OBJEKTIF
Meneliti dan membincangkan kandungan dasar-dasar awam yang dinyata dalam Akta Pendidikan 1996
Menyatakan tindakan-tindakan yang mesti dan boleh diambil oleh pengurus sekolah
Menyatakan tindakan-tindakan yang tidak wajar dilakukan oleh pengurus sekolah
KANDUNGAN
Latar belakang Akta 550 Meneliti tafsiran beberapa istilah yang
digunakan dalam Akta 550 Membincangkan sistem pendidikan negara Membincangkan beberapa kandungan utama
Akta 550 Hubungan Akta 550 dengan akta-akta lain
PERLEMBAGAAN
PARLIMENORDINANAN KANUN
AKTA
PENDIDIKAN 1996
P
PPP
P
550
4
30
174
Dll
593
555
P -Peraturan
LATAR BELAKANG AKTA 550
Akta 550 dipinda bagi menggantikan Akta Pelajaran 1961
Inti pati kandungan dalam akta berasaskan perakuan-perakuan dalam Laporan Jawatankuasa Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan (1979)
Diperkenan oleh Yang Di-pertua Agung setelah diluluskan Parlimen pada 15 Julai 1996
Diwartakan pada 1 Ogos 1996
LATAR BELAKANG AKTA 550..
Akta 550 dibahagikan 16 bahagian dengan 156 seksyen
Terdapat pendahuluan pada Akta 550 yang menyatakan kepentingan dan hala tuju Dasar Pendidikan Kebangsaan
- rasional kandungan pendidikan kebangsaan
- Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai
landasan kepada Dasar Pendidilan Kebangsaan
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.’”
Pelaksanaan Dasar Pendidikan
Melalui satu sistem pendidikan yang memperuntukkan:
- Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa
pengantar utama
- Kurikulum kebangsaan dan peperiksaan yang
sama
- Pelbagai pendidikan dan komprehensif skopnya
yang akan memenuhi keperluan negara serta memupuk perpaduan negara
Tafsiran Istilah (Seksyen 2)
Apakah yang anda faham dengan istilah-istilah berikut? Bahasa kebangsaan Guru Ibu bapa Institusi pendidikan Ketua pendaftar Murid Pegawai pendidikan Pendidikan rendah Sekolah Sekolah bantuan kerajaan
Kandungan Utama Akta
Bahasa Kurikulum Kebangsaan Pengajaran Agama Islam Penilaian dan Peperiksaan Murid Pengurusan Sekolah Kuasa Menteri Membuat Peraturan Dendaan dan Kompaun
Kandungan Utama Akta (Bahasa)
Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama – Seksyen 17(1)
Bahasa Kebangsaan diajar sebagai mata pelajaran wajib – Seksyen 17(2)
Perkara-perkara Utama Dalam Akta (Kurikulum) Kurikulum kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua sekolah –
Seksyen 18(1) Kurikulum Kebangsaan hendaklah menentukan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperoleh oleh murid-murid pada akhir tempoh persekolahan masing-masing dan hendaklah termasuk mata pelajaran teras yang dinyatakan dalam Jadual dan apa-apa mata pelajaran lain yang ditetapkan –Seksyen 18(2)
Menteri boleh menambah / meminda Jadual dari semasa ke semasa & diwartakan – Seksyen 18(4)
Peraturan Kurikulum Kebangsaan P.U.(A) 531 hendaklah dirujuk
Kurikulum Kebangsaan untuk Semua Sekolah
Apakah maksudnya “kurikulum kebangsaan untuk semua sekolah”?
Apakah tujuannya?
Peraturan-peraturan Pendidikan
Kurikulum Kebangsaan, 1997 Pendidikan Khas, 1997 Penilaian dan Peperiksaan, 1997 Majalah Sekolah dan Bahan Multimedia, 1998 Persatuan Sekolah, 1998 Penerimaan Masuk Murid ke Sekolah,
Penyimpanan Daftardan Syarat Penekalan Murid Belajar di Sekolah, 1998
Perkara-perkara Utama Dalam Akta (Pendidikan Islam) Diadakan bila terdapat 5 atau lebih murid Islam dalam
sesebuah institusi pendidikan yang diajar oleh guru bertauliah – Seksyen 50(1)(Tauliah hanya dikeluarkan oleh JAIN/guru agama KPM)
Minimum 2 jam seminggu – Seksyen 50(2) Pengelola/orang lain bertanggungjawab membuat
perkiraan untuk memenuhi keperluan ini – Seksyen 50(3) dan (4)
Institusi pendidikan Islam yang tidak ditubuhkan dan disenggara Menteri/Kerajaan Negeri boleh diberi bantuan wang peruntukan parlimen – Seksyen 52
Kandungan Utama Akta (Pengajaran Selain Islam) Institusi pendidikan bantuan kerajaan
boleh mengadakan pengajaran selain agama Islam untuk murid dengan dua syarat:
(a) tidak dibiayai menggunakan wang
yang diperuntukkan oleh parlimen
(b) pengajaran agama yang dianuti sahaja
Kandungan Utama Akta (Penilaian dan Peperiksaan Murid) Menteri boleh menetapkan cara murid dinilai dan
taraf yang perlu dicapai – Seksyen 67(1) Penilaian ini adalah sebagai tambahan kepada
mana-mana peperiksaan yang ditetapkan – Seksyen 67(2)
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk mengendalikan peperiksaan –Seksyen 68
Kandungan Utama Akta (Penilaian dan Peperiksaan Murid)…. Larangan pengendalian peperiksaan kecuali
mendapat kelulusan bertulis Pengarah Peperiksaan – Seksyen 69(1)
Larangan di atas tidak terpakai bagi:(a) lembaga yang ditubuhkan di bawah seksyen 68(e)(b) Majlis Peperiksaan Malaysia di bawah Akta 225(c) pengendalian untuk menilai murid sesuatu institusi itu
sendiri
- Seksyen 69(4)
Kandungan Utama Akta (Pengurusan) Institusi pendidikan hendaklah diuruskan mengikut
suratcara pengelolaannya – Seksyen 53 Tiap-tiap institusi pendidikan hendaklah mempunyai
suratcara pengelolaan – Seksyen 53(1) Pembubaran Lembaga Pengelola institusi pendidikan
kerajaan / bantuan kerajaan – Seksyen 59,60,61 dan 62 Kuasa Menteri memberi bantuan kewangan dan lain-lain
- Seksyen 64
Kandungan Utama Akta (Pengurusan) Tiada seorang pun boleh mengajar di sesuatu institusi
pendidikan melainkan jika didaftarkan sebagai guru di bawah Akta ini – Seksyen 103(1) tetapi tidak terpakai bagi :- anggota Perkhidmatan Pendidikan yang mengajar di institusi
pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan- seseorang yang suatu permit mengajar telah dikeluarkan di bawah
Seksyen 114 (guru pelatih, guru sementara dan mereka yang menunggu keputusan permohonan untuk idaftar sebagai guru)
- seseorang murid institusi latihan guru yang ditubuh di bawah kawalan langsung Menteri – Seksyen 103(2)
Hubungan Akta 550 dengan Akta-Akta Lain Akta Pendidikan (Pindaan 2002)
- Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
hendaklah digunakan oleh semua tadika
(Pindaan Seksyen 22)
- Pendidikan rendah wajib (Seksyen baru
29A)
Hubungan Akta 550 dengan Akta-Akta Lain Menteri bertanggungjawab ke atas institusi pendidikan
tinggi (IPT) – Seksyen 70 Larangan penubuhan IPT kecuali mengikut undang-
undang bertulis tentang IPT – Seksyen 71 Melanggar Seksyen 71 adalah satu kesalahan dan jika
disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya – Seksyen 72
Akta yang berkaitan ialah Akta 555
Kuasa Menteri Membuat Peraturan
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagimaksud pelaksanaan Akta ini – Seksyen 130- prosedur penerimaan murid- tempoh penggal institusi pendidikan- prosedur pendaftaran institusi pendidikan, guru- disiplin murid- Kurikulum Kebangsaan- persatuan murid- dan lain-lain
Dendaan dan Kompaun
Sila bincangkan denda maksimum yang layak dikenakan jika sabit kesalahan-kesalahan berikut :(a) Mengendalikan peperiksaan(b) Menubuh, mengendali, mengurus IPT(c) Mengendalikan kursus atau pengajaian(d) Mempromosi sesuatu institusi pendidikan tidak
berdaftar(e) Kesalahan berhubung pendaftaran institusi
pendidikan
Implikasi Akta Pendidikan 1996 ke atas Sistem Pendidikan Kebangsaan
Senaraikan beberapa implikasi Akta Pendidikan 1996 terhadap Sistem Pendidikan Kebangsaan
Implikasi Akta Pendidikan 1996 ke atas Sistem Pendidikan Kebangsaan
FPK menjadi landasan akta Sistem pendidikan dimantapkan meliputi semua
peringkat persekolahan Kedudukan bahasa kebangsaan diperkukuh Kurikulum diselaraskan Pendidikan Islam diperluas Pendidikan prasekolah diperluas Mutu pendidikan prasekolah dipertingkatkan Pendidikan teknik dipertingkatkan di sekolah menengah
Implikasi Akta Pendidikan 1996 ke atas Sistem Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan guru diperkukuh Pendidikan swasta berkembang dan menjadi lebih
sistematik Pendidikan khas diberi tumpuan Mengambil kira kepentingan pendidikan semua kaum
RUMUSAN
Akta Pendidikan 1996 menekankan kepentingan pendidikan untuk semua kaum.
Justeru, seseorang guru perlu memahami serta menghayatinya untuk melahirkan warganegara yang bersepadu dan mencapai matlamat ‘1Malaysia’