6
INSTITUT PERGURUAN DARULAMAN 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN “ MENDIDIK DAN MEMIMPIN” NAMA : MOHAMAD ASRUDY BIN SAFIAN KUMPULAN : PISMP- IPGM SEM 1 NO K/ P : 880128- 13- 5237 PENSYARAH : EN. AZMI BIN ABU BAKAR PERKARA : TUTORIAL PENDIDIKAN KHAS SOALAN : NO 1, 2, 3 DAN 4 TARIKH : 20 APRIL 2008

Tutorial 3

  • Upload
    dinufa

  • View
    223

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

.

Citation preview

Page 1: Tutorial 3

INSTITUT PERGURUAN DARULAMAN06000 JITRA,

KEDAH DARUL AMAN

“ MENDIDIK DAN MEMIMPIN”

NAMA : MOHAMAD ASRUDY BIN SAFIAN

KUMPULAN : PISMP- IPGM SEM 1

NO K/ P : 880128- 13- 5237

PENSYARAH : EN. AZMI BIN ABU BAKAR

PERKARA : TUTORIAL PENDIDIKAN KHAS

SOALAN : NO 1, 2, 3 DAN 4

TARIKH : 20 APRIL 2008HANTAR

Page 2: Tutorial 3

TUTORIAL 3

SOALAN : Jelaskan kepentingan pertuturan sebagai salah satu alat

komunikasi dan huraikan jenis masalah pertuturan yang dijumpai dalam

kanak- kanak keperluan khas.

Dalam kehidupan seharian kita, pertuturan adalah amat penting sebagai

satu alat untuk berkomunikasi. Selain itu terdapat banyak kepentingan pertuturan

kepada manusia.

Pertamanya ialah untuk menyampaikan perasaan. Melalui pertuturan kita

boleh meluahkan dan menyampaikan perasaan kita kepada orang lain supaya

mereka faham akan situasi yang kita hadapi. Contohnya, kita boleh meluahkan

perasaan tidak puas hati atau kemarahan kita kepada orang lain melalui

pertuturan. Tanpa pertuturan, adalah sukar untuk orang lain untuk memahami

perasaan kita.

Kedua ialah untuk menyampaikan mesej. Apabila kita bertutur,

maksudnya ada mesej yang hendak kita sampaikan. Oleh itu, apabila kita

bertutur, mesej yang kita sampaikan akan mudah diterima oleh pendengar.

Contohnya seorang guru. Untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar,

adalah penting bagi mereka untuk menjadi penutur dan penyampai yang

berkesan.

Kepentingan pertuturan yang seterusnya ialah sebagai salah satu cara

untuk mendapatkan maklumat. Selalunya situasi ini berlaku semasa proses P &

P di mana pelajar akan menyoal guru untuk mendapatkan maklumat ataupun

Page 3: Tutorial 3

bertanyakan sesuatu yang tidak mereka fahami. apabila proses ini terjadi, maka

pelajar akan mendapat maklumat yang diingini.

Kepentingan yang terakhir ialah sebagai salah satu cara untuk kita

berinteraksi dengan orang lain. Apabila bertutur dengan orang lain maka satu

proses interaksi telah terjadi. Maknanya di sini, pertuturan adalah satu aspek

yang penting dalam proses interaksi. Oleh itu pertuturan yang jelas dan mudah

difahami adalah amat penting supaya interaksi yang dijalankan adalah berkesan.

Page 4: Tutorial 3

Jenis- jenis masalah pertuturan yang dijumpai dalam kalangan kanak-

kanak keperlua khas.

Masalah pertuturan yang seringkali dijumpai di kalanagan kanak- kanak

keperluan khas ialah artikulasi. Masalah ini disebabkan oleh kecacatan lidah,

sumbing bibir dan lelangit serta penyakit hidung dan tekak. Masalah ini akan

mendatangkan kesan di mana ianya akan mendatangkan suara yang kurang

menyenangkan dan tidak normal akibat daripada alunan bunyi yang tidak teratur.

Kedua ialah masalah kelancaran. Masalah ini dikenalpasti dalam

menghabiskan struktur perkataan. Contohnya ialah apabila seseorang

penghidap masalah ini untuk menyebut perkataan buku. Bagi manusia normal

mereka akan menyebutnya dengan pantas mengikut jedanya. Bagi yang

bermasalah, mereka akan mennyebutnya bu…..ku. jelas di sini berlakunya

masalah kelancaran.

Masalah yang seterusnya ialah gagap. Gagap didefinisikan sebagai suatu

masalah pengulangan sesuatu perkataan berulang- ulang kali. Masalah ini

biasanya terjadi semasa hendak memulakan perbualan atau semasa menyebut

perkataan yang panjang dan sukar.

Yang keempat ialah sumbing. Masalah sumbing ini terjadi akibat

kegagalan di antara tulang dan tisu lelangit janin untuk bercantum selepas 3

minggu dalam kandungan. Masalah ini akan mendatangkan masalah pada

sebutan dan bunyi yang dihasilkan di mana masalah akan timbul dari segi

kejelasan bunyi yang dihasilkan.

Page 5: Tutorial 3

Yang terakhir ialah ekolalia. Ekolalia ialah masalah mengulang perkataan

atau ayat yang sama berulang- ulang kali seolah- olah mereka sedang mengajuk

percakapan kita. Mereka juga seolah- olah melatah dan mengikut apa yang

sedang diperkatakan oleh orang lain.