Upload
trantu
View
241
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PENGETAHUAN, SIKAP DAN AMALAN PELAJAR MALAYSIA TERHADAP
KITAR SEMULA BOTOL PLASTIK
Malaysia telah mencapai kemerdekaan sejak 1957 lagi. Bermula tarikh tersebut Malaysia
telah mengalami pembangunan sosioekonomi dan kejayaan yang diiktiraf oleh masyarakat
antarabangsa. Walaupun Negara Malaysia belum mencapai Negara maju, namun
pembangunan sosioekonomi di Negara ini telah melaksanaan banyak projek-projek
pembangunan termasuk pembinaan Bandar baru, infrastruktur dan kemudahan awam
seperti jalan raya, hospital, pelabuhan, lapangan terbang, sekolah, rumah, bangunan tinggi,
jambatan dan sebagainya. Pembangunan fizikal yang pesat ini telah memberi implikasi
yang besar kepada perubahan landskap Negara.
Kitar semula merupakan salah satu langkah yang dapat diambil untuk
mengurangkan jumlah sampah. Masalah sampah yang semakin bertambah menyebabkan
banyak kawasan pelupusan sampah dibuka dan terdapat 161 buah tapak pelupusan sisa
pepejal telah dibina di Semenanjung Malaysia. Kebanyakan sisa pepejal di Malaysia akan
dihantar ke kawasan tapak pelupusan sampah atau pusat insinerator. Kitar semula bahan-
bahan seperti plastik, kertas, tin, kaca, suratkhabar merupakan suatu cara pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar. Agama Islam telah menetapkan garis panduan mengenai
prinsip-prinsip penjagaan alam sekitar. Walaupun kitar semula ialah suatu isu yang sudah
lama dibicarakan oleh segenap lapisan masyarakat namun sehingga kini aktiviti ini
bukanlah suatu tabiat yang diamalkan oleh warga Malaysia dalam menguruskan sampah
sarap harian.
Salah satu aktiviti kitar semula yang boleh diterapkan dalam diri pelajar adalah
dengan mengitar semula botol plastik. Plastik adalah bahan organik manusia yang terdiri
daripada campuran karbon dan molekul hydrogen. Molekul plastik adalah polimer yang
mengandungi susunan rapat di mana organisma seperti bakteria dan fungus tidak dapat
memisah secara biologikal. Plastik akan hancur jika didedahkan kepada cahaya matahari
dan udara untuk jangka masa yang tertentu tetapi mungkin memakan masa beratus-ratus
tahun melalui proses yang dipanggil photo-axidation. Salah satu contoh kitar semula botol
plastik yang pernah dijalankan adalah program Recyling Awareness Week di mana
0
kerjasama antara Jabatan Biologi, fakulti Sains UPM dengan kerjasama coca-cola
Malaysia memberikan aspirasi kepada warga kampus untuk menjanakan pendapatan dan
melestarikan kampus hijau. Antara aktiviti yang dijalankan adalah warga warga kampus
akan menerima satu botol minuman Coca-Cola 500ml dengan setiap lima botol minuman
kosong yang boleh dikitar semula, satu beg jenama Coca-Cola dengan setiap 10 botol
minuman kosong serta satu t-shirt Coca-Cola dengan setiap 20 botol minuman kosong.
Selain itu UMS juga pernah mengadakan UMS kampus tanpa botol plastik.
Peranan pendidikan dalam alam sekitar sudah tidak dapat dinafikan lagi. Sebagai
contoh dalam Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tentang Alam Sekitar dan
Pembangunan (UNCED) di Rio de Janeiro, Brazil. Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu tentang Persekitaran Manusia(UNCHE) di Stockholm, Sweden (UNESCO, 1972)
dan sebagainya menekankan keperluan kepada penjagaan, pemuliharaan dan pemeliharaan
alam sekitar daripada kemerosotan akibat pembangunan manusia. Situasi ini diperkuatkan
lagi dengan terbitnya laporan Brundtland pada April 1987 yang menyarankan negara-
negara dunia supaya menerapkan pendekatan baru dalam pengurusan alam sekitar melalui
pendekatan pembangunan berterusan Jamilah Hj. Ahmad et.al (2011).Sebagaimana yang
digariskan dalam tiga matlamat utama (UNESCO, 1980), pendidikan alam sekitar
melibatkan kewajipan seperti kesediaan untuk melibatkan diri sebagai anggota komuniti,
kebolehan untuk memperdebatkan polisi awam dan kesediaan untuk memberi sumbangan
untuk kepentingan orang lain.
Namun demikian amalan kitar semula pelbagai aliran di Malaysia masih lemah dan
pelbagai usaha perlu dilakukan. Norizan et. al. (2012) telah membincangkan penglibatan
masyarakat dalam program kitar semula berkait dengan tingkah laku dan persepsi
masyarakat terhadap program kitar semula yang dijalankan. Walaupun terdapat banyak
kajian telah dilaksanakan untuk meningkatkan penglibatan masyarakat dalam program
kitar semula, namun penglibatan dan amalan dalam kalangan masyarakat masih di bawah
kurang memuaskan kerana sikap tidak ambil peduli terhadap kepentingan amalan kitar
semula. Kesedaran terhadap amalan kitar semula masih menjadi persoalan walaupun
program kesedaran telah banyak dijalankan di peringkat global dan tempatan (Norizan et.
al. 2012).
1
Melihat kepada masalah alam sekitar yang semakin menjadi-jadi, maka kerajaan
perlulah melakukan sesuatu bagi menyelamatkan alam sekitar dari terus meruncing. Salah
satu cara yang terbaik adalah dengan bantuan pendidikan sebagai medium untuk memupuk
sikap dan ilmu terhadap alam sekitar. Dengan membekalkan pengetahuan akan
meningkatkan kesedaran dan keprihatinan (sikap) seterusnya akan melahirkan individu
yang mempunyai tingkah laku yang lebih positif terhadap alam sekitar (Kollmus &
Agyeman 2002). Pendidikan alam sekitar juga merupakan asas bagi mewujudkan
masyarakat yang mempunyai kesedaran terhadap alam sekitar, dengan itu akan dapat
melahirkan masyarakat Malaysia yang lebih beretika (Jamaludin 2001).
PERNYATAAN MASALAH
Pada masa ini, masalah sampah sememangnya menjadi isu utama bagi pihak berkuasa
tempatan yang terpaksa membelanjakan banyak wang untuk aktiviti pemungutan dan
pelupusan sampah sarap yang dihasilkan oleh masyarakat. Sampah biasanya dihasilkan
oleh premis-premis perniagaan dankawasan perumahan. Malangnya pembangunan yang
pesat di Malaysia diiringi dengan sikap masyarakat yang kurang bertanggungjawab
terhadap alam sekitar menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa menghadapi kesan negatif
yang mempengaruhi kualiti hidup rakyat kita walaupun kerajaan telah menegaskan
undang-undang dan hukuman bagi golongan yang kurang prihatin atau menceroboh
keseimbangan alam sekitar.
Ramai masyarakat yang mempunyai ilmu pengetahuan tentang kitar semula, tetapi
tidak dapat mengamalkan pengetahuan yang diberikan dan sedia ada. Antaranya kajian
Mohd Yusop, 2003 mengatakan terdapat individu yang menyedari mengenai kempen kitar
semula namun tidak mempraktikkan amalan kitar semula. Dapatan kajian oleh Ridener
(1997) yang mendapati walaupun pelajar mempunyai kesedaran alam sekitar yang tinggi
tetapi dari aspek tingkah laku dan penglibatan pelajar dalam menangani masalah alam
sekitar adalah pada sederhana dan rendah. Ia didapati juga wujud di Malaysia, contoh
kajian oleh Zurina dan Norjan (2003) mengenai tahap kesedaran alam sekitar dalam
2
kalangan pelajar universiti. Oleh itu, pelajar-pelajar perlu diterapkan dan digalakkan
mengikuti aktiviti kitar semula agar menjadi amalan hidup setiap pelajar.
Pelajar sebenarnya tidak terkecuali sebagai penyumbang dalam menghasilkan
sampah. Isu yang timbul ialah adakah pelajar-pelajar ini menyumbang kepada usaha
kerajaan untuk mengurangkan sampah atau sebaliknya? Ataupun mereka sama sepertimana
golongan masyarakat lain yang tidak prihatin dengan usaha kerajaan dalam menangani
masalah sampah ini? Ramai pelajar tidak mengambil peduli tentang sampah yang mereka
hasilkan. Majoriti daripada mereka membuang sampah tanpa memperdulikan adakah
sampah itu boleh dikitar semula atau tidak. Selain itu, mereka juga mencampurkan semua
jenis sampah dalam satu tong tanpa mengasingkannya. Tidak kurang juga dengan golongan
pelajar atau masyarakat awam yang tidak mementingkan kebersihan umum kerana jika
ternampak sampah ditepi-tepi jalan atau sebagainya, mereka tidak mempunyai inisiatif
untuk memungutnya, sebaliknya hanya mengharapkan tukang sapu untuk membersihkan
dan mengendalikannya.
OBJEKTIF KAJIAN
Secara umumnya kajian ini bertujuan untuk:
1. Mengetahui pengetahuan, sikap dan amalan pelajar Malaysia terhadap isu berkaitan
alam sekitar terutamanya kitar semula dan proses kitar semula.
2. Menggunakan hasil kajian untuk membuat cadangan dalam membentuk program
yang akan datang dan mempertingkatkan lagi sistem pengurusan yang sedia ada.
KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini adalah penting bagi:
1. Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan penjagaan alam sekitar
melalui program kitar semula.
2. Meningkatkan pengetahuan tentang amalan kelestarian.
3. Mengubah sikap dalam kalangan pelajar terhadap amalan kitar semula.
3
4. Meningkatkan kualiti pengetahuan dan amalan kitar semula di kalangan pelajar.
TINJAUAN LITERASI
Sejarah dan Perkembangan Isu Alam Sekitar di Malaysia
Sejak 1980-an Malaysia telah melibatkan diri dengan aktif di peringkat antarabangsa
terutamanya dalam isu alam sekitar. Malaysia bukan sahaja bersuara lantang dalam perkara
berkaitan alam sekitar, tetapi juga acap kali menerajui perbincangan yang diadakan di
peringkat serantau dan antarabangsa. Sebagai contohnya, Deklarasi Langkawi pada 1989
telah menjadikan Malaysia sebagai peneraju perjuangan untuk mengatasi masalah
berkaitan alam sekitar dalam kalangan Negara-negara Komanel. Unsur-unsur persekitaran
dianggap begitu penting dan telah diterapkan dalam kerangka pembangunan Malaysia
dengan berlandaskan Deklarasi Langkawi dan Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang
Alam Sekitar dan Pembangunan (UNCED) pada 1992 di Rio de Janeiro, Brazil. Malah
wakil Malaysia pernah menjadi pengerusi kepada Komisyen Pembangunan Berterusan,
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu selepas persidangan tersebut (Jamaluddin 2001).
Malaysia juga telah menghantar Sembilan wakil kanak-kanak daripada Yayasan Anak
Warisan Alam (YAWA) yang berusia di antara 12-14 tahun ke Persidangan Kanak-kanak
berkenaan Alam Sekitar UNEP/TUNZA di Staranger, Norway pada 2008.
Sebelum merdeka, pembangunan Negara ini bertumpu kepada sektor yang
membekalkan bahan mentah. Sejak Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada tahun 1970,
strategi pembangunan ekonomi Malaysia bukan hanya melibatkan perubahan-perubahan
asas di dalam rangka untuk membasmi kemiskinan, tetapi juga telah mempertingkatkan
proses pembangunan pada tahun-tahun berikutnya terutamanya pada dekad 1970 dan 1980.
Bagi tujuan tersebut, proses pembangunan yang bagus dilaksanakan kadang kala tidak
mengambil kira kemungkinan impaknya kepaada alam sekitar. Akibatnya, beberapa
masalah berkaitan alam sekitar muncul selari dengan pembangunan tersebut.Kehidupan
manusia berkait rapat dengan keadaan alam di sekitarnya kerana alam sekitar menyediakan
kemudahan yang pelbagai kepada mereka. Sumber-sumber dari alam sekitar telah
dimanfaatkan oleh manusia untuk tujuan pembangunan ekonomi tersebut tanpa
4
memikirkan kesannya kepada alam sekitar itu sendiri sehingga masalah alam sekitar dan
kepupusan sumber-sumber aslinya nampak begitu ketara. Bagi menangani masalah alam
sekitar terus berleluasa di Negara ini. Setiap punca masalah perlu dikenal pasti dan
pendekatan secara holistic dan realistic perlu diambil.
Aktiviti Kitar Semula
Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) kitar
semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan
keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk
yang sama. Ia juga proses mengolah semula bahan untuk menghasilkan barangan yang
baru dan proses mengitar semula melibatkan usaha mengumpul, memproses dan mengguna
semula bahan-bahan yang pernah dianggap sebagai sampah. Kitar semula mengubah
bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Bahan-
bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat
pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru. Tingkah laku masyarakat
dalam pelaksanaan program kitar semula dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang secara
umumnya boleh dibahagi kepada faktor tingkah laku dan faktor penglibatan masyarakat
dalam program kitar semula. Jika persepsi masyarakt di peringkat awal terhadap program
kitar semula adalah negatif, maka aktiviti kitar semula bagi seseorang penghuni juga
adalah negatif (Wang et.al 1997). Penduduk yang lebih berminat menjalankan aktiviti kitar
semula akan menghasilkan lebih banyak sampah yang boleh dikitar semula berbanding
dengan penduduk yang kurang minat dalam aktiviti kitar semula (Gurder Adams 1990;
Burca et.al. 1994).
Sikap Terhadap Isu Alam Sekitar di Malaysia
Isu-isu alam sekitar sukar untuk diselesaikan kerana aspek pertumbuhan ekonomi dan
keperluan penduduk yang semakin bertambah. Sikap dan komitmen individu terhadap
alam sekitar memainkan peranan dalam isu ini. Penglibatan individu dalam pemuliharaan
alam sekitar merupakan satu langkah besar dalam usaha pemuliharaan alam sekitar.
5
Manusia mesti bijak dalam merancang penggunaan alam sekitar agar dapat mengurangkan
kerosakan alam kepada tahap yang paling minumum. Namun, tingkah laku manusia
semakin rakus dalam mengeksploitasi sumber alam sekitar tanpa memikirkan hak generasi
akan datang.Hasil kajian-kajian sebelum ini menunjukkan bahwa tahap kesedaran alam
sekitar dalam kalangan masyarakat Malaysia belum lagi mencapai tahap yang
membanggakan jika dibandingkan dengan Negara maju seperti Jepun, Denmark dan
German (Jabatan Alam Sekitar Malaysia 1997) sedangkan kesedaran alam sekitar adalah
sangat penting bagi menjamin kelestarian Negara dan mengekalkan alam sekitar yang
sempurna.Selain itu hasil kajian Pusat Sains dan Teknologi Maklumat (MASTIC) 2004
mendapati kesedaran alam sekitar ini semakin meningkat saban tahun.Menurut Dzulkifli
(2005), apa yang kurang dalam masyarakat ialah sikap mengutamakan kesenangan orang
lain dalam penjagaan alam sekitar. Rakyat harus diberi kuasa dengan membekalkan
mereka dengan kaedah dan mekanisme yang sesuai serta mengetahui bagaimana mereka
boleh mengambil bahagian aktif untuk menjaga alam sekitar.
Kesedaran Terhadap Isu Alam Sekitar
Menurut Norlilia (2007), kesedaran terhadap alam sekitar dalam kalangan pelajar di
institusi pengajian tinggi di Malaysia berada pada tahap yang baik dan hasil kajian ini
selari dengan dapatan kajian Ridener (1997) yang mendapati walaupun pelajar mempunyai
kesedaran alam sekitar yang tinggi tetapi dari aspek tingkah laku dan penglibatan pelajar
dalam menangani masalah alam sekitar adalah pada sederhana dan rendah. Kajian Zurina
dan Norjan (2003) mengenai tahap kesedaran alam sekitar dalam kalangan pelajar
universiti.mendapati kesedaran terhadap alam sekitar dalam kalangan pelajar Universiti
Kebangsaan Malaysia adalah pada tahap yang tinggi tetapi kesediaan pelajar untuk terlibat
sama dalam mengatasi masalah alam sekitar adalah terlalu minumum. Kajian yang
dilakukan oleh Berenguer (2007) menunjukkan masyarakat mempunyai kesedaran
terhadap pelbagai masalah alam sekitar termasuklah isu alam sekitar tempatan sehingga
masalah global. Walau bagaimanapun, tingkah laku yang bertanggungjawab terhadap alam
sekitar masih tidak menjadi kebiasaan. Cara bertindak ke atas masalah alam sekitar perlu
menjangkaui kesedaran iaitu kepada tindakan.
6
Tiga faktor yang membawa kegagalan kepada program kitar semula di Malaysia
termasuklah dasar yang tidak proaktif untuk menjadikan kitar semula sebagai alternatif,
kemudahan yang tidak mencukupi dan kesedaran awam yang rendah (Zaini Ujang
2009).Sehingga kini, proses kitar semula banyak dijalankan oleh pihak swasta dengan
harga yang murah dan ini tidak membawa kesan yang menggalakkan dalam kalangan
masyarakat. Selain itu, amalan yang dilakukan oleh kebanyakan pihak juga tidak selari
dengan kempen kitar semula yang dilancarkan. Penggunaan botol plastik dalam mesyuarat
dan restoran menggambarkan sikap sesetengah rakyat Malaysia yang masih belum sedar
akan kepentingan kitar semula walaupun pelbagai kempen dan program kitar semula telah
dijalankan.
Di peringkat sekolah pula, pendidikan perlulah menekankan kesedaran alam sekitar
sama ada secara formal atau tidak formal dan menerapkan kesedaran alam sekitar melalui
pendekatan Alam Sekitar Merentas Kurikulum. Namun, dengan beban mengajar dan
pentadbiran yang agak berat, ada kalanya guru terpaksa menumpukan kepada
tanggungjawab yang lebih utama dan meminggirkan program kesedaran alam sekitar
(Zulkifli Yusop 2007).
Pengetahuan Alam Sekitar
Pengetahuan didefinisikan sebagai kapasiti untuk memperoleh, mengekal dan
menggunakan maklumat; campuran kefahamn, pengalaman, kearifan dan kemahiran
(Jmilah et.al, 2011) Penguasaan pengetahuan ini memerlukan dua asas utama yang saling
melengkapi iaitu konsep sesuatu objek itu difikirkan secara keseluruhan di mana hal ini
memerlukan kebolehan daya fikir, manakala yang kedua ialah konsep yang diperolehi
melalui tanggapan di mana hal ini memerlukan kuasa pancaindera (Ibrahim 1995).
Menurut Ibrahin (1995) juga, pengetahuan secara semula jadinya bergantung kepada cara
perolehan idea yang berbeza iaitu melalui persepsi atau tanggapan, imaginasi, memori,
pengadilan, konsep yang abstrak dan pertimbangan.
Kaplowitz dan Levine (2005) telah menjalankan kajian untuk melihat tahap
pengetahuan tentang isu-isu alam sekitar dalam kalangan pelajar universiti dengan orang
7
awam di Amerika Syarikat. Kajian tersebut mendapati terdapat kolerasi yang positif di
antara tahap pendidikan, bidang pengajian dan tahap pengetahuan alam sekitar. Tinjauan
mereka juga mendapati pelajar di peringkat sarjana dan doctor falsafah dalam bidang
pengajian yang berkaitan dengan sains seperti perubatan, sains dan agrikultur mempunyai
pengetahuan yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar di peringkat ijazah sarjana muda
dan bidang pengajian yang tidak berkaitan dengan sains seperti bidang kemanusiaan.
Kepentingan Kesedaran dan Amalan Terhadap Alam Sekitar
Secara keseluruhannya, boleh dikatakan pendidikan merupakan salah satu usaha yang agak
penting untuk memupuk kesedaran dan amalan tentang kepentingan alam sekitar dan
seterusnya dapat mengurangkan isu pencemaran alam sekitar. Usaha ini dapat dilihat
dengan jelas di mana pelajar akan dididik dari awal akan kesedaran tentang alam sekitar
dan seterusnya menganjurkan pelbagai aktiviti yang boleh diamalkan oleh pelajar dan
akhirnya menjadi suatu amalan yang baik. Bahkan nilai dan kesedran ini boleh dibentuk
bukan sahaja di dalam kelas alam sekitar, tetapi juga di dalam kelas-kelas lain yang boleh
merentas kurikulum dan di dalam aktiviti kelab persatuan. Untuk mencapai keberkesanan
pendidikan alam sekitar dan pembangunan hendaklah dikendalikan dengan mengambil kira
persekitaran biologi, fizikal, sosioekonomi yang dinamik, pembangunan manusia dan juga
kerohanian.
Oleh demikian, kerajaan dan pihak yang bertanggungjawab perlu berusaha dan
menganjurkan aktiviti bagi menyumbang kesedaran alam sekitar. Menurut kajian Jamlah
et. al (2011) NGO seperti World Wide Fund for Nature (WWF) dan persatuan Pencipta
Alam, bank-bank perdagangan dan beberapa syarikat besar seharusnya menjadi
penyumbang dana bagi menganjurkan aktiviti kesedaran alam sekitar terutamanya
menerusi media elektronik dan media cetak. Oleh itu, ruangan kesedaran alam sekitar di
media utama perlu diperluaskan dengan penyampaian yang lebih menarik dan sisesuaikan
dengan setiap kelompok masyarakat (Zulkifli Yusop 2007). Dari aktiviti atau anjuran
tersebut, kita mestilah menetapkan sasaran kita iaitu para pelajar yang akan memastikan
pembangunan Negara pada masa depan.
8
Oleh yang demikian, kita dapat simpulkan bahwa penguasaan ilmu pengetahuan
tentang isu-isu alam sekitar yang padat dapat menbantu masyarakat menyedari dan
menghargai alam sekitar dengan lebih baik dan mampu mengekalkan kualiti alam sekitar.
Contohnya model awal tingkah laku Kollmus dan Agyeman (2002), menyatakan bahwa
terdapat hubungan linear di antara pengetahuan, kesedaran dan sikap serta tingkah laku
terhadap alam sekitar dinyatakan di dalam model tingkahlaku pro-alam sekitar. Menurut
model ini, dengan membekalkan pengetahuan akan meningkatkan kesedaran dan sikap
seterusnya akan melahirkan individu yang mempunyai tingkah laku yang lebih positif
terhadap alam sekitar seperti Rajah 1 di bawah.
METODOLOGI
Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu melalui kaedah tinjauan menggunakan
borang soal selidik. Responden kajian adalah terdiri daripada pelajar lepasan PT3 di salah
sebuah sekolah PPD Sepang. Responden yang dipilih adalah secara rawak dengan
menumpukan kepada pelajar lepasan PT3 yang mengikuti aktiviti 3R yang dijalankan.
Sejumlah 40 borang soal selidik telah diedarkan selepas pelajar mengikuti aktiviti 3R iaitu
kitar semula botol menjadi lampu bilik tidur, rama-rama dan tempat penanaman pokok
bawang. Borang soal selidik yang dibina dibahagikan kepada empat bahagian iaitu
bahagian A mengenai amalan kitar semula bahan plastik, bahagian B mengenai sikap
terhadap kelestarian alam sekitar, bahagian C mengenai pengetahuan mengenaialam sekitar
dan bahagian D yang berkait dengan kesedaran kelestarian alam sekitar. Skala Likert telah
digunakan dalam pengujian tahap pandangan responden terhadap kelestarian alam sekitar.
Data yang diperolehi mudah diproses dengan bantuan komputer (Ahmad Mahdzan
Ayob 2002) di mana data yang dikumpul melalui soal selidik ini telah diproses dan
dianalisis dengan program Microsoft Excel. Analisis dibuat menggunakan frekuensi dan
9
peratus. Hasil analisis diterjemahkan dalam bentuk jadual, carta dan graf berserta dengan
keterangan untuk menjelaskan setiap maklumat yang diperolehi.
DAPATAN HASIL KAJIAN
Amalan Kitar Semula Mengunakan Bahan Plastik
Sebanyak 6 soalan telah ditanya mengenai amalan pengunaan botol plastik dan amalan
kitar semula botol plastik dalam bahagian ini.Hasil kajian mendapati tahap amalan kitar
semula mengunakan botol plastik adalah di tahap yang rendah.Hanya 48% responden
sangat bersetuju dan bersetuju mengamalkan pengunaan botol dengan betul dan
mengamalkan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian.Manakala responden
menjawab kurang setuju memberi maksud jarang atau kadangkala mengamalkan amalan
kitar semula botol plastik adalah sebanyak 25% responden dan tidak pernah atau sangat
jarang mengamalkan amalan kitar semula plastik sebanyak 27% responden.Hal ini dapat
dilihat pada soalan “saya tidak membuang botol plastik ke dalam tong sampah”
menunjukkan sebanyak 14 responden masih mengamalkan amalan kurang baik ini.
Jadual 1. Amalan Kitar Semula Bahan Plastik
Amalan Kitar Semula Bahan Plastik
Sangat
Tidak
setuju
Tidak
Setuju
Kuran
g
Setuju
Setuju
Sanga
t
Setuju
1 Saya menghantar botol plastik ke
pusat kitar semula
4 5 7 17 7
2 Saya jarang membeli minuman
dalam botol plastic
7 5 15 8 5
3 Saya mengurangkan penggunaan
botol plastik untuk penjagaan
alam sekitar
2 3 13 17 5
4 Saya tidak membuang botol 14 7 7 9 3
10
plastik ke dalam tong sampah
5 Saya membawa botol air sendiri
semasa berada di luar
4 3 8 12 13
6 Saya menyertai program
berkaitan kelestarian alam sekitar
4 6 10 11 9
15%
12%
25%
31%
18%
Sangat Tidak SetujuTidak SetujuKurang SetujuSetujuSangat Setuju
Graf 1: Peratusan Amalan Kitar Semula Mengunakan Bahan Plastik.
Sikap Terhadap Kelestarian Alam Sekitar
Berdasarkan analisis kajian yang telah dijalankan kepada responden mengenai sikap
terhadap kelestarian alam sekitar, menunjukkan responden mempunyai sikap yang positif
kerana sebanyak 73% responden memberi respon sangat setuju dan setuju terhadap 5
soalan yang diberikan. Hal ini dapat ditunjukkan melalui soalan “menjaga alam sekitar
adalah tanggungjawab saya” sebanyak 34 responden menjawab setuju dan sangat setuju.
Selain itu soalan “ saya sayangkan alam sekitar” mendapat respon yang banyak setuju dan
sangat bersetuju menunjukkan sikap responden berada di tahap yang positif. Manakala
20% responden memberi respon kurang setuju terhadap soalan yang diberikan
menunjukkan sikap yang sederhana terhadap kelestarian alam sekitar.Seterusnya, terdapat
hanya 7% responden menunjukkan sikap yang negatif terhadap kelestarian alam sekitar.
11
Jadual 2. Sikap Terhadap Kelestarian Alam Sekitar
Amalan Kitar Semula Bahan Plastik
Sangat
Tidak
setuju
Tidak
Setuju
Kurang
SetujuSetuju
Sangat
Setuju
1 Saya sanggup menyumbang
sebahagian kecil pendapatan saya
untuk kelestarian alam sekitar
2 2 8 26 2
2 Menjaga Alam Sekitar adalah
tanggungjawab saya
1 0 5 20 14
3 Saya sanggup mengurangkan
keselesaan hidup saya demi
kelestarian alam sekitar
1 4 14 18 3
4 Saya percaya saya boleh
menyumbang tenaga untuk
kelestarian alam sekitar
1 1 6 24 8
5 Saya sanggup membayar lebih
produk yang mesra alam sekitar
0 3 12 22 3
6 Saya sayangkan alam sekitar 0 1 3 11 25
12
2%
5%
20%
50%
23%
Sangat Tidak SetujuTidak SetujuKurang SetujuSetujuSangat Setuju
Graf 2 : Sikap Terhadap Kelestarian Alam Sekitar
Pengetahuan Mengenai Alam Sekitar Dan Kelestarian
Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan mengenai alam sekitar dan kelestarian
responden berada di tahap yang tinggi.Hal ini dapat dilihat melalui respon responden
terhadap 6 soalan yang diberikan iaitu sebanyak 80% responden memberi respon sangat
bersetuju dan bersetuju terhadap soalan yang diberikan. Responden mengetahui setiap
sumber bumi perlu digunakan dengan beretika melalui soalan “bumi mempunyai banyak
sumber sekiranya kita mengunkankannya dengan beretika” mendapat bilangan responden
yang tinggi iaitu 35 responden satuju dan sangat setuju.Manakala 8% responden berada di
tahap sederhana pengetahuan mengenai alam sekitardan 13% responden berada di tahap
pengetahuan yang rendah.
Jadual 4. Pengetahuan Mengenai Alam Sekitar dan Kelestarian
Amalan Kitar Semula Bahan Plastik
Sangat
Tidak
setuju
Tidak
Setuju
Kurang
SetujuSetuju
Sangat
Setuju
1 Sains dan Teknologi boleh
menyelesaikan masalah alam
sekitar
2 1 4 23 10
13
2 Bumi mempunyai banyak sumber
sekiranya kita menggunakannya
dengan beretika
0 2 3 16 19
3 Pembangunan ekonomi lebih
penting daripada melindungi
sumber alam semula jadi
5 6 10 12 7
4 Pendidikan alam sekitar penting
dalam kurikulum sekolah
1 5 2 20 12
5 Saya peka terhadap isu alam
sekitar di Malaysia
2 1 6 20 11
5%7%
8%
49%
31%
Sangat Tidak Setuju
Tidak Setuju
Kurang Setuju
Setuju
Sangat Setuju
Graf 3: Pengetahuan Alam Sekitar dan Kelestarian
Kesedaran Terhadap Kelestarian Alam Sekitar
Pada bahagian ini sebanyak 5 soalan ditanya kepada responden untuk dijawab.Hasil
dapatan mendapati tahap kesedaran responden terhadap kelestarian alam sekitar yang
14
tinggi apabila sebanyak 82% responden memberi respon sangat setuju dan setuju terhadap
soalan-soalan yang diberikan.Tahap kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar responden
berada di tahap yang tinggi dapat dirujuk melalui soalan “ semua pihak mempunyai
peranan masing-masing dalam menjaga alam sekitar dan kelestariannya” iaitu seramai 36
responden setuju dan sangat setuju dengan soalan ini. Walaubagaimanapun terdapat juga
responden mempunyai tahap kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar di tahap
sederhana iaitu sebanyak 12% responden dan 5% berada di tahap yang rendah untuk
bahagian ini.
Jadual 3. Tahap Kesedaran Alam Sekitar dan Kelestarian
Amalan Kitar Semula Bahan Plastik
Sangat
Tidak
setuju
Tidak
Setuju
Kurang
SetujuSetuju
Sangat
Setuju
1 Pihak sekolah berperanan memberi
pendidikan alam sekitar kepada
pelajar
2 2 3 18 15
2 Pencemaran berlaku disebabkan
oleh penggunaan botol plastik
berlebihan
2 3 5 21 9
3 Penggunaan botol plastik boleh
digantikan dengan bahan lain yang
mesra alam
2 1 5 16 16
4 Kelestarian alam sekitar menjamin
kualiti hidup yang lebih baik untuk
masa hadapan
1 3 4 15 17
5 Semua pihak mempunyai peranan
masing-masing dalam menjaga
alam sekitar dan kelestariannya
1 0 3 14 22
15
4% 5%
10%
42%
40%Sangat Tidak SetujuTidak SetujuKurang SetujuSetujuSangat Setuju
Graf 4: Kesedaran Kelestarian Alam Sekitar
PERBINCANGAN
Masalah sampah sememangnya menjadi isu utama bagi pihak berkuasa tempatan yang
terpaksa membelanjakan banyak wang untuk aktiviti pemungutan dan pelupusan sampah
sarap yang dihasilkan oleh masyarakat hal yang boleh menjadi masalah baharu dalam
kerosakan alam sekitar dan kelestarian.Majoriti daripada mereka membuang sampah tanpa
memperdulikan adakah sampah itu boleh dikitar semula atau tidak. Selain itu, mereka juga
mencampurkan semua jenis sampah dalam satu tong tanpa mengasingkannya. Tidak
kurang juga dengan golongan pelajar atau masyarakat awam yang tidak mementingkan
kebersihan umum kerana jika ternampak sampah ditepi-tepi jalan atau sebagainya, mereka
tidak mempunyai inisiatif untuk memungutnya, sebaliknyahanya mengharapkan tukang
sapu untuk mengendalikannya.
Maka kita perlu membuat kesadaran tentang pentingnya alam sekitar dikalangan
masyarakat umum dan pelajar-pelajar supaya kita memberi kesedaran kepada pelajar
tentang kepentingan penjagaan alam sekitar melalui program kitar semula, meningkatkan
pengetahuan tentang amalan kelestarian,mengubah sikap dalam kalangan pelajar terhadap
amalan kitar semula dan meningkatkan kualiti pengetahuan dan amalan kitar semula di
kalangan pelajar melalui aktiviti langsung disekolah. Kajian ini menggunakan kaedah
kuantitatif iaitu melalui kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik. Responden
kajian adalah terdiri daripada pelajar lepasan PT3 di salah sebuah sekolah PPD Sepang.
16
Responden yang dipilih adalah secara rawak dengan menumpukan kepada pelajar lepasan
PT3 yang mengikuti aktiviti 3R yang dijalankan. Sejumlah 40 borang soal selidik telah
diedarkan selepas pelajar mengikuti aktiviti 3R iaitu kitar semula botol menjadi lampu
bilik tidur, rama-rama dan tempat penanaman pokok bawang.
Dari kajian yang telah kami dari kumpulan jalankan bahwa dari segi amalan kitar
semula 48% responden sangat bersetuju dan bersetuju mengamalkan pengunaan botol
dengan betul dan mengamalkan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian. Manakala
responden menjawab kurang setuju memberi maksud jarang atau kadangkala
mengamalkan amalan kitar semula botol plastik adalah sebanyak 25% responden dan tidak
pernah atau sangat jarang mengamalkan amalan kitar semula plastik sebanyak 27%
responden. Hasilnya menunjukkan bahwa lebih separuh mengamalkan alam sekitar. Ini
menunjukkan bahwa sudah ada peningkatan tentang amalan kitar semula.
Dari hasil tentang sikap terhadap alam sekitar, sebanyak 73% setuju tentang sikap
alam sekitar dengan soalan “menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab saya” sebanyak
34 responden menjawab setuju dan sangat setuju. Selain itu soalan “ saya sayangkan alam
sekitar” mendapat respon yang banyak setuju dan sangat bersetuju menunjukkan sikap
responden berada di tahap yang positif. Manakala 20% responden memberi respon kurang
setuju terhadap soalan yang diberikan menunjukkan sikap yang sederhana terhadap
kelestarian alam sekitar.Seterusnya, terdapat hanya 7% responden menunjukkan sikap
yang negatif terhadap kelestarian alam sekitar. Ini membuktikan bahwa semua pelajar
boleh membawa diri dalam menjaga alam sekitar.
Dari segi pengetahuan alam sekitar, sebanyak 80% responden memberi respon
sangat bersetuju dan bersetuju terhadap soalan yang diberikan. Responden mengetahui
setiap sumber bumi perlu digunakan dengan beretika melalui soalan “bumi mempunyai
banyak sumber sekiranya kita mengunkankannya dengan beretika” mendapat bilangan
responden yang tinggi iaitu 35 responden satuju dan sangat setuju. Manakala 8%
responden berada di tahap sederhana pengetahuan mengenai alam sekitardan 13%
responden berada di tahap pengetahuan yang rendah. Tapi ini sudah masuk dalam tahap
yang sangat memuaskan.
17
Dari segi kesadaran alam sekitar, sebanyak 82% responden memberi respon sangat
setuju dan setuju terhadap soalan-soalan yang diberikan.Tahap kesedaran terhadap
kelestarian alam sekitar responden berada di tahap yang tinggi ini dibuktikan hanya 12%
yang tidak sadar tentang alam sekitar
Dari 4 segi yang telah kami lakukan tampak jelas bahwa kesemua pelajar sudah
mulai mengamalkan alam sekitar itu dilihat dari persentasi pelajar tentang soal selidik yang
diberikan.
KESIMPULAN
Kitar semula merupakan salah satu langkah yang boleh diambil dalam mengurangkan
jumlah sampah. Kitar semula seperti plastik, kertas, tin, dan suratkhabar merupakan salah
satu cara pemeliharaan alam sekitar. Salah satu aktiviti yang boleh diterapkan dalam diri
pelajar adalah mengitar semula botol plastik menjadi barang baharu dan barang yang
bernilai.
Kitar semula botol plastik dalam diri pelajar sangat penting dalam penjagaan alam
sekitar, meningkatkan pengetahuan tentang amalan kelestarian, mengubah sikap dalam
kalangan pelajar terhadap amalan kitar semula dan meningkatkan kualiti pengetahuan alam
sekitar pada pelajar. Kitar semula yang diterapkan disekolah menggunakan botol plastik
bekas adalah pembuatan lampu tidur, rama-rama, dan tempat penanaman pokok bawang.
Berdasarkan hasil soal selidik yang dibahagikan kepada pelajar dari segi amalan kitar
semula 48% responden sangat bersetuju dan bersetuju mengamalkan pengunaan botol
dengan betul dan mengamalkan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian, sebanyak
73% responden memberi respon setuju tentang sikap terhadap alam sekitar, dan dari segi
pengetahuan alam sekitar sebanyak 80% responden memberi respon sangat bersetuju dan
bersetuju terhadap soalan yang diberikan. Sedangkan dari segi kesadaran alam sekitar,
sebanyak 82% responden memberi respon sangat setuju dan setuju terhadap soalan-soalan
yang diberikan. Melihat pencapaian soalan selidik tampak bahwa kesemua pelajar sudah
mulai mengamalkan alam sekitar baik itu disekolah mahupun dirumah.
18
RUJUKAN
Ahmad Mahdzan Ayob 2002. Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Berenguer, J. 2007. The effect of empathy in proenvironmental attitudes and behaviours.
Journal of Environment & Behaviour 39(2): 269-283.
Burca, D. D., Dodd, V. A. Dennison, G. J., Cullinan, N., & Madden, N. 1994. Assessing
the Role of Kerbside Recycling in Municipal Waste Management in the Dublin
Region. Proceeding of the 10th International Conference on Solid Waste
Management, Philadelphia: USA.
Dzulkifli, A.R. 2005. Make a Difference: Learn to Last. Education for Sustainable
Development: The Role of Universities as Regional Centre of Expertise. Pulau
Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Gruder Adams, S. (1990). Recycling in Multifamily Units. BioCycle. April. pp. 36-37.
Norlila, T. 2007. Perlaksanaan Pendidikan Alam Sekitar di sekolah-sekolah menengah
daerah Seremban. Projek Penyelidikan Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.
19
Ridener. (1997). University Students Attitude to the Environment.An Australian/ USA
Comparison and the Effects of an Educational Program. Australia Journal of
Environmental Education, 13(1), 77-84.
Wang, F. S., Richardson A. J. & Roddick F. A.1997. Relationships Between Set-out Rate,
Participation Rate and Set-out Quantity in Recycling Program. Journal of
Resources, Conservation and Recycling. No 20. pp:1-7
Zaini Ujang. 2009. Pembangunan Negara dan Pemuliharaan Alam Sekitar Johor: Penerbit
Universiti Teknologi Malaysia, hlm 194. hlm.6.
Zurina, M., & Norjan, Y. 2003. Environment awareness among students at National
University of Malaysia. National seminar proceeding on environment. Bangi.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
20