UNSUR,SEBATIAN, CAMPURAN

  • Upload
    gidang

  • View
    163

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • UNSUR, SEBATIAN DAN CAMPURAN

  • Unsur / Elemen Elemen (element) atau unsur adalahbahan yang paling ringkas/mudah(simplest substance). Ianya tidak boleh dipisahkan dengan menggunakan kaedah kimia kepada apa-apa komponen yang lebih ringkas/mudah

  • Semua unsur (element) adalah terdiri daripadahanya satu jenis atom sahaja. Terdapat beberapa unsur yang mempunyai atom dari jenis yang sama, yang bergabung untuk membentuk molekul.Terdapat112 jenisunsur. Daripada jumlah tersebut, 92 jenis unsur adalah terjadi secara semulajadi di bumi, manakala 20 dicipta oleh para saintis.

  • Contoh-contoh unsur:Emas (gold).Zink (zinc).Besi (iron).Oksigen (oxygen).Karbon (carbon).Nitrogen.Hidrogen (hydrogen).Aluminium.

  • Unsur-unsur boleh dikelaskan kepadalogam(metal) danbukan logam(non-metal). Logam 87 jenis logam telah dikenal pasti. Contoh-contoh logam:Kalium (potassium)Kalsium (calsium)MagnesiumMerkuri/raksa (mercury)Natrium (sodium)Perak (silver)Kuprum/tembaga (copper)PlatinumEmas (gold)

  • Bukan Logam 17 jenis bukan logam telah dikenal pasti. Contoh-contoh bukan logam:Hidrogen (hydrogen)Oksigen (oxygen)Fluorin (fluorine)Klorin (chlorine)Karbon (carbon)Fosforus (phosphorus)Bromin (bromine)Iodin (iodine)NitrogenSulfur (sulphur)

  • Kebanyakan bukan logam wujud dalam bentuk gas pada suhu bilik (room temperature). Tetapi, terdapat juga beberapa bukan logam yang wujud sebagai pepejal dan cecair. Contoh-contohbentuk bukan logampada keadaansuhu bilik:Pepejal(cth: karbon, sulfur, iodin, selenium, fosforus)Cecair(cth: bromin)Gas(cth: hidrogen, helium, oksigen, fluorin, neon, klorin, argon, krypton, xenon, radon)

  • SebatianSebatian (compounds) terbentuk apabila dua atau lebih jenis unsur (element) bergabung secara kimia (combine chemically). Zarah terkecil dalam suatu sebatian adalah molekul (molecule). Contoh: Air (water) adalah suatu sebatian. Molekul air terdiri daripada dua atom hidrogen dan satu atom oksigen yang bergabung secara kimia

  • Keterangan di bawah menunjukkan beberapa jenis sebatian serta komponen-komponennya.Karbon dioksida (Carbon dioxide)Komponen: Satu atom karbon, dua atom oksigen.

  • Natrium klorida (Sodium chloride) Komponen: Satu atom natrium, satu atom klorin.

  • Benzena (Benzene) Komponen: Enam atom karbon, enam atom hidrogen.

  • Metana (Methane) Komponen: Satu atom karbon, empat atom hidrogen.

  • Ammonia Komponen: Satu atom nitrogen, tiga atom hidrogen.

  • Air (Water) Komponen: Satu atom oksigen, dua atom hidrogen.

  • Komponen-komponen sebatian tersebut tidak boleh dipisahkan secara fizikal (cannot be physically separated). Komponen-komponen dalam suatu sebatian hanya boleh dipisahkan secara kimia, sebagai contoh, dengan menggunakanhaba yang tinggi (pemanasan)ataumenggunakan tenaga elektrik (elektrolisis).

  • Memecahkan (breaking down) sebatian dengan pemanasanMemecahkan sebatian gula (sugar) Satu sudu gula dimasukkan ke dalam tabung uji yang kering dan dipanaskan dengan kuat (heated strongly).

    Pemerhatian: 1. Gula berwarna putih sebelum pemanasan. 2. Semasa pemanasan pepejal hitam (karbon) terbentuk. 3. Selepas pemanasan dan dibiarkan sejuk, titisan air terpeluwap (condense) pada dinding tabung uji. Kesimpulan: Gula dipecahkan kepada karbon (unsur) dan air (sebatian) apabila dipanaskan.

  • Memecahkan sebatian merkuri oksida (mercury oxide) Sedikit merkuri oksida (mercury oxide) dimasukkan ke dalam tabung uji yang kering dan dipanaskan.

    Pemerhatian: 1. Merkuri oksida berwarna kuning sebelum pemanasan. 2. Semasa pemanasan, gas yang dilepaskan didapati boleh menyalakan kayu uji berbara. 2. Merkuri berwarna perak (silver) terbentuk pada dinding tabung uji. Kesimpulan: Merkuri oksida dipecahkan kepada merkuri (unsur) dan oksigen (unsur) apabila dipanaskan.

  • Memecahkan (breaking down) sebatian dengan elektrolisisMemecahkan sebatian air tulen (pure water)

    Pemerhatian: Gas tidak berwarna dikumpulkan ke dalam kedua-dua tabung uji, P dan Q. Gas dalam P menyalakan kayu uji berbara, manakala gas dalam Q menghasilkan bunyi 'pop' apabila diuji dengan kayu uji yang menyala.Kesimpulan: Air adalah sebatian daripada unsur oksigen dan unsur hidrogen. Pemecahan air oleh arus elektrolisis menghasilkan gas oksigen dalam P tiub dan gas hidrogen dalam tiub Q.

  • CampuranCampuran (mixtures) adalah terdiri daripada dua atau lebih bahan (substances) yang digabungkan secara fizikal (combined physically), contohnya, dengan mengacau (stirring).

  • Bahan-bahan di dalam campuran tidak bersatu (do not unite) oleh tindak balas kimia. Jadi, komponen-komponen di dalam campuran boleh dipisahkan dengan secara fizikal (physical means). Campuran homogen(homogenous mixture) terbentuk apabila bahan dicampur dengan sama rata dan identiti setiap bahan tidak dapat dikenal pasti dengan mudah. Contohnya, larutan garam biasa dan minuman ringan. Campuran heterogen(heterogenous mixture) terbentuk apabila bahan boleh dikenal pasti dengan mudah. Contohnya, udara.

  • Keterangan di bawah menunjukkan beberapa jeniscampuran serta komponennya.Udara Komponen: Nitrogen, oksigen, karbon dioksida, gas lengai (inert gas), habuk, mikroorganisma, wap air.Tanah Komponen: Air, pasir, tanah liat, tanah gambut, kerikil, humus.Air laut Komponen: Natrium klorida, air, magnesium, kalsium, oksigen.Air limau Komponen: Garam, gula, limau.Jeruk buah-buahan Komponen: Buah-buahan, garam, gula, cuka air.Kari Komponen: Santan kelapa, gula, garam, rempah, serbuk cili.Makanan ringan Komponen: Garam, gula, perisa, pewarna, pengawet.Darah Komponen: Hormon, sel darah, nutrien, mineral, air, plasma, oksigen.

  • Bahan yang terdapat di dalam suatu campuranboleh dipisahkan secara fizikal dengan menggunakanproses-proses berikut:Penurasan (Filtration)Pengayakan (Sieving)Penyejatan (Evaporation)Penyulingan (Distillation)Kromatografi (Chromatography)Pengekstrakan (Extraction)Menggunakan magnet (Using a magnet)Pemendakan (Precipitation)

  • Campuran boleh bertukar kepada suatu sebatian dengan cara pemanasan (heating). Sebagai contoh, serbuk besi (ferum) dan sulfur membentuk suatu sebatian yang dipanggil ferum (II) sulfida apabila ianya dipanaskan.