8
1/8 DIKEMASKINI: 07 FEBRUARI 2013 SUKAN MALAYSIA XVI, KUALA LUMPUR 2013 PERATURAN PERTANDINGAN WOODBALL (LELAKI DAN WANITA) 1.0 PERATURAN AM 1.1 Pertandingan adalah tertakluk kepada Undang-undang Am dan Peraturan-peraturan SUKAN MALAYSIA XVI, KUALA LUMPUR 2013 yang sedia ada. 1.2 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang Woodball sebagaimana yang telah ditetapkan oleh International Woodball FEDERATION (IWBF) 1.3 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, maka undang-undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi. 1.4 Kejadian luar dugaan dan tidak dinyatakan di dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :- 1.4.1 Sebarang kejadian akan diputus berdasarkan kepada PERATURAN AM SUKAN MALAYSIA XVI, KUALA LUMPUR 2013 1.4.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Woodball SUKAN MALAYSIA XVI, KUALA LUMPUR 2013 adalah muktamad. 1.5 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan SUKAN MALAYSIA XVI, KUALA LUMPUR 2013 muktamad. 2.0 TARIKH PERTANDINGAN 29hb Jun – 3hb Julai 2013 3.0 TEMPAT PERTANDINGAN OUG Woodball Garden, Taman OUG Jalan Awan Besar, Off Jalan Kelang Lama

Wood Ball

Embed Size (px)

DESCRIPTION

share

Citation preview

  • 1/8

    DIKEMASKINI: 07 FEBRUARI 2013

    SUKAN MALAYSIA XVI, KUALA LUMPUR 2013PERATURAN PERTANDINGAN WOODBALL

    (LELAKI DAN WANITA)

    1.0 PERATURAN AM

    1.1 Pertandingan adalah tertakluk kepada Undang-undang Amdan Peraturan-peraturan SUKAN MALAYSIA XVI, KUALA LUMPUR2013 yang sedia ada.

    1.2 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung,pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undangWoodball sebagaimana yang telah ditetapkan olehInternational Woodball FEDERATION (IWBF)

    1.3 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya,maka undang-undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akandipatuhi.

    1.4 Kejadian luar dugaan dan tidak dinyatakan di dalam peraturanberkenaan akan diputuskan seperti berikut :-

    1.4.1 Sebarang kejadian akan diputus berdasarkan kepadaPERATURAN AM SUKAN MALAYSIA XVI, KUALA LUMPUR2013

    1.4.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan olehJawatankuasa Teknikal dan Pertandingan WoodballSUKAN MALAYSIA XVI, KUALA LUMPUR 2013 adalahmuktamad.

    1.5 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal danPertandingan SUKAN MALAYSIA XVI, KUALA LUMPUR 2013muktamad.

    2.0 TARIKH PERTANDINGAN

    29hb Jun 3hb Julai 2013

    3.0 TEMPAT PERTANDINGAN

    OUG Woodball Garden, Taman OUG Jalan Awan Besar, Off JalanKelang Lama

  • 2/8

    4.0 PENYERTAAN

    4.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua negeri danhendaklah dibuat melalui Majlis Sukan masing-masing.

    4.2 Setiap kontinjen hanya boleh mendaftarkan satu (1) pasukanlelaki dan satu (1) Pasukan wanita yang terdiri daripada :-

    5.0 KELAYAKAN PESERTA

    5.1 Hanya peserta yang lahir pada tahun 1992 dan selepasnyasahaja yang layak didaftarkan oleh sesuatu pasukan.

    5.2 Semua pasukan hendaklah mengemukakan dua (2) salinan kadpengenalan dan tiga (3) keping gambar berukuran pasportantarabangsa bagi setiap peserta bersama dengan borangpendaftaran peserta. Bagi peserta PDRM, kesahihan tarikh lahirhendaklah disahkan oleh Pengerusi / Setiausaha Majlis SukanPDRM. Peserta yang dipilih daripada anggota Angkatan TenteraMalaysia hendaklah mengemukakan salinan kad pengenalanBAT C 10 sebagai pengenalan rasmi masing-masing.Pendaftaran yang menggunakan salinan dokumen KPPK 1/9atau KPPK 1/11 adalah dibenarkan.

    5.3 Hanya peserta-peserta yang didaftarkan dengan yuranpendaftaran RM 100.00 seorang mengikut Peraturan Am Perkara6.2 sahaja yang layak menyertai pertandingan ini.

    5.4 Peserta-peserta gantian mesti dikemukakan tidak lewatdaripada 1 Jun 2013 dengan disertakan yuran pendaftaranRM100.00 seorang (sila rujuk kepada peraturan Am perkara 4.9).

    5.5 Tertakluk kepada Peraturan Am perkara 21.9 peserta yangberkhidmat dengan PDRM tidak boleh mewakili mana-mana

    PERANAN LELAKI WANITA

    Pengurus Pasukan 1 Orang 1 Orang

    Jurulatih 1 Orang 1 Orang

    Pemain 8 Orang 8 Orang

    JUMLAH 10 Orang 10 Orang

  • 3/8

    Kontingen / negeri kecuali mendapat kebenaran bertulisdaripada Majlis Sukan berkenaan.

    5.6 Atlet-atlet yang sedang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi(IPT) yang mendapat tajaan biasiswa/dermasiswa daripadaKerajaan Negeri hendaklah dibenarkan mewakili negeri yangmenaja mereka.

    5.7 Kelayakan atlet kebangsaan adalah merujuk kepada PeraturanAm Perkara 4.6, Sukan Malaysia XVI, Kuala Lumpur 2013.

    5.8 Taraf pemastautin peserta adalah tertakluk kepada PeraturanAm Perkara 21.11.

    6.0 TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN

    6.1 Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan satu (1) hari sebelumpertandingan pertama dijalankan pada 29 Jun 2013 bertempatdi Sektor Rukun Tetangga, Taman OUG, Jalan Awam Besar, OffJalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada jam 4.00 petang.

    6.2 Pengurus-pengurus pasukan dikehendaki mengemukakansenarai nama pemain mereka dengan bukti-bukti kesahihanpenyertaan mereka

    6.3 Senarai peserta yang disahkan semasa Taklimat MesyuaratPasukan adalah muktamad.

    6.4 Penggantian, pertukaran atau tambahan atlet TIDAK bolehdibuat semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan (sila rujuk kepadaPerkara 5.4 dalam peraturan ini.)

    7.0 ACARA-ACARA

    7.1 Acara Woodball Lelaki dan Wanita

    8.0 PERATURAN PERTANDINGAN

    8.1 Masa Permainan

    Setiap peserta harus bermula pada masa yang ditetapkanoleh Jawatankuasa Pertandingan. Semua pemain perlulahmendaftar sendiri di kaunter pandaftaran. Semua pemainperlu menyemak masa permainan dan perlu berada lima

  • 4/8

    belas (15) minit sebelum masa tee-off dan berada di petakpermulaan yang ditentukan lima (5) minit sebelum masatee-off. Jadual pertandingan akan diletakkan di papankenyataan. Mana mana pemain yang melanggar peraturanini akan menyebabkan beliau tidak layak untuk bermain ataudikenakan penalti jumlah pukulan yang maksimum di gateyang terlibat.

    Masa permainan (tee-off)

    Sesi Pagi : 9.00 pagiSesi Petang : 2.30 petang

    8.2 Peralatan Yang Dibenarkan

    Peralatan Woodball yang digunakan semasa pertandinganperlulah selaras dengan spesifikasi yang ditetapkan didalamsenarai Woodball Equipment yang dikeluarkan oleh IWbF .Hanya jenama yang diluluskan oleh IWbf sahaja dibenarkanuntuk digunakan semasa kejohanan. Bola yang diwarnakanatau mallet yang diletakkan kepingan logam di penutupgetah mallet tidak dibenarkan sama sekali.

    8.2.1 Penukaran Mallet dan Bola

    Pemain tidak dibenarkan untuk menukar Mallet/Clubsemasa permainan kecuali bola dibenarkan untukditukar sebelum tee-off pada setiap fairway tetapidengan kebenaran atau pengetahuan pemain lainyang berada di dalam flight yang sama.

    8.3 Kod Etika Pakaian

    Pemain perlu memakai baju T berkolar yang dimasukkan kedalam seluar (Tucked In), berseluar panjang yang kasual(seluar track dan jeans tidak dibenarkan) dan kasut sukan.

    8.4 Keputusan

    Jawatankuasa Pertandingan akan melantik Rules Committeeyang dianggotai Tournament Director, Asst. Tournament Directordan Chief Referee di mana segala keputusan yang melibatkanpertandingan adalah muktamad.

  • 5/8

    9.0 JADUAL PERTANDINGAN

    9.1 Undian kumpulan akan dibuat lebih awal oleh pihak pengeloladalam satu upacara khas untuk pengundian.

    9.2 Semua pertandingan akan dimulakan mengikut jadual yangditetapkan kecuali dinyatakan sebaliknya.

    10.0 SISTEM PERTANDINGAN

    10.1 Acara Berpasukan

    Setiap negeri boleh menghantar maksimum satu (1) pasukanlelaki dan satu (1) pasukan perempuan dan setiap pasukanlelaki dan perempuan boleh disertai oleh empat (4) pemain.Pemain bagi acara berpasukan juga boleh didaftarkan bagimenyertai acara perseorangan

    Keputusan atau jumlah pukulan pemain dari acara berpasukanakan dikira secara automatik bagi acara perseorangansekiranya pemain tersebut didaftarkan bagi acaraperseorangan.

    10.2 Acara Perseorangan

    Setiap negeri boleh menghantar/mendaftar maksimum enam(6) orang pemain bagi setiap acara perseorangan lelaki danperempuan.

    Jumlah pukulan yang diperolehi oleh peserta-peserta individudalam acara berpasukan dikira untuk acara individu.

    Senarai dua belas (12) pemain terbaik akan bermain dalamperlawanan akhir bagi menentukan pemenang.

    10.3 Acara Bergu

    Setiap negeri boleh menghantar / mendaftar maksimum dua (2)bergu bagi setiap acara bergu lelaki , bergu perempuan danbergu campuran yang terdiri daripada dua (2) orang pemainbagi setiap bergu.

  • 6/8

    10.4 Skor (Score)

    10.4.1 Keputusan adalah berdasarkan jumlah pukulan untuk 48gate, yang di pertandingkan sebanyak dua (2) pusingan(24 gate setiap pusingan).

    10.4.2 Bagi acara perseorangan, pemain yang mendapatjumlah pukulan yang terendah akan dikira sebagaipemenang.

    Pemain yang menduduki senarai dua belas (12) pemainyang teratas selepas bermain sebanyak dua (2) pusinganakan layak bermain di perlawanan akhir bagimenentukan pemenang

    Bagi perlawanan akhir, jumlah pukulan diambil daripermainan untuk 24 gate.

    10.4.3 Bagi acara berpasukan, pasukan yang mendapat jumlahpukulan yang terendah akan dikira sebagai pemenang.

    10.4.4 Bagi acara bergu dan bergu campuran, bergu yangmendapat jumlah pukulan terendah akan dikira sebagaipemenang.

    Jumlah pukulan akan dikira dari permainan untuk 12gate.

    10.4.5 Sekiranya jumlah mata terikat, maka keputusan akanditentukan berdasarkan pemain / pasukan yangmencatatkan jumlah pukulan yang terendah mengikutfairway di dua belas (12) fairway yang terakhir. Jikakeputusan masih sama, maka keputusan akan ditentukanoleh pihak Jawatankuasa Pertandingan.

    10.4.6 Jika permainan ditangguhkan disebabkan oleh sesuatuyang tidak dapat dielakkan, jumlah mata / pukulan padagate yang sebelumnya akan diambil. Jika keadaanmembenarkan permainan diteruskan, pengungumanakan dibuat oleh Pengarah Pertandingan , semua pemainperlu meneruskan permainan dari gate tee-off yangterakhir.

  • 7/8

    10.4.7 Jika terdapat sebarang perkara yang menyebabkanpermainan 48 gate tidak dapat dijalankan,Jawatankuasa Pertandingan berkenaan berhak untukmembatalkan mana-mana pusingan bergantung kepadabudi bicara Jawatankuasa tersebut.

    11.0 PEMBATALAN

    11.1 Seseorang pemain yang dibatalkan daripada sesuatu pusingantidak bermakna ia dibatalkan terus daripada menyertaipertandingan seterusnya melainkan diputuskan olehJawatankuasa Pertandingan.

    12.0 UNDIAN

    12.1 Masa permulaan dan penentuan kumpulan untuk pusinganpertama dan kedua akan ditentukan oleh JawatankuasaPertandingan.

    13.0 HADIAH- HADIAH

    13.1 Pingat-pingat yang disediakan adalah seperti berikut :-

    LELAKI

    ACARA EMAS PERAK GANGSA

    Individu Lelaki 1 1 1

    Berpasukan Lelaki 1(4) 1(4) 1(4)

    Bergu Lelaki 1(2) 1(2) 1(2)

    JUMLAH 3 (7) 3 (7) 3 (7)

  • 8/8

    WANITA

    ACARA EMAS PERAK GANGSA

    Individu Perempuan 1 1 1

    Berpasukan Perempuan 1(4) 1(4) 1(4)

    Bergu Perempuan 1(2) 1(2) 1(2)

    JUMLAH 3 (7) 3 (7) 3 (7)

    CAMPURAN

    ACARA EMAS PERAK GANGSA

    Bergu Campuran 1(2) 1(2) 1(2)

    JUMLAH 1 (2) 1 (2) 1 (2)

    13.2 Bagi mana-mana kategori sekiranya pemenang pingat emas,perak dan gangsa dimenangi oleh satu konitnjen (negeri) makasecara automatik pemenang pingat gangsa akan diberikanpemenang berikutnya yang terdiri dari negeri yang berbeza.

    13.3 Pemberian pingat-pingat kemenangan adalah tertaklukkepada Peraturan Tetap Perkara 16.3.

    Disediakan oleh:

    Jawatankuasa Teknikal dan PertandinganSUKAN MALAYSIA XV1, KUALA LUMPUR 2013