22
UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI MEMBEKAL, MENJAHIT DAN MENGHANTAR PAKAIAN SERAGAM BAGI KAKITANGAN MAMPU, JABATAN PERDANA MENTERI untuk UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) TARIKH PELAWAAN 13 FEBRUARI 2017 (ISNIN) TARIKH TUTUP SEBUT HARGA 1 DOKUMEN SEBUT HARGA KECIL NOMBOR SEBUT HARGA: 1/2017

 · Web viewUNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI DOKUMEN SEBUT HARGA KECIL NOMBOR SEBUT HARGA: 1/2017 MEMBEKAL, MENJAHIT DAN

  • Upload
    dohanh

  • View
    252

  • Download
    2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1:  · Web viewUNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI DOKUMEN SEBUT HARGA KECIL NOMBOR SEBUT HARGA: 1/2017 MEMBEKAL, MENJAHIT DAN

UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU)

JABATAN PERDANA MENTERI

MEMBEKAL, MENJAHIT DAN MENGHANTAR PAKAIAN SERAGAM BAGI KAKITANGAN MAMPU, JABATAN PERDANA MENTERI

untuk

UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU)

TARIKH PELAWAAN 13 FEBRUARI 2017 (ISNIN)

TARIKH TUTUP SEBUT HARGA20 FEBRUARI 2017 (ISNIN)

ARAHAN DAN SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA

1

DOKUMEN SEBUT HARGA KECILNOMBOR SEBUT HARGA: 1/2017

Page 2:  · Web viewUNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI DOKUMEN SEBUT HARGA KECIL NOMBOR SEBUT HARGA: 1/2017 MEMBEKAL, MENJAHIT DAN

1. KENYATAAN TAWARAN

1.1 Tender ini adalah dipelawa kepada penyebut harga yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia untuk melaksanakan Membekal, Menjahit dan Menghantar Pakaian Seragam Kakitangan MAMPU, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya di bawah kod bidang:

020801 : Pakaian dan Kelengkapan – Pakaian; atau020802 : Pakaian dan Kelengkapan - Kelengkapan Pakaian; atau020804 : Pakaian dan Kelengkapan - Pakaian Keselamatan,

Kelengkapan Dan Aksesori: atau222401 : Perkhidmatan Menjahit Dan Baik Pulih – Menjahit Pakaian

dan Kelengkapan

1.2 Penyebut harga hendaklah memastikan tempoh pendaftarannya dengan Kementerian Kewangan Malaysia masih sah dalam tempoh pengiklanan.

1.4 Tarikh Tutup

1.4.1 Tawaran sebut harga akan ditutup pada 20 Februari 2017 (ISNIN) sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari.

1.4.2 Tawaran yang lewat dikemukakan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

2. DOKUMEN SEBUT HARGA

Penyebut harga boleh mendapatkan dokumen sebut harga berserta lampiran-lampiran seperti yang dinyatakan di bawah melalui laman sesawang www.mampu.gov.my.

3. PENYERAHAN DOKUMEN TAWARAN SEBUTHARGA

3.1 Penyebut harga hendaklah menyerahkan Dokumen Tawaran Sebut Harga (Lampiran 1, 2, 3, 4,5 dan 6) seperti di JADUAL 1:

2

Page 3:  · Web viewUNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI DOKUMEN SEBUT HARGA KECIL NOMBOR SEBUT HARGA: 1/2017 MEMBEKAL, MENJAHIT DAN

3.2 Dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan secara serahan tangan atau emel ke alamat seperti berikut:

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)Jabatan Perdana MenteriAras 5, Seksyen Kewangan, Blok B2Kompleks Jabatan Perdana MenteriPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62502 PUTRAJAYA(u.p: Urus Setia Perolehan)[email protected]@[email protected]

3.3 Ketidakpatuhan kepada keperluan ini akan menyebabkan dokumen Tawaran Sebut Harga TIDAK LAYAK DIPERTIMBANGKAN.

4. SYARAT-SYARAT AM

Penyebut harga hendaklah mematuhi semua syarat dan terma yang ditetapkan apabila menyertai sebut harga. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat dan terma di bawah ini akan menyebabkan tawaran penyebut harga tidak akan dipertimbangkan.

4.1 Pembiayaan

3

JADUAL 1Lampiran 1 Borang Tawaran Harga (wajib)Lampiran 2 Jadual Pematuhan Spesifikasi (wajib)Lampiran 3 Surat Akuan Pembida (wajib)Lampiran 4 Surat Pewakilan Kuasa (wajib)Lampiran 5 Keterangan Penyebut Harga (wajib)

Lampiran 6

Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia (wajib);

Sijil Akuan Pendaftaran Bumiputera (Jika Ada); Penyata bank satu bulan yang terkini (November

2016/Disember 2016) (wajib); dan Sijil Pendaftaran dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia

(Jika Ada).

Page 4:  · Web viewUNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI DOKUMEN SEBUT HARGA KECIL NOMBOR SEBUT HARGA: 1/2017 MEMBEKAL, MENJAHIT DAN

Penyebut harga akan membiayai segala kos yang terlibat dalam penyediaan dan penghantaran Dokumen Sebut Harga. Pihak MAMPU tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kos yang terlibat dalam proses penyediaan Dokumen Sebut Harga.

4.2 Keperluan Penyertaan Sebut Harga

4.2.1 Penyebut harga diwajibkan menyediakan keperluan infrastruktur dari segi komputer, keperluan komunikasi dan internet serta keupayaan sumber manusia untuk menyertai sebut harga ini dari lokasi penyebut harga sendiri.

4.2.2 Keputusan sebut harga yang dikeluarkan adalah muktamad dan tertakluk kepada Dasar dan Peraturan Perolehan Kerajaan Malaysia.

4.3 Tempoh Sahlaku Tawaran

4.3.1 Tempoh sahlaku tawaran sebut harga adalah 60 hari daripada tarikh tutup sebut harga.

4.3.2 Dalam keadaan berkecuali, sebelum tamat tempoh sahlaku tawaran asal, MAMPU boleh meminta tempoh sahlaku tawaran dilanjutkan. Permintaan dan jawapan akan dilakukan secara bertulis.

4.3.3 Penyebut harga yang bersetuju dengan permintaan ini tidak diperlukan atau diminta untuk mengubah tawaran asal, tetapi hanya diminta untuk melanjutkan tempoh sahlaku sebutharga.

4.4 Harga Tawaran

4.4.1 Harga-harga yang ditawarkan mestilah dalam Ringgit Malaysia (RM) dan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun serta kos tambahan yang berkaitan seperti kos bungkusan, pembungkusan, penghantaran, cukai atau duti kastam dan lain-lain kos yang bersangkutan dengan perkhidmatan yang ditawarkan.

4.4.2 Harga-harga yang ditawarkan dalam sebut harga ini adalah tetap dan tidak boleh dipinda selepas sebut harga ditutup dan akan berkuatkuasa selama dalam tempoh sahlaku sebut harga. Harga yang ditawarkan oleh penyebut harga yang berjaya hendaklah dipatuhi sepanjang masa perkhidmatan berjalan dan tidak boleh dibuat sebarang perubahan.

4

Page 5:  · Web viewUNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI DOKUMEN SEBUT HARGA KECIL NOMBOR SEBUT HARGA: 1/2017 MEMBEKAL, MENJAHIT DAN

4.4.3 Perolehan bekalan Kerajaan adalah diberi pelepasan daripada kenaan GST kecuali bagi kereta import dan petroleum (RON 97). Pelepasan daripada kenaan GST bagi perolehan bekalan, pihak MAMPU akan mengeluarkan Certificate of GST Relief (CoGSTR) kepada penyebut harga yang Berjaya bagi perolehan ini.

4.4.4 Penyebut harga dikenakan kadar fi perkhidmatan bagi perolehan secara elektronik sebanyak 0.8% bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum berjumlah RM 9,600.00 bagi transaksi yang bernilai RM1.2 juta atau lebih. Caj yang dikenakan ini adalah seperti yang termaktub dalam Terma dan Syarat bagi Pendaftaran Pembekal di bawah Sistem eP.

4.5 Publisiti

Tiada maklumat berkenaan Dokumen Sebutharga boleh disiarkan di dalam sebarang akhbar, majalah, media elektronik atau alat pengiklanan /media massa kecuali telah mendapat kelulusan daripada MAMPU terlebih dahulu.

4.6 Tafsiran

Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan penyebut harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai sebut harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

4.7 Hak Menerima Atau Menolak

4.7.1 MAMPU berhak menerima atau menolak mana-mana sebut harga dan membatalkan proses tawaran dan menolak semua penyebut harga pada bila-bila masa sebelum sebut harga diberikan tanpa melibatkan apa-apa tanggungan kepada penyebut harga yang terlibat atau tanpa memerlukan pihak MAMPU untuk memaklumkan sebab-sebab demikian kepada penyebut harga yang terlibat.

4.7.2 Pihak MAMPU adalah berhak mempersetujui tawaran penyebut harga sama ada kesemuanya atau sebahagian daripadanya serta menambah atau mengurangkan kuantiti barangan dalam spesifikasi.

5

Page 6:  · Web viewUNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI DOKUMEN SEBUT HARGA KECIL NOMBOR SEBUT HARGA: 1/2017 MEMBEKAL, MENJAHIT DAN

4.7.3 Pihak MAMPU tidak terikat untuk menerima tawaran penyebut harga yang terendah sekali atau mana-mana penyebut harga jua pun. Keputusan MAMPU adalah muktamad dan MAMPU tidak diperlukan untuk memberi sebab penolakan mana-mana penyebut harga.

4.8 Penamatan Kontrak

MAMPU mempunyai hak untuk menamatkan perkhidmatan pada bila-bila masa apabila penyebut harga yang berjaya gagal memenuhi obligasi sebut harga mengikut perjanjian.

4.9 Pembetulan Kesalahan

4.9.1 Sebarang pindaan atau pembatalan dalam sebut harga oleh penyebut harga selepas dokumen sebut harga dihantar adalah tidak dibenarkan sama sekali.

4.9.2 Jika terdapat apa-apa perbezaaan dalam pengiraan di dalam sebut harga ianya akan dibetulkan oleh MAMPU seperti berikut:

(i) Jika terdapat perbezaan di antara jumlah dalam bentuk angka dan perkataan, jumlah dalam bentuk perkataan akan diambilkira;

(ii) Jika terdapat perbezaan di antara kadar unit dan jumlah yang didapati daripada pendaraban kadar unit dan bilangan, kadar unit yang dicatitkan akan diambilkira; dan

(iii) Jumlah yang dinyatakan di atas sebut harga akan diubah oleh MAMPU mengikut prosedur di atas bagi pembetulan kesalahan dan penyebutharga adalah terikat atas perubahan ini.

4.10 Hak Milik dan Deliverables

4.10.1 Semua laporan dan deliverables adalah hak milik MAMPU dan tidak boleh ditiru dan disalin dalam apa-apa bentuk media untuk pihak lain tanpa kebenaran MAMPU.

6

Page 7:  · Web viewUNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI DOKUMEN SEBUT HARGA KECIL NOMBOR SEBUT HARGA: 1/2017 MEMBEKAL, MENJAHIT DAN

4.10.2 Penyebut harga yang berjaya hendaklah memastikan supaya semua kerja disempurnakan pada tarikh atau dalam tempoh yang telah ditetapkan. .

4.11 Rasuah

4.11.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

4.11.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawarkan atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawarkan atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

4.11.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

4.11.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

4.13 Integrity Pact

Penyebut harga yang menghantar dokumen sebut harga hendaklah menandatangani Surat Akuan Pembida bahawa ia tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan projek. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak syarikat. Format Surat Akuan Pembida adalah seperti di LAMPIRAN 3.

7

Page 8:  · Web viewUNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI DOKUMEN SEBUT HARGA KECIL NOMBOR SEBUT HARGA: 1/2017 MEMBEKAL, MENJAHIT DAN

4.14 Pertanyaan

Penyebut harga yang memerlukan sebarang penjelasan mengenai dokumen sebut harga boleh merujuk kepada:

Encik Muhammad Haziq Bin Zainal No. Tel: 03-8872 6206

Encik Mohd Hafedzy bin Mohd Nasir No. Tel: 03-8872 5146

8

Page 9:  · Web viewUNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI DOKUMEN SEBUT HARGA KECIL NOMBOR SEBUT HARGA: 1/2017 MEMBEKAL, MENJAHIT DAN

LAMPIRAN 1

BORANG TAWARAN HARGA (WAJIB)

ITEM DESKRIPSI KERJA KUANTITIHARGA

PER UNIT (RM)

JUMLAH HARGA

KESELURUHAN (RM)

1.Bush Jacket

i. Jenis Kain – Mafela/ Biru Lining Bush Jacket – Tafeta/ Biru

13

2.Baju Korporat (Baju dan Seluar)

i. Baju – Viscoste/ Blue Black 26

ii. Seluar – Mafela/ Blue Black 26

3.Pakaian Seragam Pengawal Keselamatan

i. Baju – Hi Tech/ Navy Blue 12

ii. Seluar – Hi Tech/ Navy Blue 12

4.

Pembantu OperasiA. Lelaki : Baju – Viscoste/ Light Blue

Seluar – Mafela/ Hitam 27

B. Perempuan : Baju – Satin Shamuse – Light Blue

Kain – Satin Shamuse/ Hitam

9

JUMLAH HARGA KESELURUHAN *

a. Tempoh Pelaksanaan : 30 hari selepas pesanan tempatan dikeluarkan. b. Harga Tawaran : Ringgit Malaysia …………………………………….......

…….………………………………………………………….

c. Tempoh sah laku Sebut Harga : …………… hari

Dengan ini saya mengesahkan bahawa penerangan di atas adalah benar dan semua harga yang ditawarkan adalah termasuk semua cukai/Fi Perkhidmatan, kos pembungkusan (meliputi ‘cutting cost’, ‘polybag’, ‘carton box’ dan ‘individual packaging cost’), kos pemunggahan dan kos penghantaran serta kos-kos lain yang berkaitan ke destinasi terakhir/pengguna yang telah ditentukan termasuk kos penghantaran, servis dan cukai duti kastam.

………..………………………………… (Tandatangan)Nama : Cop syarikat :

* Perolehan bekalan Kerajaan adalah diberi pelepasan daripada kenaan GST kecuali bagi kereta import dan petroleum (RON 97). Pelepasan daripada kenaan GST bagi perolehan bekalan, pihak MAMPU akan mengeluarkan Certificate of GST Relief (CoGSTR) kepada penyebut harga yang Berjaya bagi perolehan ini.

9

Page 10:  · Web viewUNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI DOKUMEN SEBUT HARGA KECIL NOMBOR SEBUT HARGA: 1/2017 MEMBEKAL, MENJAHIT DAN

LAMPIRAN 2

JADUAL PEMATUHAN (WAJIB)

Penyebut Harga WAJIB untuk mematuhi semua keperluan yang telah dinyatakan dalam jadual ini. Kegagalan untuk mematuhi mana-mana keperluan ini akan mengakibatkan Penyebut Harga berkenaan tidak dipertimbangkan.

Bil. Keperluan Pematuhan(Ya/Tidak)

Maklum Balas Penyebut Harga

1.

Menyediakan sebut harga berdasarkan spesifikasi yang telah ditetapkan menggunakan kepala surat (letterhead) syarikat.

2.

Mengisi dan menghantar Borang Tawaran Harga seperti di LAMPIRAN 1

3.

Mengisi dan menghantar Jadual Pematuhan Spesifikasi seperti di LAMPIRAN 2

4.

Mengisi dan menghantar Surat Akuan Pembida seperti di LAMPIRAN 3

5.

Mengisi dan menghantar Keterangan Penyebut Harga seperti di LAMPIRAN 4

6.

Menyertakan salinan dokumen-dokumen sokongan seperti di LAMPIRAN 5

7.Penyebutharga perlu membekal pakaian seragam seperti yang berikut:

A. Bush Jacket (12 Helai) Jenis Kain – Mafela/ BiruLining Bush Jacket – Tafeta/ Biru

B. Baju Korporat (26 Pasang) Baju – Viscoste/ Blue BlackSeluar – Mafela/ Blue Black

10

Page 11:  · Web viewUNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI DOKUMEN SEBUT HARGA KECIL NOMBOR SEBUT HARGA: 1/2017 MEMBEKAL, MENJAHIT DAN

C. Pakaian Seragam Pengawal Keselamatan (12 Pasang)Baju & Seluar – Hi Tech/ Navy Blue

D. Pembantu Operasi (27 Pasang Lelaki/ 9 Pasang Perempuan)

Lelaki : Baju – Viscoste/ Light Blue Seluar – Mafela/ Hitam

Perempuan : Baju – Satin Shamuse/ Light Blue Kain – Satin Shamuse/ Hitam

8.

Penyebut harga MESTI mengemukakan sampel fabrik (8cm X 8cm) bagi setiap jenis pakaian seperti yang berikut:

i. Bush Jaketii. Pakaian Baju Korporat:

a. Bajub. Seluar

iii. Pakaian Seragam Pengawal Keselamatan

iv. Pembantu Operasi:a. Lelaki (Baju/Seluar)b. Perempuan (Baju/Kain)

* Cadangan pakaian seragam seperti di lampiran.

PERINGATAN: Pakaian yang dibekalkan mestilah dijahit mengikut ukuran badan kakitangan seperti sesi ukur pakaian yang akan diberitahu setelah penyebutharga berjaya. Penyebutharga tidak dibenarkan membekal pakaian yang siap jahit (ready-made).

11

Page 12:  · Web viewUNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI DOKUMEN SEBUT HARGA KECIL NOMBOR SEBUT HARGA: 1/2017 MEMBEKAL, MENJAHIT DAN

LAMPIRAN 3

SURAT AKUAN PEMBIDA (WAJIB)

Kepala Surat

Saya, (Nama Wakil Syarikat) nombor K.P ……………..................... yang mewakili ….(Nama Syarikat nombor Pendaftaran (MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB) dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas. Bersama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya, atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapat cuba menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:

2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; atau2.2 Penamatan kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; dan2.3 Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan yang

berkuat-kuasa.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.

Yang Benar,

……….................…

(Nama dan No. KP)

Cop Syarikat :

Catatan: i) *Potong mana yang tidak berkenaan. ii) Surat akuan ini hendaklah dikemukakan bersama Surat Perwakilan Kuasa. iii) Penama yang tiada nama didalam Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan (MOF) perlu ditulis namanya di dalam Surat Pewakilan Kuasa sebagai mewakilkan kuasa.

12

Page 13:  · Web viewUNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI DOKUMEN SEBUT HARGA KECIL NOMBOR SEBUT HARGA: 1/2017 MEMBEKAL, MENJAHIT DAN

LAMPIRAN 4

SURAT PERWAKILAN KUASA (WAJIB)

Kepala Surat SyarikatKetua PengarahUnit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan, Pengurusan Malaysia (MAMPU)Kompleks Jabatan Perdana Menteri Aras 5, Blok B2, Kompleks BPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62502 PUTRAJAYA Tarikh:

Tuan,

PERWAKILAN KUASA MENANDATANGANI BAGI PIHAK SYARIKAT

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa saya ………………………. no I/C:……………………………… selaku pemilik Syarikat………………………………………………………………akan menandatangani sendiri semua dokumen berkaitan dengan urusan perolehan sebut harga Membekal, Menjahit dan Menghantar Pakaian Seragam Kakitangan MAMPU, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya untuk Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) atau mewakilkan kuasa untuk menandatangani bagi pihak syarikat untuk urusan perolehan tersebut iaitu:

Nama : …………………………………………Alamat : …………………………………………Jawatan : ………………………………………No. I/C : …………………………………………No Telefon : …………………………………………Emel : …………………………………………

3. Sehubungan itu, dikemukakan untuk makluman/ rujukan pihak tuan selanjutnya. Pihak kami akan memaklumkan kepada pihak tuan sekiranya terdapat perubahan penama bagi perkara ini secara rasmi.

Sekian, terima kasih.

………(Tandatangan)…........(NAMA PEMILIK SYARIKAT)Jawatan:Cop Syarikat:* potong yang mana tidak berkenaan.* Perlu diisi oleh penama didalam Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan (MOF) jika diwakilkan kepada orang yang tiada nama didalam Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan (MOF).

13

Page 14:  · Web viewUNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI DOKUMEN SEBUT HARGA KECIL NOMBOR SEBUT HARGA: 1/2017 MEMBEKAL, MENJAHIT DAN

LAMPIRAN 5

KETERANGAN MENGENAI SYARIKAT (WAJIB)

1. Nama Syarikat :

……………………………………………………………………

2. Alamat Syarikat : ……………………………………………………………………

3. No.Telefon : ……………………………………………………………………

4. Tarikh Syarikat Ditubuhkan : ……………………………………………………………………

5. Jenis Syarikat : …………………………………………………………………..

6. Jenis Perniagaan : …………………………………………………………………..

7. Ahli Lembaga Pengarah : …………………………………………………………………..

Bil Nama No. K/P Warganegara

1.

2.

3.

8. Bilangan pemegang saham mengikut jumlah unit saham.

Bilangan Pemegang Saham Jumlah unit saham %

Bumiputera

Bukan Bumiputera

9. Nama Dan Alamat Bank : ……………………………………………………………..

10. Nombor Akaun Bank : ……………………………………………………………..

14

Page 15:  · Web viewUNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI DOKUMEN SEBUT HARGA KECIL NOMBOR SEBUT HARGA: 1/2017 MEMBEKAL, MENJAHIT DAN

11. Komposisi Kakitangan : …………………………………………………………

Jawatan Bumiputera Bukan Bumiputera Jumlah

Eksekutif

Teknikal

12. Lain-lain maklumat bagi menyokong cadangan ini:

……………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………

Saya perakui bahawa segala keterangan di atas adalah benar.

Tandatangan Penyebut Harga : ………………………………………………………….

Tarikh : ………………………………………………………….

Nama : ………………………………………………………….

Jawatan Rasmi : …………………………………………………………

No. Telefon (Pejabat) : …………………………………………………………

No. Telefon (Bimbit) : …………………………………………………………

Emel : …………………………………………………………

Cop Rasmi Syarikat : …………………………………………………………

15

Page 16:  · Web viewUNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI DOKUMEN SEBUT HARGA KECIL NOMBOR SEBUT HARGA: 1/2017 MEMBEKAL, MENJAHIT DAN

LAMPIRAN 6

DOKUMEN-DOKUMEN SOKONGAN

Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia (Wajib);

Sijil Akuan Bumiputera (Jika Ada);

Penyata Bank satu bulan terkini (November 2016/Disember 2016) (Wajib);

dan

Salinan Sijil Pendaftaran GST dengan JKSM (Jika Ada)

16

Page 17:  · Web viewUNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI DOKUMEN SEBUT HARGA KECIL NOMBOR SEBUT HARGA: 1/2017 MEMBEKAL, MENJAHIT DAN

LAMPIRAN CADANGAN BAJU SERAGAM

17

Page 18:  · Web viewUNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI DOKUMEN SEBUT HARGA KECIL NOMBOR SEBUT HARGA: 1/2017 MEMBEKAL, MENJAHIT DAN

18