28
Penggunaan Bahan Konkrit, Media dan Teknologi | 171 UNIT PELAJARAN 10 PENGGUNAAN BAHAN KONKRIT, MEDIA DAN TEKNOLOGI UJIAN PRA-PELAJARAN Nota: Anda boleh menguji dan menilai tahap kebolehan atau penguasaan anda mempelajari unit pelajaran ini dengan menjawab persoalan berikut. Sekiranya and a menguasai penilaian pada tahap 5, bermaksud anda sudah menguasai unit pelajaran ini sepenuhnya. Oleh itu bolehlah anda terus mempelajari topik / Unit Pelajaran berikutnya. Sangat Tidak Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju/Agree Sangat Setuju Setuju 1 2 3 4 5 Item Penyataan /Statement 1 2 3 4 5 1 Saya dapat menerang dan membincang tentang mengaplikasikan penggunaan bahan konkri t dalam pengajaran bentuk dan ruang. 2 Saya dapat menerang dan membincang tentang Mengaplikasikan penggunaan bahan m dia dan

UNIT 10 Integrasi Bahan.docx

  • Upload
    said888

  • View
    26

  • Download
    5

Embed Size (px)

DESCRIPTION

note

Citation preview

Page 1: UNIT 10 Integrasi Bahan.docx

P e n g g u n a a n B a h a n K o n k r i t , M e d i a d a n T e k n o l o g i | 171

UNIT PELAJARAN 10

PENGGUNAAN BAHAN KONKRIT, MEDIA DAN

TEKNOLOGI

UJIAN PRA-PELAJARAN

Nota: Anda boleh menguji dan menilai tahap kebolehan atau penguasaan anda mempelajari

unit pelajaran ini dengan menjawab persoalan berikut. Sekiranya anda menguasai penilaian

pada tahap 5, bermaksud anda sudah menguasai unit pelajaran ini sepenuhnya. Oleh itu

bolehlah anda terus mempelajari topik / Unit Pelajaran berikutnya.

Sangat Tidak Tidak Setuju     Kurang Setuju     Setuju/Agree     Sangat SetujuSetuju

1 2 3 4 5Item Penyataan /Statement 1 2 3 4 51 Saya dapat menerang dan membincang tentang

mengaplikasikan penggunaan bahan konkrit dalampengajaran bentuk dan ruang.

2 Saya dapat menerang dan membincang tentangMengaplikasikan penggunaan bahan media danteknologi dalam pengajaran bentuk dan ruang

Page 2: UNIT 10 Integrasi Bahan.docx

171P e n g g u n a a n B a h a n K o n k r i t , M e d i a d a n T e k n o l o g i | 172

UNIT PELAJARAN 10

PENGGUNAAN BAHAN KONKRIT, MEDIA DAN

TEKNOLOGI

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pelajaran, diharapkan pelajar dapat:

I. Menerang dan membincang tentang mengaplikasikan penggunaan bahan konkrit

dalam pengajaran bentuk dan ruang.

II. Menerang dan membincang tentang Mengaplikasikan penggunaan bahan media

dan teknologi dalam pengajaran bentuk dan ruang

PENDAHULUAN

Perbincangan tajuk ini adalah berkaitan rapat dengan kursus yang telah dijalankan

sebelumnya, iaitu KPD 3016 Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran I dan KPD 3026

Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran II. Berdasarkan kursus yang telah lalu ini,

anda boleh mengingat kembali bahawa penggunaan bahan konkrit, media dan  teknologi dalam

pengajaran amat penting dalam pengajaran kelas.

Sebelum meneruskan perbincangan ini, eloklah anda fahami dahulu apakah yang

dimaksudkan dengan Bahan konkrit. Didax (2012) merupakan laman sesawang

Page 3: UNIT 10 Integrasi Bahan.docx

http://www.didax.com/articles/concrete-manipulatives-concrete-ideas.cfm telah membincangkan

tentang maksud bahan konkrit dalam pengajaran matematik. Berdasarkan Didex (2012)

maksud bahan konkrit boleh difahami berdasarkan satu kajian mudah ke atas kanak-kanak

peringkat awal persekolahan sekolah rendah, bernama Brenda. Kajian melibatkan membilang

172

P e n g g u n a a n B a h a n K o n k r i t , M e d i a d a n T e k n o l o g i | 173

objek konkrit. Tujuh blok berbentuk segi empat sama diletakkan di atas meja, dengan empat

daripada blok segi empat sama  itu ditutup dengan kain. Bila membilang, Brenda menyebut  “1,

2, 3” sambil menunjuk kepada setiap satu blok segi empat yang dilihatnya. Bagaimanapun,

Brenda  tidak meneruskan proses membilang untuk blok yang  terlindung itu walaupun pengkaji

menyatakan bahawa  terdapat empat  lagi blok segi empat sama di bawah kain  tersebut. Tetapi

sebaliknya Brenda mencuba untuk membuka kain yang menutup blok tersebut untuk

membilang seterunya. Sejurus kemudian barulah pengkaji menyelak kain tersebut dan

menunjukkan dua lagi blok segi empat sama. Setelah itu barulah Brenda meneruskan proses

membilang semula dengan “1, 2 “ (membilang blok yang baru ditunjukkan oleh pengkaji) dan

meneruskan lagi kepada tiga lagi blok sedia ada menjadi “3, 4, 5”. Seterusnya Brenda tidak

meneruskan proses membilang walaupun diberi tahu ada dan ditunjukkan di bawah kain

bahawa masih ada lagi dua blok yang terlindung. Akhirnya Brenda berupaya membilang

kesemua blok setelah kesemuanya didedahkan kepadanya.

Berdasarkan kajian yang digambarkan dalam Didax (2012) ini menunjukkan bahawa

pengertian bahan konkrit berkait rapat dengan pengetahuan pelajar dan boleh dibahagikan

kepada dua iaitu: konkrit-deria (sensory-concrete); dan konkrit-sepadu (Integrated-concrete).

Bahan konkrit-deria adalah bermaksud bahan konkrit yang perlu dilihat sendiri oleh pelajar bagi

membina sesuatu pengetahuan atau memahaminya. Ini bererti bahan konkrit deria ini

memerlukan pelajar menggunakan derianya sendiri sebelum berupaya memahaminya.

Contohnya ialah seperti blok piramid, kubus dan kuboid. Bahan konkrit-sepadu pula ialah

merupakan bahan yang membantu pelajar membina sesuatu konsep pada tahap yang lebih

tinggi, iaitu gabungan antara pengetahuan tentang bahan yang ada secara konkrit dengan

Page 4: UNIT 10 Integrasi Bahan.docx

G

pengetahuan abstrak yang lain. Sebagai contoh, paparan yang ditunjukkan pada skrin komputer

adalah merupakan bahan konkrit-integrasi. Oleh itu penggunaan bahan media dan teknologi

adalah juga merupakan bahan konkrit-integrasi.

173

P e n g g u n a a n B a h a n K o n k r i t , M e d i a d a n T e k n o l o g i | 174

Penggunaan bahan konkrit dalam pengajaran ditekankan oleh para pendidik dan pakar

pendidikan semenjak dahulu lagi, antara adalah seperti Zolton Dienes (1960) and Jerome

Bruner (1961). Banyak kajian melibatkan penggunaan bahan konkrit dalam pengajaran, dan

mendapati bahawa ia boleh membantu pelajar mempelajari matematik dengan lebih baik

(Fuson & Briars, 1990; Thompson, 1992; Resnick & Omonson, 1987) . Antaranya Suydan dan

Higgins (1977) mendapati bahawa terdapat pola yang menunjukkan penggunaan bahan konkrit

dalam pengajaran boleh membantu pelajar dalam pembelajaran. Fuson dan Briars  (1990)  juga

mendapati bahawa penggunaan blok berasas 10 boleh membantu pelajar dalam pembelajaran

matematik melibatkan algoritma tambah dan tolak. Bagaimana pun berdasarkan kajian

Thompson (1992) dan Resnick dan Omonson (1987) menunjukkan penggunaan blok asas

sepuluh lebih berkesan kepada pelajar-pelajar pada tahap umur pembelajaran lebih rendah,

manakala pelajar-pelajar pada tahap umur lebih tinggi menunjukkan kesan yang agak kurang.

MEMBINA KEFAHAMAN BENTUK DAN RUANG MELALUI

PENGALAMAN

eometri atau bentuk dan  ruang merupakan subjek yang digeruni oleh sebahagian

pelajar. Mengapa  jadi begitu? Kepada sebahagian daripada pelajar, pembelajaran

geometri atau bentuk dan ruang ini dilihat amat berkait langsung dengan

menghafal rumus yang banyak serta mengaplikasikan rumus. Adakah dakwaan ini benar?

Sebenarnya, geometri atau bentuk dan ruang ini merupakan bidang pengajian yang berkait

langsung dengan dunia nyata. Bagaimanapun pendidikan di sekolah hari  ini, kurang berupaya

membina perkaitan antara pembelajaran geometri dengan dunia nyata. Geometri dianggap

Page 5: UNIT 10 Integrasi Bahan.docx

sebagai subjek yang dipenuhi dengan rumus dan peraturan matematik semata-mata. Oleh itu

tugas pelajar ialah menghafal rumus-rumus yang banyak dan panjang itu, dan seterusnya

mencuba mengaplikasikan dalam penyelesaian masalah. Pembelajaran seperti ini tentulah

174

P e n g g u n a a n B a h a n K o n k r i t , M e d i a d a n T e k n o l o g i | 175

membosankan. Ia bukan sahaja membosankan pelajar, malahan guru sendiri  juga bosan untuk

mengajar geometri kepada pelajar-pelajar.

Pengajaran dan pembelajaran bentuk dan ruang perlulah dikaitkan dengan dunia

sebenar atau kehidupan pelajar. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran ini adalah selari

dengan fahaman konstruktivisme (Mohd Uzi, 1996). Menurut fahaman ini, pelajar sendiri

mestilah membina pengetahuan mereka, bukanya menerima pengetahuan secara serba

sempurna daripada guru. Dalam hal ini guru hanyalah berperanan aktif untuk memandu dan

membimbing pelajar. Di samping itu, pengetahuan bagi seseorang pelajar haruslah boleh

digunakan, ataupun secocok dengan pengalaman. Menurut Simon (1995), pengetahuan yang

boleh digunakan atau secocok itu bermaksud pengetahuan yang boleh dipraktikkan

sebagaimana yang diinginkan oleh pelajar sendiri, atau boleh digunakan untuk memahami

sesuatu fenomena, atau membuat jangkaan tentang sesuatu perkara yang akan berlaku

berdasarkan pengalaman yang lalu. Sekiranya pengalaman yang dilalui itu tidak secocok

dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada, maka keseimbangan struktur kognitif akan

terganggu. Keadaan seperti ini akan membawa kepada proses penyesuaian terhadap

pengetahuan sedia ada, dan seterunya pembelajaran pengetahuan baru akan dijanakan. Oleh

itu asimilasi dan akomodasi merupakan proses penyesuaian kognitif yang amat perlu bagi

pelajar mempelajari pengetahuan baru (rujuklah modul KRM 3013 Asas Nombor bagi

mengingat kembali tentang konsep asimilasi dan akomodasi ini).

Satu aliran teori dalam fahaman konstruktivisme ini telah dijelaskan oleh Von

Glasersfeld (1989) berdasarkan dua prinsip asas iaitu:

i. Pengetahuan bukannya diterima secara pasif, tetapi dibina secara aktif oleh

individu yang berfikir;

Page 6: UNIT 10 Integrasi Bahan.docx

ii. Fungsi kognisi adalah adaptif, dan kognisi berperanan untuk mengorganisasikan

pengalaman seseorang dan bukan menemui realiti ontologi (ontological reality).

175

P e n g g u n a a n B a h a n K o n k r i t , M e d i a d a n T e k n o l o g i | 176

Kedua-dua prinsip asas ini menggariskan bahawa pembelajaran tidak boleh dicapai dengan

berkesan sekiranya sekadar mengikut kehendak guru semata-semata, tetapi hendaklah melalui

pengalaman pelajar secara aktif. Aktif ini bukanlah hanya secara fizikal sahaja, tetapi yang lebih

penting ialah aktif secara kognitif. Contoh aktif secara fizikal ialah seperti menulis, membaca

dan melukis, manakala aktif secara kognitif ialah melibatkan pelajar berfikir, berhujah dan

menyelesaikan masalah.

Pelajar juga mestilah memiliki fungsi kognitif yang adaptif, cenderung ke arah daya

maju. Oleh itu, dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran, keutamaan tidak harus

ditekankan kepada kuantiti pengetahuan sahaja, tetapi yang lebih penting ialah kebolehan

untuk mengubahsuai pengetahuan lalu ataupun membina sendiri pengetahuan baru.

Pengetahuan yang dibina oleh seseorang pelajar juga adalah bersifat individu, terhasil daripada

proses kognitif dan  interaksi dalam masyarakat. Satu perkara yang perlu diberi perhatian  ialah

sifat kognitif pelajar sendiri yang akan mengekalkan pengetahuan sesuatu konsep  itu selagi  ia

diyakini betul atau boleh menyelesaikan masalah. Sebaliknya, seseorang pelajar akan menolak

sesuatu pengetahuan dan menggantikannya dengan yang baru sekiranya dirasakan bahawa

pengetahuan baru itu lebih secocok dengan pengalaman (Simon, 1995). Oleh itu dalam

pengajaran dan pembelajaran tentang bentuk dan ruang, pengetahuan yang harus dimiliki

pelajar  ialah pengetahuan yang dibina sendiri oleh mereka. Sebagai guru,  tugas utama adalah

bukan sekadar memberi seberapa banyak ilmu pengetahuan, tetapi membantu pelajar

membina pengetahuan mereka.

Kejayaan pelajar dalam proses pembelajaran dapat dicapai setelah mereka berjaya

membina sendiri pengetahuan di dalam minda mereka. Satu ciri penting dalam proses membina

pengetahuan ialah kefahaman makna terhadap sesuatu konsep adalah berdasarkan struktur

kognitif sedia ada serta saling interaksi pelajar di dalam masyarakat. Sebagai contoh,

Page 7: UNIT 10 Integrasi Bahan.docx

seseorang guru boleh melukis bentuk sesuatu bongkah kuboid, namun pelajar sendirilah yang

176

P e n g g u n a a n B a h a n K o n k r i t , M e d i a d a n T e k n o l o g i | 177

akan memberi makna sebenar bagi bentuk bongkah  tersebut di dalam mindanya (Rajah 10.1)

(Mohd Uzi, 1996). Apakah yang akan terjadi sekiranya pelajar tidak pernah mempunyai

pengalaman tentang bentuk bongkah tersebut? Sudah tentu pelajar tidak dapat menyatakan

dan menggambarkannya sebagai suatu bongkah kuboid. Tetapi sebaliknya hanya

memahaminya sebagai suatu bentuk yang terbina daripada gabungan beberapa garis lurus

yang bersambung, yang bersifat 2-dimensi, dan tidak tergambar pun di dalam pemikirannya

sebuah kuboid yang bersifat 3-dimensi.

Rajah 10.1: Sebuah kuboid

Oleh itu, anda mestilah sensitif terhadap kebolehan kognitif pelajar, dengan mengambil kira

pengalaman pelajar sendiri dalam pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran begini tentunya

lebih menarik memotivasikan pelajar untuk terus belajar.

PEMBELAJARAN BENTUK DAN RUANG MENGGUNAKAN BAHAN

KONKRIT

Bentuk dan ruang sememangnya berkaitan dengan kehidupan pelajar sendiri. Oleh

itu, satu cara pengajaran bentuk dan  ruang adalah dengan melibatkan murid-murid

dalam aktiviti melibatkan bahan konkrit. Melalui aktiviti seperti ini memberi peluang

kepada pelajar meneroka dan mendapat pengalaman secara langsung dengan melibatkan

penggunaan panca indera yang ada seperti mata, telinga dan sebagainya.

Page 8: UNIT 10 Integrasi Bahan.docx

177

P e n g g u n a a n B a h a n K o n k r i t , M e d i a d a n T e k n o l o g i | 178

Penggunaan bahan konkrit dalam pengajaran sebenarnya amat mudah untuk

dilaksanakan. Apa yang penting adalah kreativiti dan perancangan yang baik daripada guru.

Satu aktiviti mudah yang boleh dilaksanakan ialah menyusun kasut di atas rak kasut.

Pengalaman seperti ini akan memberi peluang kepada murid-murid mempelajari sendiri

konsep-konsep tentang sais dan sistematik yang amat penting dalam memahami dan

menghayati bentuk dan ruang. Murid-murid juga akan berpeluang mengamalkan nilai-nilai murni

secara  langsung dalam pengajaran seperti semangat bekerjasama dan kebersihan, di samping

nilai keindahan dalam pengajaran.

Pemahaman Konsep 3-D Dan 2-D Melalui Bahan Konkrit

Dalam pengajaran geometri, kefahaman tentang konsep perlu diberi penekanan. Sering kita

perhatikan dalam pengajaran kelas guru kurang memberi penekanan untuk memberi

kefahaman kepada pelajar, tetapi mengajarnya dengan menghafal maklumat-maklumat tanpa

mengaitkan dengan  fenomena sebenar dalam alam nyata. Sebagai contoh, dalam pengajaran

sering para guru mengasingkan pengajaran 3-D dengan 2-D. Antara aktiviti yang dilakukan

dalam kelas ialah seperti menghafal atau melukis bentuk seperti segi empat, segi tiga dan

sebagainya. Sedangkan dalam konteks sebenar bentuk 2-D hanya boleh dilihat tetapi “tidak

boleh diambil” (maksudnya akan dibincangkan seterusnya).

Membina kefahaman murid-murid tentang konsep bentuk dan ruang adalah amat

mencabar. Bagaimanapun tugas ini akan menjadi lebih mudah dengan bantuan penggunaan

bahan konkrit dalam pengajaran. Satu contoh penggunaan bahan konkrit dalam pengajaran

tentang bentuk dan ruang adalah melibatkan pengajaran tentang konsep 3-D dan 2-D. Dalam

contoh  ini, adalah bagi membantu murid-murid memahami konsep 3-d dan 2-D dengan melihat

perhubungan antara kedua-dua konsep berkenaan. Aktiviti ini melibatkan murid-murid untuk

Page 9: UNIT 10 Integrasi Bahan.docx

178P e n g g u n a a n B a h a n K o n k r i t , M e d i a d a n T e k n o l o g i | 179

membuat kotak kasut sendiri menggunakan sekeping kertas tebal. Aktiviti ini amat sesuai

kepada murid-murid di peringkat awal pembelajaran.

Aktiviti: Membina kotak kasut

Langkah 1: Berikan satu kertas yang  telah siap dilukis dengan bentuk  rajah seperti Rajah 10.2

kepada murid-murid.

Langkah 2: Dengan menggunakan gunting, suruh murid-murid memotong mengikut garisan

yang ditandakan.

Langkah 3: Seterunya, suruh murid-murid membentuk sebuah objek dengan melipat mengikut

garisan yang sudah ditandakan.

Langkah 4: Menggunakan gam, suruh murid-murid mencantumkan tepi-tepi objek tersebut.

Seterusnya tanyakan apakah bentuk yang diperoleh.

Potong menggunakangunting mengikut garisan ini

Rajah 10.2: Gambar rajah dilukis pada kertas kad manila

Page 10: UNIT 10 Integrasi Bahan.docx

179P e n g g u n a a n B a h a n K o n k r i t , M e d i a d a n T e k n o l o g i | 180

Muri-murid juga perlu diberi peluang meneroka sendiri konsep bentuk dan ruang,

khususnya tentang 3-D dan 2-D yang ditekankan dalam sukatan pelajaran sekolah rendah.

Persoalannya adalah, apakah murid-murid kita dapat memahami dengan jelas tentang

perbezaan antara kedua-duanya. Oleh itu sebagai langkah awal, cuba tanyakan murid-murid,

“apakah dia objek 2D” dan “apakah pula objek 3-D?”. Walaupun dua persoalan ini kelihatan

mudah, namum menjawabnya adalah agak sukar.

Satu cara memberi kefahaman kepada murid-murid  tentang konsep 3D dan 2D  ini telah

dijelaskan oleh TESSA yang boleh dilihat melalui halaman sesawang berikut:

(http://www.ufh.ac.za/faculties/edu/TESSA/Resources/Numeracy/NUM_M2_S3_RSA_HANDOV

ER_Exploring_3D_geometry.pdf). Penjelasan diberi dengan memberi penerangan bahawa

objek 3D adalah sebagai suatu “benda yang boleh di ambil”, sebagaimana buku, pensel dan

pembaris. Tetapi, bentuk 2-D merupakan suatu perkara yang boleh dilihat, tetapi “tidak boleh

diambil”. Contoh 2-D ialah seperti gambar sebuah kerusi, lukisan pokok pada sehelai kertas dan

gambar rajah sebuah segi empat tepat yang dilukis pada sehelai kertas. Mungkin ada yang

mengatakan bahawa gambar, lukisan atau kertas seperti itu masih boleh diambil, bukankah

begitu? Oleh itu, adakah ia tidak menepati ciri 2-D itu? Sebenarnya di sini, walaupun gambar

atau lukisan atau gambar rajah pada kertas itu boleh diambil tetapi objek di dalamnya tetap

tidak boleh dipegang atau diambil. Ini bererti kerusi yang ada di dalam gambar atau pokok yang

dilukis pada kertas atau gambar  rajah yang dilukis pada kertas  itu  tetap boleh diambil sebagai

suatu objek.

Cuba fikirkan, adakah sehelai kertas itu objek 2D?

Page 11: UNIT 10 Integrasi Bahan.docx

180

P e n g g u n a a n B a h a n K o n k r i t , M e d i a d a n T e k n o l o g i | 181

Memahami bentuk 3D

Langkah 1: Kumpulkan pelajar mengikut kumpulan 4 hingga 6 orang.

Langkah 2: Berikan sebuah kotak kepada setiap kumpulan. Dalam kotak tersebut mengandungi

beberapa bongkah seperti 2 buah piramid, 3 buah kubus, 1 buah kuboid, 2 buah silinder, 3

buah kon dan 1 buah sfera.

Langkah 3: Terangkan dahulu nama-nama bongkah yang terdapat dalam kotak tersebut kepada

murid-murid. Terangkan juga bahawa kon, silinder dan sfera adalah bukan polihedra.

Langkah 4: Minta murid-murid lukiskan bentuk bagi bongkah tersebut di dalam Jadual 10.1.

Langkah 5: Minta murid-murid mengira, berapakah kuantiti bagi setiap bongkah itu. Isikan

dalam Jadual 10.1.

Langkah 6: Sebagai kerja rumah, suruh murid-murid menyenaraikan objek di rumah yang

mempunyai bentuk sebagaimana yang dipelajari ini.

Jadual 10.1:

Nama Lukisan bentuk bongkah Bilangan bongkah

Piramid

Kubus

Kuboid

Silinder

Kon

Sfera

Page 12: UNIT 10 Integrasi Bahan.docx

Memahami bentuk 3D

181P e n g g u n a a n B a h a n K o n k r i t , M e d i a d a n T e k n o l o g i | 182

Aktiviti memahami bentuk 2D

Langkah 1: Kumpulkan pelajar mengikut kumpulan 4 hingga 6 orang.

Langkah 2: Berikan sebuah kotak kepada setiap kumpulan. Dalam kotak tersebut mengandungi

beberapa bongkah seperti sebuah piramid, sebuah kubus, sebuah kuboid, sebuah silinder,

sebuah kon dan sebuah sfera.

Langkah 3: Tanyakan murid-murid nama-nama bongkah yang terdapat dalam kotak tersebut,

iaitu piramid, kubus, kuboid, silinder, kon dan sfera, kepada murid-murid. Tanyakan  juga nama

bongkah polihedra yang terdapat dalam kotak tersebut, serta minta penjelasan tentang sifat-

sifat bagi polihedra.

Langkah 4: Minta murid-murid mengira, berapakah bilangan muka yang terdapat pada setiap

bongkah. Isikan dalam jadual 10.2.

Langkah 5: Minta murid-murid melukis bentuk bagi muka-muka yang terdapat pada bongkah

tersebut. Isikan jadual 10.2.

Langkah 6: Sebagai kerja rumah, suruh murid-murid menyenaraikan objek di rumah yang

mempunyai muka berbentuk sebagaimana yang dipelajari ini.

Page 13: UNIT 10 Integrasi Bahan.docx

182

P e n g g u n a a n B a h a n K o n k r i t , M e d i a d a n T e k n o l o g i | 183

Jadual 10.2:

Nama objek Bilangan muka

Piramid

Kubus

Kuboid

Silinder

Kon

Sfera

Page 14: UNIT 10 Integrasi Bahan.docx

Memahami bentuk 2D

Membina Model

Guru juga boleh memperkukuhkan lagi pengalaman dan kefahaman melalui pembinaan model

piramid daripada kertas tebal. Aktiviti ini merupakan aktiviti membina model daripada bahan

maujud, iaitu kertas.

Aktiviti membina model piramid

Langkah 1: Bentuk kumpulan murid-murid seramai antara 4 hingga 6 orang bagi setiap

kumpulan. Setiap kumpulan diberikan kertas tebal, pensel, pembaris, gunting

dan gam.

183P e n g g u n a a n B a h a n K o n k r i t , M e d i a d a n T e k n o l o g i | 184

Langkah 2: Guru menerangkan tentang ciri-ciri piramid, iaitu tapaknya ialah berbentuk segi

empat sama, manakala empat muka sisinya adalah berbentuk segi tiga kaki

sama. Tunjukkan tayangan video tentang bentuk sebenar piramid.

Langkah 3: suruh setiap kumpulan melakarkan sendiri bentuk segi empat sama dan segi tiga

kaki sama, mengikut saiz yang dipilih sendiri oleh setiap kumpulan.

Langkah 4: Bentuk-bentuk dalam langkah 3 dipotong menggunakan gunting mengikut garis

yang dilakarkan.

Langkah 5: Lekatkan setiap potongan kertas tadi sehingga menjadi sebuah piramid.

Langkah 6: Suruh murid-murid dalam setiap kumpulan berbincang tentang sifat-sifat bagi

piramid dan sifat muka piramid, sebelum perbincangan kelas dibuat bagi

mencapai rumusan tentang sifat-sifat model piramid tersebut.

MEDIA DAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN

Page 15: UNIT 10 Integrasi Bahan.docx

Dalam membincangkan tentang penggunaan media dan teknologi dalam pengajaran

bentuk dan ruang, anda perlulah mengingat kembali tentang teori-teori yang

dibincangkan dalam kursus KPD3016 dan KPD30126 Pengajaran, Teknologi dan

Penaksiran. Dalam kursus anda perbincangan yang panjang  lebar tentang media dan teknologi

sudah pun dibuat. Bagaimanapun sebelum perbincangan lanjut dibuat, eloklah anda mengingat

kembali apakah itu media dan teknologi. Media merupakan saluran untuk memudahkan

terlaksana komunikasi dan penyampaian maklumat dalam pengajaran. Manakala teknologi pula

merupakan produk atau alat yang boleh digunakan semasa pengajaran. Oleh itu, boleh

disimpulkan penggunaan media dan teknologi itu bermaksud penggunaan alat atau produk

teknologi untuk memudahkan komunikasi dan penyampaian maklumat dalam pengajaran kelas.

Dewasa ini penggunaan media dan teknologi yang sering digunakan oleh guru dalam

pengajaran kelas ialah seperti alat bantu belajar (seperti geoboard), Geometer‟s Sketchpad

184

P e n g g u n a a n B a h a n K o n k r i t , M e d i a d a n T e k n o l o g i | 185

(GSP), radio, television dan komputer (internet). Bagaimanapun boleh dikatakan alat bantu

mengajar dan komputerlah merupakan alat atau produk teknologi yang boleh diintegrasikan

dengan beberapa cara dalam pengajaran kelas. Antaranya seperti merakam gambar, merakam

audio, menayang video dan internet.

Penggunaan Media Dan Teknologi Dalam Pengajaran Geometri

Guru perlu memperkembangkan integrasi pengetahuan struktur yang menggabungkan

pengetahuan tentang subjek, pelajar, pedagogi, kurikulum dan sekolah tetapi mereka perlu juga

memperkembangkan pengetahuan isi kandungan pedagogi (PCK) bagi mengajar sesuatu

subjek (Shulman, 1986). Tetapi bagi teknologi sebagai „tool for learning‟ sesuatu subjek, guru

mesti  juga memperkembang “an overarching conception of  their subject matter with  respect  to

technology and what it means to teach with technology – technology pedagogical content

knowledge (TPCK)” (Niess, 2005, p. 510). Bagi membuat persediaan untuk mengajar

matematik, guru perlu memahami secara mendalam isi kandungan matematik, pengajaran

Page 16: UNIT 10 Integrasi Bahan.docx

pembelajaran (pedagogi) dan teknologi. Yang lebih penting ialah mengintegrasikan teknologi

bersama-sama dengan domain pengetahuan tersebut. TPCK bagi pengajaran dengan

menggunakan teknologi bermaksud guru mengajar konsep matematik, dengan mengambil kira

bagaimana mengajar isi kandungan matematik menggunakan teknologi bagi membolehkan

pelajar dapat memahami dengan mudah.

Prinsip teknologi NCTM‟s menjelaskan bahawa teknologi tidak seharusnya berperanan

untuk menggantikan guru dalam proses pengajaran. Tetapi penggunaan  teknologi sebenarnya

hanyalah sebagai suatu alat untuk menyokong guru dalam proses pengajaran berdasarkan

keupayaan mengintegrasikan teknologi ke arah mencapaikan matlamat pengajaran agar

menjadi lebih berkesan (NCTM 2000, p. 25).

185P e n g g u n a a n B a h a n K o n k r i t , M e d i a d a n T e k n o l o g i | 186

Penggunaan Geoboard

Geoboard merupakan alat teknologi yang agak mudah diperoleh atau boleh  juga dibuat sendiri.

Asasnya geoboard adalah alat yang dibina daripada sekeping papan yang diletakkan paku

pada permukaannya. Perhatikan contoh berikut, iaitu menggunakan geoboard untuk mencari

perimeter dan luas suatu bentuk yang dibina (Rajah 10.3).

Mengira perimeter: Perimeter bagi bentuk yang dibina itu boleh diperoleh dengan mengira

bilangan sela antara titik. Pada geoboard  ini AB = 2 unit, BC = 2 unit, CD = 4 unit, DE = 4 unit,

EF = 6 unit dan FA = 6 unit. Oloh itu, perimeter ialah AB + BC + CD + DE + EF + FA = 2 + 2 + 4

+ 4 + 6 + 6 = 24 unit.

Mengira  luas: Luas diperoleh dengan membilang bilangan segi empat unit yang terkandung di

dalam bentuk berkenaan. Bilangan segi empat unit ialah 28. Oleh itu luas ialah 28 unit persegi.

Page 17: UNIT 10 Integrasi Bahan.docx

A

B

F

C

D E

Rajah 10.3: Penggunaan papan-geo untuk mencari perimeter dan luas

186Bentuk(Lakaran)

Bilangan       titikinterior

Bilangan       titiksempadan

Perimeter Luas

Rumusan:

P e n g g u n a a n B a h a n K o n k r i t , M e d i a d a n T e k n o l o g i | 187

Aktiviti mencari hubungan bentuk dengan luas

a. Dengan menggunakan geoboard, bina beberapa bentuk menggunakan getah elastik.

b. Kira bilangan titik sempadan dan titik interior bagi setiap bentuk.

c. Cari perimeter bagi setiap bentuk dengan membilang bilangan unit yang direntas oleh

getah elastik itu.

d. Cari  luas bagi setiap bentuk menggunakan satu unit (one square unit) di atas geoboard

Page 18: UNIT 10 Integrasi Bahan.docx

sebagai satu standard unit.

e. Rekod data dalam Jadual 10.3.

f. Cari hubungan antara  luas bentuk dengan bilangan  titik sempadan dan  titik  interior bagi

setiap bentuk.

Jadual 10.3:

Mencari perimeter dan luas menggunakan geoboard

187P e n g g u n a a n B a h a n K o n k r i t , M e d i a d a n T e k n o l o g i | 188

MEDIA DAN TEKNOLOG BERBENTUK FILEM DAN VIDEO

Pengajaran bentuk dan ruang akan menjadi lebih menarik melalui penggunaan

sumber seperti filem, rakaman audio dan video. Anda boleh mendapatkan

penerangan lanjut tentang penyediaan bahan pengajaran berbentuk filem, audio

ataupun video ini melalui modul KPD3016 dan KPD3026 yang sudah dipelajari sebelumnya.

Bagaimanapun secara ringkasnya, anda boleh mendapatkan sumber berbentuk filem ini

daripada pihak tertentu, seperti Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran

Malaysia ataupun membelinya daripada pihak swasta. Apa yang perlu dilakukan ialah

mengenal pasti tajuk yang sesuai dan kemudian menempahnya sebelum pengajaran

dilaksanakan. Bagaimanapun sekarang ini anda boleh menyediakan sendiri bahan berbentuk

video  ini dengan mudah. Apa yang perlu sebagai persediaan  ialah sebuah alat perakam video

digital. Video yang diambil menggunakan alat perakam video digital  ini dengan mudah dapat di

“install” masuk ke dalam sistem komputer menggunakan program tertentu sebelum boleh

digunakan. Sebagai panduan, anda boleh merujuk kepada modul kursus KPD3016 dan

Page 19: UNIT 10 Integrasi Bahan.docx

KPD3026 Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran. Satu cara yang biasa digunakan untuk

menggunakan sumber video dengan mudah ialah dengan menukarkan tayangan video itu ke

dalam bentuk  “You Tube”. Menggunakan  teknologi  “You Tube” ini bukan sahaja memudahkan

anda menggunakannya, tetapi juga membolehkan sumber video ini dikongsi bersama dengan

rakan-rakan yang lain.

Sediakan rakaman video tentang prosedur membina sebuah kuboid menggunakan

kertas tebal.

188P e n g g u n a a n B a h a n K o n k r i t , M e d i a d a n T e k n o l o g i | 189

Menggunakan Bahan Pengajaran Daripada Sumber Internet

Menjadikan pengajaran  lebih diminati oleh pelajar merupakan  tugas yang amat mencabar bagi

guru, khusus dalam pengajaran bentuk dan ruang ini. Bagaimanapun sebilangan guru kurang

cenderung menggunakan media dan teknologi dalam pengajaran. Mereka lebih cenderung

menggunakan pendekatan menghafal fakta dan rumus serta mengaplikasikan rumus dalam

penyelesaian masalah. Apa pendapat anda tentang pendekatan pengajaran seperti ini?

Bolehkah pendekatan menghafal fakta dan rumus seperti ini menimbulkan minat murid-murid?

Media dan teknologi merupakan alat bantu pengajaran yang amat berguna dalam

pengajaran  tajuk bentuk dan ruang. Melalui penggunaan media dan  teknologi,  ia bukan sahaja

membantu pelajar memahami sesuatu konsep  tentang bentuk dan ruang dengan  lebih mudah,

tetapi  juga membantu guru merancang pengajaran dengan  lebih cepat dan mudah. Dewasa  ini

sumber media dan teknologi amat canggih sekali melalui penggunaan komputer dan internet.

Melalui komputer dan internet, terdapat banyak sumber pengajaran yang siap sedia untuk

digunakan oleh guru. Internet juga merupakan media perhubungan yang baik, sama ada antara

Page 20: UNIT 10 Integrasi Bahan.docx

sesama pelajar dan juga antara guru dengan pelajar.

Menjadikan subjek geometri diminati merupakan satu daripada matlamat pengajaran

dan pembelajaran dalam bilik darjah. Satu cara menimbulkan minat murid-murid ialah dengan

mengambung jalin geometri dengan subjek lain seperti sejarah. Sebagai contoh semasa

membincangkan tentang piramid, perlulah juga guru mengaitkannya dengan unsur sejarah.

Bincangkan bahawa piramid merupakan binaan zaman silam, beribu tahun dahulu, tetapi masih

kukuh binaannya hingga ke hari  ini. Untuk menarik minat murid-murid  juga, guru perlulah  juga

menggunakan beberapa media  lain, seperti gambar,  tayangan video atau  tayangan slaid. Bagi

perjelaskan lagi kepada murid-murid tentang bentuk piramid ini, bolehlah guru menunjukkan

model piramid. Dengan adanya model piramid, yang merupakan bahan konkrit, akan memberi

peluang kepada pelajar melihat dari dekat serta menyentuhnya sendiri.

189

P e n g g u n a a n B a h a n K o n k r i t , M e d i a d a n T e k n o l o g i | 190

Banyak sumber media dan teknologi boleh digunakan dalam pengajaran tentang piramid

ini, yang kebanyakannya boleh diperoleh secara percuma. Berikut adalah beberapa laman

sesawang yang boleh digunakan oleh murid-murid tentang piramid serta sejarahnya:

- The Great Pyramid - Part 1 of 7:       http://www.youtube.com/watch?v=Ac_qGnPX8eI      

- The Great Pyramid of Egypt, How was it Built- new solid theory, new:

http://www.youtube.com/watch?v=5wwohIUxals&feature=related

- Secret Of The Pyramids - Part ½:       http://www.youtube.com/watch?v=oDLjd2CZYt8      

Fikirkan, mengapa guru perlu menggunakan media dan teknologi dalam pengajaran

bentuk dan ruang? Bincangkan?

RUMUSAN

Umumnya, pengajaran dan pembelajaran geometri atau bentuk dan ruang amat mencabar,

khususnya untuk menjadikan bidang ini menarik dan dapat memotivasikan pelajar. Satu

Page 21: UNIT 10 Integrasi Bahan.docx

masalah yang sering dialami dalam pengajaran geometri ialah membabitkan pendekatan

pengajaran yang sangat menitik berat kepada penghafalan konsep dan  rumus. Pendekatan  ini

amat membosankan sebilangan besar murid-murid. Tak salahlah sekiranya geometri ini

menjadi bidang yang tidak digemari untuk dipelajari oleh sebilangan pelajar di peringkat yang

lebih tinggi. Oleh itu, satu lagi cara yang boleh diambil oleh guru ialah melalui penggunaan

bahan konkrit, media dan teknologi dalam pengajaran. Sekarang  ini, para guru amat beruntung

kerana bahan konkrit, media dan teknologi amat mudah diperoleh, khususnya melalui sistem

komunikasi dan internet tanpa sempadan. Melalui sistem komunikasi dan internet yang baik

membantu guru berkongsi bahan pengajaran di samping mendapat sumber pengajaran yang

baik dan berkualiti. Oleh itu, mengaplikasikan bahan konkrit, media dan teknologi, tidak lagi

190

P e n g g u n a a n B a h a n K o n k r i t , M e d i a d a n T e k n o l o g i | 191

menjadi halangan yang besar bagi guru. Apa yang perlu ada kepada seseorang guru sekarang

ini hanyalah kesungguhan dan keinginan untuk mencapai pengajaran yang berkualiti.

SOALAN LATIHAN

I.

Menggunakan contoh yang sesuai, terangkan bagaimana mengaplikasikan

penggunaan bahan konkrit dalam pengajaran bentuk dan ruang.

II. Menggunakan contoh yang sesuai, terangkan bagaimana mengaplikasikan

penggunaan media dan teknologi dalam pengajaran bentuk dan ruang.

Item Penyataan /Statement 1 2 3 4 51 Saya dapat menerang dan membincang tentang

mengaplikasikan penggunaan bahan konkrit dalampengajaran bentuk dan ruang.

2 Saya dapat menerang dan membincang tentangMengaplikasikan penggunaan bahan media danteknologi dalam pengajaran bentuk dan ruang

Page 22: UNIT 10 Integrasi Bahan.docx

UJIAN PASCA-PELAJARAN

Nota: Anda boleh menguji dan menilai tahap kebolehan atau penguasaan anda mempelajari

unit pelajaran ini dengan menjawab persoalan berikut:

Sangat Tidak Tidak Setuju     Kurang Setuju     Setuju/Agree     Sangat SetujuSetuju

1 2 3 4 5

191