12
HHHC 9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME SET 24 SEMESTER 2 2014/2015 REFLEKSI AKHIR PENSYARAH : PROF MADYA DR FAZILAH IDRIS DISEDIAKAN OLEH : ILYA NAJHA BINTI JAZARI A145570

ifolio.ukm.my · Web viewNamun, aktiviti ini juga mmapu membantu saya dalam melatih diri untuk menjadi lebih beretika seperti berdisiplin, menghormati orang tua serta memupuk diri

  • Upload
    others

  • View
    11

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: ifolio.ukm.my · Web viewNamun, aktiviti ini juga mmapu membantu saya dalam melatih diri untuk menjadi lebih beretika seperti berdisiplin, menghormati orang tua serta memupuk diri

HHHC 9401

KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

SET 24

SEMESTER 2 2014/2015

REFLEKSI AKHIR

PENSYARAH :

PROF MADYA DR FAZILAH IDRIS

DISEDIAKAN OLEH :

ILYA NAJHA BINTI JAZARI A145570

Page 2: ifolio.ukm.my · Web viewNamun, aktiviti ini juga mmapu membantu saya dalam melatih diri untuk menjadi lebih beretika seperti berdisiplin, menghormati orang tua serta memupuk diri

PENGENALAN

Pada tanggal 25 dan 26 April 2015, saya dan rakan-rakan dari Set 24 Kemahiran Nilai,

Sikap, Etika dan Profesionalisme telah terlibat dalam satu aktiviti iaitu Pertandingan Seni Suara

Merbok Asean Bandar Baru Bangi yang telah berlangsung di Taman Tasik Cempaka, Selangor.

Aktiviti ini telah berlangsung selama dua hari dan penglibatan daripada para peserta amat

memberangsangkan dengan jumlah penyertaan hampir mencecah 818 orang dari empat buah

negera Asean iaitu Thailand, Indonesia, Singapura dan Malaysia. Pertandingan Seni Suara

Merbok ini merupakan julung kali diadakan di Bandar Baru Bangi bersempena Tahun Melawat

Selangor 2015. Terdapat 5 jenis kategori yang telah dipertandingan, antarnya ialah Kategori

Suara A, Suara B, Suara C, Remaja dan Suara Campur. Pertandinagan ini diadakan bertujuan

untuk menghargai kesenian dan keunikan yang terdapat pada suara Merbok yang jarang disedari

oleh masyarakat awam serta untuk memperkenalkan salah satu hobi menarik yang boleh

dilakukan.

OBJEKTIF AKTIVITI

Tujuan saya melibatkan diri dalam Pertandingan Seni Suara Merbok Asean Bandar Baru

Bangi, Selangor adalah untuk memenuhi HP Kemahiran Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme.

Namun, aktiviti ini juga mmapu membantu saya dalam melatih diri untuk menjadi lebih beretika

seperti berdisiplin, menghormati orang tua serta memupuk diri bekerja dalam pasukan.

Keterlibatan saya sebagai pengacara majis secara tidak dirancang juga dapat menjadikan saya

lebih profesional dalam menangani masalah dan cuba melakukan yang terbaik.

Page 3: ifolio.ukm.my · Web viewNamun, aktiviti ini juga mmapu membantu saya dalam melatih diri untuk menjadi lebih beretika seperti berdisiplin, menghormati orang tua serta memupuk diri

AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN

Sebelum aktiviti ini dijalankan, kami telah memulakan beberapa persiapan pada 24 April

2015 iaitu jumaat petang seperti meyusun hadiah di atas meja iaitu piala dalam setiap kategori

dan persediaan tempat pertandingan. Saya dan rakan yang lain juga telah diberikan sedikit

penerangan tentang perjalanan program yang bakal berlangsung daripada Encik Azli, Encik

Mustaq, Encik Eddy dan Encik Normoley. Mereka merupakan tulang belakang dalam

menjayakan Pertandinagn Seni Suara Merbok Asean Bandar Baru Bangi ini. Selain itu, salah

seorang daripada perserta UKM yang terlibat telah menyediakan jadual gerak kerja yang perlu

dilaksanakan sepanjang aktiviti ini berlangsung. Asikkin, Ezzah dan saya adalah satu kumpulan

dan kami telah dimanahkan untuk menjaga kelancaran lalu lintas pada sebelah pagi dan

seterusnya mengawal selia keadaan sekitar tiang Merbok digantung pada sebelah tengah hari

pula.

Figure 1 Persiapan awal menyusun piala sehari sebelum program bermula

Figure 2 Saya bergambar di program Merbuk di padang Tasik Cempaka, Kajang

Page 4: ifolio.ukm.my · Web viewNamun, aktiviti ini juga mmapu membantu saya dalam melatih diri untuk menjadi lebih beretika seperti berdisiplin, menghormati orang tua serta memupuk diri

Pada hari Sabtu iaitu 25 April 2015, seawall jam 7.30 pagi, saya telah pun tiba di lokasi

pertandingan. Kami telah diberikan sarapan dan seawal jam 8 pagi, kami telah melakukan

tugasan yang diberi. Para peserta sudah mula memenuhi kawasan pertandingan sambil membawa

burung Merbok kesayangan merekar yag untuk dipertandingkan. Kemudian, kami meneruskan

tugasan dengan menyelia kawasan pertandingan agar tiada penonton melepasi garisan yang

dibenarkan. Sebelum pulang, kami telah diarahkan untuk mencabut nombor yang dipasang pada

tiang dan mengumpulkannya pada satu tempat bagi kelancaran program pada esok hari.

Pada hari Ahad 26 April 2015 pula, kumpulan saya telah diberikan tugasan untuk

menjaga pendaftaran nombor cabutan bertuah. Namun, saya telah diberikan tugasan khas sebagai

pengacara majlis bagi acara Penutupan Pertandingan Seni Suara Merbok Asean Bandar Baru

Bangi yang akan berlansung pada pukul 12.30 tengah hari pada hari tersebut. Oleh hal

Figure 3 Saya bersama rakan sepasukan semsa mencabut nombor pada tiang Merbuk

Page 5: ifolio.ukm.my · Web viewNamun, aktiviti ini juga mmapu membantu saya dalam melatih diri untuk menjadi lebih beretika seperti berdisiplin, menghormati orang tua serta memupuk diri

sedemikian, saya sibuk menyiapkan teks ucapan dengan bantuan beberapa orang urusetia yang

lain bagi memastikan majlis penutupan tersebut berjalan dengan lancar dan menarik.

Saat yang ditunggu-tunggu pun tiba. Tepat pukul 12.30 tengah hari, saya memulakan

majlis penutupan dengan mengalu-alukan kedatangan Perasmi bersama beberapa dif kehormat

yang datang dari Thailand, Indonesia dan Singapura ke majlis Penutupan Pertandingan Seni

Suara Merbok Asean Bandar Baru Bangi, Selangor. Majlis berjalan dengan baik dan teratur

hinggalah ke acara kemuncak iaitu penyampaian piala dan pengumuman Raja Burung yang

menjadi milik Pak Lah dari Pattani Thailand. Burung Merbok kepunyaan Pak lah telah berjaya

menambat hati para juri dan sesi bergambar turut diadakan. Majlis bersurai setelah sesi

penyampaian hadiah lumayan cabutan bertuah berakhir.

Sebelum pulang, saya dan

rakan yang lain turut membantu mengemas kawasan pertandingan dengan menyapu dan

Figure 5 Saya diberi kepercayaan sebagai pengacara Majlis Penutupan Seni Suara Merbok, Bangi

Figure 4 Saya bergambar bersama tulang belakang pengelola Pertandingan Merbuk Asean ini (kiri-Tuan Moley) (kanan- Encik Azli)

Page 6: ifolio.ukm.my · Web viewNamun, aktiviti ini juga mmapu membantu saya dalam melatih diri untuk menjadi lebih beretika seperti berdisiplin, menghormati orang tua serta memupuk diri

mengutip sampah. Encik Azli mengucapkan jutaan terima kasih kerana kehadiran kami telah

membantu dalam kelancaran program dan menjadikan majlis ini begitu berjaya sekali. Kami

turut diberikan sijil penghargaan oleh pihak penganjur atas kesudian kami untuk bersama-sama

mengembleng tenaga dalam Pertandingan Seni Suara Merbok Asean Bandar Baru Bangi,

Selangor ini.

KEJAYAAN AKTIVITI

Alhamdulillah, saya merasakan bahawa aktiviti yang dirancang telah berjalan dengan

begitu lancar dengan jayanya. Pada permulaannya, mungkin keadaan agak kelam kabut kerana

terdapat beberapa masalah. Namun, saya tetap meneruskan aktiviti seperti yang dirancang. Kami

mendapati, keseronokan jelas terpancar pada wajah peserta dan urusetia setelah majlis berjalan

dengan jayanya.

Majlis ini berjaya kerana saya dan rakan- rakan yang lain telah bekerjasama dan saling

membantu dalam menjayakan tugasan yang diberikan. Kerja yang sukar mampu dilakukan

dengan mudah dalam jangka masa yang singkat. Sebagai contoh, kami berjaya menyusun piala

yang begitu banyak di atas meja mengikut turutan yang betul dengan pantas. Kami juga telah

bersama –sama mengutip nombor yang dilekatkan pada tiang burung Merbok walaupun pada

Page 7: ifolio.ukm.my · Web viewNamun, aktiviti ini juga mmapu membantu saya dalam melatih diri untuk menjadi lebih beretika seperti berdisiplin, menghormati orang tua serta memupuk diri

ketika itu cuaca sanagat panas dan terik. Semangat tolong- menolong ini berjaya dipupuk dalam

membina sikap dan etika yang berketrampilan.

Sikap profesionalisme juga mampu diwujudkan apabila masing-masing tahu akan

tugasan dan amanah yang perlu dilakukan tanpa menunggu arahan. Sebagai mahasiswa, kita

mestilah patuh akan masa dan menunujukkan sikap yang terpuji apabila berurusan dengan orang

lain. Misalnya, semasa proses pendaftaran nombor bertuah, bermacam ragam para peserta yang

mesti dihadapi dengan tertib dan sabar. Selain itu, apabila saya telah diberi amanah selaku

pengacara majlis, saya mencuba untuk bersikap terbuka dan mencuba dengan kemampuan dan

kebolehan diri yang saya ada. Ia membuahkan hasil apabila pihak perbandaran Kajang turut

berpuas hati dengan diri saya.

.

Figure 6 Saya (bertudung kuning dan biru) bergambar bersama rakan yang lain semasa Pertandingan berlangsung

Page 8: ifolio.ukm.my · Web viewNamun, aktiviti ini juga mmapu membantu saya dalam melatih diri untuk menjadi lebih beretika seperti berdisiplin, menghormati orang tua serta memupuk diri

MASALAH YANG DIHADAPI KETIKA AKTIVITI DAN CARA MENGATASI

Antara masalah yang saya hadapi semasa berlangsungnya aktiviti tersebut ialah masalah

pengankutan. Hal ini kerana saya tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk berulang- alik ke

lokasi pertandingan. Akan tetapi masalah ini dapat diatasi dengan bantuan rakan kumpulan yang

sudi untuk menumpangkan saya dan Asikkin menaiki kenderaan miliknya bagi menjayakan

aktiviti ini.

Seterusnya, saya mengalami masalah untuk bergaul dengan pelajar lain yang turut

mengikuti aktiviti ini kerana kami datang dari kos yang berlainan. Sebelum ini, kami hanya

berkomunikasi melalui aplikasi Whatsapp semasa perbincangan. Tak kenal maka tak cinta. Saya

mengambil inisiatif untuk menegur mereka serta berkenalan dan akhirnya kami telah berjaya

menambah kenalan dan memupuk semangat kerja berpasukan yang boleh dibanggakan.

Akhir sekali, saya mengalami sedikit masalah semasa menyediakan teks ucapan kerana

kebiasaannya teks telah disediakan oleh pihak penganjur. Saya juga haruslah membuat sedikit

ulang kaji dengan meneliti kertas kerja bagi mengetahui objektif serta atur cara majlis

Pertandingan Seni Suara Merbok Asean Bandar Baru Bangi, Selangor ini diadakan dalam masa

yang singkat. Tetapi, dengan pengalaman yang saya ada serta bantuan Dr Fazilah, Encik Azli

dan beberapa ahli jawtankuasa yang lain, saya mampu menyiapkan teks dan melakukan

pengacaraan dengan lancar. Mungkin beberapa kekhilafan telah saya lakukan tanpa disedari.

Saya mengambil masalah itu sebagai cabaran buat diri saya.

.

Page 9: ifolio.ukm.my · Web viewNamun, aktiviti ini juga mmapu membantu saya dalam melatih diri untuk menjadi lebih beretika seperti berdisiplin, menghormati orang tua serta memupuk diri

KESIMPULAN

Tuntasnya, aktiviti seperti Pertandingan Seni Suara Merbok Asean Bandar Baru Bangi ini

sangat bermanfaat kepada mahasiswa selain daripada ilmu di dalam kelas sahaja. Hal ini kerana,

aktiviti seperti ini mampu membina keyakinan diri, sikap dan nilai profesionalisme apabila

berhadapan dengan masalah dan orang luar. Aktiviti ini juga memberikan input yang menarik

tentang Burung Merbok serta pertandingan ini juga dapat membuka mata pelancong asing

tentang keindahan negeri Selangor.

Oleh itu, saya berharap agar objektif HHHC 9401 ini tercapai dan berpeluang untuk

terlibat lagi dalam aktiviti seumpama ini pada masa akan datang. Jelas terbukti, melalui program

ini saya dapat meningkatkan kemahiran diri dalam memupuk nilai, sikap, etika dan

profesionalisme sebagai persediaan untuk berbakti terhadap diri, keluarga, agama dan Negara

kelak.