Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Cawangan N. Sembilan
ACIS UiTMN9 / Edaran Dalaman
Syawal / Zulkaedah 1438 — Julai 2017
Mutakhir ini, tidak dapat dinafikan bahawa kedudukan ekonomi negara tidaklah boleh dibanggakan lagi. Kesan daripada kedudukan ekonomi negara ini menyebabkan taraf hidup rakyat semakin membebankan. Turun dan naik harga minyak setiap minggu menyebabkan para peniaga dengan mudahnya menaikkan harga barangan seterusnya menyebabkan rakyat jelata menjadi terbeban dengan kos hidup seharian. Walaupun banyak usaha yang telah dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab bagi mengawal situasi ini, namun begitu usaha tersebut masih belum mencukupi bagi mengatasi kesempitan hidup dirasai oleh sebahagian rakyat.
Walaubagaimanapun, kita perlu ingat bahawa rezeki setiap individu telah pun ditetap-kan oleh Allah SWT. Mungkin dengan kemerosotan ekonomi ini hanyalah satu balasan atau ujian yang Allah turunkan kepada hambaNya agar lebih bertaqwa kepada Allah. Ini terbukti kerana terdapat sebuah Hadis Nabi SAW yang bermaksud : “Penzinaan boleh mewarisi kepapaan”. Dengan sebab itu, keberkatan dan rezeki yang dibataskan adalah kesan daripada kemaksiatan yang berleluasa di negara kita. Oleh yang demikian dalam sebuah buku yang bertajuk Bughyah al-Huzaq Lima’rifati Mafatih al-Arzaq ada menyebutkan perkara yang boleh menjadi-kan rezeki seseorang itu menjadi murah dan diberkati.
Menjaga solat fardu dan memperbanyakkan solat sunat seperti qiamullail, solat Duha dan lain-lain solat sunat yang digalakkan. Ini bertepatan dengan Firman Allah SWT dalam hadis qudsi yang bermaksud: “Wahai anak Adam, sempat-kanlah untuk menyembahku nescaya aku membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu.”(Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi dan Ibnu Majah)
Sentiasa bersedekah kerana doa para malaikat supaya Allah SWT kurniakan kepada pemberi sedekah gantian, manakala yang kedekut dengan kehilangan atau kehabisan hartanya. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud: “Perumpamaan orang menafkahkan hartanya pada jalan Allah, ibarat sebutir benih yang tumbuh menjadi tujuh tangkai. Pada setiap tangkai itu terdapat seratus biji. Dan Allah akan melipatgandakan balasan bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Allah Maha Luas kurniaNya dan Maha Mengetahui.”
Menyambung hubungan silaturahim. Menjaga hubungan silaturahim atau hubungan kekeluargaan sememangnya dituntut dalam Islam. Ini bertepatan sebagaimana hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Siapa yang menghendaki Allah SWT memurahkan rezekinya, dan dipanjangkan usianya, maka hendaklah menyambung hubungan silaturahim” (Hadis Riwayat Bukhori dan Muslim). Walaupun hadis ini menimbulkan persoalan tentang bagaimana rezeki seseorang boleh bertambah dan umur seseorang boleh dipanjangkan sedangkan kedua-dua perkara ini telah ditetapkan oleh Allah semenjak azali lagi. Namun begitu, para ulama’ di dalam menghuraikan hadis ini menyatakan persoalan dimurahkan rezeki adalah kerana keberkatan dalam kesihatan serta ketaatan kepada Allah kerana menjaga hubungan silaturahim. Manakala
Murahkan Rezekiku
Pendahuluan
Penyebab kejatuhan
Pertama
Kedua
Ketiga
Oleh: Mu’allim Bin Mohd Bakri
BUletin ACIS 2
dipanjangkan umur adalah kerana diberikan petunjuk untuk taat dalam menghiasi umur dengan amalan yang bermanfaat diantaranya adalah menjaga silaturahim.
Sentiasa melazimi amalan berdoa. Sesungguhnya amalan berdoa merupakan senjata untuk orang-orang yang beriman. Benarlah kata pepatah Arab: “Allah SWT amat murka jika tidak diminta kepadaNya, sedangkan anak Adam apabila diminta nescaya marahlah ia.” Oleh sebab itu, orang yang beriman digalakkan untuk sentiasa berdoa memohon pertolongan kepada Allah SWT.
Sentiasa melazimi zikir. Sesungguhnya dengan berzikir akan mendapat ketenangan serta mendapat rahmat serta keampunan dari Allah SWT. Lantaran itu, sudah tentu akan dikurniakan rezeki kepadanya. Antara zikir-zikir tersebut ada-lah seperti bertahlil, bertakbir, bertahmid, ber-tasbih dan lain-lain. Ini bertepatan dengan Hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan “la hawla wala Quwwata Illa Billah (Riwayat At Tabrani)
Sentiasa bertaubat dan beristighfar, ini ber-tepatan dengan Firman Allah SWT dalam Surah Nuh ayat 10-12 yang bermaksud: “Maka aku katakan kepada mereka, “Mohonkanlah keampunan kepada Tuhan kamu. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan menurunkan kepada kamu hujan lebat. Dan Dia berikan kepada kamu anak-anak dan harta yang banyak, diadakanNya kebun-kebun dan sungai-sungai untuk kamu”.
Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW dan memperbanyakkannya kerana dengan berselawat sudah pasti mendapat keberkatan dan kemuliaan disisi Allah SWT. Oleh sebab itu, kirta dianjurkan untuk sentiasa berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Ini bertepatan dengan sabda baginda yang bermaksud: “sesiapa yang berselawat ke atasku sekali, Allah berselawat ke atasnya sepuluh kali.”
Kesimpulannya, isu dan permasalahan rezeki ini sentiasa menjadi hangat apabila berlakunya kenaikan harga barang dan kemampuan membeli terbatas. Hal ini menyebab-kan rasa tidak puas hati dan protes akan sentiasa bermain dalam minda dan hati seseorang. Ketidakpuasan hati ini boleh berlaku kepada semua lapisan masyarakat kerana yang bergaji besar tak semestinya mempunyai rezeki yang mencukupi berbanding yang bergaji kecil. Ini berlaku kerana dalam konsep rezeki yang penting adalah keberkatannya bukan kepada banyaknya digit gaji seseorang. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Hai manusia! Sesungguhnya seseorang itu tidak akan mati sehingga habis rezekinya maka jangan menganggap dan mengira amat lambat rezeki itu, bertakwalah kepada Allah SWT dan pereloklah dalam mencari rezeki maka ambil-lah yang halal bagi kamu dan tinggalkan yang diharamkan oleh Allah SWT.”
’Ahmad bin cAli bin Hajr al- cAsqalani (2000), Fath al-Bari Sharh Sahih al-Bukhari, 18 j. c. 3. Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub al- cIlmiyyah.
Dr. Zulkifli Muhamad al-Bakri (2008), “Rezeki: Cabaran Umat Islam Masa Kini”, al-Islam, Ogos, h. 70-72.
Habib Abdulullah Haddad (1998), Nasihat Agama dan Wasiat Iman, Singapura, Pustaka Nasional Pte Ltd
Hasan Ayob (2002), al-Suluk al-Ijtimaei, al-Kaherah, Dar al-Salam
Nawawi, ’Imam Mahyuddin ’Abi Zakariya Yahya bin Sharaf al-(t.t), Sahih Muslim bi Sharh al-Nawawi, 9 j. Mansurah, Misr: Maktabah al-’Iman
Yayasan Felda (2014), Mushaf al-Mukminin al-Quran al-Karim Terjema-han Dwi Bahasa Melayu & Inggeris, Bumirestu Creative Sdn. Bhd.
Kelima
Keenam
Ketujuh
Kesimpulan
Keempat
Sumber Rujukan
BUletin ACIS 3
Kasih Ibu Hingga Ke syurga, Kasih Bapa
Selama-lamanya. Itulah ungkapan yang sering
kita dengar apabila memerihalkan tentang
hubungan kasih sayang ibu bapa terhadap anak-
anaknya. Sebagaimana Firman Allah SWT yang
bermaksud “Dan Kami perintahkan kepada
manusia (agar berbuat baik) kepada kedua
orang tuanya, ibunya telah mengandungkan
nya dengan keadaan lemah yang bertambah-
tambah, dan menyusukannya selama dua
tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada
kedua orang tuamu, hanya kepada Aku
kembalimu” (surah Luqman, ayat 14).
Seorang ibu sanggup bersusah payah
menanggung segala kepayahan dan
penderitaan sewaktu proses mengandung dan
melahirkan anaknya. Itu belum diambil kira
tempoh berpantang dan kepenatan untuk bangun
malam bagi menyusukan anaknya lagi. Bagi
seorang bapa pula, tanggungjawab mencari
nafkah untuk keluarga digalas dengan cukup rapi
bagi memastikan keperluan isteri dan anak-
anaknya sentiasa terjaga. Begitulah tingginya
pengorbanan ibu dan bapa dalam memastikan
kehidupan keluarga mereka sempurna.
Jadi sebagai seorang anak, kita perlulah
sentiasa menyedari bahawa walau segunung
emas permata dipersembahkan kepada ibubapa
sekalipun, tidak akan pernah terbalas jasa dan
pengorbanan mereka selama ini. Namun itu tidak
bermakna kita boleh menjadikan alasan
kekurangan wang atau kesempitan hidup untuk
tidak menghulurkan wang sebagai sokongan
kewangan kepada ibubapa di kampung. Sebagai
anak yang bertanggungjwab, kita hendaklah
sentiasa mengutamakan kedua-dua ibubapa kita
dalam apa jua hal. Allah SWT telah berfirman
dalam surah al-Ahqaf, ayat 15 iaitu “Kami
perintahkan kepada manusia supaya berbuat
baik kepada kedua- dua ibu bapa…”. Mungkin
ibubapa di kampung tidak pernah bersungut
bahawa mereka memerlukan wang, namun tidak
ada salahnya untuk kita memberi sedikit kepada
kedua-dua ibu bapa bagi menampung
perbelanjaan harian mereka. Asingkan sedikit
wang daripada gaji kita untuk kedua ibu bapa
Oleh: Nurul Nisha Binti Mohd Shah Pensyarah
Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Negeri Sembilan, Kampus Rembau
BUletin ACIS 4
dalam mencari keberkatan rezeki tersebut.
Dalam kehidupan yang serba mudah dan
pantas kini, setiap individu pastinya sibuk
berdamping dengan gadget masing-masing.
Telefon pintar kini bukan lagi satu kehendak
kemewahan bahkan telah menjadi satu keperluan
komunikasi seharian. Istilah seperti whatsapp,
private message (pm), direct message (dm) dan
lain-lain telah menjadi sebati dalam kehidupan
berkomunikasi zaman ini. Bahkan telah ramai
yang mewujudkan whatsapp group untuk ahli
keluarga mereka supaya lebih mudah
berkomunikasi antara satu sama lain. Keadaan ini
juga membolehkan setiap ahli keluarga
memberikan respon segera jika diperlukan.
Kecanggihan teknologi masa kini seharusnya
digunakan dengan sebaik mungkin. Anak-anak
yang duduk berjauhan dengan ibu bapa masih
berhubung rapat dengan ibu bapa seakan tinggal
sebumbung. Video call, Facetime dan sebagainya
merupakan antara aplikasi yang memudahkan
komunikasi dua hala kerana pemanggil bukan
hanya dapat mendengar suara orang yang di-
panggil bahkan juga dapat melihat wajahnya.
Rasullah SAW telah bersabda ‘Melihat pada tiga
perkara adalah ibadah - Melihat wajah ibu
bapa, al-quran dan kepada laut (Hadis Riwayat
Abu Nuaim) dan ditambah dengan lafaz
“Melihat kepada Kaabah adalah ibadah (Hadis
Riwayat Abu Daud).
Bak kata pujangga, dunia ini bagaikan
roda. Apa yang kita berikan itulah juga yang akan
kita terima kelak. Sifat keibubapaan masa kini
telah banyak berubah. Ibubapa muda kini dilihat
asyik dengan dunia alam maya mereka. Mereka
terlalu obses menjaga perhubungan di alam
media sosial sehinggakan menggabaikan
tanggungjawab di alam nyata. Segala
perkembangan bayi yang baru lahir akan mereka
khabarkan di media sosial. Mereka juga lebih
senang untuk memuatnaik soalan berkaitan
dengan permasalahan yang dihadapi sewaktu
menguruskan bayi atau anak kecil mereka di
media sosial dan menunggu rakan-rakan alam
maya untuk meninggalkan komen tentang isu
yang telah dimuatnaik. Sedangkan inilah masa
yang paling sesuai untuk mereka ‘berguru’
dengan ibubapa mereka mengenai kaedah untuk
menjaga anak. Walaupun ada suara-suara
lantang yang menyatakan bahawa kaedah yang
digunapakai oleh orang tua-tua ini sudah tidak
relevan namun mereka harus ingat, kaedah itu
jugalah yang telah menjadikan mereka manusia
yang waras dan aset yang berguna kepada
masyarakat.
Sebagai seorang anak yang soleh dan
solehah, kita seharusnya sentiasa menjaga
hubungan baik dan mempertingkatkan kasih
sayang terhadap ibu bapa kita. Kepada mereka
yang masih mempunyai ibubapa, berilah mereka
sebaik-baik penghargaan. Tunjukkan bahawa kita
mencintai mereka dengan kerap menelefon untuk
bertanyakan khabar mereka, tidak lokek untuk
mengeluarkan belanja untuk mereka dan mem-
berikan pelukan dan ciuman yang ikhlas setiap
kali berjumpa dengan mereka. Namun bagi
ibubapa yang telah kembali kepada Pencipta,
sama-samalah kita terus berdoa agar mereka
ditempatkan dalam golongan para solihin. Doa
anak-anak yang soleh dan solehah sahaja yang
mampu membantu mereka menuju syurga hakiki.
“Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya
dengan penuh kasih sayang dan ucapkan-
lah, “Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya
sebagaimana mereka telah mendidik aku pada
waktu kecil” (al-Isra’, 17: 24)
BUletin ACIS 5
Gotong-Royong memasak
bubur lambuk di UiTM
Kampus Seremban
Tadarus al_quran dan
Majlis Berbuka Puasa di
samping pelancaran
Buletin ACIS di UiTM
Kampus Seremban
Jelajah Imam Terawih
Palestin & Syria,
Perkongsian Kisah Duka
Umat Islam di Negara
bergolak dari MAPIM di
UiTM Kampus Rembau
Majlis berbuka puasa
staf ACIS N.Sembilan dan
Majlis Perpisahan Pelajar
Praktikal di UiTM
Kampus Seremban
Ceramah nuzul Al Quran
oleh Dr Zohdi Mohd Amin
USIM di UiTM Kampus
Kuala Pilah
Iftar Perdana di UiTM
Kampus Kuala Pilah
Program Quran Hour
Uitm Kampus Seremban
Jamuan Raya ACIS N.
Sembilan di UiTM
Kampus Seremban
Kuliah Pemantapan
Akidah oleh Ustaz Faizol
di UiTM Kampus Kuala
Pilah
Program Baraan Hari
Raya Staf ACIS bersama
ahli keluarga di sekitar N.
Sembilan dan Selangor
Bicara santai oleh Al
Fadhil Ustaz Nasif di
Pusat Islam Al Taqwa di
UiTM Kampus Kuala Pilah
Kursus Asas Pengurusan
Jenazah oleh Ustaz Hj.
Abd Rahman Bin Ibrahim
(Imam Masjid Diraja
Masjid Seri Menanti) di
UiTM Kampus Kuala Pilah
1. Israf dan tabzir (apa yang penting niat kita untuk memuliakan syawal dengan penuh kesyukuran).
2. Pencemaran bunyi dan sampah sarap yang tidak terurus (boleh mengganggu jiran).
3. Melayan tetamu sehingga meninggalkan solat.
4. Melayan tetamu yang berstatus tertentu.
5. Pergaulan bebas tanpa batas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
6. Mengambil juadah dengan tamak dan gelojoh (ingat bahagian tetamu lain)
7. Duduk terlalu lama dalam majlis.
8. Pakaian menjolok mata.
9. Mengumpat. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua-dua saudaramu; dan
bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat.” (al Hujarat: 47: 10).
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Maka tetaplah (istiqamah) engkau wahai Muhammad di jalan yang
benar seperti yang diperintahkan bersama orang yang bertaubat dan janganlah kamu melampaui
batas.” ( Hud: 112).
Oleh: Norlela Bt Kamaluddin
BUletin ACIS 9
Peperiksaan, ujian, exam, atau-pun imtihan kesemuanya memberi maksud yang sama bertujuan untuk menguji sejauh mana pemahaman dan penguasaan ilmu yang telah dipelajari oleh seseorang pelajar. Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa peperiksaan bukanlah suatu perkara yang mudah bagi seseorang pelajar untuk menghadapinya. Justeru itu, terdapat dikalangan pelajar yang meniru di dalam peperiksaan walaupun mengetahui meniru merupakan satu tindakan yang salah dan tidak menepati etika sebagai seorang pelajar. Bahkan mereka boleh dikenakan tindakan tata-tertib sekiranya ditangkap melakukann-ya.
Dalam Islam, satu ketetapan yang telah ditetapkan bahawa meniru di dalam peperiksaan dengan apa cara sekalipun adalah haram. Ini adalah kerana meniru itu adalah menipu, dan menipu hukumnya haram. Ini ber-tepatan dengan hadis Nabi Riwayat Muslim yang bermaksud: “Pada suatu hari Rasulullah SAW pernah melalui seorang lelaki yang sedang menjual makanan (biji-bjian). Baginda sangat mengaguminya, kemudian memasuk-kan tangannya ke dalam tempat makanan itu, apabila dilihatnya makanan itu nampak basah, maka bertanyalah baginda: Apa yang dilakukan oleh pemilik makanan ini? Ia menjawab: kena hujan. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Mengapa tidak kamu letakkan yang basah itu diatas supaya orang lain mengetahuinya? Barangsiapa menipu, bukanlah mereka dari golongan kami (Islam).” Hadis ini jelas menunjukkan bahawa amalan menipu merupakan suatu amalan yang amat dibenci dalam Islam. Meniru dalam peperiksaan juga merupakan satu penipuan yang dilakukan oleh para pelajar. Penipuan yang dilakukan adalah kejayaan yang diperolehi bukanlah hasil usaha mereka sendiri tetapi menipu dengan meniru. Oleh yang demikian, barangsiapa yang meniru maka dia telah melakukan satu maksiat dan sesiapa yang menolong di
dalam peniruan maka dia telah ber-sepakat di dalam melakukan dosa.
Kepayahan dan kesukaran soalan-soalan peperiksaan tidak bererti kita diuzurkan unuk meniru. Objektif utama diadakan peperiksaan adalah untuk membezakan di antara pelajar yang bersungguh dan tidak bersungguh. Bahkan agama sendiri pun tidak menyamakan di antara kesungguhan dan sebaliknya dalam pergaulan. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam Surah Sad ayat 28 yang ber-maksud: “Apakah kami samakan orang yang beriman dan beramal soleh dengan orang yang berbuat bencana dimuka bumi? Atau Kami samakan orang yang bertakwa dengan orang yang derhaka?”. Apatah lagi perbezaan dari sudut keilmuan sebagaimana Firman Allah dalam Surah az-Zumar ayat 9 yang bermaksud: “Apakah kamu wahai orang musyrik yang lebih beruntung atau orang yang beribadat malam hari dengan sujud dan berdiri, ia takut kepada seksaan pada akhirat dan mengharapkan rahmat Allah? Katakanlah! “Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?” Hanyalah orang yang berakal yang boleh mengambil pelajaran.”
Amalan meniru dalam peperiksaan juga merupakan satu amalan yang keji dan hina. Amalan meniru ini merupakan suatu perbuatan yang batil dan menolak kebenaran. Sesungguhnya masyarakat tidak boleh menerima di dalam kehidupan ini dengan terbaliknya kebiasaan yang tidak sepatutnya berlaku. Seumpaman-ya kejayaan yang diperolehi kepada orang yang tidak bersungguh dan malas di dalam mendudukinya. Ini beerti barangsiapa yang meniru maka dia telah mengkhianati amanah.
Seseorang yang menerima anugerah mestilah seorang yang peka di dalam bidang yang diceburinya itu dan diakui kebolehannya. Pekerjaan yang berbekalkan kepada sijil hasil daripada amalan meniru adalah haram keatasnya dengan apa yang di-usahakannya di dalam pekerjaannya. Setiap daging yang membesar daripada hasil haram maka api neraka adalah lebih layak baginya. Sebagaimana Firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran ayat 188 yang bermaksud: “Janganlah kamu menyangka (akan terlepas daripada seksaan) orang yang bersukaria dengan perbuatan yang dilakukannya dan mereka senang dipuji terhadap perbuatan yang belum dilakukannya. Janganlah kamu menyangka bahawa mereka terlepas daripada azab. Bagi mereka azab yang berat.”
Kesimpulannya, sebagai seorang pendidik sewajarnya menjadi tanggungjawab kita mengingatkan kepada para mahasiswa dan mahasiswi agar tidak terjeremus dalam perbuatan meniru. Walaupun, perbuatan meniru ini seolah-olah bukanlah satu jenayah yang mengerikan tetapi mempunyai impak besar dan berpanjangan sekira nya dibiarkan berleluasa.
Oleh: Mu’allim Bin Mohd Bakri
BUletin ACIS 10
Buku ini membincangkan potensi wakaf Pendidikan sebagai salah satu alternatif kepada pembiayaan di pusat pengajian tinggi selain daripada dana bantuan daripada pihak kerajaan. Secara keseluruhannya, buku ini mengandungi enam bab yang ditulis oleh penyelidik iaitu Ahmad Shaifful Anuar daripada Universiti Sains Malaysia melalui Geran Penyelidikan Pembangunan Berteraskan Islam. Antara kandungan pada bab-bab dalam buku ini ialah perkembangan wakaf pendidikan, pengenalan wakaf pendidikan tinggi, instrument wakaf pendidikan tinggi, perkembangan dan potensi wakaf pendidikan tinggi Malaysia, isu dan cabaran wakaf pendidikan tinggi serta implikasi dan sumbangan wakaf dalam pendidikan tinggi di Malaysia. Berdasarkan kepada tajuk-tajuk tersebut, perbincangan dalam kajian ini berkisar-kan kepada peranan wakaf pendidikan sebagai sumber kewangan dalam memajukan institusi pendidikan di negara ini memandangkan kepesatan pertumbuhan institusi pengajian tinggi awam dan swasta.
Pada bab 1, penulis terlebih dahulu menerangkan konsep wakaf secara umum di dalam Islam iaitu apa-apa harta yang boleh dinikmati dan diambil manfaatnya untuk tujuan kegunaan orang Islam. Perbincangan berkenaan konsep wakaf dapat dikembangkan melalui pelbagai sektor antaranya wakaf pendidikan. Per-talian antara wakaf dan pendidikan dilihat seiring dan tidak pernah berpisah pada zaman awal Islam kerana institusi wakaf dapat memberikan implikasi yang besar terhadap pembangunan sektor pen-didikan negara. Penulis turut mengupas tentang perkembangan sejarah wakaf pendidikan di Asia Tenggara dan Malaysia untuk membuktikan konsep wakaf pendidikan telah lama diamalkan di Nusantara. Dengan penubuhan Madrasah al-Junied yang diasaskan di atas tanah wakaf dan Pondok Moden Darussalam Gontor yang dibiayai sepenuhnya melalui badan wakaf yang telah men-jadi nadi penggerak kepada wakaf pendidikan tersebut. Ternyata, penulis ingin menjadikan perkembangan wakaf pendidikan di Asia Tenggara sebagai panduan dalam mengoptimunkan penggunaan di institusi pengajian tinggi. Pada perkembangan awal wakaf pendidikan di Malaysia, penulis mengkaji peranan penubuhan beberapa pondok awal di Tanah Melayu sebagai institusi yang berteraskan wakaf pendidikan hasil daripada sumbangan para ulama sebelum digantikan kepada pengajian madrasah atau sekolah Arab.
Penulis turut menghuraikan konsep wakaf pendidikan tinggi dalam bab 2 agar dapat mem-perlihatkan kejelasan sumbangan dana wakaf dalam institusi pendidikan. Hal ini kerana wakaf pendidikan amat penting untuk dianalisis bagi mengenalpasti potensinya dengan keperluan pem-bangunan dan dana pendidikan tinggi di Malaysia. Sungguhpun begitu, penulis berpendapat per-tambahan dalam sektor pendidikan yang semakin meningkat memerlukan pemerhatian yang lebih bagi mengurangkan bebanan kerajaan dari aspek dana dan sumber kewangan. Maka, pertalian kerjasama wakaf dan pendidikan secara lebih tersusun dapat dimanfaatkan oleh Muslim melalui sumbangan wakaf terhadap perkembangan pendidikan negara. Disamping itu, penulis turut memberi pendedahan mengenai pelaksanaan wakaf pendidikan di Universiti Al-Azhar bahkan juga penulis turut menyentuh konsep dan pembiayaan di universiti-univerti di Barat. Sungguh begitu, persamaan yang dilakukan di antara universiti-universiti di Barat melalui kaedah pembiayaan dapat dilihat sebagai sumber .pendapatan jangka masa panjang kepada pihak universiti.
Instrumen wakaf yang boleh digunakan oleh
Tajuk Buku
Potensi Wakaf Pendidikan Tinggi di Malaysia
Penulis
Ahmad Shaifful Anuar Ahmad Shukor
Penerbit
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Oleh: Nur Nabilah Bt. Azimoha
BUletin ACIS 11
masyarakat untuk berwakaf turut dikupas di dalam bab 3. Hal ini kerana, bagi penulis pendedahan ini penting untuk menerangkan terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk berwakaf pada masa kini iaitu wakaf kaki, wakaf irsyad, instrument kewangan, saham wakaf, wakaf saham dan juga wakaf korporat. Penulis juga turut menghuraikan peranan istibdal dalam wakaf pendidikan sebagai pengetahuan kepada masyarakat umum. Menurut penulis, Istibdal merupakan antara instrumen terbaik yang boleh diketengahkan untuk membangunkan harta atau tanah wakaf khas yang boleh dikembangkan untuk tujuan kemaslahatan orang ramai.
Penulis menjadikan contoh dua buah universiti iaitu Universiti Putra Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di dalam bab 4 sebagai perkembangan wakaf pendidikan tinggi namun masih ianya masih belum memiliki produk wakaf tersendiri. Namun begitu, keperluan kepada institusi pendidikan dalam mencara dana dan sumbangan kewangan dilihat sangat penting dalam menangani kos pentadbirannya yang semakin meningkat. Bahkan juga, penulis bersetuju bahawa potensi wakaf pendidikan dapat dilihat dari perspektif kefahaman masyarakat,pentadbiran dan pemasaran. Secara umumnya, penulis berpendapat masyarakat kini memiliki keupayaan untuk berwakaf dalam merealisasikan wakaf pendidikan tinggi. Bahkan juga, kaedah yang disediakan oleh kerajaan dapat memudahkah masyarakat untuk berwakaf. Bagi penulis, masyarakat perlulah terlebih dahulu mempunyai kesedaran tentang kepentingan pendidikan yang berkualiti yang dapat melahirkan modal insan negara. Sungguhpun demikian, penulis cuba untuk mencadangkan bahawa masyarakat di negara ini mempunyai dana yang mencukupi untuk berwakaf seharusnya mengambil peluang keemasan untuk berwakaf serta dapat menyerlahkan lagi potensi wakaf untuk masa hadapan.
Di dalam bab 5, penulis mengemukakan beberapa isu dan cabaran dalam wakaf pendidikan tinggi. Bagi penulis, keadaan semasa dan realiti yang dihadapi dalam pengaplikasian wakaf pendidi-kan boleh memberi kesan kepada pelaksanaan di masa hadapan dalam melestarian wakaf sebagai sumber dana kepada institusi pengajian tinggi. Sungguhpun demikian, terdapat tiga isu yang diketengahkan iaitu kefahaman masyarakat, pen-tadbiran dan pemasaran wakaf pendidikan tinggi. Menariknya, penulis turut memberi cadangan sebagai penyelesaian dalam menangani permasalahan pengaplikasian pelaksanaan wakaf pendidikan tinggi. Namun begitu, semua pihak harus memainkan peranan yang penting dalam memajukan wakaf khususnya untuk tujuan pendidikan.
Pada bab yang terakhir, penulis membuat rumusan beserta saranan kajian ini dalam memajukan lagi potensi wakaf pendidikan tinggi di negara ini. Penulis berpendapat kajian ini dapat memberi sumbangan kepada institusi wakaf dalam menggerakkan strategi perancangan pembangunan wakaf pendidikan tinggi supaya lebih berdaya saing dan bersistematik. Selain itu, bagi penulis, kajian ini turut memberi sumbangan kepada masyarakat itu sendiri dan ekonomi negara dalam menjadikan wakaf sebagai modal harta yang berkekalan untuk kepentingan umat Islam pada masa hadapan.
Secara keseluruhannya, makalah yang dimuatkan dalam buku ini telah berjaya menyingkap kejayaan untuk memajukan potensi wakaf pen-didikan di negara ini yang perlu diberi perhatian sewajarnya. Semoga kajian ini tidak terbiar sebagai dokumen yang bersifat akademik semata tanpa dimanfaatkan.
BUletin ACIS 12
SIDANG REDAKSI
Penaung: Prof. Dr. Nasrudin Mohammed (Rektor)
Penasihat: Hisam Satari (Ketua Pusat Pengajian Acis )
Editor: Mu’allim Mohd Bakri
Sidang Pengarang: Nurul Nisha Mohd Shah /
Norlela Kamaluddin / Nur Nabilah Azimoha
PENERBIT
UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban
Persiaran Seremban Tiga/1, 70300 Seremban 3
Negeri Sembilan, Malaysia
Jika berminat untuk
menghantar sebarang
artikel atau komen, boleh
diemailkan ke