23 - 24 APrut 20rl
INSTITUT AGAMA UneU NEGmI AR-RAhlIRy, BANDA ACEII
67
RAHSIA PENGIMARAHAN MASJID MENURUT AL-QURAN DAN AL-SUNNAH
Prof Madya Dr Shukeri Mohamad
Dr. Syed Abdurrahman Syed Hussin
Mohamad Azrien Mohamed Adnan
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya Nilam Puri
ABSTRAK
Persoalan pertama yang melingkungi isu-isu masjid ialah kurangnya sambutan masyarakat terhadap
aktiviti masjid terutamanya solat jamaah sehingga memberikan imej yang tidak baik kepada institusi
masjid itu sendiri. Hal inilah yang menjadi kayu ukur bahawa masjid masa ini gagal atau lemah dari
segi fungsinya yang asas itu. Sekiranya kita menerima pandangan yang mengatakan ia disebabkan faktor
persekitaran dan masyarakat Islam itu sendiri, namun sejauhmana kita telah meneliti dan mengkaji asas-
asas kekuatan yang ada dalam masjid itu sendiri pada zaman silam yang sangat berjaya dari segi
sambutan ahli jamaahnya. Setakat mana pula kita telah meneliti kewujudan asas-asas itu dalam masjid
masa kini. Sebenarnya apabila menyentuh tentang kejayaan masjid pada zaman kegemilangannya,
sudah tentu al-Quran dan al-Sunnah sendiri telah menyediakan panduan atau gagasan tertentu yang
dapat menjayakan misi masjid tersebut. Oleh itu, bertolak dari keyakinan tersebut, kertas ini akan
menganalisis bagaimana al-Quran dan al-Sunnah telah menggarap garis panduan atau gagasan yang
dapat menjayakan aktiviti atau proses imarah masjid dari pelbagai dimensi. Mudah-mudahan ianya
dapat dijadikan sebagai resepi terbaik untuk melahirkan institusi masjid yang inovatif.
PENDAHULUAN
Masjid telah diberikan kedudukan yang sangat tinggi dalam ajaran Islam dengan kelebihannya sebagai
tempat ibadat umat Islam dan peranannya sebagai pusat aktiviti masyarakat dan negara1 sehingga
Rasulullah s.a.w telah mengambil langkah membina masjid setiap kali Baginda sampai di tempat baru2.
Dengan status keagamaan dan kemasyarakatan itu, umat Islam berjaya mencapai berbagai kejayaan
politik dan kemajuan ekonomi semenjak zaman Rasulullah s.a.w melalui aktiviti pengimarahan masjid
yang begitu hebat dalam sejarah Islam, kerana masjid adalah medium utama kepada Islam itu sendiri dari
segi keagamaan, politik dan kemasyarakatan3. Namun begitu kemuliaan dan kelebihan masjid tersebut
semakin terhakis dari kehidupan umat Islam, kecuali keindahan dari segi binaan dan rekabentuknya,
kerana masih banyak pihak yang berlumba-lumba untuk membina masjid yang besar-besar dan cantik-
cantik sebagai daya tarikan pelancong atau untuk mendapat pujian dan sanjungan dari pihak lain.
Sebaliknya umat Islam tidak dapat berbangga dengan bilangan ahli jamaah masjid yang ramai datang
menunaikan solat jamaah lima waktu sehari semalam, atau datang mengikuti kuliah pengajian dan aktiviti
yang dianjurkan di masjid. Malah umat Islam patut merasa malu di atas kelesuan masjid sebagai pusat
ibadat dan nadi aktiviti kemasyarakatan dengan sambutan yang sangat dingin.
Mengapa hal sedemikian terjadi? Siapa yang bersalah? Apakah langkah-langkah yang perlu
diambil untuk mengatasi masalah itu dan mengembalikan kegemilangan institusi masjid sebagai pusat
kegiatan umat Islam termasuk politik dan ekonomi?
Sebenarnya sudah banyak seminar dan perbincangan yang membicarakan persoalan tersebut,
namun usaha dan tindakan yang sewajarnya belum dilaksanakan sebaik mungkin, menyebabkan institusi
masjid masih terbelenggu dengan unsur-unsur kelemahan dan kelesuan. Sebab itu kertas ini akan cuba
mengajak umat Islam kembali kepada rahsia a-Quran dan al-Sunnah dalam menggarap kemuliaan dan
1 Mustafa al-Siba`i (t.t) al-Sirah al-Nabawiyyah: Durus wa Ibar. Jordan: al-Maktab al-Islami, h. 74-75
2 Salih Ghanim al-Sadlan. (1994). al-Masjid wa Dauruhu fi al-Tarbiyyah wa al-Taujih. Riyadh: Dar Balansiyah,
h. 17-18 3 Imad al-Din Khalil. (t.t) Dirasah fi al-Sirah. Beirut: Dar al-Nafa’is, h. 149, lihat juga al-Qaradhawi. (1970) al-
Ibadah fi al-Islam. Beirut: Muassasah al-Risalah, h. 233
68
kelebihan masjid agar dapat membentuk gagasan dan panduan yang tepat dan lengkap dalam
menjalankan aktiviti pengimarahan masjid. Insya’ Allah.
KATA KUNCI 1 : RAHSIA
Perkataan Rahsia bermaksud benda yang tersembunyi, namun diketahui oleh satu atau beberapa orang
sahaja4. Perkataan rahsia juga digunakan untuk menunjukkan sesuatu kelebihan, suatu yang unik dan
hebat kerana biasanya ia tersembunyi daripada pandangan kebanyakan orang, sebaliknya diketahui oleh
beberapa orang sahaja. Biasanya orang yang mengetahui rahsia sesuatu perkara akan dapat menguasai
perkara tersebut dengan lebih baik, seperti golongan ulama yang pakar dalam aspek rahsia-rahsia syariah
Islamiyyah akan mempunyai kemampuan yang tinggi dalam melakukan aktiviti ijtihad dan kajian hukum
kerana mereka menguasai satu bidang yang tertinggi dalam ilmu syariah. Begitulah juga dengan aspek
pengimarahan masjid akan menjadi lebih berjaya sekiranya kita dapat memahami rahsia-rahsia yang
digariskan oleh Islam dalam aktiviti pengimarahan masjid. Rahsia di sini juga boleh dirujuk kepada
kunci-kunci pengimarahan masjid. Sekiranya kita mengetahui kunci-kunci tersebut, maka aktiviti
pengimaran akan menjadi lebih berjaya.
KATA KUNCI 2 : IMARAH
Perkataan imarah adalah berasal daripada bahasa Arab yang telah diterimapakai dalam bahasa Melayu
dengan maksud hal-hal yang membawa kepada pembangunan, kemajuan, peningkatan dan sebagainya. Ia
dipetik dari firman Allah:
س مرمعا ي إنم جد ٱ
Maksudnya: Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah
(Surah al-Taubah: 18)
Menurut kamus Dewan, imarah bermaksud mengimarah, menggerakkan dan menghidupkan
suasana di masjid dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah, biasanya berbentuk keagamaan5. Sebab itu
Imarah masjid merujuk kepada aktiviti dan usaha menghidupkan peranan dan fungsi masjid seperti yang
dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Ia meliputi aktiviti ibadat khususi, pendidikan dan keilmuan,
kemasyarakatan dan sebagainya.6 Kata Dr. Yusuf al-Qaradhawi, memakmurkan masjid itu bermaksud
mendirikan solat di dalamnya, berdoa, berzikir dan menegakkan syiar-syiarnya7. Bagi Abu Bakar al-
Jassas, memakmurkan masjid adalah dengan cara berkunjung dan berada di dalam masjid kerana
beribadat dan juga menjaga prasarana masjid itu sendiri dengan baik.8 Menurut Prof. Dr. Hamka pula,
“ta`mirul masajid” ialah selalu menghidupkan jamaah di dalamnya, beribadat, berkhidmat, memelihara,
membersih, memperbaiki yang rosak, mencukupkan mana yang kurang dan berhijrah kepadanya untuk
beribadah.9 Oleh itu perbincangan ini bermaksud memahami kunci-kunci dan perkara-perkara yang hebat
yang dapat menghidupkan peranan dan fungsi masjid sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Quran dan al-
Sunnah. Dengan kata lain, pengimarahan masjid akan mencapai kejayaannya jika memenuhi asas dan
rahsia-rahsianya yang digariskan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Sebab itulah kerja mengimarahkan masjid
merupakan satu tanggungjawab yang sangat berat dalam Islam yang mesti diberikan kepada orang yang
benar-benar layak. Ia juga merupakan satu kerja yang mulia di sisi Allah Taala.
4 Kamus Dewan, Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 1268-1269
5 Ibid., h. 568
6 Abdul Aziz Abdullah al-Humaydi (t.t) al-Masajid wa Atharuha fi Islah al-Fard wa al-Mujtama’. Ummul Qura
University, h. 3-4 7 Al-Qaradhawi, Yusuf. (1990). Huda al-Islam: Fatawa Muasarah. Kuwait: Dar al-Qalam, jld 1, h. 263
8 Dipetik daripada al-Sobuni, Mohd Ali (t.t) Rawai` al-Bayan fi Tafsir Ayat al-Ahkam. Dar Umar al-Khattab,
juz. 1, h. 573. 9 Hamka, Haji Abdul Malik Abdul Karim Amrullah (1984), Tafsir al-Azhar, Jakarta: Panji Masyarakat, Juz 10
h. 128
69
RAHSIA PENGIMARAHAN MASJID
Institusi masjid pada zaman kegemilangan Islam telah berjaya menjalankan peranannya dalam
membangunkan umat Islam. Sebenarnya masjid-masjid tersebut memiliki rahsia-rahsia tertentu
berpandukan garispanduan yang diberikan oleh al-Quran dan al-Sunnah sendiri sehingga berjaya
mencapai matlamat pengimarahan masjid. Oleh itu langkah-langkah perlu diambil untuk menggarap
rahsia tersebut dalam rangka mengembalikan kegemilangan institusi masjid pada zaman ini.
Rahsia 1: Masjid dipimpin oleh hamba Allah yang terbaik, paling soleh dan takwa, bijaksana
dengan petunjuk ilahi.
Firman Allah Taala:
س مرمعا ي إنم
أقام
خر و
وم ٱءل
يٱل و بٱ
نامن ء
م جد ٱ
ل أو
ىس ٲ فع إل ٱ
شخلم ي
كوة و ٱلز
اتءلوة و ئك ٱلص
كونوا من
أن ي
دين
تهم ﴾٨١﴿ٱل
Maksudnya: Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada
Allah dan hari Akhirat, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada
siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan
orang-orang yang mendapat petunjuk.
(Surah al-Taubah: 18)
Al-Quran menyatakan rahsia bahawa masjid hendaklah dipimpin dan dimakmurkan oleh golongan yang
paling bertakwa yang digambarkan sebagai orang yang tidak takut kecuali hanya kepada Allah Taala
dalam keadaan mereka sangat beriman kepada Allah dan hari Kiamat, mendirikan solat dan menunaikan
zakat sebagaimana firman Allah:
خر
وم ٱءل
يٱل و بٱ
نامن ء
م
ل أوىس ٲ فع إل ٱ
شخلم ي
كوة و ٱلز
اتءلوة و ٱلص
أقام
ئك و
دين
تهم ٱلكونوا من
أن ي
Mengapa masjid memerlukan kepimpinan yang paling hebat ini? Jawabnya kerana golongan itulah yang
paling hampir dengan Allah Taala dan sentiasa mendapat rahmat Allah sehingga institusi masjidnya
memiliki daya tarikan yang kuat lantaran keperibadian mereka yang tinggi dan mantap.
Apabila kita lihat kepada realiti kepimpinan masjid zaman kini, sejauh mana masjid sekarang
memiliki rahsia pertama ini? Memang tidak dinafikan mereka adalah orang Islam, tetapi kualitas iman
dan Islamnya tidak mantap. Lalu kesannya secara langsung dapat dilihat kepada kelesuan masjid, seolah-
olah hilang rahmat, cahaya dan berkat pada masjid itu!
Rahsia 2: Doa membuka pintu hati masyarakat untuk datang ke masjid.
Firman Allah:
ر قال إب
إذامنا و
ءلب هذا ٱل
لعب ٱج
ر أنهمي
نى
بنى و
بنٱج
و
امنص
د ٱل
بنى ﴾٥٣﴿نع
بعن ت
ٱلناس ٲ فم
ن كثريا م
نلل أض
ن ب إن
ر
ان فإ صن ع
مۥ منى ٲ و
فإنه
حمي
وا ﴾٥٣﴿نك غفور رقيم
ا ليبن م ر
رحميتك ٱل
رع عند ب
ذى ز
اد غري
تى بو
ي من ذر
كنت
أس ا إن
بن ر
لوة ف ٱلصر ٱلثم
ن ه م
ٱرزق
م و إلي
وى
ٱلناس ت
ن دة م ـ
أفلع ٱج
ون
كر
يشله ﴾٥٣﴿ ت لع ا ن
مفى و
ا نخ
ملمعا إنك ت
بن ا ر
م ٳ ولنع
اء م ل ف ٱلس
رض و
ء ف ٱل
من ش ل ٱ
فى عخ ﴾٥١﴿ي
كب إس
ل ٱل
ل ع
هب
ى و ٱل د
مح عيل ٱل
ميع
ب لس
ق إن ر حإس
اء و
ٱدلع
اء ﴾٥٣﴿ع دل قبتا وبن تى ر
ي من ذر
لوة و ٱلص
قمينى م
لعب ٱج
﴾٠٤﴿رلوفر ل و
ا ٱغ
بن ى ر
دلاب
حس
ٱلقوم
يوممنني ي
ؤملل ﴾٠٨﴿و
Maksudnya: Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berkata: "Ya Tuhanku, jadikanlah negeri Ini (Mekah), negeri
yang aman, dan jauhkanlah Aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala. Ya
Tuhanku, sesungguhnya berhala-berhala itu telah menyesatkan kebanyakan daripada manusia, Maka
70
barangsiapa yang mengikutiku, maka sesungguhnya orang itu termasuk golonganku, dan barangsiapa
yang mendurhakai aku, maka sesungguhnya Engkau, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ya Tuhan
kami, sesungguhnya Aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai
tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, Ya Tuhan kami (yang demikian itu)
agar mereka mendirikan solat, maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan
berikan kepada mereka rezeki dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur. Ya Tuhan kami,
sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami lahirkan; dan tidak
ada sesuatupun yang tersembunyi bagi Allah, baik yang ada di bumi maupun yang ada di langit. Segala
puji bagi Allah yang Telah menganugerahkan kepadaku di hari tua(ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya
Tuhanku benar-benar Maha mendengar (memperkenankan) doa. Ya Tuhanku, jadikanlah Aku dan anak
cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku. Ya Tuhan
kami, berilah keampunan mu kepadaku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada
hari terjadinya hisab (hari kiamat)".
(Surah Ibrahim: 35-41)
Ini satu rahsia besar bahawa doa Nabi Ibrahim AS telah menjadikan manusia dari seluruh dunia merasa
terpanggil untuk datang ke Mekah di mana terletaknya masjidil Haram dan Kaabah, hati mereka sangat
terpaut kepadanya dengan doanya:10
ن دة م ـ
أفلعلوة فٱج وا ٱلص
قيم
ا ليبن ر
ر ٱلثم
ن ه م
ٱرزق
م و إلي
وى
ٱلناس ت
ون
كر
يشله ت لع
Kalau bumi Mekah dan keluarga Nabi Ibrahim di Mekah itu dikira sebagai satu institusi Agama Islam,
maka masjid juga merupakan satu institusi Agama yang utuh. Jadi doa Nabi Ibrahim telah menjadikan
hati-hati umat manusia merasa kasih dan sayang kepada bumi Mekah dan Kaabah, maka sepatutnya
rahsia ini jugalah yang harus digunakan untuk menarik umat manusia mendatangi masjid-masjid yang
merupakan rumah Allah seperti Kaabah yang disebut sebagai Baitullah. Betapa hebatnya Nabi Ibrahim
menggunakan satu pakej doa yang sangat mulia untuk mendapat segala hajatnya dan bagi mencapai
kepentingan ajaran Allah yang dibawanya seperti yang dinyatakan dalam ayat-ayat al-Quran di atas.
Mengapa hal itu tidak terjadi kepada masjid yang lain? Tidak mungkin Allah Taala hanya memberikan
kelebihan itu kepada Kaabah dan Masjidil Haram sahaja! Sejauh mana doa kita untuk umat ini supaya
mendatangi masjid? Ataukah kita mengutuk sahaja golongan yang jauh dari masjid? Tidak mungkin
Allah Taala hanya menerima doa Nabi Ibrahim sahaja untuk tujuan tersebut dan tidak menerima doa
orang lain!
Rahsia 3: Keikhlasan dalam membina dan mengimarahkan masjid.
Firman Allah Taala:
ه ت أن ي
ون
حبال ي
فيه فيه رج
قوم
ق أن ت
وم أحل ي ى من أو
ول ٱلتق
ع
أس سجد
لم
رين ه
م ٱل حب
ي ٱ
وا و
﴾٨٤١﴿ر
Maksudnya: Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa (masjid Quba), sejak hari pertama
adalah lebih patut kamu solat di dalamnya. Di dalam masjid itu ada orang-orang yang ingin
membersihkan diri, dan sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih.
(Surah al-Taubah: 108)
Ayat al-Quran di atas menetapkan satu rahsia yang sangat penting dalam proses pengimarahan masjid
iaitu keikhlasan niat dan tujuan mendirikan masjid11
. Sejauhmana hakikat ini berlaku dalam pembinaan
10
Ibn Kathir. (1986). Tafsir Ibn Kathir. Beirut: Dar al-Fikr, juz 2, h. 541-542. Lihat juga `Abd al-Rahman bin
Nasir al-Sa`adi. (1401H). Taysir al-Karim al-Rahman fi Tafsir Kalam al-Manan. Tahqiq Muhammad Zuhri al-
Najar. Riyadh: al-Riasat al-`Ammah li Idarat al-Buhuth al-Islamiyyah wa al-Ifta’ wa al-Da`wat wa al-Irsyad,
juz 3, h. 146. 11
Ahmad Mustafa al-Maraghi. (1998). Tafsir al-Maraghi. Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, juz 4, h. 170
71
masjid zaman sekarang yang tidak lagi dijamin kemurnian dan ketulusan niat dan matlamatnya. Ada yang
membina masjid kerana menunjukkan kemegahan, mencari nama dan kemasyhuran. Hasilnya masjid
tidak dikunjungi kerana telah bertukar menjadi masjid dhirar seperti yang dinyatakan Allah Taala:
ٱ
ب
ارن ح
ادا لم
إرص
منني و
ؤم ٱل
نيا بريق
فترا و
كف
ارا و
سجدا ضر
ٱتخذوا م
ين ٱل و
إن لفن
حليل و
ۥ من قب
و ۥ
سرنا إل و
دأر
م لك د إن
ه يش ٱ
ى ٲ و
سن
ح ٱل
ون ﴾٨٤٣﴿ ذب
Maksudnya: Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk
menimbulkan kemudharatan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah belah
antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan
Rasul-Nya sejak dahulu12
. Mereka sesungguhnya bersumpah: "Kami tidak menghendaki selain
kebaikan." dan Allah menjadi saksi bahawa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam
sumpahnya).
(Surah al-Taubah: 107)
Dengan itu Allah Taala melarang terus Rasulullah s.a.w datang dan menunaikan solat di masjid tersebut
dalam firmannya:
دا قم فيه أب
ل ت
Maksudnya: Janganlah kamu bersembahyang dalam masjid itu selama-lamanya.
(Surah al-Taubah: 108)
Rasulullah s.a.w selalu menekankan konsep keikhlasan ini supaya pembinaan masjid tidak bertujuan lain
selain daripada mendapat keredhaan Allah melalui sabdanya: 13
Maksudnya: Barang siapa yang membina masjid untuk mencari keredhaan alah, nescaya Allah akan
membina untuknya sebuah istana di dalam syurga.
Dengan tegas Rasulullah s.a.w menegaskannya bahawa membina masjid untuk Allah dengan niat hanya
untuk cari keredhaannya. Ini satu rahsia yang sangat agung dalam urusan pengimarahan masjid.
Rahsia 4: Hidupkan Roh masjid di dalam institusi kerajaan dan institusi masyarakat.
Nabi s.a.w bersabda14
:
Maksudnya: Dijadikan kepadaku bumi ini masjid dan bersih.
12
yang dimaksudkan dengan orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu ialah seorang
pendeta Nasrani bernama Abu 'Amir, yang mereka tunggu-tunggu kedatangannya dari Syria untuk
bersembahyang di masjid yang mereka dirikan itu, serta membawa tentera Romawi yang akan memerangi
kaum muslimin, akan tetapi kedatangan Abu 'Amir Ini tidak jadi kerana ia mati di Syria dan masjid yang
didirikan kaum munafik itu diruntuhkan atas perintah Rasulullah SAW melalui wahyu yang diterima Baginda
sesudah kembali dari perang Tabuk. 13
Muslim. (1997). Sahih Muslim. Bab Fadl Bina’ al-Masjid wa al-Hath alaihi. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah,
Juz 1, h. 216 14
Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail. (1990). Sahih al-Bukhari. Kitab al-Taharah, Bab al-Tayammum. Kaherah:
Wizarah al-Awqaf, juz 1, h. 230
72
Apakah rahsia yang Allah Taala berikan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui hadith ini? Ia
mengandungi makna yang mendalam bahawa seluruh muka bumi mesti membawa roh dan semangat
sujud serta pengabdian diri kepada Allah Taala sebagaimana yang ditetapkan di masjid. Malah seluruh
ruang muka bumi ini tidak harus dicemarkan dengan kejahatan dan dosa kerana Allah Taala telah
menetapkan ianya bersih untuk beribadat. Ini bermakna semangat dan roh masjid mestilah disebar
luaskan kepada apa jua institusi kerajaan atau institusi masyarakat supaya tidak wujud percanggahan
antara masjid dengan pusat-pusat aktiviti yang lain.
Dalam sejarah Islam didapati ramai di kalangan pemimpin dan ulama Islam yang menghayati
rahsia ini dengan mendirikan masjid sebagai pusat utama kepada pembangunan bandar dan negeri.
Utbah bin Ghazwan ketika membuka Bandar Basrah pada tahun 16 H, semasa pemerintahan Umar Ibn al-
Khattab, telah menempatkan masjid sebagai pusat kepada kegiatan kerajaan, di mana ia dikelilingi
bangunan pentadbiran dan kawasan perumahan. Perkara yang sama telah dilakukan oleh Saad bin Abi
Waqqas ketika membuka Bandar Kufah pada tahun 17 H di mana kemudahan jalan menghubungkan
terus antara masjid dengan bangunan pentadbitan dan perumahan dengan lokasi masjid berada pada pusat
Bandar. Begitu juga tindakan yang dibuat oleh Amru Ibn al-As di Fustat, Uqbah bin Nafi` di Qairawan
dan Abu Ubaidah al-Jarrah di Dimasyq.15
Langkah tersebut membolehkan semangat dan roh masjid terus menular dan mempengaruhi
kehidupan harian di dalam institusi masyarakat dan kerajaan secara langsung dan berterusan. Malah dapat
difahami daripada ayat berikut bahawa manusia akan mendapat pertunjuk dalam hidup mereka melalui
penghayatan secara langsung terhadap semangat dan roh masjid tersebut, iaitu firman Allah Taala:
هد ا وكاربة م ك
ى بب للناس لل
ضع
ويت
ل ب إن أو
ع ﴾٣٣﴿ لمني ى لل
Maksudnya: Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadat) manusia, ialah
Baitullah yang di Bakkah (Mekah) yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi semua manusia.
(Surah Ali `Imran: 96)
Rahsia 5: Lahirkan pendokong masjid yang muttaqin.
Firman Allah Taala:
ال ص
ٱءل
غدو و
ا بٱل
ۥ في
ۥح بۥ يس
ه
ا ٱس
في
كر
ذي و أن ترفع
ٱ
وت أذن
ي ﴾٥٣﴿ف ب
Maksudnya: Bertasbih16
kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan
disebut nama-Nya di dalamnya, pada waktu pagi dan waktu petang.
(Surah al-Nur: 36)
Ayat al-Quran di atas menjelaskan rahsia imarah masjid dengan melahirkan golongan muttaqin yang
sejati, kerana merekalah merupakan pendokong setia kepada institusi masjid. Manakala golongan yang
tidak mendalam iman mereka tidak mampu mendokong matlamat imarah masjid kerana mereka tidak
istiqamah. Sebaliknya golongan muttaqin itu digambarkan oleh Allah dalam ayat di atas sentiasa
mengagungkan Allah dan bertasbih kepada Allah sepanjang masa (pagi dan petang) secara berterusan17
.
Golongan tersebut juga telah digambarkan Allah Taala sebagai orang yang sentiasa menyucikan diri dan
membersihkan jiwa mereka. Sebab itu mereka mampu menghidupkan peranan masjid secara berterusan.
Allah Taala menyatakannya:
ور ه
ت أن ي
ون
حبال ي
فيه رج
رين ه
م ٱل حب
ي ٱ
ا و
Maksudnya: Di dalam masjid itu ada orang-orang yang ingin membersihkan diri, dan sesungguhnya
Allah menyukai orang-orang yang bersih.
(Surah al-Taubah: 108)
15
Mohd Muhiden Abd. Rahman dan Mohd Alwee Yusoff. (2008). Masjid Sebagai Sebuah Institusi Pendidikan:
Satu Tinjauan dari Aspek Sejarah. Dalam Ahmad Najib Abdullah et. al. Isu-isu Pengurusan dan Pembangunan
Masjid. Kota Bharu: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri, h. 16-17. 16
yang bertasbih ialah laki-laki yang tersebut pada ayat 37 berikut. 17
al-Jazairi, Abu Bakr Jabir. (1993). Aysar al-Tafasir li Kalam al-`Aliyy al-Kabir. Madinah al-Munawwarah (tp),
jld 3, h. 573-574
73
Rahsia 6: Negara ditadbir dengan Syariat Islam yang Adil.
Sejarah kegemilangan Masjid yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w menunjukkan bahawa negara
ditadbir sepenuhnya berdasarkan Syariah Islam yang maha adil. Pelaksanaan Syariah Islamiah itu
menjadikan seluruh urusan politik, ekonomi, pendidikan, perundangan, kemasyarakatan adalah
mendokong cita-cita dan misi masjid iaitu tunduk dan patuh kepada Allah Taala. Sebab itu pengimarahan
roh dan semangat masjid berlaku di mana-mana apabila sistem pemerintahan negara berjalankan
mengikut landasan Syariah. Rahsia ini terbukti melalui Sunnah Fi`liyyah iaitu apa yang dilakukan oleh
Rasulullah s.a.w dalam sistem politik negara Islam di Madinah dan Mekah.18
Rahsia 7: Pemimpin negara dan masyarakat adalah golongan yang bertakwa.
Seluruh keterangan sejarah Islam menunjukkan bahawa kegemilangan institusi masjid sangat berkait
rapat dengan golongan pemimpin yang bertakwa, kerana mereka menjadikan masjid sebagai tempat yang
utama dalam sistem pentadbiran mereka, malah mereka sendiri adalah orang yang paling kuat
mendokong misi imarah masjid melalui solat jamaah, penganjuran kelas pengajian dan sebagai pusat
aktiviti negara yang berkat dan penuh rahmat. Dengan itu masjid akan berada dalam hati sekalian rakyat
yang melihat sendiri sikap dan tindakan pemimpin mereka yang terpuji kepada institusi masjid.
Sebaliknya rakyat memandang sepi kepada masjid apabila pemimpin mereka tidak mencintai masjid
sebagai pusat kehidupan dan kecemerlangan negara seperti yang berlaku pada zaman ini. Sukar mencari
pemimpin yang menjadikan masjid sebagai paksi pentadbiran, malah mereka tidak rajin berjamaah di
masjid, sebaliknya mereka lebih suka membesarkan pusat-pusat hiburan menyebabkan rakyat menjadi
mabuk dengan kegiatan yang melalaikan dan merosakkan akhlak dan akidah mereka
Rahsia 8: Kebersihan masjid dan prasarana yang baik dan mesra jamaah
Rasulullah s.a.w telah memberikan perhatian yang berat kepada aspek penjagaan kebersihan dan
kemudahan masjid melalui pelbagai hadith yang menyebut ganjaran yang besar kepada orang yang
menyalakan lampu di masjid, melarang meludah dalam masjid19
, melarang membawa masuk najis dan
kotoran dalam masjid20
, melarang orang yang makan makanan berbau busuk seperti bawang putih
berjamaah di masjid21
dan sebagainya. Rahsia ini merupakan satu daya tarikan yang besar kepada orang
ramai untuk ke masjid kerana mendapat keselesaan. Pada zaman ini, aspek tersebut disebut sebagai
masjid mesra jamaah samada golongan dewasa, muda, kanak-kanak dan wanita seperti yang kita dapat
lihat di beberapa masjid utama di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan lain-lain.
Rahsia 9: Sistem pendidikan negara bermula di Masjid
Kelas pengajian al-Quran dan al-Hadith pada zaman Rasulullah bermula di Masjid sebagaimana yang
dicatitkan dalam sejarah pendidikan dan dakwah Rasulullah s.a.w. Masjid menjadi pusat pendidikan
pertama di mana Rasulullah s.a.w selalu menyampaikan berita dan wahyu di masjid, kemudiannya
disebarkan oleh para sahabat dalam pelbagai majlis yang lain pula. Tradisi ini telah diteruskan oleh para
ulama dengan menjadikan masjid sebagai pusat pendidikan utama seperti yang dijalankan di Masjid
Nabawi, Masjid al-Haram dan masjid lain di seluruh dunia, di mana ramai tokoh ulama di Nusantara
yang telah lahir dari sistem pengajian Masjid al-Haram.22
Namun begitu melalui sistem pendidikan moden, pusat pendidikan utama negara sekarang
berpindah ke sekolah menyebabkan masjid hanya menjadi tempat pengajian sampingan sahaja, malah
18
Zulkifli Hj Mohd Yusoff. (2010). Fungsi Masjid Dalam Kehidupan Umat Islam: Realiti dan Harapan. Dalam
Ahmad Najib Abdullah et al. Isu-Isu Pengurusan dan Pengimarahan Masjid di Alaf Baru. Kota Bharu:
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri, h. 2. 19
Lihat al-Bukhari. (2001). Sahih al- Bukhari. Kitab al-Solah, Bab Kaffarah al-Buzaq fi al-Masjid. Beirut: Dar
Ihya’ al-Turath al-Arabiy, No. Hadith: 415 20
Lihat al-Zarkasyi. (1982). I`lam al-Sajid bi Ahkam al-Masajid. Kaherah: Dar al-Kitab al-Arabiy, h. 310 21
Al-Bukhari, op.cit., Kitab al-al-Azan, Ma Ja’a fi al-Thaum, no. Hadith: 853 22
Ismail Che Daud. (2001). Tokoh-tokoh Ulama Semenanjung Melayu (1). Kota Bharu: MAIK, h. 261-262
74
tidak tersusun dan banyak kekurangan. Dengan sendirinya hilanglah daya tarikan ke masjid kerana ia
tidak lagi menjadi pusat pendidikan utama dalam negara. Rasulullah s.a.w sentiasa menggesa umatnya
menghidupkan sistem pendidikan di masjid sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Tidak
berkumpul sesuatu kaum di dalam rumah Allah sambil mereka membaca Kitab Allah dan menekuninya
sesama mereka kecuali akan turun ke atas mereka ketenangan dan akan diliputi rahmat serta akan
dilingkungi para Malaikat dan mereka akan disebut-sebut oleh Allah di kalangan mereka yang berada di
sisinya.23
Rahsia 10: Hapuskan bangunan/institusi dhirar yang merosakkan roh masjid
Firman Allah Taala:
ٱ
ب
ارن ح
ادا لم
إرص
منني و
ؤم ٱل
نيا بريق
فترا و
كف
ارا و
سجدا ضر
ٱتخذوا م
ين ٱلنا إل و
د أر إن لفن
حليل و
ۥ من قب
و ۥ
سر و
ٱ
ى ٲ و
سن
حم لك ٱل
د إن
ه يش
وندا ﴾٨٤٣﴿ ذب
قم فيه أب
ل ت
Maksudnya: Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk
menimbulkan kemudharatan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah belah
antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan
Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah: "Kami tidak menghendaki selain kebaikan."
Dan Allah menjadi saksi bahwa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya).
Janganlah kamu bersembahyang dalam masjid itu selama-lamanya.
(Surah al-Taubah: 107)
Rahsia ini sangat penting kerana jika institusi atau pusat lain yang merosakkan semangat sujud dan patuh
yang dibawa oleh masjid dibiarkan hidup subur, maka ia akan menggagalkan matlamat imarah masjid
kerana pusat-pusat mungkar itu akan menarik orang ramai dan menghilangkan keberkatan kawasan
tersebut. Sebab itu Rasulullah s.a.w telah meruntuhkan masjid dhirar yang dibina oleh puak munafikin
yang dipelopori oleh Abu Amir al-Rahib bersama 12 orang yang lain24
, walaupun mereka bersumpah
tidak berniat jahat. Imam Fakhr al-Razi menyatakan masjid tersebut diruntuhkan kerana mempunyai
empat unsur yang bercanggah dengan matlamat masjid yang sebenar sebagaimana yang dinyatakan
dalam ayat di atas iaitu:
1) percubaan mendatangkan kemudharatan kepada orang mukmin (ضرارا)
2) kufur terhadap Nabi dan ajaran Islam itu sendiri (كفرا)
3) memecahbelahkan kesatuan orang mukmin, (فريقا بين المؤمنين)
4) sebagai pusat perancangan jahat terhadap orang Islam ( ورسوله ارصادا لمن حارب اهلل )25
PENUTUP
Jelas sekali bahawa Islam telah menyediakan garis panduan yang lengkap dalam menghidupkan fungsi
masjid seperti yang dinyatakan oleh al-Quran dan ditunjukkan secara praktikal oleh Rasulullah s.a.w
melalui amalan secara langsung di mana ia telah membawa kesan pengimarahan yang sangat hebat dan
dapat mengangkat kedudukan umat Islam sebagai umat masjid. Tetapi setelah banyak kepincangan
berlaku dalam kehidupan masyarakat Islam, maka hilanglah ciri penting umat Islam apabila mereka jauh
dari masjid dan tidak lagi menjadi umat masjid. Oleh itu langkah-langkah perlu diambil untuk
mengembalikan kegemilangan umat ini dengan mengadakan pusat pengajian khsusus tentang masjid dan
pengurusannya bagi melahirkan asas dan rahsia kejayaan pengimarahan masjid seperti yang telah
dibincangkan di atas. Amiiiin.
23
Muslim. (1980). Sahih Muslim. Kitab al-zikr wa al-dua` wa al-tawbah wa al-Istighfar. No. Hadith: 2700,
Riyadh: Riasat Idarat al-Buhuth al-`Ilmiyyah wa al-Ifta’ wa al-Da`wat wa al-Irsyad, Juz 4, h. 2074 24
Ibn Kathir. (t.t). Tafsir al-Quran al-Azim, Kaherah:al-Sya`ab, Juz 4, h. 128 25
Fakhr al-Razi (t.t). al-Tafsir al-Kabir. Beirut: Dar Ihya al-Turath al-Arabiy, Juz 15, h. 193-194. Lihat juga al-
Qurtubiy. (1988). al-Jami` li Ahkam al-Quran. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, juz 6, h. 123