KESESUAIAN MENGGUNAKAN AKHBAR SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH
MENENGAH
WAN AZIZAH BT WAN MAT ALI
NO. PENDAFTARAN 20001 – 04490
TESIS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN
DARIPADA SYARAT MEMPEROLEH IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
FAKULTI BAHASA
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJONG MALIM
MAC 2003
ii
PENGAKUAN
Bahawasanya saya mengaku sesungguhnya tesis ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan, petikan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya catatkan sumbernya.
Tarikh :………………………….. Tandatangan :…………………………..
Nama calon :……………………………
No. Pendaftaran :………………………
iii
PENGHARGAAN
Pertama sekali saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan izin-Nya kajian ilmiah ini dapat juga disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada semua tenaga akademik Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris khususnya kepada penyelia saya Encik Seri Lanang Jaya B. Haji Rohani yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya dengan penuh sabar dan dedikasi. Tidak lupa juga, ucapan terima kasih ini ditujukan kepada rakan seperjuangan yang banyak membantu memberi idea dan sumbangan secara langsung dan tidak langsung. Tanpa bantuan daripada mereka semua, usaha ini tidak mungkin berjaya sepenuhnya. Kepada keluarga tersayang yang banyak memberi dorongan dan sokongan, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih. Tanpa bantuan dan sokongan daripada ayahanda, bonda dan ahli keluarga yang lain mungkin saya tidak dapat menyiapkan kajian ilmiah ini. Pengorbanan ayahanda, bonda dan keluarga tersayang akan saya ingati hingga akhir hayat. Saya berdoa agar pengorbanan yang telah ayahanda, bonda dan keluarga tersayang berikan itu akan mendapat ganjaran daripada Allah subhanahu-wa-ta’ala. Tanpa sokongan ayahanda, bonda dan keluarga tersayang tidak mungkin saya dapat meneruskan pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris ini. Pengorbanan ayahanda dan bonda akan saya kenang hingga ke akhir hayat. Pengorbanan ayahanda dan bonda amat besar dan dijadikan sebagai motivasi agar anakmu ini dapat menempa kejayaan dengan cemerlang. Mudah-mudahan usaha saya yang sekecil ini akan dapat memberikan manfaat kepada semua yang terlibat dalam bidang pendidikan khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Sekian Terima Kasih Wan Azizah Bt Wan Mat Ali 20001-04490 Program Pendidikan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris
iv
Mac 2003
iv
ABSTRAK
KESESUAIAN MENGGUNAKAN AKHBAR SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DI SEKOLAH MENENGAH
Kajian ini merupakan kajian analisis deskriptif terhadap pendapat guru tentang kesesuaian menggunakan akhbar sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah. Tujuan atau objektif kajian ilmiah ini dilakukan adalah untuk mendapatkan pendapat dan juga pandangan daripada guru yang mengajarkan Bahasa Melayu tentang kesesuaian akhbar dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian ini akan menjelaskan potensi akhbar untuk digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana akhbar memuatkan pelbagai isu yang boleh dijadikan bahan rangsangan untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Penggunaan bahan pengajaran amat penting sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran untuk menimbulkan minat dan mengelakkan kebosanan pelajar untuk mengikuti pengajaran yang sedang diikuti. Selain itu kajian ini dilakukan kerana isu yang timbul sekarang tentang kesalahan bahasa yang sering berlaku di dalam akhbar. Kesalahan ini sedikit sebanyak menyebabkan akhbar jarang digunakan walaupun mempunyai potensi untuk digunakan.
v
ABSTRACT
SUITABLELITY OF USING NEWS PAPER AS A MALAY LANGUAGE APPROACHMENT OBJECT IN SECONDARY SCHOOL
These research is to get descriptive analysis from teachers an the effectiveness using media as a object of approachment in secondary school. The objective of this research is taking place to get the ideas and view from teachers who are teaching Malay Language for using media as a factor for teaching and learning. The result would clearify on media potential to be used as an objective in teaching and learning. This is taken in as media has varians issues that can be used as a furictions for teaching and learning Malay Language. It’s important to have the teaching material before starting the process of teaching and learning as that will bring act the interest and to avoid bared of students to follow this topic. Besides this the research its also another issues of using obsessive errors in language which always happen. Due to this mistake, therefore media has been not usage very much used though it has high potential for usage.
vi
KANDUNGAN HALAMAN PENGAKUAN ii PENGHARGAAN iii ABSTRAK iv KANDUNGAN vi SENARAI JADUAL vii BAB I PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Permasalahan Kajian 6 1.3 Tujuan Kajian 9 1.4 Soalan Kajian 9 1.5 Kepentingan Kajian 10 1.6 Batasan Kajian 12 1.7 Definisi Istilah / Definisi Operasional 13 1.7.1 Akhbar 13 1.7.2 Bahan 14 1.7.3 Pengajaran 15 1.7.4 Pembelajaran 16 BAB II TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pendahuluan 18 2.1.1 Pemilihan dan Penyesuaian Bahan 19 2.1.2 Bahan Pengajaran dan Pembelajaran 23 2.1.3 Peranan Bahan Pengajaran 24 2.1.4 Kepentingan Bahan 26 2.1.5 Teori Berkaitan 27 2.2 Kajian Berkaitan 34 2.2.1 Kajian-kajian di Barat 35 2.2.2 Kajian-kajian di Malaysia 40 BAB III KAEDAH KAJIAN 3.1 Pendahuluan 50
vii
3.2 Reka Bentuk Kajian 50 3.3 Tempat Kajian 51 3.4 Populasi dan Sampel Kajian 51 3.5 Alat Kajian 52 3.5.1 Soal Selidik 52 3.6 Prosedur Pengumpulan Data 53 3.7 Prosedur Penganalisisan Data 55 BAB IV KEPUTUSAN KAJIAN 4.1 Pendahuluan 57 4.2 Perihalan Sampel 59 4.3 Dapatan Kajian 61
4.3.1 Keberkesanan Penggunaan Akhbar Sebagai Bahan Pengajaran Bahasa Melayu di Sekolah Menengah 61
4.3.2 Permasalahan Yang Dihadapi Ketika Menggunakan Akhbar Sebagai Bahan Pengajaran Bahasa Melayu di Sekolah Menengah 65 4.3.3 Kesesuaian Akhbar Digunakan Sebagai Bahan Pengajaran
Bahasa Melayu di Sekolah Menengah 67 4.3.4 Pelaksanaan Penggunaan Akhbar Sebagai Bahan Pengajaran
Bahasa Melayu di Sekolah Menengah 69 BAB V RUMUSAN 5.1 Pendahuluan 71 5.2 Kesimpulan 71
5.2.1 Keberkesanan Penggunaan Akhbar Sebagai Bahan Pengajaran Bahasa Melayu di Sekolah Menengah 72
5.2.2 Permasalahan Yang Dihadapi Ketika Menggunakan Akhbar Sebagai Bahan Pengajaran Bahasa Melayu di sekolah Menengah 72 5.2.3 Kesesuaian Akhbar Sebagai Bahan Pengajaran Bahasa Melayu
di Sekolah Menengah 72 5.2.4 Pelaksanaan Penggunaan Akhbar Sebagai Bahan Pengajaran
Bahasa Melayu di Sekolah Menengah 73 5.3 Perbincangan 73 5.4 Cadangan kajian lanjut 79
BIBLIOGRAFI LAMPIRAN
vii
SENARAI JADUAL
No. Jadual Nama Jadual Halaman
______________________________________________________________________
1 Keberkesanan penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran Bahasa Melayu 61 2 Penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran 62 3 Kekerapan menggunakan akhbar sebagai bahan pengajaran 63 4 Jenis laras bahasa yang kerap digunakan 64 5 Masalah semasa memilih akhbar yang sesuai sebagai bahan
pengajaran bahasa Melayu 65
6 Jenis pencemaran bahasa yang ditemui di dalam akhbar 66 7 Akhbar sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran 67 8 Akhbar dapat membantu pelajar menguasai bahasa Melayu 68
9 Cara melaksanakan penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran 69
10 Langganan akhbar untuk pelajar 70
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Bahasa merupakan teras kebudayaan sesuatu bangsa yang terdapat di dunia ini.
Kebudayaan negara ini berteraskan kepada bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu.
Peranan bahasa bukan sahaja memberikan identiti kepada bangsa dan budaya para
penuturnya malah lebih daripada itu. Bahasa mempunyai kaitan yang sangat rapat
dengan budaya sesuatu bangsa.
Bahasa merupakan pembentung yang di dalamnya terdapat konsep, nilai dan
idea yang diwarisi oleh bangsanya. Bahasa juga menentukan pemikiran sesuatu bangsa.
Oleh itu bahasa merupakan alat yang memindahkan suatu kebudayaan daripada satu
generasi kepada satu generasi akan datang (Abdullah Hassan, 2002:1)
Bahasa merupakan suatu wadah yang penting untuk memenuhi peranan sebagai
sarana budaya yang tinggi. Melalui bahasa, seseorang manusia berkomunikasi antara
2
satu sama lain. Bahasa merupakan alat yang mengungkapkan konsep dan pemikiran
yang teknis dan maju. Oleh yang demikian bahasa digunakan dalam pelbagai bidang
komunikasi. Penggunaannya membolehkan masyarakat melibatkan diri dalam
lingkungan masyarakat sesuai dengan komunikasi sebagai salah satu daripada aktiviti
sosial. Bahasa digunakan dan diujarkan untuk tujuan tertentu (Janet Wong May Chin,
1992:346).
Proses berbahasa yang berlaku pada masa kini melibatkan aspek bertutur,
mendengar, membaca dan menulis. Semua aspek ini perlu dikuasai oleh semua pelajar.
Tujuannya adalah untuk meningkatkan penguasaan berbahasa di kalangan pelajar.
Semua aspek tadi digabungkan bagi realisasi kebahasaan dalam pelbagai aktiviti
berbahasa di dalam dan di luar bilik darjah. Proses pengajaran dan pembelajaran untuk
penguasaan berbahasa ini perlu dititikberatkan oleh semua guru agar objektif
pembelajaran tercapai.
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita.
Penggunaan bahasa Melayu hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang
diperuntukan dengan undang-undang oleh parlimen (Perlembagaan Malaysia1967).
Oleh yang demikian bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar di sekolah
rendah, menengah, maktab perguruan dan pusat pengajian tinggi di negara ini. Ia
berikutan daripada dasar bahasa di Malaysia sebagaimana yang termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan, Fasal 152 dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967 dan
berdasarkan undang-undang pendidikan kebangsaan sejak Akta Pelajaran (Pendidikan)
3
tahun 1957 menggantikan Education Ordinance 1950 ciptaan British hingga ke Akta
Pendidikan tahun 1996.
Oleh sebab itu, pembelajaran merupakan satu proses yang mementingkan
interaksi empat komponen utama iaitu pelajar, guru, bahan pembelajaran dan
pendekatan. Dalam era globalisasi, bahan pembelajaran tidak terhad kepada buku teks
semata-mata. Pelbagai alat teknologi yang canggih boleh dijadikan bahan pengajaran
sesuai dengan objektif pengajaran.
Bahan pengajaran harus dititikberatkan oleh semua guru untuk menimbulkan
suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Ini kerana pemilihan bahan yang
sesuai akan membantu pelajar menguasai bahasa dengan lebih berkesan. Tambahan pula
pemilihan bahan yang sesuai akan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih
menyeronokkan. Pengalaman pengajaran dan pengalaman pembelajaran dapat diperkaya
bukan sahaja melalui penggunaan buku teks tetapi juga penggunaan radio, televisyen,
pita video, akhbar dan sebagainya.
Akhbar merupakan salah satu bahan pengajaran yang boleh digunakan untuk
merangsang pemikiran pelajar. Pelbagai maklumat yang terdapat di dalam akhbar boleh
digunakan sebagai bahan untuk pengajaran bahasa. Pemilihan bahan melalui akhbar
harus dilakukan dengan lebih berhati-hati kerana penulisan di dalam akhbar banyak
mengalami kesilapan hukum tatabahasa. Antaranya ialah kesalahan penggunaan kata
sendi, kesalahan penggunaan kata ganti diri, kesalahan penggunaan kata depan,
kesalahan penggunaan kata sendi nama dan kesalahan ayat.
4
Peri pentingnya akhbar menggunakan bahasa yang baik dinyatakan oleh Stovall
et al (1984) melalui peranan editor akhbar yang menurutnya harus menguasai
tatabahasa.
The job of the editor, however, is not to change language but to use it. To do effectively requires knowing the basic rules and conventions. Editors should know thoroughly the eight basic parts of speech (nouns, verbs, adjectives, adverba, pronouns, conjunctions, interjections and prepositions), and the basic unit of the English usage (the sentence) and its two parts (subject and predicate).
Penggunaan bahasa dalam media cetak mestilah mengikut hukum tatabahasa
memandangkan pengaruhnya terhadap masyarakat khususnya pelajar. Senario ini
berlaku kerana surat khabar mula digunakan sebagai bahan pengajaran dan
pembelajaran termasuklah pengajaran bahasa Melayu (Awang Sariyan, 1987:430). Bagi
ahli bahasa akhbar merupakan agen pembinaan dan pengembangan bahasa yang paling
meluas dan berkesan kerana penyebarannya yang merata dalam masyarakat (Awang
Sariyan, 1987:430).
Oleh yang demikian, guru yang ingin menggunakan akhbar sebagai bahan
pengajaran harus berhati-hati ketika memilih petikan akhbar untuk mengelakkan
pengajaran yang tidak berkesan. Guru yang memilih akhbar sebagai bahan pengajaran
harus membuat suntingan terlebih dahulu untuk menentukan petikan yang dipilih sesuai
atau tidak digunakan untuk mencapai objektif pembelajaran di sekolah. Tujuannya
untuk mengelakkan sebarang masalah ketika proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung.
5
Masalah ini perlu dititikberatkan untuk mengukuhkan penguasaan bahasa di
kalangan pelajar. Ini kerana pengajaran bahasa mementingkan penggunaan bahasa yang
betul di kalangan pelajar agar dapat menggunakan hukum tatabahasa dan dapat
membina ayat yang gramatis. Penekanan terhadap pemilihan bahan pengajaran harus
dilaksanakan oleh guru untuk mengatasi masalah kesalahan menggunakan bahasa di
kalangan pelajar.
Semasa pemilihan sesuatu bahan pengajaran, guru perlu merancang bahan yang
sesuai untuk digunakan bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih
menyeronokkan. Joyce B dan Weil M (1992:386) menegaskan bahawa pengajaran
merupakan sifat semula jadi dan menuntut penyesuaian yang berterusan. Guru perlu
kreatif untuk memilih bahan pengajaran yang lebih berkesan untuk digunakan dalam
kelas. Gerlach, V. S. dan Ely, D.P (1971:293) menyatakan bahawa, “…The effectiveness
of any medium depends on the creativity of the teacher using it. Media are most often
teaching and learning tools, even though they often have the potential of assuming many
teaching functions.
Ini kerana guru perlu memastikan kesan penggunaan bahan pengajaran kepada
pelajar dari segi ingatan, motivasi, sikap, nilai dan pemindahan pembelajaran.
Pemindahan pembelajaran boleh dilihat terutamanya dari segi kebolehan berbahasa yang
merangkumi bentuk dan fungsi, ketepatan, kepelbagaian dan ketrampilan bahasa.
6
1.2 Permasalahan kajian
Kajian yang dijalankan adalah untuk meninjau kesesuaian penggunaan akhbar sebagai
bahan pengajaran bahasa. Ini adalah kerana akhbar mempunyai pelbagai informasi yang
boleh digunakan untuk merangsang pemikiran pelajar terhadap pelajaran bahasa. Ini
termasuklah untuk mengkaji tentang pembentukan kata, penulisan karangan berdasarkan
gambar dan keratan akhbar seperti kemalangan, tanah runtuh, kebakaran dan banjir
sesuai digunakan untuk pengajaran bahasa.
Akhbar merupakan salah satu bahan pengajaran yang boleh dan amat sesuai
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Ini kerana akhbar mempunyai
pelbagai maklumat yang sesuai digunakan untuk pengajaran bahasa. Maklumat yang
terdapat di dalam akhbar merupakan berita terbaru dan boleh digunakan untuk semua
aspek pengajaran dan pembelajaran seperti geografi, perdagangan, sejarah, pengetahuan
am dan sains. Buku skrap boleh digunakan untuk menghimpunkan keratan akhbar untuk
dijadikan bahan pengajaran.
Akhbar tempatan seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian mempunyai
pelbagai kegunaan sebagai bahan pengajaran bahasa Melayu. Akhbar merupakan bahan
yang baik sebagai contoh yang menunjukkan pelbagai ragam atau bentuk penulisan.
Dalam akhbar terdapat penulisan jenis naratif (misalnya berita), deskriptif (misalnya
rencana tentang lawatan atau pelancongan), ekspositori (misalnya iklan), perbincangan
atau perbahasan (misalnya rencana pengarang, bahagian forum atau surat daripada
pembaca. Penulisan dalam akhbar ialah contoh penulisan yang benar-benar digunakan
7
dalam kehidupan harian. Maka, guru bahasa hendaklah bijak menggunakan akhbar
sebagai alat bantu mengajar, khususnya dalam aspek penulisan (Abd. Aziz Abd. Talib,
2000:279).
Akhbar juga boleh digunakan bagi aktiviti bahasa yang lain dalam proses
pengajaran dan pembelajaran seperti bacaan dan kefahaman, perbincangan lisan,
meringkaskan atau merumuskan pelbagai iklan pekerjaan dan iklan komersial dan
mencari atau mendapatkan bahan atau maklumat untuk karangan atau esei. Kesemuanya
ini bergantung kepada inisiatif guru untuk memilih bahan daripada akhbar yang benar-
benar sesuai untuk pengajaran bahasa Melayu.
Sungguhpun demikian, akhbar mempunyai kelemahan sendiri untuk dijadikan
bahan pengajaran bahasa. Masalah ini wujud kerana kerap berlaku kesalahan hukum
tatabahasa di dalam penulisan akhbar. Permasalahan ini sedikit sebanyak akan
menjejaskan penguasaan bahasa pelajar dari segi tulisan, pertuturan dan bacaan.
Masalah ini juga akan mendatangkan kesan kepada guru untuk memilih potongan
akhbar yang sesuai digunakan sebagai bahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
Kesalahan yang sering ditemui dalam penulisan akhbar ialah ayat, kata sendi
nama, penggunaan imbuhan dan penggunaan kata hubung. Fenomena ini akan
mendatangkan impak kepada pelajar untuk menguasai bahasa Melayu terutamanya
kepada pelajar bukan Melayu. Kesalahan yang terdapat di dalam akhbar paling banyak
yang ditemui ialah kesalahan kata sendi yang akan mempengaruhi pelajar dalam
8
penulisan mereka. Masalah ini perlu diatasi agar pelajar tidak melakukan kesalahan
yang sama.
Masalah ini telah dilaporkan oleh Laporan Jawatankuasa Penggunaan Bahasa
Malaysia (LJMPBM) :
Bahasa Malaysia yang digunakan dalam penerbitan buku dan penerbitan bersiri adalah baik dari segi penyampaian maksud kepada pembaca. Walau bagaimanapun apabila dibandingkan antara buku dengan penerbitan bersiri seperti majalah mingguan atau dwi mingguan, didapati pada umumnya bahasa Malaysia di dalam buku lebih tinggi mutunya. Penerbitan seperti akhbar harian atau mingguan didapati lebih rendah mutu bahasanya, terutama sekali dari segi penggunaan ejaan, istilah dan penyusunan ayat.
Awang Sariyan (1984) pula mengatakan bahawa, “…oleh sebab demikian
pentingnya berita dalam kehidupan manusia, maka kaedah penulisan berita turut
menjadi penting juga. Sehubungan dengan itu, bahasa memainkan peranan yang penting
sekali untuk menjamin mutu berita yang baik.
Implikasi yang timbul akibat pengabaian aspek pemilihan dan penggunaan bahan
pengajaran akan menyebabkan pelajar melakukan kesalahan ejaan, kesalahan tatabahasa
(pengimbuhan, ayat, kata sendi nama), pemilihan kata yang tidak tepat dan penyusunan
idea yang lemah dan dangkal. Kesemua kesan ini timbul akibat daripada pengaruh
bahan pengajaran yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
9
1.3 Tujuan kajian
Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk :
1. Melihat sejauh mana penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran.
2. Mengenal pasti permasalahan yang dihadapi ketika menggunakan akhbar
sebagai bahan pengajaran.
3. Melihat kesesuaian penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran.
4. Mengetahui cara atau prosedur guru melaksanakan penggunaan akhbar sebagai
bahan pengajaran.
1.4 Soalan kajian
Kajian yang dijalankan adalah untuk menjawab persoalan berikut :
1. Sejauh manakah keberkesanan penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran
Bahasa Melayu di sekolah?
2. Apakah permasalahan yang dihadapi ketika menggunakan akhbar sebagai bahan
pengajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah?
3. Sejauh manakah akhbar sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran bahasa
Melayu di sekolah menengah?
4. Bagaimanakah guru melaksanakan penggunaan akhbar sebagai bahan
pengajaran?
10
1.5 Kepentingan kajian
Pemilihan bahan untuk pengajaran amat penting kerana kajian telah membuktikan
bahawa bahan pengajaran amat penting untuk membantu proses pengajaran dan
pembelajaran. Dalam pendidikan Bahasa Melayu di sekolah, bahan pembelajaran perlu
digunakan sebaik-baiknya supaya pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan lebih
berkesan. Ini kerana pemilihan bahan pengajaran yang betul akan meningkatkan
penguasaan bahasa di kalangan pelajar.
Bahan yang menarik berupaya untuk merangsang pemikiran dan menarik minat
pelajar untuk mengikuti pembelajaran. Keadaan ini akan membantu pelajar untuk
menguasai pelajaran yang sedang diajarkan. Oleh yang demikian, bahan pengajaran
memainkan peranan penting sebagai penggerak untuk melicinkan proses pengajaran dan
pembelajaran.
Hasil daripada kajian yang dijalankan ini akan memberi manfaat kepada
beberapa pihak. Kajian ini akan memberi pendedahan dan pengetahuan agar pihak yang
berkenaan tidak melakukan kesilapan semasa melakukan pemilihan akhbar untuk
dijadikan bahan pengajaran. Antara pihak-pihak yang diharapkan mendapat manfaat
daripada kajian ini ialah :
11
a) Guru bahasa
Hasil daripada kajian ini akan menjadi bahan bacaan untuk memberi pendedahan
kepada guru yang mengajarkan bahasa Melayu agar menggunakan daya kreatif
mereka jika mahu menggunakan akhbar sebagai bahan pengajaran. Guru perlu
kreatif memilih potongan akhbar yang sesuai digunakan agar merangkumi objektif
pembelajaran. Pemilihan akhbar yang sesuai akan membantu proses pengajaran
menjadi lebih menarik.
b) Ketua panitia
Ketua panitia memainkan peranan penting untuk memantau dan berbincang dengan
guru bahasa untuk merancang dan memberi panduan tentang pemilihan bahan
pengajaran. Kajian ini akan membantu ketua panitia untuk merancang dan memberi
cadangan untuk memilih bahan daripada akhbar yang sesuai untuk dijadikan bahan
pengajaran. Hasil kajian ini juga akan mendedahkan kepada ketua panitia untuk
mengambil langkah bijak untuk mengatasi masalah yang dihadapi agar akhbar boleh
digunakan sebagai bahan pengajaran. Ketua panitia juga boleh melanggan akhbar
yang mempunyai ruangan pendidikan untuk melaksanakan penggunaan akhbar
sebagai bahan pengajaran dalam bilik darjah.
12
1.6 Batasan kajian
Skop kajian yang dijalankan ini melihat kepada kesesuaian alat bantu mengajar iaitu
akhbar. Henley dan Ullmer (1978) telah mengkaji bahan bantu mengajar dan kecekapan
guru menyampaikan pengajaran dalam kelas. Menurut mereka, guru perlu mengetahui
jenis bahan, ciri-ciri dan kemahiran menggunakan bahan tersebut. Guru perlu mengikuti
perkembangan menggunakan bahan bantu mengajar yang sentiasa berkembang dengan
pesatnya. Sebagai pendidik, guru perlu menilai kualiti bahan pengajaran yang ingin
digunakannya.
Skop kajian yang dijalankan hanya melihat kepada peranan alat bantu mengajar
bukan elektronik iaitu penggunaan akhbar. Kajian yang dijalankan meneliti kesesuaian
penggunaan akhbar sebagai bahan bantu mengajar. Ini kerana penulisan akhbar
mempunyai kesalahan hukum tatabahasa, morfologi dan sintaksis. Oleh yang demikian,
kajian ini hanya meneliti dan mendapatkan pendapat guru untuk melihat kesesuaian
akhbar untuk dijadikan bahan pengajaran bahasa.
Bahan pengajaran dan pembelajaran terbahagi kepada beberapa kategori iaitu
alat bantu mengajar asas (papan tulis, buku teks dan papan pamer), alat bantu mengajar
bukan elektronik (buku, majalah, akhbar, model, papan flanel dan sebagainya) dan alat
bantu mengajar elektronik (radio, televisyen, perakam video dan lain-lain).
13
Kajian yang dijalankan ini hanya melibatkan perbincangan mengenai akhbar
yang berpotensi dijadikan bahan pengajaran. Kajian ini bertujuan melihat sama ada
penggunaan akhbar akan menghasilkan kesan positif atau negatif terhadap pengajaran
bahasa. Oleh itu kajian yang teliti dilakukan kerana bahan pengajaran amat
mempengaruhi guru dalam penyampaian sesebuah pengajaran. Bahan yang menarik
akan membantu pelajar untuk berfikir dan berminat mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran. Secara tidak langsung pemilihan bahan yang sesuai akan menjadikan
pengajaran lebih menarik.
1.7 Definisi istilah / Definisi operasional
Dalam kajian ini perlulah diterangkan beberapa istilah atau ungkapan yang mempunyai
makna khusus. Terdapat empat istilah yang perlu diterangkan dalam konteks ini iaitu :
1.7.1 Akhbar
Pada pengertian umumnya akhbar ialah sebuah media cetak yang memuatkan pelbagai
berita, iklan, sukan, hiburan dan sebagainya. Akhbar merupakan suatu bahan bacaan
yang diterbitkan setiap hari dengan ukuran 60 X 42 cm. Kesemua bahan yang terdapat
di dalam akhbar merupakan berita atau peristiwa yang baharu yang mendapat liputan
secara meluas.
Kamus Dewan (1986:17) mendefinisikan akhbar sebagai khabar atau warta.
Manakala Encyclopedia Americana (1980:288) pula mendefinisikan akhbar sebagai
14
bahan perantaraan yang biasanya diterbitkan setiap hari atau seminggu sekali yang
memberikan pendapat dan hal-hal berkisar dalam lingkungan sesebuah masyarakat.
Kesimpulannya ialah akhbar merupakan surat khabar yang diterbitkan setiap hari
atau seminggu sekali dalam bentuk bercetak. Isi kandungan yang terdapat di dalam
akhbar terdiri daripada pandangan tokoh, berita, hiburan, ulasan, sukan, iklan dan
sebagainya. Oleh itu akhbar merupakan suatu wadah yang menjadi tatapan masyarakat
untuk mengetahui pelbagai maklumat terbaru yang dicetak dan disiarkan yang
berhubung dengan kehidupan dan perkembangan hidup manusia.
1.7.2 Bahan
Bahan boleh diertikan apa jua bentuk yang digunakan oleh guru dalam pembelajaran.
Bahan merupakan aspek penting dalam pembelajaran kerana bahan membantu proses
pembelajaran pelajar menjadi lebih berhasil dan berkesan. Pada asasnya, bahan
pembelajaran dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu bahan berbentuk cetak dan
bahan bukan cetak.
Kesemua bahan tadi digolongkan sebagai bahan pembelajaran kerana fungsinya
ialah menyokong pengajaran dan pembelajaran. Bahan yang digunakan untuk
pengajaran dikemukakan sebagai satu konsep dengan maksud segala usaha guru yang
melibatkan penggunaan bahan-bahan pembelajaran bagi melangkapkan pendekatan dan
strategi untuk mempengaruhi murid supaya belajar (Mohd Daud Hamzah, 1988:1).
15
Menurut Beswick (1972:10), bahan merangkumi sumber pendidikan atau
pembelajaran sama ada bercetak atau tidak bercetak iaitu apa sahaja bahan yang boleh
menimbulkan pengetahuan atau pun yang mendatangkan minat atau mendorong murid
termasuk dokumen, akhbar, buku, model-carta, gambar, rajah peta, filem dan lain-lain
objek yang boleh diperolehi dalam kehidupan seharian.
Kamus Dewan (1998:86) mentafsirkan bahan sebagai hal-hal yang akan
dibincangkan, diajarkan, disampaikan dalam ucapan dan lain-lain. Ini menjelaskan
bahawa bahan adalah alat untuk menyampaikan dan membincangkan sesuatu topik di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Rumusannya ialah bahan merupakan sumber bercetak atau tidak bercetak yang
digunakan oleh guru untuk sesuatu pengajaran. Bahan yang digunakan akan membantu
menimbulkan minat belajar dan mendorong pelajar untuk berfikir tentang sesuatu tajuk
yang diberikan oleh guru berdasarkan bahan yang digunakan. Secara tidak langsung
penggunaan bahan akan menjadikan suasana pembelajaran berlaku dalam situasi yang
seronok dan meyakinkan.
1.7.3 Pengajaran
Pengajaran merupakan satu bentuk komunikasi kerana melaluinya berlaku proses
penyampaian dan penerimaan maklumat. Proses ini akan menentukan bentuk ilmu
pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan kepada pelajar. Menurut Bruner,
pengajaran perlu berkembang seiring dengan perkembangan pembelajaran daripada
16
pengalaman iaitu daripada pembelajaran ikonik kepada pembelajaran simbolik dalam
bentuk perkataan atau simbol lain yang abstrak.
Kamus Dewan (1998:18) menyatakan pengajaran adalah perihal mengajar yang
berkaitan dengan segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar seperti cara atau
sistem mengajar. Pengajaran merupakan aspek yang dipentingkan untuk menyampaikan
sesuatu maklumat.
Sesungguhnya kejayaan proses pengajaran bergantung kepada bahan yang
digunakan. Bahan merupakan aset penting yang akan menentukan pengajaran yang
ditadbirkan mencapai objektif pembelajaran ataupun tidak. Oleh yang demikian
penekanan terhadap pemilihan bahan harus dititikberatkan. Pemilihan bahan yang sesuai
akan membantu pelajar menguasai bahasa dengan baik sama ada untuk penulisan
mahupun bacaan.
1.7.4 Pembelajaran
Pembelajaran merupakan satu proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan,
penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan.
Pembelajaran juga berkaitan dengan proses belajar. Proses pembelajaran berlaku di
mana-mana tempat dan pada sebarang masa yang tidak ditetapkan tempoh tamatnya.
Dalam konteks pendidikan, guru biasanya berusaha sedaya upaya mengajar
supaya pelajar dapat belajar dan menguasai isi pelajaran bagi mencapai sesuatu objektif
17
yang telah ditentukan. Melalui proses pembelajaran akan membantu memberi perubahan
yang positif kepada seseorang. Walaubagaimanapun perubahan yang disebabkan olah
kematangan seperti berjalan dan makan ataupun penyakit dan kelaparan tidaklah
dianggap sebagai pembelajaran.
Kamus Dewan (1998) mentaktrifkan pembelajaran sebagai proses belajar untuk
memperoleh ilmu pengetahuan dan menjalani latihan. Menurut pandangan ahli kognitif,
pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai satu proses dalaman yang menghasilkan
perubahan tingkahlaku yang agak kekal. Pendapat aliran behaviorisme, pembelajaran
merupakan perubahan dalam tingkah laku iaitu cara seseorang bertindak dalam sesuatu
situasi. Manakala dalam psikologi humanis pembelajaran dianggap proses yang dapat
membantu seseorang mencapai sempurna kendiri dan nilai individu.
Oleh yang demikian pembelajaran merupakan aspek yang melibatkan proses
belajar untuk mengumpul dan mengetahui sesuatu maklumat yang disampaikan.
Berdasarkan pembelajaran seseorang individu yang bergelar pelajar akan dapat
mengubah tingkahlaku yang membantu mereka untuk menguasai sesuatu bidang.
Proses pembelajaran amat penting dalam kehidupan. Melalui proses
pembelajaran seseorang pelajar dapat menimba ilmu sepanjang hayat untuk membina
kehidupan yang lebih sempurna. Keadaan ini wujud kerana semua maklumat,
pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat, pembentukan sikap serta kepercayaan
akan diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
18
BAB II
TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan
Tujuan pendidikan Bahasa Melayu di sekolah adalah untuk memenuhi hasrat KBSR dan
KBSM yang akhirnya dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
emosi, intelek, rohani dan jasmani melalui penguasaan bahasa pelajar. Penguasaan
bahasa akan terus dipupuk dan ditingkatkan terutama penguasaan ketrampilan
mendengar, membaca, menulis dan bertutur. Pelajar juga diharapkan lebih peka
terhadap variasi bahasa dalam pelbagai suasana, gaya dan laras bahasa yang indah
dengan menggunakan pelbagai bahan pengajaran (Ibrahim Haji salleh, 1989:157).
Berdasarkan kepada hakikat ini, peranan guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bahasa amat penting dan diutamakan. Guru perlu menyusun proses
pengajaran dan pembelajaran dengan baik terutama dari segi pemilihan, penyesuaian
dan penggunaan bahan. Ini kerana bahan pengajaran merupakan salah satu aspek
19
penting yang jelas memberi impak sama ada positif atau negatif terhadap prestasi dan
penguasaan pelajar terhadap bahasa.
Oleh yang demikian, sebagai seorang tenaga pengajar guru perlu memastikan
bahan yang dipilih sesuai digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan bahan yang bersesuaian dengan objektif pengajaran akan menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam suasana yang menyeronokkan
dan berlangsung dengan lancar tanpa sebarang masalah.
2.1.1 Pemilihan dan Penyesuaian Bahan
Penyesuaian dan pemilihan bahan pengajaran Bahasa Melayu boleh dilihat dari tiga
perspektif iaitu komunikatif, struktural dan ketrampilan. Komunikatif melibatkan proses
yang menyatakan bahawa bahasa ialah media komunikasi antara manusia. Aspek
sruktural pula menyentuh kepada satu sistem tatabahasa dan perbendaharaan kata
manakala ketrampilan menekankan empat aspek iaitu mendengar, bertutur, menulis dan
membaca.
Khairiah Ahmad (1980:4-9), Erickson dan Curl (1972:66), Noraziah Abdul
Hamid (1989:120), Kamarudin Husin (1986:240-244), Mat Nor Husin, et al. (1988:5)
dan Leela Mohd Ali dan Graham Thurgood (1991) telah menyenaraikan beberapa garis
panduan pemilihan bahan pengajaran. Berdasarkan beberapa garis panduan yang
diutarakan, dapatlah dirumuskan bahawa prinsip-prinsip pemilihan bahan pengajaran
bahasa adalah seperti berikut :
20
a) Sesuai
Kesesuaian bermaksud konsep mata pelajaran boleh diikuti oleh pelajar.
Keterangan dan tajuk hendaklah berkaitan dengan mata pelajaran.
Perbendaharaan kata dan bahasa yang digunakan boleh difahami oleh pelajar
menepati apa yang dikehendaki oleh kumpulan atau individu. Akhbar
merupakan salah satu contoh bahan yang boleh digunakan untuk proses
pengajaran dan pembelajaran.
b) Mencabar
Semasa proses pembelajaran, ada tiga elemen penting iaitu rangsangan,
pemikiran dan tingkah laku. Rangsangan akan mengarahkan pemikiran dan
seterusnya mewujudkan tingkah laku tertentu. Ia menunjukkan bahawa akhbar
boleh digunakan untuk merangsang pelajar berfikir.
c) Menepati
Ketepatan bahan pengajaran dimaksudkan sebagai isi kandungan bahan
pengajaran yang menepati kandungan kurikulum pengajaran. Bahan pengajaran
yang dipilih mestilah menunjukkan perkaitan antara aspek kandungan bahasa,
proses pengajaran dan pembelajaran.
21
d) Menarik
Bahan pengajaran hendaklah mengandungi arahan yang jelas. Arahan yang jelas
memudahkan pelajar memahami sesuatu maklumat, fakta atau mesej yang
hendak disampaikan.
e) Jimat dan mudah
Bahan pengajaran boleh disediakan oleh guru setelah objektif pembelajaran
ditentukan. Ini kerana guru boleh mencipta bahan yang menarik, jimat dan
mudah disediakan dengan menggunakan daya kreatif. Guru boleh menggunakan
bahan yang terdapat di dalam akhbar untuk dijadikan bahan pengajaran.
Contohnya ialah potongan akhbar berkenaan laporan kaji cuaca untuk mengajar
ragam bahasa kepada pelajar.
f) Praktikal
Bahan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seharusnya
praktikal untuk guru atau pelajar. Ia seharusnya sederhana dan mudah digunakan
serta menggunakan bentuk bahasa berdasarkan situasi sebenar. Hal ini dapat
membantu pelajar menggunakan bahasa yang betul untuk komunikasi dan
penulisan.
22
g) Mudah alih
Bahan pengajaran yang dipilih haruslah sentiasa berfungsi, ringan dan tidak
terlalu besar atau berat. Prinsip pemilihan bahan ialah asas yang dijadikan
pegangan semasa proses mencari bahan yang digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bahasa. Pemilihan bahan teks atau akhbar harus
dilihat daripada tiga aspek iaitu :
i) Aspek komunikatif atau fungsional yang memandang bahasa sebagai media
komunikasi antara manusia. Aspek ini menekankan kepentingan
pembelajaran melalui penggunaan bahasa.
ii) Aspek struktural yang memandang bahasa sebagai satu sistem tatabahasa
dan perbendaharaan kata. Aspek ini menekankan persembahan dan latihan
asas struktur bahasa. Pelajar diajarkan sistem tatabahasa bahasa Melayu.
iii) Aspek kemahiran yang menekankan empat kemahiran iaitu mendengar,
bertutur, menulis dan membaca.
Oleh yang demikian jelas menunjukkan bahawa bahan yang dipilih untuk
digunakan sebagai bahan pengajaran harus menitik beratkan penggunaan bahasa. Ini
kerana penggunaan hukum tatabahasa yang betul akan membantu pelajar menguasai
bahasa dengan baik dan teratur. Ia juga harus selari dengan objektif pengajaran agar
23
pembelajaran dapat membantu pelajar menguasai bahasa dengan baik dan teratur jika
berkomunikasi.
2.1.2 Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
Pengajaran berasaskan bahan dikemukakan sebagai satu konsep dengan maksud segala
usaha guru yang melibatkan penggunaan bahan pembelajaran bagi melengkapkan
pendekatan dan strategi untuk mempengaruhi murid supaya belajar (Mohd Daud
Hamzah 1988:1).
Bahan pengajaran dan pembelajaran meliputi bahan bercetak atau tidak bercetak.
Bahan yang digunakan boleh mendatangkan pengetahuan atau pun menimbulkan minat
murid seperti akhbar, buku, dokumen, filem slaid, pita televisyen, rajah dan sebagainya.
Semua bahan ini boleh diperolehi dalam kehidupan seharian. Penggunaan bahan yang
bersesuaian boleh menimbulkan suasana pembelajaran yang menarik dan berkesan.
Akhbar merupakan salah satu bahan bercetak yang boleh digunakan semasa
proses pengajaran dan pembelajaran. Potongan akhbar berhubung sesuatu berita,
pengumuman, rencana, iklan pekerjaan dan sebagainya boleh dijadikan bahan atau alat
untuk pengajaran yang berkesan khususnya dalam aspek pengajaran bahasa. Gambar-
gambar seperti tanah runtuh, banjir, kemalangan, kebakaran dan peperangan boleh
dijadikan bahan rangsangan sebelum memulakan pengajaran.
24
Pemilihan bahan pengajaran perlu menitikberatkan penggunaan bahasa. Suasana
ini timbul kerana salah satu asas atau syarat pemilihan bahan pengajaran ialah
menitikberatkan penggunaan bahasa dan hukum tatabahasa. Ia bertujuan untuk
menjamin mutu bahasa dan pelajar dapat menguasai bahasa tanpa melakukan kesalahan
bahasa yang tidak sepatutnya berlaku. Pemilihan akhbar untuk dijadikan bahan
pengajaran perlu diteliti kerana sejak akhir-akhir ini banyak kesalahan hukum
tatabahasa yang berlaku dalam penulisan akhbar.
Pencemaran bahasa yang berlaku di dalam akhbar yang melanggar hukum
tatabahasa telah menyebabkan akhbar kurang digunakan sebagai bahan pengajaran. Ini
kerana ia akan mempengaruhi pelajar untuk melakukan kesalahan yang sama apabila
mereka menulis karangan mahupun ketika membina ayat. Selain daripada itu, penulisan
berunsur politik banyak ditemui dalam penulisan akhbar dewasa ini. Ini membuatkan
akhbar tidak digunakan sebagai bahan pengajaran. Masalah ini timbul kerana guru
terpaksa membetulkan dahulu kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam potongan
akhbar yang telah dipilih. Ini merupakan suatu tugas yang rumit dan memerlukan
pemerhatian yang teliti untuk membetulkan kesalahan. Ia juga memerlukan peruntukan
masa yang lebih untuk menyelesaikan masalah ini.
2.1.3 Peranan Bahan Pengajaran
Bahan pengajaran yang digunakan biasanya akan diketengahkan untuk memenuhi apa
yang telah ditentukan oleh objektif, kandungan (sukatan), aktiviti pembelajaran dan
peranan guru dan pelajar. Sukatan mentafsirkan kandungan linguistik dalam konteks
25
elemen-elemen bahasa, struktur, topik, fungsi dan tugas-tugas pembelajaran. Ia juga
menyatakan matlamat pembelajaran bahasa dalam konteks kemahiran bertutur,
membaca, mendengar dan menulis.
Bahan pengajaran yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
mempunyai peranan yang tersendiri. Peranan bahan pengajaran dalam sesuatu kaedah
mencerminkan keputusan yang berkaitan dengan matlamat utama bahan seperti
mempersembahkan dan mempraktikkan kandungan, untuk mendampingi komunikasi
antara pelajar atau untuk membolehkan pelajar mempraktikkan kandungan pelajaran
tanpa bantuan guru. Selain itu ia mementingkan bentuk bahan iaitu akhbar, hubungan
bahan dengan sumber kemasukan yang lain dan kebolehan guru dalam bahasa sama ada
kemampuan atau pengalaman mereka. Penguasaan guru terhadap bahasa akan
membantu pelajar untuk lebih memahami apa yang dipelajari berdasarkan bahan yang
digunakan (Unit Kurikulum, Bahagian Pendidikan Guru, 1990:36).
Metodologi komunikatif dan fungsional menyarankan beberapa peranan yang
melibatkan bahan-bahan pengajaran. Antaranya ialah :
i) Bahan-bahan akan difokuskan kepada kebolehan komunikatif untuk
pengluahan, perbincangan dan menginterpretasi.
ii) Bahan yang digunakan akan melibatkan perbezaan jenis teks dan perbezaan
media yang melaluinya. Pelajar boleh menggunakannya untuk membentuk
26
kecekapan mereka menerusi kepelbagaian aktiviti dan tugas-tugas yang
berbeza.
iii) Bahan yang digunakan akan difokuskan kepada yang boleh difahami,
berkaitan dan melibatkan pertukaran maklumat yang menarik, bukan dalam
bentuk persembahan aspek tatabahasa.
2.1.4 Kepentingan Bahan Pengajaran
Salah satu kaedah yang digunakan dalam pengajaran bahasa adalah melalui penggunaan
bahan pengajaran. Penggunaan bahan pengajaran bertujuan menarik perhatian para
pelajar supaya meminati pelajaran yang diajar. Hal ini demikian kerana pengajaran
secara langsung yang berterusan akan membosankan yang boleh menghilangkan
semangat untuk belajar.
Seorang pakar pendidikan, Edgar Dale menggariskan tujuh kepentingan
penggunaan bahan pengajaran :
i) Merangsang minat yang tinggi di kalangan pelajar.
ii) Menyediakan satu dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak
pemikiran dan oleh itu mengurangkan pelbagai gerak balas lisan daripada
pelajar.
iii) Membekalkan satu dasar untuk perkembangan pembelajaran pelajar-pelajar
dan oleh itu menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal.
27
iv) Menyediakan pengalaman yang tidak dapat diperoleh dengan mudahnya
melalui cara-cara lain.
v) Menolong dalam kefahaman dan oleh itu mempercepatkan perkembangan
perbendaharaan kata.
vi) Menawarkan pengalaman yang sebenar dan demikian merangsangkan
kegiatan seorang pelajar.
vii) Mendorong pelajar-pelajar untuk menyiasat dan demikian menambahkan
bacaan sukarela.
Berdasarkan apa yang diperkatakan oleh Edgar Dale nyatalah bahawa bahan
pengajaran berkeupayaan menanamkan minat dan memperkembang minda
pelajar. Selain itu, bahan pengajaran juga boleh memberikan keseronokan kepada
pelajar kerana dengan penggunaan bahan pengajaran pelajar akan terbawa kepada suatu
situasi yang terkeluar daripada suasana pembelajaran biasa dan seterusnya dapat
menghindarkan pelajar daripada rasa bosan atau jemu untuk belajar.
2.1.5 Teori berkaitan
Teori tentang bahasa banyak dibincangkan dan dikaji oleh pengkaji barat. Teori ini
penting untuk melihat perkembangan dan kewujudan bahasa. Adalah dipercayai ahli
falsafah mengemukakan pelbagai teori yang difikirkan sesuai dengan tahap murid dan
persekitaran. Ini kerana persekitaran akan mempengaruhi proses pengajaran dan
pembelajaran. Teori ini menjadi landasan dalam pendekatan kurikulum pengajaran.
28
Teori bahasa ialah teori dalam linguistik deskriptif yang memperkatakan ciri-ciri
dan fakta-fakta tentang struktur bahasa sejagat yang ada di dalam semua bahasa manusia
di dunia ini. Huraian tentang sesuatu bahasa adalah benar secara empiris jika butir-butir
linguistik menunjukkan bahawa huraian demikian dapat membezakan satu bahasa
dengan bahasa yang lain, iaitu jika bukti-bukti empiris menyokong dakwaan bahawa
tiap-tiap huraian menunjukkan keadaan yang lengkap dan mustahak bagi bahasa-bahasa
yang berlainan itu (Hashim Hj Musa, 1994:24).
Pelbagai teori telah dikemukakan berkisarkan bidang pendidikan bahasa. Ia
bertujuan untuk melihat kesesuaian dan cara yang sesuai digunakan untuk proses
pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana manusia mempunyai kecerdasan dan tahap
penerimaan terhadap sesuatu pembelajaran yang berbeza di antara satu sama lain. Teori
ini juga akan menunjukkan peranan bahan yang digunakan untuk diterapkan dalam
pengajaran.
Teori kebaikan semula jadi menganggap bahawa manusia dilahirkan sebagai
bersih dan serba sempurna seperti pencipta-Nya. Jean Jacques Rousseau orang yang
bertanggungjawab memperkenalkan dan mengemukakan teori ini. Sharifah Alwiyah
Alsagoff (1990) menyatakan teori ini bersesuaian dengan kurikulum kerana
pembelajaran murid lebih kepada apa yang diingininya dan para guru atau tenaga
pengajar tahu tahap-tahap kesesuaian bahan pengajaran berdasarkan tahap
perkembangan kanak-kanak.
29
Berdasarkan teori ini, guru perlu menyesuaikan bahan yang akan digunakan
untuk pengajaran dan pembelajaran. Bahan yang digunakan perlu menitikberatkan
kesesuaian mengikut tahap perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak mempunyai tahap
pemahaman yang berbeza di antara satu sama lain. Oleh yang demikian bahan yang
digunakan harus bersesuaian dengan kebolehan mereka untuk memahami isi kandungan
yang ingin disampaikan.
Guru memainkan peranan penting untuk mencorakkan pembelajaran yang
efisyen dan boleh diterima oleh pelajar. Ini kerana guru merupakan penunjuk jalan atau
pengajar yang memberikan ilmu pengetahuan kepada pelajar. Bimbingan dan tunjuk ajar
yang diberikan oleh guru akan membantu pelajar menimba ilmu yang bermanfaat
kepada diri mereka. Guru harus menggunakan bahan pengajaran yang bersesuaian
kerana dapat membantu pelajar untuk memahami hal dipelajari.
Jika ditinjau tentang teori ini, guru harus menyesuaikan penggunaan akhbar
dengan matlamat pengajaran bahasa. Ini kerana penggunaan akhbar sesuai digunakan
untuk pelajar menengah rendah dan atas sahaja. Pelajar pada peringkat ini telah
mempunyai kemahiran untuk mentafsir dan berfikir tentang maksud yang terdapat di
dalam keratan akhbar yang digunakan. Ini akan memudahkan guru untuk menerangkan
dan memberi penjelasan tentang sesuatu perkara.
Tambahan pula penggunaan akhbar mampu memberi dan menambahkan kosa
kata kepada pelajar. Akhbar juga merupakan bahan bacaan tambahan yang boleh
memberi informasi baharu kepada mereka. Namun demikian sejak akhir-akhir ini,
30
bahasa yang digunakan dalam akhbar telah melanggar hukum tatabahasa sehingga
menjadikan bahasa Melayu tercemar. Ayat yang dibina dalam akhbar tidak mempunyai
subjek dan predikat. Ini menyebabkan ayat ini tergantung dan pelajar membuat tafsiran
sendiri tentang maksud yang ingin disampaikan oleh penulis tersebut.
Kesalahan ini boleh mempengaruhi pelajar kerana mereka tidak mempunyai
pengetahuan yang luas tentang permasalahan ini. Oleh itu guru bertanggungjawab untuk
memberi bimbingan dan tunjuk ajar agar mereka tidak membuat kesilapan apabila
menulis. Guru harus memastikan keratan akhbar yang digunakan sebagai bahan
pengajaran bebas dan bersih dari kesalahan ejaan, ayat, penggunaan sendi nama dan
sebagainya. Ini perlu kerana pelajar ibarat kain putih yang perlu dicorakkan oleh guru
untuk menyampaikan dan membekalkan ilmu yang berguna untuk masa depan mereka.
Kecuaian dan kesilapan guru menggunakan akhbar yang mengandungi banyak
kesalahan hukum tatabahasa akan mempengaruhi pelajar untuk melakukan kesalahan
yang sama. Secara tidak langsung ia akan menyebabkan pelajar tidak memahami
tentang hukum tatabahasa dan memberi implikasi terhadap penguasaan pelajar terhadap
bahasa Melayu itu sendiri. Kesilapan ini akan menyebabkan pelajar gagal dan tidak
menguasai kemahiran menulis dengan baik dan berkesan dalam bidang penulisan.
Selain daripada teori kebaikan semula jadi, teori manusia bercita-cita juga akan
mempengaruhi pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Teori ini dipelopori
oleh ahli falsafah Inggeris iaitu Alfred North, Whitehead dan Bert dan Russell. Teori ini
berfahaman bahawa manusia mempunyai cita-cita seperti kemahuan untuk
31
meningkatkan diri dan setiap kemahuan itu disertakan dengan tahap-tahap intelek,
pertimbangan dan pemenuhan diri dengan cara menolong orang lain.
Menurut Sharifah Alwiyah Alsagoff (1990), oleh sebab kanak-kanak ke sekolah
untuk belajar, maka kurikulum sekolah harus mengatur pelbagai pengalaman.
Kurikulum juga harus luas, seronok dan pembelajaran dianggap sebagai proses yang
berterusan. Ini menggambarkan bahawa peranan bahan yang digunakan oleh guru untuk
sesuatu pembelajaran amat penting sekali. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa
manusia memerlukan sesuatu yang boleh digunakan sebagai pendorong untuk
melahirkan pemikiran yang kreatif.
Otak manusia memerlukan rangsangan yang membolehkan pelajar berfikir dan
memberikan tindak balas terhadap sesuatu pembelajaran. Penggunaan akhbar dalam
pengajaran dan pembelajaran akan membantu melahirkan pelajar yang berfikir kritis dan
kreatif. Ini kerana manusia mempunyai kemahuan untuk meningkatkan diri bagi
mencapai kemajuan dalam sesuatu bidang. Motivasi diri yang ada dalam diri akan
menaikkan semangat seseorang untuk berjaya dalam sesuatu bidang.
Guru menjadi pendorong untuk memastikan kemahuan dan cita-cita pelajar
untuk menguasai sesuatu topik yang dipelajari dapat dikuasai dengan baik. Ini kerana
guru merupakan manusia yang bertanggungjawab menolong pelajarnya untuk
menguasai sesuatu pelajaran. Tambahan pula dengan tunjuk ajar dan bimbingan
daripada guru akan membantu pelajar menguasai kemahiran berbahasa dan menjadikan
mereka pelajar yang berdaya saing. Pembelajaran yang dilakukan dalam suasana yang
32
tenang dan berterusan akan menimbulkan keseronokan dalam diri pelajar untuk
meneruskan pembelajaran. Secara tidak langsung ia akan meningkatkan daya berfikir
pelajar bertambah baik dan membanggakan.
Selain daripada itu, teori kesediajadian juga akan mempengaruhi pelajar dalam
proses pembelajaran. Teori kesediajadian atau innateness theory yang berkaitan dengan
berbahasa dan juga proses pembelajaran di kalangan manusia. Ahli bahasa, iaitu
Chomsky berpendapat,…”Every theory of learning that is even worth considering
incorporates innateness hyphotesis”(Chomsky dalam Hashim Hj Musa, 1994:27).
Teori ini pernah ditegaskan oleh Plato yang kemudiannya menerima
penjelasan lanjut oleh ahli-ahli falsafah rasionalis pada abad ke-17 dan ke-18 seperti
Descartes, Kant, Cudworth dan lain-lain. Pertengahan abad ke-20, Chomsky, Katz dan
Fodor membuat penghuraian mendalam terhadap teori ini. Ada dua bentuk teori
kesediajadian, iaitu kesediajadian ilmu dan kesediajadian bahasa.
Teori kesediajadian bahasa menyatakan bahawa manusia secara semula jadi
mempunyai potensi atau predisposition untuk berbahasa. Potensi berbahasa ini
merupakan sifat akal atau mental characteristics bukannya biological characterictics.
Situasi pembelajaran bertambah rumit kerana rumus-rumus nahu bukannya merupakan
sesuatu yang eksplisit, iaitu dalam bentuk rumus-rumus yang dipelajari secara rasmi.
Namun begitu pelajar akan cuba mencari rumus-rumus yang merupakan norma itu
seolah-olah dipandu oleh satu cahaya yang tidak kian padam memimpinnya sepanjang
hayat untuk menguasai norma itu.
33
Teori mentalis turut menjelaskan tentang penguasaan bahasa di kalangan pelajar.
Penggunaan bahasa yang bersesuaian berdasarkan tahap umur dan perkembangan
mental kanak-kanak adalah amat penting dalam pengajaran bahasa di bilik darjah.
Pelopor teori ini menyatakan bahawa kebolehan kanak-kanak berbahasa tidak sama
antara satu sama lain. Piaget berpendapat bahawa perbezaan ini dapat dilihat pada
peringkat awal lagi. Perbezaan ini disebabkan faktor baka atau keturunan, alam sosial
dan alam persekitaran fizikal kanak-kanak. Ini bermakna kebolehan berbahasa di
kalangan pelajar dapat diperhatikan sepanjang tempoh persekolahan rendah atau
menengah. Tugas guru bahasa ialah mengajar pelajarnya supaya mereka dapat mencapai
tahap kemahiran bahasa yang maksimum menurut potensi masing-masing. Guru perlu
menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit untuk memastikan setiap pelajar
dapat menerima dan menguasai kemahiran berbahasa.
Hasil daripada penggunaan bahan pengajaran, iaitu akhbar sedikit sebanyak akan
membantu penguasaan bahasa di kalangan pelajar. Secara tidak langsung akhbar telah
menjadi sumber utama membantu pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Peningkatan berbahasa di kalangan pelajar akan menjadikan mereka mahir
menggunakan rumus-rumus dan nahu bahasa yang memainkan peranan penting dalam
proses berbahasa sama ada untuk percakapan mahupun penulisan.
Oleh yang demikian guru perlu memastikan bahan yang digunakan akan
membantu pelajar meningkatkan daya intelek dan cita-cita mereka tercapai. Guru
merupakan orang yang bertanggungjawab memberi didikan dan tunjuk ajar. Penggunaan
akhbar dapat membantu dan mendorong pelajar menguasai bahasa. Tambahan pula
34
bahan yang menarik membantu melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan
pembelajaran membantu pelajar untuk memahami sesuatu topik yang dipelajari dengan
mudah dan pantas. Penggunaan bahan yang baik dapat menarik dan mempengaruhi
pelajar untuk mengikuti pengajaran yang sedang berlangsung.
2.2 Kajian Berkaitan
Banyak pandangan dan kajian yang telah dilakukan tentang peranan media massa
khususnya akhbar terhadap masyarakat. Tambahan pula dewasa ini akhbar telah
dijadikan alternatif sebagai bahan pengajaran bahasa. Hakikat ini telah diperkukuhkan
oleh beberapa pandangan dan pendapat tokoh-tokoh tentang kuatnya pengaruh akhbar
dalam hidup kita.
Perkembangan pendidikan yang semakin pesat masa kini telah menaikkan taraf
pendidikan di negara kita. Perkembangan positif ini telah menyebabkan guru perlu lebih
yakin dan kreatif menggunakan bahan pengajaran untuk menarik minat pelajar bagi
proses pengajaran dan pembelajaran. Akhbar merupakan salah satu wahana penting
yang boleh dijadikan bahan dalam proses pengajaran bahasa. Penggunaan bahan yang
sesuai dapat membantu melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran disamping
menimbulkan keseronokkan kepada pelajar ketika proses ini berlangsung.
Namun demikian masalah bahasa yang terdapat di dalam akhbar telah
menyebabkan penggunaan akhbar kurang digunakan sebagai bahan pengajaran.
Kesalahan hukum tatabahasa seperti penggunaan imbuhan, sendi nama, ayat, kata
35
hubung dan sebagainya telah menyebabkan masalah ini timbul. Kesalahan bahasa
dilakukan kerana pihak akhbar menggunakan ayat yang ringkas. Masalah ini telah
dikemukakan oleh Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia
(LJMPBM) ;
“Bahasa Malaysia yang digunakan dalam penerbitan buku dan penerbitan bersiri adalah lebih baik dari segi penyampaian maksud kepada pembaca. Walau bagaimanapun apabila dibandingkan antara buku dengan penerbitan bersiri seperti majalah mingguan atau dwi-mingguan, didapati pada umumnya bahasa Malaysia di dalam buku lebih tinggi mutunya. Penerbitan seperti akhbar harian atau mingguan didapati lebih rendah mutu bahasanya, terutama sekali dari segi penggunaan ejaan, istilah dan penyusunan ayat”.
Oleh yang demikian kajian yang dilakukan akan melihat kesesuaian akhbar
sebagai bahan pengajaran. Bidang kajian tentang penggunaan bahasa oleh pengkaji
terdahulu telah memperlihatkan betapa tumpuan kajian diberikan kepada aspek
kesalahan penggunaan bahasa yang meliputi pelbagai bidang. Dalam bab ini, penulis
memaparkan beberapa dapatan kajian yang telah dirumuskan oleh pengkaji-pengkaji
terdahulu.
2.2.1 Kajian-kajian di Barat
Pengkaji Barat menumpukan kajian mereka kepada kesalahan bahasa yang dilakukan
oleh pelajar. Kajian ini muncul sebagai satu disiplin yang penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Beberapa orang pengkaji telah melakukan kajian
kesalahan bahasa ini di Barat.
36
Corder (1973) menyatakan dalam mempelajari bahasa seseorang pelajar tidak
dapat lari daripada melakukan kesalahan. Kesalahan yang dilakukan ini kadang-kadang
ketara atau tidak ketara. Hasil dapatan kajian beliau disokong oleh Brown (1980) yang
menyimpulkan bahawa semua pelajar bahasa ada melakukan kesalahan. Malah pelajar
yang menutur bahasa ibunda turut melakukan kesalahan yang sama.
Dalam kajian tentang kesalahan bahasa dikalangan pelajar, Corder telah
menghuraikan sebab-sebab mengapa kesalahan bahasa itu wujud. Antara faktor
penyebab yang dikenalpasti ialah terdapat banyak peraturan yang ada pada sesuatu
bahasa, iaitu yang formal dan tidak formal. Dalam penggunaan bahasa formal masih
berlaku penggunaan bahasa tidak formal digunakan dalam pertuturan mereka. Bagi
Corder, penggunaan bentuk tidak formal dalam konteks penggunaan formal ini yang
menyebabkan berlakunya kesalahan bahasa.
Faktor lain berpunca daripada pengaruh penggunaan bahan pengajaran. Bahan
pengajaran mempengaruhi penguasaan pelajar terhadap sesuatu topik yang diajarkan.
Kesan kesalahan bahasa yang terdapat did alam akhbar ini mentebabkan pelajar
terpengaruh dengan gaya penulisan yang diguanakn di dalam akhbar.
Ray (1963) dalam kajiannya tentang penggunaan bahasa berpendapat berlakunya
kesalahan penggunaan bahasa disebabkan adanya penggunaan aspek-aspek bahasa yang
tidak sempurna seperti aspek fonologi, morfologi dan sintaksis. Penggunaan aspek-
aspek tersebut kebanyakkannya menyalahi hukum atau peraturan tatabahasa yang telah
37
ditetapkan oleh sesuatu bahasa. Pendapat yang dikemukakan oleh Ray bersesuaian
dengan pendapat Corder (1973) dalam kajiannya tentang kesalahan bahasa.
Hasil kajian Brown H. D. yang dimuatkan dalam “Principles of Language
Learning and Teaching” (1980) beliau menyatakan bahawa semua manusia melakukan
kesilapan. Dalam penggunaan bahasa, manusia juga tidak terlepas daripada melakukan
kesalahan sama ada bahasa pertama ataupun bahasa kedua.
Tentang kesalahan bahasa pertama, Brown mengatakan :
“native speakers ara capable of recognizing and correcting such ‘lapses’ or mistake, which are not the result of deficiency in competence but result of some sort and breakdown or imperfection the process or producing speech random ungrammaticalities and other perfomance”.
Ini menjelaskan bahawa penutur jati berupaya mengesan dan memperbetulkan kesalahan
tersebut. Punca ini bukannya disebabkan kekurangan dalam kecekapan tetapi adalah
akibat ketidakupayaan atau ketidaksempurnaan dalam berbicara.
Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Wyatt (1973) yang dilakukan di Afrika
Timur, beliau mendapati kesalahan yang kerap dilakukan oleh pelajar ialah kesalahan
ejaan sebanyak 18.4 peratus, kesalahan penggunaan kata nama dan kata kerja 15.9
peratus dan kesalahan struktur ayat 16.6 peratus.
Berdasarkan kajian ini beliau menganalisis sebanyak 52 buah karangan yang
ditulis oleh pelajar tingakatan tiga di Afrika Timur. Kajian yang dilakukan olehnya
bersistematik kerana kajiannya diklasifikasikan kepada 14 jenis kategori kesalahan.
38
Walker (1977) menyatakan bahawa penggunaan akhbar dapat melahirkan pelajar
yang berkebolehan mengumpul dan menggunakan bahan tersebut untuk pembelajaran
mereka. Akhbar memberi potensi pembelajaran yang amat baik dan guru harus
menggabungkan kemahiran yang sesuai dengan objektif pembelajaran apabila
menggunakan akhbar sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Pengalaman pembelajaran positif timbul daripada penggabungan persepaduan antara
pelajar dengan bahan pengajaran dan guru sebagai pengurus.
James W.Broen, K.D. Noberg dan S.K. Srygley dalam Md Ghazali Abdul Samad
(1994) mengatakan bahan pengajaran dan pembelajaran dapat memberi kesan tertentu
kepada keberkesanan pembelajaran. Penggunaan bahan pengajaran (akhbar) akan
menjadikan pembelajaran lebih produktif. Penggunaan media cetak khususnya akhbar
dapat mempercepatkan lagi kadar pembelajaran. Penggunaan bahan ini juga menjadikan
pengajaran lebih berkesan dan pembelajaran menjadi lebih aktif dan bertenaga.
J.A.Bruner (1966) dalam Omardin Ashaari menekankan bahawa pengajaran
perlu melibatkan pengalaman pelajar secara langsung. Bahan pengajaran yang
digunakan oleh guru perlu dianalisis berasaskan pengalaman pelajar. Kaedah ini dapat
digunakan sebagai pertimbangan untuk menggunakan peralatan pengajaran secara
praktikal dan bermakna. Bahan pengajaran seperti akhbar yang digunakan oleh guru
memberikan pengalaman sebenar sebagaimana yang dialami oleh pelajar dan aktiviti
pembelajaran dilakukan oleh pelajar itu sendiri. Mereka dapat menilai, menganalisis dan
39
mentafsirkan bahan-bahan yang digunakan oleh guru di samping meningkatkan daya
ingatan pelajar.
Lester B. Bands dalam Omardin Ashaari (1999) menjelaskan dalam kajiannya
bahawa bahan pengajaran seperti akhbar amat penting sekali kerana penggunaannya itu
dapat menggalakkan penguasaan bahan pengajaran guru. Mereka dapat mengingatkan
semula bahan pengajaran yang telah dipelajari itu. Bahan-bahan itu juga dapat membina
persepsi pelajar terhadap sifat, ciri dan bentuk yang berkaitan dengan penglibatan
palajar dalam proses dan kegiatan pembelajaran.
Charles B. Klasek (1972) dalam Omardin Ashaari dalam kajiannya menyatakan
bahawa pengajaran guru boleh dianggap teratur sekiranya mereka dapat
menggabungkan pengajarannya dengan penggunaan bahan pengajaran. Pengajaran guru
akan lebih berkesan dan berjaya meruntun fikiran pelajar terhadap pelajaran mereka.
Bahan bantu mengajar yang menarik akan membuatkan pelajar berminat untuk
mengikuti pengajaran guru.
Jelas menunjukkan bahawa kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar
disebabkan oleh pengaruh bahan dan bahasa pertama mereka. Kebanyakan pelajar
melakukan kesalahan hukum tatabahasa seperti morfologi, ejaan, ayat dan kata nama.
Ini menyebabkan mereka tidak dapat menguasai bahasa dengan baik. Secara tidak
langsung hal ini melahirkan pelajar yang tidak berkemampuan untuk menggunakan
bahasa dengan baik dan teratur mengikut hukum tatabahasanya. Kesemua ini
40
dipengaruhi oleh bahasa yang terdapat dalam akhbar yang dijadikan sebagai bahan
pengajaran.
2.2.2 Kajian di Malaysia
Penggunaan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan telah lama dijalankan.
Pelaksanaan ini telah dibuat kerana bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar di
semua pusat pengajian. Namun begitu, kesalahan penggunaannya di kalangan pelajar
dan pelbagai pihak tetap juga berlaku. Hal ini sentiasa menjadi perhatian umum untuk
menulis tentang kesalahan bahasa (Jais Sahok, 1990:189).
Isu tentang kesalahan penggunaan bahasa di dalam akhbar telah menarik
perhatian pengkaji bahasa. Hasilnya terdapatlah beberapa kajian telah dilakukan untuk
melihat sejauh manakah kesalahan penggunaan bahasa berlaku. Kajian yang dilakukan
oleh mereka merangkumi pelbagai bahan atau media yang menggunakan bahasa. Media
ini boleh dijadikan sebagai bahan pengajaran ketika proses pengajaran dan
pembelajaran.
Abdul Hamid Mahmood (1987:286) dalam kajiannya bertajuk “Kesalahan Frasa
dan Ayat” menyatakan penyalahgunaan bahasa Melayu berlaku dalam aspek sebutan,
frasa, ayat dan kata. Beliau menyatakan kesalahan imbuhan berlaku disebabkan oleh
kecuaian penggunaan imbuhan dan kesalahan penggunaan imbuhan (1987:296).
41
Menyentuh tentang kesalahan ayat, dalam kajiannya beliau mendapati kesalahan
ayat berlaku apabila pengguna tidak mematuhi peraturan yang tersedia ada dalam
bahasa itu. Kesalahan ayat dalam bahasa Melayu kerap berlaku pada ayat inti, ayat
pasif, ayat tanya dan ayat berklausa (1987:289).
Beliau turut mengkaji penggunaan bahasa Melayu dalam media cetak. Bahan-
bahan yang dijadikan kajian seperti akhbar tempatan contohnya Berita Harian, Utusan
Malaysia, Mingguan Wanita dan lain-lain lagi. Hasil dapatan kajiannya menunjukkan
bahawa bahasa Melayu yang digunakan dalam penerbitan buku dan penerbitan bersiri
adalah baik.
Ia dilihat berdasarkan kepada penyampaian maksud kepada pembaca. Walau
bagaimanapun, apabila dibandingkan antara buku dengan penerbitan bersiri seperti
majalah mingguan atau dwimingguan, didapati pada umumnya bahasa Melayu dalam
buku adalah lebih tinggi mutunya. Penerbitan seperti akhbar harian dan mingguan
didapati lebih rendah mutu bahasanya. Kesalahan yang kerap dilakukan seperti
penggunaan ejaan, penyusunan ayat dan istilah (1987:311).
Manakala Sofiah Hamid (1991:151-157) melalui tinjauannya terhadap
penggunaan bahasa Melayu dalam pengurusan pendidikan di sekolah mendapati penulis
surat rasmi kurang peka terhadap sistem ejaan rumi dan tatabahasa bahasa Melayu.
Berdasarkan tinjauan yang dilakukan terhadap surat-surat rasmi, beliau
mendapati penulis-penulis mencampuradukkan ejaan lama dan ejaan baharu. Data yang
42
dikumpul juga menunjukkan masih terdapat masalah penggunaan ejaan yang menyalahi
peraturan keselarasan vokal. Sebagai rumusannya, beliau mengatakan kesalahan ejaan
rumi dalam surat yang dikaji disebabkan oleh faktor-faktor peraturan keselarasan vokal,
peraturan menggunakan ‘di’ dan peraturan menulis gabungan kata.
Janet Wong May Chin (1992:346-353) telah meninjau penggunaan bahasa dalam
iklan. Hasilnya beliau mendapati bahawa iklan berbahasa Inggeris tidak menunjukkan
stereotaip yang dianggap sebagai norma dalam masyarakat yang kaum wanitanya dari
kecil lagi disosialisasikan dengan peranan tertentu. Penggunaan bahasa sebegitu telah
menghadkan wanita dan seterusnya tidak menampakkan kebolehan wanita dan tidak
meluas.
Kajian juga telah dilaksanakan terhadap penggunaan bahasa dalam akhbar
harian. Dalam kes ini, Mashudi Kader dan Darwis Harahap (1989:59-65) telah mengkaj
akhbar dan seterusnya menyenaraikan pelbagai kesalahan penggunaan bahasa yang
kerap dilakukan. Antara kesalahan yang ditemui seperti kesalahan ejaan, kesalahan
penggunaan kata, kesalahan perkataan gabungan, kesalahan penggunaan kata tugas, kata
imbuhan, kesalahan penggunaan frasa, kesalahan penggunaan ayat yang desebabkan
subjek tertinggal, kesalahan penggunaan struktur ayat asing dan penggunaan kata ‘oleh
saya’ dan ‘sama ada’.
Melalui kajian tersebut, mereka berpendapat banyak kesalahan penggunaan
bahasa yang terdapat dalam akhbar dan beberapa kesalahan lain akan ditemui jika kajian
terperinci dilakukan. Selanjutnya mereka mencadangkan agar wartawan dan penyunting
43
lebih berhati-hati dalam penggunaan bahasa, khususnya dalam media am. Kesalahan
inilah yang mempengaruhi penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran Bahasa
Melayu.
Dalam kajian tentang penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu
di kalangan guru pelatih di sebuah universiti tempatan didapati sebilangan guru pelatih
masih melakukan kesalahan penggunaan bahasa, baik dalam persediaan mengajar
mahupun sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran (Awang Sariyan dan Mohd
Sahari Nordin, 1991:81-102).
Data yang diperolehi menunjukkan 84.2 peratus sampel tidak melakukan lebih
daripada dua kesalahan sementara 15 peratus melakukan lebih daripada dua kesalahan.
Dari segi penggunaan sebutan baku, pengkaji mendapati tidak ada guru pelatih yang
menggunakan bahasa baku sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Dalam kajian itu juga beliau mendapati sebanyak 45 peratus pelajar melakukan
kesalahan aspek morfologi, 28 peratus melakukan kesalahan dari aspek sintaksis, 22
peratus melakukan kesalahan ejaan dan tanda baca manakala 5 peratus melakukan
kesalahan berkaitan dengan penggunaan kata dan istilah. Ini menunjukkan pelajar masih
melakukan kesalahan yang tidak sepatutnya berlaku dan wujud dalam penulisan bahasa.
Selain daripada itu, Azman Wan Chik (1987:208-229) menyatakan dalam
kajiannya tentang kesilapan penggunaan bahasa Melayu yang dilakukan oleh murid
Melayu adalah dari aspek penggunaan ejaan. Ia berlaku bagi kedua-dua kumpulan
44
pelajar yang terdiri daripada murid satu bahasa dan dwibahasa. Penggunaan huruf besar
pada awal kalimat tidak dititikberatkan oleh pelajar. Kedua-dua kumpulan pelajar
melakukan kesilapan yang paling maksimum ketika mengeja kata depan ‘di’ dan ‘ke’.
Secara keseluruhannya, beliau mendapati kesilapan ejaan mencatat peratusan
yang paling tinggi iaitu sebanyak 54.7 peratus. Kemudian diikuti oleh kesilapan
penggunaan huruf besar sebanyak 21.22 peratus, kesilapan tanda bacaan 20.3 peratus
dan kesilapan penggunaan imbuhan 3.58 peratus.
Hasil daripada perbincangan dan dapatan kajian yang telah dilakukan oleh
pengkaji ini dapatlah dikatakan bahawa terdapat banyak lagi kesalahan dan kesilapan
penggunaan bahasa dikalangan pelajar. Ia banyak dipengaruhi oleh bahan pengajaran
yang digunakan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana
akhbar merupakan wahana penting yang mempunyai liputan tentang pelbagai peristiwa
yang melibatkan pelbagai laras. Akibat daripada kecuaian penggunaan bahasa, ia telah
menimbulkan kesan negatif terhadap penulisan dan penggunaan bahasa dikalangan
pelajar.
Menurut Izani Hj Daud (1999), penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran
boleh digunakan untuk aktiviti lisan, penulisan dan tatabahasa. Melalui keratan akhbar
yang mengandungi isu semasaa dapat membantu pelajar menambahkan pengetahuan
untuk memberi fakta yang tepat jika diajukan soalan ketika ujian lisan berlangsung.
Aktiviti lisan yang dijalankan dalam bilik darjah sedikit sebanyak dapat membantu
pelajar untuk yakin ketika menjawab soalan untuk ujian lisan nanti.
45
Keratan akhbar juga bolah digunakan untuk aktiviti penulisan. Guru meminta
pelajar menyenaraikan isi-isi penting yang terdapat dalam keratan akhbar dan
membentangkannya dalam kelas. Tajuk keratan akhbar yang digunakan sebagai bahan
pengajaran ditentukan oleh guru agar bersesuaian dengan topik pengajaran sama ada
berita, rencana, ulasan, syarahan, pendapat, ekspositori dan sebagainya. Cara ini
memebantu pelajar untuk menguasai cara mencari isi penting dan menulis karangan
dengan teknik yang betul.
Oleh kerana akhbar mengandungi kesilapan penggunaan sendi nama, maka
penggunaan akhbar boleh membantu guru untuk mengajar tatabahasa. Banyak aspek
tatabahasa yang boleh dimanfaatkan melalui penggunaan akhbar sebagai bahan
pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, pelajar boleh membuat semakan terhadap
ejaan yang salah. Selain itu pelajar juga dapat memeriksa penggunaan kata, misalnya
penggunaan “di” yang berfungsi sebagai sendi nama yang perlu dijarakkan, dan “di”
yang berfungsi sebagai imbuhan awalan yang perlu didekatkan dalam penulisan.
Kesilapan atau kekeliruan dalam penggunaan “di” sangat biasa dilakukan dalam media
massa khususnya akhbar. Pelajar-pelajar bolehlah diminta mencari kesilapan ini.
Dengan cara ini secara tidak langsung kesilapan yang berlaku itu akan dapat memberi
kefahaman kepada pelajar untuk tidak melakukan kesilapan yang sama.
Tegasnya, melalui keratan akhbar banyak aspek kebahasaan yang boleh
dimanfaatkan oleh pelajar. Guru dapat menggunakannya untuk pelbagai aktiviti
pembelajaran di dalam kelas. Kebijaksanaan guru menggunakan keratan akhbar akan
46
dapat menarik minat pelajar dan di pihak guru pula akan mendapat kepuasan dalam
pengajaran.
Mohammed Haron (1996), menyatakan bahawa akhbar mempunyai kelebihan
untuk dimanfaatkan sebagai bahan pengajaran bahasa Melayu sekolah rendah. Beliau
menyatakan bahawa di Malaysia pengajaran dengan menggunakan pelbagai alat visual
dan bahan imbasan semakin popular. Akhbar mempunyai banyak ruangan atau sorotan
yang bolah dijadiakn bahan pengajaran, contohnya ruangan kartun yang boleh
diguankan sebagai bahan untuk merangsang dan menarik minat pelajar untuk mengikuti
pelajaran yang sedang berlangsung. Ini kerana kartun mempunyai pelbagai tema dan
subjek yang disulami dengan humor dapat menarik minat pelajar untuk berfikir sejenak
makna yang ingin disampaikan melalui lukisan kartun tersebut. Pelajar akan menjadi
lebih peka terhadap perkembangan semasa yang berlaku pada masa kini.
Kartun bercorak pengajaran dan mengandungi kritikan sosial adalah sangat
sesuai untuk digunakan sebagai bahan pengajaran terutamanya bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu. Bahan kartun yang diperoleh melalui keratan akhbar dapat
dimanfaatkan untuk pengajaran karangan. Karangan memerlukan pengeluaran idea dan
daya kreatif dalam penulisan. Oleh itu, adalah wajar kartun dijadikan bahan yang dapat
merangsangkan minat pelajar untuk menulis karangan. Kebijaksanaan guru memilih
bahan kartun yang bersesuaian dengan tajuk karangan yang akan ditulis oleh pelajar
akan menghasilkan karangan yang baik dan berkesan. Walau bagaimanapun, aktiviti
pengajaran haruslah disusun dan dirancang oleh guru dengan rapi. Dengan
menggunakan pelbagai kaedah semasa pengajaran karangan, guru boleh merangsang
47
pelajar mengeluarkan idea ketika mengarang. Kaedah perbincangan dan kaedah
multitask merupakan kaedah yang terbaik jika bahan kartun digunakan sebagai bahan
rangsangan dalam pengajaran karangan.
Awang Sariyan (1987) dalam Ismail Abdul Rajab mengatakan bahawa akhbar
mula digunakan sebagai bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran termasuklah
pengajaran bahasa Melayu. Menurut beliau lagi ahli bahasa mengatakan bahawa akhbar
merupakan agen pembinaan dan pengembangan bahasa dalam masyarakat yang paling
meluas dan berkesan kerana penyebarannya yang merata dalam masyarakat khususnya
pelajar.
Rohana Zubir (1994) dalam kajiannya tentang penggunaan akhbar sebagai bahan
pengajaran Bahasa Melayu mendapati bahawa akhbar sesuai digunakan. Penggunaan
akhbar dapat menggalakkan pembelajaran maklumat baharu yang memerlukan interaksi
dua hala antara pengajar dan pelajar bagi menentukan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran. Dalam situasi begini pembelajaran wujud daripada komunikasi dua hala
antara pengirim dengan penerima atau komunikasi maklumat sehala yang disusuli
dengan interaksi atau tindak balas daripada penerima.
Ibrahim Haji Salleh (1989) pula menyatakan bahawa bahan pengajaran iaitu
akhbar perlu disesuaikan dengan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran.
Pelaksanaan yang baik akan memberikan ilmu bahasa yang lebih baik kepada pelajar.
Selain daripada itu bahan pengajaran seperti akhbar membantu memberi rangsangan
kepada pelajar yang mengarah kepada pemikiran dan seterusnya mewujudkan tingkah
48
laku tertentu. Daripada dorongan ini akan mewujudkan tanggapan, pemerolehan,
penyimpanan, pengingatan, generalisasi, prestasi dan maklumat balik.
Berdasarkan Jurnal Pendidikan (1990) pembelajaran berasaskan sumber atau
bahan iaitu akhbar memberi peluang kepada pelajar untuk memenuhi kehendaknya dan
bergerak maju mengikut kebolehan sendiri. Strategi tersebut memberi peluang uyang
lebih luas untuk penyertaan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran untuk
berinteraksi di antara pelajar dengan guru dan di antara pelajar dengan pelajar serta
penggunaan bahan pengajaran yang lebih luas untuk berkomunikasi. Bahan pengajaran
iaitu akhbar memberi kebebasan yang lebih luas untuk kemahiran mendengar, melihat
dan paling mustahak melakukan sesuatu untuk memenuhi dorongan ingin tahu yang
merupakan asas ke arah peningkatan keilmuan.
Selain daripada itu pembelajaran berasaskan bahan bukan sahaja memberi
faedah kepada pelajar tetapi juga kepada guru. Guru yang menggunakan bahan untuk
pembelajaran dapat menggunakan ‘instructional metodology’ yang begitu luas dan
pelbagai untuk mempertingkatkan mutu pengajaran pembelajaran. Pembelajaran
berasaskan bahan memperbanyakan lagi penyertaan pelajar dalam proses pembelajaran
dan ini akan mempertingkatkan ketrampilan pelajar tentang kefahaman, pengetahuan
serta kemahiran perkembangan sikap dan nilai murni secara keseluruhannya.
Boleh dikatakan bahawa akhbar memainkan peranan yang penting dan sesuai
dijadiakn bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah. Hal
ini demikian kerana semua bahan yang terdapat dalam akhbar boleh dijadikan bahan
49
untuk pengajaran bahasa Melayu. Walaupun terdapat kesalahan hukum tatabahasa,
namun guur yang kreatif boleh menggunakan kesalahan tersebut untuk dijadikan contoh
agar pelajar tidak melakukan perkara yang sama.
Oleh yang demikian guru perlu memilih potongan akhbar yang bersesuaian jika
mahu menjadikan akhbar sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran. Ia bertujuan
untuk memastikan tiada masalah hukum tatabahasa yang timbul dalam keratan akhbar
yang dipilih. Kesilapan menggunakan bahan yang tidak sesuai akan menyebabkan
pelajar tidak dapat menguasai kemahiran bahasa dengan baik.
50
BAB III
KAEDAH KAJIAN
3.1 Pendahuluan Dalam bab ini pengkaji menerangkan prosedur dan kaedah penyelidikan yang
digunakan. Penghuraian dibuat secara terperinci mengenai kaedah dan prosedur kajian
yang dilaksanakan semasa menjalankan kajian. Aspek-aspek yang terdapat dalam bab
ini meliputi reka bentuk kajian, tempat kajian, populasi kajian, alat kajian, prosedur
pengumpulan data dan prosedur penganalisisan data.
3.2 Reka Bentuk Kajian Reka bentuk kajian yang digunakan ialah reka bentuk deskriptif. Statistik deskriptif
digunakan untuk mencari peratus terhadap kesesuaian menggunakan akhbar sebagai
bahan pengajaran bahasa dikalangan guru bahasa Melayu di Sekolah Menengah
Kebangsaan Sultan Idris Shah II, Gerik Perak.
51
Kaedah kajian ini ialah kaedah peratusan mudah iaitu satu kajian yang mengkaji
kesesuaian penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran. Kajian yang dijalankan
adalah untuk mendapatkan maklum balas dan juga pendapat daripada guru bahasa
Melayu berkenaan tajuk kajian yang dilakukan. Oleh itu, gambaran yang dipaparkan
dalam kajian ini hanya mewakili kumpulan ini sahaja dan tidak menerangkan semua
guru yang mengajar bahasa Melayu di seluruh Malaysia.
Sampel diedarkan borang soal selidik yang bertujuan untuk mendapatkan
pandangan dan pendapat guru berkenaan kesesuaian menggunakan akhbar sebagai
bahan pengajaran dan pembelajaran untuk bahasa Melayu. Melalui soal selidik pengkaji
akan mendapat maklumat dan pandangan yang boleh digunakan untuk menjawab soalan
kajian.
3.3 Tempat Kajian Kajian ini telah dilaksanakan di salah sebuah sekolah menengah kebangsaan di Daerah
Hulu Perak. Sekolah yang dipilih ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris
Shah II, Gerik Perak.
3.4 Populasi dan Sampel Kajian Populasi yang terlibat dalam kajian ini ialah terdiri daripada guru bahasa Melayu yang
mengajar di sekolah yang terpilih. Sampel yang terlibat dalam kajian ini ialah guru yang
mengajar bahasa Melayu untuk sesi pagi dan sesi petang. Seramai 20 orang guru yang
mengajar bahasa Melayu dijadikan sampel dalam kajian ini.
52
Pemilihan sampel dilakukan secara rawak mudah. Borang soal selidik diberikan
kepada guru yang mengajar bahasa Melayu. Borang soal selidik diagihkan sama rata
kepada guru yang mengajar sesi pagi dan guru sesi petang. Semua sampel yang terpilih
terdiri daripada guru lelaki dan perempuan. Guru Kanan mengedarkan soal selidik ini
kepada guru yang terlibat.
3.5 Alat Kajian Borang soal selidik merupakan alat yang telah dipilih untuk digunakan sebagai alat
pengumpulan data. Borang ini diedarkan kepada guru yang mengajar bahasa Melayu
sahaja. Pemilihan soal selidik sebagai alat kajian adalah kerana maklumat boleh
dikumpul dengan mudah dan cepat. Semua soalan yang berkaitan boleh diutarakan
dalam borang ini.
3.5.1 Soal selidik
Sampal diberikan borang soal selidik yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu,
Bahagian 1 : Latar belakang guru
Bahagian 2 : Pendapat guru tentang kesesuaian akhbar sebagai bahan pengajaran
mata pelajaran Bahasa Melayu.
Bahagian pertama dalam borang soal selidik menyentuh tentang latar belakang
guru yang bertujuan untuk memberi maklumat diri guru yang terlibat dalam kajian ini.
Bahagian ini juga mencakupi maklumat tentang kekerapan guru menggunakan akhbar
53
sebagai bahan pengajaran bahasa Melayu. Pengumpulan maklumat ini adalah bertujuan
untuk mendapatkan maklum balas daripada guru tentang peranan akhbar sama ada
sesuai atau tidak digunakan sebagai bahan pengajaran.
Bahagian kedua dalam borang soal selidik berkaitan dengan akhbar yang
menggambarkan pendapat guru terhadap kesesuaian akhbar dijadikan bahan pengajaran
bahasa Melayu. Berdasarkan maklumat ini, pengkaji dapat membuat kesimpulan sama
ada akhbar sesuai dijadikan bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu.
3.6 Prosedur Pengumpulan Data Beberapa langkah telah dipilih untuk melaksanakan dan memastikan kajian ini berjalan
dengan lancar tanpa sebarang masalah.
i) Langkah satu : Memilih Tempat Kajian
Pengkaji telah memilih salah sebuah sekolah di Daerah Hulu Perak. Sekolah itu ialah
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah II, Gerik Perak. Sekolah tersebut
dipilih kerana pengkaji mudah berurusan dengan pihak sekolah tersebut. Oleh yang
demikian, pengkaji dapat mengumpulkan maklumat yang dikehendaki bersesuaian
dengan tajuk yang dikaji.
54
ii) Langkah dua : Meminta Kebenaran
Proses pengumpulan data dilakukan setelah pengkaji menjalankan beberapa langkah
bagi melicinkan proses pengumpulan data penyelidikan setelah mendapat kebenaran
daripada pihak tertentu antaranya,
a) Mendapatkan borang pengesahan sebagai pelajar Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI) daripada Fakulti Bahasa UPSI.
b) Mendapatkan kebenaran daripada Fakulti Bahasa UPSI untuk menjalankan
kajian penyelidikan.
c) Mendapatkan kebenaran daripada pengetua sekolah dan daripada penolong
kanan sekolah berkenaan.
iii) Langkah tiga : Soal Selidik
Sampel terdiri daripada 20 orang guru yang mengajar bahasa Melayu untuk sesi pagi
dan sesi petang di sekolah tersebut. Penolong kanan membantu mengedarkan borang
soal selidik kepada guru yang terlibat pada hari yang telah ditetapkan.
Pengkaji berbincang dan menerangkan tujuan kajian ini dilakukan. Selepas
mendapat persetujuan, penolong kanan membantu mengedarkan borang soal selidik
kepada sampel. Sampel diberikan masa untuk menjawab borang soal selidik dan
dikehendaki memenuhi maklumat yang diperlukan dengan jujur dan tepat.
55
Pada tarikh yang telah ditetapkan, pengkaji mengambil borang soal selidik yang
telah diisi dan dijawab oleh sampel daripada penolong kanan sekolah. Berdasarkan
borang soal selidik ini, pengkaji membuat pengiraan mudah untuk mendapatkan peratus
bagi mendapatkan data kajian daripada borang soal selidik yang telah diisi oleh sampel.
3.7 Prosedur Penganalisisan Data Proses penganalisaan data akan dilakukan setelah borang soal selidik dikumpul dan
dianalisis dengan menggunakan kaedah deskriptif untuk mencari peratusan terhadap
soalan kajian yang dikemukakan. Analisis secara deskriptif iaitu mencari peratus untuk
mendapatkan gambaran mengenai bilangan sampel, jantina dan pendapat yang
dijangkakan mempunyai perkaitan dengan persoalan kajian.
Penganalisaan data dibuat untuk melihat kesesuaian akhbar digunakan sebagai
bahan pengajaran bahasa Melayu dan membandingkan pendapat guru dengan
permasalahan yang dikemukakan. Formula yang digunakan ialah :
Peratus = Jumlah guru
Pendapat guru
Mod data yang diperolehi daripada pengiraan akan ditunjukkan dan dimasukkan
ke dalam jadual untuk menunjukkan perbezaan pendapat antara sampel yang terlibat
dalam kajian ini. Berdasarkan peratus maka perbandingan antara pendapat yang
dikemukakan oleh sampel dapat dianalisa dan dihuraikan.
56
Oleh yang demikian maklumat ini dapat membantu pengkaji untuk mengumpul
maklumat dan menyelesaikan permasalahan yang dikaji berkenaan kesesuaian akhbar
sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
57
BAB IV
KEPUTUSAN KAJIAN
4.1 Pendahuluan
Dalam bab ini, data dianalisis berdasarkan maklumat-maklumat yang diperoleh melalui
borang soal selidik yang telah diedarkan. Dapatan daripada data yang dianalisis
menjawab soalan kajian mengenai kesesuaian penggunaan akhbar sebagai bahan
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Secara terperinci pengkaji menghuraikan:
a) Keberkesanan penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran di sekolah
menengah meliputi subtajuk :
i) Penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran
ii) Kekerapan menggunakan akhbar sebagai bahan pengajaran
iii) Laras bahasa akhbar yang sering digunakan sebagai bahan pengajaran
iv) Topik pilihan yang diajar menggunakan akhbar sebagai bahan pengajaran
58
v) Penggunaan akhbar dapat membantu penguasaan bahasa pelajar
vi) Penggunaan akhbar dapat menambahkan kosa kata pelajar
b) Permasalahan yang dihadapi ketika menggunakan akhbar sebagai bahan
pengajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah yang meliputi subtajuk :
i) Jenis pencemaran bahasa yang ditemui dalam akhbar
c) Kesesuaian akhbar digunakan sebagai bahan pengajaran Bahasa Melayu di
sekolah menengah meliputi subtajuk :
i) Akhbar dapat membantu guru dalam proses pengajaran
ii) Akhbar sesuai dijadikan bahan pengajaran Bahasa Melayu
iii) Kesediaan guru menggunakan akhbar sebagai bahan pengajaran Bahasa
Melayu
d) Pelaksanaan penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran Bahasa Melayu di
sekolah menengah meliputi subtajuk :
ii) Sekolah melanggan akhbar untuk pelajar
59
4.2 Perihalan Sampel
Dalam bab ini, laporan hasil kajian yang telah dilakukan ke atas responden terdiri
daripada 20 orang guru yang mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah
menengah, iaitu sepuluh orang guru lelaki (50%) dan sepuluh orang guru perempuan
(50%).
Responden yang terlibat ialah guru yang mengajarkan Bahasa Melayu untuk sesi
pagi dan sesi petang di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah II, Gerik
Perak. Responden hanya terdiri daripada guru berbangsa Melayu sahaja. Senario ini
berlaku memandangkan hanya guru Melayu sahaja yang mengajarkan Bahasa Melayu di
sekolah yang telah dipilih untuk kajian ini.
Hasil daripada maklumat-maklumat yang diberi oleh responden dalam soal
selidik yang diedarkan, bilangan guru perempuan dengan bilangan guru lelaki adalah
sama banyak. Rata-rata guru yang terlibat dalam kajian ini mempunyai ijazah, iaitu
jumlah guru lelaki dan guru perempuan iaitu sembilan orang (90%) masing-masing
mewakili jantina sampel. Salah seorang daripada sampel guru lelaki mempunyai
diploma pendidikan (10%). Manakala terdapat seorang sampel guru perempuan yang
mempunyai kelulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (10%) yang mengajarkan
Bahasa Melayu di sekolah yang terlibat dalam kajian ini. Ini jelas menunjukkan bahawa
guru yang mengajarkan Bahasa Melayu di sekolah ini semuanya mempunyai ijazah dan
telah mendapat pendedahan tentang bahan bantu mengajar yang boleh digunakan untuk
memantapkan lagi proses pengajaran mereka. Maka tidak hairanlah bahawa guru-guru
60
di sekolah ini telah biasa menggunakan pelbagai jenis bahan bantu mengajar mengikut
kreativiti masing-masing termasuklah penggunaan akhbar.
Pengalaman mengajar bagi guru yang terlibat dalam kajian ini dalam lingkungan
dua tahun hanya melibatkan jumlah guru perempuan dan guru lelaki seramai dua orang
(20%) sahaja. Secara purata pengalaman mengajar guru yang terlibat dalam kajian ini
antara tiga hingga empat tahun. Guru lelaki seramai enam orang (60%) manakala guru
perempuan hanya seorang (10%) sahaja. Bilangan guru yang mengajar antara lima
hingga enam tahun sedikit bilangannya. Guru lelaki seramai dua orang (20%) dan guru
perempuan empat orang (40%). Terdapat tiga orang guru perempuan yang mempunyai
pengalaman mengajar melebihi tujuh tahun. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat guru
yang lebih berpengalaman mengajarkan Bahasa Melayu di sekolah yang terlibat dalam
kajian ini. Guru-guru ini menjadi sumber rujukan bagi guru lain untuk mendapatkan
pandangan untuk menggunakan bahan pengajaran yang sesuai jika menggunakan
akhbar.
Jelas menunjukkan guru yang terlibat dalam kajian ini memiliki pengalaman
mengajar antara tiga hingga empat tahun. Pengalaman mengajar amat penting bagi guru
kerana mereka mempunyai banyak pengalaman yang sudah ditimba untuk memperkaya
dan memperbanyakkan bahan pengajaran sesuai dengan topik yang diajar. Ini sedikit
sebanyak membantu guru dalam proses pengajaran khususnya menggunakan akhbar
sebagai bahan pengajaran.
61
4.3 Dapatan kajian
4.3.1 Keberkesanan penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran Bahasa
Melayu di sekolah menengah
Jadual 1
Keberkesanan penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran Bahasa Melayu.
Pendapat guru Lelaki Peratus
(%) Perempuan
Peratus
(%)
Sangat tidak setuju
Tidak setuju 2 20 1 10
Setuju 6 60 5 50
Sangat setuju 2 20 4 40
Jumlah 10 100 10 100
Berdasarkan soal selidik yang telah dilakukan, lapan orang sampel guru lelaki
(80%) yang menyatakan sangat setuju akhbar berkesan digunakan sebagai bahan
pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendapat guru perempuan
tentang keberkesanan jika akhbar digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
pula adalah seperti berikut. Sembilan orang daripada jumlah sampel guru perempuan
(90%) setuju jika akhbar dijadikan bahan pengajaran dan amat berkesan untuk
pengajaran bahasa Melayu. Masing-masing seorang (10%) daripada sampel lelaki dan
62
perempuan tidak setuju akhbar berkesan jika menggunakan bahan ini terhadap
pengajaran bahasa Melayu di sekolah menengah.
Keberkesanan akhbar sebagai bahan pengajaran dikukuhkan lagi dengan
subtajuk di bawah :
i) Menggunakan akhbar sebagai bahan pengajaran
Jadual 2
Penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran
Penggunaan akhbar Lelaki Peratus (%) Perempuan Peratus (%)
Ya 9 90 7 70
Tidak 1 10 3 30
Jumlah 10 100 10 100
Dapatan kajian menunjukkan maklum balas yang baik daripada sampel terhadap
penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran. Sampel lelaki yang menggunakan akhbar
sebagai bahan pengajaran seramai sembilan orang (90%) manakala sampel perempuan
tujuh orang (70%). Namun begitu ada juga sampel yang tidak menggunakan akhbar
sebagai bahan pengajaran. Sampel lelaki seorang (10%) dan sampel perempuan tiga
orang (30%).
63
ii) Kekerapan menggunakan akhbar sebagai bahan pengajaran Bahasa
Melayu
Jadual 3
Kekerapan menggunakan akhbar sebagai bahan pengajaran
Kekerapan Lelaki Peratus
(%) Perempuan
Peratus
(%)
Sekali seminggu 3 30 2 20
Dua kali seminggu 2 20
Tiga kali seminggu
Empat kali seminggu
Lain – lain 5 50 8 80
Jumlah 10 100 10 100
Berdasarkan jadual 3 jelas menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang ketara
antara sampel guru lelaki dengan guru perempuan terhadap kekerapan menggunakan
akhbar sebagai bahan pengajaran. Terdapat tiga orang guru lelaki (30%) yang kerap
menggunakan akhbar sebagai bahan pengajaran bahasa dalam seminggu manakala guru
perempuan dua orang (20%). Kekerapan menggunakan akhbar sebagai bahan
pengajaran dalam tempoh tiga kali seminggu ialah dua orang (20%) guru lelaki tetapi
tiada guru perempuan yang menggunakan akhbar dalam tempoh ini. Manakala lain-lain
pula mewakili lima orang guru lelaki (50%) dan lapan orang guru perempuan (80%).
64
iii) Laras bahasa akhbar yang kerap digunakan
Jadual 4
Jenis laras bahasa yang kerap digunakan
Jenis Lelaki Peratus
(%) Perempuan
Peratus
(%)
Laporan 1 10 2 20
Berita 2 20 1 10
Rencana 6 60 6 60
Lain-lain 1 10 1 10
Jumlah 10 100 10 100
Berdasarkan jadual tersebut, sampel guru lelaki yang memilih laras laporan
hanya seorang (10%) sahaja dan guru perempuan dua orang (20%). Laras bahasa berita
pula mewakili dua orang (20%) guru lelaki dan seorang (10%) guru perempuan. Laras
bahasa rencana menjadi pilihan bagi kedua-dua sampel iaitu guru lelaki dan perempuan
yang masing-masing mewakili enam orang (60%). Begitu juga jumlah untuk lain-lain
iaitu seorang (10%) bagi kedua-dua sampel.
65
4.3.2 Permasalahan yang dihadapi ketika menggunakan akhbar sebagai
bahan pengajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah
Jadual 5
Masalah semasa memilih akhbar yang sesuai sebagai bahan pengajaran Bahasa
Melayu
Masalah Lelaki Peratus (%) Perempuan Peratus
(%)
Kesalahan imbuhan 1 10
Kesalahan sendi nama 5 50 4 40
Kesalahan ayat 3 30 3 30
Kesalahan kata ganti diri
Lain – lain 2 20 2 20
Jumlah 10 100 10 100
Berdasarkan jadual 5 di atas, jelas menunjukkan guru mempunyai masalah untuk
memilih keratan akhbar yang sesuai untuk dijadikan bahan pengajaran Bahasa Melayu.
Seramai lima orang guru lelaki (50%) menghadapi masalah penggunaan sendi nama dan
empat orang guru perempuan (40%) menghadapi masalah yang sama. Seorang guru
perempuan (10%) menghadapi masalah berkaitan kesalahan penggunaan imbuhan.
Manakala tiga orang daripada guru lelaki (30%) menghadapi masalah kesalahan
penggunaan ayat. Jumlah ini sama dengan jumlah guru perempuan. Dua orang sampel
(20%) masing-masing mewakili guru lelaki dan perempuan menghadapi lain-lain
masalah ketika memilih akhbar untuk dijadikan sebagai bahan pengajaran.
66
Masalah memilih akhbar yang sesuai dikukuhkan lagi dengan subtajuk di bawah:
i) Jenis pencemaran bahasa yang ditemui dalam akhbar
Jadual 6
Jenis pencemaran bahasa yang ditemui di dalam akhbar
Jenis Lelaki Peratus
(10%) Perempuan
Peratus
(%)
Kesalahan binaan ayat 4 40 5 50
Kesalahan imbuhan 2 20
Kesalahan sendi nama 6 60 2 20
Kesalahan kata ganti diri 1 10
Jumlah 10 100 10 100
Kesalahan yang sering ditemui di dalam penulisan akhbar boleh dilihat di dalam
jadual 6 di atas. Seramai empat orang (40%) guru lelaki yang mengatakan pencemaran
bahasa dari segi binaan ayat dan lima orang guru perempuan (50%) mempunyai
pendapat yang sama. Manakala enam orang guru lelaki (60%) mengatakan kesalahan
sendi nama dan dua orang guru perempuan (20%) mengatakan masalah yang sama. Dua
orang guru perempuan (20%) mengatakan pencemaran bahasa iaitu imbuhan dan
seorang (10%) melalui kata ganti diri.
67
4.3.3 Kesesuaian akhbar digunakan sebagai bahan pengajaran Bahasa Melayu di
sekolah menengah
Akhbar merupakan salah satu bahan pengajaran yang sesuai digunakan untuk membantu
proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan akhbar dapat meningkatkan dan
menjadikan sesuatu pengajaran lebih menarik. Tambahan pula maklumat yang terdapat
di dalam akhbar boleh meningkatkan pemahaman dan menambahkan pengetahuan
pelajar tentang sesuatu maklumat yang baharu. Hal ini boleh dilihat melalui subtajuk di
bawah :
i) Akhbar sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran
Jadual 7
Akhbar sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran
Sesuai digunakan Lelaki Peratus (%) Perempuan Peratus (%)
Ya 7 70 9 90
Tidak 3 30 1 10
Jumlah 10 100 10 100
Sampel guru lelaki yang mengatakan ‘ya’ akhbar sesuai dijadikan bahan
pengajaran seramai tujuh orang (70%) manakala sembilan orang (90%) mewakili guru
perempuan. Tiga orang (30%) sampel lelaki mengatakan akhbar tidak sesuai dijadikan
bahan pengajaran dan seorang (10%) sampel perempuan mengatakan akhbar tidak
sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran. Semua pendapat yang dikemukakan oleh
guru adalah berdasarkan pandangan dan pengalaman mereka semasa mereka mengajar.
68
ii) Penggunaan akhbar dapat membantu pelajar menguasai bahasa Melayu
Jadual 8
Akhbar dapat membantu pelajar menguasai bahasa Melayu
Perkara Lelaki Peratus
(%)
Perempuan Peratus
(%)
Membantu 9 90 90 90
Tidak membantu 1 10 1 10
Jumlah 10 100 10 100
Hasil daripada soalan ini maka inilah keputusan yang diperolehi, iaitu seramai
sembilan sampel guru lelaki (90%) menyatakan bahawa penggunaan akhbar sebagai
bahan pengajaran dapat membantu pelajar menguasai bahasa Melayu. Manakala seorang
(10%) daripada sampel guru lelaki yang mengatakan penggunaan akhbar tidak dapat
membantu pelajar menguasai bahasa Melayu.
Sampel yang mewakili guru perempuan pula menyatakan pendapat bahawa
penggunaan akhbar dapat membantu pelajar menguasai bahasa Melayu. Seramai
sembilan orang (90%) guru perempuan mengatakan penggunaan akhbar dapat
membantu pelajar menguasai bahasa Melayu. Manakala hanya seorang (10%) guru
perempuan yang mengatakan akhbar tidak membantu pelajar menguasai bahasa Melayu.
69
4.3.4 Pelaksanaan penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran Bahasa
Melayu di sekolah menengah
Jadual 9
Cara melaksanakan penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran
Cara Lelaki Peratus
(%) Perempuan
Peratus
(%)
Individu 1 10
Berkumpulan 4 40 4 40
Perbincangan 4 40 4 40
Lain – lain 2 20 1 10
Jumlah 10 100 10 100
Berdasarkan jadual 9 tersebut seramai empat (40%) sampel guru lelaki
menggunakan cara berkumpulan untuk melaksanakan proses pengajaran menggunakan
akhbar. Jumlah ini sama dengan sampel guru perempuan yang menggunakan cara yang
sama iaitu empat orang (40%). Kaedah perbincangan juga melibatkan jumlah yang
sama antara kedua-dua sampel masing-masing mewakili empat orang (40%). Bagi lain-
lain cara sampel guru lelaki melibatkan dua orang (20%) manakala seorang (10%)
sahaja yang mewakili sampel guru perempuan. Cara individu digunakan oleh seorang
guru perempuan (10%).
Corak pengajaran yang berbeza akan menimbulkan suasana pengajaran yang
berlainan. Hal ini dikukuhkan lagi dengan subtajuk di bawah :
70
i) Langganan akhbar untuk pelajar
Jadual 10
Langganan akhbar untuk pelajar
Langganan akhbar Lelaki Peratus (%) Perempuan Peratus (%)
Ya 7 70 5 50
Tidak 3 30 5 50
Jumlah 10 100 10 100
Terdapat tujuh orang (70%) sampel guru lelaki yang mengatakan sekolah
melanggan akhbar untuk pelajar dan tiga orang (30%) mengatakan tidak. Sampel guru
perempuan yang mengatakan sekolah melanggan akhbar untuk pelajar mewakili lima
orang (50%) dan lima orang (50%) mengatakan tidak. Pihak sekolah yang melanggan
akhbar untuk pelajar akan memudahkan pelajar untuk memahami beberapa topik yang
dimasukkan ke dalam ruangan skor untuk Sijil Pelajaran Malaysia. Keratan akhbar
daripada ruangan ini boleh dijadikan bahan pengajaran bahasa Melayu untuk sekolah
menengah.
71
BAB V
RUMUSAN
5.1 Pendahuluan
Dalam bab ini, pengkaji akan membuat rumusan hasil kajian tentang kesesuaian
penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di
sekolah menengah. Penulisan kajian dilakukan dengan membuat rumusan keseluruhan
berdasarkan soalan kajian yang telah ditetapkan.
5.2 Kesimpulan
Penulisan kajian ini adalah untuk meninjau kesesuaian penggunaan akhbar sebagai
bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kesesuaian ini dilihat berdasarkan
keberkesanan, permasalahan yang dihadapi, kesesuaian dan cara pelaksanaannya.
Kesimpulan daripada dapatan kajian diringkaskan seperti berikut :
72
5.2.1 Keberkesanan penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran Bahasa Melayu di
sekolah menengah
Hasil daripada dapatan kajian yang telah dianalisis didapati bahawa 80 peratus daripada
jumlah sampel bersetuju penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran bahasa Melayu
memberi kesan terhadap pengajaran. Hal ini demikian kerana pelbagai jenis bahan
daripada akhbar mempunyai potensi untuk membantu memantapkan proses pengajaran
dan pembelajaran. Akhbar dapat membantu pelajar menguasai bahasa Melayu dengan
baik.
5.2.2 Permasalahan yang dihadapi ketika menggunakan akhbar sebagai bahan
pengajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah
Berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh melalui borang soal selidik yang digunakan
didapati seratus peratus sampel manghadapi masalah untuk menggunakan keratan
akhbar yang sesuai untuk digunakan sebagai bahan pengajaran bahasa Melayu. Masalah
yang paling ketara dihadapi oleh sampel ialah tentang kesalahan penggunaan sendi
nama dan diikuti dengan kesalahan penggunaan ayat. Hal ini menimbulkan kesukaran
kepada guru untuk memilih dan menyesuaikan keratan akhbar dengan topik pengajaran.
5.2.3 Kesesuaian akhbar sebagai bahan pengajaran Bahasa Melayu di sekolah
Menengah
73
Sampel yang terlibat dalam kajian ini, iaitu 90 peratus mengatakan bahawa akhbar
sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran bahasa Melayu. Kesesuaian akhbar
dijadikan bahan pengajaran kerana akhbar mempunyai pelbagai maklumat yang berguna
kepada pelajar. Guru boleh menggunakan akhbar untuk mengajar tatabahasa, karangan,
bertutur (lisan) dan membaca di samping dapat menambahkan kosa kata pelajar.
5.2.4 Pelaksanaan penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran Bahasa Melayu di
sekolah menengah
Pelbagai cara yang digunakan oleh guru untuk menjayakan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan menggunakan akhbar sebagai bahan pengajaran bahasa Melayu.
Antaranya ialah secara individu, berkumpulan, perbincangan dan lain-lain. Hasil kajian
mendapati 80 peratus daripada jumlah sampel lebih suka menggunakan cara
berkumpulan dan perbincangan ketika menggunakan akhbar sebagai bahan pengajaran
bahasa Melayu di sekolah menengah.
5.3 Perbincangan
Secara keseluruhannya hasil daripada dapatan kajian menunjukkan bahawa akhbar
sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran bahasa Melayu di sekolah menengah.
Sampel yang terlibat di dalam kajian ini memberi pandangan yang positif dan bersetuju
jika akhbar dijadikan bahan pengajaran Bahasa Melayu. Sampel juga bersedia
menggunakan akhbar sebagai bahan pengajaran untuk melancarkan proses pengajaran
bahasa. Kesediaan sampel menggunakan akhbar sebagai bahan pengajaran kerana
74
akhbar mempunyai pelbagai topik yang sesuai untuk mengajarkan Bahasa Melayu
seperti karangan, pemahaman, lisan dan membaca.
Hal ini selaras dengan pendapat Awang Sariyan (1987) dalam Ismail Abdul
Rajab yang mengatakan bahawa akhbar mula digunakan sebagai bahan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran termasuklah pengajaran bahasa Melayu. Menurut beliau
lagi ahli bahasa mengatakan bahawa akhbar merupakan agen pembinaan dan
pengembangan bahasa yang paling meluas dan berkesan kerana penyebarannya yang
merata dalam masyarakat khususnya pelajar.
Pendapat ini bertepatan dengan kajian Rohana Zubir (1994) tentang penggunaan
akhbar sebagai bahan pengajaran Bahasa Melayu menunjukkan bahawa akhbar sesuai
digunakan. Penggunaan akhbar dapat menggalakkan pembelajaran maklumat baharu
yang memerlukan interaksi dua hala antara pengajar dan pelajar bagi menentukan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Dalam situasi begini pembelajaran wujud
daripaada komunikasi dua hala antara pengirim dengan penerima atau komunikasi
maklumat sehala yang disusuli dengan interaksi atau tindak balas daripada penerima.
Hasil kajian yang dilakukan ke atas sampel menunjukkan komunikasi dua hala antara
guru dengan pelajar wujud jika akhabr dijadikan sebagai bahan pengajaran.
Ibrahim Haji Salleh (1989) pula menyatakan bahawa bahan pengajaran iaitu
akhbar perlu disesuaikan dengan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran.
Pelaksanaan yang baik akan memberikan ilmu bahasa yang lebih baik kepada pelajar.
Selain daripada itu bahan pengajaran seperti akhbar membantu memberi rangsangan
75
kepada pelajar yang mengarah kepada pemikiran dan seterusnya mewujudkan tingkah
laku tertentu. Daripada dorongan ini akan mewujudkan tanggapan, pemerolehan,
penyimpanan, pengingatan, generalisasi, prestasi dan maklumat balik. Hasil daripada
penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran bahasa Melayu akan melahirkan pelajar
yang berketrampilan untuk membuat pelbagai generalisasi terhadap pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu.
Walker (1977) menyatakan bahawa penggunaan akhbar dapat melahirkan pelajar
yang berkebolehan mengumpul dan menggunakan bahan tersebut untuk pembelajaran
mereka. Akhbar memberi potensi pembelajaran yang amat baik dan guru harus
menggabungkan kemahiran yang sesuai dengan objektif pembelajaran apabila
menggunakan akhbar sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Pengalaman pembelajaran positif timbul daripada penggabungan persepaduan antara
pelajar dengan bahan pengajaran dan guru sebagai pengurus. Hal ini boleh dilihat
apabila murid-murid saling bekerja sama untuk mendapatkan bahan pembelajaran
daripada akhbar apabila guru menggunakan teknik perbincangan.
Berdasarkan Jurnal Pendidikan (1990) pembelajaran berasaskan sumber atau
bahan iaitu akhbar memberi peluang kepada pelajar untuk memenuhi kehendaknya dan
bergerak maju mengikut kebolehan sendiri. Strategi tersebut memberi peluang uyang
lebih luas untuk penyertaan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran untuk
berinteraksi di antara pelajar dengan guru dan di antara pelajar dengan pelajar serta
penggunaan bahan pengajaran yang lebih luas untuk berkomunikasi. Bahan pengajaran
iaitu akhbar memberi kebebasan yang lebih luas untuk kemahiran mendengar, melihat
76
dan paling mustahak melakukan sesuatu untuk memenuhi dorongan ingin tahu yang
merupakan asas ke arah peningkatan keilmuan.
Selain daripada itu pembelajaran berasaskan bahan bukan sahaja memberi
faedah kepada pelajar tetapi juga kepada guru. Guru yang menggunakan bahan untuk
pembelajaran dapat menggunakan ‘instructional metodology’ yang begitu luas dan
pelbagai untuk mempertingkatkan mutu pengajaran pembelajaran. Pembelajaran
berasaskan bahan memperbanyakan lagi penyertaan pelajar dalam proses pembelajaran
dan ini akan mempertingkatkan ketrampilan pelajar tentang kefahaman, pengetahuan
serta kemahiran perkembangan sikap dan nilai murni secara keseluruhannya.
James W.Broen, K.D. Noberg dan S.K. Srygley 1927 dalam Md Ghazali Abdul
Samad (1994) mengatakan bahan pengajaran dan pembelajaran dapat memberi kesan
tertentu kepada keberkesanan pembelajaran. Penggunaan bahan pengajaran (akhbar)
akan menjadikan pembelajaran lebih produktif. Penggunaan media cetak khususnya
akhbar dapat mempercepatkan lagi kadar pembelajaran. Penggunaan bahan ini juga
menjadikan pengajaran lebih berkesan dan pembelajaran menjadi lebih aktif dan
bertenaga.
J.A.Bruner 1966 dalam Omardin Ashaari (1999) menekankan bahawa
pengajaran perlu melibatkan pengalaman pelajar secara langsung. Bahan pengajaran
yang digunakan oleh guru perlu dianalisis berasaskan pengalaman pelajar. Kaedah ini
dapat digunakan sebagai pertimbangan untuk menggunakan peralatan pengajaran secara
praktikal dan bermakna. Bahan pengajaran seperti akhbar yang digunakan oleh guru
77
memberikan pengalaman sebenar sebagaimana yang dialami oleh pelajar dan aktiviti
pembelajaran dilakukan oleh pelajar itu sendiri. Mereka dapat menilai, menganalisis dan
mentafsirkan bahan-bahan yang digunakan oleh guru di samping meningkatkan daya
ingatan pelajar.
Lester B. Bands 1956 dalam Omardin Ashaari (1999) menjelaskan dalam
kajiannya bahawa bahan pengajaran seperti akhbar amat penting sekali kerana
penggunaannya itu dapat menggalakkan penguasaan bahan pengajaran guru. Mereka
dapat mengingatkan semula bahan pengajaran yang telah dipelajari itu. Bahan-bahan itu
juga dapat membina persepsi pelajar terhadap sifat, ciri dan bentuk yang berkaitan
dengan penglibatan palajar dalam proses dan kegiatan pembelajaran.
Charles B. Klasek 1972 dalam Omardin Ashaari (1999) dalam kajiannya
menyatakan bahawa pengajaran guru boleh dianggap teratur sekiranya mereka dapat
menggabungkan pengajarannya dengan penggunaan bahan pengajaran. Pengajaran guru
akan lebih berkesan dan berjaya meruntun fikiran pelajar terhadap pelajaran mereka.
Bahan bantu mengajar yang menarik akan membuatkan pelajar berminat untuk
mengikuti pengajaran guru. Kajian ini mempunyai persamaan dengan pendapat sampel
yang terlibat dalam kajian ini. Mereka memberikan pendapat bahawa penggunaan
akhbar sebagai bahan pengajaran Bahasa Melayu dapat menarik minat pelajar untuk
mengikuti pengajaran yang disampaikan oleh guru.
Walaupun akhbar sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran namun kesalahan
tatabahasa dalam artikel akhbar tersebut menjadi masalah kepada guru untuk memilih
78
artikel yang sesuai. Abdullah Hassan (1996) mengatakan bahawa akhbar mempunyai
kesalahan dari segi dinamika bahasa iaitu sebutan, perkataan, ayat dan sendi nama. Oleh
yang demikian guru yang ingin menjadikan akhbar sebagai bahan pengajaran perlu
memilih dengan teliti bagi memastikan objektif pembelajaran tercapai. Sampel kajian
menghadapi masalah ini ketika memilih artikel yang sesuai untuk digunakan sebagai
bahan pengajaran bahasa. Namun atas kreativiti mereka masalah ini boleh diatasi
dengan membuat analisis perkataan yang salah di dalam artikel yang dipilih untuk
mengajar pelajar tentang analisis perkataan dan membetulkan kesilapan tersebut.
Guru yang kreatif dapat memanfaatkan bahan yang terdapat dalam
akhbar untuk dijadikan bahan bagi mencetuskan minat pelajar terhadap pelajaran.
Wilkinson (1971), menegaskan bahawa bahan mengajar dapat memberi keberkesanan
dalam proses pembelajaran dan menjadi lebih menarik dan pelajar dapat manfaat dan
faedah (Omardin Ashaari, 1999:140).
Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian yang melibatkan sampel seramai
dua puluh orang ini menunjukkan bahawa akhbar sesuai digunakan sebagai bahan
pengajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah. Sampel yang terdiri daripada sepuluh
orang guru lelaki dan sepuluh guru perempuan memberi pendapat masing-masing
tentang isu yang dikemukakan ini. Kebanyakan sampel bersedia dan bersetuju untuk
menggunakan akhbar sebagai bahan bantu mengajar dalam proses pembelajaran.
Akhbar memberi manfaat kepada guru untuk mengajar karangan, pemahaman, membaca
dan bertutur di samping menjadikan pembelajaran lebih aktif.
79
5.4 Cadangan kajian lanjut
Tidak dapat dinafikan bahawa kajian berkaitan kesesuaian akhbar sebagai bahan
pengajaran Bahasa Melayu agak sukar kerana akhbar mempunyai kesalahan hukum
tatabahasa kerana penulisan akhbar perlu ringkas dan pendek. Namun akhbar boleh
dikatakan berpotensi dijadikan bahan pengajaran berdasarkan pendapat yang
dikemukakan oleh sampel yang terlibat dalam kajian ini. Hal ini demikian kerana akhbar
mempunyai bahan yang pelbagai seperti gambar dan iklan yang boleh dijadikan bahan
pengajaran selain daripada petikan.
Justeru pengkaji mengemukakan beberapa cadangan kajian lanjut bagi
memantapkan lagi kajian berkenaan kesesuaian akhbar sebagai bahan pengajaran
Bahasa Melayu di sekolah menengah pada masa akan datang. Berikut ialah beberapa
cadangan yang dikemukakan hasil daripada kajian ini :
a. Kajian tentang sejauh mana keberkesanan penggunaan akhbar sebagai
bahan pengajaran di sekolah menengah menjurus kepada pendapat guru
sama ada bersetuju atau tidak. Persoalan ini boleh diperluaskan lagi
bergantung kepada inisiatif guru untuk menggunakan akhbar sebagai
bahan pengajaran Bahasa Melayu.
b. Selain itu kajian ini boleh dijalankan ke atas guru yang mengajar di
sekolah berasrama penuh untuk mendapatkan pandangan dan pendapat
80
mereka tentang isu ini untuk melihat kesesuaian menggunakan akhbar
sebagai bahan pengajaran.
c. Kajian lanjutan boleh juga dilakukan dengan menggunakan pemboleh
ubah yang lain seperti lokasi, pentadbiran dan keberkesanan
menggunakan akhbar sebagai bahan pengajaran Bahasa Melayu.
d. Jumlah responden yang akan digunakan dalam kajian juga bolah
diperbanyakkan iaitu kira-kira 30 hingga 60 orang guru yang
mengajarkan Bahasa Melayu yang melibatkan beberapa buah sekolah.
Tujuannya ialah untuk mendapatkan lebih banyak pandangan guru
terhadap isu yang dikemukakan.
Berdasarkan cadangan di atas, pengkaji mencadangkan dua tajuk yang berkaitan
dengan kesesuaian akhbar sebagai bahan pengajaran Bahasa Melayu di sekolah
menengah yang boleh dijalankan pada masa akan datang oleh pengkaji lain. Berikut
adalah cadangan tajuk-tajuk tersebut :
a. Peningkatan pencapaian Bahasa Melayu berasaskan penggunaan
akhbar sebagai bahan pengajaran.
b. Akhbar mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.
BIBLIOGRAFI Abdullah Hassan (1996). Menggunakan Bahasa Melayu dalam Masyarakat Industri. Melihat Beberapa Aspek Dinamika Bahasa.Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Dwitahunan Kedua Jabatan Linguistik, Ukm. Dewan Bahasa dan Pustaka pada 16-17 Januari 1996. ______________ (2002). Dasar Bahasa dan Pembangunan Negara di Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Aziz Abdul Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu : Prinsip, Kaedah dan Teknik. Selangor. Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd. Abdul Hamid Mahmood. (1987). Kesalahan Frasa dan Ayat dalam Jurnal Dewan Bahasa. Jilid 27, Bil 4. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Hamid Mahmood dan Asiah Idris .ed. (1991). Tinjauan Pelaksanaan Dasar Bahasa Dalam Sistem Pendidikan Negara di Peringkat Sekolah. Kuala Lumpur. Persatuan Linguistik Malaysia. Abdul Rahim Selamat (1989). Teknologi Sistem Pengajaran. Petaling Jaya. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Abdul Rahim Mahmood (1999). Falsafah Pendidikan dan Hubungan Teori-Teori Pendekatan Kurikulum Dalam Mempengaruhi Pengajaran Bahasa dalam Jurnal Dewan Bahasa. Jilid 43. Bil. 1. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Asiah Idris (1996). Citra Bahasa Melayu Dalam Beberapa Akhbar Utama di Malaysia. Satu Tinjauan Awal dalam Jurnal Dewan Bahasa. Jilid 40, Bil. 17. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Haji Omar (1988). Bahasa Iklan Perniagaan : Satu Kajian Bahasa Retorik. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. ________________ (1989). Pengajaran Bahasa Untuk Kemahiran Berkomunikasi Dalam Kaedah Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
A. Rahim Mahmood (1999). Falsafah Pendidikan dan Hubungan Teori-teori Pendekatan Kurikulum Dalam Mempengaruhi Pengajaran Bahasa dalam Jurnal Dewan Bahasa. Jilid 43, Bil. 1. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Sariyan (1983). Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur. Penerbitan Sarjana Enterprise.
_______________(1984). Isu-isu Bahasa Melayu. Petaling Jaya. Fajar Bakti. Brown H. D. (1980). Principles Of Language Learning and teaching. Engkewood Cliff. New Jersey : Prentice-Hall Inc. Corder S. P. (1974). Perspective on Second Language Acquisition dalam Richard J. C. (ed) dalam Error Analysis. London. Longmans Group Limited. Gerlach, Vernon S dan Ey, Donald P (1971). Teaching and Media : A Systematic Approach. Englewood Cliffs. New Jersey : Prentice Hall. Hassan Ahmad. (2002). Dasar Bahasa dan Pembangunan Negara di Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hashim Haji Musa (1994). Pengantar Falsafah Bahasa. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Ibrahim Hj Salleh. 91989). Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu : Beberapa Pertimbangan dalam Teknologi Sistem Pengajaran. Petaling Jaya. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ismail Abdul Rajab. (1990). Satu Analisis Kesilapan Tatabahasa Dalam Penulisan Akhbar dan Majalah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Universiti Malaya. Izani Hj Daud (1999). Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. http://www. Bahan sebagai rangsangan dalam pengajaran dan pembelajaran. (15 Februari 1999). Jais Sahok (1990). Tinjauan Kesalahan Penggunaan Bahasa di Kalangan Pelajar dalam Jurnal Bahasa Jilid 33. Bil. 9. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Janet Wong May Chin (1992). Bahasa Seksis Dalam Pengiklanan. Bengkel Bahasa Malaysia dalam Media Am, 20-21 Oktober 1981. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustka. Kamarudin Haji Husin (1995). Perkaedahan Mengajar Bahasa. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiamn Sdn. Bhd. Kamarudin Haji Husin dan Siti Hajar Abd.Aziz (1997). Pengajian Melayu 2 : Ketrampilan Bahasa. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan Edisi Ketiga (1998). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia (1982). Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Khatijah Abdul Hamid (1999). Pengajaran dan Pemelajaran Bahasa Melayu Trend Masa Kini dan Dilema Guru Bahasa dalam Jurnal Dewan Bahasa, Jilid 36, Bil.12. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Mashudi Kadir dan Darwis Harahap (1989). Sehari Dengan Mingguan Malaysia-Ahad 7 November 1982 dalam Abdullah Hassan, Hasnah Ibrahim dan Mashudi Kadir (ed). Kesalahan Bahasa Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Dahalan Mohd Ramli dan Rabiatol Adawiyah Hashim (1994). Media Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Strategi Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Daud Hamzah (1998). Pembelajaran Berasaskan Sumber, Konsep dan Amalan (Dalam Konteks KBSM). Kertas Kerja Persidangan Pengetua-Pengetua Mengenai KBSM. Kedah. Jabatan Pendidikan. Mohd Ghazali Abdul Samad (1994). Bahan Pusat Pembelajaran Bahasa Dalam Strategi Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Haron. (1996). Kartun Sebagai Bahan Pengajaran dan Pembelajaran. http://www.bahan pengajaran. edu. Kartun. (25 Mac 1996. Mohd Majid Konting ((1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim (1980). Pencemaran Bahasa Malaysia dan Kesannya Terhadap Pengajaran Bahasa Malaysia dalam Jurnal Dewan Bahasa. Jilid.26, Bil.4. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. _________________ (1982). Laras Bahasa. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Omardin Ashaari (1999). Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Rohana Zubir (1994). Pemilihan, Penggunaan dan Penilaian Media Dalam Pendidikan Bahasa Melayu Dalam Strategi Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Samat Buang (1996). Kegunaan dan Kesesuaian Majalah 3 Sebagai Bahan Tambahan Pengajaran Bahasa Melayu dalam Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka, Jilid 40, Bil. 9. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sharifah Alwiyah Alsagoff 91990). Falsafah Pendidikan. Petaping Jaya. Longman Malaysia. Sdn. Bhd. S. Nathesan (1991). Bahasa dan Hubungannya Dengan Masyarakat : Satu Tinjauan dalam Jurnal Bahasa Jilid 35 Bil 1. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. S. Nathesan (1999). Pendekatan dan Teknik Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Stovall, James G. et. al. (1984). On-Line Editing. New Jersey : Prentice-Hall. Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia (1990). Pemelajaran Berasaskan Sumber dalam Jurnal Pendidikan. Jilid XXXIV Keluaran 74. Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru. Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia. Walker, H. T. Montgomery, P.K. (1977). Teaching Media Skills. Littlelon, Colorado : Libraries Unlimited, Inc.