1
HUBUNGAN pertahanan dengan Malaysia adalah sangat baik, namun dengan Indonesia, proses mengem- balikan keyakinan dan kepercayaan perlu dibuat eko- ran insiden penamaan kapal perang Indonesia yang mempunyai kesan ke atas hubungan kededua pihak tempoh hari. Demikian dinyatakan Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, apabila ditanya Berita Harian mengenai ta- hap perhubungan pertahanan yang dikecapi Singapura dengan jiran terdekatnya. “Bagi Malaysia, hubungan pertahanan kami adalah sangat baik. Saya telah beberapa kali bertemu Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudin, dan berbual se- cara berterus terang tentang cabaran kami dan bagaima- na kita boleh melangkah ke depan dengannya. “Kesemua tiga perkhidmatan kami (Udara, Darat, Laut) mempunyai pertukaran dua hala, dan ada yang berdekad lamanya, dan kami bertemu dalam latihan ke- tenteraan,” kata Dr Ng. Tragedi pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hi- lang memerlukan bantuan Singapura secara spontan, tambah Dr Ng. Pesawat itu terputus hubungan pada 8 Mac lalu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 239 orang dalam pesawat, dan diper- cayai terhempas di selatan Lautan Hindi. Menurut Dr Ng, kerajaan Malaysia termasuk tentera udaranya telah pun melahirkan penghargaan ke atas penglibatan dan sumbangan Singapura dalam usaha mencari pesawat tersebut, justeru hubungan “adalah baik dan kami perlu mengekalkannya dan mencari pelu- ang untuk berbuat demikian,” kata Dr Ng. Mengenai Indonesia, Dr Ng mengulangi kenyataan yang dibuatnya di Parlimen berkenaan insiden penama- an kapal perang Indonesia, Usman Harun, bahawa hubungan pertahanan kededua pihak bergantung kepa- da saling menghormati dan mempercayai. Frigat terbaru Indonesia itu dinamakan sempena dua marin – Osman Mohamed Ali dan Harun Said – yang mengebom bangunan MacDonald House di Orchard Road pada 1965. Kedua-duanya telah dihukum mati di Singapura pa- da 1968, namun mereka diisytiharkan sebagai wira di Indonesia. Hubungan ketenteraan antara Singapura dengan In- donesia tergenjot apabila Indonesia memaklumkan keputusan menamakan frigat terbarunya sempena dua marin itu pada Februari lalu. Menurut Dr Ng, Singapura akan memulakan proses membina semula hubungan tersebut dan mengambil langkah-langkah kecil memupuk keyakinan dan keper- cayaan antara kededua pihak, dan Singapura jelas seka- li berhasrat mempunyai hubungan pertahanan yang baik dengan Indonesia. “Membina semula hubungan yang terjejas ekoran se- suatu kegenjotan bergantung kepada bagaimana membi- na kepercayaan dan saling menghormati. “Jika kami dapati adanya keyakinan di dalam per- hubungan dan kepercayaan bahawa hubungan tersebut adalah berdasarkannya, saya fikir banyak yang boleh ki- ta lakukan,” kata Dr Ng. ANGKATAN Bersenjata Sin- gapura (SAF) sedang menimbang- kan untuk mempunyai sebuah Ka- pal Berbilang Misi Bersama (JMMS) yang mempunyai kapasiti yang leb- ih besar dan keupayaan jarak lebih jauh bagi membolehkannya melak- sanakan misi lebih besar. Ini kerana SAF dijangka me- mikul tanggungjawab yang lebih luas melangkaui cabaran keselama- tan tradisional, tetapi juga kini me- mainkan peranan seperti dalam misi bantuan kemanusiaan dan bencana, kata Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen. “Salah satu idea yang kami se- dang timbangkan secara serius dari segi bantuan kemanusiaan dan ben- cana adalah keperluan sebuah kapal seperti kapal pemunggah ‘Landing Ship Tank’ (LST) tetapi dengan kap- asiti dan jarak yang lebih besar dan jauh. “Ini kerana apabila sesuatu in- siden terjadi, anda perlu mempun- yai kelengkapan yang sesuai dan meskipun LST telah berkhidmat dengan baik, kami sedang menim- bangkan dengan serius sebuah JMMS yang lebih besar yang mem- punyai kapasiti lebih besar dan jar- ak lebih jauh untuk membuat re- spons,” kata Dr Ng. Beliau menjelaskan bahawa se- buah JMMS yang lebih besar bakal membawa lebih banyak helikopter – justeru lebih banyak helikopter da- pat dikerah. Ini kerana kapal LST yang telah banyak berjasa dalam misi mem- erangi lanun di Teluk Aden umpam- anya hanya mampu membawa se- buah helikopter Chinook yang beru- paya melaksanakan operasi lebih be- sar. Dr Ng memberi contoh bencana Taufan Haiyan yang membadai ka- wasan tengah Filipina November la- lu – meragut nyawa lebih 6,000 mangsa dan menyebabkan 1,800 or- ang hilang sementara hampir empat juta mangsa kehilangan tempat ting- gal. Taufan tersebut telah merosak- kan segala peralatan komunikasi, justeru tiada keupayaan pen- gawalan ruang udara di situ – men- jadikan satu pengajaran berharga buat SAF. Justeru dalam konteks tersebut kata Dr Ng, sebuah kapal seperti JMMS tentunya berguna – dapat memainkan pelbagai peranan seper- ti bantuan kemanusiaan dan juga pe- rubatan. Beliau berkata pihaknya sedang dalam fasa terakhir untuk menentu- kan kelengkapan terbaik buat kapal JMMS itu. Satu lagi bidang penting yang dis- entuh Dr Ng mengenai peranan SAF kini adalah pertahanan siber, yang mempunyai kesan yang besar kepada operasi SAF. Beliau menyentuh tentang hab operasi khas – Hab Operasi Pertaha- nan Siber – pusat yang mempunyai tumpuan utama melindungi rangka- ian komputer SAF dan melaksana- kan respons jika berlaku serangan si- ber ke atas negara ini. Dr Ng berkata SAF telah melatih kakitangan dan akan terus men- ingkatkan latihan dan kerahan dan mengambil lebih ramai kakitangan. Mengenai pusat penyelarasan us- aha Bantuan Kemanusiaan dan Ben- cana (HADR) serantau, Dr Ng ber- kata mereka sedang membina rang- kaian dan piawai prosedur operasi. Pusat penyelarasan di Changi itu bertujuan membolehkan pihak ten- tera negara anggota Asean mem- beri respons dengan segera dan berkesan terhadap bencana. Hubungan dengan Malaysia baik, dengan Indonesia perlu dibaiki semula BELIAU bertugas di Timur Te- ngah dan sebagai ketua pegawai ek- sekutif (CEO), tanggungjawab yang dipikul pastinya bukan calang-ca- lang. Namun, ia tidak sedikit pun meng- hambat Encik Abu Bakar Mohd Nor, 48 tahun, daripada menjalan- kan tanggungjawab kepada negara sebagai anggota kerahan Perkhidma- tan Negara (NS). Berkat dedikasinya bapa dua anak berusia 16 dan 21 tahun itu di- iktiraf apabila beliau dinaikkan pangkat daripada leftenan kolonel kanan (SLTC) kepada Kolonel mulai hari ini. Meskipun terpaksa mengharungi penerbangan selama lebih tujuh jam antara Timur Tengah dengan Sin- gapura setiap kali, Kolonel (NS) Abu Bakar akan kembali ke Singapura se- kitar sebulan sekali untuk menghadi- ri mesyuarat dengan brigednya serta merancang latihan dan kegiatan mereka. “Bagi saya, komitmen seorang anggota kerahan NS itu adalah se- suatu yang sepenuh masa. “Walaupun saya bertugas di luar negara, saya tetap mempunyai pe- ranan untuk dimainkan demi menyumbang kepada perkhidmatan negara,” kata Kolonel (NS) Abu Bakar yang juga merupakan CEO Nakilat-Keppel Offshore & Marine Ltd. Kolonel (NS) Abu Bakar merupa- kan antara 515 pegawai, pegawai waran (WO) dan pakar ketenteraan (ME) sepenuh masa dan NS Angka- tan Bersenjata Singapura (SAF) yang dinaikkan pangkat tahun ini. Mereka menerima pangkat baru masing-masing daripada Menteri Per- tahanan, Dr Ng Eng Hen, dan Pangli- ma Angkatan Tentera, Leftenan-Jen- eral Ng Chee Meng, dalam satu maj- lis penyampaian sijil di Kementerian Pertahanan (Mindef) pada 27 Jun la- lu. Kolonel (NS) Abu Bakar yang ju- ga komander Briged Infantri Sin- gapura (SIB) ke-27 sejak empat tahun lalu telah berkhidmat sebagai anggota NS sejak 28 tahun lalu, ter- masuk tempoh dua setengah tahun semasa beliau berkhidmat sebagai anggota NS sepenuh masa (NSF). Beliau akui tanggungjawab yang beliau pikul kini mencabar tetapi be- liau berjaya mengatasinya berkat pengurusan masa yang baik serta sokongan keluarga, majikan dan unitnya sendiri. “Tanggungjawab NS bukan sa- haja bagi diri kita sendiri tetapi bagaimana kita boleh menyumbang sebagai sebuah negara demi memper- juangkan kepercayaan kita,” ujarn- ya sambil menambah kenaikan pangkat ini bukan sahaja mengikti- raf usahanya malah mereka yang te- lah menyokongnya sehingga membo- lehkannya menjalankan tugas den- gan baik. EHISHAM HASIM [email protected] ANGKATAN Bersenjata Singapura (SAF) se- dang meninjau cara untuk memudahkan ujian kecekapan jasmani perseorangan (IPPT) tanpa menjejas taraf kecergasan seseorang, kata Ment- eri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen. Dalam wawancara sempena Hari SAF hari ini, Dr Ng berkata SAF telah menjalankan kajian terperinci ke atas pasukan-pasukan tentera nega- ra asing untuk menilai bentuk taraf yang sesuai dan sewajarnya supaya mengekalkan tahap kecergasan anggota tentera. Buat masa ini, IPPT merangkumi lima stesen ujian – sit-up, chin-up, shuttle run, standing broad jump dan larian sejauh 2.4 kilometer. “Bolehkah kita capai tahap kecergasan tinggi dengan jumlah stesen ujian kecekapan yang kurang, daripada lima stesen yang ada sekarang? “Kami adalah antara segelintir pasukan ten- tera yang menggunakan lima stesen ujian. Yang lain gunakan tiga stesen ujian, ada yang lebih, ta- pi majoriti gunakan ujian yang lebih mudah kera- na ia lebih mudah dilaksanakan dan melatih. “Justeru pihak tentera sedang dalam fasa tera- khir untuk menimbang sama ada kami boleh mengadakan ujian yang lebih mudah,” kata Dr Ng. Namun sebarang perubahan tidak akan men- jejas tahap kecergasan anggota, kerana “kami perlukan SAF yang cergas, dan anggota NS yang cergas,” jelas Dr Ng lagi, sambil menambah SAF akan mengumumkan perincian mengenainya dalam beberapa bulan lagi. Bulan lalu, pemerintah telah menerima saran- an yang dibentangkan Jawatankuasa bagi Mem- perkukuh Perkhidmatan Negara (CSNS). Antara saranan tersebut termasuk memberi lebih masa dan kelonggaran bagi Anggota Perkhidmatan Negara (NS) memenuhi syarat IP- PT. CSNS menyarankan agar tempoh IPPT dan Latihan Persiapan IPPT dilanjutkan kepada set- ahun, berbanding sembilan bulan sekarang. Jawatankuasa itu turut menyarankan agar jumlah insentif yang diberi kepada anggota NS yang mencatat keputusan IPPT cemerlang dinaik- kan $100 kepada $500 bagi mereka yang meraih pingat emas, $300 bagi pingat perak dan $200 ba- gi mereka yang lulus. CSNS, yang ditubuhkan pada Mei tahun lalu, ditugaskan menyarankan langkah bagi memasti- kan sokongan yang diberi anggota NS dan orang awam kekal tinggi. Antara perubahannya, mulai hari ini, hanya anggota NS yang ingin ke luar negara bagi tem- poh melebihi 14 hari dan kurang daripada enam bulan perlu memaklumkan pada pihak berkuasa. SAF juga melancarkan skim baru untuk me- narik lebih ramai Pakar Tentera (ME). Dipanggil Skim Pertukaran Kepakaran (Expertise Conver- sion Scheme), ia ingin memanfaatkan kepakaran anggota kerahan perkhidmatan negara (NS) dalam bidang-bidang seperti guaman, perubatan, kejuruteraan dan psikologi. SAF timbang peroleh kapal berbilang misi Ujian kecekapan jasmani atau IPPT akan disemak CERGASKAN ANGGOTA SAF SECARA LEBIH MUDAH PERLU LEBIH BESAR: Kapal LST seperti RSS Endurance (belakang) hanya boleh melakukan misi terhad, seperti antilanun di Teluk Aden. – Foto fail ST NAIK PANGKAT: Kolonel (NS) Abu Bakar dinaikkan pangkat daripada SLTC tahun ini. – Foto MINDEF Bertugas luar negara tidak jejas sumbangan askar kerahan MENTERI PERTAHANAN, DR NG ENG HEN – Foto fail ST – Foto fail ST WAWANCARA BERSAMA MENTERI PERTAHANAN SEMPENA HARI SAF KE-46 KENAIKAN PANGKAT DALAM SAF Berita Harian | Selasa, 1 Julai 2014 9 Wacana PANDANGAN

WAWANCARA BERSAMA MENTERI PERTAHANAN SEMPENA …/media/gov/files/media/20140701_bh... · ran insiden penamaan kapal perang Indonesia yang mempunyai kesan ke atas hubungan kededua

Embed Size (px)

Citation preview

HUBUNGAN pertahanan dengan Malaysia adalahsangat baik, namun dengan Indonesia, proses mengem-balikan keyakinan dan kepercayaan perlu dibuat eko-ran insiden penamaan kapal perang Indonesia yangmempunyai kesan ke atas hubungan kededua pihaktempoh hari.

Demikian dinyatakan Menteri Pertahanan, Dr NgEng Hen, apabila ditanya Berita Harian mengenai ta-hap perhubungan pertahanan yang dikecapi Singapuradengan jiran terdekatnya.

“Bagi Malaysia, hubungan pertahanan kami adalahsangat baik. Saya telah beberapa kali bertemu MenteriPertahanan Datuk Seri Hishammudin, dan berbual se-cara berterus terang tentang cabaran kami dan bagaima-na kita boleh melangkah ke depan dengannya.

“Kesemua tiga perkhidmatan kami (Udara, Darat,Laut) mempunyai pertukaran dua hala, dan ada yangberdekad lamanya, dan kami bertemu dalam latihan ke-tenteraan,” kata Dr Ng.

Tragedi pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hi-lang memerlukan bantuan Singapura secara spontan,tambah Dr Ng. Pesawat itu terputus hubungan pada 8Mac lalu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur keBeijing dengan 239 orang dalam pesawat, dan diper-cayai terhempas di selatan Lautan Hindi.

Menurut Dr Ng, kerajaan Malaysia termasuk tenteraudaranya telah pun melahirkan penghargaan ke ataspenglibatan dan sumbangan Singapura dalam usahamencari pesawat tersebut, justeru hubungan “adalahbaik dan kami perlu mengekalkannya dan mencari pelu-ang untuk berbuat demikian,” kata Dr Ng.

Mengenai Indonesia, Dr Ng mengulangi kenyataanyang dibuatnya di Parlimen berkenaan insiden penama-an kapal perang Indonesia, Usman Harun, bahawahubungan pertahanan kededua pihak bergantung kepa-da saling menghormati dan mempercayai.

Frigat terbaru Indonesia itu dinamakan sempena duamarin – Osman Mohamed Ali dan Harun Said – yangmengebom bangunan MacDonald House di OrchardRoad pada 1965.

Kedua-duanya telah dihukum mati di Singapura pa-da 1968, namun mereka diisytiharkan sebagai wira diIndonesia.

Hubungan ketenteraan antara Singapura dengan In-donesia tergenjot apabila Indonesia memaklumkankeputusan menamakan frigat terbarunya sempena duamarin itu pada Februari lalu.

Menurut Dr Ng, Singapura akan memulakan prosesmembina semula hubungan tersebut dan mengambillangkah-langkah kecil memupuk keyakinan dan keper-cayaan antara kededua pihak, dan Singapura jelas seka-li berhasrat mempunyai hubungan pertahanan yangbaik dengan Indonesia.

“Membina semula hubungan yang terjejas ekoran se-suatu kegenjotan bergantung kepada bagaimana membi-na kepercayaan dan saling menghormati.

“Jika kami dapati adanya keyakinan di dalam per-hubungan dan kepercayaan bahawa hubungan tersebutadalah berdasarkannya, saya fikir banyak yang boleh ki-ta lakukan,” kata Dr Ng.

ANGKATAN Bersenjata Sin-gapura (SAF) sedang menimbang-kan untuk mempunyai sebuah Ka-pal Berbilang Misi Bersama (JMMS)yang mempunyai kapasiti yang leb-ih besar dan keupayaan jarak lebihjauh bagi membolehkannya melak-sanakan misi lebih besar.

Ini kerana SAF dijangka me-mikul tanggungjawab yang lebihluas melangkaui cabaran keselama-tan tradisional, tetapi juga kini me-mainkan peranan seperti dalam misibantuan kemanusiaan dan bencana,kata Menteri Pertahanan Dr Ng EngHen.

“Salah satu idea yang kami se-dang timbangkan secara serius darisegi bantuan kemanusiaan dan ben-cana adalah keperluan sebuah kapalseperti kapal pemunggah ‘LandingShip Tank’ (LST) tetapi dengan kap-asiti dan jarak yang lebih besar danjauh.

“Ini kerana apabila sesuatu in-siden terjadi, anda perlu mempun-yai kelengkapan yang sesuai danmeskipun LST telah berkhidmatdengan baik, kami sedang menim-bangkan dengan serius sebuahJMMS yang lebih besar yang mem-punyai kapasiti lebih besar dan jar-ak lebih jauh untuk membuat re-spons,” kata Dr Ng.

Beliau menjelaskan bahawa se-buah JMMS yang lebih besar bakalmembawa lebih banyak helikopter– justeru lebih banyak helikopter da-pat dikerah.

Ini kerana kapal LST yang telahbanyak berjasa dalam misi mem-erangi lanun di Teluk Aden umpam-anya hanya mampu membawa se-

buah helikopter Chinook yang beru-paya melaksanakan operasi lebih be-sar.

Dr Ng memberi contoh bencanaTaufan Haiyan yang membadai ka-wasan tengah Filipina November la-lu – meragut nyawa lebih 6,000mangsa dan menyebabkan 1,800 or-ang hilang sementara hampir empatjuta mangsa kehilangan tempat ting-gal.

Taufan tersebut telah merosak-kan segala peralatan komunikasi,justeru tiada keupayaan pen-gawalan ruang udara di situ – men-jadikan satu pengajaran berhargabuat SAF.

Justeru dalam konteks tersebutkata Dr Ng, sebuah kapal sepertiJMMS tentunya berguna – dapatmemainkan pelbagai peranan seper-ti bantuan kemanusiaan dan juga pe-rubatan.

Beliau berkata pihaknya sedangdalam fasa terakhir untuk menentu-kan kelengkapan terbaik buat kapalJMMS itu.

Satu lagi bidang penting yang dis-entuh Dr Ng mengenai perananSAF kini adalah pertahanan siber,yang mempunyai kesan yang besarkepada operasi SAF.

Beliau menyentuh tentang haboperasi khas – Hab Operasi Pertaha-nan Siber – pusat yang mempunyaitumpuan utama melindungi rangka-ian komputer SAF dan melaksana-kan respons jika berlaku serangan si-ber ke atas negara ini.

Dr Ng berkata SAF telah melatihkakitangan dan akan terus men-ingkatkan latihan dan kerahan danmengambil lebih ramai kakitangan.

Mengenai pusat penyelarasan us-aha Bantuan Kemanusiaan dan Ben-cana (HADR) serantau, Dr Ng ber-kata mereka sedang membina rang-kaian dan piawai prosedur operasi.

Pusat penyelarasan di Changi itubertujuan membolehkan pihak ten-tera negara anggota Asean mem-beri respons dengan segera danberkesan terhadap bencana.

Hubungan dengan Malaysia baik,dengan Indonesia perlu dibaiki semula

BELIAU bertugas di Timur Te-ngah dan sebagai ketua pegawai ek-sekutif (CEO), tanggungjawab yangdipikul pastinya bukan calang-ca-lang.

Namun, ia tidak sedikit pun meng-hambat Encik Abu Bakar MohdNor, 48 tahun, daripada menjalan-kan tanggungjawab kepada negarasebagai anggota kerahan Perkhidma-tan Negara (NS).

Berkat dedikasinya bapa duaanak berusia 16 dan 21 tahun itu di-iktiraf apabila beliau dinaikkanpangkat daripada leftenan kolonelkanan (SLTC) kepada Kolonel mulaihari ini.

Meskipun terpaksa mengharungipenerbangan selama lebih tujuh jamantara Timur Tengah dengan Sin-gapura setiap kali, Kolonel (NS) AbuBakar akan kembali ke Singapura se-kitar sebulan sekali untuk menghadi-ri mesyuarat dengan brigednya sertamerancang latihan dan kegiatanmereka.

“Bagi saya, komitmen seoranganggota kerahan NS itu adalah se-suatu yang sepenuh masa.

“Walaupun saya bertugas di luarnegara, saya tetap mempunyai pe-ranan untuk dimainkan demimenyumbang kepada perkhidmatannegara,” kata Kolonel (NS) AbuBakar yang juga merupakan CEONakilat-Keppel Offshore & MarineLtd.

Kolonel (NS) Abu Bakar merupa-

kan antara 515 pegawai, pegawaiwaran (WO) dan pakar ketenteraan(ME) sepenuh masa dan NS Angka-tan Bersenjata Singapura (SAF)yang dinaikkan pangkat tahun ini.

Mereka menerima pangkat barumasing-masing daripada Menteri Per-tahanan, Dr Ng Eng Hen, dan Pangli-ma Angkatan Tentera, Leftenan-Jen-eral Ng Chee Meng, dalam satu maj-lis penyampaian sijil di KementerianPertahanan (Mindef) pada 27 Jun la-lu.

Kolonel (NS) Abu Bakar yang ju-ga komander Briged Infantri Sin-gapura (SIB) ke-27 sejak empattahun lalu telah berkhidmat sebagaianggota NS sejak 28 tahun lalu, ter-masuk tempoh dua setengah tahunsemasa beliau berkhidmat sebagaianggota NS sepenuh masa (NSF).

Beliau akui tanggungjawab yangbeliau pikul kini mencabar tetapi be-liau berjaya mengatasinya berkatpengurusan masa yang baik sertasokongan keluarga, majikan danunitnya sendiri.

“Tanggungjawab NS bukan sa-haja bagi diri kita sendiri tetapibagaimana kita boleh menyumbangsebagai sebuah negara demi memper-juangkan kepercayaan kita,” ujarn-ya sambil menambah kenaikanpangkat ini bukan sahaja mengikti-raf usahanya malah mereka yang te-lah menyokongnya sehingga membo-lehkannya menjalankan tugas den-gan baik.

EHISHAM [email protected]

ANGKATAN Bersenjata Singapura (SAF) se-dang meninjau cara untuk memudahkan ujiankecekapan jasmani perseorangan (IPPT) tanpamenjejas taraf kecergasan seseorang, kata Ment-eri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen.

Dalam wawancara sempena Hari SAF hariini, Dr Ng berkata SAF telah menjalankan kajianterperinci ke atas pasukan-pasukan tentera nega-ra asing untuk menilai bentuk taraf yang sesuaidan sewajarnya supaya mengekalkan tahapkecergasan anggota tentera.

Buat masa ini, IPPT merangkumi lima stesenujian – sit-up, chin-up, shuttle run, standingbroad jump dan larian sejauh 2.4 kilometer.

“Bolehkah kita capai tahap kecergasan tinggidengan jumlah stesen ujian kecekapan yangkurang, daripada lima stesen yang ada sekarang?

“Kami adalah antara segelintir pasukan ten-tera yang menggunakan lima stesen ujian. Yanglain gunakan tiga stesen ujian, ada yang lebih, ta-pi majoriti gunakan ujian yang lebih mudah kera-na ia lebih mudah dilaksanakan dan melatih.

“Justeru pihak tentera sedang dalam fasa tera-khir untuk menimbang sama ada kami bolehmengadakan ujian yang lebih mudah,” kata DrNg.

Namun sebarang perubahan tidak akan men-jejas tahap kecergasan anggota, kerana “kamiperlukan SAF yang cergas, dan anggota NS yangcergas,” jelas Dr Ng lagi, sambil menambah SAFakan mengumumkan perincian mengenainyadalam beberapa bulan lagi.

Bulan lalu, pemerintah telah menerima saran-an yang dibentangkan Jawatankuasa bagi Mem-perkukuh Perkhidmatan Negara (CSNS).

Antara saranan tersebut termasuk memberilebih masa dan kelonggaran bagi AnggotaPerkhidmatan Negara (NS) memenuhi syarat IP-PT.

CSNS menyarankan agar tempoh IPPT danLatihan Persiapan IPPT dilanjutkan kepada set-ahun, berbanding sembilan bulan sekarang.

Jawatankuasa itu turut menyarankan agarjumlah insentif yang diberi kepada anggota NSyang mencatat keputusan IPPT cemerlang dinaik-kan $100 kepada $500 bagi mereka yang meraihpingat emas, $300 bagi pingat perak dan $200 ba-gi mereka yang lulus.

CSNS, yang ditubuhkan pada Mei tahun lalu,ditugaskan menyarankan langkah bagi memasti-kan sokongan yang diberi anggota NS dan orangawam kekal tinggi.

Antara perubahannya, mulai hari ini, hanyaanggota NS yang ingin ke luar negara bagi tem-

poh melebihi 14 hari dan kurang daripada enambulan perlu memaklumkan pada pihak berkuasa.

SAF juga melancarkan skim baru untuk me-narik lebih ramai Pakar Tentera (ME). DipanggilSkim Pertukaran Kepakaran (Expertise Conver-sion Scheme), ia ingin memanfaatkan kepakarananggota kerahan perkhidmatan negara (NS)dalam bidang-bidang seperti guaman, perubatan,kejuruteraan dan psikologi.

SAF timbang peroleh kapal berbilang misi

Ujian kecekapan jasmani atau IPPT akan disemak

CERGASKANANGGOTA SAFSECARA LEBIH

MUDAH

PERLU LEBIH BESAR: Kapal LST seperti RSS Endurance (belakang) hanya bolehmelakukan misi terhad, seperti antilanun di Teluk Aden. – Foto fail ST

NAIK PANGKAT: Kolonel (NS) Abu Bakar dinaikkan pangkat daripada SLTC tahun ini.– Foto MINDEF

Bertugas luar negaratidak jejas sumbangan

askar kerahan

MENTERI PERTAHANAN, DR NG ENG HEN – Foto fail ST

– Foto fail ST

WAWANCARA BERSAMA MENTERI PERTAHANAN SEMPENA HARI SAF KE-46 KENAIKAN PANGKAT DALAM SAF

Berita Harian | Selasa, 1 Julai 2014 9

Wacana PANDANGAN