47
PRINSIP-PRINSIP TERJEMAHAN (BBM 422) NURIN SYAZWANI BINTI AHMAD FARID QOURESHMI (2014202908) NURUL SYAHMINA BINTI SHAARI (2014600478) FARHANI BINTI SULAIMAN (2014826226) ALYAA NASIRA BINTI NASARUDIN (2014648016) MC 248S2A (B) HARRY POTTER AND THE ORDER OF PHOENIX/ HARRY POTTER DALAM KUMPULAN PHOENIX 29 TH JUNE 2015 1

TRANSLATION (HARRY POTTER)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

This is the example for translation analysis from the book "Harry Potter and the Order of Phoenix"

Citation preview

Page 1: TRANSLATION (HARRY POTTER)

PRINSIP-PRINSIP TERJEMAHAN (BBM 422)

NURIN SYAZWANI BINTI AHMAD FARID QOURESHMI (2014202908)

NURUL SYAHMINA BINTI SHAARI (2014600478)

FARHANI BINTI SULAIMAN (2014826226)

ALYAA NASIRA BINTI NASARUDIN (2014648016)

MC 248S2A (B)

HARRY POTTER AND THE ORDER OF PHOENIX/ HARRY POTTER DALAM

KUMPULAN PHOENIX

29TH JUNE 2015

1

Page 2: TRANSLATION (HARRY POTTER)

ISI KANDUNGAN

NO. KANDUNGAN MUKA SURAT

1. OBJEKTIF 3

2. TEKS SUMBER 4-5

3. TEKS TERJEMAHAN 6

4. ANALISIS TEKS 7-28

5. KESIMPULAN 29

6. RUJUKAN 30

7. LAMPIRAN 31

2

Page 3: TRANSLATION (HARRY POTTER)

OBJEKTIF

Kami telah menetapkan beberapa objektif yang sesuai dan tepat dalam proses menganalisis

teks sumber dan teks asal.

1. Untuk menganalisis keseluruhan teks sumber yang dipilih di dalam Bahasa Inggeris

dan teks terjemahan di dalam Bahasa Melayu.

2. Untuk melakukan pemerhatian terhadap cara penulisan teks sumber dan teks

terjemahan.

3. Untuk mengenalpasti kaedah-kaedah terjemahan yang digunakan dan terdapat di

dalam kedua-dua teks.

4. Untuk menganalisis kesesuaian bentuk dan genre yang terkandung di dalam teks asal

dan teks terjemahan.

5. Untuk menentukan ketepatan pemilihan perkataan yang diproleh dalam menjalankan

proses analisa kedua-dua teks sumber dan teks terjemahan.

6. Untuk memperlihat kesukaran dalam proses menterjemah teks sumber kepada teks

terjemahan.

3

Page 4: TRANSLATION (HARRY POTTER)

A. TEKS SUMBER

Kami memilih “A Peck Of Owls” iaitu Bab 2 daripada novel bertajuk Harry Potter

and The Order Of The Phoenix yang ditulis oleh J.K. Rowling dan diterbitkan pada 21 Jun

2003 oleh Bloomsbury di United Kingdom, Scholastic di Amerika Syarikat, dan Raincoast di

Kanada.

Bab ini mengisahkan tentang Harry dan sepupunya, Dudley, telah diserang oleh dua

ekor Dementors, penjaga penjara di Azkaban, dan menyebabkan Harry terpaksa

menggunakan ilmu sihirnya di luar kawasan sekolah sihir Hogwarts. Apabila sampai di

rumah Dudley, Makcik Petunia dan Pakcik Vernon iaitu ibu dan ayah kepada Dudley

bertanya tentang apa yang terjadi kepada mereka. Ketika Harry hendak menerangkan kepada

mereka, seekor burung hantu telah masuk ke dalam rumah tersebut dan membawa sepucuk

surat daripada sekolah sihir Hogwarts, menyatakan bahawa Harry telah dibuang daripada

menuntut pengajiannya tentang sihir di situ kerana telah melanggar peraturan sekolah

tersebut dan tongkat saktinya akan dimusnahkan. Arthur Weasley, pekerja Kementerian Sihir

dan juga merupakan bapa kepada sahabat karibnya, Ron, telah menghantar sepucuk surat

kepada Harry pada masa itu juga menyatakan bahawa Dumbledore, pengetua sekolah sihir

Hogwarts, sedang cuba untuk berunding dengan pihak Kementerian Sihir tentang masalah

ini. Harry telah diarahkan agar tidak meninggalkan rumah tersebut dan menjaga tongkat

saktinya. Kementerian Sihir sekali lagi menghantar sepucuk surat kepada Harry dan

memberitahu bahawa Harry dibenarkan untuk menyimpan tongkat saksinya sehingga

perbicaraan disiplin dijalankan kelak. Seekor burung hantu masuk lagi ke dalam rumah

tersebut menghantar sepucuk surat kepada Harry dan kali ini ianya daripada bapa angkat

Harry sendiri iaitu Sirius Black. Sirius memberi amaran kepada Harry untuk tidak

meninggalkan rumah tersebut. Harry memberitahu tentang kemunculan Lord Voldermort,

iaitu ahli sihir yang paling kejam yang telah membunuh kedua ibu bapa Harry, kepada

4

Page 5: TRANSLATION (HARRY POTTER)

Makcik Petunia dan Pakcik Vernon. Pakcik Vernon berasa takut dan terancam di atas

tindakan yang telah dilakukan oleh dua ekor Dementors terhadap Harry dan anaknya. Dia

juga berasa tidak selamat jika Harry tinggal di rumah tersebut. Oleh itu, Pakcik Vernon telah

memaksa Harry untuk meninggalkan rumah itu dengan segera. Tidak lama kemudian, seekor

burung hantu datang membawa sejenis surat sihir yang dinamakan sebagai ‘Howler’,

melimpasi Harry dan melepaskan surat tersebut di atas kepala Makcik Petunia. Surat sihir itu

terbakar dan mengeluarkan suatu suara dasyat, “Remember my last, Petunia”. Namun begitu,

tidak ada seorang pun yang tahu siapakah pemilik suara itu. Makcik Petunia mengarahkan

Harry agar tidak meninggalkan rumah itu tanpa menghiraukan permintaan suaminya untuk

menghalau Harry keluar. Dia juga tidak mahu membicarakan tentang maksud disebalik surat

sihir itu dan tetap meminta Harry untuk tinggal di rumahnnya.

Dalam bab ini, pembaca tertanya-tanya mengapakah dua ekor Dementors itu

menyerang Harry dan apakah maksud di sebalik surat sihir ‘Howler’ yang ditujukan kepada

Makcik Petunia itu. Taktik yang digunakan oleh J.K. Rowling adalah untuk memastikan

pembaca sentiasa mempunyai rasa ingin tahu tentang apakah yang akan terjadi dan segala

persoalan-persoalan mereka ini hanya akan dijawab jika mereka membaca keseluruhan novel.

5

Page 6: TRANSLATION (HARRY POTTER)

B. TEKS TERJEMAHAN

Tajuk terjemahan teks yang telah kami pilih adalah dari novel terkenal karya J.K

Rowling iaitu Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix. Kami telah sepakat untuk memilih

bab kedua di dalam novel ini iaitu ‘Kawanan Burung Hantu’ sebagai bahan analisis. Teks

terjemahan ini telah diterjemah dari Bahasa Inggeris (English) ke Bahasa Melayu. Untuk

pengetahuan umum, novel ini merupakan novel kelima dalam sekuel popular Harry Potter.

Selain itu, kami dapati tiada sebarang penterjemah yang khusus bagi teks terjemahan di

dalam novel ini. Novel ini telah diterbitkan oleh Syarikat Pelangi Sdn.Bhd pada tahun 2005,

dua tahun selepas novel di dalam teks asal diterbitkan.

6

Page 7: TRANSLATION (HARRY POTTER)

C. ANALISIS TEKS

1. Kaedah Menganalisis/ perbincangan

1.1 Kaedah terjemahan yang digunakan

Berdasarkan buku Asas dan Kemahiran Menterjemah, langkah pertama untuk

menterjemah sesuatu teks ialah menganalisis teks untuk mengenal pasti dan

memahami isi kandungan teks sumber. Selepas menganalisis teks sumber, kaedah-

kaedah terjemahan yang digunakan oleh penterjemah dapat dikenal pasti. Menurut

Munday (2001), terdapat banyak pendekatan atau kaedah yang digunakan untuk

menterjemah dan menganalisis terjemahan sejak tahun 1950-an lagi. Tujuan

menterjemah ialah menghasilkan terjemahan yang difahami pembaca di samping

untuk mengekalkan bentuk dan mesej asal teks sumber. Terdapat dua kaedah

penterjemahan, iaitu kaedah lama dan kaedah baru. Kaedah lama merupakan

penterjemahan yang ditumpukan pada persamaan bentuk teks terjemahan dengan

teks asal dan menitikberatkan persamaan formal (formal equivalence) yang

dinamakan Kaedah Terjemahan Formal atau Kaedah Terjemahan Harfiah atau

Literal , manakala kaedah baru pula mengutamakan reaksi pembaca atau kesan

terhadap pembaca yang menitikberatkan persamaan dinamik (dynamic equivalence)

dan disebut sebagai kaedah terjemahan dinamik. Dalam kaedah formal, terdapat tiga

kaedah iaitu, kaedah pinjaman, peniruan, penggantian atau harfiah manakala dalam

kaedah dinamik, terdapat empat kaedah iaitu kaedah transposisi, modulasi,

persamaan dan penyesuaian.

7

Page 8: TRANSLATION (HARRY POTTER)

Berdasarkan bahasa sumber yang telah dianalisis iaitu, Harry Potter and the Order of

Phoenix oleh J.K Rowling dan bahasa sasaran iaitu, Harry Potter and the Order of

Phoenix: dalam Kumpulan Phoenix, terdapat tujuh kaedah terjemahan yang

digunanakan dalam bab dua, A Peck of Owls / Kawanan Burung Hantu iaitu kaedah

pinjaman, peniruan, penggantian atau harfiah, transposisi, modulasi, persamaan dan

penyusuaian.

Kaedah yang pertama digunakan dalam bab dua ialah Kaedah Pinjaman. Kaedah

pinjaman atau borrowing boleh dianggap sebagai kaedah yang membenarkan kata

atau perkataan daripada bahasa sumber digunakan dalam bahasa sasaran

terutamanya apabila sesuatu perkataan itu tidak wujud atau tiada padanan yang

sesuai dalam bahasa sasaran. Unsur-unsur dari bahasa sumber tersebut dipinjam

secara terus tanpa sebarang perubahan contohnya ejaan. Kaedah ini juga merupakan

terjemahan terus atau terjemahan langsung. Dalam kajian ini, contoh kaedah

pinjaman dapat dilihat pada perenggan tiga, baris satu dan dua.

Bahasa Sumber: “I’m a Squib, as Mundungus knows full well, so how on earth was

I supposed to help you fight off Dementors?” (Muka surat 3,

baris 1 dan 2)

Bahasa Sasaran: “Aku Squib, Mundungus tahu betul tu, jadi macam mana aku nak

tolong kamu lawan Dementor tadi?” (Perenggan 3, baris 1 dan 2)

Perkataan Squib dan Dementor dalam bahasa sasaran merupakan perkataan

pinjaman daripada bahasa sumber. Perkataan tersebut tidak wujud dan tiada padanan

yang sesuai yang boleh diterjemahkan, jadi perkataan tersebut dikekalkan dalam

bahasa sasaran. Berdasarkan buku Harry Potter, Squib merupakan seorang

8

Page 9: TRANSLATION (HARRY POTTER)

berketurunan sihir dalam dunia Harry Potter namun dia tidak mempunyai kuasa sihir

kerana mempunyai darah manusia (Muggle) dan separuh lagi berdarah sihir kerana

salah seorang ibu bapa kepada Squib merupakan ahli sihir dan seorang lagi

merupakan manusia biasa (half muggle, half wizard). Selain itu, Dementor pula

merupakan sejenis makhluk jahat dalam dunia sihir yang mencabut roh manusia

Contoh seterusnya,

Bahasa Sumber: “Keep your wand out,’ she told Harry, as they entered Wisteria

Walk.” (Perenggan 10, baris 1)

Bahasa Sasaran: “Keluarkan tongkat kamu,” arahnya kepada Harry ketika mereka

tiba di Wisteria Walk.” (Perenggan 11, baris 1 dan 2)

Wisteria Walk merupakan nama tempat dalam dunia Harry Potter dan penterjemah

mengekalkan nama tempat tersebut kerana tiada padanan yang sesuai.

Kaedah seterusnya ialah Kaedah Transposisi. Kaedah transposisi merupakan

kaedah terjemahan yang menukar golongan kata atau kedudukan frasa atau klausa

dalam bahasa sasaran tanpa mengubah maksud warta atau maklumat teks asal selain

untuk menyampaikan warta dalam bahasa sasaran secara paling bersahaja dan

digunakan untuk memperjelas kandungan warta yang mungkin boleh mengelirukan

sekiranya kaedah transposisi tidak digunakan. Di samping itu, kaedah transposisi

merupakan kaedah yang menggantikan kelas sesuatu kata dalam bahasa sumber

dengan kelas kata lain dalam bahasa sasaran yang mempunyai makna yang sama

tetapi tidak mengubah mesej secara keseluruhan ayat atau dari segi struktur, kaedah

9

Page 10: TRANSLATION (HARRY POTTER)

transposisi melibatkan kaedah yang menukar struktur tatabahasa bahasa sumber

dalam bahasa sasaran tanpa mengubah maksud warta.

Bahasa Sumber: “I’m going straight home,’ said Mrs Figg, staring around the dark

street and shuddering.” (Perenggan 30, baris 2)

Bahasa Sasaran: “Aku akan terus balik,” jawab Puan Figg terketar sambil

merenung jalan yang gelap.” (Perenggan 32, baris 4)

Ayat di atas menunjukkan susunan struktur ayatnya berbeza namun maknanya tetap

sama. Penterjemah menterjemahkan dengan bersahaja dan tidau berbau terjemahan.

Kaedah seterusnya ialah Kaedah Persamaan (Equivalence). Nida (1964) berkata,

kaedah persamaan biasanya makna dan mesej bahasa sumber disampaikan dengan

cara lain dan pembaca akan memahaminya setelah membaca keseluruhan teks.

Terdapat dua jenis persamaan dalam kaedah persamaan iaitu persamaan terdekat dan

persamaan sejadi atau bersahaja. Kaedah persamaan terdekat merupakan persamaan

yang paling hampir dari segi maknanya dan boleh diperolehi melalui makna yang

terdapat dalam kamus tanpa perlu melibatkan konteks penggunaan. Selain itu, Puteri

Roslina Abdul Wahid (2007) berkata tidak ada dua perkataan yang benar-benar

sama makna dalam dua bahasa yang berlainan. Manakala kaedah persamaan sejadi

atau padanan fungsian merupakan kaedah yang menterjemah fungsi warta supaya

dapat memberi reaksi yang sama kepada pembaca terjemahan seperti reaksi yang

diterima oleh pembaca teks sumber selain menggantikan elemen-elemen seperti

10

Page 11: TRANSLATION (HARRY POTTER)

peribahasa dan simpulan bahasa dalam bahasa sumber. Kaedah ini dapat dilihat pada

perenggan 1 baris 1,

Bahasa Sumber: “What?” said Harry blankly. (Perenggan 1, baris 1)

Bahasa Sasaran: “Hah?” Harry terpinga-pinga. (Perenggan 1, baris 1)

Berdasarkan ayat di atas, bahasa sumber “what” diterjemahkan kepada “hah” dalam

bahasa sasaran. Ini merupakan kaedah persamaan sejadi atau padanan fungsian. Ini

kerana kaedah persamaan sejadi merupakan kaedah yang dapat memberikan reaksi

yang sama dan ‘Hah’ dalam bahasa sasaran merupakan reaksi tindak balas seseorang

yang sama dengan reaksi tindak balas ‘what’ dalam bahasa sumber.

Bahasa Sumber: “Don’t put your wand away, boy, don’t I keep telling you I’m no

use?” (Perenggan 12, baris 6)

Bahasa Sasaran: Jangan simpan tongkat kamu, budak. (Perenggan 1, baris 1)

Ayat diatas merupakan kaedah persamaan terdekat. Seperti yang kita ketahui,

terjemahan bahasa sasaran ‘boy’ merupakan budak lelaki atau budak. Ianya

mempunyai maksud yang paling hampir sama dan makna yang terdapat dalam

kamus tanpa perlu melibatkan konteks penggunaan.

Bahasa Sumber: “Oh, my dear, I wish it were so, but I’m afraid.” (Perenggan 15,

baris 1)

Bahasa Sasaran: “Oh, sayang, aku pun harap begitu, tapi bimbang aku katakan…”

(Perenggan 13, baris 1 )

11

Page 12: TRANSLATION (HARRY POTTER)

Kaedah diatas merupakan kaedah persamaan terdekat kerana dalam bahasa sumber

‘dear’ telah diterjemah menjadi ‘sayang’ dalam bahasa sasaran. Di dalam kamus

dwibahasa, dear bermaksud yang disayangi atau orang yang disayangi.

Bahasa Sumber: “Ouch - gerroff - gerroff, you mad old bat! Someone’s gotta tell

Dumbledore!” (Perenggan 21, baris 1)

Bahasa Sasaran: ’’Auh.. adui.. auw, perempuan tua gila! Seseorang perlu

beritahu Dumbledore!” (Perenggan 20, baris 1)

Ini merupakan persamaan sejadi/ bersahaja. ‘Ouch- geroff- geroff’ merupakan tindak

balas reaksi bagi Bahasa Inggeris dalam bahasa sumber dan diterjemah menjadi

‘auh..adui..auw’, ia merupakan reaksi tindak balas bagi Bahasa Melayu dalam bahasa

sasaran.

Bahasa Sumber: “Blimey,’ said Mundungus weakly, looking from Mrs Figg to

Harry, and back again. ‘ Blimey , I”(paragraph 19, line 1)

Bahasa Sasaran: “Alamak,” seru Mundungus lemah ketika memandang Puan Figg

kemudian memandang Harry, kemudian memandang semula

Puan Figg. “Alamak…” (Perenggan 18 , baris 1)

Ayat diatas ialah kaedah bersejadi/ bersahaja. ‘Blimey’ dalam bahasa sumber

merupakan sejenis perkataan reaksi tindak balas terkejut bagi dialek British dan ia

12

Page 13: TRANSLATION (HARRY POTTER)

telah diterjemah menjadi reaksi tindak balas terkejut Bahasa Melayu iaitu ‘alamak’

dalam bahasa sasaran.

Di samping itu, terdapat juga Kaedah Penambahan (Extension). Kaedah

penambahan merupakan kaedah yang membenarkan perkataan ditambah untuk

menjadikan sesuatu ayat betul dari segi tatabahasa dan tidak mengubah maksudnya

selain penambahan dari segi maklumat untuk menerangkan terjemahan yang

dilakukan sekiranya tidak dapat memberi atau menyampaikan maklumat dalam

bahasa sumber.

Bahasa Sumber: “Left to see someone about a batch of cauldrons that fell off the

back of a broom!” (Perenggan 1, baris 2)

Bahasa Sasaran: “Dia pergi jumpa seseorang untuk bincangkan tentang bungkusan

kawah yang jatuh dari belakang sebatang penyapu terbang!”

(Perenggan 1, baris 4)

Berdasarkan ayat di atas, terdapat kaedah penambahan dalam bahasa sasaran yang dilakukan

oleh penterjemah. Dalam bahasa sumber, ayatnya bermula dengan ‘left to see someone’

manakala dalam bahasa sumber ‘dia’ ditambah pada permulaan ayat untuk menerangkan siapa

yang pergi untuk berjumpa orang lain. Selain itu, dalam dunia sihir Harry Potter, ‘broom’

merupakan sebuah kenderaan yang boleh terbang dan berbentuk penyapu dan seperti yang

dilihat.dalam bahasa sasaran, ‘broom’ telah diterjemah menjadi ‘penyapu terbang’ kerana

sekiranya penterjemah menterjemah dengan hanya menulis ‘penyapu’, pembaca tidak akan

memahami maksud tersebut dan hanya akan memahaminya sebagai penyapu biasa.

13

Page 14: TRANSLATION (HARRY POTTER)

Bahasa Sumber: “Dumbledore was trying to sort it all out… What did he mean?”

(Perenggan 50, baris 1)

Bahasa Sasaran: “Profesor Dumbledore sedang berusaha menyelesaikan masalah

ini.. apa maksudnya?” (Perenggan 45, baris 1)

Ayat di atas menunjukkan kaedah penambahan. Seperti yang kita ketahui, budaya

melayu begitu mengutamakan panggilan atau status seseorang agar kedengaran

sopan dan menghormati pangkat seseorang manakala budaya Inggeris pula berbeza

kerana mereka lebih gemar memanggil seseorang dengan panggilan nama tanpa

status atau pangkat sesorang. Oleh sebab itu, dalam bahasa sumber, nama

‘Dumbledore’ telah diterjemahkan kepada ‘Profesor Dumbledore’ dalam bahasa

sasaran.

Kaedah yang berikutnya ialah Kaedah Penggantian / Harfiah (Literal

Translation). Kaedah ini ialah kaedah ideal yang digunakan dengan menggantikan

frasa atau perkataan dalam ayat tanpa perlu melakukan perubahan besar terhadap

kedudukan struktur ayat atau susunan dan bahasa sumber dapat digantikan dengan

persamaannya dalam bahasa sasaran selain struktur ayat bahasa sumber dipindahkan

ke dalam bahasa sasaran tanpa perubahan besar.

Bahasa Sumber: “I will kill him!” (Perenggan 2 , baris 7)

Bahasa Sasaran: “Aku akan bunuh dia!” (Perenggan 1, baris 8)

I will kill him!

14

Page 15: TRANSLATION (HARRY POTTER)

Aku akan bunuh dia!

Bahasa sumber telah diterjemahkan perkataan demi perkataan dalam bahasa sasaran.

Bahasa Sumber: “Tell us, darling , ” whispered Aunt Petunia. (paragraph 55 , line 6

Bahasa Sasaran: “Beritahu kami, sayang , ” bisik Mak Cik Petunia. (perenggan 50,

baris 8)

Tell us darling

Beritahu kami, sayang

Kaedah yang di gunakan dalam ayat berikut ialah Kaedah Modulasi (Modulation). Kaedah

modulasi ialahdigunakan untuk menyampaikan sesuatu ayat atau frasa kata dengan gaya

bahasa yang paling bersahaja dan mudah difahami. Kaedah ini penterjemah mengubah

padanan satu perkataandi dalam frasa atau ayat tetapi kekalkan maksud ayat dan konsep

asalnya. Seterusnya, modulasi menunjukkan perbezaan antara dua bahasa dalam satu situasi

yang sama tetapi cara pemikiran yang berbeza. Modulasi juga boleh digunakan apabila

hasilnya terjemahan secara literal ataupun transposisi telah digunakan:

Bahasa Sumber: “He left !” Said Mrs. Figg, wringing her hands. (Perenggan 1, baris 2)

Bahasa Sasaran: “Dia dah tak ada! ” Puan Figg meramas-ramas tangannya. (Perenggan 1, baris 2)

15

Page 16: TRANSLATION (HARRY POTTER)

Ayat di atas menerangkan pengunaan kaedah modulasi, kerana penterjemah menggunakan

kaedah modulasi untuk mengelakkan janggal apabila terjemahan secara literal ataupun

transposisi yang telah digunakan. (‘’He left’’) jika literal bermaksud (‘’Dia kiri’’)

penterjemah menggunakan kaedah modulasi untuk meyampaikan warta gaya bahasa yang

paling bersahaja dan mudah difahami seperti bahasa sasaran ‘’Dia dah tak ada!’’. Tambahan

lagi, penterjemah mengubah padanan satu lawan satu (‘’He left!’’) tetapi mengekalkan

maksud atau konsep asal (‘’Dia dah tak ada!’’). Kaedah transposisi dapat lihat pada

perenggan ke 1 dan baris ke 2.

Contoh seterusnya,

Bahasa Sumber: “I’m a Squib, as Mundungus knows full well, so how on earth was

I supposed to help you fight off Dementors?” (Perenggan 3,

baris 1)

Bahasa Sasaran: “Aku Squib, Mundungus tahu betul tu, jadi macam mana aku nak

tolong kamu lawan Dementor tadi?” (Perenggan 5, baris2)

Contoh kaedah modulasi dapat dilihat pada perenggan ke 3 dan beris ke 8. Kaedah modulasi

ayat diatas penterjemah ingin mengatakan bahawa modulasi bahasa sumber menunjukkan

perbezaan antara dua bahasa dalam situasi yang sama tetapi cara pemikiran yang berbeza.

Sekiranya diterjemahkan secara literalnya, terjemahan akan menjadi janggal. ‘’How on

earth’’ kepada ‘’Bagaimana atas bumi’’. Tetapi melalui kaedah modulasi ayatnya berubah

namun maknanya sama.

Contoh seterusya,

16

Page 17: TRANSLATION (HARRY POTTER)

Bahasa Sumber: “This Mundungus has been following me? Hang on- it was him!”

(Perenggan 4, baris 1)

Bahasa Sasaran: “Si Mundungus tu mengekori saya? Tunggu dulu... jadi dia rupa-rupanya!”

‘’Hang on’’ jika diterjemahkan secara literal menjadi ‘’gantung pada’’ disebabkan tidak

boleh diterjemahkan secara literal, penterjemah menggunakan kaedah modulasi supaya tidak

ada janggal atau menyimpang maknya ‘’Hang on’’ yang sebenarnya bermaksud ‘’tunggu

dulu’’. Penterjemah ingin menyampaikan maknaya dengan gaya bahasa yang paling

bersahajadan mudah untuk difahami oleh pembaca.

Kaedah seterusnya, Kaedah Penyesuaian (Adaptation)

Kaedah penyesuaian bermaksud penggantian yang dilakukan terhadap perbezaan budaya

yang ada pada ayat atau di dalam dua bahasa. Kaedah ini dianggap kaedah terjemahan ‘paling

bebas’. Melalui kaedah penyesuaian penterjemah menterjemah kan ayat secara bebas untuk

mudah difahami walaupun mesejnya mungkin sedikit berbeza kerana situasi yang terhasil

mungkin telah diolah dan dirombak berdasarkan budaya dan citarasa pembaca. Contohnya

seperti berikut:

Bahasa Sumber: “Never mind the Statue of Socrecy now, there’s going to be hell to

pay anyway, we might as well be hanged for a dragon as an egg.”

(Perenggan 11, baris 2)

Bahasa Sasaran: “Jangan pedulikan tentang Peraturan Kerahsiaan sekarang, lagipun

banyak yang perlu ditanggung, lebih baik kita dihukum atas

kesalahan besar daripada kesalahan kecil.” (Perenggan 15, baris 3)

17

Page 18: TRANSLATION (HARRY POTTER)

Penterjemah menterjemahkan bahasa sumber ‘’hell’’ mengikut kaedah penyesuaian, ini

kerana kaedah ini digunakan untuk tujuan kesopanan, pantang larang agama yang

dititberatkan dalam masyarakat melayu. Budaya melayu tidak menggunakan ‘’hell’’ atau

terjemahan secara literalnya ‘’neraka’’. Jadi, dalam situasi ini penterjemah mengolah bahasa

sumber ‘’hell’’ menjadi kepada ‘’banyak’’ dalam bahasa sasaran yang boleh difahami dan di

guna pakai oleh masyarat melayu. Dalam hal ini, peterjemah mencipta situasi baru yang

mempunyai maksud sama yang tidak menyalahi budaya bahasa sasaran.

Kaedah seterusnya adalah Kaedah Peniruan (Loan Translation/ Calque)

Kaedah peniruan terbahagi kepada dua, iaitu pertama peniruan penyampaian dan kedua

peniruan struktur. Pertamanya, peniruan penyampaian adalah sesuatu konsep melalui

pemindahan bahasa tanpa mengubah struktur bahasa sasaran. Peniruan penyampaian ini

mengikut peraturan tatabahasa dalama bahasa sasaran. Keduanya, peniruan struktur yang

bermaksud terjemahan yang dibuat dengan meniru konsep bahasa sumber dengan

menggunakan perkataan dalam bahasa sasaran, tetapi struktunya masih mengikut struktur

bahasa sumber dan menyebabkan kemasukan struktur baru dalam bahasa sasaran. Kaedah

peniruan struktur dan penyampaian dapat dilihat contoh seperti dibawah:

Kaedah penyampaian:

Bahasa Sumber: “He was also clutching a silvery bundle that Harry recognized at

once as an Invisibility Cloak .” (Perenggan 24, baris 2)

Bahasa Sasaran: “Dia sedang memegang bungkusan keperakan yang Harry kenal

benar sebagai Jubah Halimunan . ” (Perenggan 28, baris 5)

Invisibility Cloak

Jubah Halimun

18

Page 19: TRANSLATION (HARRY POTTER)

‘’Invisibility Cloak’’ penterjemah menterjemahkan ayat tersebut mengikut kaedah

penyampaian. Penterjemah meniru cara penyampaian konsep melalui pemindahan bahasa

tanpa mengubah struktur bahasa sasaran. Selain itu, penterjemah menterjemah tidak

mengkekalkan struktur bahasa sumber sebaliknya penterjemah mengikut peraturan tatabahasa

dalam bahasa sasaran.

Contoh seterusnya,

Bahasa Sumber: “Good Lord, boy, they told me you were intelligent...right...get

inside and stay there, she said, as they reached number four . ”

(Perenggan 56, baris 6)

Bahasa Sasaran: “Mereka kata kamu sungguh bijak...baiklah...masuk sekarang dan

jangan keluar lagi, arah perempuan tua itu sebaik sahaja mereka

tiba di rumah Nombor Empat.” (Perenggan 67, baris 4)

Number Four

Nombor Empat

Penterjemah menggunakan kaedah peniruan struktur, terjemahan yang dibuat meniru konsep

bahasa sumber dan menggunakan perkataan dalam bahasa sasaran. Tetapi, strukturnya masih

lagi mengikut struktur bahasa sumber. Penterjemah menterjemahkan struktur baru dalam

bahasa sasaran. Penterjemah memasukkan struktur baru dalam bahasa sasaran.

Selepas itu, Kaedah Pengguguran (Omission). Kaedah ini bertujuan mengelakkan teks atau

ayat terjemahan yang melampau terikat dengan teks sumber. Dengan menggugurkan sesuatu

perkataan yang memadai untuk memberikan makna yang sebenarnya. Di samping itu, kaedah

19

Page 20: TRANSLATION (HARRY POTTER)

ini juga menggugurkan maklumat khususya maklumat yang melibatkan isu-isu keagamaan

atau kebuyaan dalam sesebuah masyarakat. Kaedah pengguguran ini contohnya dapat dilihat

seperti berikut:

Bahasa Sumber: “Good Lord, boy, they told me you were intelligent...” (Perenggan

43, baris 2)

Bahasa Sasaran: “Mereka kata kamu sungguh bijak...” (Perenggan 49, baris 4)

Contoh seperti di atas menunjukkan aplikasi kaedah penguguran, bahasa sumber ‘’Good

Lord’’ kerana melibatkan isu-isu keagamaan. Penterjemah menggugurkan ayat tersebut untuk

mengelakkan sensitiviti masyarakat melayu Malaysia dan agama lain. Di samping itu juga,

penterjemah menggunakan kaedah pengguguran ini salah satunya bertujuan untuk

mengelakkan teks terjemahan terlampau terikat dengan teks sumber.

2. Ketepatan Pemilihan Perkataan

Hasil perbincangan kami, kami mendapati bahawa terdapat beberapa kesalahan ketepatan

perkataan dalam teks pilihan kami. Kami telah mengkaji terjemahan daripada Bab 2 :

“Kawanan Burung Hantu” iaitu daripada novel edisi Bahasa Melayu bertajuk Harry Potter

Dalam Kumpulan Phoenix, dan “A Peck Of Owls” iaitu daripada novel edisi Bahasa

Inggeris bertajuk Harry Potter and the Order of the Phoenix. Contohnya :

Contoh 1

Bahasa Inggeris: “Hurry up!” said Mrs Figg hysterically. (Muka surat 20, baris 14)

Bahasa Melayu: “Cepat!” sergah Puan Figgs panik. (Muka surat 24, baris 17)

20

Page 21: TRANSLATION (HARRY POTTER)

Berdasarkan contoh satu, perkataan hysterically di dalam teks sumber diterjemah ke dalam

teks terjemahan menjadi panik adalah tidak tepat. Hal ini kerana menurut Kamus Dwibahasa

Oxford Fajar Edisi Kelima, pada muka surat 218, hysterically bermaksud kerasukan; dengan

cara seperti diserang histeria. Merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,

perkataan panik pula bermaksud cemas, takut, bimbang disebabkan yang tiba-tiba hingga

tidak dapat berfikir dengan tenang. Keadaan ini menunjukkan pemilihan perkataan yang

tidak tepat oleh penterjemah.

Contoh 2

Bahasa Inggeris: Mrs. Figg tottered along in front of them, peering anxiously around

the corner. (Muka surat 20, baris 17)

Bahasa Melayu: Puan Figgs berlari-lari anak di depan mereka sambil terhendap-

hendap ketika tiba di selekoh. (Muka surat 24, baris 20)

Berdasarkan contoh dua, perkataan tottered di dalam teks sumber diterjemah ke dalam teks

terjemahan menjadi berlari-lari anak adalah tidak tepat. Hal ini kerana menurut Kamus

Dwibahasa Oxford Fajar Edisi Kelima, pada muka surat 477, totter bermaksud berjalan atau

berdiri terhuyung-hayang; bertatih. Merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,

perkataan berlari-lari anak pula bermaksud berlari dengan tidak berapa pantas; berlari

perlahan-lahan. Keadaan ini menunjukkan pemilihan perkataan yang tidak tepat oleh

penterjemah.

21

Page 22: TRANSLATION (HARRY POTTER)

3. Kesesuaian bentuk dan genre

Dalam menganalisis sumber daripada teks sumber dan teks terjemahan, kesesuaian

bentuk dan genre perlu diambil kira bagi memahami keseluruhan mesej yang ingin

disampaikan oleh penulis dan penterjemah. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),

Genre ialah istilah yang digunakan bagi menyatakan jenis-jenis hasil sesuatu kesusasteraan.

Istilah genre ini sebenarnya berasal daripada perkataan Perancis yang bererti ' jenis' atau

'macam'. Secara umum pembahagian genre ini dibuat mengikut bentuk, teknik dan persoalan

dalam sesuatu hasil kesusasteraan itu. Terdapat pelbagai konsep genre yang diketengahkan di

dalam penulisan samada Bahasa Melayu mahupun bahasa-bahasa lain. Genre turut digunakan

untuk menggambarkan pengaruh konteks budaya dalam bahasa. Ini bermaksud, teks haruslah

diteliti dari segi latar belakang sosial dan interaksinya terhadap konteks (Imtihani.N, 2010).

22

Page 23: TRANSLATION (HARRY POTTER)

Di dalam novel Harry Potter ini, kami melihat bentuk tulisan novel dan kulit buku adalah

seakan-akan di mana kedua-dua teks sumber dan teks asal mengekalkan muka depan berupa

seorang pelajar lelaki sekolah sihir bernama Harry Potter yang diperlihatkan mempunyai

kuasa magis. Hasil perbincangan mendapati novel ini berbentuk fiksyen sihir bermakna

elemen-elemen magis dan sihir diterapkan sebagai gaya penulisan. Walaubagaimanapun,

terdapat perbezaan dari segi saiz serta ketebalan muka surat novel bagi teks sumber dan teks

asal di mana teks sumber mempunyai saiz novel yang lebih besar dan muka surat yang lebih

banyak berbanding teks terjemahan. Kedua-dua teks ini turut mengekalkan bentuk magis dan

kehidupan ahli sihir dan organisasi sihir menjadi asas pembelajaran di dalam penulisan serta

turut menyelitkan nilai-nilai murni seperti kepentingan persahabatan dan kerjasama.

Seterusnya, dari segi genre jenis teks yang diperlihatkan oleh penulis adalah teks

ekspresif. Teks ekpresif memberikan fokus kepada penyampaian teks dan berfungsi untuk

menyampaikan sikap penulis, Reiss (dalam Munday, 2012). Teks ekspresif memberi fokus

kepada bentuk estetik yang membawa maksud  kajian deria atau nilai deria dan emosi,

ataupun timbangan sentimen dan citarasa. Keseluruhan genre bagi novel Harry Potter untuk

kedua-dua teks sumber dan teks asal ini adalah berbentuk dunia sihir dan magis. Contohnya:

Contoh 1

Bahasa Inggeris: “…and now look! Dementors!” (Muka surat 19, perenggan 2, baris 11)

Bahasa Melayu: “… sekarang tengok! Dementors!” (Muka surat 23, perenggan 1,

baris 6)

Dementors di sini merupakan sejenis makhluk yang digambarkan setinggi manusia dewasa,

tanpa mata, berwajah mengerikan, memakai sarung dan kedua belah tangannya berwarna

hijau. Tugas beliau adalah menyedut segala kegembiraan dan meninggalkan kesedihan dalam

23

Page 24: TRANSLATION (HARRY POTTER)

diri manusia. Perkataan Dementors hanya wujud dan direka oleh penulis novel ini untuk

melambangkan genre sihir tersebut.

Contoh seterusnya:

Contoh 2

Bahasa Inggeris: “You’re-you’re a witch?” (Muka surat 19, perenggan 2, baris 10)

Bahasa Melayu: “Puan…puan perempuan sihir juga?” (Muka surat 23, perenggan 2,

baris 14)

Witch di dalam teks sumber diterjemahkan kepada perempuan sihir merujuk kepada jantina

ahli sihir tersebut. Di dalam konteks sihir, perempuan sihir dan lelaki sihir tidak

menggunakan gelaran yang sama bagi penggunaa kata Bahasa Inggeris.

Walaubagaimanapun, terdapat contoh-contoh perkataan yang digunakan mempunyai bentuk

dan genre yang berbeza serta makna yang berlainan. Contohnya:

Contoh 3

Bahasa Inggeris: “I’m Squib as Mundungus knows full well” (Muka surat 19,

perenggan 2, baris kesebelas)

Bahasa Melayu: “Aku Squib dan Mundungus tahu betul tu” (Muka surat 23,

perenggan 3, baris15)

Squib di sini bukanlah bermaksud mercun atau petasan tetapi merupakan gelaran bagi

seseorang yang dilahirkan dalam keluarga ahli sihir tetapi tidak mempunyai sebarang kuasa

24

Page 25: TRANSLATION (HARRY POTTER)

magis. Di dalam novel ini, Puan Figg digambarkan sebagai seorang Squib di dalam dunia

sihir.

Contoh yang sama turut terdapat pada:

Contoh 4

Bahasa Inggeris: “Keep your wand out!” (Muka surat 20, perenggan 6, baris 19)

Bahasa Melayu: “Keluarkan tongkat kamu!” (Muka surta 24, perenggan 6, baris 23)

Wand merupakan istilah bagi tongkat sakti di dalam ilmu magis. Tongkat di sini tidak dilihat

sebagai tongkat yang digunakan untuk membantu perjalanan bagi orang yang kurang

berkemampuan menampung fizikal.

Contoh 5

Bahasa Inggeris: “…performed the Patronus Charm…” (Muka surat 25, perenggan

2, baris 11)

Bahasa Melayu: “…menggunakan Sihir Patronus…” (Muka surat 30, perenggan 2,

baris 10)

Istilah Patronus Charm merujuk kepada penggunaan sihir khas yang diperlihatkan di dalam

novel ini. Perkataan charm dalam teks sumber tidak merujuk kepada daya penarik atau sifat

menawan tetapi membawa maksud kuasa magis.

Contoh 6

25

Page 26: TRANSLATION (HARRY POTTER)

Bahasa Inggeris: “Improper Use of Magic Office, Ministry of Magic” (Muka surat

25, perenggan 6, baris 28 dan 29)

Bahasa Melayu: “Pejabat Penyalahgunaan Kuasa Ajaib, Kementerian Sihir” (Muka

surat 30, perenggan 5, baris 27-28)

Di sini, istilah Magic Office dan Ministry of Magic ditukar terjemahan kepada Kuasa Ajaib

dan Kementerian Sihir bagi mengekalkan genre teks sumber berkenaan kuasa sihir dan ilmu

magis. Keseluruhan organisasi dilambangkan sebagai organisasi sihir bagi menguatkan lagi

nilai estetik yang disampaikan oleh penulis.

26

Page 27: TRANSLATION (HARRY POTTER)

4. Kesukaran Menterjemah

Berdasarkan terjemahan daripada Bab 2 : “Kawanan Burung Hantu” iaitu daripada novel

edisi Bahasa Melayu bertajuk Harry Potter Dalam Kumpulan Phoenix, dan “A Peck Of

Owls” iaitu daripada novel edisi Bahasa Inggeris bertajuk Harry Potter and the Order of

the Phoenix, kami mendapati bahawa terdapat beberapa kesukaran untuk menterjemah teks

sumber tersebut.

Novel ini menceritakan tentang kehidupan sekumpulan remaja yang mempelajari ilmu sihir

di sekolah sihir Hogwarts. Oleh itu, beberapa perkataan sihir di dalam novel ini perlu

dikekalkan dalam Bahasa Inggeris kerana ianya dicipta sendiri oleh penulis asal novel ini.

Contoh 1

Bahasa Inggeris: “I’m a Squib, as Mundungus knows full well, so how on earth was

I supposed to help you fight off Dementors? He left you

completely without cover when I’d warned him...” (Muka surat 19,

perenggan ketiga)

Bahasa Melayu: “Aku Squib, Mundungus tahu betul tu, jadi macam mana aku nak

tolong kamu lawan Dementor tadi? Dia tinggalkan kamu begitu

sahaja tanpa perlindungan sedangkan aku dah beri amaran…”

(Muka surat 23, Pperenggan ketiga)

Contoh 2

Bahasa Inggeris: “Dear Mr Potter, we have received intelligence that you performed

the Patronus Charm at twenty-three minutes past nine this evening

in a Muggle-inhabited area and in the presence of a Muggle.

(Muka surat 25, baris 9 – 13)

27

Page 28: TRANSLATION (HARRY POTTER)

Bahasa Melayu: “Ke hadapan Encik Potter, kami telah mendapat maklumat bahawa

kamu telah menggunakan Sihir Patronus pada pukul sembilan dua

puluh tiga minit malam tadi di kawasan kediaman Muggle dan di

depan seorang Muggle...” (Muka surat 30, baris 7 – 11)

Selain daripada itu, kesukaran menterjemah dapat dikesan apabila penterjemah tidak faham

akan jalan cerita yang sebenar dan secara tidak langsung ianya akan menimbulkan kekeliruan

kepada pembaca. Sebagai contoh :

Contoh 3

Bahasa Inggeris: “What did he do to you, Diddy?” Aunt Petunia said in a quavering

voice, now sponging sick from the front of Dudley’s leather jacket.

“Was it… was it you-know-what, darling? Did he use… his

thing?” (Muka surat 24, baris 24)

Bahasa Melayu: “Apa yang dah kamu buat pada Diddy,” suara Mak Cik Petunianya

bergetar ketika perempuan itu membersihkan muntah dari jaket kulit

anaknya. “Kamu.. kamu guna… apa benda tu, sayang? Kamu

guna… benda tu, kan?” (Muka surat 29, baris 21)

28

Page 29: TRANSLATION (HARRY POTTER)

D. KESIMPULAN

Berdasarkan pengalaman kami membuat perbincangan, analisis dan rujukan terhadap

kedua-dua teks sumber dan teks asal, kami dapati sememangnya tugas sebagai seorang

penterjemah merupakan tugas yang amat berat dan sukar. Ini kerana, mesej, genre, bentuk

dan pemilihan perkataan perlu diambil kira dalam setiap proses terjemahan. Penterjemah

perlu fokus dalam melakukan terjemahan kebahasa sasaran agar tidak lari dari konteks

sebenar teks sumber serta perlu melakukan penyesuaian menurut adat dan budaya.

Seterusnya, kami juga menilai dan melihat dari sudut kaedah, perkataan, genre,

bentuk dan kesukaran dalam melaksanakan analisis serta perlu berpandukan rujukan yang

kukuh dan juga khidmat nasihat pensyarah kami. Kami berasa cukup bertuah dapat

mendalami sesebuah karya penulis dan keupayaan penterjemah yang amat mengagumkan.

Walaupun terdapat sedikit kesukaran serta salah faham terhadap makna terjemahan yang

ingin disampaikan, kami melihat ini sebagai batu loncatan untuk terus bersedia dan berusaha

untuk melakukan analisa-analisa yang lebih padu dan jitu.

Akhir sekali, kami berharap supaya tugasan menganalisis teks sumber dan teks

terjemahan ini dapat memberikan kami inspirasi dalam menilai penulisan seseorang kerana ia

bukanlah suatu kerja yang boleh dipandang enteng dan dibuat secara sambil lewa. Terima

kasih kepada pensyarah serta rakan-rakan yang terus memberikan tunjuk ajar. Kami turut

berharap analisa kami ini dapat dijadikan rujukan ramai untuk lebih memahami teks sumber

dan teks terjemahan novel Harry Potter ini.

29

Page 30: TRANSLATION (HARRY POTTER)

E. RUJUKAN

1. Hawkins, Joyce. M. (2008). Kamus Dwibahasa Oxford Fajar Edisi Kelima. Shah

Alam, SELANGOR: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

2. Imtihani, N. (2010, Februari 1). Genre Analysis in the Frame of Systemic Functional

Linguistic. Humaniora. Universitas Gajah Mada, Yogyakarta. Vol.22, pp 86.

3. Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. (2005). Kawanan Burung Hantu. Dalam Harry Potter

dalam Kumpulan Phoenix. Johor Bahru, JOHOR: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. pp.

23-33.

4. Rowling, J. K. (2003). A Peck of Owls. In Harry Potter and the Order of the Phoenix.

Great Britain, LONDON: Bloomsbury Publishing. pp. 19-28.

30

Page 31: TRANSLATION (HARRY POTTER)

F. LAMPIRAN

31