CTU263 7/11/2013
Maruwiah Ahmat 1
CTU 263 ISLAM DAN PENGURUSAN
1
Maruwiah Ahmat
MAKLUMAT KURSUS 2
HASIL PEMBELAJARAN
• Menjelaskan teras dan falsafah pengurusan Islam
KANDUNGAN
2. Teras, Prinsip dan Etika
Pengurusan Islam
2.1 Teras Pengurusan
Islam
2.2 Prinsip-prinsip
Pengurusan Islam
2.3 Nilai dan Etika
Kerja Islam
PENGENALAN
Teras • Teras bermaksud asas atau dasar
sesuatu perkara yang menjadi intipati.
Prinsip
• Prinsip ialah suatu pernyataan fundamental atau kebenaran umum mahupun individual yang dijadikan oleh seseorang atau sesuatu kelompok sebagai sebuah pedoman untuk berfikir atau bertindak.
3 4
Akidah menjadi teras kepada pengurusan.
Pengurusan Islam terdiri daripada:
Ketiga-tiga asas ini adalah teras kepada
pengurusan Islam yang kemudian membentuk
falsafah pengurusan Islam.
2.1 Teras Pengurusan Islam
Akidah Syariah Akhlak Penguru-san Islam
5
Falsafah merupakan dasar sesebuah organisasi. Ia dianggap sebagai panduan bagi sesebuah sistem yang daripada sistem tersebut akan lahir pula konsep-konsep yang akan mendukung sistem tersebut.
Falsafah pengurusan Islam bukan berdasarkan gagasan pemikiran manusia tetapi ia berasaskan paradigma Tauhid (akidah). Tauhid merupakan inti ajaran Islam dan sebagai paksi kepada segala aktiviti manusia.
Akidah Teras Pengurusan
6
Akidah
Bahasa: berasal dari perkataan ‘aqd –
ikatan/simpulan
Istilah: Kepercayaan atau keyakinan yang kukuh
dalam jiwa seseorang terhadap Allah SWT dan
Muhammad SAW sebagai Rasul-Nya serta segala
yang berkaitan dengan kekuasaan Allah SWT.
Akidah menjadi teras utama dalam sesebuah
pengurusan.
Akidah Teras Pengurusan
CTU263 7/11/2013
Maruwiah Ahmat 2
7
Akidah Teras Pengurusan
Sentiasa berpegang teguh kepada Al-Quran dan Sunnah
Merendah diri, tidak egoistik dan individualistik
Memahami hakikat hidup di dunia –
untuk akhirat
Berakhlak mulia dalam pekerjaan
Sedia amr makruf nahy anil munkar.
Akidah Teras Pengurusan
Hubungan Akidah dalam Amalan Pengurusan
Di dalam pengurusan Islam segala aktiviti tidak dapat dipisahkan
dengan hakikat akidah/tauhid. Tiga bidang utama yang
ditekankan dalam hakikat akidah iaitu:
Hakikat insan
Hakikat insan bermaksud setiap individu yang berkhidmat atau
bekerja dalam sesuatu organisasi tidak lari dari hakikat bahawa
kita adalah hamba Allah S.W.T yang lemah. Semua yang kita
perolehi adalah dengan izin Allah S.W.T.
8
Akidah Teras Pengurusan
Hakikat amal
Hakikat amal bermaksud setiap kerja yang kita lakukan hendaklah kerana Allah S.W.T walaupun kerja yang kita lakukan tersebut untuk kemudalah manusia. Hakikat organisasi
Hakikat organisasi bermaksud setiap undang-undang yang dicipta di dalam sesebuah organisasi tidak boleh bertentangan dengan Al-Quran dan al-Sunnah. Al-Quran dan al-Sunnah hendaklah menjadi perlembagaan yang utama dalam sesebuah organisasi.
9
Kesan Akidah dalam Amalan Pengurusan
1. Melahirkan pekerja yang berdisiplin terhadap kerja. Apabila seseorang berkerja dengan penuh kerelaan dan melakukan segala benda kerana Allah S.W.T menyebabkan mereka lebih komited untuk mendapat balasan di dunia dan di akhirat juga.
2. Melahirkan sebuah organisasi yang adil. Di samping mengejar keuntungan dunia, mereka juga tidak lupa untuk memberi hasil yang setimpal kepada pekerja.
3. Melahirkan ketua prihatin terhadap pekerja. Ini kerana seseorang ketua sedar bahawa sehebat mana pun beliau tetap seorang hamba Allah S.W.T. Maka beliau akan berasakan bahawa pangkat yang diberikan adalah amanah Allah S.W.T yang perlu dilaksanakan.
Akidah Teras Pengurusan 10
11
PERANAN AKIDAH DALAM PEMBANGUNAN UMMAH
Akidah Teras Pengurusan
• Melahirkan ummah yang patuh kepada ajaran Allah SWT Membentuk hala tuju ummah yang jelas
• Membina keperibadian ummah yang unggul
• Mengukuhkan kecemerlangan ilmu
• Menjana pemikiran ummah yang kritis
• Membangun ekonomi ummah secara komprehensif
• Mewujudkan kepimpinan yang adil
PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM
12
PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM
Menurut Ahmad Ibrahim Abu Sin, di dalam sistem pengurusan Islam
mempunyai prinsip-prinsipnya yang tersendiri.
Berikut adalah prinsip pengurusan Islam.
Al-‘Adalah (Keadilan)
Maksud Al-‘Adalah ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Menurut Al-Mawardi ia juga bermaksud bercakap benar,jelas
kejujuran, menjauhi haram, memelihara diri dari melakukan dosa
atau bersubhat dengannya.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah s.w.t
menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberi
bantuan kepada kaum kerabat… (Surah Al-Nahl: 90)
CTU263 7/11/2013
Maruwiah Ahmat 3
Keadilan boleh dilaksanakan dalam perkara seperti berikut :
PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM
13
Membuat sesuatu
keputusan Pengucapan
Keadilan terhadap Allah s.w.t
Timbangan dan ukuran
Urusan persendirian
Pengurusan harta
Al-Ubudiyyah (Pengabdian diri)
Al-Ubudiyyah bermaksud kita mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT. Segala ibadah yang kita lakukan adalah hanya untuk Allah SWT, manakala konsep Al-Ubudiyyah dalam organisasi pula bermaksud kita hendaklah melakukan sesuatu kerja secara bersungguh-sungguh di institusi yang mengambil kita sebagai pekerja. Dalil yang berkaitan dalam konsep Ubudiyyah, firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Dan ingatlah, aku tidak mencipta jin dan manusia melaikan untuk mereka menyembah dan beribadah kepada-Ku.” (Adz-Dzariyyat: 56)
PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM
14
15
PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM
Al-Hurriyyah (Kebebasan)
Kebebasan bermaksud keupayaan untuk memilih melakukan sesuatu perkara di samping mengikut undang-undang yang telah ditetapkan. Seseorang individu itu diberi hak untuk beragama, berfikir, bersuara, mencari harta dan sebagainya mengikut batasan yang dikuatkuasakan. Dalil yang berkaitan Al-Hurriyyah, firman Allah SWT yang bermaksud: “Tiada paksaan dalam beragama” (Al-Baqarah: 265)
16
PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM
Aspek Al-Hurriyah
Kebebasan pemikiran
Kebebasan personal
17
Kebebasan Personal
Hak bergerak
Hak keamanan
Hak kehormatan
tempat tinggal
Hak kerahsiaan perhubungan
PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM
18
Kebebasan Pemikiran
Kebebasan Berakidah
Kebebasan Belajar dan Mengajar
Kebebasan Berfikir
Kebebasan Sosial dan Ekonomi
PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM
CTU263 7/11/2013
Maruwiah Ahmat 4
19
PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM
Hak Kebebasan Sosial dan Ekonomi
Hak Bekerja
Hak Mendapat Kawalan Kesihatan
Hak kehidupan yang Mulia dan Selesa
Al-Musawah (Persamaan)
Ia bermaksud manusia adalah sama di sisi undang-undang yang telah
diwajibkan oleh Allah SWT.
Jenis-jenis persamaan:
1. Persamaan terhadap tanggungjawab undang-undang.
Iaitu setiap individu sama ada majikan atau pekerja hendaklah
bertanggungjawab mentaati segala undang-undang yang telah
diwahyukan.
2. Persamaan dalam tanggungjawab terhadap hukuman.
Kesalahan yang dilakukan hendaklah ditanggung oleh pesalah
tersebut dan tidak boleh ditanggung oleh orang lain.
3. Agihan dan penerimaan kemudahan-kemudahan.
20
PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM
21
PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM
Al-Syura (Permesyuaratan)
Al-Syura bermaksud sebelum sesuatu keputusan itu dibuat, kita
diwajibkan terlebih dalulu mengadakan perbincangan. Ia
bertujuan untuk memberi peluang penyertaan ahli di samping
mendapat keputusan majoriti.
Dalil yang berkaitan dengan prinsip Al-Syura, firman
Allah s.w.t yang bermaksud: “..dan bermesyuaratlah dengan
mereka….. (Ali Imran: 159).
Dua skop syura dalam pengurusan Islam.
(a) Perlantikan khilafah/jawatan penting
(b) Membuat sesuatu keputusan.
22
Contoh amalan syura yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan
Khulafa’ al-Rasyidin.
Dalam menetapkan hukuman terhadap tawanan perang,
Rasulullah SAW telah melakukan syura bersama para
sahabat.
Strategi kedudukan tentera dalam Perang Badar dan Uhud.
Idea menggali parit dalam Perang Khandaq.
Dalam perlatikan Khalifah al-Rasyidin selepas kewafatan
Rasullullah SAW di Saqifah Bani Saidah.
Enam orang sahabat bermesyuarat untuk mencari pengganti
Khalifah Abu Bakar.
PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM
23
Hukum syura berdasarkan ayat Surah Ali Imran: 159.
dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu, kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah..
1. WAJIB – diturunkan setelah kekalahan dalam Perang Uhud
2. SUNAT – kerana Rasulullah tidak memerlukan kepada syura. Ayat itu hanya sekadar mengangkat martabat sahabat (apabila idenya diminta oleh Rasulullah SAW).
PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM
24
Al-Masuliyyah (Pertanggungjawaban)
Bertanggungjawab atas setiap yang diamanahkan termasuk
juga amanah yang diwajibkan ke atas kita manusia.
Dalil yang berkaitan dengan prinsip
pertanggungjawaban sepertimana firman Allah SWT yang
bermaksud: “dan mereka-mereka yang melaksanakan
amanah-amanah dan janji-janji.” (Al-Mukminun: 8)
PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM
CTU263 7/11/2013
Maruwiah Ahmat 5
Al-Taah (Kepatuhan)
Iaitu mengikut segala arahan yang telah dikeluarkan
oleh majikan selagi mana tidak menentang hukum
Allah. Hukumnya adalah wajib.
Dalil yang berkaitan dengan kepatuhan, firman Allah
SWT yang bermaksud: “Taatlah kepada Allah, kepada
Rasulullah dan kepada ketua-ketua kamu” (al-Nisa’: 49)
PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM
25
Peraturan Mengikuti Kuliah 26
Itqan (Kualiti)
Melakukan kerja dengan penuh dedikasi dan istiqomah atau berterusan dan hasil yang diperolehi adalah memuaskan. Islam melihat kualiti dalam aspek yang menyeluruh seperti pemimpin berkualiti, pekerja berkauliti dan produktiviti berkauliti. Kesimpulan daripada keseluruhan prinsip-prinsip Islam menunjukkan kita bahawa agama Islam mempunyai system pengurusan yang lengkap dan sistematik.
PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM
27
Definisi Nilai
Nilai didefinisikan sebagai suatu kepercayaan dan
keyakinan seseorang terhadap seseorang yang lain
atau institusi yang mematuhi peraturan, pilihan dan
nilai utama masyarakat.
Selain itu, nilai juga merupakan asas pembentukan
sikap, tanggapan, motivasi, personaliti, kemajuan dan
pembangunan sesuatu bangsa amnya dan organisasi
khasnya.
NILAI DAN ETIKA KERJA ISLAM
28
Manakala etika ialah dari segi bahasa, berasal daripada bahasa Inggeris ‘ethic’ dan bahasa Greek ‘ethos’ yang membawa maksud nilai-nilai atau perkara yang berkaitan dengan sikap yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan.
Dalam pengurusan, istilah etika digunakan merujuk kepada kajian mengenai isu standard moral yang boleh membantu dalam meningkatkan integriti. Etika merupakan ilmu pengetahuan yang berhubung dengan keupayaan menentukan perbuatan yang dilakukan manusia untuk dikatakan baik atau buruk.
NILAI DAN ETIKA KERJA ISLAM
29
Etika Islam adalah sinonim dengan akhlak. Menurut para tokoh pemikir Islam, akhlak didefinisikan sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang dan perbuatan akan lahir daripadanya dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu.
Berdasarkan pengertian tersebut, keadaan jiwa dalaman seseorang dilihat sebagai pencetus dan penggerak kepada pembinaan sikap dan tingkah laku luaran. Pengertian ini melayakkan akhlak sebagai istilah yang paling tepat dan lengkap bagi etika Islam, berbanding istilah-istilah lain seperti nilai, moral dan norma sebagaimana yang diyakini Barat.
NILAI DAN ETIKA KERJA ISLAM
30
Nilai dan Etika Pengurusan Islam
Nilai dan etika pengurusan Islam bersifat syumul (menyeluruh)
mempunyai cirri dinamisme, profesionalisme dan sempurna. Ini
kerana segala yang dilakukan dikira sebagai ibadah termasuk
ketaatan dan tanggungjawab kepada Allah, ketua, keluarga ,
organisasi dan negara.
Asas nilai dan etika pengurusan Islam ialah akidah,
syariah dan akhlak. Manakala sumber nilai dan etika
pengurusan Islam ialah Al-Quran dan As-Sunnah. Ini
bererti nilai dan etika pengurusan Islam mempuyai
kekuatan kekuatan rohaniah yang paling kental.
NILAI DAN ETIKA KERJA ISLAM
CTU263 7/11/2013
Maruwiah Ahmat 6
31
NILAI DAN ETIKA KERJA ISLAM
Antara nilai dan etika penguruan Islam adalah seperti berikut:
Pertama: Kebenaran
Kebenaran dari kaca mata Islam hendaklah berasaskan
kepada iman dan takwa. Benar tentang niat, perkataan,
tingkah laku serta tindakan dalam melaksanakan
tanggungjawab. Hal ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam al-
Quran yang bermaksud:
“Hai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah SWT dan
hendaklah kamu bersama orang yang benar.” (Surah al-Taubah:
119).
32
Kedua: Kemuliaan
Manusia yang paling mulia di sisi Allah ialah mereka yang
bertaqwa kepada Allah bukan berdasarkan pangkat, kuasa,
gelaran kedudukan dan sebagainya dalam hierarki pengurusan.
Hal ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam Al-Quran yang
bermaksud:
“Hai manusia, sesungguhnya Kami mencipta kamu dari seorang lelaki
dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa
dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenali. Sesungguhnya
orang yang paling mulia di sisi Allah SWT ialah orang yang paling
bertaqwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi
Maha Mengenal. (Surah Al-Hujurat: 13).
NILAI DAN ETIKA KERJA ISLAM
33
Ketiga: Ihsan
Ihsan bermaksud bahawa Allah SWT melihat segala perbuatan
manusia sama ada secara terang atau sulit. Dalam
melaksanakan tugas sebagai seorang pekerja atau majikan
hendaklah bekerja bersungguh-sungguh tanpa mengharap
balasan dunia semata-mata.
Firman Allah SWT bermaksud: Untuk orang yang berusaha
menjadikan amalnya baik dikurniakan segala kebaikan serta satu
tambahan yang mulia dan air muka mereka pula (berseri-seri)
tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah
ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya (Surah
Yunus: 26).
NILAI DAN ETIKA KERJA ISLAM 34
Keempat: Keadilan
Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Dari segi
istilah bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya
berdasarkan kepada ketentuan akidah, syariah dan akhlak serta
bersumberkan Al-Quran dan al-Sunnah. Dalam bidang pengurusan
organisasi keadilan itu meliputi semua hal dan bidang dari segi
peraturan, undang-undang, nilai, etika, pemilihan dan sebagainya.
Firman Allah SWT yang bermaksud: …. dan apabila kamu
menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu
menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya)
itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu.
Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. (An-
Nisa: 57).
NILAI DAN ETIKA KERJA ISLAM
35
Nilai-nilai Lain
Amanah
Kesederhanaan
Keberanian
Berdisiplin
Tepati Janji
Menghargai Masa
Kesabaran
Toleransi
Kebaktian
Pemaaf
Kejahatan dibalas kebaikan
NILAI DAN ETIKA KERJA ISLAM 36
Kesimpulan
Sesungguhnya nilai dan etika kerja dikemukakan oleh Islam lebih
menyeluruh, lebih tahan diuji dan sempurna. Islam mengenal pasti
musuh utama manusia iaitu nafsu dan syaitan. Justeru itu nilai-
nilai yang bersifat kerohanian lebih ditekankan kerana itulah
perisai yang dapat mengawal nafsu dan menolak godaan
syaitan.
Boleh dikatakan keperluan kepada nilai dan etika adalah untuk
mewujudkan organisasi pengurusan yang mencapai tahap
tertinggi dan mempunyai imej yang bersih untuk mendokong
pembangunan negara dan menigkatkan kualiti penghidupan
masyarakat.
NILAI DAN ETIKA KERJA ISLAM
CTU263 7/11/2013
Maruwiah Ahmat 7
37
Rujukan Nota Kuliah Bab 1
1. Nota kuliah/slide Ustzh Nadiyah Hashim, ACIS, Kota
Samarahan, Sarawak.
2. http://azzahk.blogspot.com/2007/04/etika-islam-
suatu-pengenalan.html (10/7/2013)
RUJUKAN