1
Masyarakat sering mempunyai tanggapan bahawa guru merupakan kerjaya yang sangat mudah serta lumayan. Namun, realiti ini adalah bukan begitu. Guru pada zaman ini perlu menghadapi pelbagai cabaran dalam kerjaya mereka. Contohnya, peristiwa yang berlaku dalam video ini iaitu masalah murid orang asli. Pada masa ini, guru perlu mempunyai ketabahan yang sangat tinggi untuk menghadapi masalah ini. Seorang guru perlu dilengkapi dengan pelbagai kemahiran dan ilmu pengetahuan untuk menerima cabaran seperti itu. apabila membuat refleksi terhadap diri saya, saya berasa saya belum bersedia untuk menghadapi cabaran sebegini. Hal ini kerana saya masih tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan seperti perlu menaik sampan sampai ke sekolah dan sebagainya. Saya berasa takut untuk menghadapi cabaran ini. Namun , saya sedar bahawa saya tidak sepatutnya begini. saya perlu melengkapi diri dengan pelbagai kemahiran dan ilmu. Namun, masyarakat orang asli turut perlu mempunyai pemikiran yang lebih terbuka agar tidak hanya hidup dalam persekitaran yang mereka berasa selesa dan baik. Oleh itu, guru sebagai agen utama untuk mengubah pemikiran mereka supaya golongan orang asli turut boleh maju seperti bangsa lain.

Ulasan Video Orang Asli

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ewr

Citation preview