12
1.0 Pengenalan Olahraga adalah acara pertandingan berbentuk aktiviti fizikal berasaskan pergerakan-pergerakan semula jadi seperti larian, lompatan dan balingan. Pada zaman klasik olimpik kuno, acara olahraga agak keras, lebih mencabar dan tidak tersusun. Lama kelamaan ia menjadi teratur sehinggalah pada tahun 1896 apabila bermulanya Sukan Olimpik Moden pertama di Athens dan diikuti dengan tertubuhnya Pertubuhan Olahraga Amatur Antarabangsa atau IAAF pada tahun 1912. Setelah itu, sukan olahraga telah diubahsuai dan diperkembangkan secara lebih sistematik sehingga kini. Olahraga terbahagi kepada 3 kategori iaitu balapan,padang dan acara khas. Bagi kategori balapan, antara acara yang dipertandingkan adalah acara pecut, iaitu 100m,200m, dan 400m. Larian jarak sederhana,800m, 1500m dan acara jarak jauh iaitu 3000m,5000m,10,000m. Selain itu, acara lari berganti-ganti iaitu 4 kali 100m,4 kali 200m dan 4 kali 400m serta lari berpagar100m,110, dan 400m turut dipertandingkan. Acara lari berhalangan 3000m juga turut termasuk dalam acara balapan yang dipertandingkan. Kesemua acara balapan yang dipertandingkan dijalankan di trak balapan yang di sediakan. Standard trak balapan yang mengikuti standart IAAF ialah 400 meter. Namun, terdapat juga trak 200 meter dan 300 meter yang mana traknye dibuat bagi kawasan yang sempit dan tidak mencukupi untuk trak 400 1

Trek Balapan 300 Meter

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Trek Balapan 300 Meter

1.0 Pengenalan

Olahraga adalah acara pertandingan berbentuk aktiviti fizikal berasaskan

pergerakan-pergerakan semula jadi seperti larian, lompatan dan balingan. Pada

zaman klasik olimpik kuno, acara olahraga agak keras, lebih mencabar dan tidak

tersusun. Lama kelamaan ia menjadi teratur sehinggalah pada tahun 1896

apabila bermulanya Sukan Olimpik Moden pertama di Athens dan diikuti dengan

tertubuhnya Pertubuhan Olahraga Amatur Antarabangsa atau IAAF pada tahun

1912. Setelah itu, sukan olahraga telah diubahsuai dan diperkembangkan secara

lebih sistematik sehingga kini. Olahraga terbahagi kepada 3 kategori iaitu

balapan,padang dan acara khas. Bagi kategori balapan, antara acara yang

dipertandingkan adalah acara pecut, iaitu 100m,200m, dan 400m. Larian jarak

sederhana,800m, 1500m dan acara jarak jauh iaitu 3000m,5000m,10,000m.

Selain itu, acara lari berganti-ganti iaitu 4 kali 100m,4 kali 200m dan 4 kali 400m

serta lari berpagar100m,110, dan 400m turut dipertandingkan. Acara lari

berhalangan 3000m juga turut termasuk dalam acara balapan yang

dipertandingkan.

Kesemua acara balapan yang dipertandingkan dijalankan di trak balapan

yang di sediakan. Standard trak balapan yang mengikuti standart IAAF ialah 400

meter. Namun, terdapat juga trak 200 meter dan 300 meter yang mana traknye

dibuat bagi kawasan yang sempit dan tidak mencukupi untuk trak 400 meter. Kita

biasanya hanya mendengar trak balapan 200m dan 400 m sahaja. Namun,kita

juga harus mengetahui bahawa trak 300m juga wujud dan boleh dibina

dikawasan-kawasan yang sempit dimana keluasannya lebih daripada 200m dan

kurang daripada 400m.

Justeru itu, tugasan ini akan membincangkan mengenai cara-cara dalam

menyediakan trak balapan 300 meter.

1

Page 2: Trek Balapan 300 Meter

2.0 Cara membuat balapan 300 meter.

Untuk balapan 300 meter, ia sama seperti balapan 200 meter Cuma jaraknye

sahaja berbeza.. Balapan ini biasanya dibuat di sekolah-sekolah rendah atau

kawasan padang yang mempunyai keluasan padang yang kecil dan tidak mengikut

ukuran standart balapan iaitu 400 meter. Balapan 300 meter berbeza daripada

balapan 200 meter dan 400 meter dari segi jarak, lebar dan luas kawasan.

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah membuat segi empat tepat iaitu

balapan. Pertama sekali, ukur hujung padang ke hujung padang. Kemudian

bahagikan kepada dua bahagian untuk mendapatkan titik tengah iaitu sebagai pusat

kiraan panjang balapan. Seperti rajah 1.

Rajah 1

2

Page 3: Trek Balapan 300 Meter

Kedua, ukuran panjang balapan ialah 63.292 meter. Oleh itu, untuk

mendapatkan ukuran tersebut, 63.292 meter tadi dibahagikan kepada dua dan

hasilnya ialah 31.646 meter. Kemudian, tarik panjang bahagian kiri dan kanan dari

titik tengah sepanjang 31.646 meter di sebelah kiri dan 31.646 meter di sebelah

kanan. Lakukan ukuran ini di kedua-dua belah panjang. Oleh itu, kita akan

mendapat ukuran untuk panjang ialah 63.292 bagi kedua-dua belah sisi padang.

Tandakan setiap hujung panjang dengan kayu sebagai tanda.

Kemudian, kedua-dua belah hujung panjang tadi ditemukan secara menegak iaitu

sepanjang 54.73 meter bagi membentuk ukuran sisi balapan. Dengan itu terhasillah

segi empat tepat. Tandakan juga dengan kayu bagi setiap hujung sisi balapan bagi

memudahkan penandaan.

3

Page 4: Trek Balapan 300 Meter

Kemudian, untuk lengkungan balapan, kita perlu mencari radius. Untuk

mencari radius, jumlah sisi tadi iaitu 54.73 meter perlu dibahagikan kepada dua iaitu

27.38 meter. Selepas itu, tandakan titik tengah untuk menjadi pusat kepada

penandaan lengkungan nanti. Kemudian, dari titik tengah tadi, tarik sepanjang 27.38

meter dan tandakan lengkungan tersebut sehingga bertemu dengan kedua-dua

belah bucu sisi segi empat tadi. Kemudian, lakukan di sebelah sisi yang lain.

Kemudian,terhasillah balapan 400 meter.

3.0 Penandaan lorong-lorong standard trek 300 meter

Semua lorong haruslah ditanda dengan garisan putih. Garisan di sebelah kanan

setiap lorong di dalam arah larian adalah dimasukkan sekali dalam pengukuran

lebar. Ukuran bagi satu-satu lorong ialah 1.22 meter. Manakala ukuran untuk

garisan setiap lorong ialah 0.5 m.

Bagi menghasilkan ukuran untuk lorong pertama, ukur panjang dari titik radius iaitu

27.38 meter di tambah dengan 1.22 meter menjadi 28.6m. Bagi lorong kedua pula,

28.6 m ditambah dengan 1.22 m menjadi 29.82m. Kemudian, untuk lorong-lorong

seterusnya iaitu lorong ketiga,29.82 m ditambah dengan 1.22 m dan untuk lorong

yang lain, hasil dari lorong ketiga tadi ditambah dengan 1.22 m dan hinggalah lorong

yang terakhir. Oleh itu, setiap lorong perlu ditarik dari titik tengah radius dengan

ukuran yang telah diukur tadi sepanjang 300 meter bagi mendapatkan min 4 lorong

dan maksimum 8 lorong sepanjang 300 meter. Ukuran untuk minimum 4 lorong trek

300 meter ialah 4.88 m. dan ukuran panjang min untuk trek balapan 300 ini ialah

127.782 meter.

4

Page 5: Trek Balapan 300 Meter

Penanda garisan penamat.

Untuk garisan penamat seperti gambar rajah di atas, garisan penamat telah

ditanda dengan nombor 1. Dengan lorong-lorong yang telah dilakukan, kita hanya

perlu mengambil jarak dari titik tengah radius. Kemudian, tarik sepanjang 27.38

meter untuk mendapatkan garisan tepi penamat. Apabila garisan tepi penamat telah

dapat iaitu A (seperti gambar rajah di atas), tarik garisan putih tersebut lurus hingga

ke lorong terakhir iaitu lorong lapan. Maka, terhasillah garisan penamat.

Penandaan ‘staggered’ untuk acara 200 meter.

Bagi penandaan staggered 200 meter untuk trek 300 adalah sama dengan standart

trek 400 meter dan trek 200 cuma kedudukan permulaan acara 200 meter sahaja

yang berbeza. Bagi acara 200 meter, kedudukan permulaannya ialah 200 meter

sebelum garisan penamat/ 100 meter selepas garisan penamat melepasi

lengkungan yang pertama.

Di bawah ini ialah data untuk :

Penandaan ‘staggered’ untuk acara 200 meter.

Distance on line of running (meter) 200 meter

Marking plan area C

Bends run in lanes 1

Lane 2 3.519

Lane 3 7.352

Lane 4 11.185

Lane 5 15.017

5

Page 6: Trek Balapan 300 Meter

Lane 6 18.850

Lane 7 22.683

Lane 8 26.516

Penandaan ‘staggered untuk acara 400 meter.

Distance on line of running (meter) 400 meter

Marking plan area A

Bends run in lanes 2

Lane 2 7.038

Lane 3 14.704

Lane 4 22.370

Lane 5 30.034

Lane 6 37.700

Lane 7 45.366

Lane 8 53.032

6

Page 7: Trek Balapan 300 Meter

Penandaan staggered untuk 800 meter.

Distance on line of running (meter) 800 meter

Marking plan area A

Bends run in lanes 4

Lane 2 3.526

Lane 3 7.384

Lane 4 11.260

Lane 5 15.151

Lane 6 19.061

Lane 7 22.989

Lane 8 26.933

Garisan staggered ini biasanya di tanda dengan warna putih atau menggunakan

gris/ minyak hitam untuk padang.

4.0 Alatan7

Page 8: Trek Balapan 300 Meter

Untuk membuat balapan, terdapat beberapa alatan yang diperlukan tetapi ia

mengikut kepada jenis balapan dan keadaan tempat tersebut. Jika dipadang rumput,

alatan yang diperlukan untuk membuat balapan ialah :

1 Minyak Hitam.

2. Cat putih.

3. Pita pengukur.

8

Page 9: Trek Balapan 300 Meter

4. Kayu

5. Tali raffia.

6. Roller.

9