15

eirashahiracmc.files.wordpress.com  · Web view2018. 6. 5. · Salah satunya adalah Trello. Trello adalah aplikasi berasaskan web percuma untuk menyokong prestasi kerja anda. Trello

  • Upload
    others

  • View
    14

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: eirashahiracmc.files.wordpress.com  · Web view2018. 6. 5. · Salah satunya adalah Trello. Trello adalah aplikasi berasaskan web percuma untuk menyokong prestasi kerja anda. Trello
Page 2: eirashahiracmc.files.wordpress.com  · Web view2018. 6. 5. · Salah satunya adalah Trello. Trello adalah aplikasi berasaskan web percuma untuk menyokong prestasi kerja anda. Trello

Komunikasi Pengantaraan Komputer

(BMCO 4105)

(Seksyen 1)

Tajuk:

Laporan Projek

Disediakan oleh:

NorShahiera Binti Mohd Razali

(1412082)

Disediakan untuk:

Dr. Rosseni Din

Page 3: eirashahiracmc.files.wordpress.com  · Web view2018. 6. 5. · Salah satunya adalah Trello. Trello adalah aplikasi berasaskan web percuma untuk menyokong prestasi kerja anda. Trello

PENGENALAN

Perkembangan teknologi menyajikan pelbagai bentuk teknologi dan kecanggihan. Teknologi dan

maklumat juga merupakan pemacu utama globalisasi untuk menghasilkan satu produk baharu yang

dapat mempermudah dan mempercepatkan kerja manusia. Pelbagai aplikasi percuma telah wujud

terutamanya aplikasi berasaskan web yang menyokong prestasi kerja manusia. Contohnya aplikasi

yang digunakan untuk membuat senarai tugasan, berkomunikasi, membuat pembentangan atau

merangka sesebuah website dan sebagainya.

Salah satunya adalah Trello. Trello adalah aplikasi berasaskan web percuma untuk

menyokong prestasi kerja anda. Trello telah dicipta oleh syarikat Fog Creek Software dari New York

dan dikeluarkan sekitar tahun 2010. Aplikasi web Trello amat responsif, tugasan anda juga sentiasa

diselaraskan, susun atur boleh diubah dan disesuaikan ke mana-mana saiz skrin di mana sahaja anda

mengaksesnya sama ada di Android, iOS, komputer riba atau PC anda.

Aplikasi mudah alih atau mobile apps merupakan sebuah program yang dimuatkan ke dalam

alat mudah alih dan boleh digunakan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja (Md. Rashedul,

Md. Rofiqul & Tahidul Arafhin, 2010). Aplikasi mudah alih terdiri daripada perisian/set program yang

berjalan pada peranti mudah alih dan melaksanakan tugas-tugas tertentu untuk pengguna. Menurut

Chun, Chung, dan Shin (2013), aplikasi telefon pintar yang dibangunkan oleh individu, perniagaan,

agensi kerajaan, tentera, institusi pendidikan, dan mana-mana organisasi lain yang ingin

menggunakan teknologi adalah untuk hiburan, menyelesaikan masalah, dan memenuhi keperluan

harian.

Komunikasi Dalam Desa Global

1. Desa global

Perkembangan teknologi di mata dunia dianalogikan sebagai desa yang sangat besar.

Descripts internet dan website

Teknologi yang digunakan ialah website dan homepage untuk menghubungakn seseorang

Perspektif Islam, dakwah boleh disampaikan melalui desa global bermula dari teks hingga

audio visual

Proses desa global:

Teknologi dan maklumat: Pendorong utama globalisasi bagi hasilkan sesuatu produk baru

yang boleh mempermudah dan mempercepat kerja manusia. Contoh : mesin pencetak

Page 4: eirashahiracmc.files.wordpress.com  · Web view2018. 6. 5. · Salah satunya adalah Trello. Trello adalah aplikasi berasaskan web percuma untuk menyokong prestasi kerja anda. Trello

Perdagangan antarabangsa-: Tidak hanya melibatkan pertukaran barang atau jual beli

malahan teknologi dan budaya.

Pendidikan: Strategi peningkatan daya saimg dan mutu menerusi pengajaran berpandukan

komputer dan internat.

Organisasi antarabangsa: Syarikat multinasional

2. Masyarakat Bermaklumat

Maksud masyarakat bermaklumat:

Masyarakat yang membudayakan penggunaan maklumat yang mempunyai ciri mencipta,

mengagih dan memanipulasi maklumat dalam aktiviti ekonomi dan budaya.

Kerangka masyarakat bermaklumat:

Polisi maklumat

Polisi maklumat perlu bagi pengawalan terhadap perkembangan pelbagai jenis maklumat

akibat perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi selain manfaat terhadap

perkembangan ekonomi, sosial dan juga individu

Pendidikan dan pembudayaan maklumat

Maklumat harus dijadikan sumber dalam ekonomi, pendidikan dan sosial seperti

pengukuhan budaya setempat supaya sesuatu bangsa mempunyai jati dirinya yang kuat.

Budaya mengguna dan menilai maklumat secara kritis dapat membanteras penerimaan

maklumat dari Barat secara melulu.

Infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi

Membangun masyarakat yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam ICT perlu diberi

perhatian oleh kerajaan. Bagaimanapun, hasrat tersebut tidak mungkin tercapai jika rakyat tidak

mendapat capaian kepada maklumat sekiranya terpaksa membayar harga yang tinggi sama ada

dari segi perisian mahupun perkakasan.

Perpustakaan

Kemudahan mendapat maklumat melalui penyediaan perpustakaan perlu dipertingkat. Jumlah

perpustakaan yang banyak terutamanya perpustakaan awam memudahkan pembangunan

masyarakat bermaklumat. Meskipun ICT dilihat dapat melonjak pembangunan negara, namun

peranan perpustakaan tidak boleh diketepi malah peranan perpustakaan wajar berubah dari

hanya menjadi penyedia dan penyimpan maklumat kepada pusat capaian maklumat

Page 5: eirashahiracmc.files.wordpress.com  · Web view2018. 6. 5. · Salah satunya adalah Trello. Trello adalah aplikasi berasaskan web percuma untuk menyokong prestasi kerja anda. Trello

Undang – undang

Polisi maklumat sebagai kombinasi perundangan, peraturan, dan garis panduan yang mengawal

penghasilan, pengurusan, dan penggunaan maklumat bagi tujuan mencorak peranan maklumat

dalam masyarakat.

3. Teori tentang hubungan masyarakat dan teknologi

Teori Determinisme Teknologi (1962)

Marshall Mc Luhan

Perubahan cara berkomunikasi dari segi berfikir dan tingkah laku mengikut peredaran

zaman

Pola kehidupan manusia ditentukan oleh perkembangan teknologi

Fasa perkembangan peradaban manusia

i. Era suku : masyarakat belum kenal tulisan

ii. Era literal : masyarakat mengenal tulisan dan boleh berkomjnikasi

iii. Era cetak : mesin cetak diperkenalkan

iv. Era eletronik : teknologi berkembang spt telefon pintar

APLIKASI TRELLO

Berdasarkan Teori Teknologi Determinisme (1962) oleh Marshall Mcluhan, teknologi dapat

ditafsirkan sebagai satu peristiwa atau tindakan yang dilakukan oleh manusia akibat daripada

pengaruh perkembangan teknologi. Kecanggihan teknologi komunikasi ini memberikan kemudahan

kepada manusia dalam proses komunikasi. Oleh yang demikian, aplikasi Trello menjadi pilihan untuk

melaksanakan inovasi kerana ia berbeza dengan blog lain, Trello menyediakan perantaraan yang

khusus untuk mengurus dan membina sistem sesuatu projek berkumpulan.

Dengan Trello, susulan mengenai tugasan berkumpulan anda mudah dilakukan. Sepintas

lalu, semua rakan sekerja dapat melihat kemajuan tugasan rakan masing-masing dan mengenal pasti

apa yang perlu diselesaikan kerana ia adalah komunikasi dua hala secara langsung. Trello dapat

mengurangkan pengunaan email antara rakan sekerja dan mengurangkan mesyuarat yang perlu

diadakan namun lebih produktiviti.

Page 6: eirashahiracmc.files.wordpress.com  · Web view2018. 6. 5. · Salah satunya adalah Trello. Trello adalah aplikasi berasaskan web percuma untuk menyokong prestasi kerja anda. Trello

Bagaimana menggunakan Trello?

1. Muat turun aplikasi Trello melalui Goggle Play atau Apple Store di peranti mudah alih anda.

2. Daftar menggunakan akaun Email atau Facebook anda.

3. Untuk pemula, tekan pada ikon 'tambah' di bahagian kanan profil anda untuk

membina papan panel. Anda boleh tambah lebih daripada satu papan panel dalam Trello.

4. Papan panel di dalam Trello anda seperti sebuah papan tulis untuk meletakkan senarai

kad kemajauan anda. Anda boleh menambah, mengubah dan mengatur panel kad anda.

5. Di dalam panel kad, anda boleh menambah rakan

Page 7: eirashahiracmc.files.wordpress.com  · Web view2018. 6. 5. · Salah satunya adalah Trello. Trello adalah aplikasi berasaskan web percuma untuk menyokong prestasi kerja anda. Trello

6. Menetapkan tarikh atau tarikh akhir tugasan anda

7. Menambahkan senarai semak yang perlu ada dalam tugasan anda

Page 8: eirashahiracmc.files.wordpress.com  · Web view2018. 6. 5. · Salah satunya adalah Trello. Trello adalah aplikasi berasaskan web percuma untuk menyokong prestasi kerja anda. Trello

8. Dan memuatnaik pelbagai fail, gambar atau video dalam kad tugasan anda.

Dengan Trello anda dapat:

o Membina papan panel untuk menyusun tugasan anda.

o Menggunakannya secara peribadi atau menjemput rakan kerja, sahabat atau keluarga anda

untuk bekerjasama

o Menyesuaikan aliran kerja anda untuk projek yang berbeza

o Menetapakan tugasan pada diri anda atau rakan sekerja

o Melampirkan fail dari Google Drive/ Dropbox

o Memuatnaik gambar atau video.

Kelebihan Trello

Multi-platform

Salah satu sebab utama Trello menjadi pilihan adalah kerana sokongannya terhadap pelbagai

platform. Trello kini boleh diakses menggunakan aplikasi web, android, dan iOS. Dan yang terbaru ia

boleh diintegrasikan dengan Telegram dan Slack.

Multi-platform ini membantu dalam memenuhi individu yang sudah terbiasa bekerja di mana-mana,

pada bila-bila masa dan menggunakan alat yang berbeza kerana pangkalan utama adalah aplikasi

web yang menjadikan semua data yang ada dalam aplikasi web secara automatik akan diselaraskan

pada aplikasi lain selagi aplikasi disambungkan ke internet, dan dibuka dengan menggunakan akaun

yang sama.

Page 9: eirashahiracmc.files.wordpress.com  · Web view2018. 6. 5. · Salah satunya adalah Trello. Trello adalah aplikasi berasaskan web percuma untuk menyokong prestasi kerja anda. Trello

Kerjasama Ahli Pasukan

Keupayaan kedua yang menjadikan aplikasi ini selesa digunkan adalah kerana “kerjasama”. Dengan

ciri ini, kita boleh bekerjasama dengan pasukan yang lebih cekap dan produktif. Dengan ciri

kolaborasi ini kita dapat mengetahui siapa yang sedang melakukan apa dan di mana proses kerja

mereka supaya apabila timbulnya masalah, kita dapat segera membantu.

Fleksibiliti

Trello dicipta sebagai aplikasi untuk menguruskan projek, tetapi sebenarnya anda diberi lebih

banyak keupayaan untuk menguruskan tugasan harian anda dengan pelbagai perkara lain

bergantung pada kreativiti anda sendiri yang menggunakannya. Sebagai contoh, anda boleh

menggunakan Trello untuk menguruskan belanjawan bulanan anda. Dengan menggunakan Trello,

anda juga dapat membuat senarai runcit selama sebulan, kemudian membuat senarai semak yang

dibahagikan seminggu mengikut jadual pembelian. Dengan itu, anda dapat mengawal barangan

runcit anda setiap minggu, ia sangat membantu.

Perjalanan aktiviti

Ini adalah salah satu ciri yang ada pada Trello yang boleh digunakan untuk memantau perjalanan

atau proses sebuah boards, lists, ataupun cards. Setiap perubahan yang berlaku pada boards, lists,

dan cards akan tercatat dan anda boleh menyemaknya pada bila-bila masa. Ciri ini menjadi lebih

berguna ketika diaplikasikan dalam kumpulan kerja anda. Oleh yang demikian, anda dapat tahu

tentang perjalanan sebuah pekerjaan dengan lebih jelas dan berstruktur.

Kekurangan Trello

Terdapat versi berbayar

Trello boleh digunakan secara percuma, walaubagaimanapun, ia juga terdapat dalam versi berbayar

dengan beberapa ciri tambahan yang agak menarik. Trello adalah perniagaan dan bukannya sebuah

institusi sukarela, jadi mesti ada pendapatan dan keuntungan untuk operasi mereka dan versi

berbayar ini adalah salah satu daripada cara mereka untuk mendapatkan pendapatan daripada

penggunanya.

Sebenarnya ada cara lain daripada membayar untuk mendapatkan ciri berbayar ini dengan program

refferal. Dengan menjemput orang lain menyertai Trello, anda akan mendapat akses bonus kepada

Page 10: eirashahiracmc.files.wordpress.com  · Web view2018. 6. 5. · Salah satunya adalah Trello. Trello adalah aplikasi berasaskan web percuma untuk menyokong prestasi kerja anda. Trello

pelbagai ciri berbayar selama 1 bulan untuk 1 orang yang berjaya dijemput untuk menyertai Trello

dengan had maksimum selama 12 bulan.

Lampiran

Rajah 1 poster

Page 11: eirashahiracmc.files.wordpress.com  · Web view2018. 6. 5. · Salah satunya adalah Trello. Trello adalah aplikasi berasaskan web percuma untuk menyokong prestasi kerja anda. Trello

Rajah 2 brosur aplikasi Trello

Rajah 3 brosur aplikasi Trello

Rajah 4 brosur Teori Determinisme

Page 12: eirashahiracmc.files.wordpress.com  · Web view2018. 6. 5. · Salah satunya adalah Trello. Trello adalah aplikasi berasaskan web percuma untuk menyokong prestasi kerja anda. Trello

Rajah 5 brosur Teori Determinisme

PENUTUP

Perkembangan pesat teknologi pada hari ini telah memberi impak yang sangat besar kepada hampir

kesemua sistem di seluruh pelosok dunia. Kemajuan teknologi ini bukan sahaja memudahkan proses

sesuatu sistem dan meningkatkan kualiti dan kuantiti penghasilan, bahkan ia mempercepatkan lagi

aliran kerja. Di samping itu, penggunaan teknologi juga dilihat lebih menarik dan efisien. Melalui

perkembangan sihat ini, pelbagai pihak mula mengambil perhatian serius terhadap teknologi dan

dikaitkan kepada pelbagai bidang. Secara kesimpulannya, jelas menunjukkan aplikasi Trello mampu

memberi satu pendekatan yang lebih menarik dan menyeronokkan kepada masyarakat.

Akhir sekali, diharapkan dengan kajian mengenai Trello ini akan menjadikannya lebih dikenali oleh

semua lapisan masyarakat dan seterusnya dimanfaatkan penggunaannya sama ada dalam proses

pembelajaran, perniagaan mahupun pekerjaan, terutamanya yang berkaitan pengurusan. Hal ini

demikian, kerana aplikasi Trello ini merupakan aplikasi yang telah dicipta khas untuk tujuan

pengurusan. Semoga dengan perkongsian ilmu seperti ini akan meningkatkan lagi kualiti perjalanan

tugasan anda dan dimanfaatkan untuk kemajuan teknologi untuk ilmu dan masa depan yang cerah

dan lebih efisien.