Ya Allah

Embed Size (px)

Citation preview

Ya Allah, keluarkan kmi dari gelapnya kebingungan dan muliakan kami dengan cahaya pemahaman. Ya Allah, bukakan kepada kami pintu-pintu rahmat-Mu, dan curahkan kepada kami khazanah-khazanah ilmu-Mu dengan rahmat-Mu wahai Yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihi.

Ya Allah, bahawa sesungguhnya kami memohon ke hadrat Mu mendapatkan seluruh kebaikan di sepanjang hari ini, dari awal pembukaannya, dengan petunjuk hidayah Mu. Kami mohon berlindung kepada Mu dari sebarang kejahatan yang terdapat pada hari ini, pada hari sebelumnya dan pada hari selepasnya.

Ya Allah, ya tuhan kami, baikpulihkanlah pegangan agama kami, kerana agamalah yang menjadi kuasa pengawal segala urusan hidup kami. Perbaikkanlah segala urustadbir persoalan keduniaan kami, kerana di dalamnya kami menjalani kehidupan kami. Perbaikkanlah urustadbir urusan akhirat kami, kerana disanalah destinasi tempat kembali kami.

Ya ALLAH YA RAHMAN YA ROHIM, Jadikanlah penerusan kehidupan ini peluang penambahan segala kebaikan kami, dan kematian kami nanti sebagai detik ketika mendapat ketenangan dan kerehatan.

Ya Allah, jadikanlah perkhidmatan dan pekerjaan kami, termasuk dalam budaya kerja cemerlang, memenuhi ciri-ciri Ubudiyyah, Masuliyyah dan Itqan, sebagai amalan soleh yang mendapat keberkatan dan keredaan Mu.

Ya Allah, jauhkanlah kami daripada sebarang perbuatan menyeleweng sama ada penyelewengan masa, material dan tenaga, sebaliknya jadikanlah kami sebagai orang yang memberi tumpuan kepada kerja dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kami kerana sesungguhnya kami amat takut kepada peringatan balasan Mu nanti terhadap orang-orang yang mengabaikan tanggungjawab.

.