31
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA JENIS DAN BENTUK BINAAN AYAT DALAM PENULISAN RENCANA DARI SUDUT WACANA NURULHAYATI BINTI ZULFADINAMIS FBMK 2014 59

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/70080/1/FBMK 2014 59 - IR.pdf · 2019. 7. 4. · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk teks tanpa had, logo, iklan,

  • Upload
    others

  • View
    7

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/70080/1/FBMK 2014 59 - IR.pdf · 2019. 7. 4. · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk teks tanpa had, logo, iklan,

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

JENIS DAN BENTUK BINAAN AYAT DALAM PENULISAN RENCANA DARI SUDUT WACANA

NURULHAYATI BINTI ZULFADINAMIS

FBMK 2014 59

Page 2: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/70080/1/FBMK 2014 59 - IR.pdf · 2019. 7. 4. · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk teks tanpa had, logo, iklan,

© COPYRIG

HT UPM

JENIS DAN BENTUK BINAAN AYAT DALAM PENULISAN RENCANA

DARI SUDUT WACANA

Oleh

NURULHAYATI BINTI ZULFADINAMIS

Tesis yang dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia

sebagai memenuhi keperluan untuk Ijazah Master Sastera

Disember 2014

Page 3: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/70080/1/FBMK 2014 59 - IR.pdf · 2019. 7. 4. · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk teks tanpa had, logo, iklan,

© COPYRIG

HT UPM

HAK CIPTA

Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk teks tanpa had, logo, iklan, gambar

dan semua karya seni lain, adalah bahan hak cipta Universiti Putra Malaysia kecuali

dinyatakan sebaliknya, Penggunaan mana-mana bahan yang terkandung dalam tesis ini

dibenarkan untuk tujuan bukan komersil daripada pemegang hak cipta. Penggunaan komersil

bahan hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis terdahulu yang nyata daripada

Universiti Putra Malaysia,

Hak cipta © Universiti Putra Malaysia

Page 4: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/70080/1/FBMK 2014 59 - IR.pdf · 2019. 7. 4. · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk teks tanpa had, logo, iklan,

© COPYRIG

HT UPM

i

The thesis abstract put forth to the Senate of the Universiti Putra Malaysia

in fulfillment of the requirement for Masters Degree in Arts

TYPE AND FORM OF SENTENCE CONSTRUCTION IN

ARTICLE WRITING FROM THE POINT OF DISCOURSE

By:

NURULHAYATI BINTI ZULFADINAMIS

December 2014

Chairperson : Associate Professor Che Ibrahim Salleh, PhD

Faculty : Modern Language and Communication

The study objective is to identify the type and form of sentence construction in

newspaper articles of Kosmo and Harian Metro, elaborate on the form and structure

of the sentence construction, and analyse the cohesion and the coherence in terms of

the aspect of sentence construction based on the discourse approach, also the

Halliday’s Cohesion Theory as to know the relationship between the linguistic

element and the meaning of the article text. The study is done using the library

study and content analysis as the data collection techniques. The study findings are

analysed with the application of the systemic functional theory by Halliday and the

discourse approach. The form of the sentence construction in articles divides the

sentence construction into two elements, namely the functional slot and meaning by

adopting the construction form of Subject-Predicate-Object-Adjunct.

The study finds that there are four types of sentence constructions extracted from the

articles that have been identified, namely the complementary compound sentences of

bahawa with the conjuction kerana, compound sentences with the conjunction dan,

relative compound sentence yang and mixed compound sentences. Although

different in terms of the form of the sentences, every text shares some similarities in

terms of the integration and significance in the form of message delivery according

to the topics, as analysed by columnists of both Kosmo and Harian Metro. The form

of the sentence construction (S-P-O), (S-P-O-A), (P-S-O-Ket), is translated into the

writers’ effort in diversifying their article writing styles. This does not influence the

meaning and message delivered if the sentences happen to be cohesive, continuous

and connected. The outcome of the study also shows that there is a significant and

integrative sentential relationship in terms of the cohesiveness and the coherence of

thoughts in article texts as a commendable article writing discourse.

Page 5: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/70080/1/FBMK 2014 59 - IR.pdf · 2019. 7. 4. · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk teks tanpa had, logo, iklan,

© COPYRIG

HT UPM

ii

Abstrak tesis yang dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia

sebagai memenuhi keperluan untuk Ijazah Master Sastera

JENIS DAN BENTUK BINAAN AYAT DALAM PENULISAN RENCANA

DARI SUDUT WACANA

Oleh:

NURULHAYATI BINTI ZULFADINAMIS

Disember 2014

Pengerusi : Profesor Madya Che Ibrahim Salleh, PhD

Fakulti : Bahasa Moden dan Komunikasi

Objektif kajian ialah untuk mengenal pasti jenis dan bentuk binaan ayat dalam

rencana akhbar Kosmo dan Harian Metro, menghuraikan bentuk dan struktur binaan

ayat tersebut, dan menganalisis tetenunan (cohesion) dan keteraturan fikiran

(coherent) dari aspek binaan ayat berdasarkan pendekatan wacana serta Model

Tetenunan Halliday untuk mengetahui hubungan unsur linguistik tersebut dengan

makna teks rencana. Kajian dijalankan dengan menggunakan kaedah kepustakaan

dan analisis kandungan sebagai teknik pengumpulan data. Dapatan kajian dianalisis

dengan pengaplikasian teori fungsional sistemik oleh Halliday serta pendekatan

wacana. Bentuk binaan ayat dalam teks rencana merincikan binaan ayat kepada dua

unsur, iaitu gatra dan makna fungsional dengan mengambil bentuk binaan Subjek-

Predikat-Objek-Adjung.

Hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat empat jenis binaan ayat daripada rencana

yang telah dikenal pasti, iaitu ayat majmuk komplemen bahawa dengan kata hubung

ayat kerana, ayat majmuk dengan kata hubung dan, ayat majmuk pancangan relatif

yang dan ayat majmuk campuran. Walaupun berbeza dari segi bentuk ayat, setiap

teks tersebut memiliki persamaan dari segi kesepaduan dan kebermaknaan dalam

bentuk penyampaian mesej mengikut topik yang dikupas penulis rencana Kosmo dan

Harian Metro. Bentuk binaan ayat (S-P-O), (S-P-O-A), (P-S-O-Ket) merupakan

usaha penulis memvariasikan gaya penulisan rencana. Hal ini tidak mempengaruhi

makna dan penyampaian mesej sekiranya terdapat jalinan ayat yang

berkesinambungan, berangkai dan berjalinan. Hasil kajian ini juga memperlihatkan

adanya hubungan kebermaknaan dan kesepaduan ayat dari aspek tetenunan dan

keteraturan fikiran dalam teks rencana sebagai wacana penulisan rencana yang utuh.

Page 6: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/70080/1/FBMK 2014 59 - IR.pdf · 2019. 7. 4. · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk teks tanpa had, logo, iklan,

© COPYRIG

HT UPM

iii

PENGHARGAAN

Puji syukur penuh tawadduk ke hadrat Allah SWT Yang Maha Pemurah Lagi Amat

Mengasihi kerana dengan limpah kurnia-Nya, penulisan tesis berbentuk ilmiah ini

berjaya disiapkan.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada

Prof. Madya Dr. Che Ibrahim Haji Salleh selaku penyelia tesis atas tunjuk ajar dan

dorongan, Prof. Dr. Hashim Musa serta Prof. Madya Dr. Abdul Rashid Daeng

Melabek selaku ahli jawatankuasa atas tunjuk bimbingan dan komitmen yang

diberikan dalam mempermantap kajian ilmiah ini. Segala pengalaman yang diraih

bersama sepanjang menjadi penyelia dan ahli jawatankuasa menjadi bekalan

berharga pada masa hadapan.

Seterusnya rasa terima kasih tidak terhingga juga buat kedua-dua ibu bapa tercinta,

Zulfadinamis dan Nurhayati yang telah menjadi tulang belakang dan sentiasa

memberi dorongan serta kata semangat agar terus cekal dan tidak berputus asa

sepanjang menyiapkan kajian ilmiah ini. Buat adik beradik yang disayangi, Teta,

abang Harris, Teti, abang Fandi dan kesemua abang ipar dan kakak ipar, iaitu kak

Epi, kak Nia serta abang Andi dan abang Am; terima kasih atas doa anda semua.

Akhir sekali, ucapan terima kasih setulusnya buat rakan seperjuangan, Fifi yang

sedia membantu dari segi sokongan moral dan fizikal serta rakan-rakan Master

Sastera Bahasa Melayu beserta semua yang terlibat dalam proses penghasilan kajian

ilmiah ini. Wassalam.

Sekian, terima kasih.

NURULHAYATI BINTI ZULFADINAMIS

GS30252

Master Sastera Bahasa Melayu

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,

Universiti Putra Malaysia,

Serdang, Selangor Darul Ehsan.

Jun 2014.

Page 7: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/70080/1/FBMK 2014 59 - IR.pdf · 2019. 7. 4. · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk teks tanpa had, logo, iklan,

© COPYRIG

HT UPM

Page 8: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/70080/1/FBMK 2014 59 - IR.pdf · 2019. 7. 4. · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk teks tanpa had, logo, iklan,

© COPYRIG

HT UPM

v

Tesis ini telah dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia dan telah

diterima sebagai memenuhi syarat keperluan untuk ijazah Master Sastera. Ahli

Jawatankuasa Penyeliaan adalah seperti yang berikut:

Che Ibrahim Salleh, PhD

Profesor Madya

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Universiti Putra Malaysia

(Pengerusi)

Hashim Musa, PhD

Profesor

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Universiti Putra Malaysia

(Ahli) Abdul Rashid Daeng Melebek, PhD

Profesor Madya

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Universiti Putra Malaysia

(Ahli)

_______________________________

BUJANG BIN KIM HUAT, PhD

Profesor dan Dekan

Sekolah Pengajian Siswazah

Universiti Putra Malaysia

Tarikh:

Page 9: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/70080/1/FBMK 2014 59 - IR.pdf · 2019. 7. 4. · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk teks tanpa had, logo, iklan,

© COPYRIG

HT UPM

vi

Perakuan Pelajar Siswazah

Saya memperakui bahawa:

Tesis ini adalah hasil kerja saya yang asli ;

Setiap petikan, kutipan dan ilustrasi telah dinyatakan sumbernya dengan jelas ;

Tesis ini tidak pernah dimajukan sebelum ini, dan tidak dimajukan serentak dengan

ini untuk ijazah lain sama ada di Universiti Putra Malaysia atau institusi lain ;

Hak milik intelek dan hak cipta tesis ini adalah hak milik mutlak Universiti Putra

Malaysia (Penyelidikan) 2012 ;

Kebenaran bertulis daripada Penyelia dan Pejabat Timbalan Naib Canselor

(Penyelidikan dan Inovasi) hendaklah diperoleh sebelum tesis ini diterbitkan (dalam

bentuk bertulis, cetakan atau elektronik) termasuk buku, jurnal, modul, prosiding,

tulisan popular, kertas seminar, manuskrip, poster, laporan, nota kuliah, modul

pembelajaran, atau materal lain seperti yang dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah

Universiti Putra Malaysia (Penyelidikan) 2012 ;

Tiada plagiat atau pemalsuan/fabrikasi data dalam tesis ini, dan integriti ilmiah telah

dipatuhi mengikut Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Pengajian Siswazah)

2003 (Semakan 2012-2013) dan Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia Kaedah-

Kaedah Universiti Putra Malaysia (Penyelidikan) 2012. Tesis ini telah diimbaskan

dengan perisian pengesanan plagiat.

Tandangan : .......................................................... Tarikh : …………………

Nama dan No. Matrik : ………………………………………..

Page 10: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/70080/1/FBMK 2014 59 - IR.pdf · 2019. 7. 4. · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk teks tanpa had, logo, iklan,

© COPYRIG

HT UPM

vii

Perakuan Ahli Jawatankuasa Penyeliaan

Dengan ini, diperakukan bahawa:

Penyelidikan dan penulisan tesis ini adalah di bawah seliaan kami ;

Tanggungjawab penyeliaan sebagaimana yang nyata dalam Kaedah-Kaedah

Universiti Putra Malaysia (Pengajian Siswazah) 2003 (Semakan 2012-2013) telah

dipatuhi.

Tandangan : ________________ Tandangan : ________________

Pengerusi Pengerusi

Jawatankuasa Che Ibrahim Jawatankuasa Hashim Musa,

Penyeliaan Salleh, PhD Penyeliaan PhD

Tandatangan : _______________

Pengerusi

Jawatankuasa Abdul Rashid

Penyeliaan Daeng Melebek, PhD

Page 11: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/70080/1/FBMK 2014 59 - IR.pdf · 2019. 7. 4. · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk teks tanpa had, logo, iklan,

© COPYRIG

HT UPM

viii

ISI KANDUNGAN

Halaman

ABSTRACT i

ABSTRAK ii

PENGHARGAAN iii

PENGESAHAN iv

PERAKUAN vi

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xi

SENARAI LAMBANG DAN SINGKATAN xii

BAB

1 PENDAHULUAN

Latar Belakang Kajian 1

Pernyataan Masalah 5

Objektif Kajian 6

Kepentingan Kajian 6

Batasan Kajian 7

Definisi Operasional 7

2 SOROTAN LITERATUR Pengenalan 11

Kajian Wacana, Wacana Berita dan Kewartawanan Luar Negara 11

Kajian Wacana dan Wacana Berita Rencana Dalam Negara 14

Kajian Sintaksis dan Binaan Ayat 19

Perkaitan antara Kajian Terdahulu dengan Kajian ini 22

Kesimpulan 22

3 METODOLOGI

Pengenalan 23

Reka Bentuk Kajian 23

Kerangka Teori 23

Kerangka Konsepsi 24

Kaedah Kajian 27

Pengumpulan Data 27

Penganalisisan Data 27

Kesimpulan 28

Page 12: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/70080/1/FBMK 2014 59 - IR.pdf · 2019. 7. 4. · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk teks tanpa had, logo, iklan,

© COPYRIG

HT UPM

ix

4 DAPATAN DAN ANALISIS KAJIAN

Pengenalan 29

Bentuk Binaan Ayat dalam Teks Rencana 29

Bentuk Binaan Ayat berdasarkan Teori Sistemik Fungsional 30

Ayat Majmuk Komplemen Bahawa dengan Kata

Hubung Kerana 30

Ayat Majmuk dengan Kata Hubung Dan 32

Ayat Majmuk Pancangan Relatif Yang 35

Ayat Majmuk Campuran 37

Makna Wacana dalam Teks Remcana dari Sudut Tetenunan (Cohesion)

dan Keteraturan Fikiran (Coherent) 41

Tetenunan (Cohesion) 41

Keteraturan Fikiran (Coherent) 64

Kesimpulan 70

5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Pengenalan 72

Kesimpulan 72

Dapatan Kajian 73

Implikasi Kajian 75

Cadangan 77

BIBLIOGRAFI 78

LAMPIRAN

Lampiran A Petikan Rencana daripada Kosmo 84

Lampiran B Petikan Rencana daripada Harian Metro 102

BIODATA PELAJAR 119

SENARAI PENERBITAN

Page 13: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/70080/1/FBMK 2014 59 - IR.pdf · 2019. 7. 4. · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk teks tanpa had, logo, iklan,

© COPYRIG

HT UPM

x

SENARAI JADUAL

Jadual Halaman

1 Jenis Tautan dalam Model Pengajaran Unsur Tautan 16

2 Jenis Model Tautan Pindaan Sanat Md. Nasir 25

3 Penilaian Fungsi Ayat (1) berdasarkan Sistemik Fungsional 31

4 Penggandingan Klausa 1 33

5 Penilaian Fungsi Ayat (2) berdasarkan Sistemik Fungsional 34

6 Penggandingan Klausa 2 36

7 Penilaian Fungsi Ayat (3) berdasarkan Sistemik Fungsional 36

8 Penilaian Fungsi Ayat (4) berdasarkan Sistemik Fungsional 39

9 Senarai Konsep TPL1 42

10 Senarai Konsep TPL2 45

11 Senarai Konsep TPL3 46

12 Senarai Konsep TPL4 47

13 Senarai Konsep TPL5 49

14 Senarai Konsep TPL6 49

15 Senarai Konsep TKL1 51

16 Senarai Konsep TKL2 53

17 Senarai Konsep TKL3 55

18 Senarai Konsep TKL4 56

19 Senarai Konsep TPH1 58

20 Senarai Konsep TPH2 60

21 Senarai Konsep TPH3 61

22 Senarai Konsep TPH4 63

Page 14: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/70080/1/FBMK 2014 59 - IR.pdf · 2019. 7. 4. · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk teks tanpa had, logo, iklan,

© COPYRIG

HT UPM

xi

SENARAI RAJAH

Rajah Halaman

1 Kerangka Konsepsi 24

2 Pembentukan Ayat Majmuk Dan 33

3 Pembentukan Ayat Majmuk Pancangan Relatif 35

4 Pembentukan Ayat Majmuk Campuran 38

Page 15: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/70080/1/FBMK 2014 59 - IR.pdf · 2019. 7. 4. · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk teks tanpa had, logo, iklan,

© COPYRIG

HT UPM

xii

SENARAI LAMBANG DAN SINGKATAN

A Adjung

APEX Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan

C Cerita

HM Harian Metro

HHta Hikayat Hang Tuah, Kassim Ahmad (1975)

J Judul

Ket. Keterangan

KetL Keterangan Lengkapan

K.Hub. Kata Hubung

KM Kosmo

Lamp. Lampiran

O Objek

P Predikat

Pel Pelaku

Per Perbuatan

S Subjek

TKL Tetenunan Kolokasi

TKL1 Tetenunan Kolokasi Antoniman

TKL2 Tetenunan Kolokasi Kehiponiman

TKL3 Tetenunan Kolokasi Hasil

TKL4 Tetenunan Kolokasi Sifat

TPH Tetenunan Penghubung Ayat

TPH1 Tetenunan Penghubung Ayat Tambahan

TPH2 Tetenunan Penghubung Ayat Tentangan

TPH3 Tetenunan Penghubung Ayat Sebab-Musabab

TPH4 Tetenunan Penghubung Ayat Waktu

TPL Tetenunan Perulangan

TPL1 Tetenunan Perulangan Rujukan

TPL2 Tetenunan Perulangan Penggantian

TPL3 Tetenunan Perulangan Elipsis

TPL4 Tetenunan Perulangan Leksikal

TPL5 Tetenunan Perulangan Paralelisme

TPL6 Tetenunan Perulangan Struktur dan Makna Sama

USM Universiti Sains Malaysia

Lambang

[ ] Penanda Kata

+ Tambah

* Digugurkan

Page 16: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/70080/1/FBMK 2014 59 - IR.pdf · 2019. 7. 4. · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk teks tanpa had, logo, iklan,

© COPYRIG

HT UPM

1

BAB I

PENDAHULUAN

Latar Belakang Kajian

Sesuatu bahasa itu berkembang dan maju selaras dengan kemajuan yang dicapai oleh

masyarakat penuturnya. Bagi bahasa Melayu pula, perkembangan dan kemajuannya

selari dengan perkembangan dan kemajuan yang dimiliki masyarakat penutur yang

meliputi kepulauan nusantara. Bahasa Melayu pada tahap pramerdeka telah

menampilkan tokoh bahasa yang tidak kurang penting dalam usaha mereka

memajukan bahasa Melayu. Antara tokoh tersebut ialah Raja Ali Haji bin Raja

Ahmad (1809-1870) dan Za’ba (1895-1973).

Teori sesuatu bahasa ialah tatabahasa. Tatabahasa menjadi asas untuk penglahiran

bahasa yang sistematik dan berperaturan. Oleh itu, bahasa dapat dipraktikkan untuk

mewujudkan gaya dan laras bahasa yang pelbagai. Sejarah tatabahasa Melayu

bermula sejak 1403 apabila satu senarai Daftar Kata Cina-Melayu dijumpai (A.

Teeuw, 1961:12). Raja Ali Haji merupakan orang pertama yang menghuraikan

bahasa ibunda dengan menulis buku “Bustanul Katibin” yang telah diterbitkan di

Pulau Penyengat pada 1850. Manakala Za’ba pula telah mula menulis buku nahu

yang ulung, iaitu Pelita Bahasa Melayu pada 1940 dan diterbitkan bagi penggal 1

(1940, 1947, 1953, 1965), penggal 2 (1946, 1960) dan penggal 3 (1934, 1947, 1949,

1951, 1956, 1962, 1965). Buku tersebut telah diterbitkan kembali untuk edisi

terbaharu pada 2000.

Peraturan dalam berbahasa atau singkatannya, “tatabahasa” merupakan bidang

linguistik yang memperkatakan unsur dalam sistem bahasa, iaitu bermula dengan

fonem, morfem, kata, frasa klausa, ayat dan wacana. Dalam konteks pembentukan

ayat, sintaksis merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan frasa,

klausa dan ayat sehingga membentuk unit yang tertinggi, iaitu wacana. Nik Safiah

Karim (2010) mendefinisikan sintaksis sebagai bidang yang mengkaji hukum atau

rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan

serta kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.

Menurut Nik Safiah Karim dan lain-lain (2010), konstruksi atau binaan ayat yang

terdiri daripada dua unsur atau lebih terbentuk daripada beberapa unit kecil rangkai

kata yang dikenali sebagai konstituen. Pengetahuan tentang struktur unsur konstituen

dalam ayat dapat dikenal pasti melalui kebolehan penutur bahasa memenggal ayat

kepada bahagiannya. Contoh adalah seperti yang berikut:

Page 17: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/70080/1/FBMK 2014 59 - IR.pdf · 2019. 7. 4. · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk teks tanpa had, logo, iklan,

© COPYRIG

HT UPM

2

Subjek Predikat

Petani itu membajak sawahnya setiap hari.

Dalam bahasa Melayu, proses pembentukan ayat melibatkan bilangan kata dan ayat

yang tidak terbatas jumlahnya dan tiada had kemajmukannya. Walau bagaimanapun,

kesemua ayat yang terhasil itu berasal daripada satu ayat dasar, iaitu pola ayat yang

menjadi sumber kepada pembentukan atau terbitan semua ayat, seperti ayat panjang

atau pendek, ayat mudah atau ayat kompleks serta ayat yang berstruktur biasa atau

songsang. Kesemua ayat terbitan itu dapat dikembalikan kepada bentuk asal

berdasarkan salah satu daripada empat pola ayat dasar berikut:

Subjek Predikat

Pola 1 Frasa Nama Frasa Nama

(Ali guru)

Pola 2 Frasa Nama Frasa Kerja

(Adikku sedang tidur)

Pola 3 Frasa Nama Frasa Adjektif

(Pegawai itu amat rajin)

Pola 4 Frasa Nama` Frasa Sendi Nama

(Rumahnya di kampung Baru)

Asmah Hj. Omar (2010) menjelaskan bahawa struktur binaan ayat terbahagi kepada

unsur selapis dan unsur kompleks untuk menerangkan proses peluasan ayat, sama

ada bersifat pelapisan, penggabungan serentak atau pengiringan. Ayat yang terhasil

mengandung unsur perlakuan dari segi pembahagian terhadap Subjek-Predikat-

(Objek)-Ajung (S-P-O-A) dan Pelaku-Perbuatan Pelengkap, seperti contoh berikut:

Subjek-Predikat-Objek-Ajung

i. Dia membeli baju.

S P OL

ii. Ali membawa anaknya ke sekolah

S P O A

Pelaku-Perbuatan-Objek

Mereka memugar bukit itu.

Pelaku Perbuatan Objek

(Subjek) (Predikat) (Pelengkap)

Dalam mengaitkan hubungan antara binaan ayat dengan makna, Asmah Hj. Omar

(2009b) telah membahagikan wacana dalam binaan ayat kepada beberapa unsur, iaitu

Konstruksi Hipotaksis, Konstruksi Parataksis, Gabungan Parataksis dan Hipotaksis

Page 18: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/70080/1/FBMK 2014 59 - IR.pdf · 2019. 7. 4. · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk teks tanpa had, logo, iklan,

© COPYRIG

HT UPM

3

serta Konstruksi Kewujudan Luar Peribadi. Kesemua kaedah tersebut digunakan

dalam penulisan ilmiah dan menggunakan bahasa saintifik yang menghubungkan

unsur bahasa pada peringkat kata, frasa, klausa sehingga membentuk satu teks yang

lengkap dan bermakna.

Wacana sebagai bidang kajian mula dijalankan terhadap teks Veda dalam konteks

keagamaan (Dede Oetomo, 1993:6). Menurut Robins (1967), Zaman Veda

merupakan pencetus linguistik di India kerana terdapat keperluan untuk mengekalkan

sifat keagamaan dan ritual tertentu dalam teks tersebut. Kajian wacana moden

bermula pada dekad 1960-an oleh Van Dijk (1985) yang mengemukakan wacana

sistematik, deskriptif dan strukturalis. Pada dekad 1970-an pula, kajian wacana mula

rancak dijalankan oleh Dressler (1972), Petofi (1971), Schmidt (1973), Grimes

(1975), Halliday dan Ruqaiya Hassan (1976) dan Pike (1977) berdasarkan analisis

wacana sistematik merentasi pelbagai disiplin.

Dalam memperkatakan ketaksaan ayat, wacana boleh membawa maksud pewujudan

makna melalui bahasa. Wacana juga merupakan satu bentuk penghasilan fikiran,

sama ada melalui teks linear atau bukan linear. Berikut ialah definisi wacana menurut

pandangan Gunther Kress:

Wacana: Kata ini digunakan dalam dua deria berbeza yang saling

berhubung. Yang satunya merujuk makna “kelanjutan regangan bahasa” dan

yang satunya pula ialah berdasarkan fungsi kandungan organisasi sosial .

(Cobley, 2001:183)

Dengan kata lain, wacana wujud sebagai satu teks yang terdiri daripada beberapa

ayat; yakni dinamakan sebagai kelanjutan regangan bahasa (extended stretch of

language). Ayat yang terbentuk daripada beberapa konstituen yang mewujudkan

tautan (cohesion) dan keteraturan fikiran (coherent) akan membentuk satu bentuk

pernyataan lengkap dan mempunyai makna tersendiri. Secara ringkas, pengertian

umum tentang wacana merujuk kepada penyampaian melalui teks linear dan bukan

linear yang di dalamnya mengandung makna.

Dalam kajian sintaksis, hubungan antara wacana dengan teks menjurus kepada laras

bahasa yang membezakan setiap latar penulisan. Cara penggunaan bahasa juga

berkait rapat dengan hasil penulisan teks yang terdiri daripada pelbagai genre.

Dengan makna lain, teks rencana sebagai alat kajian ini merupakan satu proses

pemilihan makna yang berterusan di samping mengalami perubahan makna berciri

fungsional. Oleh itu, kesemua unsur sintaksis terjalin melalui binaan frasa dan klausa

sekali gus menjelmakan keberkesanan, kepaduan, kenalaran dan ketaksaan makna

dalam sebuah ayat berbentuk wacana.

Page 19: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/70080/1/FBMK 2014 59 - IR.pdf · 2019. 7. 4. · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk teks tanpa had, logo, iklan,

© COPYRIG

HT UPM

4

Penulisan berita dan rencana menurut Rogers (2003) berkaitan dengan sejarah awal

media cetak yang bermula melalui usaha pengumpulan data dan maklumat yang

dijalankan oleh orang Sumeria pada tahun 4,000 sebelum masihi dengan cara

menulis di atas papan batu. Masyarakat pada waktu itu mengalami masalah

ketandusan maklumat dan pengetahuan tentang keadaan sekeliling mereka. Hal ini

mula mengalami perubahan apabila Guttenberg yang mencipta mesin cetak taip cerai

jenis logam pada 1456 telah membawa kepada aktiviti penerbitan dan pengedaran

buku secara meluas. “The New York Sun” merupakan akhbar pertama yang

diterbitkan pada 1834 telah memperkenalkan istilah The Penny Press kepada

khalayak ketika itu.

Dunia persuratkhabaran mula diperkenalkan British di Malaysia melalui penerbitan

akhbar dalam bahasa Inggeris pada 1806 (Noor Bathi Badarudin, 2002). Dunia

moden persuratkhabaran di Malaysia bermula pada 1980-an dari aspek fizikal, dasar

penerbitan dan persaingan antara akhbar utama, seperti Utusan Malaysia dan Berita

Harian. Sekitar tahun 1990-an, kemunculan akhbar kontemporeri di bawah naungan

Berita Harian Sdn. Bhd, iaitu Harian Metro mula mendapat perhatian pelbagai

lapisan masyarakat. Akhbar berbentuk tabloid ini mula dilancarkan pada 25 Mac

1991. Selain Harian Metro, kumpulan Utusan telah mengambil inisiatif yang sama

dengan menerbitkan akhbar bersaiz kompak, iaitu Kosmo.

Penulisan rencana merupakan karangan yang mengandungi maklumat, ulasan,

huraian atau penceritaan sesuatu perkara yang biasanya berdasarkan fakta dan

perkara sebenar. Rencana merangkumi rencana akhbar, rencana majalah dan rencana

radio. Fakta yang dikemukakan biasanya berdasarkan penyelidikan, tinjauan dan

rujukan yang dilakukan penulis. Penulisan rencana boleh dibahagikan kepada tiga

jenis, iaitu rencana bentuk ilmiah, rencana bentuk separa ilmiah dan rencana bentuk

isi popular. Rencana bentuk ilmiah biasanya ditulis oleh penulis yang pakar dalam

sesuatu bidang. Pendapat yang dikemukakan biasanya berdasarkan penyelidikan

sendiri atau orang lain. Setiap fakta, huraian, ulasan serta pendapat mestilah ada

dasarnya sekiranya rencana itu tidak berdasarkan penyelidikan sendiri.

Selain itu, rencana bentuk separa ilmiah pula tidak memerlukan kajian dan rujukan

yang mendalam. Walau bagaimanapun, penulisan rencana bentuk ini mengandung

data, jadual, rajah, peta dan sebagainya yang memerlukan maklumat tepat untuk

pembaca. Rencana separa ilmiah sering ditulis oleh wartawan akhbar harian dan

majalah. Penulisan bentuk ini tidak perlu disertakan bibliografi. Seterusnya ialah

rencana bentuk popular. Isi yang diketengahkan oleh rencana bentuk popular

biasanya tidaklah berat. Rencana bentuk ini sering mengetengahkan isu semasa dan

menjadi bahan santapan rohani pembaca.

Menurut Sulaiman Masri, berita terdiri daripada fakta tentang peristiwa atau kejadian

yang terjadi, yang baru, yang luar biasa sifatnya, yang ingin diketahui umum.

Walaupun, rencana juga penulisan yang berkaitan dengan ketepatan fakta tetapi

isinya lebih padat dan rinci.

Page 20: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/70080/1/FBMK 2014 59 - IR.pdf · 2019. 7. 4. · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk teks tanpa had, logo, iklan,

© COPYRIG

HT UPM

5

“Semua berita mesti tepat. Yakni, suatu berita mesti berisi fakta betul.”

(Sulaiman Masri, 1990:20)

Selain itu, beliau menjelaskan bahawa bidang penulisan ialah sesuatu kerja yang

memerlukan penulis menyusun perkataan baris demi baris di atas kertas. Setiap

perkataan yang menghasilkan satu atau beberapa makna bergantung pada keperihalan

penggunaan (fungsi). Bush (1965) mendefinisikan berita sebagai informasi yang

“merangsang” seseorang kerana dengan informasi itu pembaca dapat merasa puas

dan menikmati keseronokkannya. Sementara Charnley sendiri menyebut bahawa

berita ialah laporan tentang fakta dan pendapat orang yang terikat dengan waktu,

yang menarik atau penting bagi sejumlah orang tertentu.

Pernyataan Masalah

Kajian ini akan menjelaskan secara terperinci bentuk binaan ayat dan makna yang

terkandung dalam teks rencana dari sudut pandang sistemik fungsional dan wacana.

Untuk membentuk sebuah penulisan yang berkesan, adanya susunan rangkai kata di

dalam ayat yang dikenali sebagai binaan ayat. Lazimnya, binaan ayat boleh terdiri

daripada satu perkataan, sama ada dalam kelompok perkataan yang lebih besar atau

mempunyai tetenunan (cohesion) dan keteraturan fikiran (coherent) merupakan ciri

yang menandai wacana. Dalam hal in, binaan ayat teks rencana yang mengikut

kriteria sistemik fungsional akan dikenal pasti menerusi kejelasan makna yang

terhasil. Jika hal ini sebaliknya, maka timbul potensi berlakunya kekangan

komunikasi dalam penyampaian maklumat terhadap pembaca.

Selain mengenal pasti kehadiran unsur tetenunan (cohesion) dan keteraturan fikiran

(coherent) sebagai kelangsungan wacana dalam penulisan, pengkaji juga akan

menghuraikan permasalahan makna dari aspek ketaksaan dan kekaburan, khususnya

dari sudut wacana dalam teks rencana dengan menggunakan pendekatan yang

relevan dengan permasalahan kajian. Persoalan sama ada penulisan rencana yang

berunsur wacana mengandung kesinambungan di antara ciri gramatika dengan

kebermaknaan ayat ataupun sebaliknya secara tidak langsung menjadi polemik yang

akan diperjelas dengan lebih lanjut dalam kajian ini.

Ketepatan dan kejelasan maklumat memerlukan peranan dan kemahiran bahasa

penulis rencana dalam menyampaikan topik perbincangan. Kekeliruan pembaca

bukan sahaja terhadap kesalahan tanda baca, malah kehadiran idea utama yang tidak

berkesinambungan dengan idea sampingan menyukarkan pembaca memahami

objektif keseluruhan dan tujuan sebenar penulis mengupas topik tersebut dalam

bentuk penulisan. Hal ini menjelaskan bahawa teks mengalami ketaksaan makna

sekaligus mengekang maklumat dan mesej sampai kepada pembaca. Oleh itu, tahap

penguasaan dan pengetahuan penulis terhadap topik perbincangan atau kurangnya

pengetahuan tentang cara penyampaian idea dalam bentuk penulisan mungkin

menjadi faktor kepada penghasilan makalah yang kurang berkualiti.

Page 21: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/70080/1/FBMK 2014 59 - IR.pdf · 2019. 7. 4. · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk teks tanpa had, logo, iklan,

© COPYRIG

HT UPM

6

Sehubungan itu, persoalan tentang tahap penguasaan bidang, pengalaman dan

pandangan peribadi penulis serta pembaca terhadap topik atau idea utama penulisan

mungkin sahaja menjadi faktor sampingan kepada proses penyaluran maklumat

berterusan dalam bentuk penulisan. Walau bagaimanapun, penulis yang berkualiti

juga perlu menguasai kemahiran bahasa agar hasil penulisan mereka memenuhi

kriteria keberkesanan ayat dari segi kesepaduan, kesinambungan idea dan

kebermaknaan ayat. Oleh yang demikian, bentuk ayat yang digunakan oleh penulis

akan diteliti dan dibincangkan dengan mendalam oleh sebab kurangnya pendedahan

tentang perkara ini dalam kajian penyelidikan berbahasa Melayu.

Secara ringkasnya, wacana mencakupi aspek binaan ayat yang tidak dilihat pada

perkataan melainkan unit bahasa, seperti frasa dan klausa. Kedua-dua unit tersebut

dianggap sempurna dengan adanya wacana tetenunan (cohesion) dan keteraturan

fikiran (coherent) mewarnai gaya penulisan berita rencana. Oleh itu, peranan penulis

rencana sangat penting dalam menghasilkan sebuah karya bukan sahaja melalui gaya

penyampaian bervariasi serta pengetahuan ilmu bahasa yang mendalam malah aspek

kejelasan makna dalam penyampaian idea menjadi kunci utama penghasilan karya

berkualiti.

Objektif Kajian

Kajian ini merincikan objektif kepada tiga, iaitu untuk:

i. Mengenal pasti bentuk binaan ayat dalam teks rencana

ii. Menganalisis bentuk binaan ayat dengan dengan menggunakan teori sistemik-

fungsional oleh Halliday.

iii. Menghuraikan makna yang terkandung dalam teks rencana dengan

memfokuskan tetenunan (cohesion) dan keteraturan fikiran (coherent) oleh

Halliday.

Kepentingan Kajian

Kajian tentang sintaksis bahasa Melayu telah dilakukan oleh para pengkaji tempatan,

iaitu Arbak Haji Othman (1981), Azhar Simin (1983), Hashim Haji Musa (1993),

Asmah Haji Omar (1993), Nik Safiah Karim (1995) dan Abdullah Hassan (2006).

Begitu juga dengan kajian tentang analisis binaan ayat berbentuk wacana, para

pengkaji barat mendominasi kajian terdahulu dengan mempelopori pelbagai

pendekatan wacana, seperti Harris (1952), Hymes (1972), Grice (1975), Sinclair

(1975), Becker (1976) dan ramai lagi. Di Malaysia, kajian wacana berita dan

kewartawanan dijalankan oleh Sanat Md. Nasir (2002) dan Nor Azuwan Yaakob

(2008).

Kajian ini bertujuan untuk meneliti binaan ayat dalam penulisan rencana yang

membawa kepada unsur tetenunan (cohesion) dan keteraturan fikiran (coherent). Hal

ini penting kerana wacana merupakan pendekatan utama dalam merealisasikan

bahasa tulisan yang lengkap dari aspek frasa, klausa dan ayat. Kajian ini penting

untuk mengetahui bentuk binaan ayat yang sering digunakan dalalm penulisan

Page 22: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/70080/1/FBMK 2014 59 - IR.pdf · 2019. 7. 4. · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk teks tanpa had, logo, iklan,

© COPYRIG

HT UPM

7

rencana. Binaan atau struktur ayat yang utuh dari sudut kewacanaan dan binaan

ayatnya memudahkan penyaluran mesej sampai kepada pembaca.

Dalam pada itu, kajian tentang makna dalam teks rencana masih jarang dijalankan

oleh para pengkaji tempatan sedangkan bidang penulisan berita bukan satu bidang

asing di negara ini. Secara umum, walaupun majalah pertama, iaitu Bustan Arifin

telah diterbitkan pada 1821 dan diikuti oleh surat khabar Melayu pertama, iaitu Jawi

Peranakan (1876), namun terdapat segelintir sahaja pengkaji tempatan yang

menjalankan kajian tentang akhbar Melayu, iaitu Mohd Taib (1958), Ahmat Adam

(1994) dan Sanat Md Nasir (1996). Hal ini disebabkan bidang penulisan rencana

berbentuk sosial misalnya, padat dengan peristiwa yang benar-benar berlaku dalam

realiti sebenar dan dekat dengan citra kemasyarakatan.

Selain itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk memperbanyak sumber rujukan

berkaitan linguistik sintaksis bahasa Melayu dalam teks rencana. Hal ini kerana

bahan rujukan, seperti buku tesis, jurnal dan majalah bukan sahaja menjadi satu alat

pemberi informasi bahkan bahan bacaan sebegitu menjadi panduan kepada ahli

akademik termasuklah para mahasiswa dan para pengkaji bahasa mengenali laras

berita dengan lebih mendalam. Bagi pengkaji sendiri, bidang ini menjadi kayu

pengukur tahap pengetahuan pengkaji tentang klausa dan frasa dalam bidang

sintaksis bahasa Melayu digunakan sepenuhnya dalam bidang penulisan rencana.

Batasan Kajian

Kajian “Jenis Dan Bentuk Binaan Ayat Dalam Penulisan Rencana Dari Sudut

Wacana” memfokuskan pembinaan dan penyusunan kata dalam sesebuah ayat.

Kajian bertumpu kepada aspek binaan ayat dalam teks rencana yang mengandung

unsur makna di dalam wacana. Sebanyak 20 buah artikel berita rencana dari akhbar

Harian Metro (HM) dan Kosmo (KM) yang telah dikenal pasti bentuk binaan ayat

dan unsur wacana. Hal ini bertujuan untuk mengkaji sama ada teks yang dipilih

membawa unsur wacana yang dapat mengungkapkan makna mengikut konteks

rencana.

Definisi Operasional

Secara amnya, kajian ini mengaitkan beberapa unsur linguistik untuk memenuhi

keperluan objektif yang ingin dicapai pada akhir kajian nanti. Antara unsur tersebut

meliputi unsur sintaksis, binaan ayat dan wacana sebagai elemen linguistik. Selain itu,

rencana akhbar sebagai bahan kajian juga memainkan peranan penting dalam

bahagian penganalisisan korpus data.

Bentuk dan Makna dalam Binaan Ayat

Sintaksis merupakan pengetahuan atau cabang ilmu linguistik, peraturan dan

sebagainya tentang susunan kata dalam ayat. Sintaksis menjadi instrumen gramatikal

yang menghubungkan kata dengan kata sebagai satuan yang terbesar dalam

Page 23: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/70080/1/FBMK 2014 59 - IR.pdf · 2019. 7. 4. · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk teks tanpa had, logo, iklan,

© COPYRIG

HT UPM

8

tatatingkat berbahasa. Dalam hal ini, sintaksis merupakan kajian tatabahasa yang

lebih kompleks dengan merangkumi struktur binaan dan unsur pembentuk ayat.

Nik Safiah Karim (2010) berpendapat bahawa bidang ilmu bahasa yang mengkaji

proses pembinaan ayat dikenali sebagai ilmu sintaksis. Selain itu, sintaksis juga ialah

bidang yang mengkaji hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah

penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk

membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Abdullah Hassan dan rakan-rakan (2006)

mendefinisikan sintaksis sebagai cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur,

dan binaan atau konstruksi ayat, termasuk proses pembinaan ayat dan hukum-hukum

yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Menurut Ahmad

Mahmood Musanif pula (2011), bidang sintaksis mengkaji ayat, unsur yang terdapat

di dalamnya dan jenisnya serta bentuk dan ragamnya.

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa proses yang berlaku dalam membina dan

merangka susunan rangkai kata menjadi satu ayat dengan melalui pelbagai kaedah

mengikut peraturan dalam sesuatu bahasa itu secara amnya amat sinonim dengan

bidang sintaksis. Sebagai satu cabang ilmu linguistik, sintaksis merupakan bidang

yang mengalami proses berterusan selaras dengan naik taraf terhadap nilai sosial dan

nilai ekonomi sesebuah bahasa itu.

Wacana Binaan Ayat

Dalam memberi perihal unsur binaan ayat dan wacana, aspek tersebut merupakan

akan menjadi fokus kajian yang dijalankan. Dalam hal ini, kajian penulisan sama ada

penulisan rencana ilmiah atau bukan ilmiah melibatkan unsur ayat yang mengandung

frasa, klausa dan kata yang membentuk satu wacana bermakna. Binaan ayat dalam

penulisan rencana memiliki struktur subjek-predikat atau predikat- subjek yang

lengkap dan bermakna. Unsur wacana dalam kajian ini merupakan satu penelitian

yang bertumpu kepada makna yang terkandung dalam binaan ayat teks rencana. Bagi

menjelaskan perihal wacana, umumnya wacana merupakan keseluruhan tutur yang

merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan dan percakapan yang berketaksaan

jelas.

Gunther Kress (2001) mendefinisikan wacana sebagai “the word is used in two

distinct though connected senses. One points to a meaning such as ‘extended stretch

of language’; the other points to a social organization of contents in use.” Lakoff

(1971) pula mengatakan bahawa wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat.

Oleh itu, secara ringkas dapat dijelaskan bahawa pengertian umum tentang wacana

merujuk kepada penyampaian melalui teks linear dan bukan linear yang di dalamnya

mengandung makna.

Page 24: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/70080/1/FBMK 2014 59 - IR.pdf · 2019. 7. 4. · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk teks tanpa had, logo, iklan,

© COPYRIG

HT UPM

9

Ayat

Dari segi tatatingkat berbahasa, ayat berada di kedudukan yang paling tinggi. Ayat

yang lengkap memiliki bentuk dan strukur yang menepati ciri tatabahasa. Ayat dalam

penulisan rencana bukan sahaja terdiri daripada beberapa rangkai kata, malah dengan

hanya dua kata sahaja memadai asalkan lengkap dan bermakna. Penggunaan ayat

dalam penulisan rencana mengandung bahasa formal yang lebih padat dan lengkap

berbanding dengan penulisan berita. Ayat yang digunakan bersifat deskriptif huraian

dan memerlukan penjelasan lengkap tentang sesebuah topik.

Dalam pada itu, pengertian umum secara ringkas menjelaskan bahawa ayat

merupakan satu perkataan atau lebih kerap lagi, serangkai perkataan yang merupakan

kesatuan yang membawa sesuatu maksud. Za’ba (2006) menjelaskan bahawa ayat

terdiri daripada serangkaian kata bermula daripada pangkal sehingga ke hujung ayat

yang difahami oleh pembaca. Hal ini kerana ayat tersebut telah sempurna maksudnya.

Asmah Haji Omar (2009) mendefinisikan ayat sebagai unit yang paling tinggi dalam

skala tatatingkat nahu. Ayat terdiri daripada klausa yang disertai oleh intonasi ayat

yang lengkap, yakni yang dimulai dengan kesenyapan dan diakhiri dengan

kesenyapan. Menurut beliau lagi, ayat merupakan hubungan rantaian antara unit-unit

yang letaknya pada garis latar atau garis waktu.

Nik Safiah Karim (2010) menjelaskan bahawa ayat ialah unit pengucapan yang

paling tinggi dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.

Binaan ayat pula ialah susunan dan kedudukan kata-kata dalam ayat, iaitu rangkai

kata. Nik Safiah Karim dan rakan-rakan menyatakan bahawa binaan ayat terdiri dari

dua unsur atau lebih terbentuk daripada beberapa unit kecil rangkai kata yang

dikenali sebagai konstituen.

Rencana dan berita

Penulisan rencana dan berita merupakan esei yang mengandung maklumat, huraian

hujahan, ulasan atau penceritaan sesuatu topik berdasarkan fakta sebenar. Fakta

berkaitan topik diperoleh dari pelbagai sumber termasuklah melalui tinjauan, rujukan

dan wawancara. Berdasarkan kajian ini, rencana yang dipilih mengikut

pengkhususan, seperti rencana sains dan teknologi, rencana keagamaan, rencana

sosial, rencana ekonomi dan rencana politik.

Sulaiman Masri (1990) menerangkan bahawa berita rencana ialah tulisan yang terdiri

daripada fakta mengenai peristiwa atau kejadian yang terjadi, yang baru, yang luar

biasa sifatnya dan yang ingin diketahui umum. Mohd Sidin Ahmad Ishak (1996)

menjelaskan bahawa rencana merupakan gubahan penulisan yang memberi tumpuan

kepada topik khusus. Bush (1965) pula mendefinisikan berita sebagai informasi

bertulis yang “merangsang” seseorang kerana dengan informasi itu orang biasa dapat

merasa puas dan menikmati keseronokannya.

Page 25: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/70080/1/FBMK 2014 59 - IR.pdf · 2019. 7. 4. · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk teks tanpa had, logo, iklan,

© COPYRIG

HT UPM

10

Charnley (1996) menjelaskan bahawa penulisan berita tentang fakta atau pendapat

orang yang terikat oleh waktu, yang menarik atau penting bagi sejumlah orang

tertentu. Safiah Hussain et.al (1988) pula mendefinisikan rencana sebagai esei

pendek yang disiarkan di dalam akhbar dan majalah.

Sebagai penulis, rencana atau berita yang menjadi topik perbahasan diperoleh dari

mekanisme yang sama, iaitu melalui kesahihan fakta dan kebenaran sumber. Secara

ringkasnya, penceritaan tentang peristiwa semasa melalui media cetak yang berkaitan

bidang sosial dan kemasyarakatan, ekonomi dan kewangan, serta organisasi politik di

dalam dan di luar negara memerlukan kepakaran penulis untuk menyampaikan topik

perbahasan agar bentuk penulisan tidak lari dari citra penulisan yang bertaut,

beruntutan di samping mengandung ketaksaan makna.

Page 26: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/70080/1/FBMK 2014 59 - IR.pdf · 2019. 7. 4. · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk teks tanpa had, logo, iklan,

© COPYRIG

HT UPM

78

BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan et al. 2006. Sintaksis- Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

Melayu. Kuala Lumpur: PTS Professional.

Abdul Jalil Othman. 2000. Analisis Tautan Ayat dari Segi Kohesi Nahuan dan

Leksikal dalam Penulisan Karangan . Jurnal Dewan Bahasa, hlm. 826

848. jilid 44. bil. 8.Ogos.

Ahmad Mahmood Musanif. 2011. Semantik Bahasa Melayu. Serdang: Pusat

Pendidikan Luar, Universiti Putra Malaysia.

Ahmat Adam. 1994. Sejarah dan Bibliografi Akhbar dan Majalah Melayu Abad

Kesembilan Belas. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

A. M. Dewabrata. 2004. Kalimat Jurnalistik: Panduan Mencermati Penulisan Berita.

Jakarta: Penerbit Buku Kompas.

Anderson J.S. 1981. The Rhetorical Theory and Practice of Walter Lippmann:

Advocacy Journalism as Rhetorical Discourse. Tesis Doktor Falsafah,

University of Winconsin-Madison.

Arbak Hj. Othman. 1981. Tatabahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Sarjana

Enterprise.

Arikunto, Suharsimin. 2002. Prosedur Penelitian Satu Pendekatan Praktek.

Jakarta: PT. Rineka Cipta.

Asmah Hj. Omar. 1968. World Classes in Malay. Bloomington, Indiana

Anthropology Dept, Indiana University.

Asmah Hj. Omar. 1980. Analisa Wacana. Jurnal Dewan Bahasa 11-25 dan 24:4 9

25.

Asmah Hj Omar. 2009. Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Asmah Hj. Omar. 2009. Nahu Kemas Kini: Panduan Bahasa yang Baik dan Betul.

Kuala Lumpur: PTS Professional.

Asmah Hj. Omar. 2009. Panduan Wacana Akademik Teori dan Penerapan.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Hj Omar. 2010. Kajian dan Perkembangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Hj. Omar. 2011. Teori dan Kaedah Nahu: Sejarah Pertumbuhan Aliran

Pemikiran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 27: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/70080/1/FBMK 2014 59 - IR.pdf · 2019. 7. 4. · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk teks tanpa had, logo, iklan,

© COPYRIG

HT UPM

79

Azhar Simin. 1983. Seni Karya Nahu Melayu Kini . Jurnal Dewan Bahasa 664-687.

Azhar Simin. 1993. Sintaksis-Wacana “Yang” dalam Bahasa Melayu. Kuala

Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.

Bhatia, V.K. 1993. Analysing Genre: Language Use in Professional Settings.

London;New York: Longman Press.

Bell, A. 1991. The Language of News Media. Oxford: Blackwell Publisher.

Bell, A dan Garret, P. 2000. Approaches to Media Discourse. Oxford: Blackwell

Publisher.

Becker, A.L. 1976. A Tagmemic Approach to Paragraph Analysis. dari L.G.

Richards.. Rhetoric and Composition a Source-Book for Teachers. New

York: Hayden Book Company.

Beaugrande, de.R. 1981. Text, Discourse and Process Towards a Multidisciplinary

of Texts. London: Longman.

Bush, C. R. 1965. Newswriting and Reporting Public Affairs. New York: Chilton

Book Company.

Charnley, M. 1996. Reporting. Toronto: Holt, Rinehart & Winston.

Cobley, P. 2001. The Routledge Companion to Semiotics and Linguistics. London:

Routledge.

Dede Oetomo. 1993. Penglahiran dan Perkembangan Analisis Wacana. dari

Bambang Kaswanti Purwo (ed). PELBA 6. Jakarta: Lembaga Bahasa

Unika Atma Jaya 3-20.

Derewianka, B. 1990. Exploring How Text Works, Primary English Teaching

Association. Maryborough, Victoria: Australian Print Group.

Faridah Noor Mohd. Noor. 2000. Persuasion in Thesis Writing. Tesis Doktor

Falsafah, Universiti Malaya.

Fairclough, N. 1993. Critical Discourse Analysis and the Marketization of Public

Discourse: the Universities. Discourse and Society 2.

Fishman, Joshua A. dan Greenfield, L. 1970. Situational Measures of Normative

Language View in a Relation to Persons, Place, and Topic among Puerto

Rican Bilinguals. Anthropos 65.

Fowler, Roger et al. 1979. Language and Control. London: Routledge and Kegan

Paul.

Gorys Keraf. 1984. Sebuah Pengantar Kemahiran Bahasa. Komposisi VII : 62.

Page 28: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/70080/1/FBMK 2014 59 - IR.pdf · 2019. 7. 4. · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk teks tanpa had, logo, iklan,

© COPYRIG

HT UPM

80

Grice, H.P. 1975. Logic and Conversation, dari. P. Cole A.J. Morgan (ed). Syntax

and Semantics Vol. 3 Speech Acts. New York: Academic Press.

Halliday, M.A.K. 1976. Cohesion in English. London: Longman.

Halliday, M.A.K. 1985. An Introduction to Functional Grammar. London: Edward

Arnold.

Hany Uswatun Nisa. 2011. Kohesi dan Koherensi Antarkalimat dalam Wacana

Berita di Majalah Panjebar Semangat. Tesis Sarjana, Universiti Negeri

Semarang.

Harris, Z. 1952. Discourse Analysis. Language. 28: 1-30.

Hashim Musa. 1993. Binaan dan Fungsi Perkataan dalam Bahasa Melayu: Satu

Huraian dari Sudut Tatabahasa Generatif . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Hasuria Che Omar. 2011. Analisis Wacana Kritis dalam Program Televisyen Raja

Lawak dan Implikasinya terhadap Psikososial Audiens di Malaysia.

Jurnal Bahasa 61-86.

Hymes, D. 1972. Models of the Interaction of Language and Social Life. dari J.J.

Gumperz dan D. Hymes (ed). Directions in Sociolinguistics. New York: Holt

Reinhart dan Winston. Inc.

Idris Aman. 2001. Wacana dan Kepimpinan: Analisis Perutusan Perdana Menteri

Mahathir Mohamad. Tesis Doktor Falsafah, Universiti Malaya.

Junaiyah H. M, E. Zaenal Arifin. 2010. Keutuhan Wacana. Jakarta: PT. Grasindo.

Kassim Ahmad. 1975. Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Kaplan, R. 1990. Concluding Essay: On Applied Linguistics and Discourse Analysis

dari Robert Kaplan (ed.) Annual Review of Applied Linguistics, Vol. II.

Knapp P.,Watkins M. 1994. Context-Text Grammar: Teaching the Genres and

Grammarof School Writing in Infants and Primary Classroom, Text.

Broadway: NSW.

Kress, Gunther. 2001.Sociolinguistics and Social Semiotics, dari Paul Cobley

(ed), The Routledge Companion to Semiotics and Linguistics 66-82.

Kress, G. dan Leeuwen, V. T. 2006. Reading Image: The Grammar of Visual

Design. London: Routledge.

Lakoff, George. 1971. On generative semantics. dari D.D. Steinberg dan L.A.

Jakobovits (ed). Semantics: An interdisciplinary reader in philosophy,

linguistics and psychology 232-296

Page 29: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/70080/1/FBMK 2014 59 - IR.pdf · 2019. 7. 4. · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk teks tanpa had, logo, iklan,

© COPYRIG

HT UPM

81

Lippmann, W. 1927. Liberty and the News. New York: The McMillan. Co.

Lyons, J. 1993. Pengenalan Linguistik Teorietis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Melrose, R. 1995. The Communicative Syllabus: A Systemic Functional Approach to

Language Teaching. London: Pinter.

Mohd Azidan Abdul Jabar. 2005. Peranan Kohesi dalam membina ketekstualan

teks berita arab dalam talian. Jurnal Bahasa.1 Mac:. 112-135.

Mohd Majid Konting. 2004. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Sidin Ahmad Ishak. 1996. Ketrampilan Menulis. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Mohd Taib Osman. 1958. The Language of the Editorials in Malay Vernacular

Newspapers up to 1941. Latihan Ilmiah BA (Hons), Universiti Malaya,

Singapura.

Mohd Taib Osman. 1964. Bahasa Renchana Pengarang Akhbar-akhbar Melayu

hingga ke Tahun 1964. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Zaini Othman. 2004. Wacana, Penanda Wacana, Kohesi, Koheren. Pelita

Bahasa Mac: 26-27.

Nik Safiah Karim. 1975. The Major Syntactic Structures of Bahasa Malaysia and

their Implications of the Standardization of the Language. Tesis Doktor

Falsafah, Ohio University.

Nik Safiah Karim et, al. 2010. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noor Aina Dani. 2007. Pengantar Psikolinguistik. Kuala Lumpur: Sasbadi.

Noor Bathi Badarudin. 2002. Dunia Media Moden. Kuala Lumpur: PTS

Publications.

Norizan Che Su. 2009. Analisis Kontrastif Sintaksis Bahasa Melayu dan Bahasa

Thai. Tesis Doktor Falsafah., Universiti Putra Malaysia.

Nor Azuwan Yaakob. 2008. Retorik Kewartawanan Melayu Akhbar Berita Harian.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Radiah Yusoff. 2002. Kohesi dalam Wacana Bertulis. dari Radiah Yusoff dan

Nor Aini Ismail. Jurnal Dewan Bahasa 2: 26-33.

Page 30: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/70080/1/FBMK 2014 59 - IR.pdf · 2019. 7. 4. · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk teks tanpa had, logo, iklan,

© COPYRIG

HT UPM

82

Ramli Hj. Salleh. 1995. Sintaksis Bahasa Melayu- Penerepan Teori Kuasaan dan

Tambatan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Robins, R. H. 1967. A Short History of Linguistic. London: Longman.

Rogers, E. M. 2003. Diffusions of Innovation (5th ed.). New York: Free Press.

Safian Hussain et. al., 1988. Glosori Istilah Kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Sanat Md. Nasir. 1995. Pengajaran Bahasa Melayu Mengikut Pendekata Wacana.

Kertas Kerja Persidangan Para Pendidik Bahasa Melayu anjuran Lang

Education Intelec di Kuala Lumpur, 14-15 Disember.

Sanat Md. Nasir. 1996. Kewacanaan Za’ba dari Wan Abdul Kadir (ed). 100

Tahun Za’ba . 39-48.

Sanat Md. Nasir. 2002. Tautan dalamWacana Bahasa Melayu Akhbar. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sato Hirobumi. 1997. Analisis Nahu Wacana Bahasa Melayu Klasik berdasarkan

Teks Hikayat Hang Tuah: Suatu Pandangan dari Sudut Linguistik

Struktural-Fungsian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sinclair, J. 1975. Toward an Analysis of Discourse: The English Used by Teachers

and Pupils. London: Oxford University Press.

Sulaiman Masri. 1990. Penulisan Berita dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tay Meng Guat. 2006. Pemerolehan Bahasa Kanak-kanak: Satu Analisis Sintaksis.

Jurnal Penyelidikan IPBL 7.

Teeuw, A. 1961. A Critical Survey of Studies on Malay and Bahasa Indonesia

(with the assistance of H.W. Emanual), Koninklijk Institut Voor Taal-, Land

en Volkenkunder, Bibliograpjical Series 5, ‘S-Gravenhage-Maritunus

Nijhoff.

Van Dijk, T.A. 1988. News as Discourse. Hillsdale, New Jersey: Lawrence Erlbaun

Associates.

Verhaar, John W. M. 1981. Teori Linguistik dan Bahasa Indonesia. Yogyakarta:

Kanisius.

Winstedt, R. O. 1913. Malay Grammar. Oxford: Clarion Press.

Zainal Abidin Ahmad (Za’ba). 1941. Malay Journalism in Malaya. Journal of the

Malayan Branches of the Royal Asiatic Society (JMBRAS) xix: 2.

Page 31: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/70080/1/FBMK 2014 59 - IR.pdf · 2019. 7. 4. · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk teks tanpa had, logo, iklan,

© COPYRIG

HT UPM

83

Zainal Abidin Ahmad (Za’ba). 2006. Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 dalam

Kursus Menguasai Bahasa Melayu Mudah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Zamri Salleh, Abdull Sukor Shaari. 2009. Kesan Model Unsur Tautan Terhadap

Pengajaran Karangan Bahasa Melayu. MJLI. 6.