Upload
others
View
11
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
2015 2015 Akta
WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN
FEDERAL GOVERNMENTGAZETTE
AKTA KUALITI ALAM SEKELILING (PINDAAN)201X
ENVIRONMENTAL QUALITY ACT (AMENDMENT) 201X
DISIARKAN OLEH/
PUBLISHED BY JABATAN PEGUAM NEGARA/
ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS
UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA A..............
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
AKTA A………
AKTA KUALITI ALAM SEKELILING (PINDAAN) 201….
Suatu Akta untuk meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
[ ]
DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 201X
(2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri
melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pindaan seksyen 2
2. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] yang disebut “Akta ibu” dalam Akta
ini, dipinda -
(a) dengan menambah selepas tafsiran “alam sekeliling” tafsiran yang
berikut:
“amalan industri hijau” adalah pengaplikasian berterusan kepada proses,
produk dan perkhidmatan melalui pengurangan penggunaan bahan dan
penjanaan buangan;
(b) Tafsiran “audit alam sekeliling” dalam Akta ibu dipinda –
i) dengan memotong perkataan “dan” di hujung perenggan (b);
ii) dengan menambah perkataan “dan” di hujung perenggan (c);
iii) dengan menambah selepas perenggan (c) dengan perenggan
berikut:
UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA A..............
3
“(d) pelaksanaan amalan industri hijau bagi premis;”;
(c) dengan menggantikan dalam tafsiran “campuran yang mengandungi
minyak” perkataan “satu ratus” perkataan “lima belas”;
(d) dengan memasukkan selepas tafsiran “orang yang layak” tafsiran yang
berikut:
“orang yang pakar” e r t i n y a s e s e o r a n g atau pegawai awam y a n g pakar
perihal bidang tertentu yang dilantik oleh Ketua Pengarah ;
(e) dengan mengantikan tafsiran “minyak” di perenggan (a) dengan tafsiran
berikut :
“minyak mineral atau petroleum hidrokarbon atau minyak
sayuran atau minyak haiwan atau campuran antara satu atau lebih
daripadanya ; atau”
(f) dengan memasukkan selepas tafsiran “minyak” tafsiran yang berikut:
“pembakaran terbuka” ertinya apa-apa kebakaran, pembakaran
atau pembaraan yang berlaku di premis yang tidak dihalakan melalui
cerobong;
(g) dalam takrif “penduduk” di perenggan (a) Akta ibu dipinda dengan
memasukkan selepas perkataan “mana-mana premis” perkataan “yang
dipunyai atau sebahagian dipunyai atau tidak dipunyai;”
(h) dengan menggantikan takrif “perairan Malaysia” dengan takrif ““perairan
wilayah” ertinya laut wilayah sebagaimana yang ditentukan
mengikut Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750);”
UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA A..............
Pindaan seksyen 3 3. Subseksyen 3(1) Akta ibu dipinda –
(a) dengan menggantikan perkataan “(ll), (m), (n) dan (o)” dengan perkataan
“(m), (n), (o) dan (p)”;
(b) membuang perkataan ‘dan’ di hujung perenggan (o);
(c) dengan menggantikan noktah dengan tanda ‘; dan’ di hujung perenggan
(p);
(d) dengan memasukkan selepas perenggan (p) perenggan yang berikut:
“(q) menyediakan dan menerbitkan apa-apa garis panduan dalam
pengurusan alam sekeliling atau apa –apa dokumen berkaitan dengan
pemeriksaan, penyiasatan, pemantauan prestasi , rekabentuk dan lain-
lain.”
Pindaan seksyen 11 4. Subseksyen 11(3)(b) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan
“lesen membatalkan” perkataan “atau menggantung lesen”.
Pindaan seksyen 16 5. Subseksyen 16(2) Akta ibu dipinda -
(a) dengan menggantikan perkataan “tidak melebihi dua puluh lima ribu
ringgit” dengan perkataan “tidak kurang dua puluh lima ribu ringgit dan tidak
lebih seratus ribu ringgit”; dan
(b) dengan menggantikan perkataan “dua tahun” dengan perkataan lima
UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA A..............
5
tahun”.
(c) dengan memasukkan selepas perkataan “suatu kesalahan dan” perkataan
“apabila disabitkan”.
Pindaan seksyen 18 6. Subseksyen 18(3) Akta ibu dipinda -
(a) dengan menggantikan perkataan “tidak melebihi lima puluh ribu ringgit”
dengan perkataan “tidak kurang lima puluh ribu ringgit dan tidak melebihi
seratus ribu ringgit”;
(b) dengan menggantikan perkataan “dua tahun” dengan perkataan “lima
tahun”;
(c) dengan memasukkan selepas perkataan “(1A) kesalahan dan” perkataan
“dan apabila disabitkan”.
Pindaan seksyen 22 7. Seksyen 22 Akta ibu dipinda –
(a) Subseksyen 22(2), Akta ibu dipinda -
(a) dengan membuang perkataan ‘atau’ di hujung perenggan (c);
(b) dengan menggantikan tanda noktah dengan tandaan ‘; atau’ di
hujung perenggan (d); dan
(c) dengan memasukkan selepas perenggan (d) perenggan yang
berikut:
“(e) ia melepaskan apa-apa pencemar ke udara daripada mana-
mana ekzos kenderaan berenjin petrol atau diesel.”
(b) Subseksyen 22(3) Akta ibu dipinda –
UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA A..............
(a) dengan memasukkan selepas perkataan “suatu kesalahan dan”
perkataan “dan apabila disabitkan”.
(b) dengan menggantikan perkataan “tidak melebihi satu ratus ribu
ringgit” dengan perkataan “tidak kurang lima ribu ringgit dan tidak
melebihi seratus ribu ringgit”;
Pindaan seksyen 23 8. Subseksyen 23(2) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan
“suatu kesalahan dan” perkataan “dan apabila disabitkan”.
Pindaan seksyen 24 9. Subseksyen 24(3) Akta ibu dipinda-
(a) dengan memasukkan selepas perkataan “suatu kesalahan dan” perkataan
“dan apabila disabitkan”;
(b) dengan menggantikan perkataan “tidak melebihi satu ratus ribu ringgit”
dengan perkataan “tidak kurang dua puluh lima ribu ringgit dan tidak melebihi
seratus ribu ringgit”;
Pindaan seksyen 25 10. Seksyen 25 Akta ibu dipinda-
(a) dalam subseksyen 25(2)(a) & (b) dengan memasukkan selepas
perkataan “buangan” dengan perkataan “atau minyak”;
(b) dalam subseksyen 25(3) dengan memasukkan selepas perkataan “suatu
kesalahan dan” perkataan “dan apabila disabitkan”;dan
UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA A..............
7
(c) dalam subseksyen 25(3) dengan menggantikan perkataan “tidak melebihi
satu ratus ribu ringgit” dengan perkataan “tidak kurang dua puluh lima ribu
ringgit dan tidak melebihi seratus ribu ringgit”;
Pindaan Seksyen 27 11. Seksyen 27 Akta ibu dipinda-
(a) dengan menggantikan tajuk seksyen 27 dengan tajuk yang berikut:
“Larangan terhadap pelepasan minyak ke dalam perairan wilayah”;
(b) subperaturan 27(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan
“perairan Malaysia” dengan perkataan “perairan wilayah ” ;
(c) dalam subseksyen 27(2) dengan memasukkan selepas perkataan “suatu
kesalahan dan” perkataan “dan apabila disabitkan”;
(d) subseksyen 27(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan
“tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau” dengan “tidak melebihi satu juta
ringgit ; dan
(e) dalam subseksyen 27(2) dengan memotong perkataan “atau kedua-
duanya”.
Pindaan Seksyen 28 12. Seksyen 28 Akta ibu dipinda dengan membuang seksyen 28. Pindaan Seksyen 29 13. Seksyen 29 Akta ibu dipinda-
UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA A..............
(a) dengan menggantikan tajuk seksyen 29 dengan tajuk yang berikut:
“Larangan terhadap pelepasan buangan ke dalam perairan wilayah”;
(b) subperaturan 29(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan
“perairan Malaysia” dengan perkataan “perairan wilayah ” ; dan
(c) subperaturan 29(2) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas
perkataan “dan” perkataan “apabila disabitkan”.
Pindaan Seksyen 29A
14. Seksyen 29A Akta ibu dipinda-
(a) Subseksyen 29A(1) Akta ibu dipinda dengan menambah selepas
perkataan “membenarkan” dengan perkataan “, melakukan, membiarkan,
mengarahkan” ; dan
(b) dengan membuang subseksyen 29A(3).
Pindaan seksyen 29B
15. Seksyen 29B Akta ibu dipinda dengan membuang selepas perkataan “premis itu”
perkataan “yang mempunyai kawalan atas premis itu”.
Pindaan seksyen 29C
16. Seksyen 29C Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 29c
UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA A..............
9
Pindaan seksyen 31 17. Subseksyen 31(1) Akta ibu dipinda –
(a) dengan membuang perkataan “atau” pada hujung perenggan (f);
(b) dengan membuang tanda “koma” pada hujung perenggan (g);
(c) dengan memasukkan selepas perenggan (g) dengan perenggan yang
berikut:
“(h) mengambil apa-apa langkah untuk menjalankan, memantau dan
melaporkan pelaksanaan amalan industri hijau.; atau
(i) apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah,”
(d) subseksyen 31(3) Akta ibu dipinda -
(a) dengan memasukkan selepas perkataan “suatu kesalahan dan”
dengan perkataan “apabila disabitkan”; dan
(b) dengan menggantikan perkataan “dua puluh lima ribu ringgit” dengan
perkataan “tidak kurang sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih lima
puluh ribu ringgit”.
Pindaan seksyen 31A 18. Subseksyen 31A(3) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan
“dan” dengan perkataan “apabila disabitkan”.
Pindaan seksyen 33 19. Subseksyen 33(2) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan
UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA A..............
“dan” dengan perkataan “apabila disabitkan”.
Pindaan seksyen 33A(3)
20. Subseksyen 33A(3) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan
“kakitangan yang berkelayakan” dengan perkataan “orang yang layak” .
Pindaan seksyen 34A 21. Seksyen 34A Akta ibu dipinda-
(a) dalam subseksyen 34A(7) dengan menggantikan selepas perkataan
“hendaklah” dengan perkataan “mematuhi syarat-syarat yang dilampirkan pada
kelulusan laporan itu”; dan
(b) dalam subseksyen 34A(8) dengan memasukkan selepas perkataan suatu
kesalahan dan” dengan perkataan “apabila disabitkan”.
(c) dalam subseksyen 34A(8) Akta ibu dipinda dengan menggantikan
perkataan ”tidak melebihi satu ratus ribu ringgit” dengan perkataan “tidak kurang
daripada satu ratus ribu ringgit dan tidak melebihi lima ratus ribu ringgit”
Pindaan seksyen 34AA 22. Subseksyen 34AA (3) Akta ibu dipinda-
(a) dengan memasukkan selepas perkataan “melakukan suatu kesalahan”
perkataan “apabila disabitkan”;
(b) dengan menggantikan perkataan “tidak lebih daripada lima ratus ribu
ringgit” di perenggan (a) dengan perkataan “tidak kurang daripada satu ratus
ribu ringgit dan tidak melebihi lima ratus ribu ringgit”
UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA A..............
11
Pindaan seksyen 34B 23. Subseksyen 34B(1)(a) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan
“meletakkan” dengan perkataan “atau menstor, menimbus, mengolah, pulihguna,
gunasemula”
Seksyen baru 34C 24. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 34B seksyen yang
berikut:
“Kawalan terhadap buangan elektrik dan elektronik dari isi rumah
34C. (1) Bagi maksud menjalankan kawalan terhadap buangan elektrik dan
elektronik dari isi rumah Menteri selepas berunding dengan Majlis membuat
suatu peraturan bagi kawalan dan pengenaan satu kadar fi terhadap pengeluar,
pengilang atau pengimport dan pengguna barangan elektrik dan elektronik .
(2) Apa-apa Peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh
mengadakan peruntukan –
(a) Bagi kadar fi yang hendak dikenakan ; dan
(b) Bagi cara pemungutan fi oleh Ketua Pengarah.
(3) Bagi maksud pengenaan satu kadar fi terhadap pengeluar,
pengilang atau pemgimport dan pengguna barangan elektrik dan
elektronik, maka hendaklah ditubuhkan satu tabung yang hendaklah
dikenali sebagai Tabung Kitar Semula Buangan Elektrik dan Elektronik
yang hendaklah dikendalikan sebagai akaun amanah dalam kumpulan
wang disatukan persekutuan.
(4) Tabung wang ini adalah terdiri daripada sumber-sumber berikut:
UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA A..............
(a) Apa-apa jumlah wang yang dibayar oleh pengguna semasa
pembelian produk elektrik dan elektronik bergantung
kepada saiz dan jenis barangan elektrik dan elektronik; dan
(b) Apa-apa jumlah wang yang dibayar oleh pengilang atau
pengeluar atau pengimport barangan elektrik dan
elektronik terhadap produk yang dikilangkan, dikeluarkan
atau diimport sehingga ianya menjadi buangan.
(5) Hendaklah ditubuh satu Lembaga yang dikenali sebagai Lembaga
Tabung Kitar Semula yang hendaklah mempunyai kawalan pada Tabung
itu. Lembaga itu hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut;
(a) Ketua Pengarah yang hendaklah menjadi Pengerusi;
(b) Dua Pegawai Kanan Alam sekeliling yang akan dilantik oleh
Menteri;
(c) Tiga anggota wakil daripada pengeluar dan pengimport
barangan elektrik dan elektronik;
(d) Dua wakil dari persatuan Pengguna; dan
(e) Dua pegawai awam yang dilantik menteri.
(6) Tabung ini hendaklah ditadbir bagi maksud –
(a) Pengurusan dan pentadbiran Lembaga Tabung Kitar
Semula ;
(b) Membiayai kos-kos pelupusan yang dilakukan oleh Pusat
Pemerolehan Kembali Penuh;
(c) Membiayai kos-kos bagi menjalankan program kesedaran
dan pendidikan;
(d) Membiayai kos perkhidmatan kepada Pusat Pengumpulan
buangan elektrik dan elektronik; dan
(e) Membiayai kajian dan penyelidikan ke atas analisa kos
UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA A..............
13
terhadap kadar fi yang dikenakan kepada pengilang,
pengeluar, pengimport dan pengguna barangan elektrik
dan elektronik.”
Pindaan Seksyen 36A 25. Seksyen 36A, Akta ibu dipinda -
(a) dalam subseksyen 36A(1) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas
perkataan “suatu ses ke atas buangan” dengan perkataan “terjadual”; dan
(b) dalam subseksyen 36A(2) Akta ibu dipinda dengan memasukkan semua
perkataan selepas “buangan” dengan perkataan “terjadual”.
Pindaan Seksyen 36C 26. Subseksyen 36C(4) Akta dipinda dengan menggantikan perkataan “tiga orang”
dengan perkataan “empat orang terdiri daripada sub seksyen 2 (a), (b), (c), dan (d)”.
Pindaan Seksyen 37 27. Subseksyen 37 Akta ibu dipinda –
(a) dalam subseksyen 37(1) Akta ibu dipinda –
(a) dengan memotong perkataan “atau” dihujung perenggan (c);
(b) dengan memotong tanda noktah dan menambah perkataan “; atau”
di hujung perenggan (d); dan
(c) dengan memasukkan selepas perenggan (d) dengan perenggan
berikut:
UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA A..............
“(e) lain-lain maklumat berkaitan dengan Akta ini.”
(b) Dalam subseksyen 37(2) Akta ibu dipinda-
(a) dengan memasukkan selepas perkataan “material” dengan
perkataan “seperti dikehendaki dalam subseksyen 37(1)” ;
(b) dengan menggantikan perkataan “dua ribu ringgit” dengan
perkataan “tidak kurang tujuh ribu ringgit dan tidak lebih dua
puluh lima ribu ringgit” ; dan
(c) dengan memasukkan selepas perkataan “melakukan suatu
kesalahan” perkataan “apabila disabitkan”
Pindaan seksyen 38
28. Seksyen 38 Akta ibu dipinda –
(a) dengan memotong perkataan “atau” dihujung perenggan (f);
(b) dengan memotong tanda noktah dan menambah dengan perkataan “atau”
di hujung perenggan (g); dan
(c) dengan memasukkan selepas perenggan (g) dengan perenggan yang
berikut:
“(h) mengambil gambarfoto atau rakaman video semasa pemeriksaan
atau siasatan;”
Pindaan Seksyen 40 29. Subseksyen 40(2) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan
“Pemunggut Hasil Tanah” dengan perkataan “atau Pentadbir Tanah”.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA A..............
15
Pindaan seksyen 41 30. Seksyen 41 Akta ibu dipinda dengan mengantikan perkataan “tidak lebih sepuluh
ribu ringgit” dengan perkataan “tidak kurang sepuluh ribu ringgit dan tidak melebihi
lima puluh ribu ringgit ”
Pindaan seksyen 45 31. Subseksyen 45(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “tidak
melebihi dua ribu ringgit”. dengan perkataan “tidak kurang daripada dua ribu lima ratus
ringgit
Pindaan Seksyen 47 32. Subseksyen 47(4) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas semua
perkataan “buangan” dengan perkataan “terjadual”.
Pindaan Seksyen 48A
33. Seksyen 48A Akta ibu dipinda -
(a) dalam subseksyen 48A(1) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas
perkataan “sewajarnya olehnya boleh” tanda “ – “ dan perenggan yang berikut:
“(a) memasuki, memeriksa dan menjalankan ujian mana-mana
kenderaan yang sedang digunakan dan bagi maksud itu boleh
menghendaki mana-mana kenderaan diberhentikan;
UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA A..............
(b) boleh menahan mana-mana kenderaan selama masa yang
diperlukan bagi pemeriksaan dan pengujian itu;
(c) menghendaki pemandu kenderaan itu memandu kenderaan itu ke
suatu tempat bagi maksud pemeriksaan atau pengujian; atau
(d) boleh menjalankan, atas perbelanjaan pemunya, semua ujian dan
pemeriksaan yang difikirkannya patut atau perlu bagi memuaskan
hatinya bahawa peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan
yang dibuat di bawahnya telah dipatuhi berkenaan dengan
kenderaan itu.
Dengan syarat bahawa tiada kenderaan boleh ditahan di bawah seksyen ini
selama tempoh yang lebih daripada empat puluh lapan jam atau suatu tempoh
yang lebih lama sebagaimana yang dibenarkan secara bertulis oleh Ketua
Pengarah dalam mana-mana hal tertentu.”
(b) dalam subseksyen 48A(7) Akta ibu dipinda –
(a) dengan menambah selepas perkataan “pemunya berdaftar
kenderaan itu” dengan perkataan “membawa kenderaan itu untuk
menjalankan ujian atau” ; dan
(b) dengan menambah selepas perkataan “mengemukakan apa-apa
dokumen,” dengan perkataan “dari kemudahan yang diluluskan dan
dilantik oleh KPAS”.
Seksyen baru 48AF 34. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 48AE seksyen yang
berikut:
UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA A..............
17
Perlindungan ke atas Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang
diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah
48AF. Tiada apa-apa tanggungan boleh dikenakan ke atas Ketua Pengarah atau
mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua
Pengarah bersabit dengan apa-apa perbelanjaan, kerosakan, siasatan yang
berbangkit daripada perjalanan sah kuasa atau pelaksanaan tugas-tugas yang
dikenakan dalam Akta ini, hendaklah tidak boleh dikenakan apa-apa tindakan,
tuntutan atau liabiliti berikutan daripada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi
kepadanya atau tugas-tugas yang dikenakan ke atasnya di bawah Akta ini.
Pindaan seksyen 51 35. Subseksyen 51(3) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “dua tahun”
perkataan “lima tahun”.
Dibuat 201.... [ ] DATUK SERI G PALANIVEL Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar