13
Operasi Kasino di Singapura dan Implikasinya Terhadap Hukum Pekerjaan dan Muamalah • MUHAMMAD HANIFF HASSAN • • MUSTAZAH BAHARI • Analisa Fiqh & Pendekatan Wasatiyah Apakah hukum bekerja atau berurusan dengan satu entiti perniagaan yang aktiviti-aktivitinya bercampur antara yang harus dengan yang haram? Bagaimana pula dengan gaji atau hasilnya? Buku ini mengetengahkan pendekatan wasatiyah (adil dan saksama) bagi menghuraikan masalah-masalah hukum kontemporari yang dihadapi oleh masyarakat Muslim Singapura. Dua resort bersepadu yang mengoperasikan kasino di Singapura — Marina Bay Sands dan Resort World Sentosa — menjadi fokus kajian. Walaupun buku kecil ini membincangkan sudut-sudut yang berbeza berpandukan bidang tugas yang berbagai di dalam ruangan resort, namun prinsip dan kaedah yang diambil kira turut sesuai dalam pertimbangan mengenai pekerjaan atau tempat kerja yang lain. Muhammad Haniff Hassan dan Mustazah Bahari juga telah membincangkan pendekatan wasatiyah dalam menghuraikan masalah dalam buku mereka 100 Soal Jawab Agama: Isu-isu Kontemporari & Pendekatan Wasatiy. PUSTAKA NASIONAL

wasatiyah Operasi Kasino di Singapura dan Implikasinyahaniff.sg/wp-content/uploads/2017/07/buku-operasi-kasino-with... · ii • rasi asin di sinaura dan imiasina • operasi kasino

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: wasatiyah Operasi Kasino di Singapura dan Implikasinyahaniff.sg/wp-content/uploads/2017/07/buku-operasi-kasino-with... · ii • rasi asin di sinaura dan imiasina • operasi kasino

Operasi Kasino di Singapura dan Implikasinya Terhadap Hukum Pekerjaan dan Muamalah

• M U H A M M A D H A N I F F H A S S A N •

• M U S T A Z A H B A H A R I •

Analisa Fiqh & Pendekatan Wasatiyah

Apakah hukum bekerja atau berurusan dengan satu entiti

perniagaan yang aktiviti-aktivitinya bercampur antara

yang harus dengan yang haram? Bagaimana pula dengan

gaji atau hasilnya?

Buku ini mengetengahkan pendekatan wasatiyah (adil dan

saksama) bagi menghuraikan masalah-masalah hukum

kontemporari yang dihadapi oleh masyarakat Muslim

Singapura.

Dua resort bersepadu yang mengoperasikan kasino

di Singapura — Marina Bay Sands dan Resort World

Sentosa — menjadi fokus kajian.

Walaupun buku kecil ini membincangkan sudut-sudut

yang berbeza berpandukan bidang tugas yang berbagai

di dalam ruangan resort, namun prinsip dan kaedah yang

diambil kira turut sesuai dalam pertimbangan mengenai

pekerjaan atau tempat kerja yang lain.

Muhammad Haniff Hassan dan Mustazah Bahari juga telah membincangkan pendekatan wasatiyah dalam menghuraikan masalah dalam buku mereka 100 Soal Jawab Agama: Isu-isu Kontemporari & Pendekatan Wasatiy.

PUSTAKA NASIONAL

Page 2: wasatiyah Operasi Kasino di Singapura dan Implikasinyahaniff.sg/wp-content/uploads/2017/07/buku-operasi-kasino-with... · ii • rasi asin di sinaura dan imiasina • operasi kasino

i• OPERASI KASINO DI SINGAPURA DAN IMPLIKASINYA •

Operasi Kasino di Singapuradan Implikasinya Terhadap Hukum

Pekerjaan dan Muamalah______________________________

ANALISA FIQH & PENDEKATAN WASATIYAH

Page 3: wasatiyah Operasi Kasino di Singapura dan Implikasinyahaniff.sg/wp-content/uploads/2017/07/buku-operasi-kasino-with... · ii • rasi asin di sinaura dan imiasina • operasi kasino

ii • OPERASI KASINO DI SINGAPURA DAN IMPLIKASINYA •

OPERASI KASINO DI SINGAPURADAN IMPLIKASINYA TERHADAP HUKUM

PEKERJAAN DAN MUAMALAH(ANALISA FIQH & PENDEKATAN WASATIYAH)

Karya BersamaMUHAMMAD HANIFF HASSAN

& MUSTAZAH BAHARI

©edisi Pustaka Nasional 2017Cetakan pertama 2017

ISBN 978-9971-77-980-1diterbitkan oleh

Pustaka Nasional Pte Ltd SingaporeBlk 1001, Eunos Ave 8, #02-06 Singapore 409496

tel: 6745 4321, fax: 6745 2417email: [email protected]: www.pustaka.com.sg

kedai dalam talian: pustaka.com.sg/kedaifacebook @PustakaNasionalPteLtd

twitter #PustakaNasionalinstagram: pustakanasional

Diedarkan di Malaysia oleh Pustaka Islamiyah Sdn Bhd.No 25 Jalan TIB 1/21, Taman Ind Bolton, 68100, Batu Caves Selangor

Tel: 603-6188 9605/6177 9605, Fax: 603-6188 2964email: [email protected]

Hak cipta dilindungi undang-undang. Mana-mana bahagian juga tidak dibenarkan ditiru, disimpan dalam sistem pengeluaran semula (retrieval system) ataupun dipancar walau melalui sebarang cara pun termasuk kaedah elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau lain-lain tanpa kebenaran pihak penerbit terlebih dahulu.

dicetak olehHo Printing Singapore Pte Ltd

31 Changi South 1, Singapore 486769

Perpustakaan Negara Singapura Data Pengkatalogan-dalam-PenerbitanName(s): Muhammad Haniff Hassan, author. | Mustazah Bahari, author.Title: Operasi kasino di Singapura dan implikasinya terhadap hukum pekerjaan dan muamalah : analisa fiqh & pendekatan wasatiyah / Muhammad Haniff Hassan & Mustazah Bahari.Description: Singapore : Pustaka Nasional, 2017. | Includes bibliographical references.Identifiers: LCCN 989088637 | ISBN 978-997-1779-80-1 (paperback)Subjects: LCSH: Casinos--Singapore. | Gambling (Islamic law). | Gambling—Singapore--Employees. | Commercial law (Islamic law). Cassification: DDC 340.59597—dc23

Page 4: wasatiyah Operasi Kasino di Singapura dan Implikasinyahaniff.sg/wp-content/uploads/2017/07/buku-operasi-kasino-with... · ii • rasi asin di sinaura dan imiasina • operasi kasino

iii• OPERASI KASINO DI SINGAPURA DAN IMPLIKASINYA •

Operasi Kasino di Singapuradan Implikasinya Terhadap Hukum

Pekerjaan dan Muamalah_____________________________

ANALISA FIQH & PENDEKATAN WASATIYAH

olehMUHAMMAD HANIFF HASSAN

danMUSTAZAH BAHARI

PUSTAKA NASIONAL

Edisi khas bagi pengumpulan danaMASJID ALKHAIR

Page 5: wasatiyah Operasi Kasino di Singapura dan Implikasinyahaniff.sg/wp-content/uploads/2017/07/buku-operasi-kasino-with... · ii • rasi asin di sinaura dan imiasina • operasi kasino

iv • OPERASI KASINO DI SINGAPURA DAN IMPLIKASINYA •

Page 6: wasatiyah Operasi Kasino di Singapura dan Implikasinyahaniff.sg/wp-content/uploads/2017/07/buku-operasi-kasino-with... · ii • rasi asin di sinaura dan imiasina • operasi kasino

v• OPERASI KASINO DI SINGAPURA DAN IMPLIKASINYA •

DAFTAR ISI

PENGANTAR 1 Tujuan buku ini 1 Signifikan/sumbangan buku ini 2 Siapa harus membaca buku ini 3 Bagaimana buku ini disusun 3

[ Bahagian 1 ] PENDAHULUAN DAN LATAR BELAKANG 5 Pendahuluan 5 Latar belakang pembangunan resort bersepadu 7 Masyarakat Muslim Singapura dan resort bersepadu 11 Hukum umum bekerja di tempat yang haram dan syubhat (samar-samar) 15 Tiga pendekatan hukum 20

[ Bahagian 2 ] HUKUM BEKERJA DI RESORT BERSEPADU 29 Jenis pekerjaan di resort bersepadu Singapura 29 Hukum pekerjaan kategori pertama 30 Hukum pekerjaan kategori kedua 30 Hukum pekerjaan kategori ketiga 33 Hukum pekerjaan kategori keempat 35 Hukum pekerjaan kategori kelima 40

Page 7: wasatiyah Operasi Kasino di Singapura dan Implikasinyahaniff.sg/wp-content/uploads/2017/07/buku-operasi-kasino-with... · ii • rasi asin di sinaura dan imiasina • operasi kasino

vi • OPERASI KASINO DI SINGAPURA DAN IMPLIKASINYA •

[ Bahagian 3 ] BERMUAMALAH DENGAN RESORT BERSEPADU 41 Lima jenis muamalah dengan resort bersepadu 41 Hukum muamalah pertama dan kedua 42 Hukum muamalah ketiga 43 Hukum muamalah keempat 43 Hukum muamalah kelima 43

[ Bahagian 4 ] ISU BERKAITAN DAN PENUTUP 45 Hukum makan hasil sumber yang haram atau syubhat 45 Pendapat pertama 46 Pendapat kedua 48 Pendapat ketiga 50 Pendapat keempat 54 Nota dan syarat keharusan 57 Penutup 60

SENARAI RUJUKAN 62GLOSARI 72PENGENALAN PENULIS 73

Page 8: wasatiyah Operasi Kasino di Singapura dan Implikasinyahaniff.sg/wp-content/uploads/2017/07/buku-operasi-kasino-with... · ii • rasi asin di sinaura dan imiasina • operasi kasino

1• OPERASI KASINO DI SINGAPURA DAN IMPLIKASINYA •

1

Tujuan Buku Ini

Tujuan utama buku ini adalah untuk mengetengahkan satu pende-katan wasatiyah (adil dan saksama) bagi menghuraikan masalah-masalah hukum kontemporari yang dihadapi oleh masyarakat Muslim Singapura. Pendekatan ini dicerna melalui perbahasan isu pekerjaan dan pelaburan yang berkaitan dengan tempat atau syarikat yang mempunyai operasi yang berunsurkan sumber yang haram dengan fokus khusus, sebagai kajian kes, kepada dua resort bersepadu yang mengoperasikan kasino di Singapura: Marina Bay Sands dan Resort World Sentosa. Kededua resort tersebut lebih terserlah identitinya sebagai pusat perjudian dan hiburan. Walaupun fokus kajian buku ini bersifat khusus, namun kandungannya amat berguna bagi memahami dan menghuraikan masalah yang sama di tempat-tempat lain di Singapura kerana tujuan kedua buku ini juga untuk mengetengahkan persoalan hukum bekerja di tempat sedemikian yang bercampur aktiviti-aktivitinya antara yang harus dengan yang haram. Tinjauan rambang yang dilakukan terhadap para pekerja di resort tersebut menunjukkan sebilangan mereka adalah kalangan Muslim. Pastinya, penglibatan Muslim dalam pelbagai bidang tugas di kededua resort tersebut dan tempat lain yang seumpamanya perlu diberi jawapan yang khusus tentang hukumnya oleh kalangan asatizah dan agamawan. Tambahan pula, ia adalah satu persoalan yang memang berlegar dan dimusykilkan oleh sebahagian daripada anggota masyarakat Muslim di sini, sejak idea pembangunan resort ini mula dicadangkan oleh pihak pemerintah.

PENGANTAR

Page 9: wasatiyah Operasi Kasino di Singapura dan Implikasinyahaniff.sg/wp-content/uploads/2017/07/buku-operasi-kasino-with... · ii • rasi asin di sinaura dan imiasina • operasi kasino

2 • OPERASI KASINO DI SINGAPURA DAN IMPLIKASINYA •

2

Buku kecil ini berusaha untuk memberi jawapan kepada sudut-sudut yang berbeza berpandukan bidang tugas yang berbeza di dalam ruangan resort. Misalnya, seorang yang bekerja dengan syarikat khidmat pembersihan dan ditugaskan untuk menjaga kebersihan tandas, kemudian syarikatnya diupah oleh pihak resort untuk menyediakan pekerja-pekerja pembersihan. Adakah hukumnya terkait langsung dengan operasi kasino yang memang tidak dinafikan sebagai haram? Atau ada ruang yang boleh diberi kepada pekerja seperti itu? Penerbitan buku ini juga diharapkan dapat menyemarakkan kajian-kajian terperinci yang berkaitan dengan kepentingan urusan hidup umat Islam dalam menghadapi cabaran hidup yang terkini dan berbeza-beza serta memberi panduan yang sesuai bagi mereka.

Signifikan/Sumbangan Buku Ini

Menerusi analisis-analisis yang dibuat secara terperinci menurut bidang kerja tertentu yang ada di kededua resort bersepadu, buku ini berusaha memberi jawapan yang jelas dan praktikal terhadap persoalan-persoalan yang berkaitan dengan tugas-tugas tertentu, iaitu sama ada ia diharuskan atau sebaliknya. Buku ini juga mengajak para agamawan yang sering me-ngendalikan soalan-soalan agama agar mempertimbangkan pendekatan wasatiyah (sifat-sifatnya dinyatakan di bawah) yang diguna pakai agar huraian hukum bagi masalah semasa yang dihadapi lebih cermat (tidak bersifat generalisasi) dan praktikal:

• Mengenal pasti secara terperinci fenomena yang ada, membeza-bezakan antara satu dengan lain dan kemudian-nya memberi hukum yang sesuai bagi setiap sesuatu.

• Menggali khazanah ilmu pengajian Islam yang kaya tanpa mengabaikan sifat kritikal dalam berfikir.

• Mengambil kira konteks silam dan konteks semasa tempatan dan mengambil kira pendapat-pendapat ulama kontem-

Page 10: wasatiyah Operasi Kasino di Singapura dan Implikasinyahaniff.sg/wp-content/uploads/2017/07/buku-operasi-kasino-with... · ii • rasi asin di sinaura dan imiasina • operasi kasino

3• OPERASI KASINO DI SINGAPURA DAN IMPLIKASINYA •

porari dari luar negara, dan realiti di Singapura.

• Menyepadukan analisis maslahat dan maqasid (tujuan) hukum Islam dengan makna dalil-dalil daripada Al-Quran dan Sunnah.

Siapa Harus Membaca Buku Ini

Buku ini boleh dibaca oleh setiap lapisan masyarakat dewasa dan para penuntut ilmu khususnya mereka yang berminat dalam bidang fiqh dan usulnya.

Bagaimana Buku Ini Disusun

Buku ini dibahagi kepada 4 bahagian. Bahagian pertama memberi maklumat umum dan latar belakang pembangunan serta pengoperasian resort bersepadu dan masalah-masalah yang membabitkan hukum Islam bagi Muslim di Singapura. Ia membicarakan hukum umum bekerja di tempat yang haram dan syubhat (samar-samar) yang menjadi inti pati masalah yang dikaji sebagai asas sebelum melangkah pada perincian-perincian. Setelah itu, buku ini mengenal pasti tiga pendekatan hukum bagi menangani masalah ini dan mencadangkan pendekatan yang diguna pakai, sebagai salah satu pendekatan wasatiyah yang ada. Bahagian kedua membicarakan sudut hukum bagi masalah pekerjaan di resort bersepadu. Lima kategori pekerjaan dibincang-kan di bahagian ini. Bahagian ketiga menumpu pula kepada masalah muamalah, dalam bentuk hubungan perniagaan atau pelaburan dengan resort bersepadu. Lima jenis muamalah dikenal pasti dan dibincangkan hukum berkaitannya. Bahagian keempat membicarakan satu isu yang tidak termasuk dalam topik kajian buku ini tetapi amat berkaitan. Ia juga amat bermanfaat bagi ahli keluarga yang mempunyai ketua keluarga atau pemberi nafkah yang bekerja di tempat-tempat seperti di resort bersepadu. Isu yang dibicarakan ialah hukum makan hasil sumber

Page 11: wasatiyah Operasi Kasino di Singapura dan Implikasinyahaniff.sg/wp-content/uploads/2017/07/buku-operasi-kasino-with... · ii • rasi asin di sinaura dan imiasina • operasi kasino

4 • OPERASI KASINO DI SINGAPURA DAN IMPLIKASINYA •

yang haram atau syubhat. Empat pendapat diketengahkan dengan tarjih (pandangan yang lebih tepat) bagi pendapat yang dipegang oleh majoriti ulama dan yang juga bersifat praktikal bagi situasi setempat. Bahagian ini diakhiri dengan kata penutup daripada kededua penulis buku.

Penghargaan

Kami ingin merakamkan penghargaan kepada pihak penerbit Pustaka Nasional Pte Ltd Singapura yang sudi menerbitkan buku kecil ini. Penghargaan tidak terhingga juga kepada pihak pengurusan Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam, Universiti Teknologi Nanyang, atas segala sokongan dan bantuan dari segi masa dan kemudahan hingga membolehkan kami mengusahakan penerbitan buku ini. Tidak lupa sanjung kami untuk ahli keluarga dan sahabat handai atas doa dan kasih sayang yang tidak putus hingga ke hari ini. Moga Allah Ta‘ala membalas segala kebaikan dan menjadikan usaha baik kita sebagai amal soleh yang diredhai-Nya.

.s,

Page 12: wasatiyah Operasi Kasino di Singapura dan Implikasinyahaniff.sg/wp-content/uploads/2017/07/buku-operasi-kasino-with... · ii • rasi asin di sinaura dan imiasina • operasi kasino

73• OPERASI KASINO DI SINGAPURA DAN IMPLIKASINYA •

PENGENALAN PENULIS

Muhammad Haniff Hassan

Beliau seorang warga Singapura dan bertugas sebagai Zamil di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam, Universiti Teknologi Nanyang. Beliau berkelulusan M.Sc dan Ph.D dalam bidang pengajian strategik dari institusi yang sama. Pendidikan awalnya di Madrasah Aljunied Al-Islamiyah di Singapura. Beliau kemudian melanjutkan pelajarannya di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia dengan memperoleh ijazah sarjana pertama dengan kepujian dalam Shar‘iah dan Undang-undang. Beliau turut aktif dalam berbagai kerja sosial dan dakwah sebagai anggota Majlis Rayuan Syariah di bawah Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), ahli Persatuan Ulama dan Guru-guru Agama Singapura (PERGAS), anggota Jawatankuasa Pengurusan Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiyah dan anggota Majlis Skim Pengiktirafan Asatizah MUIS-PERGAS. Beliau telah banyak menyumbang bahan tulisan di surat khabar Berita Harian dan artikel-artikelnya juga diterbitkan oleh surat khabar berbahasa Inggeris The Straits Times. Sehingga kini beliau telah menerbitkan lebih daripada 10 buku. Beliau mempunyai blog peribadi di www.haniff.sg.

Page 13: wasatiyah Operasi Kasino di Singapura dan Implikasinyahaniff.sg/wp-content/uploads/2017/07/buku-operasi-kasino-with... · ii • rasi asin di sinaura dan imiasina • operasi kasino

74 • OPERASI KASINO DI SINGAPURA DAN IMPLIKASINYA •

Mustazah Bahari

Beliau bertugas sebagai Zamil Bersekutu di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam, Universiti Teknologi Nanyang. Berkelulusan peringkat Sarjana dalam bidang al-Quran dan al-Sunnah dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga adalah graduan Sarjana Muda dari Universiti Islam Madinah dalam bidang Syariah dan mempunyai sijil diploma dalam bidang Psikologi Kaunseling dari LEE Community College. Dalam bidang kerjaya, beliau mempunyai pengalaman dalam pelbagai bidang seperti menjadi pengurus dan pembimbing Haji dan Umrah, Imam Eksekutif dan Pengurus Masjid dan Eksekutif Kanan di Jabatan Perbankan Islam dan Takaful di Bank Negara. Beliau juga aktif dalam kerja sosial dan dakwah sebagai anggota lembaga rayuan MUIS, anggota lembaga pelawat MINDEF, pakar bidang dalam istilah perbankan Islam Bank Negara Malaysia, pakar rujuk bagi silabus peringkat menengah bagi madrasah di bawah Joint Madrasah System MUIS, penasihat syariah bagi pelaburan dana Islam bagi AEPim Investments, Securus Partners dan Basil Property Trust. Beliau aktif dalam bidang penulisan dengan menyumbang artikel sejak tahun 2004 ke Berita Harian dan Berita Minggu. Sehingga kini, beliau telah menghasilkan penulisan buku hadis seperti 40 Hadis Untuk Orang Muda dan Seruan Nabi s.a.w. Kepada Umatnya.

.s,

PENGENALAN PENULIS