30
1 UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMMAD BIN MENTEK KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN MEI KPKT 16 MEI 2017 (SELASA) DEWAN KRISTAL, KPKT

UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMMAD BIN MENTEK UCAPAN YBHG. DATUK KSU... · 1 ucapan ybhg. dato’ mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan

  • Upload
    others

  • View
    43

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMMAD BIN MENTEK UCAPAN YBHG. DATUK KSU... · 1 ucapan ybhg. dato’ mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan

1

UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMMAD BIN MENTEK

KETUA SETIAUSAHA

KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN

KERAJAAN TEMPATAN

MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN MEI KPKT

16 MEI 2017 (SELASA)

DEWAN KRISTAL, KPKT

Page 2: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMMAD BIN MENTEK UCAPAN YBHG. DATUK KSU... · 1 ucapan ybhg. dato’ mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan

2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh, Salam Sejahtera

Para hadirin sekalian

1. Terlebih dahulu sukacita saya memanjatkan kesyukuran ke

hadrat Allah S.W.T dengan limpah izin dan inayah-nya, maka kita

masih diberi kesempatan untuk hadir bersama di majlis

Perhimpunan Bulanan KPKT bagi bulan Mei 2017 pada hari

ini.

Page 3: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMMAD BIN MENTEK UCAPAN YBHG. DATUK KSU... · 1 ucapan ybhg. dato’ mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan

3

2. Saya dimaklumkan bahawa penganjuran sambutan pada kali ini

dilaksanakan oleh SWCorp dengan bertemakan Awareness.

Saya juga dimaklumkan bahawa pada hari ini SWCorp akan

menandatangani Memorandum Persefahaman bersama pihak

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan

seterusnya melafazkan Ikrar Bebas Rasuah yang akan

disaksikan oleh Y.B Tan Sri Noh Bin Omar, Menteri KPKT. Ini

adalah satu contoh menyahut seruan kerajaan agar kerjasama

Page 4: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMMAD BIN MENTEK UCAPAN YBHG. DATUK KSU... · 1 ucapan ybhg. dato’ mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan

4

dua agensi kerajaan melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan

(NBOS) dapat dilaksanakan bagi memantapkan lagi

perkhidmatan sektor kerajaan khususnya di KPKT.

Page 5: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMMAD BIN MENTEK UCAPAN YBHG. DATUK KSU... · 1 ucapan ybhg. dato’ mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan

5

Para hadirin sekalian

Membudayakan Nilai Integriti

3. Pengertian integriti telah ditakrif lebih jelas lagi dalam Pelan

Integriti Nasional 2006 (PIN 2006) yang diperkenalkan oleh

Y.A.B Perdana Menteri kelima iaitu Tun Dato’ Sri Abdullah Bin

Haji Ahmad Badawi yang membawa maksud kualiti unggul

yang wujud dalam kalangan individu dan berteraskan prinsip

teguh kepada kejujuran dan amalan bermoral. Berdasarkan

Page 6: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMMAD BIN MENTEK UCAPAN YBHG. DATUK KSU... · 1 ucapan ybhg. dato’ mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan

6

takrifan ringkas ini, integriti boleh difahami sebagai nadi utama

kepada pencapaian hasil kerja berkualiti yang

dipertanggungjawabkan kepada seseorang individu atau

organsasi dengan berlandaskan ciri-ciri kerja bersepadu dan

menyeluruh.

Page 7: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMMAD BIN MENTEK UCAPAN YBHG. DATUK KSU... · 1 ucapan ybhg. dato’ mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan

7

4. Justeru, integriti perlu dilihat sebagai satu komitmen terhadap

prinsip moral yang tinggi dalam memikul dan menjalankan

sesuatu tugas sama ada pada peringkat individu atau

organsisasi.

Page 8: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMMAD BIN MENTEK UCAPAN YBHG. DATUK KSU... · 1 ucapan ybhg. dato’ mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan

8

5. Pada peringkat individu, penghayatan konsep integriti bererti

seseorang warga kerja perlu menunjukkan keselarasan di antara

apa yang dikatakan dengan apa yang dilakukan, bertindak

menurut prinsip moral, etika dan undang-undang,

mengutamakan kepentingan umum melebihi kehendak dirinya

sendiri dan melakukan kerja dengan kualiti yang bermutu dan

tepat.

Page 9: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMMAD BIN MENTEK UCAPAN YBHG. DATUK KSU... · 1 ucapan ybhg. dato’ mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan

9

6. Manakala di peringkat organisasi, penghayatan integriti

perkhidmatan terjelma dalam bentuk perumusan dan

pelaksanaan kod etika, piagam pelanggan, proses kerja dan

pematuhan terhadap amalan terbaik.

Page 10: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMMAD BIN MENTEK UCAPAN YBHG. DATUK KSU... · 1 ucapan ybhg. dato’ mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan

10

Para hadirin sekalian

Isu-isu Integriti di KPKT

7. Penekanan terhadap integriti seperti yang saya jelaskan sebentar

tadi adalah amat penting bagi memastikan seluruh warga KPKT

dapat menerapkan dan membudayakan integriti dalam

melaksanakan peranan dan tanggungjawab ke arah memajukan

organisasi. Sehubungan itu, saya mengingatkan semua warga

Page 11: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMMAD BIN MENTEK UCAPAN YBHG. DATUK KSU... · 1 ucapan ybhg. dato’ mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan

11

KPKT untuk memastikan tahap disiplin dan etika kerja sebagai

penjawat awam perlu sentiasa dipatuhi.

8. Mengikut statistik kes dari tahun 2016 sehingga 10 April 2017,

sebanyak 167 kes telah direkodkan dan dari jumlah kes

tatatertib adalah kes pelanggaran tatakelakuan seperti:

(i) Kesalahan tidak hadir bertugas;

(ii) Kesalahan lewat hadir ke pejabat;

Page 12: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMMAD BIN MENTEK UCAPAN YBHG. DATUK KSU... · 1 ucapan ybhg. dato’ mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan

12

(iii) Kes Mahkamah/Polis;

(iv) Penyalahgunaan Dadah

(v) Kesalahan pemalsuan sijil cuti sakit ; termasuk

(vi) Keterhutangan serius

9. Oleh itu, saya berharap semua pihak mengambil serius untuk

memastikan isu-isu integriti seperti ini tidak berulang pada

masa hadapan yang boleh menjejaskan imej jabatan dan

Page 13: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMMAD BIN MENTEK UCAPAN YBHG. DATUK KSU... · 1 ucapan ybhg. dato’ mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan

13

Kementerian. Di samping itu juga, saya mengingatkan semua

warga KPKT haruslah sentiasa peka dan prihatin dengan isu-

isu yang dibangkitkan di dalam Laporan Audit serta

mengambil iktibar dan mempelajari dari teguran dan

pemerhatian kurang baik yang didedahkan oleh Jabatan

Audit Negara.

Page 14: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMMAD BIN MENTEK UCAPAN YBHG. DATUK KSU... · 1 ucapan ybhg. dato’ mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan

14

Para hadirin sekalian

Kepentingan Integriti

10. Integriti sangat penting diperkukuhkan dalam perkhidmatan awam

serta merupakan sebagai satu petunjuk utama dalam

memahami integriti para penjawat awam dan organisasi

melalui aduan yang diterima.

Page 15: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMMAD BIN MENTEK UCAPAN YBHG. DATUK KSU... · 1 ucapan ybhg. dato’ mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan

15

11. Integriti secara umumnya adalah berkaitan dengan harga dan

maruah diri serta penghormatan. Ia tidak boleh dibeli dengan

wang ringgit tetapi diperolehi melalui penghayatan nilai-nilai murni

dan etika kerja yang cemerlang. Aspek integriti sangat penting

untuk dijaga pada setiap masa sebagai seorang individu dan juga

sebagai seorang pegawai perkhidmatan awam.

Page 16: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMMAD BIN MENTEK UCAPAN YBHG. DATUK KSU... · 1 ucapan ybhg. dato’ mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan

16

12. Integriti menyentuh aspek pelaksanaan tugas dan tanggungjawab

serta amanah yang diberikan. Seseorang yang berintegriti

dengan sendirinya memiliki sifat-sifat amanah, bersih, cekap,

berkesan, bersikap positif dan nilai-nilai murni yang lain.

Sebaliknya, seseorang yang tidak berintegriti, setiap

perlakuannya atau perbuatannya akan diketahui orang sebagai

lakonan semata-mata dan tidak mencerminkan keikhlasan.

Semua tindakan kita hendaklah lahir dari hati yang tulus dan

Page 17: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMMAD BIN MENTEK UCAPAN YBHG. DATUK KSU... · 1 ucapan ybhg. dato’ mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan

17

ikhlas supaya apa yang dilakukan akan membuahkan hasil yang

terbaik dan mendapat keberkatan.

13. Kepentingan integriti kepada perkhidmatan awam adalah untuk

mewujudkan pentadbiran dan perkhidmatan awam yang

cekap dan berdisiplin menerusi penerapan nilai-nilai murni

yang dapat mengatasi masalah dan kelemahan dalam

pelbagai aspek pemerintahan seperti pengurusan kewangan,

Page 18: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMMAD BIN MENTEK UCAPAN YBHG. DATUK KSU... · 1 ucapan ybhg. dato’ mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan

18

pengendalian kes-kes tatatertib, rasuah, penyalahgunaan

kuasa dan penyelewengan yang ditegah oleh peraturan,

perundangan serta agama.

Para hadirin sekalian

Harapan Terhadap Semua Jabatan Di Bawah KPKT

14. Diharapkan semua jabatan di bawah KPKT dapat melaksanakan

Tadbir Urus yang terbaik dalam menyampaikan perkhidmatan

Page 19: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMMAD BIN MENTEK UCAPAN YBHG. DATUK KSU... · 1 ucapan ybhg. dato’ mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan

19

secara cekap dan berkesan, value for money, mengurangkan

pembaziran sumber, mematuhi undang-undang, peraturan dan

piawai yang diguna pakai, mengamalkan sikap jujur, akauntabiliti,

integriti dan telus dalam perkongsian maklumat.

15. Integriti merupakan asas kepada sebuah tadbir urus yang terbaik.

Saya ingin mengingatkan kepada semua warga KPKT supaya

meletakkan integriti dalam setiap tugasan dan amanah yang

Page 20: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMMAD BIN MENTEK UCAPAN YBHG. DATUK KSU... · 1 ucapan ybhg. dato’ mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan

20

dipertanggungjawabkan kepada kita. Dalam nilai perkhidmatan

cemerlang seseorang pegawai, aspek integriti hendaklah

dititikberatkan kerana insiden-insiden penjawat awam terlibat

dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa akan turut mencemarkan

institusi perkhidmatan awam.

Page 21: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMMAD BIN MENTEK UCAPAN YBHG. DATUK KSU... · 1 ucapan ybhg. dato’ mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan

21

16. Salah satu punca rasuah berlaku adalah akibat “kelemahan

sistem”. Dalam keadaan di mana seseorang itu mempunyai

kuasa monopoli akibat dari kelemahan sistem, ini memberi kuasa

budi bicara yang amat luas kepadanya dalam membuat

keputusan. Sekiranya keputusan yang dibuat itu melibatkan

kepentingan diri dan tiada akauntabiliti serta tanggungjawab,

maka keadaan ini boleh membuka peluang kepadanya untuk

salah guna kuasa dan terlibat dengan rasuah.

Page 22: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMMAD BIN MENTEK UCAPAN YBHG. DATUK KSU... · 1 ucapan ybhg. dato’ mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan

22

17. Isu rasuah dalam kalangan anggota penguatkuasa amatlah

dipandang serius. Ini kerana anggota penguatkuasa sentiasa

terdedah dengan isu rasuah dimana terdapat ruang dan peluang

bagi mereka untuk menerima dan memberi rasuah. Mana-mana

anggota penguatkuasa yang didapati mengambil rasuah,

tindakan selanjutnya akan dipanjangkan kepada Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Page 23: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMMAD BIN MENTEK UCAPAN YBHG. DATUK KSU... · 1 ucapan ybhg. dato’ mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan

23

18. Begitu juga bagi warga kerja yang mempunyai potongan gaji

melebihi 60% hendaklah sentiasa dipantau. Ia adalah bertujuan

mengelakkan warga kerja terlibat dengan keterhutangan yang

serius sehingga terlibat dengan pinjaman wang tidak berlesen

dan boleh menyebabkan penurunan produktiviti dan

ketidakcekapan warga kerja dalam melaksanakan tugas.

Page 24: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMMAD BIN MENTEK UCAPAN YBHG. DATUK KSU... · 1 ucapan ybhg. dato’ mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan

24

Pelaksanaan Ikrar Bebas Rasuah Di Peringkat KPKT

19. Ikrar Bebas Rasuah (IBR) merupakan satu lagi usaha baharu

Suruhanjaya yang menekankan kepada ikrar serta janji dalam

kapasiti individu oleh mereka yang diamanahkan tanggungjawab

agar menghindari diri daripada terlibat dalam sebarang gejala

rasuah dan salah guna kuasa sepanjang melaksanakan tugas.

Page 25: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMMAD BIN MENTEK UCAPAN YBHG. DATUK KSU... · 1 ucapan ybhg. dato’ mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan

25

20. SPRM berharap inisiatif ini dapat memelihara dan meningkatkan

keyakinan rakyat terhadap suruhanjaya dan kementerian dalam

usaha berterusan untuk memerangi jenayah rasuah dan salah

guna kuasa.

Page 26: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMMAD BIN MENTEK UCAPAN YBHG. DATUK KSU... · 1 ucapan ybhg. dato’ mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan

26

21. Sedikit peringatan mengenai rasuah untuk semua. Rasulullah

SAW bersabda:

“Barangsiapa yang kami angkat menjadi pemimpin dengan tugas-

tugas tertentu dan telah kami berikan upah sebagaimana yang

semestinya, maka apa-apa yang dia ambil luar daripada apa

yang telah diberikan, itu namanya pengkhianatan (Rasuah). “

(Riwayat Abu Daud)

Page 27: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMMAD BIN MENTEK UCAPAN YBHG. DATUK KSU... · 1 ucapan ybhg. dato’ mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan

27

Para hadirin sekalian

Penutup

22. Kerajaan telah menetapkan hala tuju yang jelas mengenai

pewujudan sebuah masyarakat yang berintegriti. Kementerian

pula telah diberikan pelan dibawah PIN ke arah mewujudkan

sebuah perkhidmatan awam yang berintegriti. Semuanya

hendaklah bermula dari diri kita sendiri dalam membentuk sikap

positif dan seterusnya membudayakan etika kerja yang luhur dan

Page 28: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMMAD BIN MENTEK UCAPAN YBHG. DATUK KSU... · 1 ucapan ybhg. dato’ mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan

28

murni berdasarkan nilai-nilai teras yang telah ditetapkan iaitu

Amanah, Benar, Bijaksana, Adil, Telus dan Bersyukur.

23. Pada kesempatan ini, saya ingin mengambil peluang untuk

menyeru kepada semua warga KPKT agar memberikan sepenuh

komitmen, penumpuan dan keutamaan kepada perancangan dan

sasaran yang telah kementerian tetapkan.

Page 29: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMMAD BIN MENTEK UCAPAN YBHG. DATUK KSU... · 1 ucapan ybhg. dato’ mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan

29

24. Akhir kata, saya berharap agar semua cabaran, dugaan dan ujian

yang telah kita hadapi pada tahun yang lalu dapat dijadikan

sebagai pengalaman dan kekuatan untuk KPKT terus mengorak

langkah lebih jauh. Kekalkan amalan budaya kerja berprestasi

tinggi yang berteraskan kepada produktiviti, inovasi dan

semangat kerja berpasukan. Semoga KPKT dapat meningkatkan

prestasi yang lebih cemerlang bagi tahun 2017 dan tahun-tahun

berikutnya.

Page 30: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMMAD BIN MENTEK UCAPAN YBHG. DATUK KSU... · 1 ucapan ybhg. dato’ mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan

30

25. Ucapan terima kasih kepada jawatankuasa majlis dan para

hadirin yang hadir.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum

Warahmatullaahi Wabarakaatuh dan Salam Sejahtera.