Upload
baity-yusoff
View
653
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
Definisi KontrakSir William Anson (1975): Suatu persetujuan yang mengikat dari segi undang-undang yang dibuat di antara dua atau lebih pihak. Hak-hak terhadap persetujuan diperolehi oleh satu pihak atau lebih bagi sesuatu tindakan atau penahanan diri daripada melakukan sesuatu oleh pihak yang satu lagi.SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Abdul Aziz Hussin (2001): Kontrak adalah suatu pertemuan minda (a meetings of minds) atau consensus
ad idem.
SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Kriteria Kontrak
Supaya sesuatu kontrak menjadi sah di sisi undangundang dan boleh dilaksanakan.
SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Kriteria Kontrak
Tawaran Penerimaan Niat Balasan Tujuan kontrak mestilah sah Keupayaan berkontrak Kerelaan berkontrak Perlaksanaan kontrak boleh dilakukanSYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
TAWARAN PENERIMAAN NIAT BERKONTRAK
KRITERIA SUATU KONTRAK
BALASAN TUJUAN BERKONTRAK KEUPAYAAN BERKONTRAK KERELAAN BERKONTRAK
Rajah 3.1 Kriteria Suatu KontrakSYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Tawaran
Seksyen 2(a) Akta Kontrak 1950:Apabila seseorang menyatakan kesediaannya kepada seseorang yang lain untuk melakukan atau menahan diri daripada melakukan sesuatu, dengan maksud memperolehi persetujuan orang itu untuk berbuat sesuatu atau menahan diri, maka bolehlah dikatakan bahawa orang itu membuat cadangan.SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Tawaran boleh dibuat secara: Bertulis Lisan Perbuatan
SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Kes: Carlill vs. Carbolic Smoke Ball Co.
Sebuah syarikat mengiklankan 100 kepada sesiapa yang masih menghidapi selsema selepas jangkawaktu yang tertentu mengamalkan arahan dan dalam tempoh yang ditetapkan. Tetapi dia masih menghidapi selsema. Mahkamah memutuskan bahawa tawaran syarikat itu dibuat secara umum. Oleh itu, jika setiap orang mematuhi cara dan tempoh penggunaan ubat itu dan tahu pula tentang tawaran itu, maka dia berhak untuk menerima 100.SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Tawaran adalah berbeza dengan perlawaan. Perlawaan adalah suatu AJAKAN kepada sesiapa sahaja yang membuat cadangan.
SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Kes: Phamaceutical Society of Great Britain vs. Boots Cash Chemists (Southern) Ltd.
Apabila barang-barang dipamerkan di ruang pameran kedai layan diri, pameran itu dianggap pelawaan, bukan cadangan menjual. Sekiranya ada pelanggan datang, lalu mengambil barang itu dan membawanya kepada jurujual, pelanggan itu dikatakan membuat cadangan untuk membeli. Jadi terpulang kepada kedai tersebut untuk menerima atau tidak mahu menerima cadangan daripada pelanggan untuk membeli barang tersebut.SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Kes: Fisher vs. Bell
Pekedai mempamerkan pada tingkap kedainya sejenis pisau. Penjualan senjata ini berlawanan dengan Akta Kawalan Senjata Berbahaya 1959 (England). Mahkamah memutuskan pameran barangan di dalam cermin kedai tidak dikira sebagai tawaran sebaliknya adalah PELAWAAN sahaja. Pelawaan adalah langkah pertama dalam sesuatu rundingan yang mungkin terjadi atau mungkin tidak.SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
DINYATAKAN SECARA BIASA & MUNASABAH MUTLAK DAN TIDAK BERSYARAT MASA MUNASABAH DAN TEMPOH DITETAPKAN
PRINSIP PENERIMAAN
PENUNAIAN SYARAT KEPADA PENERIMAAN DISAMPAIKAN KEPADA PENCADANG PEMBATALAN SEBELUM KOMUNIKASI LENGKAP
Rajah 3.2 Prinsip Penerimaan bagi Sesuatu KontrakSYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Penerimaan
Jika penerima telah menerima cadangan yang dibuat oleh pencadang, cadangan kini menjadi janji. Prinsip-prinsip penerimaan ialah: Dinyatakan secara biasa dan munasabah Mutlak dan tanpa syarat Masa munasabah dan tempoh ditetapkan Perlaksanaan syarat kepada penerimaan Disampaikan kepada pencadang Pembatalan sebelum komunikasi lengkapSYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Penerimaan boleh dibuat secara lisan, bertulis atau perbuatan, asalkan penerimaan itu dinyatakan secara biasa dan munasabah. Kes: Weatherby vs. Banham Seseorang masih memperolehi dan membaca sebuah majalah bulanan, walaupun tempoh langganannya tamat dianggap menerima tawaran melanggan majalah tersebut.
SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Berdiam diri tidak boleh diisyaratkan sebagai bukti suatu penerimaan atau persetujuan kerana:
Tiada langsung komunikasi penerima yang jelas dibuat oleh pihak yang berdiam diri itu. Mentally Acceptance (Penerimaan Senyap) tidak mempunyai bukti menyatakan YA atau TIDAK. Seksyen 7(b) Akta Kontrak 1950 menyebut bahawa penerimaan mestilah secara biasa dan munasabah, iaitu dilihat dari segi pandangan orang yang mempunyai fikiran yang waras.SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Kes: Felthaouse vs. Bindley
F telah mencadangkan untuk membeli kuda anak saudaranya dengan harga 30 15s. F menulis, Jika saya tidak mendapat apa-apa jawapan, saya menganggap kuda itu milik saya dengan harga 30 15s. Anak saudaranya tidak memberikan jawapan. Mahkamah memutuskan bahawa ini adalah penerimaan senyap sahaja dan tidak disampaikan kepada pencadang, penerimaan tidak boleh diisyaratkan sebagai persetujuan. Oleh itu, ia tidak mengikat kedua-dua belah pihak.SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Penerimaan mestilah MUTLAK dan TANPA SYARAT.
Penerimaan terhadap cadangan tersebut mestilah dan mematuhi dengan tepat syarat dalam cadangan. Oleh itu, apabila suatu cadangan memerlukan penerima melakukan sesuatu atau membayar sejumlah wang, perbuatan atau bayaran tersebut mestilah dilakukan Seksyen 7(a) Akta Kontrak 1950.SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Kes: Neale vs. Merrett
M mencadangkan kepada N untuk menjual tanahnya dengan harga 280 tunai. N bersetuju dengan harga itu dan menyerahkan 80 dan menyatakan bahawa N akan membayar 80 dan 50 setiap bulan secara ansuran. Mahkamah memutuskan bahawa oleh kerana N telah menerima cadangan M, dengan syarat ia membayar secara ansuran, maka dia tidak boleh menguatkuasakan perjanjian tersebut.SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Perkataan Penerimaan mestilah mutlak dan tanpa syarat seperti yang terdapat dalam seksyen 7(a) Akta Kontrak 1950 juga bermaksud bahawa tidak boleh wujud tawaran balas (counter offer) kepada pihak penerima.
SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Penerimaan mestilah dibuat dalam MASA yang munasabah atau dalam tempoh yang ditetapkan.
Perkara ini dinyatakan secara tersirat dalam Seksyen 6(b) Akta Kontrak.
SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
PENUNAIAN SYARAT yang terdapat dalam cadangan adalah penerimaan kepada cadangan itu.
Seksyen 8 Akta Kontrak menyebut bahawa Penunaian syarat-syarat sesuatu cadangan adalah penerimaan cadangan itu.
SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Kes: Lalman Shukala vs. Gauri Datt
Mahkamah menyebut bahawa iklan tentang tawaran hadiah yang dibuat secara umum dan ada orang melakukan perbuatan tersebut. Maka, hal ini dianggap PENERIMAAN.
SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Penerimaan mestilah DISAMPAIKAN kepada pencadang.
Seksyen 4(2)(a), komunikasi penerimaan dianggap sempurna terhadapnya apabila penerima menyampaikan surat penerimaan atau niat penerimaannya itu kepada pencadang walau dengan apa cara sekali pun BERDIAM DIRI BUKAN BERMAKNA SETUJU.
SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
PEMBATALAN penerimaan boleh dibuat sebelum komunikasi penerima sampai kepada pencadang.
Seksyen 5(2) menyatakan sesuatu penerimaan boleh dibatalkan bila-bila masa sebelum komunikasi penerimaan itu menjadi lengkap terhadap penerima, tetapi TIDAK selepasnya.SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Balasan
Merupakan suatu pampasan atau
quid pro quo (iaitu pemberian sesuatu barang yang bernilai untuk sesuatu barang lain yang mempunyai nilai setanding) untuksesuatu kontrak yang telah dibuat atau sesuatu yang telah dilaksanakan.SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
DEFINISIBALASAN BERHARGA
KATEGORI BALASANRajah 3.3 Ciri-ciri Balasan bagi Sesuatu KontrakBALASAN SEMPURNA
TIDAK DILARANG OLEH UNDANG-UNDANG
SAH DI SISI UNDANG-UNDANG
TIDAK MENGECEWAKAN PERUNTUKAN LAIN MESTILAH BERMORAL
MESTILAH NYATA
BALASANPRINSIP BALASAN
TIDAK SEMESTINYA NILAI YANG SAMA TIDAK SEMESTINYA DATANG DARI PENERIMA JANJIKASIH SAYANG (HUBUNGAN KARIB) TELAH MEMAMPAS (MELAKSANAKAN) SECARA SUKARELA KEPADA PEMBUAT JANJI TELAH MEMBUAT JANJI DAN MENANDATANGANINYA UNTUK MEMBAYAR HUTANG
PERJANJIAN TANPA BALASAN TIDAK SAH KECUALI:
Rajah 3.3 Ciri-ciri Balasan bagi Sesuatu KontrakSYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Terbahagi kepada 2:
Balasan yang berharga
Sebarang bentuk faedah yang diperolehi oleh pembuat janji atau kerugian pada yang menerima janji.
Balasan yang sempurna
Balasan yang pada keseluruhannya mengandungi tanggungjawab moral, contohnya berdasarkan kasih sayang semulajadi (natural love and affection)
SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Prinsip Balasan
Sah di sisi undang-undang Mestilah nyata Tidak semestinya nilai yang sama Tidak semestinya datang dari penerima janji Perjanjian tanpa balasan tidak sah dan terbatalSYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Sah Di Sisi Undang-undang
Balasan dilarang oleh undang-undang.
Kes: Pearce vs. Brooks
Sesuatu balasan yang dibenarkan akan mengecewakan mana-mana peruntukan lain.
Kes: Hee Cheng vs. Krishnan
Mahkamah memutuskan bahawa suatu perjanjian tanah LPS (Lesen Pendudukan Sementara) adalah suatu balasan yang mengecewakan peruntukan undangundang kerana perkara itu tidak selaras dengan Perkara 41 Peraturan Tanah Tahun 1930 tidak boleh memindahmilikkan LPS.
SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Balasan bertentangan dengan muslihat awam atau tidak bermoral.
Seksyen 24 Akta Kontrak 1950 melibatkan perjanjian yang tidak bermoral.
SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Balasan Mestilah Nyata
Balasan mestilah mempunyai suatu nilai sama ada kecil atau besar.
Kes: Ward vs. Syham
Janji pemberian nafkah kepada ibu dan anak.
SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Balasan Tidak Semestinya Memadai atau Nilai Yang Sama
Kes: Chapell & co. vs. Nestle Co. Ltd.
Nestle menawarkan pada orang awam beberapa keping piring hitam dengan harga 1s 6d tiap-tiap satu, dengan syarat menyerahkan bersama-sama tiga keping pembalut coklat. Mahkamah memutuskan bahawa dalam hal ini, pembalut coklat sebahagian daripada balasan walaupun tidak lagi berharga sebaik sahaja pembalut tersebut diterima oleh syarikat.
SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Balasan Tidak Semestinya Datang Daripada Penerima Janji
Di Malaysia, Seksyen 2(d) Akta Kontrak 1950 menyatakan bahawa janji tidak semestinya datang daripada penerima janji. Ini berlainan dengan prinsip undang-undang Inggeris yang menyatakan bahawa balasan mestilah datang daripada orang yang telah menerima janji.
SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Perjanjian Yang Tidak Disertai Dengan Balasan Akan TerbatalKECUALI: Perjanjian berdasarkan kasih sayang semulajadi (dengan syarat perjanjian itu bertulis dan didaftarkan).
Mestilah kasih sayang semulajadi yang mempunyai HUBUNGAN KARIB di antara satu sama lain. Hubungan ibu dan anak, abang dan adik, menantu dan mertua.
SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Telah melaksanakan secara SUKARELA kepada pembuat janji.
A telah terjumpa dompet B dan menyerahkan kepada B. B telah berjanji untuk memberikan RM200 kepada A. Ini telah menjadi suatu Kontrak.
SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Suatu janji bertulis untuk membayar hutang-piutang sebenarnya tidak boleh dituntut kerana telah luput tempoh tuntutan, janji tersebut adalah sah walaupun balasan sudah tiada.
SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
A berhutang dengan B sebanyak RM500. A berjanji akan membayar hutang tersebut pada awal tahun 1990. A tidak membayarnya hingga akhir tahun 1995 (enam tahun kemudian). Pada tahun 1996, B tidak lagi boleh menuntut hutangnya daripada A kerana di bawah Seksyen 6 Akta Batasan 1953 telah wujud had batasan masa.
SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Tetapi, Seksyen 26(c) Akta Kontrak 1950 menyatakan bahawa jika A membuat perjanjian bertulis untuk membayar hutangnya, janji tersebut masih sah dan mengikat A.
SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Tujuan Berkontrak
Definisi:
Matlamat Berkontrak atau untuk apa Kontrak dibuat.
SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
DEFINISI TUJUAN BERKONTRAKDILARANG UNDANG-UNDANG PENGECEWA PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG
TUJUAN TIDAK SAH
TUJUAN BERKONTRAK
FRAUD (PENIPUAN) TIMBULKAN BENCANA TIDAK BERMORAL
HUBUNGAN ANTARA BALASAN DAN TUJUAN BERKONTRAKRajah 3.4 Tujuan Berkontrak bagi Sesuatu PerjanjianSYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Matlamat Utama Perjanjian Kontrak
Adalah untuk mengikat pihak-pihak di bawah Kontrak supaya memenui tanggungjawab atau obligasi masing-masing bagi membolehkan obligasi tersebut dilaksanakan atau sebagai balasan ke atas perlaksanaan obligasi tersebut.
SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Skop, cara dan peraturan perlaksanaan obligasi dan hak pihakpihak di bawah sesuatu Kontrak adalah tertakluk kepada syaratsyarat Kontrak yang telah ditandatangan oleh pihak berkontrak.
SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Di dalam kerja pembinaan, segala bentuk dan aturcara kerja yang dijalankan oleh kontraktor mestilah mengikut arahan dan rekabentuk yang disediakan oleh pihak Klien.
Pihak kontraktor secara prinsipnya hendaklah memastikan bahawa pihaknya :SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Menyiapkan kerja dengan sempurna memenuhi kehendak klien dari segi mutu dan spesifikasi kerja. Menyiapkan projek dalam tempoh masa yang telah ditetapkan di dalam Kontrak.
SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Seksyen 24 Akta Kontrak 1950 menyatakan sesuatu tujuan berkontrak adalah tidak sah kerana jika kontrak itu:
SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Dilarang oleh Undang-undang
Contoh: Kontrak yang dibuat antara A dan B untuk membunuh C. Kontrak ini adalah tidak sah kerana ia dilarang oleh undang-undang.
SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Akan mengecewakan Peruntukan mana-mana Undang-undang.
Contoh: jika X dan Y membuat Kontrak menyatakan X diminta menarik lori Y di jalanraya sedang lori Y tidak mempunyai cukai jalan. Dan X menarik lori Y seolah-olah lori itu rosak dengan muslihat pihak JPJ tidak menyaman Y. Maka Kontrak itu telah mengecewakan peruntukan di bawah Ordinan Lalulintas dan Kontrak itu tidak sah.SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Merupakan Fraud (Penipuan)
Contoh: A, B dan C membuat suatu perjanjian membahagikan hasil yang diperolehi secara fraud. Perjanjian tersebut terbatal kerana tujuannya tidak sah di sisi undang-undang.
SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Tujuan yang boleh mendatangkan atau melibatkan bencana kepada diri dan harta orang lain. Tujuan yang dianggap tidak bermoral atau bertentangan dengan muslihat awam.SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Hubungan Antara Balasan dan Tujuan Berkontrak
Contohnya: A dan B berjanji bahawa B akan menjadi penyelia di kilang memproses susu kepunyaan A di mana tujuannya sah di sisi undang-undang. Di samping menjalankan tugasnya di kilang itu, B memproses DADAH. Walaupun sebahagian balasan dan tujuan Kontrak itu sah di sisi undang-undang, Kontrak di antara A dan B menjadi BATAL.SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
DEFINISIPERKAHWINAN, PERCERAIAN, ANAK ANGKAT
DEWASA
BIASISWA, PINJAMAN PELAJARAN PEKERJAAN (KANAK-KANAK)
KEUPAYAAN BERKONTRAK
KEUPAYAAN DI SISI UNDANG-UNDANG
GILA TETAPI KADANG-KADANG TIDAK
BERAKAL SEMPURNASIUMAN TAPI KADANG-KADANG TIDAK
MUFLIS
TIDAK HILANG KELAYAKAN
LELAKI ISLAM - KAHWIN LEBIH DARI EMPAT PADA SATU MASA
Rajah 3.5 Keupayaan Berkontrak bagi Sesuatu PerjanjianSYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Keupayaan Berkontrak
Setiap orang dan pertubuhan dibenarkan untuk membuat kontrak. Seksyen 11 Akta Kontrak 1950 menyatakan untuk membolehkan kontrak itu sah, seseorang itu hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Dewasa menurut Undangundang
Akta Umur Dewasa 1971 menyatakan seseorang dianggap dewasa apabila berumur 18 tahun. Terdapat pengecualian kepada orang di bawah umur 18 tahun untuk berkontrak itu:
Berkaitan perkahwinan, perceraian dan pengambilan anak angkat. Perjanjian biasiswa atau pinjaman pelajaran. Pekerjaan yang dilakukan oleh kanak-kanak yang berumur lebih daripada 16 bulan.
SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Berakal sempurna sepanjang membuat Kontrak(i)
(ii)
Seseorang pesakit di hospital sakit otak yang pada waktu-waktu berakal sempurna boleh membuat kontrak pada waktu tersebut. Seseorang yang siuman, yang meracau kerana demam atau terlalu mabuk hingga tidak dapat memahami syarat-syarat sesutu kontrak atau tidak dapat membuat pertimbangan yang rasional terhadap kesan atas kepentingan selama ia meracau atau kemabukkan.SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Tidak hilang kelayakan daripada membuat kontrak.
Contohnya:Seseorang yang diisytiharkan bankrup oleh mahkamah telah hilang kelayakan untuk membuat kontrak.
SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
DEFINISIDURES (PAKSAAN) PENGARAH TIDAK WAJARFAKTA TIDAK BENAR MENYEMBUNYIKAN FAKTA
FRAUD (PENIPUAN)
NIAT UNTUK TIDAK MENUNAIKAN TUJUAN MEMPERDAYAKAN PERBUATAN YANG DITENTUKAN UNDANG-UNDANG
KERELAAN BERKONTRAK
FAKTOR KERELAANSALAH NYATA (MISREPRESENTATION)
SILAP PENGENALAN PERKARA POKOK SILAP KEWUJUDAN PERKARA POKOK SILAP PERKARA POKOK SILAP BENTUK DOKUMEN
SILAP FAKTA (MISTAKE OF FACT)
Rajah 3.6 Kerelaan Berkontrak bagi Sesuatu Perjanjian
SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Kerelaan Berkontrak
Seksyen 11 Akta Kontrak 1950 menyatakan bahawa semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat dengan KERELAAN BEBAS di antara pihak-pihak yang berkontrak. Seksyen 14 Akta Kontrak 1950, kerelaan menjadi tidak bebas jika terdapat lima (5) unsur seperti dures, pengaruh tidak wajar, fraud, salah nyata dan silap fakta.
SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Dures (Paksaan)
Sebarang bentuk kekerasan atau ancaman akan melakukan kekerasan kepada satu pihak dalam kontrak atau ahli keluarganya atau harta bendanya.
SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Kes: Kaufman vs. Gerson
G telah menyalahgunakan wang telah diamanahkan kepadanya oleh K. K mengugut akan mendakwa G kecuali G berjanji akan membayar kepada K dengan menggunakan wang isteri G. Isteri G berjanji melaksanakan arahan tersebut demi menjaga nama suaminya. Mahkamah memutuskan isteri G tidak terikat untuk melaksanakan janjinya kerana ia dibuat secara paksaan (unsur dures).SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Pengaruh Tidak Wajar
Wujud apabila hubungan pihak-pihak di dalam kontrak itu tidak diasaskan kepada kesamarataan satu pihak menguasai pihak yang satu lagi. Contoh: hubungan anak dengan ibu, majikan dengan pekerja, peguam dengan klien.
SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Orang yang membuat kontrak di bawah pengaruh tidak wajar boleh membatalkan kontrak mereka dengan:
Secara mutlak jika pihak itu belum lagi menerima faedah daripada kontrak. Secara bersyarat apa yang difikirkan patut oleh mahkamah, jika pihak itu telah mendapat faedah daripada kontrak tersebut.SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Fraud (Penipuan)
Seksyen 17 Akta Kontrak 1950 mendefinisikan Fraud sebagai mana-mana perbuatan berikut dengan niat untuk memperdaya atau mendorong pihak lain berkontrak seperti:
Memberikan fakta yang tidak benar Menyembunyikan secara aktif fakta Membuat janji tanpa sebarang niat untuk meninaikannya Perbuatan untuk tujuan memperdaya Perbuatan atau tinggalan perbuatan yang ditetapkan oleh undang-undang sebagai Fraud.SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Menurut Seksyen 19 Akta Kontrak 1950 jika seseorang telah membuat kontrak yang ada unsur Fraud, pihak satu lagi boleh:
Memilih untuk membatalkan, atau Meneruskan perlaksanaan kontrak itu seolah-olah tidak wujud unsur Fraud.
SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Salah Nyata
Seksyen 18 Akta Kontrak 1950 mendefinisikan Salah Nyata:
Ketegasan positif dengan cara yang tidak dibenarkan oleh maklumat yang diperolehi oleh orang tersebut tentang sesuatu hal yang tidak benar, tetapi dia tahu perkara itu benar. Pelanggaran kewajipan tanpa niat menipu yang membawa faedah kepada orang yang melakukan pelanggaran tersebut.
SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Menyebabkan walaupun dengan ikhlas satu pihak kontrak membuat kekhilafan tentang benda yang menjadi pokok kontrak tersebut.
SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Kes: With vs. OFlanagan
A adalah doktor telah menyatakan kepada Y sebelum menandatangani kontrak bahawa pendapatan bulanan kliniknya adalah 2000. Lima bulan kemudian, selepas kontrak ditandatangani, pendapatan kliniknya merosot kerana A tidak memberitahu fakta kemerosotan pendapatannya kepada Y. Mahkamah telah memutuskan kontrak tersebut boleh batal oleh Y kerana A gagal memberitahu kedudukan kewangannya yang sebenar.SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Perbezaan di antara Fraud dan Salah Nyata ialah
Dalam Fraud, orang yang membuat kenyataan tidak mempercayai kebenaran kenyataan tersebut. Dalam Salah Nyata, orang mungkin mempercayai kenyataan itu adalah benar.
SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Silap Fakta
Seksyen 21 Akta Kontrak 1950 menyatakan jika kedua-dua pihak di dalam kontrak silap tentang sesuatu fakta yang mustahak, maka perjanjian tersebut batal.
SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Terdapat lima (5) jenis Silap Fakta:1. 2. 3. 4. 5. Silap Silap Silap Silap Silap Fakta Fakta Fakta Fakta Fakta Pengenalan (Perkara Pokok) Kewujudan Perkara Pokok Pengenalan Pihak Berkontrak Perkara Pokok Bentuk Dokumen
SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Silap Fakta Pengenalan (Perkara Pokok)
Contohnya: A berniat membuat kontrak dengan B pembinaan sebuah rumah bungalow. Tetapi B berniat membuat kontrak tentang pembinaan jalan keretapi. Oleh itu, tiada pertemuan dua minda kontrak tidak wujud.SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Kes: Raffles vs. Wichelchaus
W bersetuju menjual kapas yang diangkut dengan kapal Peerless dari Bombay. W merujuk kepada kapal Peerless yang berlayar dari Bombay bulan Oktober. Manakala R bersetuju membeli kapas yang diangkut dengan kapal Peerless dari Bombay pada bulan Disember. Mahkamah memutuskan bahawa dalam hal ini, kontrak ini wujud silap fakta mengenai kapal peerless yang berlayar pada bulan Oktober dan Disember.SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Silap Fakta Kewujudan Perkara Pokok
Kedua-dua pihak telah berkontrak tentang perkara pokok yang tidak wujud. Contohnya: A bersetuju untuk menjual lembu jantannya kepada B dan B telah bersetuju untuk membelinya.
Tetapi sebenarnya lembu tersebut telah dibaham oleh harimau sehari sebelumnya.SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Kes: Couturier vs. Hastic
Kontrak penjualan jagung India dibuat oleh kedua-dua belah pihak. Mereka yakin jagung itu sedang diangkut dengan kapal. Kedua-dua pihak tidak tahu bahawa jagung tersebut telah dijual di pelabuhan kerana tempat simpanan jagung yang terlampau panas dan tidak sesuai untuk penyimpanan. Dalam hal ini, kedua-dua pihak tidak mengetahui akan perkara pokok iaitu jagung telah dijual semasa mereka membuat kontrak.SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Silap Fakta Pengenalan Pihak Berkontrak
Kontrak boleh terbatal jika dapat dibuktikan:
Identiti pihak yang satu lagi itu amat mustahak kontrak. Pihak yang satu lagi itu tahu bahawa dia bukan pihak yang ingin membuat kontrak oleh pihak yang satu lagi.SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Contoh: Jika A ingin membuat kontrak dengan B, pelukis terkenal. A meminta B melukis potretnya tetapi A telah membuat kontrak dengan C, iaitu adik B yang wajahnya seiras.
SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Silap Fakta Perkara Pokok
Prinsip umum yang perlu dilakukan ialah caveat emptor (pembeli perlu berwaspada). Contoh: A membeli lukisan yang berada dalam simpanan B dan kedua-duanya percaya lukisan tersebut amat bernilai. Tetapi sebenarnya lukisan tersebut adalah murah. Kontrak ini sah dan A tidak boleh membatalkan kontrak dengan alasan silap fakta tentang mutu perkara pokok.SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu mahkamah masuk campur dan mengenepikan kontrak tersebut demi mendapatkan keadilan dan kesaksamaan.
SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Silap Fakta Bentuk Dokumen
Prinsip umumnya, pihak-pihak yang menandatangani kontrak bertulis akan terikat terhadap syarat kontrak itu. Seseorang yang silap fakta tentang ciriciri dokumen yang ditandatangani itu boleh mengemukakan bahawa itu bukan hasil tindakan atau perlakuannya yang sebenar (non est factum)SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Kes: Foster vs. Mackinnon
Orang tua yang rabun matanya telah diminta oleh seseorang untuk menandatangani satu bil pertukaran bernilai 3000. Dia diberitahu bahawa dokumen itu adalah dokumen jaminan sahaja. F telah menuntut jumlah wang tersebut daripada M. Mahkamah memutuskan bahawa M boleh menggunakan pembelaan non est factum.SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Dalam situasi lain, kesilapan dalam perundingan tidak diterima kerana terdapat ignorantia legis neminem excusat iaitu jahil tentang undangundang tidak boleh dimaafkan.
SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Kes: Seck vs. Wong & Lee
Seorang Kontraktor binaan meminta pelan kerja daripada seorang Arkitek. Arkitek itu meminta RM500 daripada Kontraktor tersebut. Dalam undang-undang, Arkitek dilarang mengutip bayaran tersebut. Dalam hal ini Kontraktor telah membayar wang secara silap, manakala Arkitek telah mengambil kesempatan daripada kejahilan Kontraktor. Arkitek perlu memulangkan wang tersebut semula kepada Kontraktor.SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
BELUM LAKSANAKAN KONTRAK
PERSETUJUAN SEMUA PIHAKTELAH LAKSANAKAN KONTRAK
PELAKU KHUSUS MELAKSANAKAN KONTRAK
PELAKSANAAN SYARAT KONTRAK
PIHAK KETIGA MASA YANG DITETAPKAN
KEMUNGKIRAN
PELEPASAN / PENAMATAN KONTRAK
PERUBAHAN UNDANG-UNDANG PERKARA PENTING KONTRAK MUSNAH BERGANTUNG KEPADA KEJADIAN PADA MASA HADAPAN KEMATIAN ATAU KETIDAKUPAYAAN PIHAK BERKONTRAK PERUBAHAN KEADAAN YANG PENTING
KEKECEWAAN
KUATKUASA UNDANG-UNDANG
Rajah 3.7 Pelepasan / Penamatan bagi Sesuatu KontrakSYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
PENAMATAN ATAU PELEPASAN KONTRAKSesuatu kontrak boleh dilepaskan dengan lima cara iaitu: a) Dengan Persetujuan Semua Pihak b) Dengan Melaksanakan Syarat-syarat Kontrak c) Dengan Kemungkiran d) Dengan Kekecewaan Kontrak (atau mungkin kontrak itu tidak dapat dilaksanakan) e) Dengan Kuatkuasa Undang-undangSYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Persetujuan Semua Pihak
Seksyen 63 Akta Kontrak 1950 menyatakan jika pihak-pihak yang terlibat dalam kontrak bersetuju menggantikan sesuatu kontrak dengan kontrak yang baru, atau bersetuju membatalkan atau meminda kontrak, maka kontrak asal tidak perlu dilaksanakan.SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Terdapat dua (2) kemungkinan pelepasan kontrak secara persetujuan iaitu:
a) Pihak-pihak belum melaksanakan sebarang tanggungjawab mereka di bawah kontrak tersebut. b) Kemungkinan telah ada pihak-pihak yang telah melaksanakan hak dan tanggungjawab. Sebagai ganti kepada sebahagian lagi tanggungjawab pelaksanaan di bawah kontrak mereka, ia boleh dibuat dalam bentuk pelaksanaan yang lain dari kontrak asal.SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Kes Pinnel
C telah berhutang 8 10s daripada P. C kemudian membayar 5 2s 2d. Mahkamah menyatakan bahawa walaupun P menerima wang tersebut, jumlah itu tidak sesuai dan memuaskan. Dengan itu, P boleh menuntut baki wang itu daripada C. Tetapi C memberi seekor kuda, seekor burung helang, sehelai jubah dan pemberian ini sesuai dan memenuhi nilai baki yang hutang. P boleh menerima jika ia merasakan pemberian itu memadai terhadap baki hutangnya.SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Perlaksanaan Syarat Kontrak
Suatu kontrak itu boleh dilepaskan apabila setiap pihak memenuhi sepenuhnya tanggungjawab dan hak-hak masing-masing di bawah kontrak. Terdapat beberapa perkara lain yang berkaitan dengan pelepasan kontrak secara pelaksanaan iaitu:SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
a) Jika dalam kontrak dinyatakan secara jelas orang yang akan melaksanakan kontrak, orang lain tidak dibenarkan melaksanakannya. Contohnya kerja melukis dan kerja pakar. b) Jika penerima janji bersetuju pihak lain melaksanakan tugas dalam kontrak, maka ia dibenarkan.SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
c) Suatu kontrak menghendaki sesuatu pihak melaksanakan janji pada masa yang ditetapkan, maka masa menjadi syarat penting. Begitu juga dengan tempat.
SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Kes: Hj Hasnan lwn Tan Ah Kian
A mendapat kontrak pembinaan jalan. A kemudian membuat kontrak kecil dan R melaksanakan kerja-kerja tersebut. R bersetuju menyiapkan kerja pada atau sebelum 30 Mei 1966, tetapi R tidak dapat menyiapkan kerjanya. A menamatkan kontrak itu dan memberikannya kepada orang lain. Pada 4 Jun 1960, R memohon kepaa A agar dia dilanjutkan tempoh kerja tetapi A menolak pemohonan itu.SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
R menuntut harga bagi kerja-kerja yang dilakukan dan barang-barang yang disediakan. Mahkamah memutuskan masa syarat penting dalam kontrak. Jadi R bolehlah dibayar quantum meruit bagi kerja yang dijalankan dan bahan yang disediakannya.SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Pelepasan Akibat Kemungkiran
Seksyen 40 Akta Kontrak 1950 menyebut bahawa apabila suatu pihak enggan melaksanakan kontrak yang dijanjikan, maka pihak yang satu lagi boleh menamatkan kontrak tersebut. Keengganan untuk melaksanakan kontrak mungkin berlaku dalam dua situasi:
SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
a) Sebelum masa pelaksanaan kontrak b) Semasa melaksanakan kontrak yang berkenaan
SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Pelepasan Akibat Kekecewaan
Juga dikenali sebagai pelepasan akibat kemustahilan. Terdapat beberapa keadaan yang diiktiraf oleh mahkamah sebagai boleh mengecewakan kontrak:
a)
Apabila terdapat perubahan undang-undang b) Apabila perkara penting di dalam kontrak musnah c) Apabila kontrak itu bergantung kepada sesuatu perkara atau kejadian pada masa hadapan d) Apabila berlaku kematian atau ketidakupayaan pihak dalam kontrakSYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Mahkamah tidak akan mengiktiraf kontrak atau kontrak tamat dengan cara kekecewaan:
a) Apabila dalam kontrak itu jelas menyebut bahawa pihak-pihak yang berkontrak akan melaksanakannya dalam situasi apa pun yang berlaku b) Sesuatu kejadian yang tidak diingini itu berlaku disebabkan oleh satu pihak.SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Kesan kekecewaan:a)Seksyen 57(a) Akta Kontrak bayaran ke atas kerugian yang dialami oleh penerima janji b) Seksyen 66 Akta Kontrak 1950 sesiapa yang menerima faedah daripada kontrak perlu memulangkan faedah atau membayar pampasan c) Seksyen 15(2) Akta Undang-undang Sivil 1956 jumlah wang yang telah diterima perlu dikembalikan setelah ditolak perbelanjaan yang dikeluarkan semasa melaksanakan kontrak itu. Jika ada wang kena bayar, maka bayaran tidak perlu dibuat lagiSYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Pelepasan Dengan Undang-Undang
Sesuatu kontrak dilepaskan apabila kontrak itu dibuat dan disebut tempoh kontrak itu dilaksanakan. Kaedah ini dikenali juga sebagai kaedah mengakhiri had masa. Contoh: A berkontrak dengan B A akan menyewa kereta B dari 1 Januari 2003 hingga 30 Jun 2003. Ini bermakna selepas 30 Jun 2003, kontrak itu telah luput dan akan dilepaskan.SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Kontrak juga dilepaskan apabila terdapat penyatuan. Penyatuan dimaksudkan ialah satu kontrak mudah seperti kontrak lisan digantikan dengan kontrak bertulis. Setelah dipersetujui oleh pihak berkontrak, berlakulah pelepasan kontrak lisan tersebut. Jika terdapat pindaan palsu yang dibuat terhadap tarikh, nama atau jumlah wang dalam satu-satu dokumen kontrak, perbuatan ini akan melepaskan kontrak tersebut disisi undang-undang.SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Pelepasan kontrak dengan undang-undang juga berlaku apabila terdapat kematian atau tidak berupaya. Contoh: A berkontrak untuk bekerja sebagai kerani B. Jika A meninggal, dari segi undang-undang kontrak itu akan dilepaskan.SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
TIDAK MENERUSKAN KONTRAKGANTIRUGI AM GANTIRUGI KHUSUS GANTIRUGI NOMINAL
GANTIRUGI
GANTIRUGI TELADAN GANTIRUGI JUMLAH TERTENTU GANTIRUGI JUMLAH TIDAK TERTENTU PENALTI
REMEDI
QUANTUM MERUIT PELAKSANAAN SPESIFIK
Rajah 3.8 Remedi bagi Sesuatu KontrakSYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
REMEDI
Remedi (pemulihan) kepada kemungkiran. Apabila berlaku kemungkiran kontrak, maka remedi seperti berikut akan diperolehi:
SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Tidak Meneruskan Perlaksanaan Kontrak
Pihak yang teraniaya itu boleh memilih untuk menamatkan kontrak tersebut dan seterusnya keengganan melaksanakan tugas selanjutnya seperti yang diperuntukkan di dalam kontrak.
SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Mendapatkan Gantirugi
Tujuannya untuk membolehkan pihak yang teraniaya akibat kemungkiran kontrak mendapat pampasan. Asas ukuran ganti rugi ialah nilai pelaksanaannya kepada pihak menuntut, bukannya kos kepada pihak yang dituntut. Kategori ganti rugi adalah seperti berikut:SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
i.
Ganti Rugi Am Ganti rugi kewangan yang diarahkan oleh mahkamah apabila terdapat kemungkiran kontrak yang wujud daripada kemungkiran kontrak. Ganti Rugi Khusus Ganti rugi bukan semulajadi yang timbul dari daripada kemungkiran kontrak. Contoh: Kehilangan pendapatan pada masa hadapan dan sebagainya.SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
ii.
iii.
Ganti Rugi Nominal Dalam kes seperti pihak yang menuntut tidak mengalami kerugian yang sebenar, maka ganti rugi yang dituntut hanya berbentuk sejumlah bayaran yang cukup sekadar untuk memberitahu bahawa pihak menuntut memenangi kes. iv. Ganti Rugi Tauladan Satu bentuk hukuman terhadap pihak yang dituntut sebagai pengajaran kepadanya. Ganti rugi ini jarang digunapakai dalam undang-undang kontrakSYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
v.
Ganti Rugi Jumlah Tertentu Ganti rugi yang telah pun disebut jumlahnya dan dipersetujui di dalam kontrak.
vi. Ganti Rugi Jumlah Tidak Tertentu Jumlah ganti rugi akan ditentukan oleh mahkamah selepas kes itu dibicarakan berdasarkan fakta kes.SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
vii. Penalti Jumlah ditentu dan dipersetujui. Jumlah agak besar jika dibandingkan daripada ganti rugi biasa, walaupun nilai kerugian tidaklah begitu besar.
SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Pihak yang menuntut perlu mencuba sedaya upaya untuk meminimumkan kerugian yang dialami akibat kemungkiran kontrak. Ini dinamakan sebagai tugas mengurangi kerugian (duty to mitigate damages). Contoh: Jika seorang pekerja diberhentikan kerja oleh majikannya. Pekerja tersebut perlu sedaya upaya mencari pekerjaan lain dan tidak hanya berdiam diri di rumah.SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Kes: Kabatasan Timber ExtractionCo lwn. Chong Fah Shing
A bersetuju untuk membekalkan kayu balak ke kilang R. A telah mengirimkan sebahagian kayu balak ke kilang R tetapi meletakkan balak jauh sedikit dari kawasan kilang R. R tidak mahu menerima balak itu dan menganggap A telah memungkiri kontrak. R membeli balak dari syarikat lain.SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Mahkamah memutuskan bahawa A memungkiri kontrak tetapi adalah menjadi tugas R untuk mengurangkan kerugian. Apa yang perlu dilakukan oleh R hanyalah menarik balak-balak tersebut ke tempatnya dan menuntut ganti rugi kerana membayar upah menarik balak tersebut.SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Tindakan Terhadap Quantum Meruit
Pihak teraniaya boleh memohon sejumlah bayaran terhadap apa yang telah dilakukannya di dalam kontrak sebagai hak quantum meruit (sejumlah yang perlu diperolehinya).
SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Kes: Planche lwn Colburn
F bersetuju untuk menulis dalam sebuah majalah yang diterbitkan oleh C dengan bayaran 100. P telah menulis sebahagian tetapi C kemudian memberhentikan penerbitan majalah tersebut. Mahkamah memutuskan bahawa F berhak mendapat bayaran bagi tulisan yang telah dibuatnya.SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD
Memohon Pelaksanaan Spesifik
Permohonan yang dibuat kepada mahkamah agar mahkamah mengarahkan pihak yang memungkiri sesuatu kontrak menyiapkan kontraknya sehingga selesai. Contoh: S membuat kontrak untuk menjual tanahnya kepada R, sebaliknya S mengubah fikiran, ia enggan menjual tanahnya itu kepada R. R boleh memohon mahkamah agar mahkamah mengarahkan S menjual tanah itu kepadanya.SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD