32
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PEMBELAJARAN INKUIRI ASID DAN BES KBSM MELALUI LAMAN WEB SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya NOOR DAYANA BT ABD HALIM (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjan a/Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh ____________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO 31, LORONG TERTATAI 2/19, PROF. MADYA MOHAMAD BILAL ALI BANDAR BARU KUALA SELANGOR Nama Penyelia 45000, KUALA SELANGOR SELANGOR Tarikh: 30 APRIL 2009 Tarikh: 30 APRIL 2009 CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pembelajaran inkuiri asid dan bes kbsm melalui laman web

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pembelajaran inkuiri asid dan bes kbsm melalui laman web

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : PEMBELAJARAN INKUIRI ASID DAN BES KBSM MELALUI LAMAN WEB

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya NOOR DAYANA BT ABD HALIM (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

Disahkan oleh ____________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO 31, LORONG TERTATAI 2/19, PROF. MADYA MOHAMAD BILAL ALI BANDAR BARU KUALA SELANGOR Nama Penyelia 45000, KUALA SELANGOR SELANGOR Tarikh: 30 APRIL 2009 Tarikh: 30 APRIL 2009

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pembelajaran inkuiri asid dan bes kbsm melalui laman web

“Saya akui saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan mutu untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana Muda

Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)”

Tandatangan : ____________________

Nama Penyelia : Prof. Madya Mohamad Bilal Ali

Tarikh : 30 April 2009

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pembelajaran inkuiri asid dan bes kbsm melalui laman web

i

PEMBELAJARAN INKUIRI ASID DAN BES KBSM MELALUI LAMAN WEB

NOOR DAYANA ABD HALIM

Laporan ini dikemukakan bagi memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pembelajaran inkuiri asid dan bes kbsm melalui laman web

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali petikan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ____________________

Nama Penulis : Noor Dayana Abd Halim

Tarikh : 30 April 2009

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pembelajaran inkuiri asid dan bes kbsm melalui laman web

iii

Buat abah tersayang... En Abd Halim Abdullah

Terima kasih atas dorongan dan semangat yang diberikan kepada anakmu sepanjang hidup ini

Tidak dilupa adik-adik yang dikasihi, Khairul Ikhwan dan Khairul Anwar

Yang sentiasa berada dimana sahaja diperlukan

Buat sahabat tersayang Nurbiha dan Nurul Aini

Jasa kalian takkan dilupakan Kita sentiasa senang dan susah bersama dalam

meneruskan pengajian ini

Dan juga Pensyarah Apa yang diajar sentiasa diingati dan akan digunakan kelak

Terima Kasih Semua.............

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pembelajaran inkuiri asid dan bes kbsm melalui laman web

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengetahui, dengan limpah kurnianya sempurnalah Projek Sarjana Muda ini dengan hasil yang cukup baikdan memberangsangkan.

Pertamanya, terima kasih diucapkan kepada Penyelia Projek Sarjana Muda I, En Juhazren Junaidi dan Penyelia Projek Sarjana Muda II, Prof. Madya Mohamad Bilal Ali atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan. Cadangan serta kritikan yang diberikan memberi impak yang positif dan mendalam dalam penghasilan projek ini.

Seterusnya ucapan terima kasih kepada keluarga terutama ayahanda dan adik-adik yang sentiasa memberikan kata-kata semangat dan dorongan dalam menempuh pengajian di universiti.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan Nurbiha A.Shukor dan Nurul Aini Md Desa yang sentiasa mengambil berat perihal diri ini dan membantu di saat susah. Seterusnya kepada Fatimah Hishamuddin yang memberi tunjuk ajar dalam penghasilan animasi. Dengan bantuan kalian penghasilan projek ini dapat disiapkan dalam waktu yang ditetapkan.

Akhirnya, kepada pensyarah-pensyarah Fakulti Pendidikan yang sentiasa memantau serta menilai diri ini dari semasa ke semasa. Dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak dangan penghasilan projek sarjana muda ini. Terima kasih diucapkan.

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pembelajaran inkuiri asid dan bes kbsm melalui laman web

v

ABSTRAK

Kajian ini adalah untuk membangunkan laman web kimia Acids and Bases

mengikut sukatan pelajaran kimia tingkatan empat KBSM. Kandungan utama laman

web ini adalah pembelajaran kendiri topik Acids and Bases dengan mengaplikasikan

teori konstruktivisme dan pendekatan inkuiri penemuan. Laman web ini meliputi

konsep-konsep utama berkenaan tajuk ini seperti “Concept and Chemical Properties

of Acids and Bases”, “Role of Water to Show the Properties of Acids and Alkalis”

dan “Strength of Acids and Alkalis”. Selain itu, elemen dalam model motivasi ARCS

juga turut diaplikasikan dalam pembangunan laman web ini. Bahagian rekabentuk

pula mengaplikasikan model Hannafin & Peck sebagai model rekabentuk. Laman

web ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia Dreamweaver 8

sebagai platform utama dan perisian sokongan seperti Macromedia Flash 8 dan

Adobe Photoshop CS2 dan Sound Forge 7. Kesimpulannya, di harapkan kajian ini

dapat membantu para pelajar mengatasi masalah miskonsepsi dalam tajuk ini serta

dapat dijadikan rujukan tambahan atau alternatif oleh para pelajar, guru serta

masyarakat yang ingin mengetahui lebih mendalam tentang tajuk Acid and Bases ini.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pembelajaran inkuiri asid dan bes kbsm melalui laman web

vi

ABSTRACT

The purpose of the project is to develop web based learning material on

Chemistry Form 4 syllabuses. This website enables users to learn by their own on

Acids and Bases topics. Constructivism theory and inquiry based learning approach

were engaged in the website development. The main subtopics contain in this website

are “Concept and Chemical Properties of Acids and Bases”, “Role of Water to Show

the Properties of Acids and Alkalis” dan “Strength of Acids and Alkalis”. Else, the

motivation components’, ARCS also integrated in this website. This website has been

developed using the Macromedia Dreamweaver 8 as the main platform and

Macromedia Flash 8 dan Adobe Photoshop CS2 dan Sound Forge 7 as supportive

software. Finally, it is hope that this website become as a reference for students to

learn this subtopic and to overcome their misconception about Acids and Bases.

Others, this website is also useful for teachers and other people to get information

more about Acids and Bases.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pembelajaran inkuiri asid dan bes kbsm melalui laman web

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 9

1.4 Objektif Projek 9

1.5 Kepentingan Projek 10

1.5.1 Pelajar 10

1.5.2 Guru 11

1.5.3 Masyarakat 11

1.5.4 Kementerian Pelajaran Malaysia 11

1.6 Batasan Projek 12

1.7 Rasional Projek 12

1.8 Definisi Istilah 12

1.8.1 Kimia 12

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pembelajaran inkuiri asid dan bes kbsm melalui laman web

viii

1.8.2 Inkuiri penemuan 13

1.8.3 Konstruktivisme 13

1.8.4 Laman Web 13

1.8.5 Internet 14

1.8.6 Pengajaran dan Pembelajaran 14

1.8.7 Miskonsepsi 14

1.9 Penutup 15

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 16

2.2 Pembelajaran berbentukan komputer 17

2.2.1 Kelebihan PBK dalam pembelajaran kimia 21

2.3 Penggunaan internet dan web dalam P&P 23

2.3.1 Kelebihan penggunaan internet dalam 26

pembelajaran kimia

2.4 Teori pembelajaran konstruktivisme 28

2.4.1 Aplikasi konstruktivisme dalam PBK atau 30

laman web

2.5 Pendekatan inkuiri penemuan 32

2.5.1 Aplikasi pendekatan inkuri penemuan 35

dalam laman web

2.6 Model motivasi ARCS 38

2.6.1 Attention (Perhatian) 39

2.6.2 Relevance (Relevan) 39

2.6.3 Confidence (Keyakinan) 39

2.6.4 Satisfaction (Kepuasan) 40

2.7 Penutup 40

3 REKA BENTUK DAN PEMBANGUNAN LAMAN WEB

3.1 Pengenalan 41

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pembelajaran inkuiri asid dan bes kbsm melalui laman web

ix

3.2 Model Pembangunan 42

3.3 Aplikasi Model 43

3.3.1 Fasa Analisis Keperluan 43

3.3.1.1 Analisis kumpulan sasaran 43

3.3.1.2 Analisis kandungan pelajaran 43

3.3.2 Fasa Reka Bentuk 45

3.3.2.1 Reka bentuk informasi 46

3.3.2.2 Reka bentuk interaksi 48

3.3.2.3 Reka bentuk antaramuka 50

3.3.2.4 Carta Alir 53

3.3.3 Fasa Pembangunan dan Pelaksanaan 55

3.3.3.1 Perkakasan 56

3.3.3.2 Perisian 60

3.3.3.3 Perisian web browser 57

3.2.4 Fasa Penilaian dan Penambahbaikan 58

3.3 Penutup 59

4 HASIL PEMBANGUNAN LAMAN WEB

4.1 Pengenalan 60

4.2 Struktur Asas Laman Web 61

4.2.1 Paparan Menu Utama (Home) 61

4.2.3 Paparan Ruangan Pembelajaran (Learn) 61

4.2.4 Paparan Ruangan More Info 64

4.2.5 Paparan Ruangan Latihan (Quizzes) 65

4.2.6 Paparan Ruangan Help 66

4.2.7 Paparan Ruangan Web Master 67

4.3 Aplikasi teori konstruktivisme dalam laman web 68

4.4 Aplikasi pendekatan inkuiri dalam laman web 71

4.4.1 Paparan Have You Ever Wondered? 72

4.4.2 Paparan I Think That... 74

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pembelajaran inkuiri asid dan bes kbsm melalui laman web

x

4.4.3 Paparan Let’s Investigate 74

4.4.4 Paparan What Have I Learned? 75

4.4.5 Paparan Ruangan Forum 76

4.4.6 Paparan Ruangan Chat 77

4.5 Aplikasi Model Motivasi ARCS dalam laman web 78

4.5.1 Aplikasi komponen Attention (Perhatian) 78

4.5.2 Aplikasi komponen Relevance (Relevan) 79

4.5.3 Aplikasi komponen Confidence (Keyakinan) 80

4.5.3 Aplikasi komponen Satisfaction (Kepuasan) 80

4.6 Rekabentuk Laman Web 81

4.7 Penilaian 82

4.8 Penutup 86

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, CADANGAN

DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 87

5.2 Rumusan Laman Web 87

5.2.1 Kekuatan laman web 88

5.2.2 Kelemahan Laman Web 90

5.3 Perbincangan 90

5.4 Cadangan 92

5.5 Refleksi Kendiri 92

5.6 Kesimpulan 93

5.6 Penutup 93

RUJUKAN 94

LAMPIRAN 1 - 4

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pembelajaran inkuiri asid dan bes kbsm melalui laman web

xi

SENARAI JADUAL

NO JADUAL PERKARA MUKA SURAT

4.1 Implementasi ciri-ciri teori konstruktivisme 68

dalam laman web

4.2 Implementasi komponen Attention (Perhatian) 78

dalam laman web

4.3 Implementasi komponen Relevance (Relevan) 79

dalam laman web

4.4 Implementasi komponen Confidence (Keyakinan) 80

dalam laman web

4.5 Implementasi komponen Satisfaction (Kepuasan) 80

dalam laman web

4.6 Hasil penilaian pakar terhadap reka bentuk 83

interaksi laman web

4.7 Hasil penilaian pakar terhadap reka bentuk 84

interaksi laman web

4.8 Hasil penilaian pakar terhadap reka bentuk 84

antaramuka laman web

4.9 Hasil penilaian pakar terhadap isi kandungan 85

laman web

4.10 Hasil penilaian pakar terhadap strategi pengajaran 85

laman web

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pembelajaran inkuiri asid dan bes kbsm melalui laman web

xii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH PERKARA MUKA SURAT

2.1 Model Inkuiri Harwood (2004) 37

2.2 Model Motivasi ARCS 38

3.1 Model Pembangunan Hannafin & Peck 43

3.2 Struktur Hirarki Penyampaian Informasi 47

3.3 Pergerakan mata pengguna semasa mempelajari 50

isi kandungan dalam laman web

3.4 Carta alir laman web Acids and Bases 54

3.5 Carta alir ruangan Learn 54

4.1 Paparan ruangan Home 62

4.2 Paparan ruangan Learn 63

4.3 Paparan ruangan Objectives, Flash Back dan Pit Stop 64

4.4 Paparan ruangan More Info 65

4.5 Paparan ruangan Quizzes 66

4.6 Paparan ruangan Help 67

4.7 Paparan ruangan Web Master 68

4.8 Paparan ruangan Content Relationship 70

4.9 Paparan ruagan Content Mapping 71

4.10 Paparan ruangan Have You Ever Wondered? 72

bagi subtopik Concept and Chemical Properties

of Acid and Base

4.11 Paparan ruangan Have You Ever Wondered 73

bagi subtopik Role of Water to Show the Properties

of Acids and Alkalis

4.12 Paparan ruangan Have You Ever Wondered? 73

bagi subtopik Strength of Acids And Alkalis

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pembelajaran inkuiri asid dan bes kbsm melalui laman web

xiii

4.13 Paparan ruangan I Think That.. 74

4.14 Paparan ruangan Let’s Investigate 75

4.15 Paparan ruangan What Have I Learned? 76

4.16 Paparan ruangan Forum 77

4.17 Paparan ruangan Chat 78

4.18 Contoh multimedia animasi 79

4.19 Ruangan What Have I Learned? 80

yang menyatakan ucapan Congratulation

4.20 Paparan kuiz yang menyatakan audio berbunyi 81

“Excellent”

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pembelajaran inkuiri asid dan bes kbsm melalui laman web

xiv

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN PENERANGAN

ARCS Attention, Relevance, Confidence, Satisfaction

CD ROM Compact Disk Read Only Memory

ICT Information, Communication and Technology

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

PBK Pembelajaran Berbantukan Komputer

P&P Pengajaran dan Pembelajaran

WWW World Wide Web

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pembelajaran inkuiri asid dan bes kbsm melalui laman web

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA MUKA SURAT

1 Borang senarai semak pengaplikasian teori 105

Konstruktivisme dalam laman web

2 Borang senarai semak pengaplikasian pendekatan 108

Inkuiri Penemuan dalam laman web

3 Borang senarai semak pengaplikasian komponen 110

Motivasi ARCS dalam laman web

4 Borang soal selidik reka bentuk laman web 113

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pembelajaran inkuiri asid dan bes kbsm melalui laman web

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Perkembangan dunia teknologi serta projek Multimedia Super

Corridor (MSC) telah menempatkan Malaysia dalam hubungan global antara

negara-negara maju di seluruh dunia. Kepesatan teknologi ini juga memberi

impak yang besar dalam dunia pendidikan. Ini disebabkan, persaingan

masyarakat dunia yang lebih terkehadapan dalam era 21 dan perubahan

masyarakat bermaklumat telah menimbulkan cabaran baru dalam institusi

pendidikan. Bagi negara Malaysia, untuk mencapai Wawasan 2020 dan

dalam usaha untuk melahirkan masyarakat bermaklumat, maka inisiatif untuk

mengintegrasikan penggunaan ICT dan multimedia dalam pengajaran dan

pembelajaran (P&P) adalah perlu.

Bidang pendidikan telah lama diterima sebagai tunggak pembangunan

ekonomi alaf baru kerana ia dilihat sebagai pemangkin kepada masyarakat berilmu

dan berakhlak mulia (Hishammuddin, 2002). Wan Mohd Zahid (1993) menyatakan

untuk mencapai sistem pendidikan yang cemerlang, perlulah berganjak dari norma

kebiasaan kepada yang lebih kreatif, inovatif dan imiginatif. Justeru, kedatangan alaf

baru telah memperkenalkan teknologi maklumat yang membawa perubahan besar

dalam suasana pengajaran dan pembelajaran.

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pembelajaran inkuiri asid dan bes kbsm melalui laman web

2

Jika dahulu, guru di sekolah hanya menggunakan kapur dan papan hijau

untuk mengajar dan menyampaikan maklumat kepada pelajar. Kini, penggunaan

teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran bukanlah sesuatu fenomena yang

janggal. Ini kerana, aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah

sebagai satu daya usaha dalam memupuk minat serta sikap yang positif terhadap

perkembangan teknologi (Tengku Zawawi, 2001).

Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan

memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, dan kreatif dengan

menggunakan teknologi terkini (KPM, 1997). Maka, atas sebab inilah Kementerian

Pelajaran Malaysia telah mewujudkan Sekolah Bestari sebagai langkah permulaan

dan sekaligus bertindak mengisi perancangan dan pelaksanaan projek MSC. Selain

itu, projek Pembestarian Sekolah juga dilaksanakan dengan mengaplikasikan konsep

Sekolah Bestari agar sekolah-sekolah awam lebih berdaya saing, kondusif dan moden

mengikut arus pembangunan semasa (Hishammuddin, 2005). Pelaksanaan kedua-

dua projek ini, dilihat boleh membuka ruang kepada guru dan pelajar dalam

mendedahkan mereka dengan teknologi maklumat yang mana dapat meningkatkan

lagi kualiti proses pengajaran dan pembelajaran.

Dalam dunia pendidikan, proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan

komputer meliputi aspek penggunaan CD-ROM atau secara atas talian melalui

internet. Menurut Zaharah (2007), pembelajaran berasaskan internet merupakan

pendekatan baru dalam proses P&P iaitu mengintegrasikan teknologi komputer

maklumat (ICT) dalam bahan bantu mengajar. Bagi aspek penggunaan internet ini,

laman-laman web pendidikan digunakan sebagai bahan rujukan kepada guru dan

pelajar. Pembelajaran berasaskan web merupakan salah satu cara pembelajaran yang

dipelopori dalam konsep sekolah bestari (Tina, n.d). Crumlish (1996) mencadangkan

supaya laman web dalam pendidikan di gunakan sebagai tutor, pusat sebaran dan

penerbitan, medan perbincangan (forum) dan pemandu (search engine).

Kajian oleh Hossein (2002) dalam (Tina (n.d)) mengatakan, pengajaran

interaktif adalah merujuk kepada pendekatan pengajaran menggunakan bahan

pengajaran berasaskan web agar dapat mengwujudkan persekitaran yang

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pembelajaran inkuiri asid dan bes kbsm melalui laman web

3

menggalakkan penyertaan maksimum pelajar sesama pelajar dan pelajar dengan

guru. Dari aspek pembelajaran pula, pembelajaran kendiri dapat diaplikasikan

apabila pelajar menggunakan laman web kerana pelajar bebas untuk menentukan

sendiri urutan pembelajaran mereka.

1.2 Latar belakang masalah

Kimia adalah satu cabang sains yang penting untuk dipelajari kerana kimia

membolehkan pelajar mengetahui dan memahami fenomena yang berlaku

disekeliling mereka (Taber, 2002). Walaubagaimanapun subjek kimia berkait rapat

dengan konsep-konsep yang abstrak dan ini menyebabkan kesukaran kepada pelajar

untuk memahaminya (Sirhan, 2007). Oleh itu, matapelajaran kimia melibatkan

kemahiran daya pemikiran kreativiti pelajar pada aras yang tinggi (Abu Hassan,

2003). Sirhan (2007) juga mengatakan kebanyakkan kandungan konsep kimia

diperjelaskan dengan cara makroskopik, mikroskopik, dan simbolik. Ini

menyebabkan timbulnya konflik dan kekeliruan dalam mempelajari ilmu kimia.

Telah menjadi pengetahuan umum bahawa ramai pelajar menganggap kimia

sebagai satu matapelajaran yang sukar dan ini menyebabkan mereka tidak

meminatinya (Alias, 1998). Kebanyakkan pelajar mengatakan mata pelajaran kimia

banyak melibatkan konsep-konsep yang abstrak dan sukar dibayangkan oleh

pemikiran mereka. Menurut Taber (2002), pelajar memerlukan imiginasi dan daya

pemikiran yang tinggi untuk menguasai sesuatu konsep kimia. Pemahaman sebenar

bukanlah hanya mengetahui konsep utama tetapi boleh mengaplikasikannya serta

menerangkannya dengan jelas dan mudah difahami. Inilah kesukaran yang di alami

oleh pelajar apabila mereka mempelajari kimia (Sirhan, 2007).

Berdasarkan huraian sukatan mata pelajaran kimia tingkatan 4 dan 5

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pembangun dapat melihat secara

keseluruhan bahawa beberapa topik yang perlu diberikan perhatian dan sentiasa

menjadi fokus kepada para guru kimia. Antara topik yang menjadi fokus seperti

struktur atom, garam, elektrokimia, tindak balas redok, asid dan bes, hidrokarbon dan

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pembelajaran inkuiri asid dan bes kbsm melalui laman web

4

termokimia (Mohd Hazli, 2007). Topik-topik yang dinyatakan amatlah menjadi

masalah dan terdapat pelbagai miskonsepsi oleh para pelajar. Manakala. kajian oleh

Mei-Hung Chiu (2005), menyatakan bahawa topik-topik dalam matapelajaran kimia

yang sukar serta boleh menimbulkan miskonsepi adalah persamaan kimia,

pengoksidaan dan penurunan, elektrolisis, jirim dan juga asid dan bes.

Miskonsepsi dapat diertikan sebagai idea yang tidak diterima dalam idea

saintifik yang mana ianya timbul kesan daripada pengalaman hidup seharian (Head,

1982). Miskonsepsi juga ditafsirkan oleh Zurida dan Norhaidah (2006) sebagai salah

tanggapan di mana idea yang dibentuk adalah tidak selaras dengan konsep yang

sebenar. Kadang kala, dalam usaha memahami pengajaran daripada para guru, para

pelajar sebenarnya mungkin akan membina kefahaman sendiri dan kefahaman ini

akan menjadi pengetahuan yang amat lemah dan secara tidak langsung menghasilkan

miskonsepsi.

Kebanyakkan konsep dalam matapelajaran kimia adalah berkaitan dan

berhubungan antara satu sama lain. Salah satu konsep asas yang penting dalam

mempelajari kimia adalah konsep asid dan bes (Gokhan, Alipasa dan Hulya, 2005).

Subtopik asid dan bes adalah berkaitan dengan konsep kimia yang lain contohnya

seperti jirim, persamaan kimia, tindak balas kimia dan stoikiometri, larutan,

pengoksidaan dan penurunan dan keseimbangan kimia. Banyak kajian telah

dijalankan menunjukkan bahawa ramai pelajar mengalami masalah dalam

pemahaman konsep asid dan bes.

Kajian oleh Cros et al. (1986) menunjukkan bahawa pelajar tidak mampu

menerangkan fenomena konkrit yang berlaku disebalik tindak balas asid dan bes.

Pelajar juga gagal memberi contoh asid dan bes lemah serta menyalahtafsirkan pH

sebagai alat pengukuran darjah keasidan sahaja. Kajian beliau pada dua tahun

berikutnya 1988, pula menyatakan bahawa pelajar mendifinisikan asid adalah bahan

yang mempunyai pH kurang dari 7. Ini bertentangan dengan definisi yang diberikan

oleh Arrhenius yang mendifinisikan asid adalah bahan yang membebaskan ion

hidrogen (H+) apabila bahan itu bertindak balas dengan air. Ross dan Munby (1991)

melaporkan bahawa pelajar mendifinisikan asid sebagai bahan yang mempunyai rasa

masam dan mengeluarkan haba. Perbezaan definisi antara teori Bronsted dan

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pembelajaran inkuiri asid dan bes kbsm melalui laman web

5

Arrhenius turut mengelirukan pelajar. Konsep penderma dan penerima atom

digunakan dalam teori Bronsted-Lowry manakala konsep menderma dan menerima

ion hidrogen (H+), digunakan dalam teori Arrhenius. Pelajar didapati amatlah sukar

melihat kesinambungan antara kedua-dua teori ini dalam menjelaskan definisi asid

dan bes (Hawkes, 1992).

Seterusnya, kajian oleh Schmidt (1995) dalam (Gokhan, Alipasa dan Hulya,

2005) pula mendapati pelajar tidak dapat menciri dan membezakan asid dan bes

dengan betul. Kajian yang dilakukan oleh Barker pada tahun yang sama (1995),

mengatakan bahawa pelajar gemar menerangkan makna asid menggunakan perkataan

“memakan” atau menghakis bahan tanpa merujuk kepada kandungan zarahnya.

Walaupun pelajar tahu untuk mengukur pH dan tahu sifat menghakis sesuatu bahan

asid, namun pelajar tetap sukar untuk mengaitkan ciri asid dengan kandungan zarah

di dalamnya. Driver et al. (1994) dalam (Gokhan, Alipasa, Hulya, 2005) mengatakan

bahawa kebanyakkan pelajar membentuk kesemua miskonsepsi idea asid dan bes ini

adalah berdasarkan pengalaman harian seperti merasa makanan masam, membaca

iklan tentang mandian asid dan fenomena hujan asid tanpa menjalankan kajian atau

merujuk kepada yang pakar.

Hand dan Treagust (1991) telah mengenalpasti beberapa miskonsepsi dalam

minda pelajar terhadap topik asid dan bes ini. Antaranya, asid adalah bahan yang

memberi hakisan apabila terkena sesuatu bahan seperti kayu dan besi, proses

peneutralan adalah proses menghilangkan sifat asid dan asid kuat menghakis lebih

cepat berbanding asid lemah.

Seterusnya, pada tahun 1993, kajian yang dijalankan oleh Nakhleh & Krajcik

pula memperoleh tiga idea utama konsep asid dan bes di kalangan pelajar iaitu,

pertama, asid dan bes tidak bertindak balas tetapi cuma membentuk satu campuran

fizikal. Kedua, asid dan bes bertindak balas tetapi dengan hanya melekat bersama

membentuk partikel. Konsep yang ketiga pula, pelajar menyatakan tindak balas ion

hidrogen, H+ dan ion hidroksida, OH- hanya sesuai untuk membentuk garam larut

bukannya tindak balas peneutralan.

Page 23: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pembelajaran inkuiri asid dan bes kbsm melalui laman web

6

Kajian yang dijalankan oleh Cris Horton (2001) di Arizona State University

juga telah menyenaraikan dua miskonsepsi yang selalu terjadi di kalangan pelajar

dalam tidak balas kimia iaitu apabila asid dicampurkan dengan bes, asid akan

meneutralkan bes untuk menjadi larutan neutral tanpa mengambilkira kuantiti bahan

tindak balas yang dicampurkan. Selain itu,pelajar juga mendifinisikan proses

penuetralan adalah proses memansuhkan ion hidrogen (H+), dan ion hidroksida,

(OH-).

Mei-Hung Chiu (2005) dalam kajiannya juga telah menyatakan empat

miskonsepsi pelajar dalam tajuk ini. Pertama, pelajar menyatakan larutan asid dan

bes mempunyai ciri-ciri yang lebih kurang sama. Kedua, pelajar menganggap

bahawa larutan seperti natrium bikarbonat dan asid asetik menjadi neutral kerana

proses peneutralan tanpa dapat menerangkan tindak balas yang berlaku dengan tepat.

Ketiga, pelajar menganggap lebih banyak molekul hidrogen dalam asid itu, lebih kuat

sifat sesuatu asid dan seterusnya keempat, pelajar menganggap molekul hidrogen itu

hanya boleh larut dalam larutan ionik sahaja. Merujuk kepada kesemua miskonsepsi

yang telah disenaraikan, pelajar akan mengalami kesukaran untuk mempelajari topik-

topik berkaitannya seperti persamaan kimia dan tindak balas kimia seperti yang telah

dinyatakan oleh Gokhan, Alipasa dan Hulya (2005).

Di samping konsep-konsep kimia yang sememangnya sukar di fahami,

kaedah penyampaian maklumat oleh guru juga boleh mempengaruhi keberkesanan

kefahaman pelajar. Kaedah penyampaian mata pelajaran kimia seharusnya menjalani

anjakan paradigma dari kaedah tradisi kepada pendekatan alternatif seperti

kolaboratif, kendiri, pembelajaran berasakan masalah dan sebagainya menerusi

multimedia interaktif yang melibatkan pelajar secara aktif dalam proses P&P.

Gokhan, Alipasa dan Hulya (2005) mencadangkan bahawa guru haruslah

menggunakan bahan dan strategi pengajaran yang menggalakkan pelajar berfikir

secara aktif terutamanya dalam membantu pelajar membentuk konsep dalam topik

asid dan bes. Jika dibandingkan dengan pendekatan secara objektivisme, guru

hanyalah sebagai penyalur pengetahuan dan pelajar hanya menerima ilmu tanpa

terlibat secara aktif di dalam bilik darjah (Abu Hassan dan Meor Ibrahim, 2006).

Page 24: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pembelajaran inkuiri asid dan bes kbsm melalui laman web

7

Selain itu juga, hasil analisa pembangun terhadap pembangunan laman web

Projek Sarjana Muda yang lepas, didapati bahawa terdapat beberapa kekurangan

yang mana kekurangan ini boleh ditingkatkan semasa membangunkan laman web ini.

Antaranya ialah, tiada pengaplikasian pendekatan pembelajaran. Laman web yang

telah dibangunkan hanya menerapkan teori konstruktivisme secara umum

menggunakan ciri pembelajaran yang telah disenaraikan oleh Robert Gagne (1985).

Selain itu, menurut cadangan yang diutarakan oleh Zaharah (2007) dan juga Nurul

Huda (2007), elemen multimedia seperti audio dan video haruslah diintegrasikan di

dalam laman web bagi tajuk asid dan bes agar proses pembelajaran dapat berlaku

dengan lebih berkesan.

Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran kimia SPM boleh

digunakan sebagai bahan bantu mengajar untuk menjadikan proses P&P lebih

menarik dan tidak terlalu stereotaip. Kajian daripada De Tong (1995), menyatakan

bahawa pengajaran berasaskan komputer dapat memberikan pengalaman kepada

pelajar dalam memperbetulkan salah faham konsep mereka selama ini. Lembaga

Peperiksaan Malaysia memberi cadangan kepada guru untuk mempelbagaikan

kaedah pengajaran yang boleh menarik minat pelajar, menggunakan bahan-bahan

yang sesuai dari internet untuk tujuan pengkayaan, dan untuk memperjelas sesuatu

konsep, serta mengajar dengan teknik yang kreatif menggunakan literasi komputer

yang interaktif.

Dengan ini, pelajar akan berasa seronok dan tidak berasa bosan untuk

mengikuti proses pembelajaran di dalam bilik darjah. Minat terhadap subjek kimia

juga dapat dipupuk. Seterusnya, keseronokan yang dirasai dapat membantu pelajar

memahami konsep dengan lebih mudah dan seterusnya dapat mengingatinya dengan

lebih cepat.

Interaktivi di dalam multimedia akan menjanjikan keseronokan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Multimedia juga memudahkan banyak proses

penyaluran ilmu. Halaman web yang berteraskan multimedia boleh digunakan secara

berkesan bagi tujuan penyampaian sesuatu isi pelajaran dengan mudah dan efektif

(Jamalludin dan Zaidatun, 2000). Dalam membincangkan potensi pembelajaran

berasaskan web, Hill (1997) dalam Tina (n.d) menyatakan bahawa pembelajaran web

Page 25: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pembelajaran inkuiri asid dan bes kbsm melalui laman web

8

memberi peluang kepada pelajar untuk memperolehi strategi berfikir pada aras tinggi

dengan menggalakkannya berfikir secara mencapah dan berbagai perspektif. Sanders

dan Morrison-Shetlar (2001) dalam Tina (n.d) juga turut mendapati bahawa

pembelajaran web memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi sacara

sinkroni antara satu sama lain, mempunyai kesan positif yang tinggi terhadap

pembelajaran dan kemahiran berfikir secara kritis.

Disamping itu, pengimbas World Wide Web merupakan satu aplikasi yang

membolehkan maklumat dicapai dengan mudah serta mempunyai kawalan oleh

pengguna yang tinggi (Alessi & Trollip, 1991). Maklumat yang dapat disebarkan

melalui Web juga lebih dinamik dan boleh diubah oleh pembangun pada bila-bila

masa mengikut keperluan. Berbanding dengan aplikasi multimedia yang lain

contohnya seperti Compact Disk Read Only Memory (CD-ROM), maklumat yang

disampaikan adalah lebih bersifat statik (Read Only Memory) (Baharuddin,

Jamaluddin & Zaidatun, 2000).

Justeru, dalam mengatasi miskonsepsi dan kebosanan pelajar terhadap mata

pelajaran kimia umumnya bagi tajuk asid dan bes, pembinaan dan pengaplikasian

multimedia seperti halaman web dapat meningkatkan lagi kualiti pembelajaran.

Nakhlek et al., (1993) dalam Gokhan, Alipasa, Hulya (2005) telah mencadangkan

bahawa cara yang terbaik untuk guru-guru yang ingin mengajar matapelajaran kimia

yang melibatkan pemahaman konsep terutama bagi tajuk asid dan bes adalah dengan

menggunakan aktiviti berasaskan komputer (Computer-Based Activity). Ini

dibuktikan oleh Noraini (2001) yang menyatakan keberkesanan perisian multimedia

asid dan bes menunjukkan terdapat sedikit kemajuan dalam pencapaian pelajar

daripada ujian pra dan pos. Kefahaman pelajar selepas menggunakan perisian

tersebut telahpun meningkat.

Tuntasnya, seperti yang telah diketahui konsep asid dan bes banyak dikaitkan

dengan suasana dan persekitaran pelajar. Oleh yang demikian, Web yang

menggunakan teori pembelajaran konstruktivisme dengan pendekatan inkuiri

penemuan dapat menggalakkan pelajar melakukan refleksi dan mengkaji maklumat

daripada soalan-soalan terbuka yang dikemukakan. Web juga amatlah sesuai

digunakan dalam pembelajaran penerokaan dalam situasi pembelajaran yang

Page 26: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pembelajaran inkuiri asid dan bes kbsm melalui laman web

9

berbentuk inkuiri penemuan dan pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian

masalah yang berlaku dalam kehidupan seharian (Pusat Perkembangan Kurikulum

Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001).

1.3 Pernyataan Masalah

Nakhleh & Krajcik (1993) menyatakan bahawa asid dan bes adalah satu topik

dalam matapelajaran kimia yang sukar di sekolah menegah. Aziz (1996) juga

mengatakan bahawa, pelajar sering mengalami masalah dalam subjek kimia kerana

kandungan matapelajaran kimia yang mengandungi konsep yang sukar difahami serta

perkaitan konsep yang rumit. Sehingga kini, pelajar masih lagi tidak dapat membina

struktur konsep kimia dengan betul (Mei-Hung Chiu, 2005). Selain itu, pendekatan

dan cara pengajaran secara tradisional menimbulkan kebosanan terhadap pelajar.

Guru hanya berperanan sebagai penyampai maklumat satu hala tanpa melibatkan

pelajar menjadi aktif. Sungguhpun guru menggunakan strategi pengajaran yang

melibatkan pelajar aktif, namun penggunaan web dengan pelbagai elemen

multimedia dijangka dapat membantu guru menerangkan konsep-konsep kimia yang

abstrak. Ini seterusnya dapat meningkatkan kefahaman dan memperbaiki

miskonsepsi dalam minda pelajar. Oleh itu, pembelajaran berasaskan web dengan

menggunakan pendekatan inkuiri penemuan akan digunakan untuk mengatasi

masalah ini.

1.4 Objektif Projek

Objektif projek ini adalah untuk membangunkan laman web interaktif kimia

tingkatan 4 KBSM bagi tajuk asid dan bes dengan ciri berikut :-

i. Mengaplikasikan teori konstruktivisme dan pendekatan inkuiri

penemuan.

Page 27: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pembelajaran inkuiri asid dan bes kbsm melalui laman web

10

ii. Menerapkan elemen-elemen multimedia iaitu teks, grafik, audio,

video dan animasi.

1.5 Kepentingan Projek

Projek yang dihasilkan ini adalah untuk kepentingan semua lapisan

masyarakat amnya. Walaubagaimanapun, projek ini dibangunkan khas kepada

beberapa pihak yang terlibat secara langsung terhadap proses pengajaran dan

pembelajaran kimia tingkatan empat. Antara pihak yang terlibat adalah :-

1.5.1 Pelajar

Web ini merupakan sumber rujukan alternatif bagi para pelajar yang

mengambil subjek kimia khususnya pelajar tingkatan 4 dan 5. Ini kerana topik asid

dan bes merupakan topik yang terkandung dalam silibus kimia tingkatan empat.

Antara subtopik yang menjadi asas kepada pemahaman dan pembentukan konsep

bagi topik ini adalah ciri-ciri asid dan bes, fungsi air dalam menunjukkan sifat asid

bes, dan konsep kepekatan ion hidrogen dan ion hidroksida serta kaitannya dalam

menentukan nilai pH sesuatu bahan. Oleh itu, topik ini akan menjadi asas kepada

pembentukan konseptual dan kefahaman untuk topik berikutnya, iaitu topik garam.

Seterusnya, laman web ini menjadikan pelajar bebas memilih dan

menetapkan waktu mengikut kehendak masing-masing untuk belajar. Ini bermakna

pelajar bebas untuk belajar pada waktu yang dianggap sesuai bagi mereka. Pelajar

juga berpeluang meneroka dan membina pengetahuan dalam suasana pembelajaran

yang mengikut kemampuan sendiri. Di samping itu,warna yang ceria serta pelbagai

media yang digunakan seperti audio, video dan animasi akan meningkatkan motivasi

pelajar untuk mempelajari kandungan pelajaran.

Page 28: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pembelajaran inkuiri asid dan bes kbsm melalui laman web

11

1.5.2 Guru

Kepentingan projek ini juga adalah sebagai sumber alternatif kepada para

guru dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka. Penggunaan web ini dapat

membantu guru menyampaikan isi pengajaran dengan lebih berkesan dan pantas

berbanding pengajaran tradisonal yang mengambil masa yang agak lama dan sangat

membosankan. Selain itu, web ini juga boleh digunakan untuk mempelbagaikan alat

bantu mengajar dan seterusnya mengubah peranan guru di mana guru hanya

bertindak sebagai fasilitator dengan memantau pembelajaran pelajar menggunakan

web ini dan bukannya sebagai penyalur maklumat secara mutlak.

1.5.3 Masyarakat

Web ini boleh digunakan oleh masyarakat sebagai sumber rujukan untuk

mempelajari konsep asas asid dan bes. Tidak kira sesiapa sahaja, semua lapisan

masyarakat boleh menggunakan informasi dalam web ini untuk menambah

pengetahuan. Justeru, pembangun merasakan laman web ini dapat membantu

mereka yang bukan profesional dalam bidang sains atau sains tulen untuk mendalami

konsep kimia khususnya bagi tajuk asid dan bes.

1.5.4 Kementerian Pelajaran Malaysia

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kebiasaannya membuat perisian dalam

bentuk cakera padat (compact disc) yang dibekalkan kepada sekolah-sekolah sebagai

kaedah pengajaran berbantukan komputer. Namun, sebagai langkah alternatif

perisian berasaskan laman web ini dapat gunakan untuk mempelbagaikan lagi kaedah

pengajaran di sekolah-sekolah.

Page 29: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pembelajaran inkuiri asid dan bes kbsm melalui laman web

12

1.6 Batasan Projek

Perisian berasaskan web ini dibangunkan mengikut sukatan mata pelajaran

kimia tingkatan 4 Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang

disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran

Malaysia. Selanjutnya, teori pembelajaran yang diaplikasikan dalam laman web ini

adalah teori konstruktivisme. Dari aspek pendekatan pula, web ini menggunakan

pendekatan inkuiri penemuan untuk proses penyampaian maklumat kepada pelajar.

1.7 Rasional Projek

Rasionalnya, penulis membangunkan projek ini kerana terdapat banyak

masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran kimia. Perisian berasaskan web

ini di harap dapat membantu pelajar dalam meningkatkan lagi kefahaman terhadap

tajuk asid dan bes. Ini kerana, penggunaan web atas talian ini dapat bertindak

sebagai penghubung antara pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan guru yang

berlainan tempat dan pada kedudukan yang jauh. Selain itu, pembelajaran mengikut

teori konstruktivisme dengan menggunakan pendekatan inkuiri penemuan boleh

membantu pelajar mengaitkan isi pembelajaran dengan kehidupan seharian dan juga

dapat membantu pelajar dalam pembentukan konsep asid dan bes dengan betul.

1.8 Definisi dan Istilah

1.8.1 Kimia

Menurut kamus dewan (2005), kimia adalah ilmu sains asas yang berkaitan

dengan struktur, kelakuan, komposisi, dan sifat tindak balas yang berlaku antara

atom, ion, unsur, atau sebatian serta hukum-hukum yang menerangkan fenomena

kimia. Walaubagaimanapun dalam konteks kajian ini, kimia adalah mata pelajaran

Page 30: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pembelajaran inkuiri asid dan bes kbsm melalui laman web

13

yang diajar di sekolah menengah mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh

Pusat Perkembangan Kurikulum.

1.8.2 Inkuiri penemuan

Secara amnya, inkuiri bermaksud mencari dan menyiasat masalah atau fenomena

yang berlaku di sekeliling. Penemuan pula merupakan proses mental yang

mengasimilasikan konsep dan prinsip (Abu Hassan dan Meor Ibrahim, 2006). Dalam

konteks kajian ini, inkuiri penemuan adalah satu pendekatan yang digunakan dalam

proses pengajaran pembelajaran perisian ini.

1.8.3 Konstruktivisme

Konstruktivisme adalah satu teori pembelajaran yang dicetuskan oleh ramai

ahli psikologi antaranya Piaget,Vygotsky dan Gestalt. Mengikut teori ini,

pembelajaran berlaku melalui penerokaan dan pengubahsuaian maklumat yang

kompleks secara individu atau berkumpulan untuk membina pemahaman baru

tentang sesuatu konsep (Slavin, 2003). Teori pembelajaran ini akan diaplikasikan

oleh pembangun dalam perisian berasakan web ini.

1.8.4 Laman Web

Rangkaian sedunia WWW adalah sebahagian daripada internet dan

merupakan satu koleksi besar dokumen yang dikenali sebagai ‘halaman

web’(Crumlish, 1996). Laman web terdiri daripada pautan halaman web yang

mempunyai tema atau fokus yang serupa (Scheider et al., 2002). Menurut Alessi &

Trollip (2001), laman web juga ditakrifkan sebarang koleksi fail yang dilanggan

mengikut piawaian web dan boleh dicapai melalui internet. Laman web selalunya

Page 31: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pembelajaran inkuiri asid dan bes kbsm melalui laman web

14

boleh jadi terbuka kepada semua pengguna dan memberikan semua pengguna

mengakses namun laman web juga boleh jadi laman web sulit di mana ia

memerlukan pengguna memasukkan kata laluan untuk mengakses.

1.8.5 Internet

Internet merupakan jaringan global yang dihubungkan dengan beribu bahkan

jutaan jaringan komputer (local/wide area network) ajaran dan medan komputer

peribadi (stand alone) yang memungkinkan setiap komputer yang terhubung

dengannya boleh berhubung antara satu sama lain (Saharani et al., 2005).

1.8.6 Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Secara umumnya, pengajaran adalah satu sistem tindakan yang bertujuan

untuk menggerakkan pembelajara. Dimana pengajaran juga melibatkan penyusunan

dan manipulasi sesuatu keadaan dan terdapat rintangan atau halangan yang perlu di

atasi oleh individu. Pembelajaran pula adalah proses pelajar belajar untuk

mendapatkan sesuatu ilmu. Menurut Abu Hassan dan Meor Ibrahim (2006), proses

pengajaran dan pembelajaran adalah melibatkan guru dan pelajar berinteraksi secara

dua hala agar proses P&P dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

1.8.7 Miskonsepsi

Menurut Tamby Subahan (1999), miskonsepsi dan pengetahuan sedia ada para

pelajar diperoleh secara tidak langsung dalam kehidupan masing-masing. Kajian

yang telah dilakukan oleh Driver et al. (1985) menyatakan bahawa kanak-kanak yang

datang ke sekolah sememangnya mempunyai idea-idea intuitif. Idea-idea intuitif ini

mungkin bercanggah atau menyalahi penjelasan pengertian saintifik. Oleh itu,

Page 32: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pembelajaran inkuiri asid dan bes kbsm melalui laman web

15

konflik yang dibina berdasarkan idea-idea itiutif dengan pengalaman sebenar akan

membentuk miskonsepsi atau salah tanggapan.

1.9 Penutup

Secara keseluruhannya, pembangun dapat menyimpulkan bahawa

miskonsepsi dan kebosanan pelajar terhadap pendekatan yang digunakan dalam

pengajaran dan pembelajaran tradisional haruslah digantikan dengan pendekatan

alternatif untuk mengatasi masalah ini. Ini bermaksud pendekatan alternatif yang

dicadangkan adalah menggunakan teori pembelajaran konstruktivisme dengan

pendekatan inkuiri penemuan dalam perisian berasaskan web. Selain itu,

pengaplikasian penggunaan komputer khususnya web diharap dapat meningkatkan

kefahaman, memupuk minat serta mewujudkan persekitaran baru kepada pelajar.

Oleh itu, dalam bab berikutnya, pembangun akan menerangkan secara terperinci

tentang teori dan pendekatan yang digunakan dalam reka bentuk perisian berasaskan

web ini.