13
RAHSIA Deraf Ke-5 Setakat 15 Mac 2016 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA xxx AKTA PEMBANGUNAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA KEBANGSAAN 2016

UNDANG-UNDANG MALAYSIA - SME Corporation Malaysia · menjadi sebahagian daripada industri perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia termasuk mana-mana agensi yang berkaitan di Malaysia;

  • Upload
    others

  • View
    10

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - SME Corporation Malaysia · menjadi sebahagian daripada industri perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia termasuk mana-mana agensi yang berkaitan di Malaysia;

RAHSIA Deraf Ke-5 Setakat 15 Mac 2016

1

UNDANG-UNDANG

MALAYSIA

AKTA xxx

AKTA PEMBANGUNAN

PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA

KEBANGSAAN 2016

Page 2: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - SME Corporation Malaysia · menjadi sebahagian daripada industri perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia termasuk mana-mana agensi yang berkaitan di Malaysia;

RAHSIA Deraf Ke-5 Setakat 15 Mac 2016

2

RANG UNDANG-UNDANG

b e r n a m a

Suatu Akta untuk membuat peruntukan yang merangkumi fungsi, garis panduan,

pembangunan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan Perusahaan Kecil dan

Sederhana di Malaysia.

[ NOMBOR RUJUKAN ]

DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Tajuk Ringkas dan Mula Berkuatkuasa

Seksyen 1

1. (1) Akta ini boleh dinamakan Akta Pembangunan Perusahaan Kecil dan

Sederhana Kebangsaan 2016.

(2) Akta ini akan mula berkuat kuasa pada tarikh yang akan ditetapkan

oleh Menteri melalui pemberitahuan di dalam Warta, dan Menteri

boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa

Akta ini.

Tafsiran

Seksyen 2

2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya mengkehendaki makna yang

lain-

“Agensi” atau “Agensi-agensi” ertinya Kerajaan Persekutuan, mana-mana

Kerajaan Negeri atau Kerajaan Tempatan dan mana-mana Kementerian,

jabatan, pejabat, agensi-agensi yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang

Malaysia, badan berkanun, pihak berkuasa, suruhanjaya, jawatankuasa,

lembaga, majlis atau badan lain yang diperbadankan atau tidak

diperbadankan dengan fungsi dan kuasa yang berbeza;

“Dana” ertinya Dana Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana

Kebangsaan yang ditubuhkan di bawah Sekyen 12;

Tajuk Ringkas

Tarikh

Berkuatkuasa

Tafsiran

Page 3: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - SME Corporation Malaysia · menjadi sebahagian daripada industri perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia termasuk mana-mana agensi yang berkaitan di Malaysia;

RAHSIA Deraf Ke-5 Setakat 15 Mac 2016

3

“Kerajaan” ertinya Kerajaan Malaysia dan/atau wakil Kerajaan yang

diwakili oleh Agensi dan/atau institusi berkenaan yang terpilih di dalam

Kerajaan Malaysia;

“Keusahawanan” ertinya aktiviti sebagai seorang usahawan, yang

merangkumi perspektif ekonomi, sosiologi, psikologi dan pengurusan yang

berkaitan dengan usahawan atau kegiatan dan kemahiran usahawan;

“Majlis” ertinya Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana

Kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“Maklumat palsu” ertinya maklumat yang tidak benar yang diberikan

dengan sengaja sama ada secara lisan ataupun bertulis;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab

bagi perdagangan dan pembangunan industri;

“Organisasi” ertinya sebuah persatuan, syarikat atau Perbadanan yang

ditubuhkan untuk menjadi sebahagian daripada industri perusahaan kecil

dan sederhana di Malaysia;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan

Sederhana Kebangsaan;

“Penyelaras” ertinya Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia

yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Perusahaan Kecil dan

Sederhana Malaysia 1995 atau Akta 539;

“Perusahaan” ertinya perusahaan kecil dan sederhana mengikut definisi

seperti yang ditentukan oleh Majlis;

“Pihak Berkuasa” atau “Pihak Berkuasa Tempatan” ertinya agensi-agensi

Kerajaan yang telah dipertanggungjawabkan dan diberikan kuasa untuk

mentadbir sesuatu kawasan atau kepakaran;

“Pihak Berkaitan” ertinya individu atau kumpulan yang berkepentingan dan

menjadi sebahagian daripada industri perusahaan kecil dan sederhana di

Malaysia termasuk mana-mana agensi yang berkaitan di Malaysia;

“Sektor swasta” ertinya pihak ketiga dalam suatu perekonomian yang

dimiliki oleh pemegang saham atau individu termasuk syarikat

berkaitan/milik Kerajaan;

*Berdasarkan

Dewan Bahasa

dan Pustaka

*mengikut

definisi PKS seperti yang

ditentukan oleh

Majlis (Sila Rujuk

Lampiran di

belakang)

Page 4: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - SME Corporation Malaysia · menjadi sebahagian daripada industri perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia termasuk mana-mana agensi yang berkaitan di Malaysia;

RAHSIA Deraf Ke-5 Setakat 15 Mac 2016

4

BAHAGIAN II

MAJLIS

Penubuhan Majlis

Seksyen 3

3. (1) Suatu badan yang dikenali sebagai ‘Majlis Pembangunan Perusahaan

Kecil dan Sederhana Kebangsaan’ ditubuhkan.

(2) Matlamat Majlis adalah untuk memastikan pembangunan perusahaan

kecil dan sederhana dan keusahawanan dilaksanakan secara menyeluruh

dan terselaras, merentasi semua sektor ekonomi.

Keanggotaan Majlis

Seksyen 4

4. (1) Majlis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a) Perdana Menteri sebagai Pengerusi;

(b) Menteri yang bertanggungjawab bagi perdagangan dan

pembangunan industry;

(c) Menteri Kewangan;

(d) Menteri yang bertanggungjawab bagi pertanian dan industri

asas tani, atau wakilnya;

(e) Menteri yang bertanggungjawab bagi sumber manusia, atau

wakilnya;

(f) Menteri yang bertanggungjawab bagi sains, teknologi dan

inovasi, atau wakilnya;

(g) Menteri yang bertanggungjawab bagi kemajuan luar bandar dan

wilayah, atau wakilnya;

(h) Menteri yang bertanggungjawab bagi pengajian tinggi, atau

wakilnya;

(i) Menteri yang bertanggungjawab bagi pelancongan, atau

wakilnya;

(j) Menteri yang bertanggungjawab bagi perdagangan dalam

negeri, koperasi dan kepenggunaan , atau wakilnya;

(k) Menteri yang bertanggungjawab bagi perusahaan perladangan

dan komoditi, atau wakilnya;

(l) Menteri yang bertanggungjawab bagi perumahan dan kerajaan

tempatan, atau wakilnya;

(m) Menteri yang bertanggungjawab bagi pembangunan wanita,

keluarga dan masyarakat, atau wakilnya;

(n) Menteri yang bertanggungjawab bagi belia dan sukan; atau

wakilnya;

(o) Seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang

bertanggungjawab berkenaan ekonommi, atau wakilnya;

Penubuhan

Majlis

(Pindaan

perlu dibuat

kepada Seksyen 2A

Akta 539)

Keanggotaan Majlis

(Pindaan

perlu dibuat kepada

Seksyen 2B

Akta 539)

Page 5: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - SME Corporation Malaysia · menjadi sebahagian daripada industri perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia termasuk mana-mana agensi yang berkaitan di Malaysia;

RAHSIA Deraf Ke-5 Setakat 15 Mac 2016

5

(p) Menteri Kerajaan Negeri Sabah yang bertanggungjawab bagi

pembangunan perindustrian di Sabah, atau wakilnya;

(q) Menteri Kerajaan Negeri Sarawak yang bertanggungjawab bagi

pembangunan perindustrian di Sarawak, atau wakilnya;

(r) Ketua Setiausaha Negara, atau wakilnya;

(s) Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana

Menteri, atau wakilnya; dan

(t) Gabenor Bank Negara Malaysia, atau wakilnya.

(2) Sebagai tambahan kepada orang yang disebut dalam subseksyen (1),

Pengerusi boleh melantik orang yang berikut sebagai anggota Majlis;

(a) Seorang wakil daripada persatuan yang berkaitan dengan

perusahaan kecil dan sederhana;

(b) Seorang wakil daripada sektor pembuatan;

(c) Seorang wakil daripada sektor perkhidmatan;

(d) Seorang wakil daripada sektor pertanian; dan

(e) Apa-apa bilangan orang lain.

(3) Anggota yang disebut dalam perenggan (2) (a), (b), (c), (d) dan (e)-

(a) Hendaklah dilantik oleh Pengerusi bagi tempoh yang tidak

melebihi dua tahun; dan

(b) Adalah layak untuk dilantik semula selepas habis tempoh

jawatannya.

Fungsi Majlis

Seksyen 5

5. (1) Majlis hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:

(a) Untuk menggalakkan pembangunan keseluruhan perusahaan

kecil dan sederhana merentasi semua sektor ekonomi sebagai

penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi domestik;

(b) untuk mempertimbang dan meluluskan dasar dan strategi

umum untuk memudahkan pembangunan keseluruhan

perusahaan kecil dan sederhana merentasi semua sektor

ekonomi;

(c) untuk memusat penyelarasan, memantau dan menilai inisiatif

kementerian dan agensi Kerajaan bagi memastikan pelaksanaan

dasar pembangunan dan pelan tindakan yang berkesan bagi

menyokong pembangunan perusahaan kecil dan sederhana

merentasi semua sektor ekonomi;

(d) untuk menggalakkan penyertaan dan peranan sektor swasta

dalam menyokong pembangunan keseluruhan perusahaan kecil

dan sederhana merentasi semua sektor ekonomi; dan

(e) untuk melaksanakan apa-apa fungsi yang diberikan kepada

Majlis di bawah Akta ini.

Keanggotaan

tambahan

(Pindaan

perlu dibuat

kepada Seksyen 2B

Akta 539)

Tempoh

lantikan Anggota

Majlis

(Pindaan perlu dibuat

kepada

Seksyen 2B Akta 539)

Fungsi Majlis

Page 6: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - SME Corporation Malaysia · menjadi sebahagian daripada industri perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia termasuk mana-mana agensi yang berkaitan di Malaysia;

RAHSIA Deraf Ke-5 Setakat 15 Mac 2016

6

(2) Majlis boleh, dari semasa ke semasa, memberikan arahan kepada

Penyelaras yang selaras dengan peruntukan Akta ini dan Penyelaras hendaklah

melaksanakan dan menguatkuasakan arahan itu.

(3) Majlis boleh melaksanakan apa-apa fungsi lain yang bersampingan

dengan atau berbangkit daripada mana-mana fungsi yang dinyatakan dalam

subseksyen (1) dan membuat semua yang perlu atau suai manfaat untuk menjalankan

fungsinya di bawah Akta ini.

(4) Majlis boleh menentukan tatacaranya sendiri.

Kekerapan Mesyuarat dan Korum

Seksyen 6

6. (1) Majlis hendaklah mengadakan mesyuaratnya tidak kurang daripada dua

kali setahun.

(2) Di dalam mesyuarat, kehadiran yang diperlukan adalah tidak kurang

daripada separuh daripada jumlah bilangan ahli untuk membentuk suatu korum.

Urus Setia Majlis dan Setiausaha

Seksyen 7

7. (1) Penyelaras yang dilantik di bawah Seksyen 8 bertindak sebagai Urus

Setia kepada Majlis.

(2) Ketua Pegawai Eksekutif Penyelaras hendaklah menjadi Setiausaha

kepada Majlis.

BAHAGIAN III

PENYELARAS & KUASA PENYELARAS

Penyelaras

Seksyen 8

8. Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia atau “SME Corp.

Malaysia” yang telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Perusahaan Kecil dan

Sederhana Malaysia 1995 [Akta 539] adalah Perbadanan berkanun yang dilantik oleh

Kerajaan untuk menyelaras dan melaksanakan pelan tindakan yang terkandung di

dalam Akta ini, membangunkan dan memastikan kelangsungan pertumbuhan

perusahaan kecil dan sederhana dan keusahawanan di Malaysia.

Kekerapan

Mesyuarat

Korum

Sekretariat

Majlis

Badan Penyelaras

Page 7: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - SME Corporation Malaysia · menjadi sebahagian daripada industri perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia termasuk mana-mana agensi yang berkaitan di Malaysia;

RAHSIA Deraf Ke-5 Setakat 15 Mac 2016

7

Kuasa Penyelaras

Seksyen 9

9. Selain daripada kuasa-kuasa yang dipertanggungjawab kepada Penyelaras

melalui Akta Perbadanan Penyelaras, Penyelaras hendaklah mempunyai kuasa:

(a) untuk merangka dan mencadangkan dasar dan strategi pembangunan

keseluruhan perusahaan kecil dan sederhana merentasi semua sektor

ekonomi;

(b) untuk menyelia, menyelaras dan memantau pelaksanaan initiatif dan

program sokongan bagi mengalakkan pembangunan perusahaan kecil

dan sederhana serta keusahawanan oleh Kementerian dan agensi yang

berkaitan;

(c) untuk menjalankan, menggalakkan dan menyelaraskan penyelidikan

berhubung dengan apa-apa aspek pembangunan perusahaan kecil dan

sederhana dan keusahawanan; dan

(d) untuk melaporkan mengenai keberkesanan program PKS, melaksana

pelan tindakan dasar dan strategi pembangunan perusahaan kecil dan

sederhana serta keusahawanan seperti yang diputuskan oleh Majlis;

(e) untuk mendapatkan dan menghimpun data serta maklumat berkaitan

dengan perusahaan kecil dan sederhana dan keusahawanan daripada

Kementerian, agensi, mana-mana badan kerajaan lain, persatuan dan

badan perniagaan termasuk institusi kewangan dan mana-mana badan

swasta lain dari semasa dan ke semasa untuk tujuan rekod dan kajian;

(f) untuk mendapatkan dan menghimpun data serta maklumat berkenaan

perusahaan kecil dan sederhana yang menerima kemudahan dan bantuan

sama ada dalam bentuk kewangan atau bukan kewangan daripada

Kementerian, Agensi dan mana-mana badan kerajaan lain;

(g) untuk menilai dan melaporkan pelaksanaan dan keberkesanan

penggunaan dana berkaitan pembangunan perusahaan kecil dan

sederhana dan keusahawanan oleh Kementerian dan agensi yang

berkaitan;

(h) untuk menjalankan kerja-kerja pentadbiran dan menguatkuasakan

arahan Majlis.

Tanggungjawab Kementerian, Agensi, Pertubuhan atau Pihak Berkaitan

Seksyen 10

10. (1) Kementerian, Agensi, Pertubuhan atau pihak yang berkaitan dengan

perusahaan kecil dan sederhana digalakkan memberi sokongan penuh dan kerjasama

Kuasa Penyelaras

Sokongan

daripada

pihak berkaitan

Page 8: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - SME Corporation Malaysia · menjadi sebahagian daripada industri perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia termasuk mana-mana agensi yang berkaitan di Malaysia;

RAHSIA Deraf Ke-5 Setakat 15 Mac 2016

8

dengan Penyelaras untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada perusahaan

kecil dan sederhana dan keusahawanan.

(2) Kementerian, Agensi, Pertubuhan atau pihak yang berkaitan dengan

perusahaan kecil dan sederhana digalakkan memberi sokongan penuh dan bantuan

kepada perusahaan dan keusahawanan untuk memastikan bahawa pertumbuhan

perusahaan tidak terhad.

Tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan dan Pihak Berkuasa Negeri

Seksyen 11

11. Pihak berkuasa tempatan dan pihak berkuasa negeri perlu bekerjasama dalam

memastikan perkembangan perusahaan adalah selari dengan pembangunan alam

sekitar, persekitaran ekonomi serta keadaan sosial.

BAHAGIAN IV

DANA PEMBANGUNAN PERUSAHAAN KECIL DAN

SEDERHANA KEBANGSAAN

Dana

Seksyen 12

12. Bagi maksud Akta ini, Penyelaras hendaklah memantau keperluan dan

penggunaan kumpulan wang untuk perusahaan dan keusahawanan oleh Kerajaan

yang dikenali sebagai "Dana Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana

Kebangsaan”.

Sumber Dana

Seksyen 13

13. (1) Dana hendaklah terdiri daripada peruntukan daripada Kerajaan dan/atau

sumbangan daripada pihak swasta dari semasa ke semasa.

(2) Kerajaan akan menyediakan peruntukan tahunan untuk pembangunan

perusahaan kecil dan sederhana dan keusahawanan.

(3) Penyelaras akan berkongsi maklumat berkenaan penggunaan dana

dan keberkesanan program yang dilaksanakan dengan wakil kerajaan yang

mengendalikan perancangan ekonomi dan juga kewangan Kerajaan.

(4) Kerajaan melalui wakil yang mengendalikan perancangan kewangan

Kerajaan akan bekerjasama dengan Penyelaras apabila cadangan perbelanjaan Dana

dibuat setiap tahun.

Pihak

Berkuasa Tempatan

Dana

Sumber Dana

Page 9: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - SME Corporation Malaysia · menjadi sebahagian daripada industri perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia termasuk mana-mana agensi yang berkaitan di Malaysia;

RAHSIA Deraf Ke-5 Setakat 15 Mac 2016

9

Tujuan Dana

Seksyen 14

14. Dana hendaklah dibelanjakan dengan tujuan khusus untuk melaksanakan

program pembangunan bagi perusahaan kecil dan sederhana dan keusahawanan dan

lain-lain perbelanjaan yang diluluskan oleh Kerajaan.

BAHAGIAN V

PERANAN KERAJAAN TERHADAP PEMBANGUNAN

PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA

Kuasa Untuk Mengumpul Maklumat

Seksyen 15

15. (1) Jika bagi maksud melaksanakan mana-mana fungsinya di bawah Akta

ini, jika Penyelaras menghendaki maklumat, pernyataan, statistik, penyata atau

dokumen berkaitan daripada mana-mana perusahaan kecil dan sederhana, atas apa-

apa perkara yang berhubungan dengan hal ehwal atau perniagaan perusahaan itu,

perusahaan tersebut hendaklah mengemukakan maklumat tersebut kepada

Penyelaras, Agensi dan/atau institusi berkenaan yang mewakili Kerajaan termasuk

Jabatan Perangkaan Malaysia melalui undang-undang yang digunapakai. Penyelaras

dibenarkan untuk bekerjasama dengan Jabatan Perangkaan Malaysia dan/atau

Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan/atau pihak berkuasa lain yang berkaitan untuk

menjalankan peranan dan juga dalam mendapatkan serta mengumpul data tentang

perusahaan kecil dan sederhana dan keusahawanan di bawah Seksyen ini;

(2) Penyelaras dan/atau wakil Kerajaan yang mengendalikan perangkaan

akan menjalankan kajian, kaji selidik, maklumbalas dan menghimpunkan data

daripada perusahaan kecil dan sederhana dari semasa ke semasa untuk pemerhatian

dan tujuan rekod;

(3) Apa-apa maklumat yang diperolehi oleh Penyelaras di bawah Seksyen

ini hendaklah dianggap sebagai maklumat rahsia di antara Penyelaras dan

perusahaan kecil dan sederhana; dan

(4) Walau apa pun maksud subseksyen (1), Penyelaras boleh menyiarkan

apa-apa maklumat yang diperolehi daripada perusahaan kecil dan sederhana menurut

subseksyen (2) di dalam bentuk ringkasan atau rumusan maklumat yang dinyatakan

dengan sebegitu cara sehingga tidak membolehkan maklumat yang berhubungan

dengan mana-mana perusahaan kecil dan sederhana khususnya boleh dikenal pasti

daripadanya.

Tujuan Dana

Kuasa untuk

mengumpul maklumat

Page 10: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - SME Corporation Malaysia · menjadi sebahagian daripada industri perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia termasuk mana-mana agensi yang berkaitan di Malaysia;

RAHSIA Deraf Ke-5 Setakat 15 Mac 2016

10

Pembangunan Kreativiti Perusahaan Kecil dan Sederhana

Seksyen 16

16. Kerajaan melalui agensi-agensinya dan Penyelaras akan menggalakkan

pembangunan perusahaan kecil dan sederhana serta mengenengahkan dan

menyokong perusahaan kecil dan sederhana ke arah mewujudkan perusahaan yang

kreatif dan inovatif serta perusahaan di dalam bidang pertumbuhan baru dari semasa

ke semasa.

Kemudahan dan Bantuan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana

Seksyen 17

17. (1) Kerajaan melalui agensi-agensinya dan Penyelaras akan menyediakan

kemudahan bagi perusahaan kecil dan sederhana dan keusahawanan untuk

mempromosikan perusahaan termasuk produk dan perkhidmatan yang dihasilkan

oleh perusahaan kecil dan sederhana.

(2) Kerajaan melalui agensi-agensinya dan Penyelaras akan membantu

dan memberi nasihat, maklumat, panel penasihat, latihan, bantuan kewangan,

kemudahan dan lain-lain kemudahan yang berkaitan untuk perusahaan kecil dan

sederhana yang akan dan baru sahaja memulakan perniagaan.

(3) Kerajaan melalui agensi-agensinya dan Penyelaras akan mempromosi

dan memperkenalkan penyelidikan, pembangunan dan teknologi terkini kepada

perusahaan kecil dan sederhana bagi meningkatkan produktiviti yang menjurus

kepada perkembangan perusahaan.

Peluang Perolehan Kerajaan bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana

Seksyen 18

18. (1) Kerajaan akan memperuntukkan sebahagian daripada peruntukan

peluang perolehan kerajaan untuk perusahaan kecil dan sederhana.

(2) Kerajaan di pelbagai peringkat dan syarikat milik kerajaan hendaklah

membantu perusahaan kecil dan sederhana untuk memperoleh peluang perniagaan

melalui pengumuman awam untuk sebarang perolehan dan projek Kerajaan.

Dasar Pembayaran Seragam

Seksyen 19

19. (1) Kerajaan melalui agensi-agensinya akan memberikan obligasi

pembayaran yang seragam untuk transaksi komersil di antara Kerajaan, sepertimana

diwakili oleh Kementerian dan Agensi serta pihak ketiga yang merangkumi

Pembangunan

Kreatif

Promosi

Bantuan kepada

Perusahaan

Dasar Perolehan

Dasar Pembayaran

Seragam

Page 11: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - SME Corporation Malaysia · menjadi sebahagian daripada industri perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia termasuk mana-mana agensi yang berkaitan di Malaysia;

RAHSIA Deraf Ke-5 Setakat 15 Mac 2016

11

perusahaan kecil dan sederhana di mana semua terma pembayaran secara tunai dan

kredit hendaklah diselesaikan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.

(2) Bagi transaksi komersil di antara sektor swasta yang merangkumi

perusahaan kecil dan sederhana, semua terma pembayaran secara tunai dan kredit

hendaklah diselesaikan dalam tempoh empat puluh lima (45) hari.

Penyelarasan dengan Institusi Kewangan & Institusi Jaminan Kredit

Seksyen 20

20. Dalam usaha untuk memenuhi keperluan modal bagi perusahaan kecil dan

sederhana, Kerajaan, dengan rundingan dan rujukan kepada Bank Negara Malaysia,

hendaklah berbincang dengan institusi kewangan dan institusi jaminan kredit untuk

meningkatkan fungsi masing-masing di dalam menyediakan pembiayaan dan

jaminan kepada perusahaan kecil dan sederhana.

BAHAGIAN VI

INISIATIF UNTUK

PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA

Penglibatan Sektor Swasta Dalam Menyediakan Sokongan Kepada Perusahaan

Kecil dan Sederhana

Seksyen 21

21. Sektor swasta digalakkan untuk menyediakan kepada PKS sokongan

termasuk:-

(i) khidmat nasihat, maklumat, latihan, bantuan kewangan dan lain-lain

kemudahan yang berkaitan demi meningkatkan pertumbuhan dan jangka hayat

perusahaan kecil dan sederhana; dan

(ii) penyelidikan, pembangunan dan pemindahan teknologi terkini kepada

perusahaan kecil dan sederhana bagi memastikan perkembangan perusahaan selaras

dengan pembangunan dan inovasi terkini.

BAHAGIAN VII

AM

Peraturan-Peraturan

Seksyen 22

22. Kerajaan boleh, di atas nasihat Penyelaras, membuat peraturan-peraturan

sebagaimana perlu atau sesuai untuk mengukuhkan pelaksanaan peruntukan-

Penyelarasan

kemudahan kewangan

Penglibatan

Sektor

Swasta

Arahan Am

Page 12: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - SME Corporation Malaysia · menjadi sebahagian daripada industri perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia termasuk mana-mana agensi yang berkaitan di Malaysia;

RAHSIA Deraf Ke-5 Setakat 15 Mac 2016

12

peruntukan di dalam Akta ini, menjalankan atau mencapai tujuan dan maksud Akta

ini atau mana-mana peruntukannya, atau untuk , lebih baik atau lebih mudah lagi

daripada peruntukan-peruntukan Akta ini.

LAMPIRAN

Definisi PKS

Sumber : www.smecorp.gov.my

Page 13: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - SME Corporation Malaysia · menjadi sebahagian daripada industri perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia termasuk mana-mana agensi yang berkaitan di Malaysia;

RAHSIA Deraf Ke-5 Setakat 15 Mac 2016

13