Upload
others
View
15
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
USRAHVERSITY
BAB 16
SEKETUL DAGING
USRAHREMAJA
Segalanya bermula dari Hati
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Agama mengajar pelbagai amalan hati...
Senaraikan 3 amalan hati untuk menjaga hubungan dengan Allah?
Bertaubat
Q1. Apa makna Istigfar dan apa makna Taubat?
Q2. Kenapa penting sentiasa memohon keampunan?
Q3. Rasulullah walaupun bersifat maksum, beristigfar berapa kali sehari?
Bertaubat
Q1. Apa makna Istigfar dan apa makna Taubat?
Q2. Kenapa penting sentiasa memohon keampunan?
Q3. Rasulullah walaupun bersifat maksum, beristigfar berapa kali sehari?
Istigfar: Memohon keampunan Allah.
Taubat: Iaitu selepas istigfar kembali ke jalan Allah. Apa guna istigfar jika tidak bertaubat?
• Kerana manusia sentiasa melakukan dosa
• Kerana kita tidak tahu bila akan temui ajal
• Juga kerana takut azab Allah.
“Demi Allah. Sungguh aku selalu beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam sehari
lebih dari 70 kali.” (HR. Bukhari)
Bersyukur
Q1. Kenapa penting sentiasa bersyukur?
Q2. Bagaimana Rasulullah bersyukur kepada Allah?
Q3. Apa beza antara syukur dan kufur?
• Perintah
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya
Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar
sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Ibrahim 14:7)
• Kerana nikmat yang Allah beri tidak terhitung.
Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta),
dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah
Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Luqman 31:27)
Q1. Kenapa penting sentiasa bersyukur?
Nabi selalu menunaikan solat tahajud, memohon maghfirah dan bermunajat kepada-Nya. Sesudah
solat, Nabi berdoa kepada Allah hingga solat Subuh.
Ketika Rasulullah SAW beribadah sampai kaki beliau bengkak-bengkak, Sayidatina Aisyah r.a.,
isterinya berkata, “Wahai Rasulullah, mengapa engkau beribadah sampai seperti itu, bukankah Allah
telah mengampuni segala dosamu?”
Rasulullah menjawab, “Tidakkah engkau suka aku menjadi hamba Allah yang bersyukur?”
(HR Bukhari dan Muslim).
Q2. Bagaimana Rasulullah bersyukur kepada Allah?
Apabila terima nikmat
SYUKUR KUFUR
Hati & perkataan
• Memuji Allah sebanyak-banyaknya• Berterima kasih kepada Allah• Peka walaupun nikmat yang kecil
• Lalai memuji dan berterima kasih kepada Allah
• Bangga diri - Merasakan hasil usaha sendiri semata-mata
• Lalai nikmat yang diperolehi
Perbuatan • Menggunakan nikmat pada jalan yang betul. Contoh: Menggunakan mata untuk mencari Ilmu
• Infaq!• Solat sunat dan lain-lain amalan
sunat
• Salah guna nikmat yang diberi. Contoh: menggunakan mata melihat perkara yang terlarang
• Kedekut dan bakhil• Tiada amalan sunat
Q3. Apa beza antara syukur dan kufur?
Mohon PertolonganNya
Q1. Kenapa penting mohon pertolonganNya?
Q2. Bagaimana cara mohon pertolonganNya?
Q1. Kenapa penting mohon pertolonganNya?
• Tadabbur (Al-Faatihah 1:5)
• Tunduk dan sedar bahawa diri adalah sangat lemah. Hindar dari perasaan sombong dan takbur (seperti kaum Thamud dan Aad)
• Berhubung secara langsung, menghampirkan diri kepada Allah.
Q2. Bagaimana cara mohon pertolonganNya?
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada
orang-orang yang khusyuk; (Al-Baqarah 2:45)
Laksanakan witir 3 rakaat setiap hari
Mohon Keampunan
Tanda Kesyukuran
Mohon Pertolongan
Senaraikan pula 3 amalan hati untuk menjaga hubungan dengan Manusia?
ELAK HASAD DENGKI
Menginginkan menghapuskan nikmat yang diperolehi oleh orang lain, atau berpindah kepada dirinya.
• Ia sikap menentang Allah!
• Allah memberi atau menahan nikmat kepada sesiapa yang dikehendakiNya, sebagai ujian siapakah yang bersyukur dan siapakah yang bersabar.
Bagaimana cara hindar?
• Apabila melihat nikmat pada orang lain, tak perlu hairan dan ingat itu adalah dengan izin Allah.
• Apabila inginkan nikmat seperti orang lain, berusahalah dengan bersungguh-sungguh sambil berdoa kepadaNya.
• Lihatlah pada orang yang lebih susah, jangan asyik lihat pada yang lebih senang.
BERLAKU ADIL
Wahai orang-orang yang beriman!
Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan
keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana
Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum
kerabat kamu.
Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak
menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan
keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka
sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa
yang kamu lakukan.
(An-Nisaa' 4:135)
PemaafITU! AHLI SYURGA!
Pada suatu hari, Nabi Muhammad Saw berada di masjid mengatakan sesuatu kepada para sahabat bahawa akan datang di pintu itu seorang ahli syurga. Maka para sahabat pun menunggu sehingga muncullah seorang badwi yang dikatakan calon penghuni syurga itu. Sehinggalah hari yang ketiga, Rasulullah saw masih mengatakan perkara yang sama kepada para sahabat.
Hal ini menimbulkan kehairanan dikalangan sahabat dan mereka ingin mengetahui apakah amalan ahli atau calon syurga itu. Lalu salah seorang daripada sahabat pun mengekori orang badwi itu ke rumahnya. Kemudian sahabat itu meminta kebenaran daripada orang badwi itu untuk tinggal menginap di rumah orang badwi itu selama tiga hari.
Sepanjang tiga hari itulah sahabat memerhatikan amalan orang badwi itu. Hari berganti hari, sahabat semakin kehairanan apabila mendapati amalan orang badwi itu biasa-biasa sahaja. Malah tidak nampak pula orang badwi itu solat malam atau melakukan ibadah-ibadah sunat.
Disebabkan perasaan ini tahu itu lalu sahabat itu pun bertanya kepada orang badwi tentang amalannya."Ya hamba Allah apakah amalan yang seharianmu sehingga kamu dikatakan oleh Nabi bahawa kamu adalah ahli syurga?"
Orang badwi itu pun menjawab "Amalan seharianku biasa-biasa sahaja. Cuma di saat sebelum aku tidur aku akan memaafkan kesalahan orang lain kepadaku"
SEKETUL DAGING
RUMUSAN
Islam mengajar manusia memiliki hati yang suci
murni. Jagalah hubungan dengan Allah serta
hubungan dengan manusia dengan mengamalkan
amalan-amalan hati yang sejahtera.