3
PENDIDIKAN KHAS EN. AZMI BIN ABU BAKAR MOHAMAD ASRUDY BIN SAFIAN SOALAN 1: Bincangkan peranan komunikasi dan bahasa dalam pencapaian akademik. Komunikasi ditakrifkan sebagai satu pemindahan maklumat, idea dan perasaan dari seorang individu kepada individu lain. Maknanya, komunikasi ini melibatkan 2 pihak. Proses komunikasi ini sangat penting kerana ianya mempengaruhi pencapaian akademik seseorang pelajar dan mampu mempengaruhi minda serta pemikiran mereka. Sekarang kita akan membincangkan mengenai peranan komunikasi dalam akademik. Yang pertama ialah menjalin hubungan. Dalam konteks akademik, hubungan yang terjalin dengan baik amatlah diperlukan terutamanya di antara pelajar dengan guru. Apabila berlaku satu proses komunikasi yang baik dan berkesan maka hubungan yang erat antara guru dengan murid akan terjalin dan proses penyampaian maklumat akan menjadi lebih efektif.

Tutorial 1

  • Upload
    dinufa

  • View
    222

  • Download
    4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

.

Citation preview

Page 1: Tutorial 1

PENDIDIKAN KHAS

EN. AZMI BIN ABU BAKAR

MOHAMAD ASRUDY BIN SAFIAN

SOALAN 1: Bincangkan peranan komunikasi dan bahasa dalam

pencapaian akademik.

Komunikasi ditakrifkan sebagai satu pemindahan maklumat, idea dan

perasaan dari seorang individu kepada individu lain. Maknanya, komunikasi ini

melibatkan 2 pihak. Proses komunikasi ini sangat penting kerana ianya

mempengaruhi pencapaian akademik seseorang pelajar dan mampu

mempengaruhi minda serta pemikiran mereka. Sekarang kita akan

membincangkan mengenai peranan komunikasi dalam akademik.

Yang pertama ialah menjalin hubungan. Dalam konteks akademik,

hubungan yang terjalin dengan baik amatlah diperlukan terutamanya di antara

pelajar dengan guru. Apabila berlaku satu proses komunikasi yang baik dan

berkesan maka hubungan yang erat antara guru dengan murid akan terjalin dan

proses penyampaian maklumat akan menjadi lebih efektif.

Peranan komunikasi yang kedua ialah menyampaikan maklumat.

Sebagaimana yang ditakrifkan tadi di mana proses komunikasi akan

mewujudkan interaksi antara dua pihak. Apabila wujudnya interaksi ini maka

proses penyampaian maklumat akan menjadi lebih mudah dan berkesan dan

sudah pastinya maklumat yang disampaikan akan dapat diterima dengan mudah.

Apabila penyampaian maklumat berkesan maka proses P & P dianggap berjaya.

Page 2: Tutorial 1

Peranan yang ketiga ialah berkongsi pengalaman. Komunikasi dan

bahasa mampu menjadi wadah untuk seseorang menceritakan pengalaman

kepada orang lain. Maka berlakulah perkongsian maklumat, ilmu dan

pengalaman dan boleh dijadikan bahan terutamanya dalam penulisan karangan.

Peranan yang terakhir ialah sebagai cara untuk mempengaruhi seeorang.

Apabila seseorang berkomunikasi dan bahasanya mudah difahami, maka dia

akan mudah untuk mengikut arahan yang telah diberikan. Jika arahan sukar

difahami maka adalah mustahil untuk mempengaruhi pelajar tersebut. Oleh itu

komunikasi yang berkesan amat penting dalam proses P & P kerana pencapaian

akademik dipengaruhi oleh cara komunikasi seorang guru, sama ada berkesan

ataupun sebaliknya.