111
1 WARISAN KESENIAN PELBAGAI KAUM

Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

1

WARISAN KESENIAN PELBAGAI

KAUM

Page 2: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

2

Senarai KandunganBil Perkara Halaman1 Tajuk Kajian 12 Senarai Kandungan 2-33 Tema, Nama Projek, Ahli Kumpulan Projek dan Guru Penasihat 44 Penghargaan 55 Objektif Kajian 66 Kaedah Kajian 77 Hasil Kajian

Definisi Kraf Bidang Kraf Aneka Kraf

Kompang Seni Kraf Orang Asli Serunai Sumpit Sarawak Ukiran Halus

Hasil Rimba Anyaman Daun Serdang Rinago Rombong Rotan Tempurung

Hasil Tanah Pasu Iban Tembikar Labu Suyong

Logam Filigree Pandai Besi Tembaga

Tekstil Batik Kain Sulaman Pis Seni Telepuk Songket Sulaman Nyonya Tenunan Dastar Tenunan Pua

8 - 81

8 Rumusan 829 Rujukan 83

Page 3: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

3

Page 4: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

4

TEMA WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA

NAMA PROJEK CANTIKNYA KRAF TANGAN TRADISIONAL MALAYSIA

AHLI KUMPULAN PROJEK

NUR AINA FIKRIYAH BINTI MOHD ARIFFIN NUR HANIS NABILAH BINTI SAIHUDDIN NURMAHIRAH BINTI REDZWAN SITI NOOR KHADIJAH BINTI NIZAM MUHAMMAD AFIQ BIN MOHD FADHIL

GURU PENASIHAT

PUAN ZALEHA BINTI ABU BAKAR

Page 5: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

5

Penghargaan Pertama sekali, kami ingin memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah s.w.t. kerana dengan

izin-Nya, kami dapat melaksanakan kerja kursus mata pelajaran ini dengan jayanya.

Justeru, ucapan ribuan terima kasih serta penghargaan yang tidak terhingga kami ucapkan

kepada Tuan Pengetua SMK Dato’ Bentara Luar, Encik Abu Bakar Sidek Bin Kasbi yang telah

memberi kebenaran kepada para pelajar untuk membuat kerja kursus ini.

Di samping itu, setinggi-tinggi ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan

kepada guru mata pelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan 2 kami, iaitu

Puan Zaleha Binti Abu Bakar yang telah banyak membantu, memberi bimbingan dan panduan

serta nasihat kepada kami untuk menyiapkan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa

kami yang telah banyak memberi kerjasama, sokongan dan dorongan.

Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan

tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini.

Page 6: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

6

Objektif Kajian Dalam melaksanakan kajian, terdapat beberapa objektif kajian yang perlu ditetapkan. Objektif am

kerja kursus ini adalah untuk mengenali warisan kraftangan kita.

Selain itu, objektif khusus kajian ini pula ialah untuk mengetahui asal usul kraftangan. Melalui

kraftangan, pelajar dapat mengetahui sesuatu kaum. Kraftangan adalah simbolik sesuatu kaum.

Melalui kajian ini, pelajar dapat menguasai, mengumpul, merekod dan menganalisis maklumat

tentang warisan kesenian pelbagai kaum.

Page 7: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

7

Kaedah Kajian Kaedah kajian yang kami gunakan sepanjang menyiapkan kerja kursus ini ialah buku ilmiah, analisis

dokumen, melayari internet dan penyelidikan perpustakaan.

Buku ilmiah yang kami gunakan ialah Buku Teks Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan

2. Ia diterbitkan oleh AG Grafik Sdn. Bhd. pada tahun 2005.

Kaedah yang seterusnya, kami melayari internet. Kami memperolehi maklumat melalui Portal Rasmi

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia http://www.kraftangan.gov.my .

Akhir sekali, kami juga mencari masa senggang untuk menjejakkan kaki ke perpustakaan SMK

Dato’ Bentara Luar untuk membuat penyelidikan. Segala maklumat yang kami perolehi diberi oleh Cik

Fazilah Mohd Taib. Kami ada meminjam beberapa buah buku sebagai rujukan.

Page 8: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

8

Hasil KajianDefinisi Kraf

"Keluaran Kraftangan" ertinya apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau

tradisional dan adalah hasil dari sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada

kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa keluaran batik; dan "keluaran batik" ertinya apa-apa barang,

walau bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai rekabentuk batik pada atau di mana-mana

bahagiannya.

sumber: Akta 222-Akta perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979

 

 

Page 9: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

9

Page 10: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

10

Bidang Kraf

Aneka Kraf

Hasil Rimba

Page 11: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

11

Hasil Tanah

Logam

Page 12: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

12

Tekstil

Page 13: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

13

Aneka KrafSeni kraf berasaskan manik, kertas, siput, mutiara dan lain-lain lagi.

Kompang

Seni Kraf Orang Asli

Serunai

Page 15: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

15

Kompang

Kompang mempunyai baloh berbingkai yang diperbuat daripada kayu jenis keras. Lazimnya dari spesis

Nangka dan nama saintifiknya "Artocarpus Heterophylius". Belulang daripada kulit kambing digunakan

sebagai bahan bunyi yang dipasang pada permukaan balohnya dengan menggunakan bahan pelekat

kemudian ditindih dengan paku supaya ketegangannya lebih terjamin. Kompang juga memerlukan rotan

sedak sebagai alat untuk menghasilkan suara yang baik.

Permainan Kompang lazimnya dimainkan secara berkumpulan dalam keadaan bersila, berdiri ataupun

berarak mengikut keperluannya. Dalam teknik penghasilan bunyi, pemain akan menggunakan sebelah

tangan untuk memegangnya dan menggunakan sebelah lagi tangan untuk memukulnya.

Selain dari Marhaban, peranan Kompang dalam kehidupan masyarakat masa kini, telah menjadi begitu

penting khususnya untuk meraikan majlis perkahwinan atau menyambut pembesar-pembesar negara. Kini

permaian Kompang telah mula diajar di sekolah-sekolah serta pusat-pusat pengajian tinggi dan institusi

kerajaan.

Dalam konteks persembahan kumpulan Kompang terdiri daripada tiga kumpulan mengikut peranannya.

Kumpulan pertama terdiri daripada beberapa orang pemain yang akan bertindak sebagai "Pembolong"

menggunakan istilah lokaliti untuk memainkan pola paluan yang khusus serta spesifik secara seragam

iaitu "in unison" sebagai pukulan dasar. Kumpulan kedua bertindak sebagai Peningkah lazimnya terdiri

daripada seorang sahaja ketua dalam permainan tersebut dan kumpulan ketiga akan bertindak sebagai

penyilang yang memainkan rentak hias sebagai unsur pelengkap kepada keseluruhan pola paluan yang

terjalin.

Page 16: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

16

Seni Kraf Orang Asli

Di Malaysia terdapat 140 ribu org asli yang

dibahagikan kepada 3 kumpulan utama iaitu Negrito,

Senoi dan juga Melayu Proto.

Suku kaum Mahmeri, dari kumpulan Senoi adalah

antara pribumi yang turut menghasilkan ukiran kayu.

"Mahmeri" bermaksud orang hutan manakala dalam

istilah, mahmeri memberi maksud bersisik. mereka

juga dikenali sebagai orang laut. sesuai dengan lokasi

penempatan mereka yang berhampiran dengan laut

iaitu di Pulau Carey, Selangor.

Seni ukiran kayu telah lama bertapak dalam

masyarakat Mahmeri dan mereka turut dikenali

sebagai pengukir yang mahir. Kreativiti mengukir

patung-patung berbentuk dewa-dewa, figura manusia,

alam flora dan fauna amat menakjubkan. Ada di antara

ukiran-ukiran itu, pernah mendapat pengiktirafan

UNESCO.

Kehebatan seni ukiran ini dapat dilihat melalui ukiran yang dihasilkan oleh Encik Pion ak Bumbong yang

lebih mesra dengan panggilan Pak Pion. Minat yang mendalam terhadap seni ini telah membawa Pak

Pion mempelajari kemahiran serta teknik pengukiran dari pengukir sebelumnya. Kepakaran dan ketelitian

kerja Pak Pion boleh dilihat dari peringkat awal proses ukiran iaitu semasa pemilihan asasnya.

Page 17: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

17

Serunai

Serunai adalah sejenis alat muzik dalam kumpulan muzik

tradisional Melayu dan merupakan salah satu daripada alat

utama dalam persembahan wayang kulit Kelantan. Badan

serunai berbentuk kon dan terdiri daripada tiga bahagian yang

diperbuat daripada kayu. Panjang badannya adalah di antara 12

- 18 inci dan mengandungi 7 lubang petik di atas dan satu

lubang jerit di bawah.

Sumpit Sarawak

Sumpit adalah sejenis peralatan memburu yang sering digunakan oleh masyarakat pribumi Sarawak

sedikit masa dahulu. Terdapat kelebihan yang dimiliki oleh senjata ini iaitu kemampuannya mencapai

sasaran dari jarak jauh di samping tidak mencemarkan alam sekitar. Bahan utama di dalam proses

pembuatan sumpit adalah daripada kayu. Kayu dipilih mengikut kualiti dan mutu biasanya daripada kayu

jenis "Belian". Proses pembuatan sumpit adalah rumit dan memerlukan kepakaran untuk menebuk

kayu yang telah dipilih.

Ukiran Halus

Seni ukiran yang terdapat pada senjata Melayu khasnya memperlihatkan rekacorak dan kehalusan seni

ukiran Melayu. Penghasilan produk halus seperti hulu keris dan sarung keris ini bukan sahaja dihargai

malahan ianya membawa pengertian falsafah yang tinggi nilainya. Bagi menghasilkan ukiran yang

bermutu, penelitian dan penumpuan serta pemilihan bahan mentah yang sesuai dititikberatkan.

Page 18: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

18

Hasil RimbaSeni kraf yang berasaskan kayu, buluh, rotan, mengkuang dan lain-lain lagi.

Anyaman

Daun Serdang

Rinago

Page 20: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

20

Anyaman 

Anyaman merupakan seni kraf sejagat Malaysia wujud

sejak 300 ratus tahun yang lampau. Hasil rimba seperti

buluh, rotan, pandan, mengkuang dan ribu-ribu

menyumbang kepada hasil utama kraf anyaman.

Anyaman yang dihasilkan daripada bahan hasil rimba

ini memaparkan barangan harian, hiasan dan hadiah.

Keunikan dan kesenian serta kreativiti masyarakat

Malaysia menghasilkan kraftangan anyaman terserlah

melalui penghasilan bakul, tikar, perabut, pengadang,

bekas serbaguna, dinding rumah dan barangan hadiah

dan cenderamata.

Kepelbagaian penghasilan produk ini memaparkan

keadaan sebenar keunikan seni kraftangan Malaysia

yang dianggap seni kraf yang unik di rantau Asia

 

Page 21: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

21

Daun Serdang 

Produk kraftangan anyaman daun serdang banyak

dihasilkan di Daerah Kota Belud oleh suku kaum

Bajau. Pada asalnya ia digunakan untuk menutup

makanan dan dikenali sebagai Tenduang dalam bahasa

Bajau yang bermakna Tudung Saji. Kraftangan ini

juga dihasilkan oleh suku kaum Brunei di Daerah

Kuala Penyu yang mempunyai fungsi yang sama dan

juga dipanggil Tudung Saji.

Tudung Saji atau Tenduang suku kaum Bajau Kota

Belud mempunyai corak berjalur yang berwarna warni

sementara suku kaum Brunei tidak mempunyai corak berjalur.

Anyaman Daun Serdang ini juga boleh dibuat produk lain seperti alas pinggan, bakul hamper, dan

sebagainya.

Page 22: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

22

Rinago   

Kraftangan Anyaman Rinago (ribu ribu) adalah sejenis

anyaman yang banyak dihasilkan oleh suku kaum Rungus di

Daerah Kudat. Ianya juga dikenali sebagai Lingkong dalam

bahasa Rungus. Ribu ribu atau nama saintifiknya Lygodium

adalah sejenis tumbuhan paku pakis menjalar yang tumbuh di

kawasan belukar. Bagi membuat produk kraftangan ribu ribu

dianyam dengan rotan atau buluh bagi membuat produk kraf

yang dikehendaki.

Antara produk kraf tardisional yang dihasilkan daripada ribu-

ribu adalah seperti gasing, tinompok dan selapak.

Walaubagaimanapun ianya boleh diperluaskan kegunaannya

dengan dijadikan produk-produk kraf lain seperti alas pinggan,

alas gelas, bekas buah, bakul dobi, bekas gula gula dan

sebagainya.

Page 23: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

23

Bahan & Peralatan Pembuatan Anyaman Ribu-Ribu

  

 

BAHAN & PERALATAN

Parang

Tudung Tin

Tudung tin yang ditebuk dalam ukuran yang sesuai untuk

menjangka ribu-ribu mengikut saiz yang dikehendaki.

Pisau Lipat

Pisau lipat atau sebarang jenis pisau yang sesuai untuk

meraut tibu-ribu.

Kayu Pembaris

Kayu pembaris untuk mengukur ribu-ribu.

Page 24: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

24

Cara Memproses Ribu-Ribu   

 

CARA MEMPROSES RIBU-RIBU

Batang ribu-ribu serta akarnya dicabut. Daun-daun dan bahagian hujung (pucuk)nya dipotong. Ribu-ribu dibelah sedikit dengan pisau kepada dua atau tiga bahagian mengikut ukuran. Bagi ribu-ribu yang agak matang, belahan dimulakan daripada hujung ke pangkal, sementara ribu-ribu yang agak muda dibelah daripada pangkal hingga ke hujung. Seterusnya belahan dibuat dengan hanya menggunakan ibu jari. Benda tajam seperti pisau adalah tidak sesuai kerana menyebabkan belahan tidak seimbang, mudah putus dan rosak. Setelah belahan hampir ke hujung atau pangkal, empulur akan ditarik keluar. Ribu-ribu kemudian digantung dan dijemur di tempat yang teduh hingga agak kering.

Ribu-ribu yang terlalu kering akan mengakibatkan kulit ribu-ribu menjadi kecut dan mudah patah bila dianyam. Ia juga perlu dielakkan daripada terkena air sebelum digunakan agar ia tidak mudah bertukar kepada warna hitam. Ribu-ribu yang telah kering seterusnya diraut dengan pisau. Helaian ribu-ribu kemudian dijangka mengikut saiz yang dikehendaki dengan memasukkannya melalui lubang tudung tin yang ditebuk.

Page 25: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

25

Rombong   

Seni anyaman Rombong merupakan satu seni

kraftangan yang menghasilkan bakul serbaguna yang

diperbuat daripada mengkuang. Seni ini sangat

terkenal di kalangan kaum wanita negeri Melaka.

Rombong boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan

mengandungi motif-motif yang memaparkan saling

berkaitan antara alam sekitar dan manusia. Kewujudan

rombong adalah sebahagian hasil kemahiran

kraftangan yang dipusakai sejak zaman berzaman.

Melalui kemahiran tangan dan ilham daun mengkuang

dianyam dengan teknik "anyaman gila"sehingga

membentuk sebuah bakul serbaguna.

Kemahiran dan kreativiti tukang anyam terserlah di

dalam penghasilan rekacorak dan saiz yang variasi.

Keindahan warisan ini memaparkan hubungkait alam

sekitar di dalam kehidupan manusia seharian.

Penggunaan motif-motif yang berteraskan alam

semulajadi seperti flora dan fauna menjadi sumber

inspirasi di dalam penghasilan bakul rombong.

Rombong boleh didapati dalam bentuk bujur telur, potong wajik, tiga segi, empat segi dan bulat. Ianya

juga terdapat dalam set susunan tiga atau lima biji pada bentuk yang sama tetapi berlainan saiznya.

Gabungan sulaman dan anyaman rombong ini menampakkan keindahan dan kehalusan seni khazanah

bangsa. Tidak hairanlah nilai estetika pada bakul rombong ini dikagumi dan diminati oleh masyarakat

setempat dan para pelancong.

Page 26: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

26

Proses Pembuatan Anyaman Rombong   

PROSES PEMBUATAN ANYAMAN ROMBONG

Pemilihan dan Pemotongan

Daun mengkuang yang sesuai dipilih dari jenis yang baik.

Melayur Daun

Daun mengkuang dilayur di atas bara api sehingga menjadi kekuningan. Ia dilakukan untuk menjadikan daun itu lembut dan tahan lama. Di samping itu ia dapat memudahkan proses menjangka.

Menjangka

Daun mengkuang dibelah dengan bilah yang sama saiz dengan menggunakan jangka.

Merendam

Daun-daun tersebut digulung dalam satu ikatan untuk direndam dalam suatu ikatan untuk direndam di dalam air biasa selama 2 hari. Semasa rendaman, air akan ditukar sebanyak ditukar sebanyak dua kali sehari. Rendaman ini dilakukan untuk melunturkan warna asal daun.

Menjemur

Setelah direndam, daun-daun tersebut akan dijemur sehingga menjadi putih kekuningan. ini dilakukan bagi memudahkan proses melurut.

Page 27: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

27

Mewarna

Daun-daun mengkuang yang telah kering dicelup ke dalam pencelup warna mengikut kesesuaian rekacorak rombong. Selepas diwarnakan, ia akan dikeringkan di bawah sinaran matahari.

Melurut

Proses melurut dilakukan bagi menjadikan daun mengkuang cantik dan tetap kembang. Sekiranya proses melurut tidak dilakukan, daun akan menjadi keras dan sukar dianyam.

Menganyam

Proses menganyam bermula dengan membuat "Pusat Belanak" iaitu menganyam enam helai daun secara jelujur dan melintang. Helaian daun yang ditambah serta bilangan langkah anyaman menentukan saiz sesebuah rombong.

Menaja

Jalinan daun dianyam sehingga membentuk tapak yang berbentuk bulat. Bingkai yang diperbuat daripada kulit pelepah disisip ke tapak rombong untuk memperkuatkan tapak yang telah dianyam. Seterusnya anyaman dinaikkan ke atas untuk membuat badan bakul.

Sulam/Mencolek Bunga

Alat penyisip disisipkan bersama daun berwarna sehingga menembusi sebahagian bawah anyaman sambil meninggalkan kesan sisipan pada rombong. Setelah siap, bahagian tudung atau penutup rombong dianyam serupa seperti bahagian badan rombong.

Page 28: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

28

Bahan Mentah & Peralatan Pembuatan Rombong 

BAHAN MENTAH & PERALATAN PEMBUATAN ROMBONG

Mengkuang

Bahan asas semulajadi ini sering terdapat di kawasan berpaya dan berpasir.

Parang

Digunakan untuk memotong daun-daun mengkuang dari pokoknya.

Pisau

Tulang belakang daun mengkuang diraut dan dibuang dengan menggunakan pisau.

Jangka

Dikenali juga sebagai sisir kayu bermata tajam. Digunakan untuk memotong atau membelah daun mengkuang menjadi

bilah-bilah.

Penyisip

Diperbuat daripada buluh dan digunakan semasa sisispan dilakukan di peringkat anyaman.

Page 29: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

29

Rotan   

Rotan merupakan bahan utama membuat bakul.

Terdapat berbagai-bagai jenis rotan yang boleh

digunakan untuk dijadikan bakul. Di antaranya ialah

rotan sega. Terdapat juga rotan-rotan lain yang telah

dibentuk seperti rotan isi atau dikenali sebagai rotan

pulor, rotan kulit dan rotan ikat tanpa kulit. Bilah-bilah

rotan ini akan diwarnakan mengikut corak bakul yang

dikehendaki. Jalinan warna digabungkan akan

menghasilkan bentuk bakul yang begitu menarik.

 Penyediaan Bahan dan Peralatan

Bahan dan peralatan perlu disediakan sebelum kerja-

kerja pembuatan bakul dimulakan. Di antara bahan

yang digunakan adalah seperti berikut:

Rotan pulor 2mm - digunakan untuk membentuk

jalinan di permukaan bakul.

Rotan pulor 3mm - digunakan untuk dijadikan

asas tiang atau rangka bakul.

Rotan sega - digunakan untuk pembentukan

bingkai dan tangkai.

Manakala peralatannya pula terdiri daripada penebuk, plier memotong, plier lonjong, pisau, pembaris atau

pengukur, penukul besi dan gunting besi.

Proses Menganyam Bakul

Terdapat 3 peringkat kerja yang mesti dilakukan di dalam proses pembuatan bakul, iaitu:

Tapak bakul

Badan bakul

Page 30: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

30

Bingkai / Tangkai bakul

Sebelum peringkat-peringkat ini dimulakan, perlulah dikenalpasti rekaan bakul yang meliputi ukuran

tinggi, lebar, ukuran garispusat dan bentuknya.

Cara-cara Menganyam Bakul

    Tapak Bakul

Penyediaan tapak bakul bermula dengan potongan-potongan rotan berukuran 3mm dan panjangnya

dianggarkan 3 kali daripada ketinggian ukuran bakul. Rotan berukuran 2mm pula akan dibentuk dua dan

dimasukkan ke salah satu bucu asas tapak tersebut. Kedua-dua jalinan ini dibentuk sebanyak 3 kali lilitan.

Setelah itu tiang-tiang rotan dipecahkan sama rata menjadi 10 tiang rangka yang berkembar dua. Ini

diikuti jalinan turun-naik sepertimana yang telah dibuat sebelum ini, sehinggalah mencukupi ukuran tapak

yang diperlukan. Tiang-tiang rangka tapak diperkemaskan dengan jalinan pintal sebanyak 2 lilitan.

Kemudian tiap-tiap rangka dinaikkan 900 untuk dijadikan bahan.

Badan Bakul

Jalinan badan bakul dibentuk dengan menggunakan anyaman 3 serentak berpintal, iaitu menggunakan 3

rotan untuk dijalinkan sekali. Ketika proses ini, pembentukannya perlu dikawal untuk mendapatkan 900

lurus tiang rangka. Setelah mencapai ketinggian ukuran bakul, ianya dimatikan hujungnya dengan

menyelitkan di antara satu sama lain.

Bingkai Bakul

Rotan sega yang dibelah dua digunakan untuk mendapatkan bingkai yang kukuh. Panjangnya bergantung

kepada lilitan garispusat bakul yang dikehendaki. Kedua-dua bilah rotan sega dicantumkan dengan paku

kecil. Setelah siap dipaku ianya dililit dengan rotan isi (2mm) sehingga menutupi bingkai bakul. Bagi

tangkainya pula, rotan sega yang telah dibentuk dan diukur, hujungnya diraut hingga nipis. Tangkai

tersebut kemudiannya dililit dengan rotan isi sepertimana yang dilakukan kepada bingkai tadi. Lilitan

tersebut dimatikan di sebelah hujungnya. Bakul rotan yang telah siap akan di buang bulu-bulu rotannya.

Kebiasannya api digunakan untuk membuangkannya. Setelah itu bolehlah bakul tersebut digunakan atau

dijual.

Page 31: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

31

Tempurung   

Kraf tempurung merupakan salah satu di antara terbuang yang diperkenalkan. Setiap peringkat dalam

proses membuat kraf tempurung hendaklah menitikberatkan tentang kawalan mutu supaya dapat

menghasilkan keluaran yang cantik, eksklusif dan bermutu.

Bahan Utama:

Antara bahan-bahan utama yang diperlukan ialah tempurung tua dan tempurung muda dengan pelbagai

ukuran (mengikut rekaan yang diperlukan). Kayu Jelutong digunakan sebagai tapak. Kulit rotan dililitkan

di kulit tempurung sebagai hiasan dan untuk kelihatan kemas lagi. Tawas diperlukan sebagai bahan

pengawetan. Bahan lain yang digunakan ialah pewarna.

Page 32: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

32

Peralatan Pembuatan Seni Kraf Tempurung  

· 'Bench Drill'

Alat ini digunakan bersama-sama peralatan berikut:

- 'Drill bits' untuk menebuk lubang

- 'Steel brush' untuk membersihkan bahagian dalam tempurung

- Parut kelapa, untuk memarut isi kelapa.

· 'Air-drum Sander'

Alat untuk melicinkan permukaan tempurung dengan menggunakan berbagai-bagai gred kertas pasir

mengikut proses tertentu. Contohnya:

- Gred 80 untuk mengikis saki baki sabut

- Gred 150 untuk melicinkan permukaan

- Gred 180 pelicinan peringkat akhir.

· 'Cutting Disc Machine'

Alat untuk memotong tempurung.

· 'Air-Compressor'

Alat penyemburan 'lacquer' dan pewarna.

Page 33: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

33

Proses pembuatan kraf tempurung   

Penyediaan Barangan Separuh Siap

Bahagian mulut tempurung dipotong dan isi kelapa dibuang. Kemudian direbus dengan tawas selama 1/2

jam setiap satu bagi tujuan pengawetan. Selepas dikeringkan, tempurung tersebut dilicinkan dengan

menggunakan 'air-drum sander' Bahagian dalam dibersihkan dengan menggunakan 'steel brush' yang

dipasangkan pada 'bench drill'. Bahagian tapak pula diratakan sebelum ditampal dengan papan jelutong.

Akhir sekali, pastikan semua bahagian tempurung dilicinkan dengan 'air-drum sender' menggunakan

kertas pasir halus gred 180.

Penyediaan Barang Siap

Tempurung yang telah diproses bolehlah dijadikan berbagai-bagai barangan siap dengan menggunakan

teknik-teknik berikut:

Teknik Melukis

Dalam teknik ini, langkah pertama ialah pemilihan motif yang dikehendaki. Kemudian lakaran

dibuat di permukaan tempurung. Ruang-ruang yang telah dilakarkan disapu warna berdasarkan

citarasa sendiri sebelum diperkemaskan lagi dengan semburan 'clear lacquer'.

Teknik Menampal Daun Getah

Daun getah yang telah diproses (tinggal rangkanya sahaja) ditampal di atas permukaan tempurung

tua (dark brown) dengan menyapu gam (metylan 9 wallpaper glue) pada sebelah bahagian daun.

Setelah gam kering, tempurung tersebut disembur dengan 'clear lacquer' bagi menutup daun

daripada rosak. Daun ini boleh juga dicelup dengan berbagai-bagai warna untuk memberikan

corak yang menarik.

Teknik Semburan Warna

Tempurung disembur dengan pewarna jenis 'enamel' menggunakan 'air-brush'. Kemudian

tempurung tersebut direnjis dengan 'thinner' menggunakan berus gigi. Bahagian yang tekena

'thinner' menanggalkan warna dan ini secara tidak langsung menimbulkan satu jalinan warna atau

Page 34: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

34

corak yang menarik. Apabila cat/pewarna kering, keseluruhan tempurung disembur dengan 'clear

lacquer' bagi kemasan terakhir.

 

Antara barangan yang boleh dibuat daripada tempurung adalah seperti bekas serbaguna, bekas pensil, rak

surat, rantai kunci, perhiasan wanita, tabung duit, 'buckle' untuk beg tangan dan pemegang kipas.

Page 35: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

35

Hasil Tanah   

Seni kraf berasaskan tembikar, kristal, kaca dan batu marmar.

Pasu Iban

Tembikar Labu Sayong

Page 36: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

36

Pasu Iban   

Ciptaan tangan manusia dengan adunan tanah dan air

telah membawa bersamanya kisah yang berusia 1,000

tahun sebelum masihi. Kisah ini mengimbas kembali

kehidupan dan kreativiti manusia zaman Neolitik.

Reformasi tamadun manusia telah membawa

perubahan demi perubahan kepada seni kerjatangan

seramik. Penemuan pasu Iban di Gua Niah Sarawak

membuktikan kerjatangan ini telah wujud sejak

beratus tahun yang lampau.

Antara kaum peribumi yang mewarisi kerjatangan ini

adalah Iban, satu-satunya kaum yang demokratik

dalam kehidupan seharian. Penghasilan pasu Iban

dipercayai mempunyai unsur-unsur kerohanian kerana

fungsinya lebih ke arah upacara-upacara rasmi kaum

Iban. Gahnya "Nuan" satu rencana yang

menggambarkan keunikan penghasilan pasu secara traditional dan keunikan ini digabungkan dengan cara

hidup masyarakt suku kaum Iban.

Page 37: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

37

Tembikar Labu Sayong   

Kegiatan perusahaan seni tembikar tradisional di Semenanjung

Malaysia telah mula dikenali sejak zaman-berzaman dan kini

perusahaannya masih hidup di beberapa tempat di

Semenanjung Malaysia. Melalui kudrat tangan dan ketajaman

ilham manusia, maka terbentuklah tembikar yang memaparkan

keindahan warisan tradisi yang sebahagian besarnya

disempurnakan oleh kaum wanita. Seni tembikar ialah hasil

seni kraftangan yang diperbuat dari tanah liat yang diuli,

diterap dengan pelbagai corak, diasapkan serta dibakar

untukmenghasilkan satu rupabentuk yang sungguh berseni dan

unik.

Tembikar yang lebih dikenali sebagai Labu Sayong berwarna

hitam banyak terdapat di Sayong, daerah Kuala Kangsar, Perak. Malah sebut sahaja Sayong, maka

tergambarlah keindahan bentuk seni labu yang berwarna kehitaman. Wujudnya labu hitam ini dari buah

labu tua yang dikeluarkan isinya dan dibersihkan sebelum dijadikan bekas untuk menyimpan air.

Suatu masa dahulu, labu hitam adalah alat penting yang digunakan sebagai bekas menyimpan air

minuman di majlis kenduri. Keistimewaan labu hitam ini ialah airnya yang sejuk dan dipercayai boleh

menawarkan beberapa jenis penyakit seperti batuk dan demam panas. Ia juga digunakan sebagai bekas air

sewaktu menziarahi tanah perkuburan.

Labu Sayong menekankan sifat semulajadi iaitu tanah liat serta teknik penggunaan tangan. Rekaan corak

permukaannya dihiasi dengan motif alam sekitar seperti motif bunga padi, pucuk rebung, bunga cengkih

dan juga calaran-calaran geometrik yang harmoni.

Labu Sayong tetap dikagumi dan diminati bukan sahaja kerana penggunaannya semata-mata tetapi kerana

keindahannya, berasaskan nilai estetika barangan tembikar itu.

Page 38: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

38

Peralatan Pembuatan Labu Sayong  

PERALATAN YANG DIGUNAKAN

Penepek

Sebatang kayu digunakan untuk memampat tanah dan labu yang masih basah supaya menjadi bentuk yang dikehendaki.

Sudip

Sebatang buluh nipis dan runcing untuk mengerat lebihan tanah.

Pengukir

Sebatang kayu yang mempunyai ukiran motif pada kedua bahagian hujungnya dan digunakan untuk menerap hiasan-hiasan pada labu.

Batu Luru / Licin

Digunakan sebagai alat untuk melicinkan permukaan labu.

Pinggan Ayan / Piring Capah

Berfungsi sebagai roda pemutar.

Page 39: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

39

Proses Pembuatan Labu Sayong  

Aliran kerja membentuk sebiji labu dibuat dengan cara berperingkat-peringkat iaitu menyediakan tanah. Kerja-kerja membuat labu bermula dengan pemilihan tanah. Tanah liat yang lembut diambil daripada tebing-tebing sungai, perdu pokok atau busut. Tanah ini kemudiannya dijemur sehingga kering, membentuk, menghias dan akhirnya membakar.

PROSES PEMBUATAN LABU SAYONG

Menyediakan Tanah

Tanah-tanah itu kemudiannya ditumbuk menggunakan lesung kaki. Selepas itu diayak dan ditapis untuk memisahkan sampah-sarap dan ketul-ketul batu yang ada.

Setelah nyata bersih, tanah itu diuli supaya ia menjadi padat. Proses ini memerlukan ketelitian bagi memastikan tanah itu menjadi padat dan bebas daripada gelembung udara. Tanah itu kemudiannya dibentuk menjadi silinder untuk memudahkan proses berikutnya.

Membentuk

Membentuk adalah tersangat penting dalam menghasilkan labu hitam kerana teknik inilah yang menentukan keindahan dan kekuatan labu.

Ibu jari telunjuk turut berperanan penting dalam pembentukan permukaan labu yang masih separuh kering. Tanah berbentuk silinder akan dilingkar menjadi satu bulatan dan diletakkan di atas pinggan.

Lingkaran tanah dipicit sambil memusing pinggan. Proses pemicitan ini dilakukan untuk menaikkan tanah agar terbentuk badan, leher, kepala dan muncung labu. Sudip buluh digunakan untuk melurut permukaan labu supaya kelihatan sama dan licin. Penepek pula digunakan untuk memampatkan badan labu.

Setelah badan labu terbentuk, tanah liat yang telah dileperkan dicantum bagi menutup bahagian yang terbuka. Tanah liat leper akan menjadi bahagian tapak labu.

Page 40: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

40

Menghias

Apabila labu siap, ia dilicinkan dengan sudip buluh dan digilap menggunakan batu luru. Labu dibiarkan kering sebelum dihiasi dengan motif. Motif-motif dihasilkan dengan menekankan kayu materai ke permukaan labu. Labu ini sekali lagi dibiarkan kering untuk dibakar.

Membakar

Proses pembakaran terbahagi kepada tiga peringkat iaitu menyalai, membakar dan menyepuh. Labu-labu yang cukup kering disalai menggunakan bahang api, sabut kelapa kering dan sedikit kayu kering yang dibakar.

Labu diletakkan di atas para secara terbalik dan ditutup dengan daun pisang, daun kelapa atau tikar selepas disalai. Kayu api disusun pada bahagian bawah para lalu dinyalakan untuk proses pembakaran. Bahang api ini akan memanaskan labu yang telah dimasukkan ke dalam unggun api.

Labu yang telah dibakar dimasukkan ke dalam sekam padi untuk mendapatkan warna hitam pada permukaan labu. Kemudian bahagian bawah atau tapak labu disapu dengan damar untuk menghalang air daripada meresap keluar. Labu dibiarkan seketika dan dibersihkan sebelum digunakan.

Page 42: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

42

Filigree   

Seni pertukangan perak adalah satu daripada cabang kesenian orang-orang Melayu yang amat terkenal di

negeri Kelantan. Kemahiran pertukangan logam dipercayai telah wujud sejak zaman-berzaman, hasil

pengaruh tamadun Hindu dan Islam yang memang terkenal dengan pertukangan barangan logam seperti

emas dan tembaga

Barangan perak yang dihasilkan terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

Barang-barang kasar (serbaguna)

Barang-barang dapur seperti pinggan mangkuk, teko dan sebagainya.

Barang-barang filigree seperti aksesori wanita dan cenderahati.

Barang-barang perhiasan ikatan permata.

Bagi masyarakat yang telah mengenali seni pertukangan perak filigree atau turut dikenali dengan dawai

pintal, mengakui bahawa seni perak filigree mempunyai keindahannya yang tersendiri. Keindahan yang

dimaksudkan ini bukan sekadar kehalusan ragam hiasan pada penciptaan suatu motif yang terselindung

disebaliknya mengikut daya imaginasi jiwa pencipta itu sendiri.

Kebanyakan barangan filigree memaparkan peralatan perhiasan diri

yang menjadi kegemaran kaum wanita.

Pelbagai motif bunga-bungaan terdapat dalam pertukangan perak

filigree seperti bunga matahari, bunga cempaka, bunga orkid, bunga

mawar dan lain-lain motif moden dalam rekacorak pertukangan

barangan filigree.

Rekaan motif pada barangan perak filigree bukan sekadar hiasan sahaja tetapi juga adalah manifestasi

falsafah budaya Melayu melalui hasil cipta yang penuh simbolik.

Page 43: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

43

Penggunaan & Fungsi Filigree

Penghasilan barangan perak filigree tidak sahaja untuk kegunaan perhiasan diri, malah dibuat dalam

bentuk cenderahati, hiasan pada alat senjata dan alat kebesaran diraja.

Barangan eksklusif seperti anting-anting, rantai leher, kerongsang, kancing baju kebaya dan replika wau

semakin mendapat tempat di hati masyarakat tempatan dan menarik minat pelancong luar negeri.

Proses Pembuatan Filigree   

Keindahan barangan perak filigree terpancar pada kehalusan dan kerumitan corak serta pemilihan

motifnya. Proses pembuatan filigree dilakukan peringkat demi peringkat seperti dibawah.

TEKNIK PEMBUATAN FILIGREE

Melebur

Butir-butir perak dileburkan di dalam 'crucible' (mangkuk pijar) dan diproses menjadi batang perak, iaitu hasil tuangan perak mentah kedalam 'igoumould' (besi penuang).

Memesin Dawai

Batang perak itu dimasukkan kedalam mesin dawai untuk proses meleper dan menjadikannya dawai-dawai perak mengikut saiz yang dikehendaki.

Menarik Dawai

Dawai perak ditarik menggunakan playar pada mesin tarik dawai mengikut saiz.

Page 44: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

44

Memintal Dawai

Proses memintal dawai dilakukan dengan menggunakan kemahiran tangan berlapikkan sekeping papan kecil. Proses ini diulang berkali-kali dengan diselangi kerja menyepuh dawai.

Menggulung Dawai

Dawai pintal yang bergerigi (filigree) digulung dengan penyepit, dibentuk menjadi leper dan bujur.

Membentuk Bingkai

Dawai perak dibentuk seperti yang dikehendaki di atas persoalan (acuan bingkai) yang telah siap disediakan. Kerja-kerja membentuk bingkai dibuat satu persatu.

Pengisian Dawai

Setelah siap keseluruhan bentuk bingkai, dawai pintal (filigree) tersebut dimasukkan kedalam bingkai perak satu-persatu dan dipateri supaya tidak tanggal daripada lilitan perak di sekelilingnya.

Memateri

Stigma diletakkan ditengah-tengah kuntum bunga, dan hujung kelopak tadi dibentukkan dengan tangan supaya menjadi bunga.

Page 45: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

45

Merebus

Barangan filigree direbus dalam air tawas untuk menghilangkan segala kekotoran.

Memberus

Barang filigree kelihatan indah dan bersinar setelah diberus dengan berus dawai tembaga halus dan air sabun.

Ujian Mutu

Produk terakhir filigree yang menepati piawaian iaitu yang mengandungi 92.5% perak ditanda pengesahan (Hallmark) pada barangan.

Page 46: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

46

Pandai Besi   

Pandai besi merupakan satu gelaran bagi individu yang terkenal dan mahir di dalam bidang pertukangan

besi. Seseorang yang menunjukkan ketokohan dan terbukti kebolehan biasanya diakui sebagai pakar di

dalam bidang tersebut. Kemahiran "Pandai Besi" tertumpu kepada usaha menempa senjata tradisonal

seperti keris, kelewang chalung, parang, pedang dan sebagainya di samping menghasilkan peralatan

pertanian tradisional. Peralatan menempa, motif dan ragam pertukangan serta cara membentuk senjata

memperlihatkan kepakaran "Pandai Besi" itu sendiri.

Peralatan Pembuatan Senjata Besi

   

Page 47: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

47

MusangAlat yang paling penting dalam pertukangan besi. 'Musang' diperbuat daripada kayu dan berbentuk seperti tong panjang. Ini berfungsi untuk mengepam dan menghembuskan angin yang terperangkap masuk ke dalam saluran dapur. 'Musang' ini juga akan menentukan bekalan angin cukup diperolehi ketika kerja-kerja menempa besi. Ia dikenali sebagai 'kelubung' di Perak dan 'hembusan' di Kelantan.

AndasAndas merupakan landasan yang diperbuat daripada sekeping besi tebal berbentuk jongkong timah dan dilekatkan di atas seketul kayu yang tinggi. Ia digunakan sebagai tempat mengetuk, menitik dan menempa besi yang panas.

LepaLepa adalah sejenis alat pemotong besi. Bentuk matanya kelihatan seperti pahat yang disepitkan di antara dua keping buluh dan diikat kemas-kemas. Tukul besi digunakan untuk mengetuk lepa pada besi panas.

TukulIa digunakan untuk menempa alat-alat besi yang nipis matanya. Manakala tukul puting berbentuk empat persegi digunakan untuk memasukkan puting parang ke dalam hulunya.

KikirKikir ini mempunyai pelbagai saiz. Ianya digunakan untuk melicin dan menghaluskan mata senjata yang telah dibentuk.

PenyepitPenyepit digunakan untuk memegang besi yang panas semasa kerja-kerja menempa dijalankan.

PenyepuhTong kayu yang berukuran 91.44sm panjang, 30.48sm lebar dan tinggi serta diisi dengan air. Digunakan untuk menyepuh alat-alat besi yang telah ditempa, diketuk dan dikikir supaya menjadi sejuk, tajam, kukuh dan tahan lama.

PenangiKegunaan alat ini adalah untuk membentuk temin supaya menjadi bulat dan sesuai dengan bentuk hulu.

Jara SilaJara Sila digunakan untuk membuat lubang pada hulu.

TeminTemin ini diperlukan untuk mengukuhkan kedudukan alat-alat besi di pangkal hulu. Temin diperolehi daripada pembelit pada tong kayu.

ArangDigunakan sebagai bahan api untuk membakar.

Page 48: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

48

Teknik Pembuatan Senjata Besti   

Secara umumnya proses pembuatan senjata seperti keris dan kelewang chalung adalah sama iaitu proses

menempa hingga membentuk mata besi. Tetapi keris mempunyai sedikit kelebihan dari segi

pembuatannya.

Proses Menempa

Besi dibakar dan diketuk secara berturut-turut sebelum dipotong. Setelah dipotong, mata besi itu

dipanaskan lagi dan digodam berulang kali. Ini berterusan sehingga bentuk mata seperti mata keris atau

kelewang mula terbentuk.

Membentuk 'Belalai Gajah'

Membentuk 'belalai gajah' yang menyerupai seekor gajah dengan kedudukan belalainya di bahagian atas.

'Belalai gajah' ini diketuk selepas di bakar. Kemudian dibiarkan sejuk dan seterusnya dikikir.

Proses Mengikir

Proses mengikir adalah bertujuan untuk melicinkan dan menajamkan mata senjata.

Proses Menyepuh

Senjata yang telah siap ditempa akan dibakar sehingga menjadi merah dan dimasukkan secara melintang

ke tempat menyepuh yang mengandungi air. Ia akan dilakukan secara berulang kali.

Proses Menghasilkan Pamur

Alat senjata yang telah siap dikikir direndam ke dalam campuran larutan cuka getah dan air. Kemudian

dicuci dengan air dan diberus menggunakan sabut kelapa.

Jenis-jenis Hasilan Pandai Besi

Terdapat pelbagai alat yang dihasilkan oleh Pandai Besi. Kebanyakan barang-barang yang dihasilkan

merupakan alat-alat senjata dan alat-alat yang digunakan untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Antaranya

ialah keris, kelewang chalung, pedang, kerambit, golok, cangkul, lembing dan sebagainya.

Page 49: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

49

Tembaga   

Tembaga merupakan logam terawal digunakan oleh

manusia. Di Malaysia penggunaan tembaga dipercayai

bermula sejak zaman pra-sejarah. Menurut sejarah,

penggunaan tembaga dalam proses pembuatan

barangan seni telah dibawa masuk oleh masyarakat

Funan apabila berlaku kekacauan di negeri tersebut.

Menurut sejarah, teknik pembuatan barangan tembaga

secara tuangan berasal dari Funan pada zaman Dong-

Son. Apabila berlaku kekacauan di negara tersebut,

satu penghijrahan telah berlaku. Masyarakat Funan

dipercayai berhijrah sehingga Tanah Melayu

membawa bersama kemahiran yang ada.

Seni kerjatangan tembaga masih giat dijalankan terutama di Terengganu. Teknik pembuatan masih

dikekalkan walaupun penggunaan beberapa peralatan baru diperkenalkan. Barangan yang dihasilkan

melalui teknik tuangan ini seperti tepak sireh, kaki lilin, tempat bara, pahar dan sebagainya.

Page 50: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

50

Tekstil   

Seni kraf yang meliputi batik, tenunan, songket, tekatan, sulaman dan lain-lain.

Batik

Kain Sulaman Pis

Seni Telepuk

Page 53: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

53

Batik   

Perkataan batik merujuk kepada proses menghasilkan

kain dengan menggunakan teknik terapan lilin bagi

menghasilkan reka corak yang kemudian dicelup

dengan pelbagai warna yang menarik. Reka corak

serta penggunaan bahan-bahan baru telah

menyemarakkan lagi pengeluaran batik. Batik yang

dihasilkan di negara ini telah berjaya menembusi dunia

fesyen antarabangsa. Kebiasaannya reka corak dan

motif-motif batik diinspirasikan dari alam semula jadi

seperti flora dan fauna yang kemudiannya digabung

dengan corak-corak geometri atau abstrak.

Reka corak batik ini diaplikasikan ke atas batik

menggunakan teknik canting, batik blok dan batik

sutera saring. Di Malaysia kini batik telah diangkat

sebagai salah satu daripada seni warisan bangsa yang

menjadi kebanggaan negara. Perusahaan batik

dipercayai bermula pada awal abad ke 12 iaitu di

Kepulauan Jawa dan kemudiannya berkembang ke

Semenanjung Tanah Melayu, khususnya di Kelantan

dan Terengganu. Semenjak itu seni kemahiran batik terus berkembang ke negeri-negeri lain di Malaysia.

Batik di negara ini dihasilkan dengan teknik dan reka corak yang beridentitikan Malaysia. Kini Malaysia

menjadi salah sebuah negara pengeluar utama batik di dunia yang mengiktiraf kehalusan dan kemahiran

kerja tangan pengeluar batik tempatan.

Jenis-Jenis Batik

Batik Blok

Merupakan antara teknik pembuatan batik yang terawal di negara. Blok yang diperbuat daripada

sebongkah kayu atau logam diukir dengan motif-motif bersesuaian untuk mengecap kain yang dikenali

scbagai batik blok atau cop. Selain daripada kain kapas, penggunaan kain sutera dan organza dalam

Page 54: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

54

pengeluaran batik blok telah menghasilkan tekstil batik yang sesuai untuk rekaan fesyen, perhiasan serta

kelengkapan rumah yang eksklusif.

Batik Canting

Dikenali juga sebagai batik lukis. Proses batik bermula

dangan lilin cair dilakar menggunakan canting dan

diwarna mengikut kesesuaian reka corak. Selain dari

kain kapas, kain rayon, voile, organza dan sutera turut

digunakan. Reka corak yang menarik dengan pilihan

warna yang ceria menampilkan batik bukan sahaja

sesuai untuk fesyen pakaian malah boleh juga

dijadikan sebagai kelengkapan dan hiasan rumah serta

hadiah dan cenderamata yang eksklusif.

Batik Skrin

Dikenali juga sebagai batik stensil atau batik sutera

saring. Batik jenis ini merujuk kepada teknik lakaran

corak dan terapan warna dilakukan di atas skrin yang

diperbuat daripada poliester diregang di atas

pemidang. Motif-motif dilukis atas skrin yang telah ditetapkan ukurannya. Kebiasaannya beberapa keping

pemidang dengan reka corak yang berbeza disediakan. Ini adalah kerana satu pemidang hanya untuk satu

warna sahaja. Skrin kemudian dilekapkan di atas sehelai kain putih bagi melakukan proses pewarnaan.

Proses pewarnaan ini dilakukan beberapa kali bagi melengkapkan corak dan warna sehelai kain batik.

Page 56: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

56

Batik Blok   

Batik ialah salah satu bidang kraftangan tradisional

yang terkenal di Malaysia. Ia dihasilkan melalui proses

penerapan lilin dan pencelupan warna. Sejarah

perkembangan batik di Malaysia dipercayai bermula

pada abad ke 15 Masehi. Perkembangan awal

memperlihatkan kesan dan pengaruh batik daripada

jawa. Mulai tahun 1930-an hingga selepas Perang

Dunia Kedua, perusahaan batik di Malaysia telah

berkembang dengan pesat. Para pengusaha batik di

negeri-negeri Kelantan dan Terengganu merupakan

perintis kepada perkembangan batik di negara ini.

Hasil-hasil batik tempatan tinggi mutu ciptaan dan

rekacoraknya. Ini melambangkan satu kemahiran

kerjatangan yang kreatif di kalangan pembuat-pembuat

batik tanah air. Daya tarikan batik bukan sahaja

terkenal di kalangan penduduk tempatan malah ia turut

mendapat sambutan dari pelancong-pelancong asing yang datang dari luar negeri.

Di Malaysia, batik dihasilkan melalui beberapa teknik, proses dan gaya tertentu, Salah satu teknik ialah

Batik Blok. Di Pantai Timur ia lebih dikenali sebagai Batik Cap atau Batik terap. Proses awal dalam

perkembangan membuat Batik Blok adalah menggunakan ukiran sarang blok kayu untuk mengecap

sejenis bahan pewama hitam semulajadi. Teknik awal ini dipanggil ‘Terap Hitam’. Pada tahun 1920-an,

penggunaan lilin di dalam proses penerapan mula diperkenalkan oleh pembuat batik di Pantai

Timur.Sejajar dengan itu, blok-blok yang diperbuat daripada kepingan keluli mula mengambil alih tugas

blok kayu sebelumnya. Corak-corak blok keluli ini lebih kemas dan halus buatannya. Blok-blok khas

disediakan untuk menerap lilin pada bahagian Kepala Kain, Kapit Kain dan Badan Kain. 

Page 57: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

57

Kegunaan Kain Batik Blok

Kain Batik Blok merupakan kegemaran penduduk tempatan. Ianya dijadikan sebagai kain batik sarung

dan batik ela. Selain dijadikan pakaian, kain batik ela boleh diubahsuai untuk menghasilkan kain cadar,

langsir, alas tilam, sarung kusyen, sarung bantal, beg tangan dan berbagai-bagai jenis barang kegunaan

seharian yang indah dan cantik.

Motif dan Rekacorak Hiasan

Motif-motif yang sering digunakan pada kain batik blok adalah berupa corak tumbuh-tumbuhan dan

bunga-bunga tempatan seperti Bunga Mawar, Bunga Orkid, Bunga Cengkih, Bunga Cina, akar-akar

menjalar, paku-pakis dan corak-corak geometrik terutamanya motif Pucuk Rebung. Motif-motif ini pula

diterapkan dalam berbagai susunan dan tataletak, seperti melintang, tegak, serong, tompok-tompok dan

susunan batu-bata.

Page 58: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

58

Batik Skrin   

Batik merupakan salah satu bidang Kraftangan Tradisional yang unggul di Malaysia. Corak dan

kombinasi warnanya yang segar dan sentiasa mengikuti arus perkembangan semasa tanpa mengabaikan

ciri-ciri tradisi, telah beriaya memikat hati para pengguna dari dalam dan luar negeri. Negeri-negeri di

Pantai Timur Semenanjung, khususnya negeri Kelantan dan Terengganu merupakan perintis kepada

sejarah perkembangan batik di Malaysia. Hasil-hasil batik di Malaysia tinggi mutu ciptaan dan

rekacoraknya. Ini melambangkan satu kemahiran seni kerjatangan yang kreatif di kalangan tukang-tukang

batik tempatan. Terdapat beberapa cara dan teknik menghasilkan batik. Pada asalnya, batik dihasilkan

melalui proses penerapan bahan lilin dan pencelupan warna. Dua teknik utama yang menggunakan lilin

dan pewarna ialah Batik Conteng dan Batik Blok.Terdapat satu lagi teknik yang agak unik iaitu Batik

Cetak Sutera Saring atau dikenali sebagai Batik Skrin. Batik Skrin dipercayai telah dipelopori oleh

sekumpulan pembuat batik di negeri Kelantan, di mana teknik penggunaannya dikatakan telah dibawa

masuk daripada negeri Siam pada awal tahun 1900.

Kegunaan Kain Batik Skrin

Kain batik jenis cetak skrin ini amat popular di kalangan kaum wanita tempatan. Kain batik sarung

merupakan yang paling banyak dan sesuai dihasilkan melalui teknik cetakan skrin ini. Selain dijadikan

pakaian, kain Batik Skrin sesuai dibuat topi, beg, alat aksesori wanita dan sebagainya.

Motif dan Rekacorak Hiasan

Tumbuh—tumbuhan, binatang dan unggas, terutamanya bunga, kupu—kupu dan burung merupakan

motif—motif yang sering menjadi pilihan pencipta-pencipta batik untuk dijadikan corak dan ragamhias

pada kain Batik skrin.

Page 59: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

59

Proses Pembuatan & Alatan Batik Skrin

   Alat-alat Yang Diperlukan

Skrin

Diperbuat daripada bingkai kayu yang berukuran 50 inci lebar x 90 inci panjang. Kain jenis

poliester digunakan sebagai kain pemidang. Di atas kain pemidang inilah motif dan rekacorak

batik dilukis. Setiap skrin digunakan untuk menyapu satu warna sahaja. Kadang-kadang 5 atau 6

skrin diperlukan untuk menghasilkan sehelai kain batik cetak sutera saring.

Sekuji

Alat yang digunakan untuk menyapu bahan pewarna dengan rata di atas permukaan skrin. Ia

diperbuat daripada kayu pada bahagian atas dan getah di bahagian bawahnya.

‘Funnel Pen’

sejenis alat yang berfungsi sebagai pen yang berbentuk kelongsong (kon). Ia digunakan untuk

melukis corak dan motif di atas permukaan skrin.

Meja pengecap

Digunakan sebagai alas untuk kerja-kerja mencetak. Saiznya dibuat sama mengikut saiz bingkai

skrin.

Kuali/bekas

Untuk merendam dan membersihkan kain.

Pengukus

Digunakan untuk proses Pengwapan iaitu proses mengekalkan cetakan warna pada kain.

 

Page 60: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

60

Bahan-bahan yang diperlukan

Kain Putih

Kain jenis kapas dan berukuran sama dengan saiz pemidang.

Bahan ‘lacquer’

Sejenis campuran bahan ‘thinner’ dan ‘emulsion’ yang dimasukkan ke dalam ‘Funnel Pen’ untuk

melukis corak pada skrin. Bahan ini akan bertindak seperti lilin iaitu menghalang bahan pewarna

daripada meresap di bahagian-bahagian yang telah ditutup dcngan ‘lacquer’.

Bahan Pewarna

Jenis ‘Reactivc’ dan ‘Pigment’ dye.

 

Proses Pembuatan

1.

Funnel Pen’ yang diisi dengan bahan

‘lacquer digunakan untuk membentuk

corak dan motif / batik, dalam bentuk

stensil skrin, di atas , kain pemidang

skrin. Bahagian yang ingin dicetak

dengan sesuatu warna tertentu akan

dibiarkan kosong dan bebas daripada

bahan ‘lacquer’.

 

2. Setelah kesemua skrin yang diperlukan

siap, sehelai kain putih dibentangkan di

atas permukaan meja mencetak. Kain

hendaklah tegang dan rata supaya warna

dapat dicetak dengan rata.

 

3. Skrin diletakkan di atas permukaan kain

dengan kemas dan rapi

Page 61: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

61

 

4. Sedikit bahan pewarna dituangkan pada bahagian hujung skrin dan dengan menggunakan alat

‘sekuji' bahan pewarna dapat disapukan dengan licin dan rata. Proses cetakan saring ini dilakukan

berulang kali menggunakan skrin yang berasingan untuk warna dan corak yang berasingan.

 

5. Kain-kain yang telah siap dicetak akan dijemur sehingga kering dan seterusnya proses

‘Pengewapan’ akan dilakukan pada kain supaya warnaanya tidak mudah luntur atau pudar.

 

6. Selepas itu kain-kain direndam dan dibersihkan di dalam air panas suam yang bercampur ‘Bio-

Soft’ (bahan pelembut), untuk menanggalkan lebihan bahan pewarna di samping melembutkan

kain.

 

7. Akhirnya,kain dijemur sehingga kering.

Page 62: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

62

Bating canting   

Batik, memang sudah terkenal sebagai salah satu

bidang kraftangan tradisional yang unggul di

Malaysia.Sejarah perkembangan batik di Malaysia

dipercayai bermula pada abad ke 15 Masehi. Pada

tahun 1920-an, penggunaan lilin telah diperkenalkan

oleh pengusaha-pengusaha batik di negeri-negeri

Pantai Timur Semenanjung, khususnya negeri

Kelantan dan Terengganu, yang merupakan perintis

kepada sejarah perkembangan batik di negara ini.

Hasil-hasil batik tempatan yang tinggi mutu ciptaan

dan rekacoraknya melambangkan satu kemahiran

kerjatangan yangg unik dan kreatif di kalangan

tukang-tukang batik tanah kita.

Kini, batik bukan sahaja diminati di kalangan

penduduk tempatan, malah ia turut digemari dan popular di kalangan pelawat-pelawat asing yang datang

dari luar negeri. Di Malaysia, batik dihasilkan melalui beberapa teknik dan proses. Setiap teknik

mempunyai cara dan identiti tersendiri. Teknik batik yang biasa dihasilkan ialah Batik Blok, Batik Skrin,

dan satu lagi teknik membatik yang begitu popular dewasa ini ialah Batik Canting.

Kegunaan Kain Batik Canting

Kain Batik Canting amat digemari oleh peminat-peminat fesyen pada hari ini. Ia dapat dipadankan dan

disesuaikan dengan kehendak dan kegunaan mengikut arus peredaran zaman. Selain dijadikan pakaian,

kain Batik Canting sesuai dibuat selendang, skaf, beg tangan, alas tilam, selimut, hiasan dinding, sarung

kusyen dan berbagai—bagai jenis barang kegunaan seharian yang cantik dan menarik.

Page 63: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

63

Motif dan Rekacorak Hiasan

Warna-warna yang segar dan eksklusif serta motif-motit yang dihasilkan melalui lakaran bebas,

merupakan satu ciri keistimewaan tersendiri yang terdapat pada kain Batik Canting. Motif-motif yang

sering menjadi tumpuan rekacorak hiasan kain batik contcng adalah berupa corak tumbuh-tumbuhan,

bunga, unggas dan corak-corak moden yang abstrak.

Kain Sulaman Pis

   Kain Sulaman Pis adalah sejenis kain yang berukuran

lebih kurang satu meter persegi yang mempunyai dua

belah atau bahagian yang disulam dengan motif yang

berwarna warni. Kebiasaanya kain ini dilipat dan

dipakai sebagai ikat kepala lelaki bagi suku Kaum

Rungus.

Ia merupakan sejenis kerja tangan sulaman suku kaum

Binadan dari Daerah Kudat. Ianya diusahakan oleh

kaum wanita sebagai kerja sambilan dan diperturunkan

dari satu generasi kesatu generasi. Kain Sulaman Pis

ini dibuat dengan menggunakan kain kapas sebagai

kain latar yang kebiasaan warna hitam dan oren atau

hitam dan merah, atau merah dan oren atau kuning dan

oren.Ianya berukuran lebih kurang satu meter persegi.

Kain ini ditegangkan diatas pemidang. Secara tradisi motif yang diperlukan dilukis diatas kertas terlebih

dahulu. Kemudian kertas yang mempunyai motif ditebuk dengan jarum bagi mendapatkan lubang lubang

halus. Kemudian kertas bermotif berkenaan diletakan diatas kain dan ditaburkan dengan bedak diatasnya.

Kertas kemudianya di alihkan dan didapati garisan garisan motif terbentuk diatas kain. Garisan corak atau

motif yang terdapat dikain berkenaan menjadi panduan untuk menyulam. Garisan corak atau motif

dimulakan dari sudut ketepi dan terus kebahagian tengah kain, ini adalah untuk mempastikan corak atau

motif berada dalam keadaan seimbang pada semua sudut.

Page 64: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

64

Apabila keseluruhan kain telah dilukis, kain sedia untuk di sulam. Sulaman dibuat mengikut motif yang

dihasilkan dan dibuat dari tepi ke tengah. Apabila semuanya telah disulam ianya dicantumkan menjadikan

ianya boleh digunakan kedua-dua belah permukaan kain. Pada masa sekarang garisan motif dilukis

menggunakan kertas karbon atau dilukis tangan dengan menggunakan pensil. Benang kapas berwarna

terang digunakan sebagai bahan motif, biasanya tidak melebihi tujuh warna. Bagi menyiapkan satu helai

kain ini ianya mengambil masa sehingga tiga bulan bergantung kepada motif, warna dan saiz yang

dihasilkan. Kebanyakan Kain Sulaman Pis ini dihasilkan oleh suku kaum Binadan, salah satu kelompok

etnik Sulu dan Bajau di sekitar Kudat.

Seni Telepuk

   Seni telepuk adalah satu bentuk seni tekstil Melayu

yang hampir pupus. Kewujudannya dianggarkan

bermula pada kurun ke-17 atau ke-18 dan dipercayai

dibawa masuk oleh pedagang-pedagang Bugis dari

Sulawesi.

Telepuk menurut sastera lama bermaksud bunga-

bungaan dan lain-lain yang diperbuat daripada emas.

Seni telepuk adalah proses menekap hiasan bunga

menggunakan perada emas kepada kain sarung benang

halus atau kain Bugis. Cara menghias kain ini

menggunakan kepingan atau prada emas (serbuk

berwarna emas) yang dilekatkan ke atas kain untuk

diberikan motif. Kadangkala ada juga perada perak

digunakan.

Biasanya telepuk digunakan bagi menghias kain sarung yang dipakai sebagai kain dagang luar bagi

perempuan dan samping ataupun kain persegi bagi lelaki yang dijadikan tengkolok atau setanjak terutama

ketika istiadat perkahwinan. Kain telepuk jika digayakan dengan betul amat menarik kerana pancaran

kilauan cahaya perada emas menampakkan suatu keunikan kepada fabrik dan pemakaiannya.

Page 65: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

65

Bahan & Peralatan Seni TelepukBAHAN & PERALATAN SENI TELEPUK

Kain Telepuk

Gam Arabic

Sudip

Blok Kayu

Perada Emas

Page 66: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

66

Proses Menelepuk   

PROSES MENELEPUK

Menyapu Gam

Gam Arabic dimasak dengan air. Setelah cair disapukan pada lengan dengan sudip buluh sehingga berbuih.

Menekap Acuan 1

Acuan yang telah direndam di dalam air dan dikeringkan akan ditekapkan pada pelekat gam yang ada di lengan. Proses ini mestilah teliti dan cermat supaya pelekat itu melekat rata pada acuan.

Menekap Acuan 2

Acuan yang telah dilekat dengan gam akan ditekap ke atas kain yang terbentang. Tangan yang stabil akan menghasilkan tekapan yang rata pada kain.

Menekap Perada Emas

Perada emas yang berbentuk kepingan akan ditekapkan pada kain yang berpelekat tadi. Perada emas itu kemudiannya akan melekat pada pelekat kain tersebut.

Perolehan Corak

Gosokan dengan tangan di atas pelapik kepingan akan menimbulkan corak seperti yang dikehendaki. Kertas pelapik perada akan ditinggalkan untuk mendapatkan corak yang sama.

Page 67: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

67

Rekabentuk Kain Telepuk   

Rangka dasar bunga yang dipilih ialah bunga pecah empat yang diolah menjadi bunga pecah enam dan

pecah lapan. Konsep bunga pecah empat juga merupakan rekabentuk dasar bagi kebanyakan rekacorak

dan motif dalam kraftangan Melayu terutama dalam tembikar, anyaman, songket dan tekat.

Antara rekacorak telepuk yang disusun memenuhi permukaan kain ialah:

REKABENTUK KAIN TELEPUK

Bunga pecah lapan dilengkapkan dengan dua helai daun dan putik dipuncak bunga. Seluruh motif disusun dengan garis yang berbentuk ruang pucuk memenuhi seluruh baju kurung labuh Riau hingga menampakkan kesan seperti susunan teluk berantai.

Motif seakan bunga cengkih disusun dalam bentuk bunga pecah empat angka (bahagian dalam dan kelopak). Motif ini juga disusun berantai dan di bahagian sudutnya disusun yang mengarah ke dalam motif utama. Motif ini disepuh ke atas kain tenunan sebagai kain ikat kepala.

Dari kain sarung dapat disenaraikan lebih dari enam rekabentuk berdasarkan dari motif bunga pecah empat yang berkembang menjadi pecah lapan, pecah enam. Gabungan ini disusun dengan cara saling berlingkar dan berurutan. Keharmonian dan makna simbolik motif ini dapat disusun dan disepuhkan ke atas permukaan kain.

Page 68: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

68

Songket   

Songket, lambang kehalusan seni tenunan Melayu

yang diwarisi zaman berzaman. Kemahiran dan

kreativiti tukang tenun terserlah melalui pengolahan

corak dan hasil tenunan yang indah lagi menarik.

Kedatangan pedagang-pedagang ke Tanah Melayu

telah menggiatkan lagi perkembangan tenunan

tempatan. Tenunan songket mula berkembang

dibeberapa negeri terutama di negeri-negeri Pantai

Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Di zaman silam, motif dan warna yang terdapat pada

tenunan songket melambangkan kedudukan seseorang.

Secara tradisi, songket ditenun dengan menggunakan

benang sutera halus dan benang emas serta dipakai

oleh kerabat diraja Melayu dan golongan Bangsawan.

Kini, songket ditenun dengan benang kapas dan mula

dipakai oleh golongan rakyat biasa sebagai pakaian

rasmi untuk majlis-majlis tertentu.

Keanggunan kain songket, selain dijadikan sebagai

pakaian tradisi untuk mempermanis dan memperaga

seni budaya, ia juga turut diilhamkan pada pelbagai

barangan dalam bentuk beg, bingkai gambar, hiasan

dinding, kusyen dan sebagainya.

Tradisi menenun masih dapat dikekalkan tidak berubah sebagaimana seratus tahun dahulu. Alat-alat

tenunan atau kek, motif dan ragamhiasnya serta cara menenun itu sendiri memperlihatkan keindahan dan

kesempurnaan hasil ciptaan zaman silam yang masih segar hingga ke hari ini.

Page 69: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

69

Motif Kain Songket 

Ragamhias masih dipertahankan terutama dalam aspek pembahagian dan penempatan beberapa bentuk

bahagian kain seperti kepala, kaki dan badan kain. Penyusunan motif pula terbahagi kepada dua susunan

bunga penuh dan bunga tabur.

MOTIF KAIN SONGKET

Motif kain songket terdiri daripada dua unsur penting iaitu unsur alam dan tumbuhan. Motif yang sering digunakan meliputi bentuk bunga, daun atau pucuk dan bahagian tampuk buah-buahan.

Motif-motif rekacorak yang menghiasi kain songket kebanyakannya berasaskan bunga-bungaan. Dengan teknik menenun yang tersendiri, kesemua bentuk motif terhasil dalam corak geometrik. Motif-motif pada kain songket disusun dengan susunan bunga penuh, bunga bertabur atau susunan bercorak. Motif pucuk rebung dan lawi ayam sering ditempatkan dikepala kain. Manakala motif 'awan larat' pula dijadikan sebagai kaki kain (border design).

Page 70: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

70

Teknik Pembuatan Kain Songket   

Pada asasnya kain songket dihasilkan mengikut proses berikut:

Mewarna benang, menerai, menganing,menggulung, menyapuk, mengarat, menyongket, menekat dan

menenun.

TEKNIK PEMBUATAN KAIN SONGKET

Mewarna Benang

Benang untuk tenunan terdiri daripada benang kapas, benang sutera, benang emas, dan benang perak. Benang emas dan benang perak adalah bahan asli yang tidak perlu diwarnakan. Gempalan benang mentah diwarna berulang kali supaya warnanya tidak luntur dan sekata. Benang tersebut dimasukkan kedalam kawah berisi air mendidih. Kemudian benang tersebut dibilas dengan air, lalu dijemur sehingga kering.

Menerai Benang

Benang diceraikan daripada tungkulan besar dengan menggunakan alat rahat dan guwing. Bahan-bahan dibahagikan ke dalam pelting buluh yang dinamakan benang pakan.

Menganing

Benang yang telah dileraikan atau dipintal ke pelting disusun di atas anian. Benang ditarik mengikut panjang yang dikehendaki berselang-seli mengikut pacak-pacak dibatang anian.

Menggulung

Benang yang telah dianian digulung mengikut lebar gigi jentera dan panjang loseng (lebar kain yang dikehendaki pada papan gulung).

Page 71: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

71

Menyapuk

Benang yang digulung dimasukkan menerusi gigi jentera sebelum dilekatkan kepesak yang terletak di bahagian depan tempat duduk penenun. Proses ini dilakukan dengan menggunakan sejenis alat dipanggil pengait.

Menggarat

Proses ini dilakukan dengan gerakan loseng turun naik. Caranya dimulakan dengan menggerakkan loseng silih berganti apabila jijak karat ditekan.

Menyongket

Kerja-kerja menyongket dilakukan dengan menyusun lidi atau bilah-bilah nibung melalui celah-celah benang loseng.

Menekat

Proses menekat ini dilakukan dalam dua cara iaitu takat lima atau tekat tiga. Setelah songket-songket diikat dan lidi-lidi dikeluarkan daripada celah-celah benang. Motif dibuat dengan menggunakan benang emas yang diisi kedalam Cuban. Proses pelancaran Cuban ini dikenali sebagai menyulam atau menekat benang emas.

Menenun

Tenunan dilakukan dengan menggunakan alat yang dipanggil kek atau 'kei' dalam dialek Kelantan. Kek terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kaki kek, badan kek dan kepala kek yang saling berkaitan antara satu sama lain. Proses menenun ialah melancarkan benang corak ke atas benag loseng. Dalam proses ini, penenun mestilah menumpukan perhatian terhadap ragamhias yang bakal ditenun pada kain.

Page 72: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

72

Sulaman Nyonya   

Sulaman nyonya adalah antara pengisian keharmonian

budaya Malaysia. Sorotan sejarah menyatakan bahawa

masyarakat baba nyonya telah berada di bumi ini sejak

zaman Kesultanan Melaka lagi. Melaka yang ketika itu

yang menjadi pusat perdagangan telah menggamit

pelbagai bangsa untuk bertapak di situ termasuklah

golongan baba nyonya.

Kebolehan mereka menyerap dan menyesuaikan diri

dengan budaya setempat menjadikan mereka unik.

Keunikan hasil gabungan budaya setempat dan budaya

negara asal mereka. Kini masyarakat baba nyonya

berada di seluruh malaysia terutama di Pulau Pinang

dan Melaka. Kehadiran mereka bersama kemahiran

bersulam telah memperkayakan lagi khazanah seni

kraf negara.

Kekayaan seni kraf ini dapat dilihat melalui kebaya

sulaman nyonya. Baju kebaya sulaman nyonya masih

mendapat tempat di kalangan masyarakat Malaysia.

Keindahan sulam adalah mercu kepada kehalusan

kerja tangan. corak-corak sulamannya juga menjadi sumber status dan menyerlahkan pemakainya.

Page 73: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

73

Tenunan Dastar   

Tenunan dastar merupakan tenunan asli Sabah yang

terkenal dari suku kaum Bajau dan Iranun di daerah

Kota Belud, Kudat dan Samporna. Kemahiran

menenun kain dastar ini dipercayai telah dipelopori

daripada Kota Batu, Filipina Selatan. Tenunan dastar

biasanya digunakan oleh kaum lelaki sebagai tanjak

(tengkolok) dan dipakai semasa upacara kebesaran

atau majlis perkahwinan. Sebelum menenun, benang-

benang dikanji dan dicelup warna terlebih dahulu.

Kemudian, benang-benang tersebut diikat dan diberus

dengan sabut kelapa untuk membersihkan daripada

sisa-sisa kanji serta melicinkannya.

Sejenis alat iaitu bekara, digunakan untuk menerai

benang. Kemudian, lebar dan panjang kain yang

hendak ditenun ditentukan melalui proses pangsud

(menganing). Semasa proses pangsud, kerja-kerja

penunggit (menyampuk) pada alat surud (gigi loseng)

serta kerja bibitan (mengarak) dengan menggunakan

benang nylon putih dilakukan secara serentak.

Apabila selesai kerja mengarak benang, barulah proses

menenun yang sebenar dapat dimulakan. Proses

menenun ini dilakukan serentak dengan proses menyolek atau menyongket. Proses ini memerlukan

kreativiti serta ketelitian penenun untuk menghasilkan tenunan yang menarik dan bermutu tinggi.

Benang-benang yang beraneka warna pula digunakan untuk menenun rekacorak dan motif hiasan pada

permukaan kain. Motif tenunan dastar biasanya berbentuk tumbuh-tumbuhan, binatang atau corak

geometrik.

Kini, tenunan dastar bukan sahaja digunakan untuk upacara kebesaran tetapi telah dijadikan dalam

berbagai bentuk barangan seperti beg, bingkai gambar dan sebagainya.

Page 74: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

74

Teknik Pembuatan Tenunan Dastar   

TEKNIK ANYAMAN DASTAR

Benang kapas dikanji sebelum dicelup warna.

Proses menerai benang.

Proses menganing untuk menentukan lebar dan panjang kain yang hendak ditenun.

Proses memintal untuk menghasilkan benang loseng. Kayu cengal biasanya digunakan untuk memintal bagi

memudahkan kerja-kerja menegang dan menyusun benang loseng supaya kemas dan teratur.

Proses menyapuk (penunggit) di mana benang lungsin diselit pada alat surud (gigi loseng).

Page 75: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

75

Mengarat atau bibitan , iaitu melilit benang karat pada benang loseng.

Menenun sambil menyolek dilakukan sehingga siap.

Rekacorak dihasilkan ketika kerja-kerja menyolek.

Page 76: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

76

Tenunan Pua   

Kehalusan dan keindahan seni kraftangan Sarawak

jelas terpancar melalui warisan pelbagai hasil

kraftangan kaum etnik yang terdapat di Sarawak. Pua,

tenunan ikat-lungsin yang diwarisi turun-temurun oleh

suku kaum Iban memaparkan identiti dan pegangan

kuat kaum tersebut kepada adat dan tradisi hidup.

Kombinasi warna coklat kemerah-merahan yang

terdapat pada tenunan pua cukup harmonis dan

menarik. Motif tumbuh-tumbuhan, binatang dan

lambang makhluk seperti corak cicak (engkarong),

buaya, lembaga manusia (engkaramba) dan sebagainya

memaparkan keunikan rekacorak tradisi tenunan pua.

Namun demikian, penenun pua kini lebih tertumpu

kepada motif moden seperti bentuk tumbuh-tumbuhan dan geometrik.

Selain daripada kegunaan di upacara adat istiadat dan keagamaan, tenunan pua juga boleh dijadikan

pelbagai jenis pakaian tradisi. Antaranya ialah bidang (skirt), sirat (cawat), kalambi (jaket) dan dangdong

(kain selempang).

Jalinan hasil tenunan dan kegemilangan kombinasi warna dan corak tenunan yang mempersonakan,

memaparkan keindahan serta nilai estetika dan mistik tenunan pua yang masih terpelihara hingga ke hari

ini.

Page 77: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

77

Alat Pua  

Page 78: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

78

Proses Menenun Kain Pua  

 

PROSES MENENUN KAIN PUA

Memproses Benang

Benang putih yang telah dipilih direndam semalaman di dalam air bersih. Kemudian dimasukkan ke dalam campuran kanji supaya benang yang akan digunakan dalam tenunan pua ini tidak berbulu dan tidak mudah putus.

Menggulung Benang

Benang mentah yang telah dikanji dan dikeringkan akan dimasukkan ke dalam 'Pelayang Benang' untuk digulung dalam bentuk bebola.

Menggirit

Alat tenunan (tumpoh) akan digunakan dalam proses ini. Proses menggirit dilakukan dengan membawa mangkuk yang berisi benang dari bahagian kiri alat tenunan dan dibawa dari bawah ke atas dan diselitkan anak-anak kayu di antaranya untuk memudahkan kerja-kerja mengarap kelak.

Mengarap

'Kayu Lambongan' digunakan untuk memasukkan benang yang terselit antara kayu-kayu kecil dan dikait menggunakan jari. Benang ini kemudian akan diikat pada kayu kecil yang disusunkan antara 'Kayu Lambongan' dan 'Beliak'.

Page 79: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

79

Menegi

Proses menegi dilakukan supaya memudahkan lagi proses mengikat. Benang yang telah digarap akan ditegi kepada dua bahagian (bahagian atas dan bawah). Setelah siap ditegi dan dijahit pada bahagian atas dan bawah, benang akan ditegangkan dengan diselitkan dua batang kayu di atas 'Tangga Benang'.

Mengikat Motif (Pertama)

Jaluran-jaluran benang tadi akan diikat berpandukan corak yang dikehendaki dengan tali 'rafia'. Tujuan mengikat ialah supaya ikatan tidak diserap oleh warna apabila melakukan proses pencelupan kelak.

Mencelup Warna (Pertama)

Benang yang telah diikat dikeluarkan dari tangga benang, direndam dan dibilas dengan air. Kemudian, ia dicelup ke dalam bahan pewarna mengikut warna yang dikehendaki. Selalunya warna merah menjadi pilihan proses mewarna pertama tenunan pua ini.

Mengikat Motif (Kedua)

Benang yang telah dikeringkan, akan menjalani proses mengikat kali kedua tapi ikatan yang pertama tadi dibiarkan (tidak dibuka). Cuma ikatan pada benang ditambah untuk tujuan mencelup warna kedua.

Page 80: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

80

Menenun Pua

Benang yang telah dibuka ikatan akan dimasukkan pada alat tenunan. Bahagian atas benang dimasukkan pada kayu rakup dan bahagian bawah akan disusupkan pada kayu panjang sebelum diikat pada bahagian bawah alat tenunan dan ditarik sehingga tegang. Bahagian bawah ini disambung dengan 'Sengkabit' (alas belakang semasa menenun). Kemudian, benang yang dilancarkan dengan 'Jengkuan' akan dipangkah oleh benang kapas untuk dijadikan kain pua pula.

Page 81: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

81

Rumusan Bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t. kerana telah dapat menyelesaikan kerja kursus ini dalam

tempoh yang telah ditetapkan. Dalam melaksanakan kerja kursus ini, banyak nilai dan pengetahuan yang

kami pelajari. Antaranya ialah kami dapat mengetahui lebih dekat tentang kraftangan Malaysia yang

menjadi kebanggaan kita semua. Selain itu, kraftangan juga adalah salah satu sumber ekonomi kepada

Negara Malaysia. Kami berharap agar warisan kraftangan kita tidak hilang ditelan zaman. Kita harus

mengekalkan kraftangan Malaysia kerana ia adalah salah satu keunikan Malaysia.

Page 82: Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

82

Rujukan

Buku IlmiahBuku Teks Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan 2

InternetPortal Rasmi Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia http://www.kraftangan.gov.my .

Sumber lainPerpustakaan SMK Dato’ Bentara Luar, Jalan Lim Yew Leong, 83007, Batu Pahat,Johor.