6
Soalan 1 hingga Soalan 18 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan Gambar 1 Gambar 1 1. Pemuzik terkenal itu menggunakan pianonya untuk ____________ lagu. A. mengubah B. menggubal C. menggubah D. mengadun Soalan 2 berdasarkan Gambar 2 Gambar 2 2. Syukri ________________ apabila mendapat tahu bahawa dia ditipu oleh rakannya. A. pucat B. berang C. gelisah D. kecewa Soalan 3 berdasarkan Gambar 3 Gambar 3 3. Penjenayah itu dibawa keluar dari lokap polis _______________ tangannya bergari. A. tetapi B. kerana C. sambil D. sebelum 4. Sikapnya yang __________________ itu telah menyebabkan rakan-rakannya tidak suka berbual dengannya. A. berat hati B. berat mata C. berat mulut D. berat tulang Soalan 5 berdasarkan Gambar 4 Gambar 4 5. Pengemis itu berjalan seorang diri dengan memakai pakaian yang sangat ____________. A. lusuh B. luntur C. lupus D. luput 6. Borang yang ______________ kamu lengkapkan perlulah dihantar ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri yang berdekatan, kata pegawai itu. A. telah B. masih C. pernah D. dengan Soalan 7 dan 8 berdasarkan Gambar 5 Gambar 5 7. Apakah yang sedang ______________ buat itu ? Cikgu Saifullah bertanya kepada Haikal dan Danial.

Ujian BM1 6

Embed Size (px)

DESCRIPTION

perkongsian bersama

Citation preview

Page 1: Ujian BM1 6

Soalan 1 hingga Soalan 18Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan Gambar 1

Gambar 11. Pemuzik terkenal itu menggunakan pianonya untuk ____________ lagu.A. mengubah B. menggubalC. menggubah D. mengadun

Soalan 2 berdasarkan Gambar 2

Gambar 22. Syukri ________________ apabila mendapat tahu bahawa dia ditipu oleh rakannya.A. pucat B. berangC. gelisah D. kecewa

Soalan 3 berdasarkan Gambar 3

Gambar 33. Penjenayah itu dibawa keluar dari lokap polis _______________ tangannya bergari.

A. tetapi B. keranaC. sambil D. sebelum

4. Sikapnya yang __________________ itu telah menyebabkan rakan-rakannya tidak suka berbual dengannya.A. berat hati B. berat mataC. berat mulut D. berat tulang

Soalan 5 berdasarkan Gambar 4

Gambar 45. Pengemis itu berjalan seorang diri dengan memakai pakaian yang sangat ____________.A. lusuh B. lunturC. lupus D. luput

6. “ Borang yang ______________ kamu lengkapkan perlulah dihantar ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri yang berdekatan,” kata pegawai itu.A. telah B. masihC. pernah D. denganSoalan 7 dan 8 berdasarkan Gambar 5

Gambar 57. “ Apakah yang sedang ______________ buat itu ?” Cikgu Saifullah bertanya kepada Haikal dan Danial.A. dia B. kamuC. kami D. mereka8. Haikal dan Danial telah ditegur _________ Cikgu Saifullah ketika mereka sedang menconteng dinding _________ belakang bangunan sekolah.

Page 2: Ujian BM1 6

A. oleh…di B. oleh…padaC. pada…dari D. dengan…ke

Soalan 9 berdasarkan Gambar 6

Gambar 69. Sikap Zyed yang suka _______________ ketuanya tidak disenangi oleh rakan-rakan sepejabatnya yang lain.A. merayu B. mengikutC. mengampu D. memanjakan

10. Pasukan keselamatan terpaksa menggunakan _______________ untukmenghalang kegiatan penyeludupan itu.A. kezaliman B. kekerasanC. kegarangan D. kelembutan

11. Beberapa orang ______________ telah diundang untuk menyampaikan ceramah dalam seminar pendidikan itu.A. biduan B. seniwatiC. peragawan D. cendekiawan

Soalan 12 dan 13 berdasarkan Gambar 7

Gambar 712 Burung itu ______________ kepaknya sambil bertenggek di dahan pokok.A. mengibarkan B. mengibaskanC. mengocakkan D. menhayunkan

13. Si Putih sedang tidur _________________ pokok itu.A. di depan B. di celah

C. di hujung D. di pangkal

14. Mak Diana sanggup menggadaikan _____________ tanahnya semata-matakerana mahu melihat anaknya menggenggam se___________ ijazah.A. segenggam…segelungB. sebidang…segulungC. segumpal…sehelaiD. sebidang...secebis

Soalan 15 berdasarkan Gambar 8

Gambar 815. Fazli _______________ di dalam semak kerana tidak mahu kehadirannya disedari oleh penculik itu.A. melindungi B. perlindunganC. berselindung D. melindungkan

Soalan 16 berdasarkan Gambar 9

Gambar 916 Pak Faisal terkejut apabila ternampak seekor ular sawa sedang ________________ di bawah sekeping papan.A. melilit B. melingkarC. melengkung D. menggulung

17. Se____________ rumah setinggan hangus dalam kebakaran malamsemalam.A. deret B. kawanC. gugus D. bentuk

Page 3: Ujian BM1 6

18. Walaupun anak-anak Puan Sahara sudah _______________, namun mereka masih bersikap kebudak-budakan.A. besar hati B. besar perutC. besar kepala D. besar panjang

19. Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.

Tidak lama selepas perlawanan itu tamat, hujan pun turun mencurah darilangit.A. meluru B. menitisC. mengalir D. mencucur

Soalan 20- 21 berdasarkan Gambar 10

Gambar 1020 Simpulan bahasa yang sesuai atau berkaitan dengan situasi itu ialah …A. makan diri B. makan anginC. makan suap D. makan hati

Soalan 21Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan.

21. Mengapakah jurulatih itu kecewa?A. Jurulatih itu sedang melatih anak-anak buahnya.B. Pencapaian anak-anak buahnya tidak memuaskan.C. Pasukannya berjaya menjuarai pertandingan tersebut.D. Pasukannya telah mendahului pasukan lain.

Soalan 22Pilih ayat yang menggunakan perkataan yang bergaris dengan betul.

22. A. “Saya tidak mahu perkara ini dibesar-besarkan,” kata Guru Besar.*B. Sesiapapun bukan dibenarkan berjumpa dengan gadis itu.C. “Tolong maaf, kak. Sebenarnya, saya tidak berniat untuk menyinggungperasaan kakak,” kata Nordiana.D. “ Harap perlahankan radio itu,” kata ayah kepada abang.

Soalan 23Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan yang bergaris dengan betul.

23. I. Pak Saifullah meraut hujung kayu itu sehingga runcing.II. Masalah itu bertambah runcing apabila kedua-dua belah pihak tidak mahumengalah.III. Fikiranku runcing apabila memikirkan nasib diriku yang malang.IV. Pemandu kenderaan dinasihati berhati-hati ketika melalui selekoh yang runcing itu.A. I dan II sahajaB. II dan III sahajaC. I, II, dan III sahajaD. I, III dan IV sahaja

Soalan 24- 26 berdasarkan Gambar 11

Gambar 11Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

24. “Sebenarnya, ayah saya tidak mempunyai wang untuk menjelaskan yuran sekolah, cikgu” kata Saleha kepada Cikgu Ashar.

A. Saleha membenarkan Cikgu Ashar menyoalnya berhubung pembayaran yuran sekolah.

Page 4: Ujian BM1 6

B. Saleha benar-benar sedih apabila Cikgu Ashar bertanya tentang pembayaran yuran sekolah.C. Saleha melaporkan kepada Cikgu Ashar bahawa ayahnya masihbelum menjelaskan yuran sekolah.D. Saleha menerangkan bahawa ayahnya tidak mampu untuk menjelaskan yuran sekolah kepada Cikgu Ashar.

25. Saleha berasa malu kerana semua murid di kelasnya telah menjelaskan yuran sekolah kecuali dirinya.

A. Semua murid di kelas Saleha berasa malu kerana hanya Saleha seorang sahaja yang belum menjelaskan yuran sekolah.B. Kecuali dirinya, Saleha berasa malu kerana semua murid di kelasnya telah menjelaskan yuran sekolah.C. Saleha berasa malu kerana hanya dia seorang sahaja di dalam kelasnya yang masih belum membayar yuran sekolah.

Soalan 27Pilih ayat yang betul.

26. A. Ah, kemas sungguh dandanan rambut kamu!B. Hai, saya tidak suka fesyen rambut begini!C. Cis, pandainya kamu mendandan rambut!D. Eh, kamu pakai rambut palsu rupa-rupanya!

Soalan 27Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.

27. Amyza duduk di tepi sungai itu kerana mahu menenangkan fikirannya.A. menyihatkanB. menceriakanC. merunsingkanD. menghilangkan

Soalan 28Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.

28 Dia menangis teresak-esak sambil menekup mukanya.

A. Apakah yang menyebabkannya menangis teresak-esak?B. Mengapakah dia menangis sambil menekup mukanya?C. Bagaimanakah keadaannya apabila mendengar berita itu?D. Benarkah dia menangis teresak-esak apabila mendengar berita itu?

Soalan 29 dan Soalan 30Pilih ayat-ayat yang betul.

29. I Puan Shima sekeluarga diundang kepada majlis itu.II Linda gemarkan masakan yang pedas-pedas.III Ayah Mus pandai membaiki peralatan elektrik.IV Setiap kali musim hujan, kampung saya akan dinaiki air.A. I dan III sahajaB. III dan IV sahajaC. I, III, dan IV sahajaD. II, III, dan IV sahaja

30. I Mak Rosiah berniaga goreng pisang di tepi jalan itu.II Permainan tradisional makin hari makin dilupakan.III Semua soalan-soalan itu dijawabnya dengan tepat.IV Azean berjaya menjuarai pertandingan badminton itu.A. I dan IV sahajaB. II dan IV sahajaC. III dan IV sahajaD. II, III, dan IV sahaja

Soalan 31 hingga Soalan 35Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yangberikutnya.

Page 5: Ujian BM1 6

Sedang aku asyik menonton televisyen, tiba-tiba aku terdengar namaku dipanggil orang. Dalam keadaan kelam-kabut, aku membuka pintu rumah. Darwish dan Alif rupa-rupanya yang datang. Mereka mengajakku ke sungai di hujung kampung untuk mandi-manda. Walaupun hatiku meruntun-runtun inginmengikut mereka, namun ajakan mereka itu terpaksa aku tolak. Ibuku berpesanagar aku menjaga rumah. Lagipun, aku lihat langit makin gelap. Tidak lama lagitentu hujan akan turun.

Darwish dan Alif berlalu setelah gagal memujukku. Aku sempat mengingatkan mereka supaya berhati-hati. Di fikiranku terbayang keseronokan yang akan dikecapi oleh mereka. Mereka akan mandi-manda di sungai itu sepuas-puasnya. Darwish pasti akan menunjukkan kemahirannya berenang dan menyelam. Alif pula sudah tentu akan memanjat batang pokok kelapa condong di tepi sungai itu. Kemudian, dia akan terjun sambil terjerit-jerit.

Tidak lama kemudian, hujan turun mencurah-curah. Aku segera menutuptingkap dan memasang lampu. Tiba-tiba aku terfikir tentang bahaya yang akandihadapi oleh Darwish dan Alif. Tatkala hujan lebat begini, air sungai akanmengalir deras dan bertambah dalam. Aku hanya mampu berdoa agar Darwish dan Alif selamat.

Aku tersentak apabila pintu rumahku tiba-tiba diketuk orang. Aku tergopoh-gapah membuka pintu. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat ayah danbeberapa orang kampung tercegat di luar rumah dalam keadaan basah kuyup.Belumpun sempat aku bertanya, ayah menyuruhku menelefon polis dan danpasukan penyelamat. Rupa-rupanya Darwish dan Alif telah hanyut di sungai.

31. Darwish dan Alif datang ke rumah “aku” kerana…A. mahu menonton televisyen.B. ingin mengajak “aku” ke sungaiC. hendak menyampaikan pesanan ibu “aku

32. Perkara-perkara yang berikut dialami oleh “aku” pada pagi itu kecuali…A. menonton televisyen.B. mendengar namanya dipanggilC. mendengar pesanan ibunya.D. mendengar jeritan Alif.

33. Mengapakah “aku” menolak ajakan Darwish dan Alif ?A. “aku” tidak tahu berenangB. “aku” tidak suka mandi di sungaiC. “aku” bimbang dimarahi ayahnyaD. “aku” patuh pada arahan ibunya

34. “Aku” berasa bimbang apabila hujan turun dengan lebatnya kerana…A. kampungnya mungkin dinaiki air.B. ayahnya tidak dapat menjala udang.C. rumahnya akan dimasuki air.D. nyawa rakan-rakannya terancam.

35. Ayah “aku” pulang ke rumah kerana….A. mahu memanggil orang kampungB. mahu memberitahu kejadian itu kepada anaknyaC. mahu menghubungi pihak polis dan penyelamatD. mahu memaklumkan kejadian itu kepada ibu bapa mangsa

Soalan 36 hingga Soalan 40Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yangberikutnya.

Sekolah Kebangsaan Senibong ,81750 Masai,Johor Darul Takzim.

Kepada,Ibu bapa/Penjaga 10 FEB 2009

Page 6: Ujian BM1 6

Tuan,

Mengadakan Kelas Tambahan

Berhubung dengan perkara di atas, pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa kelas tambahan untuk murid Tahun Enam akan diadakan. Kelas tambahan ini akan diadakan pada setiap hari Selasa, Khamis dan Jumaat. 2. Kelas ini akan bermula setengah jam selepas sesi persekolahan tamat dan mengambil masa selama dua jam.

3. Tujuan kelas tambahan diadakan adalah untuk membantu murid-muridmeningkatkan pencapaian mereka dalam pelajaran. Hal ini penting terutamanya bagi mata pelajaran seperti Matematik, Bahasa Melayu, dan Bahasa Inggeris.

4. Guru-guru yang berpengalaman akan mengendalikan kelas tambahan ini.Guru-guru ini akan menumpukan perhatian kepada setiap murid secaraperseorangan. Latihan ulang kaji akan diberikan kepada setiap murid untukmengukuhkan pemahaman mereka.

5. Pihak sekolah berharap agar ibu bapa atau penjaga dapat memberikanpersetujuan demi faedah semua pihak.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

SyedNoh( SYED NOH BIN SYED AGIL )Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Senibong.

36 Kepada siapakah surat ini ditulis?A guruB Guru BesarC ibu bapa atau penjagaD murid Sekolah Kebangsaan Senibong.

37 Kelas tambahan tersebut diadakan untuk murid-murid yang…A tidak berkemampuan.B lemah dalam pelajaran.C suka membuang masa.D akan menghadapi peperiksaan UPSR.

38 Jika sesi persekolahan berakhir pada pukul 1.15 petang, pukul berapakahkelas tambahan tersebut akan berakhir?A 1.35 petangB 1.45 petangC 2.45 petangD 3.45 petang

39 Perkataan mengendalikan dalam petikan bermaksud…A mengawalB menetapkanC menghadiriD mengelolakan

40 Pilih penyataan yang tidak benar tentang kelas tambahan tersebut.A Kelas tambahan itu diadakan sebanyak tiga kali seminggu.B Ibu bapa dan penjaga didesak untuk memberikan persetujuan mereka.C Kelas tambahan itu dikendalikan oleh guru-gur yang berpengalaman.D Tujuan kelas tambahan itu diadakan adalah untuk meningkatkanpencapaian pelajaran murid-murid.