Upload
nguyenthien
View
265
Download
7
Embed Size (px)
Citation preview
RAHSIA Deraf Ke-6 Setakat 24 Jun 2016
1
UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
AKTA xxx
AKTA PEMBANGUNAN
PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA
KEBANGSAAN 2016
RAHSIA Deraf Ke-6 Setakat 24 Jun 2016
2
RANG UNDANG-UNDANG
b e r n a m a
Suatu Akta untuk membuat peruntukan yang merangkumi fungsi, garis panduan,
pembangunan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan Perusahaan Kecil dan
Sederhana di Malaysia.
[ NOMBOR RUJUKAN ]
DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Tajuk Ringkas dan Mula Berkuatkuasa
Seksyen 1
1. (1) Akta ini boleh dinamakan Akta Pembangunan Perusahaan Kecil dan
Sederhana Kebangsaan 2016.
(2) Akta ini akan mula berkuat kuasa pada tarikh yang akan ditetapkan oleh
Menteri melalui pemberitahuan di dalam Warta, dan Menteri boleh
menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa Akta ini.
Tafsiran
Seksyen 2 Tafsiran
2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya mengkehendaki makna yang
lain-
“Agensi” atau “Agensi-agensi” ertinya Kerajaan Persekutuan, mana-mana
Kerajaan Negeri atau Kerajaan Tempatan dan mana-mana Kementerian,
jabatan, pejabat, agensi-agensi yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang
Malaysia, badan berkanun, pihak berkuasa, suruhanjaya, jawatankuasa,
lembaga, majlis atau badan lain yang diperbadankan atau tidak diperbadankan
dengan fungsi dan kuasa yang berbeza;
“Dana” ertinya Dana Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana
Kebangsaan yang ditubuhkan di bawah Sekyen 12;
Tajuk Ringkas
Tarikh Berkuatkuasa
RAHSIA Deraf Ke-6 Setakat 24 Jun 2016
3
“Kerajaan” ertinya Kerajaan Malaysia dan/atau wakil Kerajaan yang diwakili
oleh Agensi dan/atau institusi berkenaan yang terpilih di dalam Kerajaan
Malaysia;
“Keusahawanan” ertinya aktiviti sebagai seorang usahawan, yang merangkumi
perspektif ekonomi, sosiologi, psikologi dan pengurusan yang berkaitan dengan
usahawan atau kegiatan dan kemahiran usahawan;
“Majlis” ertinya Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana
Kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“Maklumat palsu” ertinya maklumat yang tidak benar yang diberikan dengan
sengaja sama ada secara lisan ataupun bertulis;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi
perdagangan dan pembangunan industri;
“Organisasi” ertinya sebuah persatuan, syarikat atau Perbadanan yang
ditubuhkan untuk menjadi sebahagian daripada industri perusahaan kecil dan
sederhana di Malaysia;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan
Sederhana Kebangsaan;
“Penyelaras” ertinya Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana
Malaysia 1995 atau Akta 539;
“Perusahaan” ertinya perusahaan kecil dan sederhana mengikut definisi seperti
yang ditentukan oleh Majlis;
“Pihak Berkuasa” atau “Pihak Berkuasa Tempatan” ertinya agensi-agensi
Kerajaan yang telah dipertanggungjawabkan dan diberikan kuasa untuk
mentadbir sesuatu kawasan atau kepakaran;
“Pihak Berkaitan” ertinya individu atau kumpulan yang berkepentingan dan
menjadi sebahagian daripada industri perusahaan kecil dan sederhana di
Malaysia termasuk mana-mana agensi yang berkaitan di Malaysia;
“Sektor swasta” ertinya pihak ketiga dalam suatu perekonomian yang dimiliki
oleh pemegang saham atau individu termasuk syarikat berkaitan/milik Kerajaan;
*Berdasarkan Dewan Bahasa dan Pustaka
*mengikut definisi seperti yang ditentukan oleh Majlis
RAHSIA Deraf Ke-6 Setakat 24 Jun 2016
4
BAHAGIAN II
MAJLIS
Penubuhan Majlis
Seksyen 3
3. (1) Suatu badan yang dikenali sebagai ‘Majlis Pembangunan Perusahaan
Kecil dan Sederhana Kebangsaan’ ditubuhkan.
(2) Matlamat Majlis adalah untuk memastikan pembangunan
perusahaan kecil dan sederhana dan keusahawanan dilaksanakan
secara menyeluruh dan terselaras, merentasi semua sektor ekonomi.
Keanggotaan Majlis
Seksyen 4
4. (1) Majlis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
(a) Perdana Menteri sebagai Pengerusi;
(b) Menteri yang bertanggungjawab bagi perdagangan dan
pembangunan industri;
(c) Menteri Kewangan;
(d) Menteri yang bertanggungjawab bagi pertanian dan industri asas
tani, atau wakilnya;
(e) Menteri yang bertanggungjawab bagi sumber manusia, atau
wakilnya;
(f) Menteri yang bertanggungjawab bagi sains, teknologi dan inovasi,
atau wakilnya;
(g) Menteri yang bertanggungjawab bagi kemajuan luar bandar dan
wilayah, atau wakilnya;
(h) Menteri yang bertanggungjawab bagi pengajian tinggi, atau
wakilnya;
(i) Menteri yang bertanggungjawab bagi pelancongan, atau wakilnya;
(j) Menteri yang bertanggungjawab bagi perdagangan dalam negeri,
koperasi dan kepenggunaan , atau wakilnya;
(k) Menteri yang bertanggungjawab bagi perusahaan perladangan dan
komoditi, atau wakilnya;
(l) Menteri yang bertanggungjawab bagi belia dan sukan; atau
wakilnya;
(m) Seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang
bertanggungjawab berkenaan ekonommi, atau wakilnya;
(n) Menteri Kerajaan Negeri Sabah yang bertanggungjawab bagi
pembangunan perindustrian di Sabah, atau wakilnya;
Penubuhan Majlis
(Pindaan perlu dibuat kepada Seksyen 2A Akta 539)
Keanggotaan
Majlis
(Pindaan perlu dibuat kepada Seksyen 2B Akta 539)
RAHSIA Deraf Ke-6 Setakat 24 Jun 2016
5
(o) Menteri Kerajaan Negeri Sarawak yang bertanggungjawab bagi
pembangunan perindustrian di Sarawak, atau wakilnya;
(p) Ketua Setiausaha Negara, atau wakilnya;
(q) Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana
Menteri, atau wakilnya; dan
(r) Gabenor Bank Negara Malaysia, atau wakilnya.
(2) Sebagai tambahan kepada orang yang disebut dalam subseksyen (1),
Pengerusi boleh melantik orang yang berikut sebagai anggota Majlis;
(a) Seorang wakil daripada persatuan yang berkaitan dengan
perusahaan kecil dan sederhana;
(b) Seorang wakil daripada sektor pembuatan;
(c) Seorang wakil daripada sektor perkhidmatan; (d) Seorang wakil
daripada sektor pertanian; dan
(e) Apa-apa bilangan orang lain.
(3) Anggota yang disebut dalam perenggan (2) (a), (b), (c), (d) dan (e)-
(a) Hendaklah dilantik oleh Pengerusi bagi tempoh yang tidak melebihi
dua tahun; dan
(b) Adalah layak untuk dilantik semula selepas habis tempoh
jawatannya.
Fungsi Majlis
Seksyen 5
5. (1) Majlis hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
(a) Untuk menggalakkan pembangunan keseluruhan perusahaan kecil
dan sederhana merentasi semua sektor ekonomi sebagai penyumbang
utama kepada pertumbuhan ekonomi domestik;
(b) untuk mempertimbang dan meluluskan dasar dan strategi umum
untuk memudahkan pembangunan keseluruhan perusahaan kecil dan
sederhana merentasi semua sektor ekonomi;
(c) untuk memusat penyelarasan, memantau dan menilai inisiatif
kementerian dan agensi Kerajaan bagi memastikan pelaksanaan
dasar pembangunan dan pelan tindakan yang berkesan bagi
menyokong pembangunan perusahaan kecil dan sederhana merentasi
semua sektor ekonomi;
(d) untuk menggalakkan penyertaan dan peranan sektor swasta dalam
menyokong pembangunan keseluruhan perusahaan kecil dan
sederhana merentasi semua sektor ekonomi; dan
Keanggotaan
tambahan
(Pindaan
perlu dibuat
kepada
Seksyen 2B
Akta 539)
Tempoh
lantikan
Anggota
Majlis
(Pindaan
perlu dibuat
kepada
Seksyen 2B
Akta 539)
Fungsi
Majlis
RAHSIA Deraf Ke-6 Setakat 24 Jun 2016
6
(e) untuk melaksanakan apa-apa fungsi yang diberikan kepada Majlis di
bawah Akta ini.
(2) Majlis boleh, dari semasa ke semasa, memberikan arahan kepada
Penyelaras yang selaras dengan peruntukan Akta ini dan Penyelaras
hendaklah melaksanakan dan menguatkuasakan arahan itu.
(3) Majlis boleh melaksanakan apa-apa fungsi lain yang bersampingan dengan
atau berbangkit daripada mana-mana fungsi yang dinyatakan dalam
subseksyen (1) dan membuat semua yang perlu atau suai manfaat untuk
menjalankan fungsinya di bawah Akta ini.
(4) Majlis boleh menentukan tatacaranya sendiri.
Kekerapan Mesyuarat dan Korum
Seksyen 6
6. (1) Majlis hendaklah mengadakan mesyuaratnya tidak kurang daripada dua
kali setahun.
(2) Di dalam mesyuarat, kehadiran yang diperlukan adalah tidak kurang
daripada separuh daripada jumlah bilangan ahli untuk membentuk suatu
korum.
Urus Setia Majlis dan Setiausaha
Seksyen 7
7. (1) Penyelaras yang dilantik di bawah Seksyen 8 bertindak sebagai Urus
Setia kepada Majlis.
(2) Ketua Pegawai Eksekutif Penyelaras hendaklah menjadi Setiausaha
kepada Majlis.
BAHAGIAN III
PENYELARAS & KUASA PENYELARAS
Penyelaras
Kekerapan
Mesyuarat
Korum
Sekretariat Majlis
RAHSIA Deraf Ke-6 Setakat 24 Jun 2016
7
Seksyen 8
8. Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia atau “SME Corp.
Malaysia” yang telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Perusahaan Kecil
dan Sederhana Malaysia 1995 [Akta 539] adalah Perbadanan berkanun yang
dilantik oleh Kerajaan untuk menyelaras dan melaksanakan pelan tindakan yang
terkandung di dalam Akta ini, membangunkan dan memastikan kelangsungan
pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana dan keusahawanan di Malaysia.
Kuasa Penyelaras
Seksyen 9
9. Selain daripada kuasa-kuasa yang dipertanggungjawab kepada Penyelaras
melalui Akta Perbadanan Penyelaras, Penyelaras hendaklah mempunyai kuasa:
(a) untuk merangka dan mencadangkan dasar dan strategi pembangunan
keseluruhan perusahaan kecil dan sederhana merentasi semua sektor
ekonomi;
(b) untuk menyelia, menyelaras dan memantau pelaksanaan initiatif dan
program sokongan bagi mengalakkan pembangunan perusahaan kecil dan
sederhana serta keusahawanan oleh Kementerian dan agensi yang
berkaitan;
(c) untuk menjalankan, menggalakkan dan menyelaraskan penyelidikan
berhubung dengan apa-apa aspek pembangunan perusahaan kecil dan
sederhana dan keusahawanan; dan
(d) untuk melaporkan mengenai keberkesanan program PKS, melaksana pelan
tindakan dasar dan strategi pembangunan perusahaan kecil dan sederhana
serta keusahawanan seperti yang diputuskan oleh Majlis;
(e) untuk mendapatkan dan menghimpun data serta maklumat berkaitan
dengan perusahaan kecil dan sederhana dan keusahawanan daripada
Kementerian, agensi, mana-mana badan kerajaan lain, persatuan dan badan
perniagaan termasuk institusi kewangan dan mana-mana badan swasta lain
dari semasa dan ke semasa untuk tujuan rekod dan kajian;
(f) untuk mendapatkan dan menghimpun data serta maklumat berkenaan
perusahaan kecil dan sederhana yang menerima kemudahan dan bantuan
sama ada dalam bentuk kewangan atau bukan kewangan daripada
Kementerian, Agensi dan mana-mana badan kerajaan lain;
Badan
Penyelaras
Kuasa
Penyelaras
RAHSIA Deraf Ke-6 Setakat 24 Jun 2016
8
(g) untuk menilai dan melaporkan pelaksanaan dan keberkesanan penggunaan
dana berkaitan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana dan
keusahawanan oleh Kementerian dan agensi yang berkaitan;
(h) untuk menjalankan kerja-kerja pentadbiran dan menguatkuasakan arahan
Majlis.
Tanggungjawab Kementerian, Agensi, Pertubuhan atau Pihak Berkaitan
Seksyen 10
10. (1) Kementerian, Agensi, Pertubuhan atau pihak yang berkaitan dengan
perusahaan kecil dan sederhana digalakkan memberi sokongan penuh dan
kerjasama dengan Penyelaras untuk memberikan perkhidmatan yang
terbaik kepada perusahaan kecil dan sederhana dan keusahawanan.
(2) Kementerian, Agensi, Pertubuhan atau pihak yang berkaitan dengan
perusahaan kecil dan sederhana digalakkan memberi sokongan penuh dan
bantuan kepada perusahaan dan keusahawanan untuk memastikan bahawa
pertumbuhan perusahaan tidak terhad.
Tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan dan Pihak Berkuasa Negeri
Seksyen 11
11. Pihak berkuasa tempatan dan pihak berkuasa negeri perlu bekerjasama dalam
memastikan perkembangan perusahaan adalah selari dengan pembangunan alam
sekitar, persekitaran ekonomi serta keadaan sosial.
BAHAGIAN IV
DANA PEMBANGUNAN PERUSAHAAN KECIL
DAN SEDERHANA KEBANGSAAN
Dana
Seksyen 12
Sokongan
daripada
pihak
berkaitan
Pihak
Berkuasa
Tempatan
RAHSIA Deraf Ke-6 Setakat 24 Jun 2016
9
12. Bagi maksud Akta ini, Penyelaras hendaklah memantau keperluan dan
penggunaan kumpulan wang untuk perusahaan dan keusahawanan oleh Kerajaan
yang dikenali sebagai "Dana Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana
Kebangsaan”.
Sumber Dana
Seksyen 13
13. (1) Dana hendaklah terdiri daripada peruntukan daripada Kerajaan dan/atau
sumbangan daripada pihak swasta dari semasa ke semasa.
(2) Kerajaan akan menyediakan peruntukan tahunan untuk pembangunan
perusahaan kecil dan sederhana dan keusahawanan.
(3) Penyelaras akan berkongsi maklumat berkenaan penggunaan dana dan
keberkesanan program yang dilaksanakan dengan wakil kerajaan yang
mengendalikan perancangan ekonomi dan juga kewangan Kerajaan.
(4) Kerajaan melalui wakil yang mengendalikan perancangan kewangan
Kerajaan akan bekerjasama dengan Penyelaras apabila cadangan
perbelanjaan Dana dibuat setiap tahun.
Dana
Sumber Dana
Tujuan
Dana
Tujuan Dana
Seksyen 14
14. Dana hendaklah dibelanjakan dengan tujuan khusus untuk melaksanakan
program pembangunan bagi perusahaan kecil dan sederhana dan keusahawanan
dan lain-lain perbelanjaan yang diluluskan oleh Kerajaan.
BAHAGIAN V
PERANAN KERAJAAN TERHADAP PEMBANGUNAN
PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA
Kuasa Untuk Mengumpul Maklumat
Seksyen 15
RAHSIA Deraf Ke-6 Setakat 24 Jun 2016
10
15. (1) Jika bagi maksud melaksanakan mana-mana fungsinya di bawah Akta ini,
jika Penyelaras menghendaki maklumat, pernyataan, statistik, penyata atau
dokumen berkaitan daripada mana-mana perusahaan kecil dan sederhana,
atas apaapa perkara yang berhubungan dengan hal ehwal atau perniagaan
perusahaan itu, perusahaan tersebut hendaklah mengemukakan maklumat
tersebut kepada Penyelaras, Agensi dan/atau institusi berkenaan yang
mewakili Kerajaan termasuk Jabatan Perangkaan Malaysia melalui
undang-undang yang digunapakai. Penyelaras dibenarkan untuk
bekerjasama dengan Jabatan Perangkaan Malaysia dan/atau Suruhanjaya
Syarikat Malaysia dan/atau pihak berkuasa lain yang berkaitan untuk
menjalankan peranan dan juga dalam mendapatkan serta mengumpul data
tentang perusahaan kecil dan sederhana dan keusahawanan di bawah
Seksyen ini;
(2) Penyelaras dan/atau wakil Kerajaan yang mengendalikan perangkaan akan
menjalankan kajian, kaji selidik, maklumbalas dan menghimpunkan data
daripada perusahaan kecil dan sederhana dari semasa ke semasa untuk
pemerhatian dan tujuan rekod;
(3) Apa-apa maklumat yang diperolehi oleh Penyelaras di bawah Seksyen ini
hendaklah dianggap sebagai maklumat rahsia di antara Penyelaras dan
perusahaan kecil dan sederhana; dan
(4) Walau apa pun maksud subseksyen (1), Penyelaras boleh menyiarkan apa-
apa maklumat yang diperolehi daripada perusahaan kecil dan sederhana
menurut subseksyen (2) di dalam bentuk ringkasan atau rumusan maklumat
yang dinyatakan dengan sebegitu cara sehingga tidak membolehkan
maklumat yang berhubungan dengan mana-mana perusahaan kecil dan
sederhana khususnya boleh dikenal pasti daripadanya.
(5) Mana-mana perusahaan kecil dan sederhana yang melanggar subseksyen
(1) telah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda
tidak melebihi lima ratus ringgit dan di dalam hal yang melibatkan
kesalahan yang berterusan, perusahaan tersebut boleh didenda tidak
melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan tersebut berterusan
selepas ianya telah disabitkan.
Pembangunan Kreativiti Perusahaan Kecil dan Sederhana
Seksyen 16
Kuasa Untuk
Mengumpul
Maklumat
RAHSIA Deraf Ke-6 Setakat 24 Jun 2016
11
16. Kerajaan melalui agensi-agensinya dan Penyelaras akan menggalakkan
pembangunan perusahaan kecil dan sederhana serta mengenengahkan dan
menyokong perusahaan kecil dan sederhana ke arah mewujudkan perusahaan
yang kreatif dan inovatif serta perusahaan di dalam bidang pertumbuhan baru
dari semasa ke semasa.
Kemudahan dan Bantuan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana
Seksyen 17
17 (1) Kerajaan melalui agensi-agensinya dan Penyelaras akan menyediakan
kemudahan bagi perusahaan kecil dan sederhana dan keusahawanan untuk
mempromosikan perusahaan termasuk produk dan perkhidmatan yang
dihasilkan oleh perusahaan kecil dan sederhana.
(2) Kerajaan melalui agensi-agensinya dan Penyelaras akan membantu dan
memberi nasihat, maklumat, panel penasihat, latihan, bantuan kewangan,
kemudahan dan lain-lain kemudahan yang berkaitan untuk perusahaan
kecil dan sederhana yang akan dan baru sahaja memulakan perniagaan.
(3) Kerajaan melalui agensi-agensinya dan Penyelaras akan mempromosi dan
memperkenalkan penyelidikan, pembangunan dan teknologi terkini kepada
perusahaan kecil dan sederhana bagi meningkatkan produktiviti yang
menjurus kepada perkembangan perusahaan.
Peluang Perolehan Kerajaan bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana
Seksyen 18
18. (1) Kerajaan akan memperuntukkan sebahagian daripada peruntukan peluang
perolehan kerajaan untuk perusahaan kecil dan sederhana.
(2) Kerajaan di pelbagai peringkat dan syarikat milik kerajaan hendaklah
membantu perusahaan kecil dan sederhana untuk memperoleh peluang
perniagaan melalui pengumuman awam untuk sebarang perolehan dan
projek Kerajaan.
Dasar Pembayaran Seragam
Seksyen 19
Pembangunan
Kreatif
Promosi
Perolehan
Kerajaan
RAHSIA Deraf Ke-6 Setakat 24 Jun 2016
12
19. (1) Kerajaan melalui agensi-agensinya akan memberikan obligasi pembayaran
yang seragam untuk transaksi komersil di antara Kerajaan, sepertimana
diwakili oleh Kementerian dan Agensi serta pihak ketiga yang merangkumi
perusahaan kecil dan sederhana di mana semua terma pembayaran secara
tunai dan kredit hendaklah diselesaikan dalam tempoh empat belas (14)
hari bekerja.
(2) Bagi transaksi komersil di antara sektor swasta yang merangkumi
perusahaan kecil dan sederhana, semua terma pembayaran secara tunai dan
kredit hendaklah diselesaikan dalam tempoh empat puluh lima (45) hari.
Penyelarasan dengan Institusi Kewangan & Institusi Jaminan Kredit
Seksyen 20
20. Dalam usaha untuk memenuhi keperluan modal bagi perusahaan kecil dan
sederhana, Kerajaan, dengan rundingan dan rujukan kepada Bank Negara
Malaysia, hendaklah berbincang dengan institusi kewangan dan institusi jaminan
kredit untuk meningkatkan fungsi masing-masing di dalam menyediakan
pembiayaan dan jaminan kepada perusahaan kecil dan sederhana.
BAHAGIAN VI
INISIATIF UNTUK PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA
Penglibatan Sektor Swasta Dalam Menyediakan Sokongan Kepada Perusahaan
Kecil dan Sederhana
Seksyen 21
21. Sektor swasta digalakkan untuk menyediakan kepada PKS sokongan termasuk:-
(i) khidmat nasihat, maklumat, latihan, bantuan kewangan dan lain-lain
kemudahan yang berkaitan demi meningkatkan pertumbuhan dan jangka
hayat perusahaan kecil dan sederhana; dan
(ii) penyelidikan, pembangunan dan pemindahan teknologi terkini kepada
perusahaan kecil dan sederhana bagi memastikan perkembangan
perusahaan selaras dengan pembangunan dan inovasi terkini.
BAHAGIAN VII
AM
Dasar
Pembayaran
Seragam
Penyelarasan
dengan
Institusi
Kewangsn
Penglibatan
Sektor
Swasta
RAHSIA Deraf Ke-6 Setakat 24 Jun 2016
13
Peraturan-Peraturan
Seksyen 22
22. Kerajaan boleh, di atas nasihat Penyelaras, membuat peraturan-peraturan
sebagaimana perlu atau sesuai untuk mengukuhkan pelaksanaan peruntukan-
peruntukan di dalam Akta ini, menjalankan atau mencapai tujuan dan maksud
Akta ini atau mana-mana peruntukannya, atau untuk , lebih baik atau lebih
mudah lagi daripada peruntukan-peruntukan Akta ini.