6
VN II VN II Tunggang Uji

Tunggang Uji VN250

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kenali VN 250

Citation preview

Page 1: Tunggang Uji VN250

VN IIVN II

TunggangUji

Page 2: Tunggang Uji VN250

Tunggangan santai dan juga kembara jarak jauh kian mendapat tempat di hati peminat motosikal di negara ini. Samada untuk kegunaan hujung minggu atau sebagai pengangkutan harian ke tempat kerja, genre motosikal kruiser boleh memenuhi kehendak sebegini.Salah satu siri motosikal kruiser yang tidak asing lagi dalam dunia permotoran motosikal ialah siri Vulcan yang dikeluarkan Kawasaki. Mula diperkenalkan sejak tahun 1984 lagi, Vulcan terkenal dengan motosikal berenjin dwi-selinder konfigurasi V, bersesaran 125cc sehinggalah ke model sebesar 2000cc.Meneruskan legasi Vulcan terkini ialah Vulcan 250 dengan gaya dan penampilan tersendiri. Model ini ditawarkan Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd sebagai model pemasangan tempatan (CKD) dan dikuasai enjin dwi-selinder V bersesaran 249cc.

Enjin sejukan cecair ini mempunyai bilah penyejuk menyerupai enjin sejukan udara, dan mampu menjana 31 kuasa kuda (hp) dengan tork sebanyak 22.2 N-m pada 9,500 pusingan enjin se minit. Enjin kompak ini menggunapakai profil aci sesondol yang direka khusus untuk memaksimakan kesan tenaga inertia rodaputar untuk meningkatkan kuasa enjin pada rpm rendah. Nisbah mampatan yang tinggi iaitu sebanyak 12.0:1 juga meningkatkan lagi kuasa enjin pada julat operasi enjin yang rendah. Jaket cecair penyejuk yang mengelilingi enjin ini juga bertindak sebagai peredam bunyi untuk menghasilkan operasi enjin yang lebih senyap, dan sistem penyejukan cecair membolehkan penetapan suhu enjin yang lebih sekata, sekali gus mengelakkan kehilangan kuasa yang dialami enjin sejukan udara apabila suhu enjin melebihi suhu operasi optimum.

VN II - VN II - Lancar Lancar dan dan berkuasa berkuasa

Page 3: Tunggang Uji VN250

Ini juga menghasilkan enjin yang lebih lasak dan tahan lama. Bilah penyejuk pada blok enjin dan kekotak gear nya dihiasi krom kilat bermutu tinggi yang menyumbang kepada karektor kruiser motosikal ini.

Hantaran kuasa diagihkan melalui pilihan enam gear untuk disesuaikan dengan kehendak kuasa pada satu satu masa. Dihubungkan kepada enjin melalui sistem klac basah dengan plet berbilang, penukaran gear didapati lancar dan tepat, dan mudah di neutralkan apabila sampai ke persimpangan berlampu isyarat. Ini mampu dicapai dengan mudah melalui bantuan sistem Carian Neutral Positive (Positive Neutral Finder). Penukaran gear juga didapati lancar sewaktu tunggang-uji di laluan Ulu Yam - Awana - Genting Highlands, dengan nisbah gear yang agak tepat bagi kelancaran hantaran kuasa yang diperlukan sewaktu pendakian curam. Laluan sebegini amat sesuai bagi ujian nisbah gear, kerana nisbah perbezaan gear yang terlalu jauh antara satu sama lain akan menyebabkan ngauman enjin yang terlampau apabila rpm enjin meningkat terlalu tinggi bagi memenuhi permintaan kuasa yang tidak dapat disambut baik oleh gear berikutnya. Julat gear VN II ini didapati agak tepat untuk hantaran kuasa yang sekata dan lancar, dengan tork yang mencukupi untuk memacu jentera 171kg ini bagi menghasilkan tunggangan yang mengujakan sewaktu mendaki pusat peranginan tanah tinggi tersebut.

Kerangka VN II ini adalah dari jenis tiub berbentuk dwi-dukungan, dengan lengan ayun belakang yang di dokong suspensi konvensional seperti kebanyakan motosikal kruiser. Bahagian hadapan jentera ini di ampu suspensi cabang teleskopik 41mm, dan dipasang roda aloi aluminium yang menarik. Konfigurasi kerangka dan suspensi ini menghasilkan sebuah jentera yang stabil dan mudah dikawal, dengan meklumbalas roda yang baik. Kawalan kelajuan diyakinkan oleh brek cakera dwi-angkup Tokico di hadapan. Cakera bertebuk ini dibuat sedemikian bagi penyesaran haba yang lebih baik dan juga menyumbang kepada pengurangan berat keseluruhan jentera.

Roda belakang dibekalkan brek jenis gelendung untuk melengkapkan sistem pemberhentian jentera ini, yang di dapati menyakinkan tanpa mengalami kepanasan sewaktu menuruni laluan Genting dan juga Bukit Tinggi, sebelum menempuh selekoh curam selepas Genting Sempah sebelum pulang ke

Page 4: Tunggang Uji VN250

ibukota. Tayar hadapan yang bersaiz 120/80-17 dengan gabungan tayar belakang 160/80-15 didapati selesa untuk menangani laluan berliku, malah mampu mengujakan mereka yang gemar menyeret pemijak kaki.

Beberapa aksesori juga turut ditawarkan bagi mereka yang ingin menambah sentuhan peribadi kepada jentera ini. Penampan angin hadapan yang dipasang kepada jentera pandu-uji ini menambahkan lagi penampilan kruiser nya dan membantu menyesarkan angin ke belakang sewaktu penunggangan laju dan juga pabila hujan. Keselesaan pembonceng juga mampu ditingkatkan dengan penambahan

penyandar belakang yang digabungkan dengan tapak pengikat barangan. Bar pelindung enjin juga boleh ditambah bagi menyerlahkan lagi VN II anda.Pelana dwi-aras nya

adalah setinggi 690mm, dengan posisi duduk yang agak menegak dan membolehkan penunggangan seharian tanpa perlu banyak hentian rehat.

Maklumat kelajuan penunggangan boleh di dapati dari meter analog yang terletak di atas tangki bahanapi. Lampu isyarat dan juga lampu amaran

ditempatkan di antara meter kelajuan dan penutup tangki bahanapi berkunci. Tangki bahanapi ini dikawal tompol pilihan aliran bahanapi yang terletak di sebelah kiri, dengan suis utama juga berada di sisi yang sama.

Hendal melintang nya cukup lebar untuk kawalan jentera yang mudah, dengan letakduduk suis

kawalan yang mudah dicapai. Lampu utama nya menggunakan mentol kuartz halogen dengan kuasa suluhan 60W yang selesa untuk penunggangan malam hari yang selamat. Ekzos berbentuk menirus berhias krom kilat melengkapkan lagi penampilan jentera santai ini, dengan pemasangan sendeng ke atas.

Page 5: Tunggang Uji VN250

Secara keseluruhan, VN II ini mampu memenuhi kehendak penunggangan yang selesa dan menyeronokkan, bagi kegunaan harian ataupun untuk bersantai malam minggu, mahupun bagi konvoi jarak jauh. Ia mampu memberikan satu gaya hidup yang tersendiri bagi pemiliknya, disamping menjanjikan sebuah jentera yang selesa dan tahan lasak. Penggunaan bahanapi di anggar menimatkan dengan satu tangki penuh mampu membawa

penunggangnya melebihi 200km. Bagi mereka yang inginkan penampilan tersendiri dengan sebuah jentera 250cc, ini merupakan satu lagi keluaran yang perlu dipertimbangkan. Namun bagi peminat jentera kruiser, tentuya ia merupakan sebuah jentera yang diidamkam, apalagi bila ianya merupakan sebuah jentera permulaan yang amat mudah dikendalikan bagi mereka yang kurang berpengalaman dan baru dengan dunia motosikal.

Page 6: Tunggang Uji VN250

Spesifikasi VN II Panjang Keseluruhan 2 355 mm (92.72 in.) Berat Keseluruhan 775 mm (30.51 in.)Tinggi Keseluruhan 1,075 mm (42.32 in.)Tapak 1,620 mm (63.78 in.)Kelegaan bumi 150 mm (5.91 in.)Tinggi pelana 690 mm (27.17 in.)Berat kering 171 kg (377 Ib)Berat kasar 187 kg (412 Ib)Kapasiti tangki bahanapi 13.0 L (3.4 US gal)Radius pusingan minima 3.0 m (9.8 ft)Enjin 4-lejang, dwi-selinder V90°, DOHC, 4 injap se selinderSejukan cecairGerek dan lejang 62.0 x 41.4 mm (2.44 x 1.63 in.)Sesaran 249 cm3 (15.2 cu in.)Nisbah mampatan 12.0 : 1Kuasa maksima 30.8hp / 23 kW(31.3 PS) @12 500 rpmTork maksima 22.2 N-m (2.3 kgf-m, 16.4 ft-lb) @9 500 rpmJenis klac cakera basah berbilangTransmisi: 6-kelajuan, berpancaTransmisi: 6-kelajuan, berpancaNisbah Gear: Pertama 2.857 (40/14) Nisbah Gear: Pertama 2.857 (40/14) Kedua 1.842 (35/19) Kedua 1.842 (35/19) Ketiga 1.409 (31/22) Ketiga 1.409 (31/22) Keempat 1.160 (29/25) Keempat 1.160 (29/25) Kelima 1.038 (27/26) Kelima 1.038 (27/26) Keenam 0.928 (26/28) Keenam 0.928 (26/28) Sistem hantaran akhir: Pacuan rantai Sistem hantaran akhir: Pacuan rantai Kerangka Tiub, dwi-dukunganKerangka Tiub, dwi-dukungan Saiz Rim: Depan 17 x3.OO Saiz Rim: Depan 17 x3.OO Belakang 15 x4.00 Belakang 15 x4.00 Tayar Depan: Tanpa-tiub 120/80-17 M/C 61S Tayar Depan: Tanpa-tiub 120/80-17 M/C 61S Tayar Belakang: Tanpa-tiub 160/80-15 M/C74S Tayar Belakang: Tanpa-tiub 160/80-15 M/C74S Suspensi Depan: Cabang Teleskopik Suspensi Depan: Cabang Teleskopik Pergerakan roda: 150 mm (5.91 in.) Pergerakan roda: 150 mm (5.91 in.) Suspensi Belakang: Lengan-ayun Suspensi Belakang: Lengan-ayun Pergerakan roda: 96mm (3.78 in) Pergerakan roda: 96mm (3.78 in) Jenis brek: Depan Cakera Jenis brek: Depan Cakera Belakang Gelendung Belakang Gelendung