1
© www.pelaburanemas.org
5 Tips Memulakan Pelaburan Emas
Dengan Betul Dan Selamat
Ketahui Kaedah Pemilikan Emas Secara Terus, Patuh Syariah dan
Sah di Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Oleh: Suhaimee Manaf
www.pelaburanemas.org
Hak Cipta Terpelihara – Dilarang mengubahsuai kandungan e-book ini dalam apa jua bentuk melainkan setelah
mendapat kebenaran secara bertulis dari [email protected].
2
© www.pelaburanemas.org
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya Suhaimee, dari www.pelaburanemas.org yang menawarkan tips pelaburan emas secara
PERCUMA. Terima kasih atas langganan anda.
Seperti yang dinasihatkan oleh pakar kewangan En. Azizi Ali...
“Simpanlah sekurang-kurangnya 10% daripada
harta dalam bentuk EMAS”
Mengapa anda perlu simpan emas?
Sebab paling kritikal dan utama mengapa anda perlu simpan emas ialah kesemua pakar
kewangan di seluruh dunia menyatakan KESEMUA... (tiada kecuali)... KESEMUA mata wang
dunia yang diwujudkan telah jatuh 97-99% nilainya berbanding EMAS dalam tempoh 100 tahun
lepas dan berterusan sehingga nilai akan menjadi sifar!
Jadi anda hanya ada baki 1% hingga 3% sahaja nilai kekuatan mata wang pada hari ini... tetapi
ingat bahawa nilai kejatuhan ini BERTERUSAN sehingga SIFAR satu hari nanti.
3
© www.pelaburanemas.org
BERBEZA dengan nilai emas yang masih kekal sejak 1,400 tahun lalu dan akan kekal berharga
sehingga kiamat.
Oleh itu, sebelum duit tunai yang anda simpan pada ketika ini menjadi lebih susut nilainya pada
hari-hari mendatang... lebih baik anda bertindak mengikut nasihat pakar kewangan di seluruh
dunia agar menukar sekurang-kurangnya 10% daripada wang tunai kepada bentuk emas.
Namun yang menjadi persoalan ialah NAK MULA BELI DAN NAK SIMPAN EMAS DI MANA?
Sebagaimana yang anda ketahui, terdapat banyak produk pelaburan emas di luar sana. Masing-
masing ada kelebihan dan kekurangan. Sejak 2013 saya mula mengkaji ciri-ciri pelaburan emas
yang patuh syariah dan sah di sisi undang-undang.
Sehingga ke hari ini, saya masih mengkaji produk-produk pelaburan emas yang terdapat di
Malaysia.
Oleh itu, di sini saya ingin kongsikan 5 tips PENTING yang perlu anda tahu agar anda dapat
memulakan pelaburan emas dengan betul.
Sekarang
1,400 tahun lalu
4
© www.pelaburanemas.org
1. Kenalpasti posisi anda dalam pelaburan emas.
Untuk mengenalpasti di mana posisi anda dalam pelaburan emas, anda perlu bertanya kepada
diri anda sendiri, mengapa anda mahu melabur emas?
Sila bulatkan salah satu tujuan anda menceburkan diri untuk melabur emas:
A. Anda mahu melabur emas sebab nak kaut keuntungan melalui “buy low sell high”.
B. Anda mahu melabur emas sebagai pelaburan jangka panjang contoh untuk tabungan
anak-anak atau menunaikan haji dan umrah.
C. Anda mahu beli emas dan dapat pendapatan setiap hari atau minggu atau bulan.
Anda akan dapat kenalpasti posisi anda setelah menerima tips pelaburan emas berikutnya.
TIPS JAWAPAN:
1.1 Jika anda memilih A atau C... PERKARA UTAMA yang perlu anda ingat dan sedar
ialah TIADA TEKNIK AJAIB menjadikan sekeping GOLDBAR menjadi DUA keping GOLDBAR
dengan hanya melihat carta harga emas.
Tolong lindungi diri anda dari keinginan menjadi kaya dengan cepat... atau anda akan jatuh
miskin.
Jika tidak berhati-hati, anda mungkin boleh terperangkap dengan pelbagai jenis platform online
bertopengkan harga emas yang terlalu banyak pada hari ini. Mereka juga kata paltform jual beli
emas yang mereka sediakan patuh syariah dan sah di sisi undang-undang.
Ciri-cirinya terlalu mudah dikenalpasti, mereka menyediakan akaun yang menunjukkan
pergerakan harga harga emas (malah ada pelbagai komoditi lain) dan anda boleh membeli stok
emas secara maya menggunakan kad debit atau kad kredit anda.
Oleh kerana kadar spread yang ditawarkan sangat nipis atau hampir tiada, anda boleh set harga
emas untuk anda jual balik dan anda akan dapat semula pulangan keuntungan duit apabila
harga emas mencecah harga jual balik yang ditetapkan anda dengan cepat mungkin dalam
hanya beberapa minit sahaja.
Mereka tidak akan menyebutnya sebagai RIBA’. Mereka tetap akan mengatakan itu sebagai
PROFIT. Fokus mereka hanya keuntungan walaupun caranya tidak patuh syariah dan
menyalahi undang-undang.
5
© www.pelaburanemas.org
Walhal emas secara fizikalnya TIADA!
Percayalah bahawa mungkin anda akan dapat keuntungan sekali atau dua kali... namun anda
berisiko tinggi untuk RUGI berkali-kali seolah-olah duit dalam kad debit atau kad kredit anda
disedut-sedut dengan sangat pantas!
Tinggallah anda menanggung hutang kad kredit untuk dibayar. Bukan sedikit yang disedut...
beribu-ribu sebab transaksi yang anda sertai adalah dalam US Dollar. Oleh itu, JAUHILAH
perangkap ‘pelaburan emas’ yang dipasang merata-rata di Internet.
Kebanyakannya beroperasi dari luar negara seperti Hong Kong, China, Amerika malah Britain
juga.
Untuk makluman anda, kesemua aktiviti pelaburan emas di Malaysia dipantau oleh Bank Negara
Malaysia (BNM). Oleh yang demikian, SEBELUM anda mendepositkan duit ke mana-mana
syarikat atau individu untuk tujuan pelaburan emas, anda dinasihatkan untuk semak dahulu
status syarikat atau individu yang menjalankan aktiviti pelaburan emas di BNM.
Sila semak Watchlist BNM di laman web
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_financialconsumeralert&lang=bm
Anda boleh dapatkan senarai syarikat dan laman web yang tidak dibenarkan atau diluluskan di
bawah undang-undang dan peraturan yang berkaitan yang ditadbir oleh BNM dengan klik di
pautan seperti di bawah.
BNM sentiasa mengemaskini senarai tersebut dari masa ke masa.
6
© www.pelaburanemas.org
1.2 Jika anda memilih A atau B atau C dan terhindar daripada penipuan seperti kes 1.1,
anda mungkin terpedaya dengan jenama emas popular yang dijual oleh individu secara online
atau offline disebabkan anda tiada pengetahuan mengenai kadar spread (susutnilai) emas yang
ditawarkan. Oleh itu, saya akan buka RAHSIA pemilikan emas pelaburan fizikal dengan kadar
spread yang rendah di halaman berikutnya. Oleh itu, anda PERLU TAHU jenis emas yang betul
untuk tujuan pelaburan.
2. Kenalpasti jenis emas yang betul untuk tujuan simpanan dan
pelaburan.
Secara umum, terdapat TIGA bentuk emas yang boleh anda dapati di pasaran dengan
ketulenan yang berbagai.
i. Jongkong emas (gold bar) dengan
ketulenan 99.9% (24K)
ii. Syiling emas – biasanya dipanggil dinar
dengan ketulenan 91.6 (22K) dan 99.9%
(24K)
iii. Emas perhiasan / barang kemas seperti cincin, gelang dan rantai emas dengan
ketulenan 75.0% (18K) hingga 91.6% (22K). Terdapat juga emas perhiasan dengan
ketulenan 99.9% (24K).
7
© www.pelaburanemas.org
Rahsia keuntungan dalam pelaburan emas tersembunyi dalam DUA perkara:-
i. Susutnilai (spread).
Susutnilai emas bergantung kepada jenis emas. Nilai dikira dalam bentuk peratus
(%). Lebih besar kadar susutnilai lebih tidak menguntungkan. Secara umum,
susutnilai jongkong emas dan dinar adalah lebih kecil (sekitar 6-9%) berbanding
emas perhiasan (melebihi 30%!). Oleh itu anda TIDAK digalakkan beli emas hiasan
jika ingin mengaut keuntungan segera dalam pelaburan emas.
Namun, anda perlu juga berhati-hati apabila membeli goldbar dengan jenama
popular kerana selalunya penjual akan naikkan harga emas sehingga kadar spread
mencecah lebih 20%.
Ketahui perbezaan harga dan spread emas pelaburan di sini.
ii. Cukai GST / SST
Di Malaysia, terdapat emas 22K dan emas perhiasan dikenakan cukai GST / SST
sekurang-kurangnya 6%.
Namun, TIDAK SEMUA gold bar dan dinar 24K dikenakan GST / SST. Di Malaysia,
hanya jenama emas jongkong dan dinar 24K yang mendapat pengiktirafan negara
pengeluar ATAU mendapat pengiktirafan London Merchant Bullion Association
(LBMA) sahaja yang tidak dikenakan cukai GST / SST.
Oleh itu, pemilihan jenis dan jenama emas pelaburan yang betul sangat penting
sebelum anda memulakan pembelian.
3. Caj pengeluaran emas.
Oleh kerana emas merupakan logam berharga dan pengendaliannya memerlukan kos dan
insurans, maka terdapat caj pengeluaran emas yang perlu ditanggung oleh pembeli.
Namun, kadar caj dan insurans berlainan mengikut bank dan syarikat yang menawarkan
produk emas pelaburan.
Sebagai contoh, kebanyakan bank komersial di Malaysia menetapkan caj pengeluaran yang
agak tinggi berbanding syarikat / kedai yang menjual emas pelaburan.
Sekiranya anda buat kajian dan perbandingan, terdapat syarikat emas pelaburan yang
menawarkan caj pengeluaran yang termurah di Malaysia berbanding dengan caj
pengeluaran emas fizikal yang dikenakan oleh bank-bank komersial.
8
© www.pelaburanemas.org
Jangan bimbang.. dalam e-book PERCUMA ini, saya akan buka RAHSIA di mana anda
boleh keluarkan emas pelaburan dengan caj pengeluaran yang paling minima berbanding di
bank komersial.
4. Kemudahan mendapatkan emas fizikal.
Anda perlu tahu lokasi atau cawangan untuk anda mendapatkan emas fizikal yang anda
beli. Jika hanya terdapat 4 atau 5 sahaja cawangan di seluruh negara yang boleh anda
keluarkan emas, maka anda masih berisiko untuk rugi dari segi masa, tenaga dan wang
hanya untuk proses mengeluarkan emas anda.
Setelah itu, anda perlu tahu masa operasi agar tidak mengganggu aktiviti harian anda.
Setelah anda tahu, anda boleh berurusan dengan mudah dan tanpa karenah birokrasi serta
peraturan.
Sepertimana yang diketahui umum, anda boleh bayangkan keadaan anda apabila
berurusan dengan pihak bank walaupun terletak berdekatan tempat tinggal anda. Ini adalah
kerana, kesemua waktu operasi bank terhad dari jam 9.00 pagi hingga jam 4.00 petang.
Untuk urusan akaun emas / pengeluaran emas / jual balik emas, anda perlu pergi ke bank
dan menunggu giliran. Walhal, harga emas akan sentiasa berubah samada naik atau turun
walaupun anda sedang menunggu giliran.
Setelah berada beberapa minit atau jam (bergantung kepada bilangan pelanggan di bank),
barulah anda akan dilayan. Sekiranya tujuan anda ingin menjual emas, manakala harga
pada masa sebelum anda sampai ke bank adalah tinggi, namun terdapat risiko harga emas
turun semasa anda sedang dilayan.
Perkara yang mungkin anda tidak gemar ialah pihak bank mengetahui tahap kekayaan anda
dan ada direkodkan dalam CTOS dan CCRIS.
Teruskan membaca kerana saya akan membuka RAHSIA bagaimana anda boleh memiliki
emas pelaburan secara fizikal dari berpuluh-puluh cawangan kedai emas pelaburan malah
boleh juga dihantar terus ke rumah anda dengan kos penghantaran yang minima!
5. Syarat jual balik emas yang anda simpan.
Akhir sekali ialah syarat jual balik emas yang anda simpan. Terdapat banyak syarat jual
balik emas yang anda simpan sekiranya anda berurusan dengan bank.
9
© www.pelaburanemas.org
Syarat yang paling merugikan masa, tenaga dan wang anda ialah... anda perlu pergi ke
bank dahulu. Walaupun anda boleh buat temu janji, anda tidak tahu bilakah masa harga
emas yang sesuai untuk dijual balik.
Jika anda teliti dokumen syarat-syarat jual balik emas pelaburan di bank, anda akan dapati
terdapat klausa yang tidak berapa mesra pelanggan seperti syarat minima jual balik emas
yang banyak dan sebagainya.
Baki minima emas dalam akaun emas juga merupakan satu perkara yang agak
merunsingkan. Setakat yang saya kaji, rata-rata bank yang menawarkan akaun simpanan
emas meletakkan syarat minima 5 gram emas perlu ada dalam akaun untuk kekal aktif.
Dalam emel berikutnya, saya akan tunjukkan jenis akaun simpanan emas yang tiada kaitan
dengan senarai CTOS / CCRIS. Malah, orang yang telah disahkan bankrap boleh juga
membeli dan menyimpan emas. Saya juga akan menunjukkan jenis akaun simpanan emas
yang tidak dikenakan sebarang yuran malah baki minima yang perlu ada untuk kekal aktif
seumur hidup hanyalah sebanyak 1 gram sahaja!
Jangan risau, di sini saya akan buka RAHSIA jenis dan jenama emas pelaburan dengan
syarat jual balik yang sangat fleksibel dengan jumlah gram emas yang sangat minima.
Setakat itu sahaja dahulu.
5 tips memulakan pelaburan emas di atas hanyalah sebahagian perkara yang perlu anda tahu.
Sebenarnya ada banyak lagi tips yang saya ingin kongsikan. Namun, saya bimbang e-book ini
akan menjadi terlalu panjang dan anda akan bosan membacanya.
Dalam e-book ini, saya terus buka RAHSIA bagaimana anda boleh memiliki emas pelaburan
yang patuh syariah dan sah di sisi undang-undang. Saya akan tunjukkan langkah demi langkah.
Teruskan membaca di muka surat berikutnya.
10
© www.pelaburanemas.org
HASIL PENCARIAN SYARIKAT / BANK YANG MENJUAL DAN MEMBELI EMAS
PELABURAN PATUH SYARIAH DAN SAH DI SISI UNDANG-UNDANG.
Selama beberapa bulan saya mencari dan mencari pelbagai jenis dan jenama emas di beberapa
bank komersial, syarikat atau kedai jual emas pelaburan yang patuh syariah, mesra pelanggan
dan sah di sisi undang-undang.
Memang agak memenatkan kerana masing-masing akan menunjukkan kehebatan produk
masing-masing. Namun, anda perlu membaca dan meneliti syarat dan peraturan yang
ditetapkan. Memang memakan masa yang agak lama...
Alhamdulillah, saya dah jumpa syarikat atau kedai jual beli emas pelaburan dan telah membeli,
menyimpan dan menjual emas pelaburan tanpa sebarang masalah sejak 2014 hingga
sekarang.
Jika anda masih tercari-cari dan masih belum yakin bagaimana nak mula membeli, menyimpan
dan menjual emas pelaburan, saya cadang agar anda hentikan pencarian dan mula membeli,
menyimpan dan menjual emas pelaburan pada hari ini juga...
Lagi lama anda mencari, selagi itu anda masih belum bermula. Saya dah habiskan masa
berminggu-minggu mencari dan anda tak perlu ulang kesilapan saya dan buang masa
berminggu-minggu juga.
Seperti pepatah Inggeris... BETTER LATE THAN NEVER...
Nama kedai emas jual beli emas pelaburan patuh syariah, mesra pelanggan dan sah di sisi
undang-undang yang saya maksudkan ialah kedai emas Public Gold.
Alhamdulillah, setelah diteliti dan disemak, saya dapati kedai emas Public Gold setakat ini yang
dapat membantu anda memiliki emas pelaburan seperti goldbar dan dinar dengan mudah,
murah, spread rendah, patuh syariah dan mesra pengguna.
Di kedai emas Public Gold, terdapat DUA (2) cara pemilikan emas dan perak yang boleh anda
gunakan tanpa sebarang was-was.
Cara-cara tersebut ialah:-
1. Pemilikan emas dan perak fizikal melalui pembelian secara runcit (outright purchase)
iaitu anda beli, ambil stok emas pelaburan di kedai Public Gold dan simpan sendiri.
11
© www.pelaburanemas.org
2. Pemilikan emas dan perak melalui akaun simpanan Gold Accumulation Program
(GAP) dan Silver Accumulation Program (SAP) iaitu anda beli dan terus simpan di
kedai Public Gold secara PERCUMA tanpa yuran seumur hidup.
Anda tak perlu risau mengenai status patuh syariah cara jual beli atau kaedah transaksi emas di
kedai Public Gold sebab setakat ini hanya kedai Public Gold sahaja yang telah berjaya
mendapatkan sijil pengesahan patuh syariah ke atas kedua-dua cara pemilikan emas dan perak
di kedai emas Public Gold seperti yang ditunjukkan di bawah.
Tambahan pula, kedai emas Public Gold mempunyai 17 cawangan di seluruh negara manakala
berpuluh-puluh cawangan Ar-Rahnu Pos Malaysia menjadi agen bagi memudahkan anda
mengambil stok emas di kawasan pedalaman yang jauh dari cawangan kedai emas Public Gold.
12
© www.pelaburanemas.org
Jika anda masih tiada masa untuk pergi ke kedai Public Gold atau pejabat Ar-Rahnu Pos
Malaysia, anda boleh gunakan kemudahan kurier berinsurans untuk menghantar stok emas
dengan berat maksima 25 gram terus ke alamat rumah anda.
Untuk dapatkan emas pelaburan 999.9 secara fizikal samada anda ambil sendiri di kedai emas
Public Gold atau gunakan perkhidmatan kurier untuk dihantar terus ke rumah anda... sila ikuti
Langkah di bawah...
LANGKAH #1: DAFTAR PERCUMA SECARA ONLINE.
Okay sekarang anda boleh mulakan dengan mendaftar secara percuma di kedai jual beli emas
pelaburan Public Gold.
Pilih link negara anda untuk mengisi maklumat peribadi anda di laman web sekuriti dan klik
Submit seperti dipaparkan di bawah.
1. Public Gold Malaysia
2. Public Gold Singapura
3. Public Gold Indonesia
Nota: Copy & paste URL ini https://www.pelaburanemas.org/go/daftar.php
di web browser anda sekiranya anda tidak dapat membuka link di atas.
Masih ada masalah? Whatsapp saya terus di talian +60197475788
(Suhaimee Manaf).
13
© www.pelaburanemas.org
ID (Temporary) ialah Username anda yang merupakan nombor ID dengan tanda sengkang.
Setelah anda mengisi maklumat yang diperlukan, mari kita teruskan langkah seterusnya...
LANGKAH #2: LOGIN PERCUMA SECARA ONLINE
Setelah mendaftar, anda boleh terus Login di web kedai jual beli emas pelaburan Public Gold:
1. Login Public Gold Malaysia
2. Login Public Gold Singapura
3. Login Public Gold Indonesia
dengan menggunakan Username (IC dengan sengkang) dan Password yang telah anda isi di
LANGKAH #2. (Klik di sini untuk Login di laman web sekuriti).
Nota: Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah semasa Login, sila
Whatsapp saya terus di talian +60197475788 (Suhaimee Manaf).
14
© www.pelaburanemas.org
LANGKAH #4: PEMBELIAN EMAS FIZIKAL SECARA ONLINE YANG MENJIMATKAN
Setelah Login, anda klik HOME untuk dapatkan paparan di bawah. Sila baca arahan /
keterangan mengikut anak panah yang ditunjukkan.
Nota: Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah untuk Beli / Jual balik,
anda boleh snapshot harga web PG beserta tarikh paparan untuk ‘lock’
harga & terus whatsapp saya di talian +60197475788 (Suhaimee Manaf).
Klik pada
berat emas
untuk lihat
corak dan Add
To Cart
Perlu dapatkan
kod PG dahulu
untuk beli cara
GAP (rujuk sini )
PG Sell ialah
harga emas
semasa.
Dikemaskini
setiap 20 minit.
PG Buy ialah harga
emas jual balik.
Dikemaskini setiap
20 minit.
Harga GOLD
JEWELLERY (22K)
ialah harga jual balik
emas hiasan 916 PG.
Elakkan beli
LBMA SMALL
BAR sebab
pembelian cara
GAP lebih
menjimatkan.
16
© www.pelaburanemas.org
Isi kuantiti dan klik Update Cart
1) Pilih cawangan ambil stok, contoh: Relau, Pinang.
2) Pilih kaedah pembayaran, example:Full Payment / SEPP (Syariah Easy Paypent Plan)
3) Purchase Order for: -Myself-
17
© www.pelaburanemas.org
4) “Tick” kotak I Agree and Understand of the Terms & Conditions.
Selepas sah tempahan adalah betul, klik “Place and Proceed to Payment”.
Buat bayaran dengan jumlah seperti yang tertera pada CSO anda. Selepas bayaran selesai,
simpan salinan resit dalam bentuk gambar atau pdf dalam satu folder. Klik Browse dan pilih
folder yang anda simpan salinan resit dan klik Upload File.
Setelah selesai, maklumkan kepada saya mengenai transaksi anda untuk saya bantu
percepatkan proses Approval.
Selepas pembayaran anda disahkan oleh Public Gold, anda akan menerima emel beserta kod
PG. Nantikan hadiah bonus dan tips serta panduan seterusnya daripada saya menerusi emel
anda juga.
18
© www.pelaburanemas.org
In sya Allah, anda akan menerima emel lagi dan anda boleh ikuti langkah-langkah yang
disediakan untuk memudahkan anda mulakan pelaburan emas dengan betul.
Semoga bermanfaat.
Yang benar,
Mohammed Suhaimee
Authorized Priority Dealer PG047646
Pengasas
www.PelaburanEmas.org © 2014-2019
Whatsapp: +60197475788