32
53 Model Promosi Kesihatan Umum MODEL-MODEL PROMOSI KESIHATAN UMUM Promosi Kesihatan 5 Teras Promosi Kesihatan Merancang, Melaksanakan dan Menilai Program PRECEDE-PROCEED Model MATCH Komunikasi Kesihatan CDCynergy A Systematic Approach to Health Promotion Assessment Protocol for Excellence in Public Health Analisis SWOT UNIT 4 MODEL PROMOSI KESIHATAN UMUM HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menerangkan keistimewaan model-model promosi kesihatan dalam perancangan program. 2. Menerangkan kelebihan menggunakan model promosi kesihatan di dalam merancang program. 3. Mengenal pasti dan menerangkan model yang biasa digunakan di dalam program promosi kesihatan. 4. Mengenal pasti komponen asas dalam perancangan model kesihatan. PETA KONSEP TAJUK

Unit 4 Model Promosi Kesihatan Umum

  • Upload
    cik-gee

  • View
    659

  • Download
    22

Embed Size (px)

Citation preview

  • 53 Model Promosi Kesihatan Umum

    MODEL-MODEL PROMOSI KESIHATAN

    UMUM

    Promosi Kesihatan

    5 Teras Promosi Kesihatan

    Merancang, Melaksanakan dan Menilai Program

    PRECEDE-PROCEED

    Model MATCH

    Komunikasi Kesihatan

    CDCynergy

    A Systematic Approach to Health

    Promotion

    Assessment Protocol for Excellence in Public Health

    Analisis SWOT

    UNIT 4

    MODEL PROMOSI KESIHATAN UMUM

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

    1. Menerangkan keistimewaan model-model promosi kesihatan dalam perancangan

    program.

    2. Menerangkan kelebihan menggunakan model promosi kesihatan di dalam merancang

    program.

    3. Mengenal pasti dan menerangkan model yang biasa digunakan di dalam program

    promosi kesihatan.

    4. Mengenal pasti komponen asas dalam perancangan model kesihatan.

    PETA KONSEP TAJUK

  • 54 Model Promosi Kesihatan Umum

    PENGENALAN

    Menurut Percel et al. (1981) promosi kesihatan adalah sebagai satu usaha membina pengetahuan

    berkaitan dengan kesihatan, kemahiran dan sikap melalui penggunaan teori tingkah laku.

    Manakala Ajzen et al. (1980) menyatakan dalam teori penyebab tingkah laku bahawa manusia

    akan bertingkah laku berdasarkan kepada sikap dan kepercayaan tentang faedah ataupun kos

    hasil daripada tingkah laku yang diamalkan. Di samping itu, beliau juga membincangkan tentang

    persepsi individu berkaitan dengan tekanan sosial yang mempengaruhi individu untuk mengubah

    tingkah lakunya.

    Simonds (1976) pula menyatakan bahawa promosi kesihatan bertujuan untuk membawa

    perubahan tingkah laku kepada individu, kumpulan dan penduduk keseluruhannya daripada

    tingkah laku sekarang kepada tingkah laku yang baik untuk kesihatan, tingkah laku semasa yang

    bermasalah kepada tingkah laku kesihatan masa depan. Minkler (1989) menyatakan secara

    ringkas bahawa promosi kesihatan adalah kombinasi pendidikan kesihatan dengan sokongan

    kesihatan.

    ISI KANDUNGAN

    Teras Promosi Kesihatan

    Dalam menetapkan hala tuju sesuatu program promosi kesihatan di kalangan badan-badan

    promosi kesihatan serta pihak berkuasa kesihatan awam seluruh dunia, satu strategi Promosi

    Kesihatan telah dibangunkan yang dinamakan sebagai Piagam Ottawa (Ottawa Charter For

    Health Promotion).

    Piagam ini telah diterima dan dipersetujui dalam Persidangan Promosi Kesihatan Antarabangsa

    Pertama (First International Conference on Health Promotion) yang berlangsung pada

    21 November 1986 di Ottawa, Kanada. Ia merupakan satu pernyataan visi masyarakat

    antarabangsa ke arah mencapai hasrat Kesihatan Untuk Semua (Health For All) bagi dekad

    tahun 2000 dan seterusnya. Antara lain piagam antarabangsa ini menggariskan 5 strategi utama

    seperti dalam Rajah 4.1.

  • 55 Model Promosi Kesihatan Umum

    5 TERAS PROMOSI

    KESIHATAN

    Polisi awam sihat

    Persekitaran yang

    menyokong

    Orientasi semula

    perkhidmatan kesihatan

    Tindakan komuniti

    Kemahiran individu di bangunkan

    Rajah 4.1 : 5 strategi utama Piagam Ottawa untuk Promosi Kesihatan

    Membentuk polisi awam sihat

    Bidang promosi kesihatan melangkaui skop penjagaan kesihatan semata-mata.

    Kesihatan perlu menjadi agenda para pembuat dasar (policy makers) pada setiap sektor

    dan peringkat; dengan memastikan mereka menyedari implikasi dan bertanggungjawab

    ke atas kesan daripada keputusan atau dasar yang dirangka demi kesihatan.

    Di peringkat komuniti, pertubuhan boleh:

    Membantu masyarakat membangunkan polisi setempat mengenai larangan

    penjualan produk tembakau kepada kanak-kanak dan remaja.

    Menyokong pembentukan jawatankuasa bertindak setempat dalam menggalakkan

    polisi makan secara sihat.

  • 56 Model Promosi Kesihatan Umum

    Memantau pematuhan undang-undang berkaitan larangan penjualan hasil tembakau

    kepada pelajar-pelajar sekolah di kalangan peniaga dan melaporkannya kepada

    pihak berkuasa jika perlu.

    Mewujudkan persekitaran yang menyokong

    Masyarakat adalah kompleks dan saling berkaitan antara satu sama lain. Kesihatan tidak

    dapat dipisahkan dari tujuan-tujuan lain dalam kehidupan. Prinsip yang menjadi panduan

    untuk seluruh masyarakat dunia merupakan nilai menggalakkan umat manusia agar

    saling mengambil berat antara satu sama lain, masyarakat dan alam sekitar kita.

    Di peringkat komuniti, pertubuhan boleh:

    Menyokong aktiviti kemasyarakatan yang berkaitan kesihatan persekitaran seperti

    gotong-royong, rukun tetangga dan menghijaukan kawasan perumahan atau

    kampung.

    Menganjurkan program promosi kesihatan yang menekankan keselamatan dan

    kesihatan di tempat kerja seperti di pejabat, ladang serta kilang atau kemudahan

    awam seperti sekolah, stesen bas serta taman rekreasi.

    Menyokong projek yang menggalakkan masyarakat memperoleh pendapatan

    sampingan melalui berkebun sayur di kawasan rumah.

    Memperkukuhkan tindakan komuniti

    Bidang Promosi Kesihatan dapat dilaksanakan melalui tindakan masyarakat yang

    berkesan dalam menetapkan keutamaan, membuat keputusan, merancang dan

    melaksanakan strategi untuk mencapai tahap kesihatan yang lebih baik. Kunci kepada

    proses ini merupakan pengupayaan komuniti; yang disertai dengan pemilikan dan

    kawalan mereka sendiri ke atas usaha dan hala tujunya.

    Pembangunan masyarakat bergantung kepada sumber-sumber manusia dan material di

    peringkat komuniti untuk meningkatkan bantuan diri dan sokongan sosial. Perkara

    tersebut penting dalam membangunkan sistem yang fleksibel untuk mengukuhkan

    penglibatan masyarakat dalam dan menentukan arah isu-isu kesihatan. Capaian penuh

    dan berterusan kepada maklumat, peluang pembelajaran untuk kesihatan serta sokongan

    dari segi kewangan menjadi prasyarat dalam konteks ini.

  • 57 Model Promosi Kesihatan Umum

    Di peringkat komuniti, pertubuhan boleh:

    Menjalin kerjasama dengan pemimpin dan masyarakat tempatan dalam membuat

    pemantauan dan menyediakan statistik penglibatan remaja dalam aktiviti tidak sihat

    seperti merokok, buli, samseng jalanan atau ponteng sekolah di peringkat komuniti

    yang boleh disalurkan kepada pihak berkuasa agar tindakan sewajarnya boleh

    diambil.

    Menjalin kerjasama dengan pertubuhan atau rumah kebajikan dalam merancang dan

    menjalankan aktiviti untuk kebaikan golongan kanak-kanak dan warga emas yang

    memerlukan.

    Menyokong inisiatif di kalangan masyarakat setempat yang memberikan perhatian

    kepada isu-isu alam sekitar seperti pencemaran udara dari kilang, pengurusan

    sampah sarap serta kebersihan bekalan sumber air dan sungai.

    Membangunkan kemahiran individu

    Bidang Promosi Kesihatan menyokong pembangunan peribadi dan sosial melalui

    penyediaan maklumat, pendidikan kesihatan dan meningkatkan kemahiran hidup setiap

    individu. Ini dapat meningkatkan pilihan yang tersedia bagi individu untuk melakukan

    lebih kawalan ke atas kesihatan dan persekitaran mereka sendiri, di samping membuat

    pilihan yang sesuai kepada kesihatan. Mengupayakan individu untuk belajar sepanjang

    tempoh hayatnya untuk mempersiapkan mereka dengan perubahan di setiap peringkat

    usia serta untuk menangani penyakit kronik dan kecederaan adalah sangat penting. Ini

    perlu dilakukan sama ada di sekolah, rumah, tempat kerja dan dalam setting komuniti.

    Tindakan perlu dilakukan melalui pertubuhan pendidikan, profesional, komersial dan

    sukarela, serta di peringkat dalaman institusi itu sendiri.

    Di peringkat komuniti, pertubuhan boleh:

    Menyokong ahli-ahli jawatankuasa kesihatan di peringkat penduduk untuk

    menghadiri aktiviti pembangunan kemahiran individu seperti program kesedaran

    kesihatan awam mengenai penyakit tidak berjangkit atau latihan kemahiran individu

    yang berkaitan.

    Menggalakkan para ibu, nurseri dan taman asuhan kanak-kanak agar

    bertanggungjawab dalam menyediakan makanan yang sihat mengikut saranan

  • 58 Model Promosi Kesihatan Umum

    Panduan Diet Malaysia serta melatih mereka untuk memantau pengambilan

    makanan agar sesuai dengan proses tumbesaran kanak-kanak.

    Menjalankan lawatan ke kedai runcit atau pasar raya bagi mendidik masyarakat

    untuk membeli-belah secara sihat demi kesihatan keluarga.

    Menyusun semula perkhidmatan kesihatan

    Tanggung jawab dalam bidang Promosi Kesihatan dalam perkhidmatan kesihatan

    dikongsi secara bersama antara individu, kumpulan masyarakat, profesional kesihatan,

    institusi perkhidmatan kesihatan dan kerajaan. Mereka perlu bekerja bersama-sama ke

    arah sistem penjagaan kesihatan yang menyumbang ke arah peningkatan tahap

    kesihatan. Peranan sektor kesihatan perlu digerakkan semakin ke arah bidang Promosi

    Kesihatan, di luar lingkungan tanggung jawabnya yang menyediakan perkhidmatan

    klinikal dan rawatan.

    Perkhidmatan kesihatan meluaskan skopnya kepada menyokong keperluan individu dan

    masyarakat untuk hidup sihat, dan saluran terbuka antara sektor kesihatan dan

    komponen sosial, politik, ekonomi dan fizikal yang lebih luas. Ini menuntut perkhidmatan

    kesihatan agar lebih sensitif serta menghormati keperluan budaya. Penyusunan semula

    perkhidmatan kesihatan juga memerlukan perhatian yang lebih penyelidikan kesihatan

    serta perubahan dalam pendidikan profesional dan latihan. Perkara ini harus membawa

    kepada perubahan sikap dan organisasi perkhidmatan kesihatan yang kembali

    menumpukan kepada keperluan menyeluruh dari segi individu dan manusia seadanya.

    Di peringkat komuniti, pertubuhan boleh:

    Melaksanakan program promosi kesihatan kepada masyarakat dengan mengadakan

    saringan kesihatan kepada peserta agar faktor risiko dapat di kesan dan

    bekerjasama dengan klinik kesihatan jika terdapat kes yang memerlukan intervensi

    secara rawatan.

    Mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat melalui kempen agar masyarakat

    mengambil langkah proaktif dalam mengamalkan cara hidup yang sihat seperti

    menjauhi tabiat merokok, melakukan senaman, bersukan, makan secara sihat,

    menangani stres dan lain-lain.

  • 59 Model Promosi Kesihatan Umum

    Merancang, Melaksanakan dan Menilai Program

    Membangunkan kerjasama antara agensi

    Bidang promosi kesihatan menekankan aspek perkongsian (partnership) dengan pelbagai institusi

    atau organisasi sama ada dari sektor awam, swasta, pertubuhan bukan kerajaan, komuniti dan

    lain-lain, ke arah mencapai matlamat perubahan positif tingkah laku kesihatan menggunakan

    strategi 5 teras promosi kesihatan.

    Pertubuhan yang berhasrat melaksanakan program promosi kesihatan perlulah:

    Mengenal pasti rakan kongsi untuk melaksanakan program.

    Mewujudkan dan memperkukuhkan kerjasama dengan mana-mana agensi yang

    berkaitan.

    Kemahiran komunikasi dan penulisan

    Pengetahuan asas berkaitan dengan komunikasi serta kemahiran dalam berkomunikasi

    adalah amat penting dalam menyampaikan mesej kesihatan dengan lebih berkesan. Interaksi

    secara dua hala dalam pelaksanaan program promosi kesihatan akan mewujudkan keadaan

    yang kondusif antara pengendali program dengan kumpulan sasaran untuk saling bertukar-

    tukar idea dan pandangan mereka. Pelbagai kaedah komunikasi boleh digunakan dalam

    penyampaian mesej promosi kesihatan.

    Kemahiran penulisan menjadi elemen penting dalam pelaksanaan dari merangka kertas

    cadangan hinggalah kepada penyediaan laporan sama ada dari segi melibatkan kemajuan

    projek ataupun mengemukakan pencapaian pada akhir program. Idea dan input yang

    dikongsi melalui penulisan menjadi wadah yang sangat berharga dalam proses membina

    keupayaan pertubuhan itu sendiri serta membantu pelbagai pihak yang menilai keberkesanan

    program tersebut.

    Secara ringkasnya dua elemen utama yang dapat membantu pertubuhan dalam pelaksanaan

    program promosi kesihatan merupakan:

    Menulis kertas cadangan dan menyediakan laporan / pemantauan/ penilaian program.

    Kemahiran perundingan.

  • 60 Model Promosi Kesihatan Umum

    Kemahiran teknologi

    Penguasaan dan kemahiran mengaplikasikan teknologi akan memberi kelebihan kepada

    mana-mana pihak dalam melaksanakan program. Kemahiran penggunaan teknologi juga

    akan membantu menyumbang ke arah peningkatan keberkesanan penyampaian

    perkhidmatan, kecekapan komunikasi, menjimatkan masa dan mengurangkan

    kebergantungan kepada sumber-sumber fizikal. Sebagai contohnya kemajuan dalam bidang

    ICT dapat meningkatkan interaksi antara penganjur program dengan peserta melalui e-mail,

    di samping mengurangkan kos penyediaan bahan-bahan bercetak kepada peserta.

    Kewujudan media sosial seperti Facebook, Twitter dan Myspace adalah antara platform

    interaksi secara maya yang menjadi wadah komunikasi, penyampaian berita dan maklumat

    serta pertukaran pandangan di ruang maya. Penguasaan ruang maya melalui media baru

    membuka ruang untuk menyampaikan mesej kesihatan menerusi konsep pemasaran sosial.

    Maka, tidak dapat dinafikan kompetensi dan literasi dalam menguasai sesuatu teknologi

    khususnya ICT amat penting dalam melaksanakan program termasuklah program promosi

    kesihatan.

    Kemahiran pengetahuan dan literasi kesihatan

    Penganjur program atau pertubuhan perlu arif dengan keperluan pelaksanaan program dan

    isu-isu yang berkaitan dengan program berkenaan. Kemampuan dan kemahiran mereka

    dalam menguasai kedua-dua perkara di atas akan diuji apabila program dilaksanakan kepada

    kumpulan sasar. Oleh yang demikian, tiada istilah program tangkap muat atau melepaskan

    batuk di tangga yang patut wujud dalam diari seorang aktivis masyarakat.

    Penganjur program perlu memahami isu-isu kesihatan yang berkaitan dengan masyarakat

    setempat atau yang menjadi fokus Kerajaan sebelum melaksanakan program kepada

    masyarakat.

    Program yang menepati keperluan, mencapai objektif dan dilaksanakan dengan teratur dapat

    membantu usaha Kerajaan ke arah mewujudkan masyarakat yang sihat dan sejahtera.

    Malah, lebih baik lagi jika program dapat diteruskan agar kesinambungan dari segi

    penglibatan kumpulan sasaran seterusnya menjadi amalan ke arah cara hidup secara

    berterusan.

  • 61 Model Promosi Kesihatan Umum

    Membina keupayaan komuniti

    Objektif utama LPKM merupakan untuk membina keupayaan pertubuhan dari segi

    pengetahuan dan kemahiran mereka mengenai bidang promosi kesihatan. Keupayaan yang

    dibangunkan ini akan menjadi bekalan kepada pertubuhan tersebut sebagai agen untuk

    mewujudkan perubahan tingkah laku dalam masyarakat melalui pelaksanaan program yang

    memberi faedah kepada kesejahteraan mereka.

    Pelbagai langkah boleh diambil sebagai inisiatif menjayakan perkara ini, termasuklah dengan

    mengadakan latihan kepada masyarakat terutamanya mendekati pemimpin komuniti seperti

    ketua kampung, ketua sesuatu jabatan, ibu bapa, guru dan pemimpin NGO yang menjadi

    opinion leader untuk kumpulan masing-masing. Usaha mendapatkan sumber bantuan

    kewangan dalam melaksanakan program juga dapat membantu dalam membina keupayaan

    dan keyakinan komuniti dalam menjayakan program demi faedah mereka. Ini juga akan

    meningkatkan rasa pemilikan (belonging / ownership) komuniti berkenaan ke atas program

    yang dilaksanakan.

    Pertubuhan juga dapat meningkatkan keupayaan mereka dan komuniti dengan melibatkan

    rakan kongsi dalam pelaksanaan program. Penglibatan rakan kongsi yang mempunyai

    kemampuan dan sumber yang dapat membantu kejayaan akan memberi manfaat kepada

    masyarakat. Masyarakat akan mendapat faedah seperti peningkatan ilmu pengetahuan dan

    penggunaan sumber secara bersama yang dapat mengelakkan daripada berlakunya kerugian

    akibat pembaziran sumber. Peningkatan keupayaan diri juga perlu diberi perhatian agar

    pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh dapat menjadi amalan dalam memastikan hidup

    yang sihat dan sejahtera.

    Pada pendapat anda, selain elemen-elemen di dalam merancang, melaksana dan

    menilai program di atas, apakah elemen lain yang penting yang patut ada di dalam sesuatu

    program tersebut? Berikan pendapat anda.

  • 62 Model Promosi Kesihatan Umum

    PROCEED

    PRECEDE

    Fasa 1 Penilaian

    Sosial

    Fasa 2 Penilaian

    Epidemiologi

    Fasa 3 Penilaian

    Tingkah Laku & Persekitaran

    Fasa 4 Penilaian

    Pendidikan & Organisasi

    Fasa 5 Penilaian Polisi & Pentadbiran

    Program Kesihatan

    Strategi Pendidikan

    Polisi Peraturan Organisasi

    Faktor Kecenderungan

    Faktor Pengukuhan

    Faktor Pembolehan

    Genetik

    Tingkah Laku

    Persekitaran

    Kesihatan Kualiti

    Kehidupan

    Fasa 9 Hasil Penilaian

    Fasa 8

    Kesan Penilaian

    Fasa 7 Proses Penilaian

    Fasa 6 Perlaksanaan

    Model PRECEDE-PROCEED

    Model PRECEDE-PROCEED dibangunkan berdasarkan logik dan memberikan perkhidmatan

    asas kepada individu, dalam satu-satu intervensi mahupun program pembangunan jangka

    panjang kepada komuniti. Walaupun ia di bentuk untuk program kesihatan, model ini juga boleh

    digunakan dalam menangani isu-isu komuniti setempat. Seperti model-model lain, model ini juga

    di wujudkan untuk memberi panduan yang berguna kepada masyarakat.

    Rajah 4.2 : Model PRECEDE-PROCEDE untuk perancangan dan penilaian promosi kesihatan

    (Sumber: Green & Kreuter, 2005)

  • 63 Model Promosi Kesihatan Umum

    Model PRECEDE-PROCEED adalah berasaskan kepada komuniti dan penyertaan ahli

    masyarakat di mana ia diwujudkan untuk mengubah promosi kesihatan (selain isu-isu komuniti)

    yang sebahagian besarnya secara sukarela. Oleh itu perlu penyertaan daripada mereka yang

    memerlukan untuk berubah dengan tujuan mungkin mempengaruhi mereka atau dipengaruhi oleh

    mereka.

    Sebab utama menggunakan model PRECEDE-PROCEED adalah kerana ianya merupakan model

    yang logik. Ia menyediakan satu struktur di mana bermula dengan perancangan kerja dan

    menganjurkan pemikiran dan tindakan individu. Jadi setiap intervensi yang dilakukan adalah

    dengan terancang dan sangat jelas. Sebagai satu model yang logik, ia menyediakan panduan

    untuk menganalisis isu-isu yang terlibat dan memilih satu saluran untuk menangani isu-isu

    tersebut.

    Terdapat juga sebab khusus dalam menggunakan model PRECEDE-PROCEED ini. Pertama, ia

    merupakan satu model yang jitu. Dengan setiap penyertaan daripada masyarakat, ia akan

    membawa kepada idea-idea yang bernas untuk menyelesaikan isu-isu yang timbul. Ia juga boleh

    membina campur tangan masyarakat terhadap intervensi.

    Kedua, ia merupakan model yang termasuk dalam pelbagai peringkat (ekologi) perancangan dan

    penilaian, PRECEDE-PROCEED diwujudkan dalam pemantauan intervensi yang membolehkan

    pelarasan dan keberkesanan yang lebih tinggi. Dan yang terakhir, model ini memberi kebebasan

    dalam menyesuaikan struktur kandungan atau kaedah berasaskan keperluan komuniti.

    Lapan Fasa PRECEDE-PROCEED

    Seperti dalam rajah 4.2 di atas, model PRECEDE-PROCEED mempunyai lapan fasa dan

    mempunyai langkah-langkah dalam setiap fasa. Walaupun sekali pandang, ia agak merumitkan

    tetapi setelah dikaji secara mendalam, setiap fasa mempunyai langkah yang terperinci mengenai

    perancangan program. Pendekatan asas berkaitan model ini adalah untuk memulakan dengan

    mengenal pasti hasil yang diingini, menentukan sebab dan akhirnya adalah untuk mereka bentuk

    intervensi yang bertujuan untuk mencapai hasil yang dikehendaki. Dalam erti kata lain,

    PRECEDE-PROCEED bermula dengan punca terakhir dan bekerja di belakang segala punca.

    Sekali penyebab itu dikenal pasti, langkah-langkah intervensi akan mula di wujudkan.

  • 64 Model Promosi Kesihatan Umum

    Fasa 1 dalam model ini di panggil penilaian sosial dan analisis situasi. Secara subjektif, ia

    merujuk kepada kualiti hidup (masalah dan kelebihan) kepada populasi yang utama. Pereka

    model ini mencadangkan bahawa ia merupakan pencapaian yang terbaik dengan melibatkan

    individu dalam populasi yang utama di dalam menilai keperluan dan inspirasi mereka. Antara

    indikator / petunjuk sosial berkaitan kualiti hidup termasuklah pencapaian, pemilikan, keselesaan,

    harga diri, diskriminasi, kebajikan dan pengangguran.

    Fasa 2, penilaian epidemiologi, adalah langkah di mana perancang menggunakan data untuk

    mengenal pasti dan mengelaskan matlamat atau masalah kesihatan di mana ia boleh

    menyumbang atau berhubungan dengan masalah yang telah dikenal pasti di dalam fasa 1. Data

    ini termasuk indikator tradisional yang penting (data kematian / kecacatan) serta genetik, tingkah

    laku dan faktor persekitaran.

    Faktor genetik merupakan tambahan baru kepada model ini dan ia mewakili hubungan yang

    berkembang antara gen dan pelbagai penyakit, faktor risiko dan keadaan biologi seseorang.

    Faktor tingkah laku merujuk kepada corak tingkah laku individu atau kumpulan yang melindungi

    atau meletakkan mereka dalam risiko kesihatan atau masalah sosial. Faktor persekitaran wujud di

    luar dari individu dan ia boleh berubah untuk menyokong tingkah laku, kesihatan dan kualiti hidup.

    Faktor-faktor di atas mungkin berkaitan dengan ekonomi atau keadaan sosial semasa ke atas

    populasi yang utama ini. Mereka juga terlibat dalam menyediakan perkhidmatan dan sumber-

    sumber yang wujud di dalam persekitaran komuniti. Ini adalah penting bagi memastikan proses

    penentuan kelas dalam masalah kesihatan pada fasa ini sangat kritikal kerana ia jarang berlaku,

    melainkan ada sumber yang cukup bagi mengatasi masalah ini. Fasa dalam model ini juga

    digunakan untuk merancang program kesihatan.

    Walau bagaimanapun, perancang mungkin boleh mengambil pekerja oleh atau yang bersekutu

    dengan organisasi yang telah mengumpul data yang berkaitan dengan fasa 1-2 sebagai

    sebahagian daripada usaha perancangan jangka panjang. Dalam kes ini, ia mungkin perlu atau

    berfaedah untuk melangkau dua fasa pertama dan bergerak terus ke fasa 3. Perhatikan dalam

    rajah 4.2, anak panah saling berhubung dengan kotak genetik, tingkah laku dan persekitaran

    dalam fasa 2 dengan kotak kesihatan dalam fasa 2 dan fasa 1.

  • 65 Model Promosi Kesihatan Umum

    Fasa 3 merupakan penilaian pendidikan dan organisasi iaitu mengenal pasti dan mengelaskan

    faktor-faktor yang mempunyai potensi untuk mempengaruhi tingkah laku yang diberi kepada tiga

    kategori iaitu kecenderungan, pengukuhan dan pemboleh ubah. Faktor kecenderungan termasuk

    pengetahuan dan ciri-ciri efektif sebagai seperti sikap, nilai, kepercayaan dan persepsi.

    Faktor-faktor ini akan memudahkan atau menghalang perubahan motivasi seseorang dan boleh di

    ubah melalui komunikasi secara langsung. Halangan yang dicetuskan terutamanya oleh kuasa

    masyarakat atau sistem membentuk faktor pembolehan. Ia termasuk akses kepada kemudahan

    penjagaan kesihatan, kewujudan sumber, pembuat undang-undang dan pembangunan

    kemahiran.

    Faktor pengukuhan terdiri daripada jenis maklum balas yang berbeza dan ganjaran yang diterima

    oleh populasi yang utama selepas perubahan tingkah laku, sama ada yang boleh menggalakkan

    atau tidak menggalakkan kesinambungan tingkah laku tersebut. Pengukuhan tingkah laku boleh

    disampaikan oleh keluarga, rakan, pasangan, guru, diri sendiri dan orang yang mengawal

    ganjaran tersebut.

    Faedah sosial seperti pengiktirafan dan penghargaan. Faedah fizikal seperti kemudahan,

    keselesaan. Ganjaran nyata seperti faedah ekonomi dan pengelakan kos atau ganjaran lain-lain

    seperti penampilan baik, kehormatan diri, atau penyatuan dengan orang yang menunjukkan

    tingkah laku yang baik.

    Fasa 4 adalah terdiri daripada 2 bahagian iaitu pelarasan intervensi dan penilaian polisi dan

    pentadbiran. Tujuan pelarasan intervensi adalah untuk menyesuaikan strategi yang sesuai dan

    menjangkakan perubahan intervensi dan hasil yang dikenal pasti dalam fasa-fasa awal. Dalam

    penilaian polisi dan pentadbiran, perancang mengandaikan bahawa jika terdapat sumber dan

    keupayaan, maka ia boleh membangunkan dan melaksanakan program. Ia di antara fasa 4 dan

    fasa 5 di mana PRECEDE (bahagian penilaian model) tamat dan PROCEED (pelaksanaan dan

    penilaian) bermula. Walau bagaimanapun, ia bukanlah sesuatu yang berbeza antara kedua-dua

    fasa ini, ia berjalan secara seiring dan perancang boleh kembali ke fasa sebelumnya jika ada

    sebarang perubahan.

  • 66 Model Promosi Kesihatan Umum

    Empat fasa yang terakhir dalam model ini iaitu fasa 5, 6, 7 dan 8, permulaan bahagian

    PROCEED. Dalam Fasa 5 iaitu perlaksanaan, dengan sumber-sumber yang sesuai, perancang

    memilih kaedah dan strategi intervensi dan perlaksanaan bermula. Fasa 6, 7 dan 8 berfokus

    kepada proses, kesan dan penilaian hasil. Ia berdasarkan kepada fasa-fasa awal dalam model ini

    di mana objektif telah digariskan di dalam proses penilaian.

    Ketiga-tiga fasa terakhir yang digunakan bergantung kepada keperluan penilaian program.

    Biasanya, sumber diperlukan untuk menjalankan penilaian ke atas kesan (Fasa 7) dan hasil

    (Fasa 8) adalah lebih besar daripada keperluan untuk menjalankan proses penilaian (Fasa 6).

    Seperti yang dinyatakan di atas, model PRECEDE-PROCEED ini juga boleh

    digunakan dalam menangani isu-isu komuniti setempat dan memberi panduan yang berguna

    kepada masyarakat. Jelaskan dengan ringkas bagaimana model ini boleh membantu komuniti

    menyelesaikan isu-isu setempat?

    Model MATCH

    Multilevel Approach to Community Health (MATCH)

    Model MATCH adalah singkatan kepada Multilevel Approach to Community Health (Pelbagai

    Pendekatan Kepada Kesihatan Komuniti ). Perancangan model ini telah di bangunkan lewat 1980

    an oleh Simons-Morton et al., (1988). MATCH dibahagikan kepada 5 fasa di mana setiap fasa

    mempunyai beberapa langkah.

    Fasa 1 iaitu pemilihan matlamat. Di dalam fasa MATCH ini, perancang memilih matlamat

    kesihatan berdasarkan kepada beberapa faktor yang berbeza termasuk masalah yang lazim

    tentang kesihatan, hubungan signifikan kepada masalah kesihatan, masalah kesihatan yang

    berubah-ubah dan sebagainya. Dalam fasa ini juga, perancang perlu untuk memilih keutamaan

    populasi, mengenal pasti kelakuan kesihatan yang berkaitan dengan matlamat kesihatan dan

    mengenal pasti faktor-faktor persekitaran seperti akses, sumber sedia ada, kesesuaian latihan

    dan halangan.

  • 67 Model Promosi Kesihatan Umum

    Rajah 4.3 : Fasa dan langkah-langkah model MATCH

    (Sumber: Simmons-Morton et al., 1988)

    Fasa 1 : Penetapan Matlamat

    Langkah 1 : Memilih matlamat kesihatan

    Langkah 2 : Memilih populasi yang tinggi

    Langkah 3 : Mengenal pasti matlamat tingkah laku kesihatan

    Langkah 4 : Mengenal pasti matlamat faktor persekitaran

    Fasa 2 : Perancangan Intervensi

    Langkah 1 : Mengenal pasti sasaran intervensi

    Langkah 2 : Memilih objektif intervensi

    Langkah 3 : Mengenal pasti pengantara di dalam objektif intervensi

    Langkah 4 : Memilih pendekatan intervensi

    Fasa3 : Pembangunan Program

    Langkah 1 : Mewujudkan komponen atau unit program

    Langkah 2 : Memilih dan membangunkan kurikulum atau panduan intervensi

    Langkah 3 : Membangunkan sesi perancangan

    Langkah 4 : Mewujudkan atau memperoleh bahan instruksional, produk atau sumber

    Fasa 4 : Persediaan Pelaksanaan

    Langkah 1 : Memudahkan penggunaan, pelaksanaan dan penyelenggaraan

    Langkah 2 : Memilih dan melatih pelaksana

    Fasa 5 : Penilaian

    Langkah 1 : Mengawal proses penilaian

    Langkah 2 : Mengukur kesan

    Langkah 3 : Memantau hasil.

  • 68 Model Promosi Kesihatan Umum

    Dalam Fasa 2 MATCH, perancangan intervensi, perancang menggabungkan objektif intervensi

    dengan sasaran dan tindakan intervensi. Ia dimulakan dengan mengenal pasti sasaran kepada

    tindakan intervensi (TIAs). TIAs terdiri daripada individu yang menggunakan pengaruh atau

    mengawal keadaan seseorang atau persekitaran yang mana ia mempunyai hubungan kepada

    kesihatan seseorang dan matlamat tingkah laku. Selepas mengenal pasti TIAs, mereka akan

    memadankan dengan tingkah laku kesihatan dan faktor persekitaran yang telah dikenal pasti di

    dalam fasa 1.

    Apabila padanan telah dilakukan, perancang akan memilih tindakan intervensi yang mahu

    digunakan. Tindakan intervensi biasanya digunakan oleh pendidik kesihatan termasuk mengajar,

    melatih, memberi kaunseling, perundingan, organisasi masyarakat, pemasaran sosial dan

    tindakan sosial. Jika TIAs adalah seorang individu, perancang perlu mempertimbangkan faktor

    sebab dan akibat pengantara yang berkaitan dengan tingkah laku sasaran seperti pengetahuan,

    sikap, kemahiran, pengalaman dan kekuatan mereka.

    Di dalam Fasa 3 MATCH adalah pembangunan program. Ia di mulakan dengan mencipta

    komponen dan unit program. Komponen akan kerap di uruskan berdasarkan kepada kumpulan

    populasi yang utama (lelaki, wanita dan minoriti dalam kumpulan umur), objektif yang

    dicadangkan (merokok, diet, aktiviti fizikal), sasaran intervensi dan tahap, penetapan dan struktur

    unit (bilik darjah, perkhidmatan makanan, perkhidmatan kesihatan), atau saluran intervensi

    (interpersonal, media). Selepas mencipta komponen program, perancang boleh memilih sama

    ada mengambil kurikulum yang telah wujud atau membangunkan rancangan sendiri. Ia juga

    termasuk pembangunan ke atas individu atau rancangan pengajaran.

    Dalam Fasa 4, persediaan perlaksanaan, perancang melakukan persediaan untuk melaksanakan

    dan mengawal selia intervensi. Untuk mendapatkan perlaksanaan yang efektif, perancang

    hendaklah:

    1. Melaksanakan cadangan tertentu untuk diterima pakai dalam sebarang perubahan

    2. Membina keperluan, kesediaan dan sokongan persekitaran untuk sebarang perubahan

    3. Menyediakan bukti di dalam perlaksanaan intervensi

    4. Mengenal pasti dan memilih agen perubahan, pemimpin pendapat dan meyakinkan

    mereka dalam keperluan untuk melakukan perubahan.

    5. Mewujudkan hubungan kerja yang baik dengan pembuat keputusan

  • 69 Model Promosi Kesihatan Umum

    Sebagai tambahan, bergantung kepada yang akan melaksanakan program ini, mungkin ada

    keperluan untuk memilih, menyokong dan memantau mereka yang menjalankan pelaksanaan ini.

    Fasa 5 merupakan fasa penilaian. Seperti model PRECEDE-PROCEED, penilaian MATCH terdiri

    daripada komponen proses, kesan dan hasil. Penilaian proses adalah berkenaan dengan utiliti

    pelan dan prosedur pelaksanaan, tahap dan kualiti pelaksanaan, dan kesan-kesan pelaksanaan

    kepada hasil pembelajaran serta-merta. Kesan penilaian adalah dengan mengukur pengantara

    yang disasarkan (seperti pengetahuan, sikap dan amalan), tingkah laku kesihatan dan faktor-

    faktor persekitaran.

    Hasil penilaian biasanya difokuskan kepada tingkah laku kesihatan tetapi mungkin juga dengan

    memantau perubahan jangka panjang dalam tingkah laku atau faktor persekitaran. Walau

    bagaimanapun, oleh kerana masa yang diambil dalam beberapa keputusan untuk

    membangunkannya, maka kerap berlaku dalam perancangan program di mana tidak ada masa

    atau sumber yang cukup untuk membuat penilaian hasil.

    Komunikasi Kesihatan

    Komunikasi berfungsi untuk memberi, menerima dan bertukar-tukar maklumat. Melalui komunikasi

    pihak pertubuhan dapat menjalankan aktiviti-aktiviti yang boleh mempengaruhi cara pemikiran

    serta kepercayaan tentang promosi kesihatan dan tanggapan terhadapnya. Komunikasi juga

    diharapkan dapat merapatkan jaringan persahabatan antara peserta dan pihak pertubuhan

    dengan MySihat. Komunikasi yang berkesan di kalangan pertubuhan amat penting dalam promosi

    kesihatan dari segi:

    Meningkatkan kemahiran berkomunikasi di kalangan pertubuhan dalam mempromosikan

    kesihatan.

    Menyampaikan maklumat yang tepat dan betul supaya dapat mengelakkan

    percanggahan maklumat.

    Membentuk jaringan komunikasi antara pertubuhan yang melaksanakan program

    promosi kesihatan dengan pelbagai pihak yang terlibat iaitu peserta, institusi, pihak

    swasta, pemimpin masyarakat.

  • 70 Model Promosi Kesihatan Umum

    Definisi komunikasi

    Komunikasi berasal daripada perkataan Inggeris communication yang berakar daripada

    perkataan Latin communis yang bererti sama. Terdapat pelbagai definisi yang dikaitkan dengan

    istilah komunikasi:

    Proses di mana manusia menghantar dan menerima mesej.

    Proses di mana manusia berkongsi atau bertukar-tukar idea, maklumat dan perasaan.

    Proses interaksi antara manusia, iaitu orang ramai bertutur dan bertukar-tukar pendapat,

    gerak, isyarat atau simbol, dengan tujuan untuk memberi dan bertukar-tukar maklumat

    atau mengubah keadaan fizikal atau mental mereka.

    Konsep komunikasi

    Mansor Ahmad Saman et al. (1984) menyatakan bahawa apabila berkomunikasi, kita ingin

    mewujudkan suatu keadaan iaitu kita cuba mencari atau membentuk satu kesamaan dengan

    orang lain. Kita cuba menimbulkan apa yang ada dalam diri kita dan mencari kesamaan dengan

    diri orang lain yang terlibat dalam proses komunikasi.

    Dalam komunikasi, pemikiran, kepercayaan, nilai sosial dan lain-lain lagi yang kita ucapkan

    kepada orang lain bertujuan untuk mencari persamaan. Dengan kata lain komunikasi adalah satu

    proses di mana sesuatu ideal, nilai, sikap dan sebagainya disalurkan dan dipindahkan serta

    dikongsi oleh seseorang individu dengan individu lain.

    Laurel dan Peter (1998) menjelaskan bahawa komunikasi sebagai idea yang melibatkan

    pengaliran maklumat di antara sumber dan penerima. Dalam keadaan tertentu komunikasi

    memerlukan perkongsian maklumat atau maksud di antara sumber dengan penerima berasaskan

    set peraturan yang biasa.

    McGruire (1984) pula menyatakan komunikasi kesihatan adalah untuk memberitahu kepada

    masyarakat umum tentang bahaya penyakit, memberi motivasi untuk mengelakkan daripada risiko

    penyakit, memberi latihan kepada mereka dari segi kemahiran gaya hidup yang sihat dan

    menanamkan rasa tanggungjawab untuk menjaga kesihatan diri sendiri.

  • 71 Model Promosi Kesihatan Umum

    Roger (1966) menerangkan bahawa komunikasi kesihatan merupakan sebahagian komunikasi

    manusia dengan tumpuan ditekankan kepada bagaimana individu berurusan dengan isu-isu

    berkaitan kesihatan. Ini merujuk kepada apa sahaja jenis komunikasi manusia yang berhubung

    kait dengan kesihatan.

    Elemen-elemen penting dalam komunikasi

    a. Jenis komunikasi

    i. Komunikasi lisan (verbal communication)

    Bahasa merupakan unsur penting dalam komunikasi verbal. Pearson (2000)

    mengatakan bahawa bahasa merupakan kod simbol, huruf atau perkataan dengan

    pelbagai makna yang disusun mengikut peraturan susunan ayat yang digunakan

    untuk berkomunikasi.

    Menurut Sulaiman (2002), komunikasi jenis ini boleh berlaku secara langsung apabila

    dua orang berbual secara bersemuka. Komunikasi lisan juga dilihat boleh

    mengeratkan silaturahim antara manusia dan boleh menjalinkan hubungan peribadi

    antara dua manusia. Komunikasi jenis ini boleh biasanya berlaku secara informal.

    Komunikasi formal pula adalah seperti mengajar, mesyuarat, taklimat, temu duga dan

    pengucapan awam. Misalnya untuk mengajar, seseorang guru bukan sahaja perlu

    membuat persediaan dari segi rancangan pelajaran dan alat bantu mengajar, malah

    ia perlu melakukan dengan baik untuk menarik perhatian pelajar.

    ii. Komunikasi bukan lisan (non-verbal communication)

    Komunikasi bukan lisan merupakan pelengkap kepada jenis komunikasi antara

    individu yang menggunakan isyarat sebagai cara untuk berkomunikasi seperti nada

    suara, air muka, gerak badan, hubungan mata, gerak tangan yang kadang kala

    berlaku secara tidak disedari. Komunikasi dalam bentuk tanpa lisan dapat

    menggambarkan emosi dan perasaan sebenar penyampai. Komunikasi lisan lebih

    berkesan jika diiringi dengan komunikasi tanpa lisan.

    Kajian oleh Birdwhistell (1955) menunjukkan bahawa lebih kurang 35% komunikasi

    lisan dan selebihnya adalah komunikasi tanpa lisan.

    Sementara Harisson (1974) pula menghuraikan bahawa 93% daripada makna yang

    disampaikan melalui komunikasi adalah bersifat tanpa lisan.

  • 72 Model Promosi Kesihatan Umum

    Komunikasi bukan lisan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu komunikasi

    isyarat dan komunikasi visual.

    Komunikasi isyarat ialah makna yang dilahirkan oleh bunyi, gerakan anggota badan,

    memek muka, objek atau sebarang reka bentuk yang di luar daripada penggunaan

    biasa oleh sistem bahasa yang formal. Komunikasi isyarat berbeza-beza maknanya

    mengikut budaya bangsa. Sesuatu pergerakan yang biasa dilakukan oleh orang

    Melayu adalah berbeza maksudnya apabila dilihat dan ditafsirkan oleh bangsa lain.

    Komunikasi visual pula membolehkan kita berkomunikasi menggunakan imej-imej

    visual seperti gambar, lukisan atau ilustrasi tertentu. Komunikasi visual boleh

    dibahagikan kepada tiga jenis iaitu komunikasi grafik, imej bergerak dan komunikasi

    bertulis. Komunikasi grafik biasanya disampaikan melalui media massa seperti

    akhbar, risalah majalah dan sebagainya. Komunikasi imej bergerak lazimnya

    digunakan oleh televisyen dan video. Media ini berfungsi untuk rancangan

    pendidikan dan demonstrasi. Kelebihan media ini menggunakan kombinasi imej

    visual, perkataan dan audio untuk menyampaikan mesej yang realistik.

    b. Proses komunikasi

    Proses komunikasi dapat digambarkan sebagai satu aliran penyampaian mesej atau

    maklumat berpunca daripada sumber sehingga sampai kepada penerima melalui saluran

    yang digunakan. Saluran yang digunakan boleh jadi dalam bentuk komunikasi antara individu

    atau tanpa lisan menggunakan pelbagai media yang boleh mencapai khalayak penerima.

    Contohnya, komunikasi melalui media terhad seperti menggunakan poster, pamplet dan video

    atau media yang bersifat massa seperti akhbar, televisyen dan radio. Aliran maklumat akan

    lengkap apabila wujudnya maklum balas daripada penerima kembali kepada sumber yang

    mengeluarkan maklumat tersebut.

  • 73 Model Promosi Kesihatan Umum

    Rajah 4.4: Gambaran proses komunikasi

    Dengan menggunakan ayat sendiri, terangkan secara ringkas bagaimana proses komunikasi di atas dilaksanakan bagi menyampaikan maklumat kepada komuniti di tempat anda

    dengan memberikan contoh program kesihatan yang mahu dilaksanakan di peringkat komuniti.

    ______________________________________________________________________________

    ______________________________________________________________________________

    ______________________________________________________________________________

    ______________________________________________________________________________

    ______________________________________________________________________________

    ______________________________________________________________________________

    ______________________________________________________________________________

    ______________________________________________________________________________

    ______________________________________________________________________________

    ____________________________________________________________________

  • 74 Model Promosi Kesihatan Umum

    CDCynergy

    Antara model perancangan program kesihatan yang komprehensif dan teoretikal adalah model

    CDCynergy yang dibangunkan oleh bahagian komunikasi di Pusat Pencegahan dan Kawalan

    Penyakit (CDC) pada pertengahan tahun 1990an. Ia merupakan alat interaktif yang menggunakan

    CD-ROM yang mengandungi model perancangan dan komponen asas di dalam model

    perancangan. Ia juga mengandungi kedua-dua model yang telah dibincangkan sebelum ini iaitu

    model PRECEDE-PROCEED dan model MATCH.

    CDCynergy di bangunkan dengan tujuan utama untuk golongan professional kesihatan awam di

    CDC yang bertanggungjawab dalam komunikasi kesihatan. Walau bagaimanapun, oleh kerana

    minat yang meluas dalam model, CDC dibuat untuk profesional kesihatan yang lain yang

    mendapati model ini berguna untuk promosi kesihatan di dalam masyarakat, tempat kerja,

    sekolah dan persekitaran penjagaan kesihatan. Pada masa sekarang, CDCynergy dianggap

    domain awam iaitu sekatan tidak ditempatkan pada salinan atau penggunaan am. Salinan

    CDCynergy ini boleh didapati melalui latihan oleh Society for Public Health Education (SOPHE)

    atau boleh didapati terus dari Public Health Foundation.

    Edisi asas CDCynergy (3.0) mengandungi kaedah am untuk perancangan komunikasi kesihatan,

    panduan langkah-langkah, pusat rujukan dan pautan yang membolehkan rancangan khusus

    diwujudkan. Sebagai tambahan, CDC dan rakan-rakan lain telah menghasilkan edisi cynergy

    untuk memenuhi keperluan khusus perancang bagi menangani pelbagai masalah kesihatan. Edisi

    ini termasuklah penyakit kardiovaskular, imunisasi, mikronutrien, pencegahan dan kawalan

    tembakau dan pemasaran sosial. CDC turtu mengeluarkan edisi singkat yang dipanggil model

    CDCynergy Lite untuk membantu pelatih mempercepatkan perancangan komunikasi kesihatan.

    Fasa-fasa CDCynergy

    Cynergy menggunakan enam fasa yang mengandungi pelbagai langkah untuk membantu

    perancang memperoleh kefahaman yang mendalam tentang masalah kesihatan, siapa yang

    terlibat, meneroka pelbagai strategi yang mungkin untuk mempengaruhi masalah, memilih strategi

    secara sistematik, memahami peranan komunikasi yang boleh dimainkan dalam sesuatu

    perancangan, perlaksanaan dan penilaian dan membangunkan pelan komunikasi yang

    komprehensif. Berikut penerangan tentang fasa berserta langkah-langkah di dalam setiap fasa.

  • 75 Model Promosi Kesihatan Umum

    Mengenal pasti dan menentukan masalah kesihatan yang boleh ditangani dengan intervensi program anda

    Memeriksa dan menjalankan penyelidikan yang perlu untuk menerangkan masalah-masalah

    Menilai faktor-faktor dan pemboleh ubah yang boleh menjejaskan hala tuju projek, termasuk kekuatan, kelemahan, peluang dan rawatan

    Fasa 1 Menerangkan

    Masalah

    Senaraikan penyebab-penyebab masalah yang mahu ditangani Membangunkan matlamat bagi setiap masalah Pertimbangkan kekuatan, kelemahan, peluang, rawatan dan etika dalam kesihatan:

    1 kejuruteraan 2- komunikasi / pendidikan 3- polisi / penguatkuasaan 4 perkhidmatan komuniti

    Memilih jenis intervensi yang perlu di gunakan untuk tangani sesuatu masalah

    Fasa 2 Kenal pasti Masalah

    Putuskan sama ada komunikasi yang di perlukan itu satu intervensi yang dominan atau sebagai sokongan kepada intervensi lain Jika komunikasi digunakan sebagai intervensi yang dominan, senaraikan audiens Jika komunikasi digunakan untuk menyokong perkhidmatan komuniti, kejuruteraan dan

    polisi/penguatkuasaan, senaraikan audiens yang boleh dicapai dalam menyokong setiap intervensi yang dipilih

    Jalankan penyelidikan yang perlu kepada audiens Pilih segmen audiens dan tuliskan objektif komunikasi di dalam setiap segmen Senaraikan penerangan yang kreatif untuk sediakan panduan di dalam memilih

    konsep yang sesuai, mesej, tetapan, aktiviti dan bahan-bahan.

    Fasa 3 Merancang Intervensi

    Membangunkan dan menguji konsep, mesej, tetapan, aktiviti yang spesifik dan bahan-bahan dengan audiens yang dimaksudkan

    Menyelesaikan dan merumuskan secara ringkas pelan perlaksanaan komunikasi. Pelan tersebut hendaklah mengandungi : Latar belakang dan justifikasi SWOT dan analisis etika, Audiens, Objektif komunikasi,

    Mesej,Tetapan dan saluran untuk menyampaikan mesej tersebut, Aktiviti termasuk taktik, bahan dan kaedah lain, Sumber dan rakan-rakan yang ada, Tugasan dan tempoh masa termasuk tanggung jawab individu untuk setiap tugasan, tarikh untuk menyiapkan tugasan, sumber yang diperoleh dan penanda kemajuan yang akan diperiksa, dan Pelan komunikasi dalaman dan luaran, Bajet

    Menghasilkan bahan-bahan untuk diedarkan

    Fasa 4 Mengembangkan

    Intervensi

    Menentukan keperluan maklumat pihak berkepentingan: Menentukan apakah jenis penilaian (perlaksanaan, pencapaian dan kesan) yang diperlukan untuk memenuhi keperluan maklumat pihak berkepentingan

    Mengenal pasti sumber maklumat dan memilih kaedah pengumpulan data Merumuskan reka bentuk penilaian yang menggambarkan bagaimana kaedah yang akan digunakan untuk mengumpul maklumat yang boleh dipercayai

    Membangunkan analisis data dan pelan laporan: Menyelesaikan dan secara ringkas merumuskan pelan pelaksanaan penilaian. Pelan termasuk:

    Soalan dari pihak yang berkepentingan, Standard intervensi, Kaedah dan reka bentuk penilaian, Analisis dan laporan data

    Tugas dan tempoh masa termasuk tanggungjawab individu untuk setiap tugasan, tarikh untuk menyiapkan tugasan, sumber yang diperolehi dan penanda kemajuan yang akan diperiksa.

    Pelan komunikasi dalaman dan luaran, dan bajet

    Fasa 5 Pelan Matlamat

    Mengintegrasikan, melaksana dan menguruskan pelan komunikasi dan penilaian Mengumpul maklum balas dan pengajaran Mengubah komponen program berdasarkan maklum balas Menyebarkan pengajaran dan dapatan penilaian

    Fasa 6Pelan

    Perlaksanaan

    Rajah 4.5 : CDCynergy Model Komunikasi Kesihatan (CDC,1999)

  • 76 Model Promosi Kesihatan Umum

    Model-Model Lain

    A Systematic Approach to Health Promotion (Healthy People 2010)

    A Systematic Approach to Health Promotion merupakan model perancangan di mana ia

    digunakan untuk membangunkan Healthy People 2010 dan mempunyai empat elemen iaitu

    matlamat, objektif, faktor penentu kesihatan dan status kesihatan. Sama ada ia digunakan dalam

    perancangan aktiviti di peringkat nasional, negeri atau komuniti, empat elemen ini merupakan

    teras yang utama.

    Model perancangan yang lain adalah menyediakan matlamat hala tuju bagi pendekatan dan

    berkhidmat untuk panduan pembangunan objektif yang menentukan hasil serta jangka masa. Dua

    matlamat asas yang berkaitan dengan Healthy People 2010 adalah peningkatan tahun dan kualiti

    hidup yang sihat, dan menghapuskan perbezaan kesihatan.

    Sejumlah 467 objektif yang melibatkan 28 hala tuju adalah termasuk dalam Healthy People 2010.

    Sebagai inisiatif perancangan, objektif perancangan akan menentukan siapa yang akan terjejas,

    apa yang akan berubah, di mana ia akan terjadi, bila perubahan itu berlaku dan berapa banyak

    perubahan akan berlaku.

    Model Healthy People 2010 secara jelas menunjukkan penentu utama kepada kesihatan. Penentu

    dalam model ini termasuklah tingkah laku (aktiviti fizikal, memakai tali pinggang keselamatan dan

    diet kesihatan), biologi (kecenderungan genetik terhadap penyakit atau kesihatan, sejarah

    keluarga), persekitaran sosial (hubungan dengan keluarga, rakan, pasangan dan lain-lain),

    persekitaran fizikal (apa yang di sentuh, lihat, dengar, bau dan rasa), polisi intervensi dan akses

    kepada kualiti penjagaan kesihatan.

    Secara kolektif, penentu ini mempunyai kesan yang sempurna terhadap kesihatan dan gaya hidup

    sihat kepada individu, komuniti dan negara. Lebih penting lagi, ia menunjukkan fokus kepada

    intervensi promosi kesihatan berdasarkan Healthy People 2010. Untuk mengubah status

    kesihatan komuniti, perancang hendaklah seterusnya menangani dan mengubah suai penentu

    utama. Akhir sekali, status kesihatan (nisbah kematian, jangka hayat, kualiti kehidupan dan

    morbiditi dari penyakit yang spesifik), standard utama kejayaan dengan promosi kesihatan yang

    boleh dinilai, ditentukan sebagai langkah asas dan kemudian sebagai ukuran sasaran.

  • 77 Model Promosi Kesihatan Umum

    Assessment Protocol for Excellence in Public Health (APEX-PH)

    Assessment Protocol for Excellence in Public Health (APEX-PH) adalah proses perancangan dan

    penilaian yang juga dibangunkan oleh National Association of County and City Health Officials

    (NACCHO) diperkenalkan pada 1991 selepas bekerjasama dan bergabung dengan rakan-rakan

    dari pusat kesihatan awam. APEX-PH dibangunkan untuk membantu negara / jabatan berkaitan

    laporan oleh Institute of Medicines (IOM) yang bertajuk Masa Depan Kesihatan Awam yang

    mana ia menyatakan bahawa setiap agensi kesihatan awam hendaklah sentiasa mengumpul

    secara sistematik dan menganalisis maklumat keperluan kesihatan komuniti. Walaupun APEX-PH

    yang sebahagian besarnya telah diubah dalam model MAPP (Mobilizing for Action

    through Planning and Partnerships), terdapat beberapa jabatan kesihatan awam masih lagi

    menggunakan APEX-PH kerana pada fasa pertama, penilaian organisasi sangat terkenal dan

    fleksibel kepada sesiapa yang terlibat dalam usaha perancangan.

    APEX-PH dipromosikan oleh NACCHO sebagai model perancangan untuk kesihatan tempatan

    yang rasmi untuk menilai organisasi dan pengurusan jabatan kesihatan, di mana ia menyediakan

    rangka kerja untuk bekerja dengan rakan komuniti dan organisasi lain dalam menilai s tatus

    kesihatan komuniti dan mengamalkan ciri-ciri kepimpinan untuk jabatan kesihatan dalam komuniti.

    Ia juga boleh dipanggil sebagai satu alat yang fleksibel yang boleh bekerjasama dengan model

    perancangan yang lain.

    Proses APEX-PH melibatkan tiga langkah. Langkah 1, penilaian kapasiti organisasi. Ia

    memerlukan jabatan kesihatan awam untuk meningkatkan penilaian dalaman di dalam kapasiti

    pentadbiran termasuk kekuatan, kelemahan, sumber dan kepakaran. Oleh kerana Langkah 2 di

    dalam proses APEX-PH melibatkan penilaian komuniti, pengarah kesihatan dan seluruh

    pasukannya juga perlu untuk menilai kapasiti dalaman untuk mengawal selia pengumpulan data

    yang komprehensif dalam proses analisis.

    Langkah kedua di dalam APEX-PH adalah proses komuniti. Dalam langkah ini, data kesihatan

    dikumpul dan di analisis sebagai tambahan kepada data yang dicadangkan oleh komuniti. Satu

    cabaran dalam pendekatan ini adalah mencari keseimbangan antara data di mana terdapat

    beberapa isu dan konflik. Sebagai contoh, data epidemiologi yang mengesan penyakit kronik

    seperti penyakit jantung, barah dan strok akan menjadi fokus dalam aktiviti program. Data

    cadangan pengguna kerap fokus kepada masalah sosial atau persekitaran seperti kekacauan,

  • 78 Model Promosi Kesihatan Umum

    penggunaan dadah, kehamilan remaja atau keselamatan jiran tetangga. Apabila kedua-dua data

    ini telah dikumpul, perancang hendaklah mengenal pasti keutamaan dengan menggunakan

    intervensi yang pelbagai. Dalam langkah ini, masalah dikenal pasti dan keutamaan di bangunkan.

    Langkah terakhir (Langkah 3) di dalam proses APEX-PH adalah melengkapkan kitaran. Ia

    mempunyai persamaan dengan langkah terakhir pada model-model perancangan lain. Langkah

    ini memberi panduan berkaitan pembangunan polisi, perkhidmatan dan intervensi lain, membina

    pelan perlaksanaan dan memastikan bahawa kesemua program yang telah dirancang di jalankan

    dan di nilai.

    Analisis SWOT (Strengths, Weakness, Opportunities, Threats)

    Pada awalnya, analisis SWOT berkaitan dengan usaha perancangan yang strategik dalam sektor

    perniagaan dan pemasaran. Dengan kata mudah, SWOT merupakan analisis kepada organisasi

    dalaman yang mengkaji berkaitan kekuatan, kelemahan, peluang dan rawatan dalam persekitaran

    operasi. Secara teknikalnya, penggunaannya harus terhad kepada peringkat awal proses

    membuat keputusan dalam persiapan untuk perancangan strategik yang lebih menyeluruh.

    Dalam praktis promosi kesihatan, analisis SWOT adalah biasa dalam kalangan perancang yang

    mahu mengurangkan masa perancangan dan bertindak pantas untuk langkah-langkah tindakan.

    Umumnya fasilitator membantu kumpulan perancangan mengenal pasti isu atau masalah,

    menetapkan atau menjelaskan matlamat, dan mewujudkan pelan. Analisis SWOT biasanya

    menggunakan matriks 2 x 2 di mana menyenaraikan kekuatan dan kelemahan pada paksi

    mendatar dan peluang dan ancaman pada paksi menegak. Organisasi boleh membuat keputusan

    jika ia lebih suka untuk membina kekuatan atau memperbaiki kelemahan dalam konteks peluang

    dan ancaman persekitaran.

    Analisis SWOT memerlukan perancang untuk mengkaji kekuatan sesuatu organisasi. Ia juga

    termasuk penilaian kepada organisasi yang tidak baik atau apa yang berbeza atau lebih baik

    daripada organisasi yang sama, sumber-sumber yang sedia ada (wang, peralatan, bekalan,

    bahan-bahan), kepakaran kakitangan, kualiti kerjasama dalam masyarakat, atau rekod hubungan

    kerja yang berjaya. Sebaliknya, analisis SWOT juga mengkaji kelemahan-kelemahan yang

    mungkin berkaitan dengan faktor-faktor yang sama di bawah kekuatan. Di samping itu, kelemahan

  • 79 Model Promosi Kesihatan Umum

    yang mungkin melibatkan reputasi yang rendah dalam kalangan pihak-pihak berkepentingan,

    termasuk pelanggan. Ia mungkin melibatkan ketidakmampuan untuk menangani masalah-

    masalah kesihatan tertentu atau faktor penentu kerana kod, peraturan, dasar atau keputusan

    pengurusan yang memberi kuasa kepada entiti lain.

    Manakala kekuatan dan kelemahan dinilai dalam analisis SWOT berkaitan dengan persekitaran

    dalaman organisasi, peluang dan ancaman yang berkaitan dengan persekitaran luaran. Peluang

    mungkin melibatkan keperluan pengguna tercapai, melonggarkan atau menyingkirkan halangan

    pentadbiran atau perundangan yang akhirnya membolehkan pembangunan program baru, aliran

    pembiayaan baru yang disediakan oleh agensi kerajaan atau agensi lain, atau gabungan yang

    baru dibentuk untuk menangani masalah kesihatan.

    Analisis SWOT berbeza dengan ketara daripada model lain yang dibincangkan dalam bab ini. Ia

    merupakan imbasan dalaman dan luaran yang membolehkan perancang melaksanakan intervensi

    dalam jangka masa yang lebih singkat. Berasaskan kekuatan atau menangani kelemahan tertentu

    ketika mengambil kelebihan peluang-peluang dalam persekitaran adalah satu kelebihan analisis

    SWOT. Sudah tentu pendekatan ini boleh membawa kepada cabaran jika input pengguna tidak

    diterima, masalah tidak dianalisis dengan teliti, faktor penentu yang berkenaan tidak ditangani,

    atau intervensi dikenal pasti dan dilaksanakan tanpa cukup memahami teori asas atau rasional.

    Walau bagaimanapun, analisis SWOT mempunyai tempat dalam kaedah perancangan dan

    kesederhanaan yang menjadi tarikan kepada ramai perancang.

    Pada pendapat anda, adakah model-model perancangan seperti di atas memberi

    kesan kepada program kesihatan yang mahu dijalankan di seluruh negara?

    ___________________________________________________________________________________

    ___________________________________________________________________________________

    ___________________________________________________________________________________

    ___________________________________________________________________________________

    ___________________________________________________________________________________

    ___________________________________________________________________________________

    ___________________________________________________________________________________

    _______________________________________________________________________

  • 80 Model Promosi Kesihatan Umum

    RUMUSAN

    Setiap model menyediakan rangka kerja untuk perancangan program promosi kesihatan.

    Terdapat beberapa perbezaan model perancangan yang telah di bangunkan dalam tempoh

    beberapa tahun. Model perancangan untuk promosi kesihatan yang telah diterangkan dalam unit

    ini adalah seperti berikut:

    1. PRECEDE-PROCEED

    2. MATCH (Multilevel Approach To Community Health)

    3. CDCynergy

    4. Komunikasi Kesihatan

    5. Pendekatan Sistematik Untuk Promosi Kesihatan (Healthy People 2010)

    6. APEX-PH (Assessment Protocol for Excellence in Public Health)

    7. SWOT (Strength, Weakness, Opportunities, Threats)

    Pada masa ini, model yang sangat dikenali dan selalu digunakan di dalam promosi kesihatan

    adalah model PRECEDE-PROCEED. Model MATCH juga merupakan model yang kerap

    digunakan oleh perancang kesihatan. Model-model terbaru termasuk CDCynergy, APEX-PH dan

    SWOT telah mula digunakan sebagai pilihan tambahan dan telah berkembang dari semasa ke

    semasa. Secara keseluruhannya, model-model ini dibangunkan dan terus digunakan untuk

    menyumbang kepada promosi kesihatan di seluruh dunia.

  • 81 Model Promosi Kesihatan Umum

    PETA KONSEP

    5 TERAS PROMOSI

    KESIHATAN

    PROSES KOMUNIKASI

    A

  • 82 Model Promosi Kesihatan Umum

    KATA KUNCI

    1. Promosi Kesihatan

    2. PRECEDE-PROCEED

    3. MATCH

    4. Komunikasi Kesihatan

    5. CDynergy

    6. SWOT

    PENILAIAN KENDIRI

    1. Apakah yang dimaksudkan dengan tujuan model perancangan program kesihatan?

    2. Apakah kepentingan menggunakan model-model seperti di atas di dalam merancang sesuatu

    program kesihatan?

    3. Di antara model-model di atas, model apakah yang biasa digunakan oleh perancang? Apakah

    perbezaan model tersebut dengan model-model lain?

    4. Apakah komponen yang wajib yang terdapat di dalam setiap model di atas? Bagaimanakah

    komponen tersebut dapat membantu dalam perancangan program?

    5. Terangkan maksud proses komunikasi seperti yang terdapat pada unit ini?

    RUJUKAN

    Centers for Disease Control and Prevention. (1999) Framework for program evaluation in public health. MMWR 48 (No. RR-11) U.S. Department Of Health & Human Services. Atlanta, Georgia. Green L. W., Kreuter M. W. (2005). Health Program Planning: An Educational and Ecological Approach. 4th edition. New York: McGraw-Hill Healthy People 2010. (2007). A Systematic Approach to Health Improvement. Atas Talian. Healthy People 2010 Web site: http://www.healthypeople.gov/Document/html/uih/ uih_2.htm#goals. (akses 27 Mei 2012). James, F., McKenzie, L., Brad L. Neiger, M., & Rosemary, T. (2002). Planning, Implementing, and Evaluating Health Promotion Programs: A Primer. 5th Edition. New York: University Press

  • 83 Model Promosi Kesihatan Umum

    Kementerian Kesihatan Malaysia. (2011). Modul Asas Promosi Kesihatan. Putrajaya Simons-Morton, D. G., Parcel, G. S., & OHara, N. M. (1988). Implementing organizational changes to promote healthful diet and physical activity at school. Health Education Quarterly, 15, 115-130.

  • 84 Model Promosi Kesihatan Umum

    PROSES KOMUNIKASI

    Sumber

    Mesej

    SaluranPenerima

    Maklumbalas

    5 TERAS PROMOSI

    KESIHATAN

    Polisi awam sihat

    Persekitaran yang

    menyokong

    Orientasi semula

    perkhidmatan kesihatan

    Tindakan komuniti

    Kemahiran individu di bangunkan

    A

    JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS