29
Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan. Topik: Puak Belait Nama: Mu’minah Bte Hj Ibrahim Index no: 12DT067 IT 0101 Melayu Islam Beraja. Nama pensyarah: Hjh Norani binti Mohd Said

12dt067.pbworks.com12dt067.pbworks.com/w/file/fetch/77890355/MIB.docx · Web viewSehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 12dt067.pbworks.com12dt067.pbworks.com/w/file/fetch/77890355/MIB.docx · Web viewSehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit

Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.

Topik: Puak Belait

Nama: Mu’minah Bte Hj Ibrahim

Index no: 12DT067

IT 0101 Melayu Islam Beraja.

Nama pensyarah: Hjh Norani binti Mohd Said

Page 2: 12dt067.pbworks.com12dt067.pbworks.com/w/file/fetch/77890355/MIB.docx · Web viewSehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit

Isi kandungan.

Prakata.

Pengenalan MIB.

Tujuan MIB Sebagai Falsafah Negara.

Pengertian Melayu Islam Beraja.

Puak Brunei.

Asal usul puak Belait.

Beberapa adat Istiadat Orang Belait Asli.

Acara meminang.

Peraturan-peraturan semasa majlis menghantar tanda pertunangan.

Beberapa adat dan Larangan bagi Orang yang Bertunang.

Hari perkahwinan.

Adat Berbasuh Kaki.

Rujukan

Page 3: 12dt067.pbworks.com12dt067.pbworks.com/w/file/fetch/77890355/MIB.docx · Web viewSehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit

Mukaddimah.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Segala pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Kepada-Nya kita meminta dan kepada-Nya jua kita memohon ampun. Selawat serta salam keatas

Nabi junjungan kita nabi Muhammad Sallallahu alaihi wassalam, kepada kaum keluarga, para

sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang setia hingga ke akhir zaman.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah kerana dengan adanya

tugasan ini saya dapat mengetahui dan menambah ilmu pengetahuan mengenai puak-puak jati

yang ada di Negara Brunei Darussalam ini.

Tidak lupa juga kepada keluarga dan juga para sahabat yang memberi bantuan,dorongan dan

semangat kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini.

Di dalam tugasan ini saya akan menerangkan tentang asal usul puak Belait dan seterusnya adat

perkahwinan cara bagaimana puak atau orang-orang Belait mengadakan acara meminang, hari

perkahwinan dan sebagainya.

Sekian terima kasih.

Page 4: 12dt067.pbworks.com12dt067.pbworks.com/w/file/fetch/77890355/MIB.docx · Web viewSehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit

Pengenalan Melayu Islam Beraja (MIB).

Falsafah Melayu Islam beraja dititahkan secara resminya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada 1 Januari 1984 pada hari kemerdekaan

Negara Brunei Darussalam. Namun begitu konsep ini telah lama wujud dan diterima malah telah

diamalkan abad ke -15 masehi di Negara Brunei Darussalam.

Diantara petikan titah Baginda dalam Pemashuran kemerdekaaan Negara Brunei Darussalam

ialah: “Negara Brunei Darussalam adalah dengan izin serta limpah Kurnia Allah Subhanahu

Wata’ala, akan untuk selama-lamanya kekal menjadi sebuah Negara Melayu Islam Beraja

yang Merdeka, Berdaulat dan Demokratik bersendikan kepada ajaran-ajaran Ugama Islam.’

Menurut Ahli Sunnah Waljamaah……” Baginda juga menghuraikan maksud yang terdapat di

dalam falsafah ini iaitu ““…Dari tiga rangkai kata Melayu Islam Beraja, terdapat unsure-

unsur atau nilai-nilai yang positif untuk ketahanan Negara, umpamanyadari Melayu itu,

ialah bahasanya. Siapapun tak boleh menyangkal, bahawa Bahasa Melayu itu adalah satu-

satunya alat perpaduan kita yang paling elektif. Tanpa bahasa ini, kita tentunya tidak akan

dikenali sebagai satu bangsa yang berdaulat lagi mempunyai identity. Demikian juga Islam,

ialah ugama yang menjamin seluruh kepentingan rakyat dan penduduk dengan tidak mengira

apa jua ugama, suku kaum dan keturunan. Pendeknya ugama Islam adalah jaminan

keselamatan dan kesejahteraan untuk semua. Kerana itu tidak siapa perlu takut atau ragu

mengenainya. Sementara perkataan Beraja pula adalah menunjukkan kepada kerajaanyang

bersultan atau Beraja yang sudah wujud dan menjadi warisan zaman semenjak dari beberapa

abad lagi.”

TUJUAN MIB SEBAGAI FALSAFAH NEGARA.

Adapun diantara tujuan-tujuan dijadikan MIB itu sebagai falsafah Negara ialah:

1. Memberikan satu pemahaman mengenai asas pandangan hidup dan cara hidup dalam

perpaduan sebagai satu bangsa dan satu negara.

2. Dijadikan sumber rujukan dan landasan yang mejadi contoh terbaik dalam membentuk

masyarakat sejahtera dengan sistem pentadbiran dan pembangunan yang teratur.

3. Dijadikan asas dan panduan utama dalam membentukan peribadi, perwatakan serta

identiti Melayu dan juga dijadikan asas perpaduan bangsa seperti pandangan cara

Page 5: 12dt067.pbworks.com12dt067.pbworks.com/w/file/fetch/77890355/MIB.docx · Web viewSehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit

berfikir, bertindak, pendidikan dan suasana sekeliling pembangunan di Negara Brunei

Darussalam.

4. Sebagai cara hidup kebiasaan orang-orang Brunei.

Dalam erti kata lain falsafah Melayu Islam Beraja ini ialah konsep yang menggunakan Al-Quran

dan hadith Rasulullah S.A.W sebagai sandaran dalam melaksanakan apa-apa kegiatan yang

berkaitan dengan urusan kepentingan negara, bangsa, bahasa dan budaya Melayu serta

mengutamakan sistem atau institusi beraja untuk sistem pemerintahan Negara Brunei

Darussalam.

Pengertian Melayu Islam Beraja.

Adapun pengertian Melayu dalam Melayu Islam Beraja ialah menegaskan bahawa Negara

Brunei Darussalam ini adalah Negara ‘melayu’ yang mengamalkan tradisi atau kebudayaaan

Melayu. Seperti yang tercatat dalam perlembagaan Negeri Brunei tahun 1959 istilah Melayu

Brunei itu pula bermaksud tujuh puak yang ada di negeri Brunei iaitu Brunei, Belait, Bisaya,

Dusun, Kedayan, Murut dan juga Tutong.

Islam pula bermaksud agama yang diredhai oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang telah menjadi

tunggak pemerintahan Kesultanan Brunei sejak zaman-berzaman dan juga termaktub dalam

Perlembagaan Negeri Brunei 1959 sebagai Ugama Rasmi Negara mengikut Mazhab Shafie Ahli

Sunnah Wal Jama’ah. Ia juga merangkumi kemaslahatan umat manusia di dunia dan di akhirat.

Manakala Beraja pula ialah sistem pemerintahan Kerajaan Melayu Brunei yang mana Sultan

merupakan ketua Negara dan ketua pentadbir bagi pentadbiran dan pengurusan Negara dan

kerajaan. Ianya telah dinyatakan dalam perlembagaan Negara iaitu “…Kuasa memerintah yang

tertinggi bagi Negara Brunei Darussalam adalah terletak di dalam tangan Kebawah Duli Yang

Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan…”

Page 6: 12dt067.pbworks.com12dt067.pbworks.com/w/file/fetch/77890355/MIB.docx · Web viewSehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit

Puak-puak Brunei.

Seperti yang termaktub di dalam Lembaga perlambangan Brunei hanya terdapat 7 puak Brunei

saja yang sah rasmi di bawah pendaftaran kebangsaan Brunei di anggap puak jati Brunei yang

asli iaitu:

1. Melayu Brunei

2. Bisaya

3. Belait

4. Kedayan

5. Murut

6. Tutong

7. Dusun

Puak Melayu.

Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam

orang Melayu. Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang

bernama Sungai Melayu di hulu Sungai batang hari, Sumatera. Di sana letaknya "Kerajaan

Melayu" sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya. Sehubungan

itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit

"Malaya" yang bermaksud "bukit" ataupun tanah tinggi. Ada juga sumber sejarah yang

mengatakan bahawa perkataan "Melayu" berasal dari "Sungai Melayu" di Jambi.

Puak Kedayan.

Terdapat banyak pendapat yang mengatakan asal usul puak kedayan ini. di antaranya:

Berasal dari jawa kerana di datangkan oleh Sultan Bokiah iaitu Sultan Brunei yang

ke-5

Puak kedayan adalah keturunan Hamba Raja

Berasal dari Serawak

Berketurunan Panglima Raja

Page 7: 12dt067.pbworks.com12dt067.pbworks.com/w/file/fetch/77890355/MIB.docx · Web viewSehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit

Puak ini mempuanyai ikatan yang sangat rapat dengan puak Melayu Brunei kerana adanya

simbiosis ekonomi, perpaduan, bahasa yang mempunyai persamaan dan agama yang sama

menyebabkan ikatan kedua pihak ini amat rapat.

Puak tutong.

Puak tutong adalah salah sebuah puak jati Brunei yang mendiami sebahagian besar kawasan di

daerah Tutong. Identitinya dapat dilihat pada bahasanya yang disebut bahasa Tutong dan mereka

beranut ugama Islam. Keunikan puak ini ialah pada bahasanya yang dituturkan oleh orang-orang

Tutong yang mempunyai latar belakang keturunan yang berbeza. Kajian awal mengenai

kewujudan puak ini berdasarkan dari dua sumber yang penting iaitu tradisi lisan orang-orang

Melanau Mukah dan didalam Syair Awang Semaun.

Satu perkara yang perlu diketahui mengenai puak ini ialah tentang asal usul nama tutong ini.

Terdapat banyak cerita mengenai asal usul nama puak Tutong ini. Di antaranya yang termasyhur

ceritanya ialah mereka mengatakan bahawa nama Tutong berasal dari nama seorang puak Murut

yang banyak membantu orang-orang yang tinggal di Kampong Lurah Saban dari gangguan

ayau(pemburu kepala) yang dilakukan oleh orang-orang Kayan. Megenangkan jasa orang Murut

yang bernama Tutong itu akhirnya tempat tinggalnya berhamiran dengan sungaiitu maka iapun

diberi nama Sungai Tutong. Di sungai itulah timbulnya asal gelaran Tutong dan juga menjadi

perkampungan terawal puak Tutong.

Puak Dusun.

Menurut setengah ahli sejarah kaji manusia, ppuak dusun ini berasal dari keturunan bangsa Cina

sebab memandangkan kepada asas persamaan antara bangsa cina dan puak Dusun ini terutama

daridapa segi warna kulit, bentuk mata, ukuran badan dan lain-lain sifat. Berpandukan kepada

cerita daripada orang-orang lama, puak dusun ini berasal daripada satu keturunan yang sama,

kemudian berpecah-pecah mencari penghidupan masing-masing di mana juga tempat yang

difikirkan sesuai oleh mereka. Mereka digelar ‘Dusun’ bersesuaian dengan kegiatan mereka yang

utama iaitu mereka mengusahakan dusun buah-buahan. Mereka juga bergiat dalam pertanian

pindah randah, berkebun sayur, menoreh getah, berternak lembu, kerbau ayam dan itik. Ramai

diantara mereka masih lagi berpegang dengan kepercayan ‘animisme’ yang diwarisi dari datuk

Page 8: 12dt067.pbworks.com12dt067.pbworks.com/w/file/fetch/77890355/MIB.docx · Web viewSehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit

nenek moyang mereka. Tetapi Alhamdulliah semakin hari semakin bertambah bilangan mereka

yang telah memeluk agama Islam.

Puak Belait.

Puak belait selalu dikaitkan dengan Sungai Belait dan penempatan mereka terdapat di Kampong

Kuala Balai, kampong Mumong iaitu di Mukin labi, Kampong Rampayoh di ulu Belait dan di

Kampong Mungkom di Mukim Kiudang, Tutong. Pekerjaan utama mereka ialah bersawah padi

dan membuat sagu dan kebanyakan mereka beragama Islam.

Puak Murut.

Puak Murut ialah satu puak yang kecil dan tertutup. ‘Lun Bawang’ adalah nama bagi puak jati

Murut ataupun nama asal bagi orang-orang Murut. Perkataan Murut berasal daripada perkataan

Bajau ‘Belud’ yang bermakna ‘bukit’ dalam bahasa Melayu. Perkerjaan orang-orang murut pada

masa dulu kebanyakan bertanam padi dan mereka suka berpindah randah bagi mencari tempat-

tempat yang sesuai bagi bertani. Maka tidak hairanlah jika pada masa ini terdapat puak Murut

yang berada di kampong-kampong yang berbeza-beza tempat. Kebanyakan mereka pada masa

dulu menganut ugama Kristian iaitu Protestant. Selain ugama Kristian terdapat juga yang

menganut kefahaman ‘free thinker’. Ini kebanyakan dianuti oleh orang-orang muda Murut.

Puak Bisaya.

Perkataan nama Bisaya ini tidak dapat dipastikan dengan tepat namun begitu terdapat berbagai-

bagi teori yang mengatakan tentang kewujudan perkataan ini oleh beberapa sarjana. Di antara

pendapat yang pernah dikemukakan ialah oleh Dr.H. Otley Beyer pada tahun 1926 mengatakan

bahawa Bisaya itu adalah dari empayar Sri Vijaya.

Selain itu terdapat juga dikalangan puak Bisaya satu lagenda yang dicatakan oleh Derek Headly

tentang asal perkataan bisaya iaitu dari ‘bisai-yah’. Menurutnya lagi perkatan ini diucapkan oleh

Sultan Brunei ketika baginda berkunjung tempat tinggal orang-orang bisaya yang mengikut

pandangan baginda tempat mereka itu berkeadaan sungguh cantik lalu timbullah perkataan ini.

kebanyakan puak Bisaya ini menetap di kampong bebuloh dan di kampong Mitos. Tetapi pada

masa sekarang mereka ini sangat sukar dijumpai kerana kebanyakkan mereka telah menyerap

masuk ke dalam masyarakat Dusun.

Page 9: 12dt067.pbworks.com12dt067.pbworks.com/w/file/fetch/77890355/MIB.docx · Web viewSehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit

Asal usul puak Belait,

Puak Belait ini seringkali dikaitkan dengan Sungai Belait dan juga Kampong Kuala Balai.

Penempatan mereka terdapat di Kampong Kuala Balai, kampong Mumong iaitu di Mukin labi,

Kampong Rampayoh di ulu Belait dan di Kampong Mungkom di Mukim Kiudang, Tutong.

Bilangan ahli puak Belait tidak diketahui dengan tepat kerana ia tergolong dalam kategori

Melayu sejak tahun 1953. Namun begitu mengetahui jumlah sebenar puak Belait tidak lagi

penting kerana kerana puak tersebut telah dianggap sebagai rumpun bangsa Melayu di Negara

Brunei Darussalam ini. Pada tahun 1987 McArthur ada merekodkan bahawa penduduk Sungai

Belait telah berpindah ke kawasan Sarawak kerana tidak puas hati dengan pemerintahan Brunei.

Masyarakat agrarian orang-orang Belait Asli mempunyai undang-undang istiadat atau peraturan

yang tidak resmi yang telah dijadikan panduan dan dipraktikan dalam kehidupan mereka selama

beratus-ratus tahun yang lalu. Menurut Orang Kaya Mohd Noor bin Othman, seorang tua yang

merupakan bekas penghulu Kampung Kuala Balai yang sekarang menetap di Kampung

Mumong, Kuala Belait menyatakan bahawa undang-undang dan adat istiadat orang-orang Belait

itu tidak boleh diketahui oleh semua orang. Hanya orang-orang yang tertentu saja yang boleh

mengetahuinya seperti orang-orang tua dari keturunan ‘generasi keempat’. Contoh generasi

keempat adalah seperti dibawah berdasarkan Salasilah Orang Kaya Mohd Noor.

Page 10: 12dt067.pbworks.com12dt067.pbworks.com/w/file/fetch/77890355/MIB.docx · Web viewSehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit

Kebanyakan orang-orang Belait Asli dahulunya pekerjaan mereka adalah bertani. Orang-orang

belait yang tinggal disekitar Kuala Balai, Mukim Labi, Mendaram dan Mumong, bagi mereka

barangan tembaga seperti bedil dan gong itu tidak terhitung nilainya dalam kehidupan mereka

kerana ianya bukan sahaja menjadi lambang status di dalam masyarakat malah ia juga adalah

satu gambaran kekayaaan yang dimilikinya, yang mana boleh dijadikan ‘wang’ untuk tujuan

perkahwinan atau untuk membayar denda. Namun begitu semenjak sistem penggunaan wang

diperkenalkan, ianya telah menggantikan fungsi bedil dan gong yang telah menjadi pengukur

status seseorang itu di dalam masyarakatnya.

Page 11: 12dt067.pbworks.com12dt067.pbworks.com/w/file/fetch/77890355/MIB.docx · Web viewSehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit

Beberapa adat istiadat orang Belait asli.

1) Jika seorang lelaki meminang seorang perempuan yang masih dara yang paling tua di

antara adik beradiknya yang lain, hantaran beriannya ialah tiga puluh biji gong dan satu

pikul bedil dan disertai dengan dua biji gong.

2) Tetapi jika anak dara yang dipinang itu adalah yang kedua maka hantaran beriannya ialah

dua puluh lima biji gong, satu pikul bedil dan juga satu biji gong.

3) Begitu juga dengan anak-anak perempuan yang seterusnya, hantaran beriannya ialah dua

puluh biji gong dan satu pikul bedil.

4) Jika anak perempuan yang bakal dipinang itu adalah anak orang-orang yang bergelar,

maka hantaran beriannya agak tinggi sedikit iaitu tiga puluh lima biji gong atau wang

sebanyak $175.00, bedil dua pikul dan tidak kurang daripada dua biji gong.

Page 12: 12dt067.pbworks.com12dt067.pbworks.com/w/file/fetch/77890355/MIB.docx · Web viewSehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit

Acara meminang.

Keluarga pihak lelaki akan menghantar rombongan yang terdiri daripada orang yang sudah

berumur atau orang tua atau wakil kedua ibu bapanya untuk merisik gadis yang hendak

dipinangnya itu. Rombongan itu terdiri daripada empat orang iaitu dua orang lelaki dan dua

orang perempuan. Adat merisik ini juga digelar sebagai adat berjarum-jarum ini adalah untuk

mengetahui samada gadis yang hendak dijadikannya isteri itu sudah berpunya (bertunang) atau

belum.

Setelah diyakini bahawa gadis tersebut belum berpunya maka acara meminang atau menghantar

tanda akan dilakukan pada tarikh dan hari yang yelah dipersetujui dan ditetapkan oleh kedua

belah pihak. Apabila tanda pertunangan telah dimulakan, pihak lelaki akan meminta supaya

diadakan barang-barang dibawah sebagai hantaran.

1. Beras segantang sebaik-baiknya beras kebun.

2. Satu helai kain batik.

3. Dua pasang baju (dinamakan satu panyadak. Jikalau dua helai kain, satu baju dinamakan,

dua panyadak).

4. Bedil satu pikul.

Manakala barang hiasan untuk menghantar tanda pertunangan adalah seperti berikut

1. Takiding yang dibuat samada ianya dari buloh, mengkuang atau pandan.

2. 16 biji mangkok agong.

3. Sebatang sumpitan berisi yang diikat dengan mengkuang yang beranit yang dinamakan

Beras Berjut.

Page 13: 12dt067.pbworks.com12dt067.pbworks.com/w/file/fetch/77890355/MIB.docx · Web viewSehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit

Peraturan-peraturan semasa majlis menghantar tanda pertunangan.

1) Mereka yang membawa Beras Berjut mestilah memenuhi syarat-syarat dibawah:

i. Mestilah mereka itu orang-orang yang sudah bersuami.

ii. Perempuan itu tidak pernah sekali-kali menderhaka kepada suaminya.

iii. Perempuan itu mestilah tidak terlalu muda dan tidak juga terlalu tua.

2) Mereka yang membawa sumpitan itu mestilah lelaki yang beristeri, berperangai baik dan

tidak pernah derhaka kepada isterinya. Lelaki ini hendaklah berumur sekurang-kurangnya

dalam lingkungan lima puluh tahun.

3) Manakala bagi yang membawa kain baju yang akan dipakai oleh bakal pengantin perempuan,

mestilah anak-anak dara dan perempuan-perempuan yang telah kematian suami tidak boleh

membawanya.

4) Pikin Tujitan yang berat itu dibolehkan dua orang samada lelaki atau perempuan untuk

membawanya.

Manakala bagi pihak perempuan pula akan menentukan hantaran yang dipinta yang terdiri

daripada pembuka mulut. Tanda bertunang ialah sebentuk cincin emas. Setelah itu berlian atau

yang lain selain daripada barang kemas yang dipakai sejak turun temurun. Di antara berian yang

di minta oleh pihak perempuan ialah:

Pinggan

Mangkuk

Tiga helai baju dan dua helai kain untuk persalinan pihak perempuan.

Seekor ayam jantan.

Tekiding dua biji

Sebilah parang atau pisau

Sebiji batu pengasuh yang diibaratkan sebagai daging

Daun sarimbangan sebagai simbol puak asli Belait.

Setelah sampai barang-barang hantaran itu kerumah bakal pengantin perempuan, beras itu

mestilah disimpan disebelah luar rumah, manakala segala piring mangkok, kain baju dan

sumpitan pula disimpan ditiang tengah rumah sebelah luar. Kesemua barang-barang tersebut

akan dibawa oleh rombongan pengantin lelaki pada hari persandingan nanti.

Page 14: 12dt067.pbworks.com12dt067.pbworks.com/w/file/fetch/77890355/MIB.docx · Web viewSehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit

Pakaian bagi pengantin lelaki tidak ditentukan kerana mengikut kemahuan mereka sendiri. Bagi

rombongan pengantin lelaki yang tinggal di seberang sungai akan datang dengan menggunakan

perahu yang telah di hias. Dihujung perahu tesebut akan diikat kain yang panjang yang akan

ditarik oleh pengantin perempuan. Setibanya di rumah pengantin perempuan, perahu itu akan

digulingkan sebanyak tiga kali.

Kemudian barulah dimulakan upacara menuang ‘Beras Berjut’ kedalam bekas yang dibuat

daripada mengkuang. Syarat-syarat menuang mestilah terdiri dari lapan orang dari pihak lelaki

dan lapan orang dari pihak pengantin perempuan. Upacara ini mestilah dilakukan secara

bergilir-gilir oleh enam belas orang dari wakil kedua belah pihak tadi, dimulai dari wakil pihak

lelaki. Selesainya upacara ini, beras itu pun dibawa masuk kedalam bilik mertua pengantin lelaki.

Pada malam persandingan , diadakan upacara berambil-ambilan. Apabila kedua-belah pihak

keluarga telah berkumpul maka acara pun dimulakan. Empat orang lelaki dan empat orang

perempuan daripada pihak keluarga pengantin perempuan akan mengambil bahagian. Mereka

yang menyertai acara ini hendaklah berumur tujuh belas tahun ke atas dan mestilah masing

bujang atau belum berpunya atau dalam erti kata lain mereka itu belum menjadi milik orang lain

(bertunang). Ini adalah kerana untuk mengelakkan dari timbulnya perkara yang tidak diingini

seperti perkelahian dan sebagainya. Acara ini dikenali dengan istiadat bersamar.

Pakaian bagi pengantin lelaki tidak ditentukan kerana mengikut kemahuan mereka sendiri. Bagi

rombongan pengantin lelaki yang tinggal di seberang sungai akan datang dengan menggunakan

perahu yang telah di hias. Dihujung perahu tesebut akan diikat kain yang panjang yang akan

ditarik oleh pengantin perempuan. Setibanya di rumah pengantin perempuan, perahu itu akan

digulingkan sebanyak tiga kali.

Pengantin perempuan akan menunggu pengantin lelaki di atas tawak-tawak dengan mukanya

ditutup dengan tujuh helai kain. Sebelum bersanding, terlebih dahulu pengantin lelaki akan

membuka kain tersebut untuk melihat wajah pengantin perempuan.

Di dalam adat perkahwinan puak asli Belait ibu pengantin boleh menjadi pengangun. Bagi puak

asli Belait , perempuan yang berumur yang menjaga pengantin tugasnya hanya mengajar cara

bagaimana hendak menyerikan lagi wajah ketike bersanding dan memandikan pengantin

sebelum berlangsungnya hari persandingan. Ini adalah kerana untuk menjaga badan daripada

Page 15: 12dt067.pbworks.com12dt067.pbworks.com/w/file/fetch/77890355/MIB.docx · Web viewSehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit

perbuatan jahat atau aniaya orang. Perempuan tua itu jugalah yang akan menghiasi pengantin.

Setelah selesai bersanding pengantin lelaki akan masuk ke bilik pengantin perempuan dan tidak

dibenarkan keluar rumah pada malam itu.

Setelah itu diadakan acara penyembelihan. Bacaan mantera mestilah dilakukan oleh orang yang

telah berkahwin. Mereka yang sudah mempunyai anak atau cucu juga dibolehkan untuk

melakukan penyembelihan ini. Ini adalah kerana menurut kepercayaan mereka ianya akan dapat

diturunkan kepada kedua belah pengantin agar mendapat mendapat keturunan yang banyak.

Setelah selesainya upacara penyembelihan ayam, diikuti dengan acara menuang tuak dan

diberikan kepada kedua belah pengantin dan mereka akan bertukar-tukar minuman itu sesame

mereka. Setelah itu mereka akan memakan hati binatang yang dipotong halus dengan cara

bertukar-tukar sesame mereka juga. Dengan adanya kedua-dua acara ini adalah untuk membuka

pantang supaya pengantin bebas untuk makan dan minum dan juga agar mereka dapat melihat

masa depan kedua pengantin daripada cara mereka membuat pertukaran tersebut. Sekiranya

tertumpah tuak maka bererti kehidupan rumah tangga mereka tidak akan berkekalan. Setelah

selesai kedua acara tersebut, tuak dan hati binatnag pun akan disajikan kepada saudara yang

menyaksikan kedua upacara tadi.

Berakhirnya upacara ini kedua pengantin tidak akan dibenarkan keluar atau menjejakkan kaki

ketanah apatah lagi keluar rumah. Inilah pantang yang harus mereka lalui selama tiga hari. Siapa

yang melanggar pantang ini akan buruk padahnya.

Pada zaman dahulu, pakaian pengantin perempuan ialah baju kebaya yang panjang dan kain

tenunan. Perhiasan yang ada di kepala ialah semacam emas yang diletakkan di sangul.

Setelah masuk kedua pengantin lalu mereka pun akan disandingkan di atas pelamin. Selesai

bersanding keduanya akan bertukar pakaian biasa dan diiringi untuk upacara melepaskan

pantang makan yang dilarangkan sebelum tibanya hari perkahwinan. Keduanya akan didudukan

di atas tawak-tawak yang beralaskan kain tenunan. Dahulunya pelamin tidak dihiasi dengan

selaman.

Page 16: 12dt067.pbworks.com12dt067.pbworks.com/w/file/fetch/77890355/MIB.docx · Web viewSehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit

Beberapa Adat dan larangan bagi Orang Yang Bertunang.

1) Apabila seorang lelaki atau perempuan yang telah mengikat tali pertunangan lalu ia

mungkir janji dengan sebab suatu keuzuran,maka dengan sendirinya hilangnya tanda

pertunanganya itu.

2) Akan tetapi jika diketahui perempuan yang telah mengikat tali pertunangan itu

melakukan perbuatan yang tidak elok seperti melakukan perbuatan sumbang dengan

lelaki lain, maka dengan itu semua tanda hantaran pertunangan akan dipulangkan semula

kepada pihak lelaki. Perempuan itu juga akan di denda dengan 2 ½ pikul bedil atau lima

biji gong.

3) Jika sebaliknya lelaki yang telah bertunang itu pula yang mungkir janji disebabkan dia

menyukai perempuan lain, maka ia akan di hukum dengan dua pikul bedil atau empat biji

gong dengan segala barangan hantarannya akan hagus (hilang) begitu saja.

Namun begitu jika ada perempuan lain yang ingin menggoda atau mengacau lelaki yang

sudah bertunang itu maka kedua-duanya akan dihukum dengan dua pikul bedil, tetapi tali

pertunangannya dengan lelaki itu belum lagi terputus. Akan tetapi jika perbuatan ini berulang

lagi, mereka akan dikenakan hukuman pikul atau dua belas biji gong dan semua tanda

pertunangan pihak lelaki akan hilang.

Page 17: 12dt067.pbworks.com12dt067.pbworks.com/w/file/fetch/77890355/MIB.docx · Web viewSehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit

Hari perkahwinan.

Bertepatan dengan adat puak asli Belait, dua pucuk bedil akan diikat pada kanan dan kiri tangga

dihadapan rumah kedua pengantin sebagai pintu. Akan tetapi pada zaman sekarang hanya

sebilangan sahaja yang yang masih menyimpan bedil, itupun sekadar memenuhi syarat sahaja.

Para jemputan yang datang disambut mesra oleh keluarga pengantin dan dipersilakan duduk

diteratak dan kaum keluarga yang terdekat akan dijemput masuk kedalam rumah pengantin.

Kedua ibu bapa pengantin akan keluar menyambut dan bersalaman dengan para jemputan serta

tidak lupa mengucapkan terima kasih dengan kehadiran mereka. Selepas itu jamuan pun di

nikmati.

Setelah menikamti jamuan , rombongan pengantin lelaki pun tiba membawa hantaran (berlian).

Selain daripada berlian yang dipinta oleh pihak pengantin perempuan, pihak lelaki juga

membawa tujuh biji gangsa yang berisi, perhiasan dan barang persalinan pengantin seperti kain-

kain, cincin, gelang, rantai dan juga anting-anting yang di perbuat daripad emas.

Setibanya pengantin lelaki diperkarangan rumah, dua orang lelaki dari pihak perempuan akn

memayungi dengan sehelai kain jong sarat yang berwarna merah sebagai tanda hormat kepada

pengantin lelaki. Sebelim masuk kerumah pengantin lelaki akan membuat tiga kali pusingan

naga yang dimulai dari bahu sebelah kanan.

Setelah selesai semua upacara maka akan tibalah acara Balik Tiga Hari. Setelah menjalani

pantang larang selama tiga hari. Adat Berjalan akan dilakukan oleh kedua pengantin dimana

mereka akan turun ke perkarangan rumah dan berjalan-jalan di kawasan hadapan rumah. Ini

adalah bertujuan untuk melepaskan pantang terhadap kedua pengantin yang dilarang keluar

rumah kerana ditakuti akan diganggu oleh iblis. Ini adalah mengikut kepercayaan orang-orang

tua pada zaman dahulu kerana mengikut kepercayaan mereka pengantin yang baru berkahwin

mempunyai darah yang manis.

Setelah itu mereka akan berangkat kerumah pengantin lelaki. Kedu pengantin akan disertai oleh

sanak saudara dar pihak pengantin perempuan melebihi tiga puluh orang yang mana terdiri

daripada kira-kira dua puluh orang perempuan dan sepuluh orang lelaki termasuk juga kanak-

kanak.

Page 18: 12dt067.pbworks.com12dt067.pbworks.com/w/file/fetch/77890355/MIB.docx · Web viewSehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit

Setelah tiba di sana, mereka akan di sambut oleh keluarga pihak pengantin lelaki. Kedua belah

pihak keluarga pengantinakan duduk bersama-sama. Pihak pengantin perempuan membawa

segantang beras yang di simpan di dalam dulang. Mula-mula beras itu akan di tuang oleh emak

saudara pengantin perempuan. Upacara ini hendaklah dilakukan dengan menghadap kea rah

matahari.

Acara penyembelihan ayam akan dimulakan. Ianya akan dilaksanakan oleh seorang lelaki dari

pihak pengantin perempuan dengan sebilah pisau. Darah ayam tersebut akan di alirkan

kebelakang badan pengantin perempuan yang telah di buka sebahagiannya oleh bapanya. Begitu

juga kepada pengantin lelaki. Jikalau darah yang mengalir itu berwarna kemerah-merahan maka

itu bermakna kedua-duanya dalam kesihatan yang baik-baik. Tetapi jika sebaliknya, darah yang

mengalir itu berwarna kehitam-hitaman bererti kedua-duanya berada dalam keadaan yang kurang

sihat seperti berpenyakit dan sebagainya. Seterusnya jika aliran darah ayam tersebut mengalir

terus ke bawah itu menandakan rumah tangga mereka akan kekal bahagia.

Page 19: 12dt067.pbworks.com12dt067.pbworks.com/w/file/fetch/77890355/MIB.docx · Web viewSehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit

Adat berbasuh kaki.

Di antara barang-barang yang diperlukan dalam menjalankan istiadat ini ialah:

1. Batu pengasah.

2. Parang

3. Daun Serimbangun

4. Sulang (tempat menyimpan air).

5. Daun Linguang

Upacara ini dilaksanakan oleh seorang tua dari keluarga pihak pengantin lelaki. Caranya ialah

dengan menyiram air ke hujung jari kaki kedua-dua pengantin dan air itu tidak boleh melimpah.

Pengantin perempuan akan bermalam di rumah pengantin lelaki. Mengikut pantang larang adat

puak asli Belait kedua pengantin tidak di benarkan melangkah sungai selama seminggu dan

sekiranya pantang larang ini tidak di patuhi nescaya mereka akan mendapat kesusahan kelak.

Jika perkahwinan berlaku di antara berlainan bangsa sudah setentunya akan terjadi

pertembungan adat. Maka terpaksalah keluarga pihak pengantin lelaki mengalah dan mengikut

adat istiadat pihak pengantin perempuan. Tidak aka nada masalah yang timbul di antara dua

pihak kerana memang sudah menjadi suatu kelaziman bagi pengantin lelaki akan mengikut adat

istiadat pengantin. Ketika berlansungnya perkahwinan ini kalau diperhatikan masih lagi dapat di

lihat cara-cara dan pengaruh adat-adat terdahulu itu masih diamalkan dan di praktikan agar

diketahui oleh generasi-generasi baru dan didedahkan kepada mereka supaya adat-adat tersebut

tidak luput di telan zaman.

Page 20: 12dt067.pbworks.com12dt067.pbworks.com/w/file/fetch/77890355/MIB.docx · Web viewSehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit

Rujukan.

Buku: - adat Perkahwinan Etnik-Etnik di Negara Brunei Darussalam

Perkahwinan Etnik-Etnik di Negara Brunei Darussalam (Edisi kedua)

Undang-undang dan Adat Istiadat Orang-Orang belait Asli

Internet: - www.kertaskerja09us.blogspot.com

www.slideshare.net/nenthy/mib-presentation

Nurul1404.blogspot.com/2011/06/adat-puak-jati-belait.html