22
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI KEELEKTROMAGNETAN PADA PERINGKAT TINGKATAN EMPAT. SESI PENGAJIAN: 2003/2004. Saya RHOZAIMAH BINTI MD.NOOR (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). TIDAK TERHAD Disahkan oleh __________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS). (TANDATANGAN PENYELIA). Alamat tetap: ENCIK SHAHRIN BIN HASHIM KG TELUK KANDIH, MUKIM DERGA, Nama Penyelia. 05400, ALOR SETAR KEDAH DARUL AMAN Tarikh : Tarikh:

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Kepada pensyarah, En Mohsin B. Uzir, rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sumbangan idea dan pertolongan dari segi

  • Upload
    others

  • View
    7

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Kepada pensyarah, En Mohsin B. Uzir, rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sumbangan idea dan pertolongan dari segi

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI KEELEKTROMAGNETAN PADA PERINGKAT TINGKATAN EMPAT.

SESI PENGAJIAN: 2003/2004.

Saya RHOZAIMAH BINTI MD.NOOR

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

__________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS). (TANDATANGAN PENYELIA).

Alamat tetap: ENCIK SHAHRIN BIN HASHIM KG TELUK KANDIH, MUKIM DERGA, Nama Penyelia. 05400, ALOR SETAR KEDAH DARUL AMAN

Tarikh : Tarikh:

Page 2: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Kepada pensyarah, En Mohsin B. Uzir, rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sumbangan idea dan pertolongan dari segi

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PEMBELAJARAN

KENDIRI KEELEKTROMAGNETAN PADA PERINGKAT TINGKATAN

EMPAT

RHOZAIMAH BINTI MD.NOOR

Laporan projek ini dikemukakan sebagai

memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Februari, 2004

Page 3: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Kepada pensyarah, En Mohsin B. Uzir, rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sumbangan idea dan pertolongan dari segi
Page 4: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Kepada pensyarah, En Mohsin B. Uzir, rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sumbangan idea dan pertolongan dari segi

iii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ……………………………………………. Nama Penulis : RHOZAIMAH BINTI MD.NOOR Tarikh : FEBRUARI 2004

Page 5: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Kepada pensyarah, En Mohsin B. Uzir, rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sumbangan idea dan pertolongan dari segi

iv

DEDIKASI

Pengabadian kasih dan sayang buat ayahanda bonda:

Md.Noor B. Sulaiman & Bashah Bt.Ali,

Terima kasih di atas pengorbanan ayahanda bonda selama ini, tanpamu tidak mungkin

kejayaan ini dapat dikecapi

Pembakar semangat, adik-adikku yang sangat disayangi:

Roslina

Nor Atiqah

Muhamad Irfan Hakim

Insan yang banyak memberi dorongan kejayaan ini, kaulah sumber ilhamku,

Mohamad Mahyudin B. Mohamad Ishak

Kepada semua teman seperjuangan yang menjadi tunjang keyakinan ini untuk

menggenggam segulung ijazah, semoga kejayaan dan kebahagiaan akan senantiasa

mengiringi perjalanan hidup kalian.

Page 6: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Kepada pensyarah, En Mohsin B. Uzir, rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sumbangan idea dan pertolongan dari segi

v

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T kerana berkat izin dariNya maka

terhasillah Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya.

Jutaan ucapan terima kasih kepada pensyarah pembimbing En.Shahrin B. Hashim

yang banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat dalam menjalankan Projek Sarjana Muda

ini.Segala teguran dan dorongan yang telah diberikan amat berguna dan bermakna sekali

dalam usaha menyiapkan PSM ini. Kesabaran dan keikhlasan yang beliau berikan, tidak

akan dilupakan sampai bila-bila. Semoga Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas

segala budi baik beliau.

Kepada Guru Panitia Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik Sekolah

Menengah Teknik Balik Pulau, Pulau Pinang, terima kasih yang tidak terhingga

diucapkan. Syukur kerana berpeluang menimba ilmu selama dua tahun di bumi Balik

Pulau. Kepada Cikgu Rahim B. Jailani di atas tunjuk ajarmu selama ini, terima kasih.

Kepada pensyarah, En Mohsin B. Uzir, rakan-rakan seperjuangan yang banyak

memberi sumbangan idea dan pertolongan dari segi semua aspek. Budi baik kalian semua

tidak mungkin dilupakan selamanya.

Ribuan penghargaan juga dihulurkan kepada semua pihak yang terlibat secara

langsung ataupun tidak, penulis sekali lagi memohon sepuluh jari memohon maaf atas

segala kekurangan dan ucapan terima kasih tidak terkira. Semoga keikhlasan yang

diberikan mendapat hidayah dariNya.

Page 7: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Kepada pensyarah, En Mohsin B. Uzir, rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sumbangan idea dan pertolongan dari segi

vi

ABSTRAK

Modul Pengajaran Kendiri (MPK) adalah salah satu alat yang boleh membantu

guru dalam memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. MPK boleh digunakan di

mana-mana tempat dan tidak semestinya di sekolah sahaja asalkan ada keinginan untuk

belajar di dalam setiap diri pelajar. Pembinaan MPK adalah berdasarkan tajuk-tajuk kecil

dari sesuatu mata pelajaran. Model Teras-Cabang Shaharom (1994) dijadikan panduan

pembinaan MPK Keelektromagnetan yang bermutu. Kajian yang dijalankan adalah untuk

menilai status kesesuaian MPK Keeletromagnetan pada peringkat Tingkatan Empat di

Sekolah Menengah Teknik berdasarkan kepada Huraian Sukatan Pelajaran Pengajian

Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Persoalan kajian adalah berkaitan dengan

perbezaan status kesesuaian MPK Keelektromagnetan merentas tempoh mengajar,

merentas kelulusan akademik dan merentas jantina Kajian bermula dengan melakukan

kajian rintis terhadap lapan orang guru. Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) pula

melibatkan empat orang guru dan Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) seramai

sepuluh orang guru. Ia adalah untuk menilai kesesuaian MPK Keelektromagnetan yang

telah dibina. Penilaian kesesuaian MPK Keelektromagnetan dibuat oleh 14 orang guru

Kejuruteraan Elektrik yang sedang menyambung pengajian di Universiti Teknologi

Malaysia (UTM). Alat kajian yang digunakan bagi menentukan status kesesuaian MPK

ialah Skala Pemeringkatan Untuk Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri

(Guru) (Shaharom 1994) dan dianalisis secara statistik deskriptif dalam bentuk min dan

sisihan min. Kesimpulan kajian ini mendapati bahawa modul ini mempunyai potensi bagi

meningkatkan prestasi pelajar dalam proses P & P. Di akhir kajian penyelidik telah

mengemukakan beberapa cadangan yang boleh diteliti oleh pihak tertentu.

Page 8: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Kepada pensyarah, En Mohsin B. Uzir, rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sumbangan idea dan pertolongan dari segi

vii

ABSTRACT

Self Instructional Modules (SIMs) are materials used in teaching and learning

process. Students can use SIMs at their own conveniences either in the classroom or at

home. SIMs are constructed based on sub topics of a particular subject. This study was

carried out to evaluate the suitability level of Electromagnetism SIMs for the subject of

for Form Four Electrical & Electronics Engineering in Technical Schools. The design of

the SIMs was based on the 1989 Form Four syllabus for the subject of Electrical &

Electronics Engineering. The Electromagnetism SIMs were developed based on

Shaharom’s Core-Branch Model (1994).The Suitability of the SIMs was evaluated using

two stages of formative evaluation : One-to-One Formative Evaluation (OOFE) (four

teachers) and Small Group Formative Evaluation (SGFE)(ten teachers). Eight is involve

in pilot. The research questions involved the differences of the level of suitability,

irrespective of teaching time, academic levels and gender. 14 teachers studying in

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) evaluated the suitability of the Electromagnetism

SIMs. The research instrument used was the rating scale for Soal Selidik Kesesuaian

Modul Pengajaran Kendiri (Guru) (Shaharom, 1994). Statistical descriptive method was

used to analyze the data for mean and mean deviation. As a conclusion, the study found

that the module showed the effort to increase the good result to the pupils. A few

implication for the achievement of Elctrical & Electronics subject were suggested, the

study limitations were stated and a few recommendations for further study were also

given in this research.

Page 9: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Kepada pensyarah, En Mohsin B. Uzir, rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sumbangan idea dan pertolongan dari segi

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ABSTRAK vi KANDUNGAN viii SENARAI JADUAL xii SENARAI RAJAH xiii SENARAI SINGKATAN xiiv SENARAI LAMPIRAN xv

Page 10: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Kepada pensyarah, En Mohsin B. Uzir, rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sumbangan idea dan pertolongan dari segi

ix

BAHAGIAN SATU

BAB 1

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 3

1.2.1 Kekurangan Bahan Rujukan Bagi 4

Matapelajaran PKEE

1.2.2 Pemudahcara Guru 4

1.2.3 Rujukan Pelajar 4

1.2.4 Isi Kandungan Bahan Rujukan 5

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.6.1 Guru 7

1.6.2 Pelajar 8

1.6.3 Kementerian Pendidikan Malaysia 8

1.7 Skop Kajian 9

1.8 Takrifan Istilah 9

1.9 Ringkasan 11

Page 11: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Kepada pensyarah, En Mohsin B. Uzir, rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sumbangan idea dan pertolongan dari segi

x

BAHAGIAN DUA

BAB II

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Takrifan Modul Pengajaran Kendiri 13

2.3 Modul Pembelajaran Kendiri 14

2.3.1 Model Burns 15

2.3.2 Model Klingstedt 15

2.3.3 Model Eijl 16

2.3.4 Model Cece-Djadja 16

2.3.5 Model Teras-Cabang 17

2.4 Ciri-Ciri MPK 20

2.5 Rasional Penggunaan Model Teras-Cabang 21

Shahrom (1994) 21

2.6 Penilaian Formatif 21

2.7 Ciri-Ciri Asas Modul Pembelajaran Kendiri 23

2.8 Garis Panduan Penulisan Modul 23

2.9 Prinsip Pedagogi Yang Menjadi Asas 24

Pembentukan Modul Pembelajaran Kendiri

2.10 Objektif Penggunaan Modul 25

2.11 Pengetahuan Dan Konsep Asas Yang 25

Berkaitan Dengan Pembelajaran

2.12 Corak Pengajaran Dan Pembelajaran 26

Terkini Modul Pengajaran Kendiri

2.13 Proses Pembelajaran Modul 29

2.14 Dapatan Tentang “Keberkesanan ” 30

Modul Pengajaran Kendiri Terhadap

Pencapaian Akademik

2.15 Dapatan Tentang “Penggunaan” Modul 30

Page 12: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Kepada pensyarah, En Mohsin B. Uzir, rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sumbangan idea dan pertolongan dari segi

xi

Pengajaran Kendiri Sebagai Bahan

Pengajaran Dan Pembelajaran

2.16 Kesimpulan 31

BAHAGIAN TIGA BAB III

BAB III METODOLOGI 3.1 Rekabentuk Kajian 32

3.2 Subjek Kajian 33

3.3 Alat Kajian 34

3.4 Tatacara Kajian 35

3.4.1 Kajian Tahap Satu: Pembinaan MPK 37

3.4.2 Kajian Tahap Dua 38

3.4.2.1 Kajian Rintis 38

3.4.2.2 Penilaian Formatif 39

3.4.2.3 Kajian Tahap Tiga: Analisis Data Dan 40

Maklumat

3.5 Andaian 42

3.6 Ringkasan 42

Page 13: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Kepada pensyarah, En Mohsin B. Uzir, rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sumbangan idea dan pertolongan dari segi

xii

BAHAGIAN EMPAT BAB IV

BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN KAJIAN

4.1 Kajian Rintis 43

4.2 Penilaian Formatif Terhadap MPK 43

4.2.1 Persoalan Kajian 1 44

4.2.2 Persoalan Kajian 2 45

4.2.3 Persoalan Kajian 3 46

4.2.4 Persoalan Kajian 4 47

4.2.5 Persoalan Kajian 5 48

4.2.6 Persoalan Kajian 6 49

4.2.7 Persoalan Kajian 7 50

4.2.8 Persoalan Kajian 8 51

4.3 Kesimpulan 52

BAHAGIAN LIMA

BAB V

BAB V RUMUSAN , PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 53

5.2 Rumusan 54

5.2.1 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) 54

5.2.2 Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) 54

5.3 Perbincangan 55

5.4 Cadangan 58

5.5 Cadangan Penyelidikan Masa Hadapan 59

5.6 Penutup 60

Page 14: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Kepada pensyarah, En Mohsin B. Uzir, rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sumbangan idea dan pertolongan dari segi

xiii

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.1 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) oleh guru 43

terhadap kesesuaian MPK

4.2 Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) oleh guru 44

terhadap kesesuaian MPK.

4.3 Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) oleh guru 45

terhadap kesesuaian MPK.

4.4 Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) oleh guru 46

merentas jantina.

4.5 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu(PFSS) oleh guru 47

merentas kelulusan akademik.

4.6 Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) oleh guru 58

merentas kelulusan akademik.

4.7 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) oleh guru 59

merentas tempoh mengajar.

4.8 Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) oleh guru 50

merentas tempoh mengajar.

Page 15: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Kepada pensyarah, En Mohsin B. Uzir, rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sumbangan idea dan pertolongan dari segi

xiv

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Model Teras-Cabang Shaharom 20

2.2 Proses Pembelajaran Modul 29

3.2 Rangka Kerja Kajian Keseluruhan 36

3.3 Rangka Kerja Pembinaan MPK 37

3.4 Rangka Kerja Kajian Rintis 38

3.5 Rangka Kerja:Penilaian Formatif 39

Page 16: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Kepada pensyarah, En Mohsin B. Uzir, rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sumbangan idea dan pertolongan dari segi

xv

SENARAI SINGKATAN

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

MPK - Modul Pengajaran Kendiri

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

PFKK - Penilaian Formatif Kelompok Kecil

PFPL - Penilaian Formatif Percubaan Luar

PFSS - Penilaian Formatif Satu Dengan Satu

PKEE - Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

PKG - Pusat Kegiatan Guru

PKPG - Program Khas Pensiswazahan Guru

PSD - Pusat Sumber Daerah

PSPN - Pusat Sumber Pendidikan Negeri

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

S - Sisihan min

X - Nilai min

Xi - Setiap Markat

% - Peratus

n - Jumlah Bilangan Markat

Σ - Perjumlahan / Hasil Tambahan

< - Lebih Kecil

> - Lebih Besar

Page 17: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Kepada pensyarah, En Mohsin B. Uzir, rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sumbangan idea dan pertolongan dari segi

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

LAMPIRAN A Bibliografi 61 LAMPIRAN B Borang Soal Selidik 66 LAMPIRAN C Borang Pengesahan Bahan Kajian 71 LAMPIRAN D Borang Pengesahan Pakar Bidang 73 LAMPIRAN E Jadual Pemeringkatan Kesesuaian 74

MPK Untuk Guru

LAMPIRAN F Surat Kebenaran Bahagian Perancangan 75

Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 18: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Kepada pensyarah, En Mohsin B. Uzir, rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sumbangan idea dan pertolongan dari segi

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Perkembangan pendidikan sesebuah negara sewajarnya berlaku seiring dengan

pembangunan yang seimbang. Menjelang tahun 1999, pendidikan di Malaysia terus

berkembang dengan tertubuhnya Sekolah Bestari yang dilengkapi dengan pelbagai

kemudahan pengajaran dan pembelajaran berteknologi moden. ( Mohd Salleh, 1998)

Melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pelbagai sistem dan kaedah baru

diperkenalkan bagi memperkemaskan keseluruhan sistem yang sedia ada. Pelbagai teknik

pengajaran selaras dengan Matlamat Pendidikan (MP) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

(FPK) yang ditetapkan dan dibentuk untuk melahirkan tenaga kerja yang mencukupi dan

sempurna.

Sistem pendidikan di negara ini mengalami proses perkembangan yang pesat dan

mencabar selaras dengan hasrat dan cita-cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan . Ini dapat

dilihat dengan jelas dalam intisari Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan

lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan

yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

Page 19: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Kepada pensyarah, En Mohsin B. Uzir, rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sumbangan idea dan pertolongan dari segi

2

berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi

melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak

mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta

memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan

Negara.”

Bagi melaksanakan hasrat dan cita-cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan , guru

merupakan pejuang barisan hadapan untuk mendidik anak bangsa (KPM, 1998).Sebagai

golongan pendidik yang terlatih dan berwibawa, guru seharusnya lebih peka kepada

perubahan zaman dan kehendak semasa. Dengan berlakunya ledakan pengetahuan atau

“knowledge explosion”, sewajarnyalah amalan kaedah dan teknik tradisional “ chalk and

talk” diberi nafas baru dan dipelbagaikan pula teknik-teknik lain untuk menarik minat dan

merangsang minda pelajar (Azizah, 1999).

Berdasarkan kenyataan-kenyataan di atas maka, guru seharusnya mencari inisiatif

bagi memastikan Matlamat Pendidikan Kebangsaan tercapai sepenuhnya. Alat bantu

mengajar dan bahan bantu mengajar adalah elemen penting yang perlu semasa proses

pengajaran dan pembelajaran. Selain dari dapat menjadi bahan bahan bagi memudahkan guru

dan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran, bahan-bahan bercetak seumpamanya

dapat menjadi daya penarik kepada pelajar untuk menumpukan perhatian kepada isi pelajaran

yang disampaiakan oleh guru. Bahan ini terdiri dari pelbagai bentuk sama ada secara bercetak

ataupun media elektronik seperti buku-buku, nota, perakam kaset, pita audio video, slaid dan

komputer .

Keperluan menyediakan bahan pembelajaran yang bersesuaian, cekap dan berkesan

yang lebih memusatkan kepada para pelajar perlu diberi perhatian yang sewajarnya demi

mengembangkan potensi individu mereka ( Shaharom, 2002).

Oleh itu, bahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran amatlah perlu dititikberatkan oleh

guru semasa proses pemilihannya supaya objektif pembelajaran dapat dicapai.

Page 20: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Kepada pensyarah, En Mohsin B. Uzir, rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sumbangan idea dan pertolongan dari segi

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Penggunaan buku teks sebagai bahan P & P ada kaitannya dengan kaedah pengajaran

tradisional iaitu guru menerang dan menulis di papan hitam (chalk and talk). Proses P & P

melalui kaedah ini tidak lagi bersesuaian dengan adanya pelbagai kemudahan terutamanya

dalam bidang percetakan dan penyiaran. Sebagaimana yang diketahui, bahan pembelajaran

boleh didapati dalam bentuk bercetak mahupun media elektronik; namun tidak semua sekolah

mampu menyediakan peralatan canggih seperti Liquid Crystal Display (LCD) projector di

setiap bilik darjah untuk aktiviti P & P guru dan para pelajarnya. Bertitik tolak dari

permasalahan ini, MPK dilihat lebih bersesuaian untuk mengambil peranannya di sini.

Kebanyakan buku teks yang ada sekarang ini hanya ditulis untuk memberi maklumat

kepada para pembacanya, bukannya untuk memberikan program pembelajaran yang tersusun

kepada mereka. Jarang juga terdapat buku teks yang memperincikan setiap tajuk bagi

meningkatkan kefahaman para pelajarnya. Penghasilan buku teks biasanya dilakukan dalam

urutan dan meliputi bidang yang luas, tidak diuji terlebih dahulu pada peringkat awal

penghasilannya bagi menilai tahap keberkesanannya dari segi pembelajaran para pelajar.

(Shaharom, 1991)

Walaupun buku teks adalah teras rujukan utama namun, Kementerian Pendidikan

tidak pula menghadkan rujukan dari bahan ilmiah lain yang berkaitan serta penggunaan

buku-buku kerja yang mempunyai isi kandungan yang sesuai di mana ia boleh digunakan

oleh guru dan pelajar untuk meluaskan skop P & P dalam bilik darjah. Oleh itu, penggunaan

MPK sebagai buku rujukan tambahan amat sesuai bagi menjadikan proses P & P lebih

menarik dan berkesan.

Buku teks merupakan bahan bercetak sekolah-sekolah khususnya bagi matapelajaran

teknikal yang menjadikan buku teks sebagai rujukan utama kerana tiada buku rujukan lain

yang diterbitkan khas untuk pelajar aliran teknikal yang mengambil matapelajaran Pengajian

Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik dan Pengajian

Kejuruteraan Mekanikal.

Page 21: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Kepada pensyarah, En Mohsin B. Uzir, rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sumbangan idea dan pertolongan dari segi

4

Antara permasalahan yang menyebabkan penyelidik ingin membina MPK dan

melakukan kajian seumpama ini ialah:

1.2.1 Kekurangan Bahan Rujukan Bagi Matapelajaran PKEE

Seperti yang kita sedia maklum, pelajar aliran teknik yang mengambil kursus

Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik hanya menggunakan buku teks PKEE sebagai

bahan rujukan untuk belajar, mengulangkaji, membuat latihan dan sebagainya. Situasi ini

bukan sahaja dihadapi bagi pelajar yang mengambil matapelajaran PKEE, malah pelajar yang

mengambil mata pelajaran PKA dan PKM. Ini adalah kerana tiada penerbit yang sanggup

menerbitkan buku-buku rujukan bagi pelajar aliran teknikal yang mana bilangan pelajarnya

yang terlalu sedikit memandangkan bilangan Sekolah Menengah Teknik di Malaysia adalah

kurang dari seratus buah jumlahnya. Penerbit tidak mahu mengambil risiko kerugian dengan

menerbitkan buku rujukan ataupun buku latihan yang belum tentu memberi pulangan yang

menguntungkan pihak mereka. Dengan pembinaan MPK ini, ia diharapkan dapat

menambahkan lagi bilangan bahan rujukan pelajar dan guru.

1.2.2 Pemudahcara Guru

Pembinaan MPK adalah penting bagi memudahkan guru bagi menjalankan aktiviti di

dalam bilik darjah dan ini secara tidak langsung dapat menambahkan bahan rujukan guru.

Apabila ketiadaan guru sekalipun, pelajar masih dapat belajar menggunakan modul tersebut.

1.2.3 Rujukan Pelajar

Sejak dilahirkan pelajar telah mewarisi asas-asas kecerdasan yang membolehkan

mereka belajar dan menyesuaikan diri dengan alam sekeliling mereka. Namun begitu, mereka

mempunyai perbezaan individu yang berpunca daripada latarbelakang sosial dan kedudukan

geografi. Walaupun mereka berada dalam bidang yang sama, mereka tetap mempunyai

perbezaan individu seperti teknik dan gaya belajar, cara menyelesaikan masalah, tingkahlaku,

Page 22: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Kepada pensyarah, En Mohsin B. Uzir, rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sumbangan idea dan pertolongan dari segi

5

motivasi, kesediaan dan kebolehan menguasai sesuatu kemahiran dan nilai terhadap satu-satu

pelajaran. (Burn, 1971)

Kebolehan pelajar yang berbagai-bagai menjadi alasan kukuh di mana pembinaan

MPK sangat digalakkan. Dengan adanya MPKyang bersesuaian, para pelajar juga akan lebih

mudah untuk membuat aktiviti dan perbincangan sesama mereka menggunakan MPK

tersebut sebagai buku kerja tambahan kerana dalam MPK itu sendiri terdapat pelbagai soalan

menguji minda yang menguji pelbagai aras pengetahuan pelajar. Pelajar juga akan lebih

tertarik dengan topik tersebut.

1.2.4 Isi Kandungan Bahan Rujukan

Pembinaan MPK yang mempunyai isi kandungan yang telah dimantapkan,

disusunatur dan dipadatkan dengan berbagai bahan yang menarik secara tidak langsung dapat

memberi suntikan kepada pelajar untuk mengulangkaji. Sudah menjadi lumrah manusia akan

tertarik pada sesuatu yang cantik dan menarik.

1.3 Pernyataan Masalah

Melalui pembinaan MPK Konsep Keelektromagnetan ini, penyelidik akan

mengenalpasti tahap kesesuaian MPK yang dibina iaitu adakah penilaian formatif guru ke

atas ketiga-tiga MPK Keelektromagnetan yang dibina bagi matapelajaran Pengajian

Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (PKEE) menunjukkan kesesuaiannya bagi proses P & P

untuk pelajar Tingkatan 4?