuatu • Nama orang, haiwan, tempat,
benda atau konsep Kata nama yang menjadi subjek sesuatu ayat boleh terbentuk daripada:• Kata nama am• Kata nama khas• Kata nama terbitan
Subjek (kata nama am)
Predikat
Abangnya juruterbang.Mempelam itu untuk ibu.
Sungai ini sangat dalam.
Subjek kata nama am
• Kata nama am ialah perkataan yang merujuk
kepada benda, konsep atau perkara yang umum sifatnya.
Subjek (kata nama khas)
Predikat
Osman penyanyi terkenal.Si Tompok mencakar dinding.
Bukit Fraser di negeri Pahang.
Subjek kata nama khas
• Kata nama khas ialah perkataan yang mendukung makna rujukan
khusus pada sesuatu dan ejaannya berpangkalkan huruf besar.
Subjek kata nama terbitan
• Kata nama terbitan ialah kata nama yang terhasil daripada proses
pengimbuhan.• Pengimbuhan ialah proses
menggabungkan morfem terikat imbuhan awalan, akhiran, sisipan
dan apitan dengan kata dasar untuk membentuk satu perkataan
yang mantap. Subjek (kata nama
terbitan)Predikat
Kesilapan itu satu pengajaran.Kenangan mengusik jiwa.
Pukulan dia sungguh kuat.
• Kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am.
• Penggolongan kata ganti nama:
Kata ganti nama
Kata ganti nama
tunjuk
Kata ganti
nama diri
Kata ganti nama tunjuk
umumKata ganti
nama tunjuk tempat
Kata ganti nama diri
orang
Pertama
Kedua
Ketiga
SUBJEK KATA GANTI
NAMA
Kata ganti nama tunjukPerkataan yang menjadi
pengganti kata nama dan mendukung maksud
menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk itu. Kata ganti nama
tunjuk umumMenunjuk pada
perkara atau benda- Ini (dekat)- Itu (jauh)
Kata ganti nama tunjuk tempat
Menunjuk pada tempat
- Sini (arah dekat)- Situ (arah agak
jauh)- Sana (arah jauh)
Subjek (kata ganti nama tunjuk
umum)
Predikat
Ini pendapat yang bernas.
Itu tuduhan yang melampau.
Subjek (kata ganti nama tunjuk
tempat)
Predikat
Sini perhentian bas yang baharu.
Situ kedai buku sekolah kami.
Sana tempat orang beriadah.
Kata ganti nama diri orangKata nama yang merujuk diri
orang tertentuKata ganti nama diri
orang pertamasaya, aku, beta, patik, kami, kita
Kata ganti nama diri
orang keduaanda,
saudara, engkau,
awak, kamu
Kata ganti nama diri
orang ketiga
ia, dia, beliau, mereka, -nya
Subjek (kata ganti nama diri orang)
Predikat
Saya guru.Kami Pelajar Tingkatan
Enam. Awak boleh tinggal di sini. Dia amat rajin.
Beliau ke Kedah minggu depan.
SUBJEK KATA KERJA
Ada sejenis kata kerja yang penggunaannya dalam ayat berfungsi sebagai subjek, iaitu kata kerja yang
mengambil tugas kata nama.
Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau
konstruksi frasa kerja.
Subjek (kata kerja) Predikat
Melukis menjadi kegemarannya.
Bercakap memang mudah.
Membuang masa ialah tabiat buruk.
Menjadi guru ialah cita-citanya.
Bersawah padi dapat mendatangkan hasil.
SUBJEK KATA
ADJEKTIF Kata adjektif juga
dikenali sebagai kata sifat
Perkataan yang menjadi inti dalam binaan frasa
adjektif. Ada sejenis kata adjektif yang
berfungsi sebagai subjek sesuatu ayat, iaitu kata adjektif yang mengambil tugas kata nama.
Subjek ( kata adjektif)
Predikat
Putih ialah warna pilihan Hana.
Kecil tidak bererti lemah.Boros membawa kepapaan. Gemuk boleh membawa
penyakit.Masin ialah rasa garam.
BINAAN PREDIKAT
Predikat sesuatu ayat tunggal dapat
dibina daripada unsur-unsur utama
berikut:
Frasa nama
Frasa kerja
Frasa adjektif
Frasa sendi
nama
PREDIKAT FRASA NAMA Frasa nama (FN) ialah
binaan yang dari sudut nahu, boleh
terdiri daripada satu perkataan atau
beberapa perkataan yang boleh berfungsi
sebagai satu konstituen dalam
binaan ayat.
Binaan frasa nama yang menjadi
predikat sama seperti binaan frasa nama
yang berfungsi sebagai subjek dalam
sesuatu ayat.
Frasa nama hanya berfungsi sebagai
predikat dalam pola FN + FN.
Unsur ini boleh terbina daripada
frasa nama am dan frasa nama khas.
Subjek Predikat (frasa nama am)
Murid itu ketua darjah.Cerita dia alasan sahaja.
Tindakan itu penganiayaan semata-mata.
Subjek Predikat (frasa nama khas)
Beliau Pengarah Pendidikan Negeri.
Bangunan itu Muzium Negara.Institusi itu Universiti Malaya.
PREDIKAT FRASA KERJA
Frasa kerja yang menjadi predikat dalam sesuatu ayat terbentuk daripada unsur berikut:Kata kerja asalKata kerja terbitanKata bantuUnsur keterangan
Frasa kerja (FK) ialah binaan yang
boleh terdiri daripada satu
perkataan atau lebih dan kata
intinya kata kerja.
Kata kerja asal
Kata kerj
a asal
Tidak berimbuhan(kata kerja yang terdiri
daripada satu kata
dasar sahaja)
Kata kerja tak transitif - kata kerja yang tidak
memerlukan objek / penyambut
-tidur, mandi, terbangKata kerja transitif- Kata kerja yang
memerlukan objek- makan, minum
Berimbuhan(kata kerja yang terdiri
daripada gabungan kata dasar
dan imbuhan)
Kata kerja tak transitif- kata kerja yang tidak
memerlukan objek / penyambut
- menari, berehat, terjatuh Kata kerja transitif- Kata kerja yang
memerlukan objek- menggorang, menjahit,
memikirkan
Ayat Kata kerja asal tidak berimbuhan
Subjek PredikatKata kerja tak
transitifKeteranga
n Bapa Aliah tidur.
Ali mandi di sungai.Burung itu terbang tinggi di
awan. Subjek PredikatKata kerja transitif
Objek
Monyet itu makan pisang.Kucing saya minum susu.
Ayat Kata kerja asal berimbuhan
Subjek PredikatPara pelancong sedang menari di
majlis itu.Mereka berehat di bilik.
Pemain lincah itu terjatuh. Subjek Predikat
Kata kerja transitif
Objek
Kakak menggoreng ikan selar kering.
Halimah menjahit pakaian ibunya.
Orang itu memikirkan masa depan keluarganya.
Kata kerja terbitan
• kehadiran masing-masing dalam ayat memerlukan objek
• Menyekolahkan
• Menjalani • Memperluas
• Kata nama atau kata adjektif
Kata kerja yang
asalnya bukan
daripada golongan
kata kerja
Terdiri daripada golongan
kata yang lain seperti
Untuk menjadi kata kerja
terbitan, kata nama / kata
adjektif memerlukan
imbuhan meN-…-kan, meN-…-
I, memper-…
Merupakan kata kerja
transitif
Subjek PreedikatKata kerja transitif
Objek
Encik Sulaiman
menyekolahkan
anak dia.
Pelatih itu menjalani latihan tahan lasak.
Tokoh itu telah memperluas
pengaruhnya.
Kata bantuKata bantu yang menjadi unsur frasa kerja ialah perkataan yang hadir sebelum kata kerja dengan
menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu dan ragam
perasaan.
Kata bantu aspek dan
Kata bantu ragam
Kata bantu dikategorikan kepada dua
kumpulan, iaitu
Kata bantu aspekkata bantu yang menerangkan sesuatu
perbuatan dari segi masa, sama ada belum, sedang atau sudah dilakukan.
Akan, belum(menunjukkan
perbuatan yang belum
dilakukan)
• Saya akan menulis surat kepada mereka.
• Pesawat itu belum tiba lagi.
Mula, sedang, masih
(menunjukkan perbuatan
mula, sedang atau belum
selesai dilakukan)• Kereta api itu
mula bergerak. • Negara
Malaysia sedang pesat membangun.
• Projek itu masih dalam peringkat pertama.
Baru, sudah, telah, pernah(menerangkan perbuatan baru
atau sudah diselesaikan)
• Pekerja itu baru bertugas hari ini.
• Dia sudah mempunyai dua orang cahaya mata.
• Dia telah pergi ke Rusia pada tahun lalu.
• Cik Zainab pernah memenangi peraduan menghias rumah.
Kata bantu ragamkata bantu yang menerangkan ragam
perasaan yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan. Orang tua itu hendak pergi ke
bandar. Dia mahu madi di sungai. Mereka harus datang pagi-pagi lagi. Awak mesti belajar bersunggu-sungguh. Aminah boleh menyertai peraduan itu. Bayi itu dapat tidur nyenyak. Menteri itu enggan mengulas khabar angin itu. Dia patut menyelesaikan tugasnya dahulu. Mereka mungkin lambat sedikit.
Dalam BM, kata bantu boleh hadir secara berderetan lebih daripada
satu dalam ayat, iaitu sebelum kata kerja.
Orang tua itu
sedang
hendak
pergi ke
bandar.
Dia belum
hendak
madi di
sungai.
Mereka
harus sudah tiba.
Aminah belum boleh
menyertai
peraduan itu.
Bayi itu masih belum dapat tidur
nyenyak.
Kami masih boleh menjalan-kan tugas.
Unsur keterangan
Frasa kerja yang
mengandungi kedua-dua jenis
kata kerja, iaitu
kata kerja transitif dan tak transitif
yang boleh menerima
frasa keterangan
.
Frasa keterangan ialah unsur
yang menerangk
an kata kerja
secara lebih lanjut
lagi.
unsur keterangan yang terbentuk daripada
frasa sendi nama• Dia berjalan dengan cepat.• Kuliah itu tamat pada pukul 5.00
petang.• Mereka bertindak untuk
kepentingan diri sendiri. • Mereka sedang berbincang tentang
perkara itu.
PREDIKAT FRASA
ADJEKTIFFrasa adjektif ialah susunan perkataan yang
terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif
atau kata sifat sebagai intinya. Frasa adjektif
yang berfungsi sebagai predikat terdiri daripada kata adjektif,
iaitu kata adjektif selapis
dan kata adjektif ganda.
Kata adjektif selapis boleh didahului oleh kata penguat seperti amat,
sangat, sungguh, cukup
dan terlalu.
Ada juga kata penguat yang
boleh hadir sesudah kata
adjektif seperti sungguh, sekali, betul dan benar.
Subjek Frasa Nama Predikat Frasa
AdjektifIbu pejabat firma itu besar.
Pelajar itu pandai.Buah pokok durian
kami sangat lebat.
Buku harian ayah cukup tebal.Kereta api itu laju sekali.
Anak guru kami pandai betul.
Semua kata adjektif dalam BM boleh hadir bersama kata bandingan lebih dan paling, juga boleh disertai
imbuhan ter- yang membawa maksud
“paling”.
Kucing itu lebih comel
daripada kucing ini.
Bangunan ini paling tinggi di
Kuala Lumpur.
Buku ini ternipis antara
semuanya.
•Rumah di bandar itu besar-besar.
•Pekerja di kilang itu rajin-rajin.
•Pelajar sekolah itu bijak-bijak.
•Bajunya merah-merah belaka.
•Talinya panjang-panjang.
Kata adjektif
boleh juga digandakan
untuk membawa erti banyak
dan berbagai-bagai rupa
bentuk serta
sifatnya.
PREDIKAT FRASA SENDI
NAMAFrasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu. Frasa sendi nama
yang menjadi predikat terbina daripada kata sendi nama yang diikuti oleh frasa nama.
Subjek Predikat frasa sendi nama
Adik saya di rumah.Abang ke sekolah.
Hadiah ini untuk ayah.Beg dia pada saya.
Arahan itu kepada semua pekerja.
SEKIAN, TERIMA KASIH.