Upload
aman-shah
View
181
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
PERSEPSI GURU TERHADAP PENGINTEGRASIAN FROG VLE DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AMAN SHAH BIN SYED ALISK. Bandar Utama Damansara ( 4 ),
Petaling Jaya,Selangor
ASTRAK
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis persepsi guru pengintegrasian Frog
VLE dalam proses pengajaran dan pembelajaran ( PdP ). Penyelidik
menggunakan kaedah kajian lapangan dengan menjadikan 50 orang guru
dari SK Bandar Utama Damansara ( 4 ), Petaling Jaya, Selangor. Hasil
dapatan kajian menunjukkan guru bersetuju bahawa pengintegrasian Frog
VLE dalam PdP membantu mereka menyampaikan isi pelajaran dengan baik.
Majoriti guru memberikan pandangan bahawa penggunaan Frog VLE dalam
proses PdP PdP lebih efektif serta bermakna. Dalam rumusan akhir kajian ini,
penyelidik membuat kesimpulan yang positif bahawa pengintegrasian Frog
VLE dapat diterima dengan baik oleh guru serta perlu ada kajian-kajian lain
dijalankan tentang perkara ini.
Kata kunci : persepsi, guru, integrasi, FROG VLE,
2
PENGENALAN
Sistem pendidikan di Malaysia berkembang selaras dengan perkembangan
era globalisasi peringkat antarabangsa. Pelbagai kaedah baharu
diperkenalkan serta digunakan supaya pengajaran seseorang guru akan
menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid menjadi lebih mudah dan
menyeronokkan. Globalisasi telah mewujudkan konsep dunia tanpa
sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep pembelajaran global dan
konsep perubahan tingkah laku ( Nesbit & Adesope, 2006 ). Justeru,
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT ) dalam bidang
pendidikan mempunyai kaitan yang jelas dengan perkembangan ini. ICT telah
memberi kesan yang besar ke atas anjakan perubahan sistem dan
pengurusan pendidikan di serata dunia khasnya negara-negara membangun
seperti Malaysia.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer telah
diperkenalkan di Malaysia sejak beberapa tahun lalu dan mendapat respon
yang positif dalam kalangan guru-guru. Perubahan dalam kurikulum
pendidikan telah dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM )
seperti mewujudkan mata pelajaran Teknologi Maklumat ( IT ) bermula pada
hujung tahun 1998 ( PPK, 2000 ).
KPM juga telah melaksanakan lagi beberapa program yang berkaitan
dengan ICT seperti program pengenalan kepada komputer pada tahun 1986,
projek literasi komputer pada tahun 1992, projek pelajaran berbantukan
komputer ( PBK ) pada tahun 1994 dan projek jaringan pendidikan pada
tahun 1995 telah diperkenalkan di sekolah menengah dan juga di sekolah
rendah. Program-program adalah untuk memperluaskan penggunaan ICT
dalam pendidikan.
Selaras dengan program-program ICT yang dilancarkan, kerajaan
telah memperkenalkan sekolah bestari pada tahun 1999 yang berpandukan
penggunaan ICT dalam semua urusan pentadbiran dan pengajaran dan
pembelajaran. Segala kemudahan dan kelengkapan ICT diberikan dengan
secukupnya. Menyedari kepentingan dan keberkesanan penggunaan ICT
3
dalam pendidikan, kerajaan telah menambahkan pelbagai projek dan
perancangan berkaitan dengan ICT yang bermula di sekolah kebangsaan
lagi. KPM telah memperkenalkan pelbagai dasar ataupun langkahlangkah
untuk memajukan bidang pendidikan termasuklah melancarkan Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006- 2010.
Salah satu daripada teras PIPP ialah memperkasakan sekolah
kebangsaan. Untuk memperkasakan sekolah kebangsaan ini, program
pembestarian sekolah dan pengintegrasikan ICT dalam PdP telah
diwujudkan. Program pembestarian sekolah melibatkan penggunaan ICT
secara sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Untuk
melaksanakan program-program tersebut, KPM telah menyediakan
infrastruktur seperti makmal/bilik komputer, perkakasan seperti komputer,
komputer riba, projektor LCD dan pelayan bagi pengajaran dan pembelajaran
serta melatih guru berkaitan ICT.
Selepas PIPP berakhir pada tahun 2010, kerajaan telah melancarkan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 ( PPPM ) . Salah satu
anjakan penting dalam PPPM adalah berkaitan dengan ICT. elan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.
Memanfaatkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan
pembelajaran berasaskan kendiri untuk meningkatkan kapasiti dan
pembelajaran yang lebih khusus. Pada masa depan, murid akan menikmati
pengalaman pembelajaran yang lebih bersifat peribadi. Mereka dapat
mempelajari mata pelajaran yang tidak ditawarkan di sekolah, dan belajar
secara langsung dengan guru terbaik negara melalui program pembelajaran
jarak jauh. Mereka juga dapat belajar mengikut kadar sendiri, dengan guru
bertindak sebagai pemudah cara dan bukannya sebagai pembekal
kandungan mata pelajaran secara langsung.
Kerajaan telah memperkenalkan Projek 1BestariNet untuk
melengkapkan segala program ICT yang telah dirancangkan selama ini.
1BestariNet adalah projek inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
yang dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Dalam projek
4
ini, 10,000 sekolah di seluruh Malaysia akan dilengkapi akses Internet
berkelajuan tinggi dan platform pembelajaran maya yang mengaplikasikan
jaringan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada penyelesaian
pendidikan bersepadu bertaraf dunia.
Visi 1BestariNet adalah mengubah platform pendidikan di Malaysia
serta merapatkan jurang digital di antara murid kawasan bandar dan luar
bandar dengan menyediakan pendidikan berteras Internet yang berkualiti
kepada semua rakyat Malaysia. Inisiatif kerajaan ini bakal menjadikan
Malaysia negara pertama di dunia yang dilengkapi akses Internet mudah alih
4G dan VLE sedia ada di semua sekolah seluruh Malaysia.
Di bawah 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapi dengan
penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran,
kolaborasi dan pengurusan pentadbiran dijalankan di Internet menerusi
Virtual Learning Environment (Frog VLE), yang boleh diakses di sekolah atau
dimana-mana sahaja yang mempunyai capaian Internet.
Frog VLE adalah platform pembelajaran maya yang telah memenangi
anugerah dan mudah digunakan, selain direka khas untuk pengguna.
Dibangunkan di United Kingdom dengan rekod pencapaian selama 13 tahun,
Frog memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan
pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik pengajaran dan
pembelajaran. Sebagai tambahan, Frog VLE juga disepadukan dengan rakan
kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google
Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik
pengajaran dan pembelajaran.
FrogAsia, penyedia penyelesaian Frog VLE, turut bekerjasama rapat
dengan golongan pendidik tempatan dan organisasi-organisasi pendidikan
untuk membekalkan sistem pembelajaran bertaraf dunia yang releven dengan
rantau Asia. Selain teknologi, penekanan turut diberi kepada usaha untuk
melengkapkan dan membimbing sekolah-sekolah tentang penggunaan Frog
sebagai satu peralatan yang boleh menambah-baik sekolah secara
keseluruhannya.
5
Ia adalah sistem pembelajaran berasaskan laman web yang
menyerupai pendidikan dunia sebenar dengan menyatukan konsep
pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh memberi tugasan,
ujian dan markah secara maya, sementara para pelajar boleh menghantar
kerja rumah mereka dan menyemak markah yang diperolehi melalui Frog
VLE. Ibu bapa pula boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan pihak
pentadbir sekolah boleh menyusun kalendar sekolah dan memaparkan notis
melalui Internet. Frog VLE boleh diakses di mana jua, pada bila-bila masa
dengan adanya sambungan Internet.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah seperti berikut:
1. Mengkaji persepsi guru terhadap pengintegrasian Frog VLE dalam
proses PdP.
2. Mengenal pasti sama ada penggunaan Frog VLE dalam PdP akan
menjadikan PdP lebih efektif dan bermakna.
3. Mengenal pasti apakah masalah / kekangan / halangan yang dihadapi
oleh guru semasa mengintegrasikan Frog VLE dalam proses PdP.
KEPENTINGAN KAJIAN
Adalah diharapkan dapatan kajian ini dapat memberi gambaran sebenar
tentang persepsi guru terhadap pengintegrasian Frog VLE dalam proses PdP.
Kajian ini penting supaya guru-guru tahu dan sedar bahawa persepsi positif
murid terhadap bahan pengajaran khasnya Frog VLE merupakan satu cara
untuk menyampaikan PdP dengan lebih berkesan.
REKABENTUK KAJIAN
Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan. Kajian ini turut menggunakan
kaedah non-probability kerana tujuan kajian bukan untuk digeneralisasikan
kepada keseluruhan populasi.
6
Mohd Najib ( 1999 ) mengatakan kajian berbentuk ini adalah sesuai
digunakan dalam penyelidikan yang menerangkan suatu fenomena yang
sedang berlaku, iaitu merujuk kepada penggunaan ICT yang semakin penting
dalam sistem pendidikan pada masa kini, serta kepentingan guru-guru
menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran ICT untuk kegunaan peribadi
atau dalam pengajaran dan pembelajaran. Manakala data-data mengenai
persoalan kajian diperolehi dengan kaedah soal selidik. Pengkaji
menggunakan kaedah ini kerana merasakan ianya paling sesuai untuk
mendapatkan maklumat secara terperinci tentang kajian yang dijalankan.
Kaedah ini merupakan kaedah yang berkesan bagi mendapatkan
maklumat daripada responden selain membuat pemerhatian persepsi
mereka. Selain itu, ia dapat mengumpulkan data dengan lebih mudah dan
sesuai dengan responden dalam kajian ini. Penggunaan soal selidik juga
dapat menjimatkan masa dan perbelanjaan semasa mengumpul data. Hasil
dari soal selidik juga dapat menghasilkan item-item yang konsisten. Sebanyak
15 soalan dibahagikan kepada dua bahagian untuk tujuan penyelidikan ini.
INSTRUMEN KAJIAN
Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai alat untuk mengumpulkan data.
Terdapat beberapa kelebihan menggunakan soal selidik sebagai alat kajian.
Antara kelebihan tersebut ialah arahan dan soalan yang dikemukakan dalam
soal selidik adalah piawai dan seragam untuk semua sampel. Selain itu,
jawapan yang diberikan oleh responden tidak dipengaruhi oleh pengkaji.
Oleh sebab itu penganalisisan data mudah dilakukan apabila
menggunakan soal selidik. Soal selidik dalam kajian ini diubahsuaikan
daripada kajian terdahulu iaitu kajian Fairose ( 2007 ). Instrumen kajian ini
terbahagi kepada dua iaitu Bahagian A : Maklumat Diri Responden dan
Bahagian B : Persepsi guru terhadap pengintegrasian Frog VLE dalam proses
PdP.
7
SAMPEL KAJIAN
Menurut Mohd Najib ( 1999 ) sampel adalah sumber mendapatkan
data. Prinsip persampelan yang diamalkan adalah berdasarkan konsep
kebarangkalian dan setiap eleman yang dipilih adalah mempunyai peluang
yang sama. Pada asasnya, persampelan adalah merupakan satu usaha bagi
seorang penyelidik untuk memperolehi maklumat daripada sampel yang
dapat mewakili populasi tersebut.
Sampel kajian terdiri daripada 50 orang dari SK Bandar Utama
Damansara ( 4 ), Petaling Jaya, Selangor. Jawapan daripada guru-guru ini
diharapkan dapat memberi gambaran yang menyeluruh terhadap penerimaan
Frog VLE oleh para guru secara keseluruhan.
ANALISIS DATA
Data diproses menggunakan perisian Statistical Package of Social Science
( SPSS ) Versi 12.0. Kegunaan kaedah statistik deskriftif dan inferensi pula
digunakan untuk menganalisis data. Statistik deskriftif digunakan untuk
menganalisis profil responden dan analisis soal selidik terhadap guru,
persepsi guru terhadap pengintegrasian Frog VLE dalam proses PdP.
Statistik deskriftif yang digunakan adalah kekerapan dan peratusan.
Keseluruhannya sebanyak 87 borang soal selidik telah dianalisis untuk
menentukan kekerapan dan peratusan bagi setiap item soalan berdasarkan
persoalan kajian. Dalam analisis ini, penyelidik menggunakan skala 1=sangat
setuju, 2=setuju, 3=tidak pasti, 4=tidak setuju dan 5=sangat tidak setuju.
Jadual 1 : Persepsi guru terhadap pengintegrasian Frog VLE dalam PdP
Item Sangatsetuju
Setuju Tidak pasti
Tidak setuju
Sangat tidak
setuju1. Frog VLE sesuai dintegrasikan dalam proses PdP
61.1% 26.4% 5.7% 3.4% 3.4%
2. PdP akan lebih interaktif dan efektif dengan pengintegrasian Frog VLE
64.5% 24.1% 4.6% 3.4% 3.4%
8
3.Saya menghadapi masalah semasa mengintegrasikan Frog VLE dalam PdP
3.4% 6.9% 5.7% 43.7% 40.2%
Item 1 : Frog VLE sesuai diintegrasikan dalam proses PdP
Jadual di atas menunjukkan bahawa 61.1% guru sangat bersetuju
dengan kesesuaian Frog VLE diintegrasikan dalam proses PdP. 26.4% guru
pula bersetuju dengan soalan yang ditanyakan. Namun, terdapat 5.7% guru
yang tidak pasti tentang kesesuaian Frog VLE diintegrasikan dalam proses
PdP, manakala masing-masing 3.4% tidak setuju dan sangat tidak setuju
dengan pengintegrasian Frog VLE dalam PdP.
Dapatan ini bersesuaian dengan persepsi bahawa guru pada masa kini
sudah terdedah dengan penggunaan teknologi maklumat secara meluas dan
boleh diakses pada bila-bila masa serta di mana sahaja. Sebab itulah
mungkin, ramai guru yang bersetuju dengan kesesuaian Frog VLE
diintegrasikan dalam proses PdP.
Item 2 : PdP akan lebih interaktif dan efektif dengan pengintegrasian Frog VLE
Majoriti guru ( 64.5% ) memilih untuk sangat bersetuju bahawa proses
PdP akan lebih interaktif dan efektif sekiranya Frog VLEn diintegarasikan
semasa proses PdP. 24.1% murid bersetuju, 4.6 % tidak pasti, 3.4% tidak
setuju dan 3.4% guru sangat tidak setuju bahawa proses PdP akan lebih
interaktif dan efektif sekiranya diintegarasikan dengan Frog VLE. Mungkin
teknik PdP kovensional seperti menggunakan buku dan papan putih atau
konsep ‘chalk and talk’ kurang interaktif dan efektif. Penggunaan teks grafik,
animasi, audio, dan video dalam PdP sangat penting pada masa kini.
Item 3 : Saya menghadapi masalah semasa mengintegrasikan Frog VLE
dalam proses PdP
Sebanyak 11.3% guru memberikan jawapan bahawa mereka
menghadapi masalah semasa mengintegrasikan Frog VLE dalam proses ,
yakni 3.4% guru sangat setuju menghadapi masalah dan 6.9% guru
memberikan jawapan setuju. 5.7% guru tidak pasti sama ada mereka
9
menghadapi masalah semasa mengintegrasikan Frog VLE dalam proses
PdP.
Namun, 83.9% guru memberikan jawapan bahawa mereka tidak
menghadapi masalah semasa mengintegrasikan Frog VLE dalam proses
PdP. Dapatan ini jelas bahawa guru-guru di SK Bandar Utama Damansara
( 4 ) tidak menghadapi masalah semasa mengintegrasikan Frog VLE dalam
proses PdP.
DAPATAN KAJIAN
Secara keseluruhannya, dapatan kajian yang dapat disimpulkan daripada
kajian ini adalah seperti berikut :
1. Majoriti guru berpendapat bahawa Frog VLE sesuai diintegrasikan
semasa proses PdP. Dapatan ini sebenarnya membuktikan bahawa
Frog VLE diterima dengan baik oleh kebanyakan guru di negeri
Selangor. Misalnya melalui laman Facebook ‘VLE-FROG negeri
Selangor” (https://www.facebook.com/groups/vlefrog.selangor/members/)
mempunyai 2416 orang ahli.
Gambar 1 : Laman Facebook “VLE-FROG negeri Selangor”
2. Majoriti guru juga bersetuju bahawa penggunaan pengintegrasian
Frog VLE dalam proses PdP menjadikan proses PdP lebih interafktif
dan efektif. Ini dibuktikan dengan 86.6% peratus guru memilih untuk
bersetuju dengan item dalam soal selidik yang dikemukakan. Dapatan
analitik yang diperoleh melalui paparan pentadbir Frog VLE di
https://bba8260.1bestarinet.net menunjukkan semua guru sentiasa
10
berusaha untuk log masuk ke dalam Frog VLE setiap hari dan 100%
guru sudah log masuk ke dalam Frog VLE.
Gambar 2 : Laporan penggunaan Frog VLE oleh guru-guru
3. Majoriti guru menyatakan bahawa mereka tidak menghadapi masalah
semasa mengintegrasikan Frog VLE dalam proses PdP. 11.3% guru
memberikan jawapan bahawa mereka menghadapi masalah semasa
mengintegrasikan Frog VLE dalam proses , yakni 3.4% guru sangat
setuju menghadapi masalah dan 6.9% guru memberikan jawapan
setuju. Masalah ini adalah disebabkan oleh perkara-perkara berikut :
a. Kurangnya kemahiran ICT
b. Tidak mendapat latihan dan pendedahan yang mencukupi
tentang Frog VLE
c. Kekurangan minat untuk menggunakan ICT semasa proses PdP
RUMUSAN
Jelas daripada dapatan kajian yang diperoleh, guru telah menyahut seruan
kerajaan untuk mengintegrasikan ICT dalam proses PdP. Dalam konteks
kajian ini, persepsi guru menunjukkan bahawa guru perlu sentiasa terkedepan
untuk mengikut rentak murid dalam proses PdP yang semakin kompleks dan
mencabar dalam ledakan era teknologi sekarang ini. Oleh sebab itu, skop
kajian ini perlu disusuli dengan kajian terhadap persepsi murid pula terhadap
pengintegrasian Frog VLE dalam proses PdP. Selain daripada persepsi guru,
perlu juga dijalankan kajian tentang kemahiran guru dalam bidang teknologi
maklumat dan komunikasi.
11
Sesuai dengan keperluan pendidikan dewasa ini, perlu diambil kira
bagaimana meningkatkan minat guru-guru sebelum mereka pergi lebih jauh
iaitu melakukan kerja-kerja harian mereka di sekolah menggunakan ICT.
Hubungan yang signifikan yang dicatatkan juga memberikan gambaran
bahawa peningkatan dari segi minat terhadap komputer dapat merangsang
peningkatan dari segi penggunaannya di dalam kerja-kerja seharian di
sekolah.
Sungguhpun demikian, untuk mencapai maksud yang diharapkan
seperti dalam PPPM, semua pihak perlu mengambil langkah proaktif untuk
memperkenalkan Frog VLE kepada seluruh lapisan masyarakat. Antara
langkah yang perlu diambil adalah :
a. Mempromosikan penggunaan Frog VLE dalam media massa
secara meluas,
b. Membekalkan peralatan ICT yang mencukupi serta terkini kepada
semua sekolah,
c. Mempertingkat capaian talian internet di semua sekolah, dan
d. Memberikan latihan yang berterusan kepada guru-guru tentang
Frog VLE
12
BIBLIOGRAFI
Azharuddin Sahil dan Bhasah Abu Bakar. (2009). Kesan Penggunaan Video Drama Terhadap Peningkatan Penghayatan Pelajar, Prosiding Seminar Kebangsaan Teknologi Dan Inovasi Pengajaran–Pembelajaran: 71-76. Putrajaya: Hotel Palm Garden IOI Resort
Fairose Shamsudin. 2006. Sikap guru-guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran. Projek Penyelidikan Sarjana Pendidikan. Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia
https://www.facebook.com/groups/vlefrog.selangor/members/
https://bba8260.1bestarinet.net
http://1bestarinet.net
Janudin Sardi dan Mohd Zaki Abdul Rahman. (2009). Aplikasi Multimedia Mursyidi: Pendekatan Pembelajaran Bahasa Arab Dalam Talian, Prosiding Seminar Kebangsaan Teknologi Dan Inovasi Pengajaran–Pembelajaran: 195-207. Putrajaya: Hotel Palm Garden IOI Resort
Mohd Azidan B Abdul Jabar. (2009). Faedah Teknologi Pengajaran, dalam Pembelajaran Kemahiran Bahasa Asing. Prosiding Seminar Kebangsaan Teknologi Dan Inovasi Pengajaran–Pembelajaran: 221-230. Putrajaya: Hotel Palm Garden IOI Resort
Mohd Najib Abdul Gaffar (1999), Penyelidikan dalam Pendidikan, Skudai, Penerbit UTM
Nesbit, C. John & Adesope, Olusola O. ( 2006) . Learning with concept and knowledge maps: A Meta-analysis. Review of Educational Research 76(3): 413-448
Norazah Mohd Nordin dan Mohamed Amin Embi. (Ed.). (2008). Pengintegrasian ICT Dalam Pendidikan Penyelidikan, Amalan Dan Aplikasi. Shah Alam: Karisma Publication Sdn. Bhd
Zamri Mahamod dan Mohamed Amin Emi. (Ed.). 2008. Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam: Karisma Publication Sdn. Bhd
13