Topik 8 Undang Undang Keterangan Islam

Embed Size (px)

DESCRIPTION

s

Citation preview

  • 5/24/2018 Topik 8 Undang Undang Keterangan Islam

    1/32

    TT

    PENGENALAN

    Topik ini akan membincangkan berkaitan dengan undang-undang keteranganIslam. Kita akan mulakan perbincangan dengan mendefinisikan apakah yangdikatakan undang-undang keterangan Islam. Topik ini juga akan menjelaskanpelbagai bentuk keterangan yang ada dalam undang-undang keterangan Islam

    yang antara lain meliputi keterangan lisan, keterangan bertulis, keteranganberdasarkan situasi, keterangan hakiki dan sebagainya.

    ooppiikk Undang-undangKeteranganIslam

    88

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menerangkan definisi tentang undang-undang keterangan Islam;

    2. Menjelaskan matlamat undang-undang keterangan Islam sertahikmah dan kepentingannya;

    3. Menjelaskan peranan hakim dalam memberi penghakimanberdasarkan keterangan-keterangan yang dibawa ke mahkamah; dan

    4. Menghuraikan pelbagai kategori atau jenis undang-undangketerangan Islam dan pendapat fuqaha berkenaan dengannya.

    HASIL PEMBELAJARAN

  • 5/24/2018 Topik 8 Undang Undang Keterangan Islam

    2/32

    TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM 189

    AKTIVITI 8.1

    1. Huraikan mengapakah keterangan dan pembuktian sangatpenting dalam mana-mana pertuduhan yang dibawa kemahkamah.

    2. Bincangkan dengan rakan anda apakah proses keterangan danpembuktian yang berlaku di mahkamah Malaysia hari ini adil,telus dan saksama berdasarkan pengamatan anda.

    3. Jelaskan mengikut pemahaman anda, ciri-ciri penting yangsepatutnya ada dalam proses keterangan dan pembuktian.

    ISLAM DAN UNDANG-UNDANGKETERANGAN

    8.1

    Bagi membuktikan sesuatu pertuduhan yang dikenakan oleh seseorang ke atasseseorang yang lain, maka Islam mewajibkan pihak-pihak yang terlibat untukmengemukakan bukti-bukti ke mahkamah. Hakim pula hendaklah melihat setiappembuktian dan keterangan yang dikemukakan oleh penuduh dan yang kenatuduh. Keterangan memainkan peranan yang amat penting dalam menentukansesuatu keputusan yang bakal dibuat oleh seorang hakim.

    Oleh itu, keterangan yang tidak lengkap, sudah pasti akan mencacatkan sesuatukes. Lebih malang lagi, keterangan yang tidak sempurna akan menyebabkanpenghakiman yang silap dan tidak adil. Keadilan merupakan teras utama dalammana-mana penghakiman yang baik. Oleh itu, penghakiman yang baik, mestilahdidahului oleh keterangan dan pembuktian yang tepat. Berhubung dengankonsep keadilan ini, Allah S.W.T telah berfirman:

  • 5/24/2018 Topik 8 Undang Undang Keterangan Islam

    3/32

    TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM190

    Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yangbenar-benar menegakkan keadilan, menjadi saksi kerana Allah, biarpunterhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika dia kaya

    ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatan. Maka janganlah kamumengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jikakamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, makasesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamukerjakan. (al-Nisaa 4:135)

    Dalam hadis, Nabi s.a.w telah bersabda:

    .

    Bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang sebelum kalian musnah tidak lainkerana mengenakan hukuman hudud ke atas orang yang miskin danmengecualikan orang yang mulia. Demi jiwaku yang berada di tangan-Nya,seandainya Fatimah binti Muhammad, yakni anak baginda sendiri, melakukankesalahan sedemikian (mencuri), pasti akan ku potong tangannya jua". (HRBukhari)

    Oleh itu dalam proses penghakiman, undang-undang keterangan danpembuktian adalah penting. Keadilan tidak dapat ditegakkan, hukuman yangtepat tidak dapat diberikan tanpa adanya keterangan dan pembuktian yang kuat

    dan menyeluruh. Keterangan adalah asas kepada kelicinan perbicaraan. AllahS.W.T telah memerintah agar kita menegakkan keadilan seperti yang dituntut.

    Seperti yang dimaklumi, keadilan Islam ini hanya akan dapat ditegakkan denganadanya keterangan yang jelas dan sempurna. Ini kerana keterangan dalamperbicaraan adalah penting dan merupakan ibadat kepada Allah S.W.T, makaIslam menganggap bahawa orang yang mengemukakan bukti dan memberi

  • 5/24/2018 Topik 8 Undang Undang Keterangan Islam

    4/32

    TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM 191

    keterangan bererti dianya menjadi saksi kepada Allah S.W.T yang Maha Melihatdan Maha Mengetahui dan juga menjadi saksi kepada mahkamah tanpa mengira

    sama ada dianya dipanggil oleh yang mendakwa atau yang didakwa.

    Ini bermakna seorang saksi memberikan keterangan untuk mendapat keredaanAllah S.W.T, dan tidak sekali-kali terikat dengan kepentingan orang yangmemanggilnya. Menurut Islam, memberikan keterangan di mahkamah berertitaat dan patuh kepada Allah S.W.T dan tanda takwa dan tunduk kepada-Nya.(Yaacob, 1995)

    8.1.1 Kepentingan Undang-undang Keterangan

    Dalam proses penghakiman, bukti merupakan sesuatu yang amat penting. Ianyabertujuan untuk memastikan sesuatu pendakwaan dapat dihakimi dengan adillagi saksama. Tanpa bukti, keadilan tidak dapat ditegakkan walau sebaik manasekalipun undang-undang tersebut. Dalam hal ini, Allah telah berfirman yangberbunyi:

    Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamuseorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan)kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkarayang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya), sehinggamenjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (al-Hujurat 49:6)

    Oleh itu, apabila terdapat pendakwaan yang dikemukakan oleh seseorang kemahkamah, maka mahkamah akan menetapkan tarikh untuk perbicaraan supayaketerangan dapat diberikan. Mahkamah biasanya akan bertanya apakah bentukketerangan yang akan digunakan oleh pihak-pihak terbabit. Ini bertujuan memastikan

    tempoh masa yang sesuai akan diperuntukkan oleh mahkamah bagi mendengarketerangan tersebut. Biasanya bentuk-bentuk keterangan yang hendak diberikan olehpihak-pihak terbabit hendaklah mematuhi apa yang diperuntukkan dalam undang-undang keterangan Islam dan juga undang-undang acara. (Buang, 2007)

    Sebelum kita melangkah lebih jauh lagi dalam membincangkan pelbagai aspekdalam perbahasan undang-undang keterangan Islam, ada baiknya untuk kita

  • 5/24/2018 Topik 8 Undang Undang Keterangan Islam

    5/32

    TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM192

    mulakan perbincangan kita ini dengan mendefinisikan apakah yang dikatakandengan "keterangan"mengikut perspektif Islam. Seperti yang kita telah nyatakan

    sebelum ini, keterangan dalam sesuatu perbicaraan adalah teramat penting.Tanpa keterangan, maka hukuman tidak dapat dilaksanakan dengan adil dansaksama. Dalam undang-undang keterangan Islam, perkataan keterangan seringkali disebut dengan istilah bayyinah.

    8.1.2 Pengertian Keterangan (Bayyinah) MengikutPendapat Fuqaha

    Dari segi bahasa bayyinahbermakna jelas, terang dan nyata. Sehubungan denganini, Ibn Qayyim al-Jawziyyah telah menyebut dalam kitabnya al-Turuq al-

    Hukmiyyah seperti berikut:

    "Dalam undang-undang Islam, keterangan dikenali sebagai al-bayyinah yangbermaksud sesuatu yang menjelaskan atau menerangkan sesuatu hak,tanggungan atau kepentingan". (al-Jawziyyah 1995)

    Dalam al-Quran, Allah S.W.T kerap kali menyebut perkataan bayyinah.Antaranya firman Allah:

    Maksudnya: Nabi Nuh berkata: Wahai kaumku! Jika keadaanku berdasarkanbukti yang nyata daripada Tuhanku, serta Ia mengurniakan pangkat Nabikepadaku dari sisi-Nya, kemudian bukti yang nyata itu menjadi kabur padapandangan kamu (disebabkan keingkaran kamu yang telah sebati), makaadakah kamu nampak ada gunanya Kami memaksa kamu menerima bukti itusedang kamu tidak suka kepadanya. (Hud 11:28)

  • 5/24/2018 Topik 8 Undang Undang Keterangan Islam

    6/32

    TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM 193

    Dalam ayat yang lain, Allah berfirman:

    Maksudnya: Katakanlah wahai Muhammad: "Sesungguhnya aku tetap beradadi atas (kebenaran yang berdasarkan) bukti-bukti yang nyata (al-Quran) dariTuhanku; sedang kamu mendustakannya. Tidak ada padaku apa yang kamuminta disegerakan (daripada azab seksa); hanya Allah jualah yang menetapkan

    hukum; Dialah yang menerangkan kebenaran, dan Dialah sebaik-baik yangmemberi keputusan. (al-Anam 6:57)

    Berdasarkan ayat yang telah disebutkan di atas, perkataan bayyinah dalam al-Quran juga membawa makna bukti atau keterangan yang nyata. Walaubagaimanapun seperti yang dinyatakan oleh Ahmad Fathi Bahnasi bahawaperkataan bayyinah mengikut makna yang digambarkan oleh al-Quran danhadis dan ucapan para sahabat memberi makna yang umum kepada setiapperkara yang boleh menjelaskan sesuatu yang benar. Oleh itu tambahnya,perkataan bayyinah yang disebut dalam al-Quran, hadis dan ucapan sahabatlebih umum jika dibandingkan dengan makna bayyinah mengikut pengertian

    ulama hukum, di mana perkataan ini dikhususkan kepada penyaksian dansumpah. (Bahnasi, 1989)

    Mengikut sarjana hukum moden, Prof. Dr. Mahmud Saedon, istilah bayyinahdalam undang-undang keterangan Islam merujuk kepada nama bagi setiapsesuatu yang menjelaskan atau menerangkan sesuatu yang hak atau kepentingan.Oleh yang demikian, beliau berpendapat, sesiapa yang mengkhususkannyakepada kesaksian dua orang saksi atau empat atau seorang saksi lelaki, berertitelah tidak menepati pengertian yang sebenar. (A.Othman, 1990)

    Abu Mazaya al-Hafiz telah menyebut dalam kitabnya fiqh jenayah Islam sepertiberikut: "Al-bayyinahatau keterangan ini bukan semata-mata keterangan saksi,

    tetapi merujuk kepada bentuk keterangan yang luas yang merangkumi segalabentuk usaha untuk menunjukkan, menerangkan atau membuktikan sesuatukedudukan, hak, kepentingan atau fakta di dalam mahkamah. Ini bermaknasemua keterangan yang diterima pakai oleh Islam termasuk iqrar ataupengakuan, sumpah, penyaksian, qarinah dan lain-lain boleh digunakan didalam mahkamah". (Al-Hafiz, 2004)

  • 5/24/2018 Topik 8 Undang Undang Keterangan Islam

    7/32

    TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM194

    Oleh itu, berdasarkan prinsip am dalam undang-undang keterangan, semua faktayang relevan secara prima facie boleh diterima masuk oleh mahkamah sebagai

    keterangan. Pihak-pihak yan bertikai akan mengemukakan seberapa banyakketerangan di mahkamah untuk mewujudkan kes mereka. (Mohd Yusuf, 2003)

    Prof. Dr. Ahmad Hidayat Buang dalam tulisannya telah menyebut bahawa secaraumumnya terdapat dua bentuk keterangan: secara dokumen dan lisan. Dokumenrasmi seperti sijil kelahiran, kematian dan seumpamanya adalah secara primafacie satu bentuk keterangan yang diterima tanpa perlu dibuktikan. Bentuk-bentuk lain keterangan dokumen perlu dibuktikan atau disokong. Afidavit jugaperlu disokong dengan keterangan lain terutama keterangan lisan atau saksi.(Buang 2007)

    8.1.3 Perbezaan antara Bayyinah dan Syahadah

    Sarjana hukum yang terkenal almarhum Tan Sri Prof. Dr. Ahmad Ibrahim telahmenjelaskan dalam tulisannya berkenaan dengan perbezaan antara bayyinahdansyahadah. Beliau menyebut dalam tulisannya seperti berikut:

    "Such are then the views of the ulama about bayyinah and syahadah, there aresome who say that both are the same although their names are not the same,there are some who say that bayyinah is broader and includes syahadah and theknowledge of the qadi. This means that all the kinds of proof are bayyinnah,including iqrar, syahadah, syahadah ala syahadah, syahadah bi al-tasamu,

    khabar mutawatir, khabah istifadah, khabar ahad, yamin, nukul al-yamin, yaminal-mardudah, al-qiyafah, al-kitabah, al-qarinah, rayu al-khabir, al-firasah, al-qasamah and al-lian". (Ibrahim 2000)

    Bermaksud: Demikianlah pendapat fuqaha tentang makna bayyinah dansyahadah. Sebahagian fuqaha berpendapat bahawa bayyinah dan syahadahmembawa makna yang sama, walaupun perkataannya berbeza. Manakalasebahagian yang lain berpendapat bahawa istilah bayyinah adalah lebih luas.Istilah bayyinah termasuklah juga syahadah dan ilmu yang ada bagi seorangqadi. Ini bermakna kesemua bukti terangkum dalam istilah bayyinahtermasuklah iqrar, syahadah, syahadah ala syahadah, syahadah bi al-tasamu,khabar mutawatir, khabah istifadah, khabar ahad, yamin, nukul al-yamin, yaminal-mardudah, al-qiyafah, al-kitabah, al-qarinah, rayu al-khabir, al-firasah, al-qasamah danal-lian.

  • 5/24/2018 Topik 8 Undang Undang Keterangan Islam

    8/32

    TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM 195

    Dalam hal ini, Haji Saleh Haji Ahmad misalnya telah menyebut dalam bukunyabahawa terdapat tiga pendapat fuqaha mengenai al-bayyinahmenurut istilah,:

    (a) Al-bayyinah bermaksud syahadah (kesaksian) dan syuhud (saksi-saksi).Disebabkan merekalah, maka ternyatalah hak yang didakwa, atau keranaghalib (biasanya) pada al-bayyinah itu adalah syahadah. Disebabkanberlakunya keterangan dengan kata-kata saksi, maka hilanglah kesamaran.Ini adalah pendapat jumhur fuqaha yang terdiri daripada Hanafiyyah,Malikiyyah, Syafiiyyah dan Hanabilah.

    (b) Al-bayyinah bermaksud nama bagi setiap sesuatu yang menerang danmenyatakan yang hak. Maka setiap dalil, hujah atau wasilah yang bolehmembuktikan hak-hak dan dizahirkan di hadapan hakim, maka iadianggap sebagai al-bayyinah. Takrif ini selari dengan makna al-bayyinahdari segi bahasa dan muradif (sama) dengan makna al-ithbat. Ini

    merupakan pendapat Ibn Farhun, Ibn Taymiyah, Ibn al-Qayyim, HasanSiddiq Khan dan lain-lain lagi.

    (c) Al-bayyinah merangkumi saksi-saksi dan maklumat hakim, kerana yangsebenarnya hak itu ternyata dengan kedua-dua ini sahaja. Ini pendapat IbnHazm. (Ahmad 2003)

    Jika kita amati, maka kita boleh menyimpulkan bahawa khilafatau perselisihanpendapat yang berlaku ini hanyalah dari aspek istilah sahaja. Tidak terdapatsebarang dalil ke atas setiap pendapat sama ada daripada al-kitab ataupun al-sunnah, maka perselisihan faham tidak perlu terbangkit dalam soal istilah.Namun begitu, adalah lebih afdal dan rajih sekiranya maksud al-bayyinah itu

    lebih umum daripada syahadahbila dilihat dari aspek bahasa dan amalannya.

    Justeru, al-bayyinah dengan pengertiaan yang umum adalah diterima pakaidalam keadaan ia terikat dengan syarat-syarat dan sifat-sifat yang dinaskan olehsyarak, seperti bilangan para saksi, sifat adil dan lelaki dalam kes-kes tertentu.Maka dalam aspek kesaksian, tidak harus diterima seorang saksi sahaja bagipembuktian kerana ini bertentangan dengan beberapa ayat al-Quran di manabilangan saksi telah ditentukan. Ini seperti firman Allah yang bermaksud:

    Dan hendaklah kamu mempersaksikan dengan dua orang yang adildari kalangan kamu, (Surah al-Talaq 65: 2)

    Peristiwa ini bukan sahaja untuk jaminan dan pemeliharan hak, bahkan ia bagitujuan pembuktian dan penghakiman.

    Begitu juga pembuktian dalam kehakiman Islam memainkan peranan pentingdalam menegakkan keadilan. Sebarang ketidaksempurnaan dalam pembuktianakan menyebabkan ketidaktepatan dalam menjatuhkan hukuman. Qadi akanbergantung sepenuhnya kepada pembuktian tanpa memandang kepada hak

  • 5/24/2018 Topik 8 Undang Undang Keterangan Islam

    9/32

    TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM196

    yang tidak dikemukakan di dalam mahkamah. Sehubungan dengan ini, perludiingatkan bagaimana bentuk pembuktian di dalam mahkamah, begitulah

    hukuman yang bakal diputuskan nanti. (Ahmad, 2003)

    Dalam hal ini, Nabi s.a.w bersabda:

    Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia. Jika kalian membawa kepada akukes masing-masing, boleh jadi salah seorang daripada kalian dapat membela diri

    dengan cara yang lebih meyakinkan berbanding yang lain sehingga aku memberikeputusan berdasarkan apa yang aku dengar. Sesiapa yang aku tersilap dalammemberi keputusan sehingga memberi kepadanya apa yang sebenarnya miliksaudaranya, maka janganlah mengambilnya kerana yang diambil itu hanyalahsebahagian daripada api neraka. (HR Muslim)

    .

    Berdasarkan hadis di atas, pembuktian dalam Islam adalah adalah sesuatu yangamat penting. Ianya bertujuan supaya seseorang hakim dapat memutuskan satukeputusan yang tepat dan tidak meninggalkan apa-apa perkara dalam syak ataukepada budi bicara hakim itu semata-mata.

    Pada masa yang sama, harus diingat bahawa pihak-pihak yang bertikai jugaperlu ikhlas dan tidak mengada-adakan cerita demi memenangkan kes masing-masing. Pembuktian perlu berdasarkan kebenaran dan bukti yang sebenar,bukan bukti yang direka cipta dan palsu.

    Lantaran itu, Rasulullah s.a.w berdasarkan hadis di atas telah bersabda kepadamereka yang telah memberikan tuntutan palsu bahawa mungkin sebahagiandaripada mereka lebih pandai berhujah berbanding dengan sebahagian yanglain. Walaupun begitu, ingat! Jika seseorang hakim memberikan keputusanmenyebelahi sesuatu pihak, kerana kepandaian berhujah yang ada padanya,sedangkan dia mengetahui bahawa pihak yang satu lagi adalah pihak yangbenar, bererti hakim tersebut telah memberinya cebisan api neraka! Oleh itu,

    janganlah dia menerimanya dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah.

  • 5/24/2018 Topik 8 Undang Undang Keterangan Islam

    10/32

    TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM 197

    SEMAK KENDIRI 8.1

    1. Huraikan mengikut pandangan anda bagaimanakah langkahterbaik bagi memastikan setiap pihak yang bertelagahmendapatkan keadilan yang sebaik-baiknya.

    2. Nyatakan apakah pandangan anda tentang perjalananmahkamah yang ada di negara kita sekarang. Adakah ia benar-benar memberi keadilan yang sejati kepada pihak-pihak yangbertelagah?

    3. Bincangkan dengan rakan sekelas anda mengapa Nabi s.a.wmenjelaskan bahawa sesiapa yang diberikan keputusan bagipihaknya, kerana kepandaian hujah dan kefasihan berkata-kata

    walaupun hujahnya palsu dan kata-katanya dusta, seolah-olehdiberikan kepadanya cebisan dari api neraka.

    CARA PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM (WASAILAL-ITHBAT)

    8.2

    Pembuktian atau dalam bahasa Arab disebut sebagai ithbat bermaksudmenegakkan hujah atau mengemukakan bukti. Sementara dalam istilahkehakiman ithbat dimaksudkan sebagai "mengemukakan bukti kepadamahkamah melalui cara-cara yang ditentukan oleh syarak, ke atas sesuatu hak,peristiwa atau kes, yang akan berlaku ke atasnya kesan-kesan hukum syarak".

    Berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh fuqaha, terdapat pelbagai carauntuk membuktikan sesuatu pertuduhan yang dikemukan oleh seseorangkepada mahkamah. Biasanya setelah sesuatu keterangan diterima masuk kedalam mahkamah, maka hakim yang mengadili sesuatu kes tersebut harusmenentukan apakah nilai yang boleh diberikan kepada keterangan yangdikemukakan oleh saksi berkenaan. Nilai sesuatu keterangan itu bergantungkepada hakim untuk menentukan berdasarkan kepada kebenaran,kebolehpercayaan dan keyakinan kepada keterangan berkenaan. Dalam

    perbincangan ini, kita akan memperkatakan bentuk-bentuk keterangan danpembuktian dalam undang-undang keterangan Islam atau biasanya disebutsebagai wasail al-ithbat.

    Dalam sesuatu kes tuntutan yang dibuat oleh orang yang menuntut dimahkamah, hakim hendaklah memintanya menyatakan dengan jelas tentangtuntutannya terhadap orang yang kena tuntut. Kemudian hakim mengemukakan

  • 5/24/2018 Topik 8 Undang Undang Keterangan Islam

    11/32

    TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM198

    tuntutan itu kepada orang yang kena tuntut untuk mendapatkan jawapannya.Sekiranya orang yang kena tuntut berikrar yakni mengaku atas segala tuntutan,

    maka sabitlah hukuman ke atasnya. Jika sekiranya beliau ingkar di atas segaladakwaan itu, hakim bolehlah meminta pihak yang menuntut mengemukakansegala keterangan untuk menyokong dakwaan tersebut. (Abdullah, 1998)

    Berdasarkan pandangan fuqaha Islam, antara cara-cara yang penting dalamproses keterangan dan pembuktian dalam Islam adalah pembuktian melaluiketerangan saksi atau yang disebut sebagai syahadah, pengakuan atau yangdisebut sebagai iqrardaripada yang tertuduh, sumpah atau disebut sebagai al-yamin.

    8.2.1 Kesaksian atau Syahadah

    Bagi membuktikan dakwaan yang diangkat ke mahkamah dapat disempurnakan,maka pelbagai cara perlu digunakan. Di sini kita akan mulakan dengan huraianringkas berkenaan dengan kesaksian atau syahadah.

    Syahadah atau kesaksian dari segi bahasanya bermaksud hadir atau naik saksi.Dari segi istilah syahadah bermaksud satu perkhabaran yang benar yangdiberikan dalam majlis kehakiman dengan menggunakan lafaz "asyhadu" atauaku naik saksi untuk mensabitkan hak, atau kepentingan bagi orang lain.Manakala Akta Keterangan Mahkamah Syariah Wilayah Perseketuan 1997mentakrifkan syahadah sebagai apa-apa keterangan yang diberikan di

    mahkamah dengan menggunakan lafaz asyhaduuntuk membuktikan suatu hakdan kepentingan. (Abas, 2007).

    Ada ulama yang berpendapat kesaksian berasal daripada persaksian yangbermakna kepastian. Ada juga yang mengatakan kesaksian bermakna kehadiran.Ada juga ulama yang memberikan pengertian kesaksian sebagai pengetahuan.Ini kerana kesaksian itu diambil daripada perkataan memberitahu. (Anwarullah1999).

    Ulama telah mentakrifkan kesaksian dari segi istilah dengan pelbagai takrifan.Dalam mendefinisikan makna kesaksian atau syahadah, Prof. Dr. MahmudSaedon A. Othman telah menyebut pelbagai takrifan fuqaha. Misalnya menurutIbn Human, seorang ulama mazhab Hanafi, kesaksian ialah pemberitahuan yangbersifat benar untuk mensabitkan sesuatu atau kepentingan denganmenggunakan lafaz kesaksian dalam majlis kehakiman.

  • 5/24/2018 Topik 8 Undang Undang Keterangan Islam

    12/32

    TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM 199

    Menurut Sheikh Shihabuddin, seorang ulama mazhab Shafie, kesaksian ialahpemberitahuan tentang sesuatu hak atau kepentingan bagi orang lain dengan

    menggunakan lafaz seperti katanya "aku naik saksi".

    Menurut Abdul Salam Madkur, kesaksian ialah pemberitahuan yang benar-benardi majlis kehakiman dengan menggunakan lafaz kesaksian mensabitkan hak ataukepentingan ke atas orang lain. (A. Othman, 1990)

    Berhubung dengan syarat-syarat saksi, para ulama telah menetapkan beberapasyarat yang perlu ada, iaitu:

    (a) Saksi tersebut hendaklah seorang yang mukallaf Muslim dan merdekaIaitu orang yang berakal dan telah dewasa mengikut perhitungan syarak.

    Oleh itu orang yang tidak mukallaf seperti kanak-kanak dan orang gilatidak layak untuk menjadi saksi. Muslim dan merdeka juga antara syaratyang perlu ada bagi seorang saksi. Walaupun begitu, ada riwayat yangmenyatakan bahawa Imam Abu Hanifah tidak mensyaratkan saksi itu mestiseorang yang Muslim. (Bahnasi. 1989)

    (b) Saksi hendaklah seorang yang bermaruahOrang-orang yang sah dan boleh diterima menjadi saksi dalam sesuatu kesialah mereka yang mempunyai maruah dan sentiasa menjaga kehormatandiri sendiri. Ini kerana saksi itu penting untuk membuktikan sesuatupertuduhan. Oleh yang demikian, bagaimana boleh kita menerimapenyaksian daripada seseorang yang tidak mempunyai maruah dan harga

    diri.

    (c) Saksi hendaklah seorang yang adilSeandainya saksi seorang yang tidak adil dan suka bertindakmembelakangkan keadilan, maka penyaksiannya tidak mempunyai nilaidan harga. Bahnasi menyebut dalam kitabnya Nazariyyahal-Ithbatbahawayang dimaksudkan dengan fasid ialah sesiapa yang keluar daripadaketaatan Allah dengan mengerjakan larangan-larangan-Nya dan menegahorang lain daripada melakukan suruhan-suruhan-Nya. (Bahnasi. 1989)

    (d) Saksi hendaklah seorang yang tidak ada tohmahan ke atas dirinyaTidak sah dan tidak boleh diterima penyaksian orang yang ada tohmahantidak baik ke atas diri orang yang akan menjadi saksi itu. Misalnya, saksitersebut akan diberi wang atau sebagainya jika dia bersetuju untuk menjadisaksi, atau dia akan dilepaskan daripada hutang dan sebagainya.

  • 5/24/2018 Topik 8 Undang Undang Keterangan Islam

    13/32

    TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM200

    (e) Saksi hendaklah seorang yang tidak menjadi musuh terhadap orang yangdidakwaOleh itu jika saksi tersebut memang terbukti telah bermusuh dengan orangyang didakwa, maka tidak diterima kesaksiannya kerana wujudnya unsur-unsur kebencian sebelum daripada penyaksian tersebut. (Ibrahim, 1996)

    Dalam hal ini, pembuktian kesalahan berdasarkan kesaksian atau syahadahdalam Islam terbahagi kepada berbagai bentuk kesalahan, dan setiap bentukkesalahan terdapat bilangan saksi khusus yang diperlukan.

    (a) Keterangan Empat Orang SaksiSemua mazhab dalam Islam telah berittifaq (bersepakat) bahawa bilangansaksi dalam kes-kes yang melibatkan qazaf dan zina mesti empat orang

    lelaki. Ini ditegaskan dalam al-Quran seperti ayat-ayat berikut:

    Maksudnya: Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepadaperempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidakmembawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kalisebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka ituselama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.(al-Nur 24: 4)

    (b) Tiga Orang SaksiImam Ahmad bin Hanbal berpendapat bahawa mereka yang dianggapsebagai orang yang kaya mendakwa dirinya sebagai orang miskin, tidakditerima dakwaannya melainkan dibuktikan dengan tiga orang saksi.

    (c) Dua Orang Saksi Lelaki atau Seorang Lelaki dan Dua Orang WanitaIttifaq semua mazhab menerima keterangan daripada mereka ini dalamkes-kes melibatkan harta. Mazhab Hanafi turut menerima kesaksian ini(seorang lelaki dan dua orang wanita) dalam semua perkara sivil termasuknikah dan cerai, tetapi tidak menerima kesaksian ini dalam perkara yangberkaitan dengan hak-hak Allah (jenayah hudud). Sementara mazhab

  • 5/24/2018 Topik 8 Undang Undang Keterangan Islam

    14/32

    TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM 201

    Zahiri pula menerima kesaksian jenis ini bagi semua kes yang berkaitanmanusia dan juga hudud kecuali zina. (Mustafa, 1988)

    Dalam hal ini, Allah berfirman:

    Maksudnya: Dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelakidari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki,maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orangyang kamu setuju menjadi saksi.(al-Baqarah 2: 282)

    (d) Kesaksian Seorang Lelaki dan Sumpah PendakwaJumhur fuqaha menerima keterangan ini pada perkara yang berhubungdengan harta seperti jual beli, sewa menyewa dan sebagainya. Kesaksianjenis ini tidak diterima dalam mazhab Hanafi. Imam Malik, Shafie danAhmad Ibn Hanbal menerimanya berdasarkan sebuah hadis yangbermaksud: "Rasulullah s.a.w telah menentukan hukuman berdasarkankepada seorang saksi dan sumpah daripada orang yang mendakwa". (HRAbu Daud)

    (e) Kesaksian Wanita SahajaUlama bersependapat keterangan ini diterima bagi kes-kes yang adakebiasaannya tidak dapat dilihat oleh lelaki. Walaupun demikian, merekaberbeza pendapat tentang bilangan saksi wanita ini sama ada satu, dua, tigaatau empat orang wanita. Imam Malik dan satu pendapat daripada Ahmadbin Hanbal berpendapat, boleh diterima keterangan saksi dua orang wanitabersama sumpah pendakwa dalam kes mal (harta).

    (f) Kesaksian Seorang LelakiIbn al-Qayyim sahaja yamg menerima keterangan seorang lelaki yangdikenali dengan adilnya pada kes-kes selain hudud, kerana beliauberpegang dengan prinsip apa sahaja yang menjelas dan menerangkan hak,maka ia adalah bayyinah.(Ahmad, 2003)

  • 5/24/2018 Topik 8 Undang Undang Keterangan Islam

    15/32

    TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM202

    8.2.2 Iqrar iaitu Pengakuan yang Kena Dakwa

    Al-Iqrar lahir daripada perkataan qaraa dan sabata, yang secara bahasabermaksud menstabilkan atau menyesuaikan sesuatu yang berubah-ubah antarapengakuan dan penafian. Dari segi istilah pula, ulama daripada pelbagai mazhabmemberi takrifan mengikut versi mereka sendiri seperti berikut:

    (a) Mazhab HanafiPemberitahuan atau pengakuan hak orang lain ke atas diri sendiri. Ataupemberitahuan tentang pensabitan sesuatu hak atau kepentingan (Thubutal-Haq) untuk kepentingan orang lain ke atas diri orang yang menuntutpengakuan melalui lafaz yang tertentu. Atau pemberitahuan seseorangtentang sesuatu hak yang dikenakan atas dirinya untuk orang lain Atau

    kenyataan seseorang tentang sesuatu hak orang lain ke atasnya yang dibuatsecara lisan, tulisan atau syarat dan yang dibuat oleh mana-mana orang dandalam mana-mana keadaan yang disebutkan. (A. Othman, 1990)

    Secara amnya, al-Iqrardalam mazhab Hanafi ditakrifkan sebagai memberitestimoni ke atas diri sendiri sebagai bukti kebenaran untuk menyangkalkenyataan yang dibuat oleh orang lain terhadap dirinya. Namun, ulama-ulama mazhab Hanafi zaman kini pula mentakrifkan sebagai pengakuanhak orang lain ke atas diri seseorang walaupun hak itu untuk masa yangakan datang. (Shah Haneef, 2003)

    (b) Mazhab SyafieMengikut mazhab Syafie, iqrar bererti pemberitahuan sesuatu hak yangsabit ke atas orang yang memberitahu. Atau pemberitahuan oleh seseorangtentang sesuatu hak ke atas dirinya. Atau iqrar juga ditakrifkan sebagaiiktiraf. Dengan kata lain al-Iqrar ditakrifkan oleh mazhab ini sebagaipengakuan dan penghindaran penafian. Dengan terma yang lebihkomprehensif, ia ditakrifkan sebagai memberi testimoni berhubung denganhak atau tuntutan terhadap orang memberi keterangan (saksi), dan inidikenali sebagai pengakuan. (A. Othman, 1990)

    (c) Mazhab MalikiMenurut Mazhab Maliki, iqrar ditakrifkan sebagai memberi penerangan,

    yang isi kandungannya mengikat orang yang memberi keterangan atauwakilnya hanya dengan mengucapkan penerangan itu. (Al-Samrut, 2007)

    (d) Mazhab HanbaliMenurut mazhab ini pengakuan bermaksud sesuatu pengakuan ataupengakuan salah.

  • 5/24/2018 Topik 8 Undang Undang Keterangan Islam

    16/32

    TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM 203

    (e) Mazhab Syiah JafariahAl-Iqrar bagi mazhab ini pula merupakan pengakuan ke atas kewujudan

    hak sedia ada terhadap seseorang.

    Dalam hal ini, Sayyid Sabit beranggapan bahawa pengakuan ialah jenisketerangan yang terbaik. Ia juga dikenali sebagai Sayyid al-Adillah ataupenghulu kepada semua bukti-bukti. Imam al-Shafie pula beranggapan bahawakedudukannya sampai ke tahap kepastian dan bukannya hanya sekadarghalabaal-Zann.

    Imam al-Suyuti pula menyatakan bahawa pengakuan ialah bukti yang amatpenting kerana terdapat beberapa hak dan tuntutan yang tidak mudahdibuktikan kecuali melalui pengakuan, umpamanya dalam bunuh yang

    menggunakan ilmu hitam dan sebagainya.

    Oleh itu, berdasarkan pendapat fuqaha, pengakuan atau iqrarmempunyai nilaiketerangan yang tinggi, tetapi hakimlah yang perlu meneliti dan mengkaji untukmengesahkan iqrartersebut dalam menegakkan kebenaran. (Shah Haneef 2003)

    Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad bahawa seorang lelaki telah datang kepadaRasulullah s.a.w dan menyatakan bahawa dia telah berzina dengan seorangwanita. Baginda pun menghantar utusan kepada wanita tersebut untuk bertanyakepadanya tentang apa-apa yang diikrarkan oleh lelaki itu. Wanita tersebutmenafikannya, maka Rasulullah s.a.w tidak mengenakan hukuman ke ataswanita yang didakwanya melakukan zina bersamanya. (HR Ahmad dan Abu

    Daud)

    Dalam hal ini, Imam Abu Hanifah dan dan Imam Ahmad Ibn Hanbalberpendapat bahawa pengakuan (iqrar) seseorang yang mengaku telah berzinamisalnya hendaklah dibuat sebanyak empat kali. Bilangan ini adalah dikiaskandengan bilangan saksi yang disyaratkan dalam kes zina. Namun demikian, ImamMalik dan Imam al-Shafie berpendapat pengakuan (iqrar) seseorang yangmengaku telah berzina adalah memadai dengan sekali pengakuan sahaja, keranamereka berpendapat bahawa pengakuan itu adalah memberitahu bahawa diabenar-benar telah melakukan zina, di mana menurut Imam Malik dan al-Shafiepemberitahuan itu tidak semestinya berulang-ulang kali. (Ibrahim, 1996)

  • 5/24/2018 Topik 8 Undang Undang Keterangan Islam

    17/32

    TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM204

    AKTIVITI 8.2

    1. Huraikan apakah ciri-ciri penting untuk memastikan sesuatu iqraritu adalah benar dan tidak palsu.

    2. Nyatakan cara yang terbaik untuk memastikan bahawa seorangsaksi itu akan bercakap benar dalam penyaksiannya.

    3. Bincangkan dengan rakan sekelas anda apakah hukuman yangterdapat dalam undang-undang Malaysia apabila terbuktiseseorang saksi itu menipu dan berbohong dalam penyaksiannya.

    8.2.3 Al-Yamin atau Sumpah

    Al-Yamin dari segi bahasa bererti kanan atau pihak kanan. Ia juga bolehdiertikan sebagai sumpah. Ini kerana semasa bersumpah orang akanmenggunakan tangan kanan. Sumpah atau al-Yaminjuga terkenal dengan namaal-halaf, al-istihlafdan juga al-qasam, tapi katayamin lebih umum dan lebih luasdigunakan. (A. Rasyid, 1995).

    Dari segi istilah, sumpah ialah suatu perkataan yang disertakan dengannya namaAllah, digunakan untuk menyatakan kesungguhan atau disebut tahqiqterhadapsesuatu perkara yang tidak akan sabit tanpa bersumpah. Ini termasuklah perkarayang telah berlalu, atau yang akan datang.

    Dalam definisi yang lain pula, sumpah bererti menyatakan dengan penuhkesungguhan berhubung dengan perkara yang mungkin berlaku atau mungkintidak berlaku dan mengukuhkannya dengan menyebut nama Allah atau salahsatu sifat-sifat zat-Nya. (A.Othman, 1990)

    Sumpah ini boleh dilakukan di dalam mahkamah atau di luar mahkamah.Namun begitu, hanya sumpah yang dibuat di mahkamah di atas permintaanhakim sahaja yang boleh menjadi keterangan yang sah dalam mana-manapertuduhan.

    Pada umumnya, setiap sumpah perlu memenuhi syarat-syarat seperti berikut,iaitu:

    Orang yang membuat sumpah itu mestilah mukallaf iaitu siuman, baligh,tidak dipaksa dan tidak tidur

    Sumpah itu dibuat dengan niat bukan kerana gurauan atau tersilap sebut

    Sumpah dibuat di atas nama Allah S.W.T

  • 5/24/2018 Topik 8 Undang Undang Keterangan Islam

    18/32

    TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM 205

    Wajib ke atas orang didakwa yang menafikan tuntutan yang didakwa keatasnya, jika dia mengaku, maka tidak wajib sumpah ke atasnya

    Pendakwa meminta mahkamah mengeluarkan arahan supaya yang kenadakwa bersumpah, tetapi hakim juga boleh mengeluarkan arahan tanpapermintaan pendakwa

    Sumpah dilakukan sendiri iaitu tidak mewakilkan kepada orang lain (al-Hafiz, 2004)

    Hukum BersumpahPara fuqaha Islam telah membahaskan berkenaan dengan hukum bersumpah.Walaupun pada dasarnya sumpah diterima oleh syarak sebagai salah satu carapembuktian, sumpah boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu wajib,

    harus, makruh dan haram.

    (a) WajibSumpah yang wajib ialah sumpah untuk menjaga keselamatan manusia dansebagainya. Umpamanya seseorang yang telah dituduh membunuh,sedangkan tidak ada saksi yang terang untuk disabitkan, maka wajiblah diabersumpah.

    (b) HarusSumpah yang harus ialah sumpah untuk melakukan atau meninggalkansesuatu yang harus.Umpamanya bersumpah untuk makan makanan yang

    sedap. Oleh kerana makan sedap itu harus, maka bersumpah kerananyajuga harus.

    (c) MakruhSumpah yang makruh, ialah sumpah untuk mengerjakan sesuatu perkarayang makruh atau hendak meninggalkan perkara sunnah. Umpamanya,bersumpah tidak akan memberi sedekah. Oleh kerana perbuatan inimeninggalkan sunnah, maka bersumpah seperti itu adalah makruh.

    (d) HaramSumpah yang haram ialah sumpah yang dusta, atau sumpah untukmelakukan perkara yang haram.Umpamanya, dia bersumpah untukmensabitkan bahawa si-polan itu belum membayar hutang kepadanya,sedangkan si-polan itu telah pun membayarnya. Sumpah seperti ini adalahharam dan berdosa. (A. Othman, 1990)

  • 5/24/2018 Topik 8 Undang Undang Keterangan Islam

    19/32

    TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM206

    8.2.4 Nukul (Keengganan) yang Kena Dakwa

    BersumpahKeengganan bersumpah (al-nukul an al-yamin) bermaksud orang yang kenadakwa enggan bersumpah, sedangkan mengikut proses dia mesti melakukansumpah tersebut. Para ulama sependapat bahawa apabila yang mendakwa telahberjaya mengemukakan keterangan atas dakwaannya, maka hukumanhendaklah diberikan baginya kerana kejayaan keterangannya itu. Sebaliknya, jikayang mendakwa gagal untuk mengemukakan saksi atau keterangan, atauketerangannya lemah dan tidak menyakinkan hakim bagi memperkukuhkantuntutan itu, maka yang mendakwa bolehlah memohon supaya yang kenadakwa bersumpah.

    Namun jika yang kena dakwa enggan bersumpah, adakah sabit kesalahannyadan adakah hakim boleh menghukumnya? Dalam hal ini, ulama berselisihpendapat kepada tiga pendapat yang utama, iaitu:

    Golongan pertama berpendapat, tidak boleh dihukum ke atas yang kenadakwa semata-mata kerana dia enggan bersumpah, bahkan hendaklahdikembalikan sumpah itu kepada yang mendakwa. Ini adalah pendapatsebahagian besar sahabat seperti Umar al-Khattab, Ali Ibn Abi Talib, Miqdadbin Aswad, dan disetujui oleh Ibn Sirin, golongan Shafie, Maliki danmenurut salah satu riwayat Imam Ahmad juga menyetujuinya.

    Golongan kedua berpendapat, dihukum ke atas yang didakwa keranakeengganannya bersumpah, dan tidak dikembalikan sumpah kepada yangmendakwa. Pendapat ini dipersetujui oleh Saidina Usman, Syuraih, golonganHanafi dan salah satu daripada pendapat Imam Ahmad.

    Golongan ketiga berpendapat, tidak dihukum pihak yang didakwa keranasebab keengganannya bersumpah, dan tidak dikembalikan sumpah itu,bahkan hendaklah ditahan sehingga pihak yang didakwa mengaku ataubersumpah. Ini adalah pendapat Ibn Hazm al-Zahiri.

    Daripada ketiga-tiga golongan ini, pendapat pertama adalah pendapat jumhurulama. Pendapat ini lebih sesuai dengan prinsip keadilan kerana tidak wajar

    dijatuhkan hukuman ke atas seseorang yang didakwa semata-mata keranakegagalan yang mendakwa membuktikan kebenaran dakwaannya. Juga tidakwajar dijatuhkan hukuman hanya kerana keengganan yang kena dakwa untukbersumpah, sedangkan pada prinsip asal, yang menanggung beban pembuktianadalah pihak yang mendakwa. Keengganan bersumpah oleh yang didakwa tidaksemestinya menunjukkan dia bersalah, tetapi mungkin kerana dia ingin menjagamaruah dan kehormatannya. (A. Othman, 1990)

  • 5/24/2018 Topik 8 Undang Undang Keterangan Islam

    20/32

    TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM 207

    Dalam perbicaraan Islam ada sekurang-kurangnya dua pihak yang berbalah iaitupihak yang menuntut dan pihak yang kena tuntut. Dalam kehakiman Islam pula

    samalah juga prinsipnya dengan undang-undang keterangan Malaysia di manaorang yang menuntut adalah orang yang akan menanggung beban pembuktianatau ditanggung oleh pihak pendakwa dalam kes-kes jenayah.

    Ini telah ditentukan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadisnya yang bermaksud:

    Keterangan (bayyinah) adalah ditanggung oleh pendakwa dan sumpahditanggung oleh pihak yang ingkar". (HR Baihaqi)

    Ini dihuraikan kerana apa yang zahir itu adalah dianggap berada dalam keadaanasal. Oleh itu, sesiapa yang menuntut sebaliknya hendaklah membuktikan

    tuntutan tersebut.

    Hak dan kes-kes yang boleh dan tidak boleh dilakukan sumpah adalah sepertiberikut:

    Ulama sependapat menyatakan tidak boleh dilakukan sumpah dalam hak-hak Allah semata-mata, sama ada berkaitan dengan hudud atau ibadat,kecuali apabila berkaitan dengan hak mal(harta) manusia.

    Mereka juga sependapat menyatakan bahawa harus dilakukan sumpahdalam kes-kes maldan yang akan berakhir dengan maljuga.

    Demikian juga mereka sependapat menyatakan boleh dilakukan sumpahdalam kes-kes bukan berkaitan dengan mal seperti hukum-hukum qisas,kecederaan, wasiat, syarikah dan ahwal syakhsiyyah.

    Namun begitu terdapat khilaf pada beberapa masalah tentang harus atautidak bersumpah, tetapi jumhur ulama berpendapat harus tanpa kecuali.

    Terdapat beberapa keadaan di mana sumpah boleh dikembalikan kepadapendakwa. Mazhab Syafie berpendapat sah dipulangkan al-yamindalam semuahak yang dibicarakan (selain hudud dan ibadat) seperti kes mal, nikah, talaq,nasab, akad/kontrak dan lain-lain. Maka boleh disabitkan kes-kes ini denganyamin mardudah. Mazhab Maliki pula berpendapatyamin mardudah,hanya sahpada kes-kes harta dan yang berakhir dengan harta. (Ahmad 2003)

  • 5/24/2018 Topik 8 Undang Undang Keterangan Islam

    21/32

    TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM208

    AKTIVITI 8.3

    1. Nyatakan mengikut pendapat kamu apakah langkah terbaik yangharus dilakukan oleh seorang hakim bagi memastikan seorangyang bersumpah itu benar-benar bersumpah di atas kebenarandan bukannya sumpah secara palsu dan bohong.

    2. Huraikan apakah sebab utama Islam mensyaratkan bebanpembuktian ke atas pihak pendakwa dan bukan pihak yang kenatuduh.

    BAHAGIAN KEDUA KEPADA WASAIL AL-

    ITHBAT

    8.3

    Sebelum ini kita telah menjelaskan wasail al-istbat yang terdiri daripadasyahadah, pengakuan atau yang disebut sebagai iqrar daripada yang tertuduh,sumpah atau disebut sebagai al-yamin. Di bahagian ini pula kita akanmemperkatakan wasail al-ithbat seperti qarinah, maklumat hakim, tulisan danketerangan pakar. Keempat-empat jenis atau cara untuk mengithbatkan satu-satupertuduhan juga digunakan dalam undang-undang keterangan Islam. Oleh ituamat mustahak untuk kita menjelaskan serba sedikit berkenaan dengan keempat-empat cara pembuktian ini.

    8.3.1 Qarinah

    Perkataan qarinah dari sudut bahasa berasal daripada kata kerja qarana yangbermaksud perkaitan, atau hubungan, atau pertalian antara satu perkara denganperkara yang lain. (Bahnasi, 1989).

    Dalam bahasa perundangan, qarinahboleh diertikan juga sebagai andaian atauanggapan. Dari sudut istilahnya pula qarinahmerangkum sebarang tanda yangdihasilkan melalui pertuturan atau percakapan yang dalam bahasa Arab dirujuksebagai al-amarat ataupun qarain maqaliyyah dan juga sebarang tandaberdasarkan persekitaran atau suasana keadaan sekeliling yang dalam bahasa

    Arab dirujuk sebagai al-amaratatau qarain al-ahwal.Secara ringkasnya qarinahbermaksud tanda atau petunjuk yang dijadikan keterangan mengesahkanwujudnya atau menafikan wujudnya sesuatu. (al-Hafiz, 2004)

    Menurut Dr. Wahbah al-Zuhaili, qarinah ialah perkara yang menunjukkanmaksud yang dikehendaki. Dari segi istilah undang-undang, ia bererti tanda-

  • 5/24/2018 Topik 8 Undang Undang Keterangan Islam

    22/32

    TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM 209

    tanda zahir yang berkait dengan sesuatu yang tersembunyi yang menyatakanmaksudnya. (Abdullah 1998)

    Qarinah ini sangat luas maknanya, sehinggakan Ibnu Qayyim menyamakanqarinah dengan al-alamat, al-amarat dan juga dalail al-ahwal yakni setiapperkara yang ada kaitan dan hubungan dengan sesuatu kes yang terjadi.

    Mustafa al-Zarqa mendefinisikan qarinah dengan makna sesuatu tanda yangzahir yang berkaitan rapat dengan satu fakta tersembunyi yang padanyadidasarkan sesuatu hujah.

    Takrifan terkini yang lebih menyeluruh diberikan oleh Abdul Karim Zaidan, iaitusebarang tanda sama adaal-amaratatau al-alamatyang menunjukkan kewujudan

    sesuatu atau ketidak wujudan sesuatu. Dengan takrifan yang luas ini segala faktayang dapat dilihat, didengar, dipegang, dirasa dan dihidu boleh dijadikan qarinah.Sebagai contoh, asap hitam yang tebal boleh dijadikan hujah tentang berlakunyakebakaran, walaupun kita belum melihatnya lagi. (Ramlee, 2007)

    Dalam satu hadis, nabi menceritakan yang bermaksud:

    "Terdapat dua orang perempuan (bersaudara) yang sedang duduk bersama-samadua orang anak mereka, tiba-tiba datang seekor serigala lalu melarikan salahseorang anak itu, maka berkatalah salah seorang perempuan tersebut: Serigalaitu telah melarikan anak kamu dan berkata seorang lagi: (Tidak) bahkan anakkamu telah dilarikannya. Lantas mereka berhakim kepada Nabi Allah Daud lalu

    diputuskan bahawa anak yang selamat itu adalah milik saudara perempuan yangtua. Saudara perempuan yang muda tidak puas hati dengan keputusan tersebutlalu berjumpa dengan Nabi Allah Sulaiman, mereka menceritakan peristiwa yangberlaku. Lalu Nabi Sulaiman berkata: Beri aku pisau untuk aku belah dua anakini (dibahagikan sama banyak). Dengan segera saudara perempuan mudaberkata: Jangan kamu melakukannya, semoga Allah merahmati kamu wahainabi Allah, budak ini adalah anak dia (saudara tua). Melihat keadaan ini, laluNabi Allah Sulaiman membuat penghakiman bahawa anak itu adalah miliksaudara muda". (HR Bukhari)

    Dr. Abdul Karim Zaidan telah merumuskan bahawa maksud qarinah yang

    menjadi salah satu cara pembuktian ialah sesuatu perkara yang menjadi dalil adasesuatu atau dalil tiada sesuatu.

    Rumusan yang diberikan oleh Dr. Abdul Karim Zaidan ini memberi pengertianyang luas dan menyeluruh mencakupi setiap sesuatu yang boleh dijadikan buktiatau keterangan bagi mensabitkan tentang ada sesuatu atau tiada sesuatu.

  • 5/24/2018 Topik 8 Undang Undang Keterangan Islam

    23/32

    TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM210

    Contohnya bila seseorang keluar dari rumah dalam keadaan ketakutan dantergopoh-gapah sambil memegang sebilah pisau yang berlumuran darah.

    Apabila orang ramai masuk ke dalam rumah itu, mereka mendapati ada orangyang telah mati kerana disembelih. Berdasarkan keadaan yang sedemikian, bolehdijadikan bukti bahawa lelaki itu telah membunuh, walaupun mereka tidakmelihat lelaki tersebut melakukannya. (Abdullah, 1998)

    Perlu diingat, qarinah ada kalanya kuat dan ada kalanya lemah, ada kalanyamerupakan cara pembuktian yang pasti dan menyakinkan dan ada kalanyamerupakan satu kemungkinan yang jauh dan tipis. Yang demikian, tidak semuaqarinahboleh diterima dengan mudah.

    Menurut Abdul Muniem al-Bahai, qarinahyang diambil kira oleh fuqaha ialah

    qarinahyang kuat. Qarinahyang kuat ialah qarinahyang menyebabkan sesuatuperkara itu diputuskan dan disabitkan, atau tanda dan bukti yang menyakinkan.Dalam hubungan ini, Majallah al-Ahkam menegaskan bahawa qarinah yangdijadikan salah satu cara pembuktian ini hendaklah yang sampai ke tahap yakin.(A. Othman, 1990)

    Dalam hal ini, menurut majoriti pendapat ulama daripada mazhab Abu Hanifah,Syafie dan Hanbali, kehamilan misalnya bukanlah dikira sebagai qarinahyangnyata untuk disabitkan dengan had zina, kerana mereka berhujah bahawakehamilan seseorang itu boleh berlaku dengan sebab wati syubhat, atau keranadirogol dan sebagainya. Ini bermakna kehamilan perempuan tadi menimbulkankeraguan. Oleh itu, tidak boleh dikenakan hukuman hudud ke atas perempuantersebut, kerana hukuman hudud itu boleh diketepikan dengan sebab datangkeraguan. (Ibrahim 1996)

    Daripada apa yang dijelaskan tentang qarinahdalam undang-undang keteranganIslam di atas, adalah jelas sekali bahawa para fuqaha Islam amat menyedaribahawa dalam sesuatu perbicaraan itu pasti ada fakta yang menjadi soal yangsaling berkaitan antara satu sama lain yang biasanya disebut sebagai qarinah.Oleh itu, penerimaan qarinahsebagai satu cara untuk menentukan satu-satu kesmengikut undang-undang keterangan Islam, jelas membuktikan bahawa fuqahaIslam amat memahami keperluan semasa yang bersandarkan kepada pelbagaiperubahan situasi dan suasana yang dialami oleh bidang perundangan semasa.

    Oleh hal yang demikian, fuqaha merasakan adalah perlu sistem perundanganIslam juga dikembangkan dan diluaskan pemakaiannya agar ianya selari dengansistem keterangan yang ada atau lebih baik daripada itu lagi, demi untukmenegakkan keadilan dalam satu-satu penghakiman. (Abdullah, 1998)

  • 5/24/2018 Topik 8 Undang Undang Keterangan Islam

    24/32

    TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM 211

    8.3.2 Maklumat Hakim

    Maklumat hakim bererti pengetahuan hakim mengenai fakta kes dan sebab-sebab berlakunya di luar mahkamah. Apakah maklumat hakim ini boleh atautidak boleh untuk dijadikan sebagai sebab atau alasan penghakiman? Dalam halini, ulama berbeza pendapat antaranya seperti berikut: (al-Hafiz, 2003)

    (a) Mazhab Zahiri membolehkan hakim menghukum dengan pengetahuannyayang diperoleh di luar mahkamah dalam semua kes tanpa kecuali, samaada maklumat itu diperoleh sebelum atau selepas dilantik menjadi hakim.

    (b) Alasan mereka ialah bayyinahbentuk ini adalah bayyinahyang paling kuatkerana ia diyakini sendiri oleh hakim yang mendengar kes itu. Pendapat inijuga disandarkan kepada Abu Thur, Imam Muzni, salah satu pendapat

    dalam aliran Shafie dan Hanbali. (Al-Suwailim, 1987)(c) Mazhab Syafie ada dua pendapat. Pertama: tidak mengharuskan,

    manakala kedua: mengharuskan. Pendapat yang kuat ialah harus bagihakim membuat keputusan kehakiman dalam kes-kes yang berkaitandengan hak manusia. Sementara dalam kes yang berkaitan dengan hak-hakAllah, pendapat yang kuat tidak mengharuskan hakim berbuat demikian.

    (d) Satu aliran dalam mazhab Hanbali juga tidak mengharuskan hakimmenghukum dengan maklumatnya sahaja dalam semua kes, sama adamaklumatnya itu diperoleh sebelum atau selepas dilantik menjadi hakim.Pendapat ini juga disandarkan kepada Syuraih al-Qadi, Muhammad binHasan dan pendapat sebahagian kecil daripada fuqaha Hanafi yang

    terkemudian. (Al-Suwailim, 1987)(e) Bagi Mazhab Hanafi, hakim hendaklah menghukum berdasarkanmaklumat yang diperoleh setelah menjawat jawatan hakim dalam kes-kesyang berkaitan dengan hak manusia sahaja. Jikalau berkaitan dengan hakAllah, hakim tidak harus berbuat demikian kecuali dalam kes qisas, hadqazafdan mencuri harta yang hukumannya apabila sabit kesalahan tidaksehingga potong tangan. Namun demikian, Ibn Abidin menyimpulkandalam masalah ini Asalnya mazhab Hanafi mengharuskan hakimmengamalkan dan menjatuhkan hukuman berdasarkan maklumatnya,tetapi fatwa pada zaman ini tidak membenarkan kerana kefasadan parahakim. (Ahmad 2003)

  • 5/24/2018 Topik 8 Undang Undang Keterangan Islam

    25/32

    TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM212

    8.3.3 Bahan Bukti Bertulis

    Undang-undang Islam mengiktiraf dokumen bertulis sebagai bahan bukti yang sah.Bukti bertulis boleh diterima sebagai sesuatu yang mensabitkan hak atau pengakuanterutamanya dalam kes tazir yang membabitkan harta benda. Begitu jugapengakuan bertulis seseorang yang telah meninggal atau hilang. (Al-hafiz, 2004).

    Kepentingan dokumen bertulis ini disebut di dalam al-Quran yangmengarahkan perjanjian hutang dibuat secara bertulis. Allah berfirman:

    Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankansesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu

    masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masabayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnyadengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulissebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis danhendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu denganjelas). Dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah iamengurangkan sesuatu pun daripada hutang itu.(al-Baqarah 2: 282)

  • 5/24/2018 Topik 8 Undang Undang Keterangan Islam

    26/32

    TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM 213

    Allah berfirman lagi di dalam Surah al-Nur ayat 33 yang bermaksud:

    Maksudnya: Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuanberkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allahmemberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya; dan hamba-hambakamu (lelaki dan perempuan) yang hendak membuat surat perjanjian untukmemerdekakan dirinya (dengan jumlah bayaran yang tertentu), hendaklahkamu melaksanakan perjanjian itu dengan mereka jika kamu mengetahui adasifat-sifat yang baik pada diri mereka (yang melayakkannya berbuatdemikian); dan berilah kepada mereka dari harta Allah yang telah dikurniakankepada kamu. (al-Nur 24:33)

    Oleh itu bahan bertulis mencakupi segala sijil-sijil yang sah, geran, surat-suratperjanjian rasmi, nota perbicaraan, keputusan hakim dan apa jua tulisan yangdiyakini kesahihannya. Lalu, semua tulisan ini boleh dijadikan sebagai hujah

    bagi membuktikan dakwaan jika terbukti tulisan-tulisan tersebut adalah benar.

    8.3.4 Keterangan Pakar

    Antara cara pembuktian yang diterima oleh Islam ialah pendapat pakar ataudisebut sebagai rayu al-khabir yang bermaksud kesaksian orang yangberkeahlian tentang sesuatu bidang. Dalam hal ini, Prof. Dr. Anwarullahmisalnya telah menyebut: "Expert's evidence means the testimony which is givenin relation to some scientific, technical or professional matters by experts i.e.persons qualified to speak authoritatively by reason of their special training, skillor familiarity with the subject".

    Bermaksud: "Perdapat pakar bererti keterangan yang diberikan berkaitan denganperkara saintifik, teknikal atau profesional yang diberi oleh seorang pakar iaitumereka-mereka yang berhak untuk memberi pendapat sebagai pakar disebabkanlatihan yang mereka jalani, atau kemahiran yang mereka ada, atau keterbiasaanmereka dalam sesuatu bidang tertentu". (Anwarullah, 1999)

  • 5/24/2018 Topik 8 Undang Undang Keterangan Islam

    27/32

    TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM214

    Imam al-Jurjani misalnya mentakrifkan kepakaran sebagai "Pengetahuan yangmelibatkan hal-hal yang tidak kelihatan secara zahir. Manakala Imam al-

    Ahwazi menyebut bahawa kepakaran bererti "Pengetahuan yang bersangkutandengan hal-hal rumit dan tidak kelihatan secara pandangan kasar". Imam al-Manawi pula menyebut bahawa kepakaran bererti "Pengetahuan berhubungperkara-perkara yang tidak kelihatan dan di mana pandangan biasa tidakmampu melihatnya". Ala' al-Hasni ketika mentakrifkan kepakaran menjelaskanbahawa kepakaran merujuk kepada "mereka yang benar-benar pakar atau ahlikepakaran dalam sesuatu perkara sama ada dalam bidang perniagaan danbidang pembuatan". Ulama terkenal al-Bahuti pula menyebut bahawa kepakaranitu merujuk kepada "Pengalaman (tajribah) yang diperolehi oleh seseorang dalamsesuatu perkara". (Shanyur, 2005)

    Hal ini berlaku kerana ada kalanya sesuatu kes itu tidak akan dapat diselesaikanmelainkan setelah mahkamah meminta pendapat daripada kalangan yangberkeahlian atau pakar dalam sesuatu bidang. Pendapat yang diberikan olehpakar ini berdasarkan pengetahuan khusus yang perlu kepada satu tahapkeilmuan yang tinggi.

    Dalam keadaan seperti ini, mahkamah akan menggunakan pendapat pakartersebut untuk membantunya memutuskan kes tersebut, setelah mahkamahberpuas hati. Walaupun keputusan itu adalah keputusan mahkamah danmahkamahlah yang bertanggungjawab terhadap keputusan tersebut, tetapi iaadalah berdasarkan pendapat pakar yang dipercayai kebenarannya olehmahkamah. (A. Othman, 1990)

    Dalam hal ini, al-Quran ada menjelaskan tentang penerimaan pendapat pakaratau ahli dalam sesuatu bidang, seperti firman Allah dalam al-Quran:

    Maksudnya: Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepadaorang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui.(al-Nahl 16:43)

    Para fuqaha misalnya sering menyebut beberapa hukum yang perlu dirujukkepada golongan pakar dalam beberapa bidang tertentu seperti kes nasab, aib

  • 5/24/2018 Topik 8 Undang Undang Keterangan Islam

    28/32

    TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM 215

    pada barang jualan, dakwaaan tulisan palsu, kes gila dan nyanyuk, anggaranbuah-buahan dan sebagainya. Oleh yang demikian jelas bahawa keterangan

    pakar merupakan salah satu cara untuk membuktikan sesuatu kes yang dibawake mahkamah. (Ahmad, 2003)

    Sebagai kesimpulannya, Islam amat menitikberatkan keadilan dan paksi agamaitu sendiri adalah keadilan. Keadilan wajib ditegakkan dalam seluruh kehidupanmanusia. Kebencian kepada sesuatu puak atau kaum misalnya memungkinkankita untuk berlaku zalim. Allah telah menjelaskan bahawa keadilan itu adalahsangat dekat dengan ketakwaan dan ketakwaan itu tempatnya di dalam syurgaAllah S.W.T. Dalam hal ini, Allah berfirman:

    Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang benar-benar menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi

    dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum,mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, sebab adil itu lebihdekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya AllahMaha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Al-Maidah 5:8)

    Oleh itu apa-apa sahaja bukti yang boleh membawa kepada keadilan dalampenghakiman seseorang hakim, perlu dikemukakan oleh pihak-pihak yangterlibat. Ingat! Matlamat utama pengadilan dan penghakiman adalah mencaridan mendapatkan kebenaran. Oleh itu apa juga jalan dan cara untuk membawakepada kebenaran, seharusnya tidak dilarang atau ditegah.

  • 5/24/2018 Topik 8 Undang Undang Keterangan Islam

    29/32

    TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM216

    SEMAK KENDIRI 8.2

    1. Nyatakan tiga lagi cara-cara lain yang digunakan dalam undangketerangan Islam dan undang-undang ciptaan manusia.

    2. Bincangkan dengan teman sekelas anda apakah bentukpembuktian yang paling baik dan paling tinggi nilainya dalamundang-undang jenayah sivil.

    3. Huraikan apakah langkah-langkah yang terbaik yang bolehdigunakan bagi memastikan seseorang itu boleh dianggap pakardalam sesuatu bidang.

    4. Pada pandangan anda, adakah golongan pakar di Malaysia

    mencukupi bagi mengendalikan sesuatu kes jenayah dan apakahkelemahan-kelemahan yang perlu diatasi? Jelaskan.

    Undang-undang keterangan Islam adalah suatu perbincangan yangdikemukakan oleh para fuqaha dalam merumuskan kaedah-kaedah pentingdalam pembuktian sesuatu jenayah yang dilakukan oleh pihak terbabit.

    Nabi s.a.w telah menjelaskan bahawa pembuktian mesti dilakukan denganbenar tanpa rekaan cerita-cerita palsu. Oleh itu bagi sesiapa yang menangkesnya kerana penipuan dan pembohongan serta kemahiran berkata-kata,maka kesudahannya adalah neraka Allah S.W.T.

    Umat Islam wajib beriman dan mengamalkan segala ketetapan-ketetapanyang telah ditetapkan oleh Allah. Oleh itu umat Islam jangan sekali-kalimenuduh seseorang yang lain melakukan jenayah tertentu, kecuali terlebihdahulu mestilah mempunyai bukti dan hujah.

    Tanggungjawab seorang hakim adalah besar. Oleh itu ganjaran dan pahaladaripada Allah juga besar sekiranya hakim itu menghukum berdasarkanketetapan Allah S.W.T. Walau bagaimanpun jika seseorang hakim membuatkeputusan tidak berdasarkan bukti-bukti yang dikemukan, tetapiberdasarkan sogokan, hawa nafsu dan sebagainya, maka tunggulah azab danpenghinaan dari Allah S.W.T.

  • 5/24/2018 Topik 8 Undang Undang Keterangan Islam

    30/32

    TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM 217

    Dalam sesuatu pembuktian, hakim seharusnya membenarkan apa-apa buktisahaja, demi mendapatkan satu keputusan yang tepat. Oleh itu, hakim tidak

    seharusnya menghalang mana-mana bukti yang ingin dikemukakan olehpihak-pihak yang bertelagah.

    Saksi-saksi dalam satu-satu pertuduhan adalah amat mustahak. Oleh itu,perlu diingatkan kepada setiap saksi yang ingin membuat penyaksianbahawa azab Allah sangat hampir dengan mereka, jika mereka membuatcerita atau berbohong dalam penyaksian.

    Islam amat menitikberatkan keadilan dan maruah seseorang. Oleh itu, Islamtelah menetapkan bahawa beban pembuktian terpikul di bahu si-pendakwayang memulakan pertuduhan. Oleh itu, setiap penuduh mesti memahami

    bahawa sesuatu tuduhan itu mempunyai kesan yang amat besar kepada yangkena tuduh. Lantas, tuduhan mestilah disertai dengan bukti-bukti yang kukuh.

    Dalam mana-mana pertuduhan sekalipun, hakim mesti adil dan saksama. Diajangan sesekali bersekongkol dengan pasukan pendakwa raya bagimensabitkan kesalahan tertuduh. Ini adalah satu perbuatan dosa besar yangdiharamkan oleh Allah dan si- pelakunya akan dikutuk Allah.

    Islam telah menetapkan bahawa penjenayah hendaklah dihukum. Namunsesuatu jenayah itu hendaklah disertai dengan bukti-bukti kukuh tanpasebarang keraguan. Oleh itu, jika timbulnya apa-apa keraguan, yang kenatuduh hendaklah dilepaskan.

    Al-bayyinah

    Al-Iqrar

    Al-qarinah

    Al-syahadah

    Al-yamin

    Al-Ithbat

    Al-khilaf

    Al-afhdal

    Al-Tajribah

    Al-rajih

    Al-amarat

    Wasail al-ithbat

    Ghalaba al-Zann

    Ra'yu al-khabir

    Al-tarjih

    Thubut al-Haq

    Al-Qasam

    Sayyid al-dalail

  • 5/24/2018 Topik 8 Undang Undang Keterangan Islam

    31/32

    TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM218

    Abas, Afridah. Kebolehterimaan Keterangan Dengar Cakap sebagai Satu CaraPembuktian di Mahkamah Syariah. (2007). (Ed. Nasimah Hussin, Undang-undang Islam: Jenayah, Keterangan dan Prosedur). Ampang: DawamaSdn. Bhd.

    Ramlee, Zulfakar. (2007). Al-Qarinah: Pemakaiannya dalam Litigasi Mal danJenayah. (Ed. Nasimah Hussin, Undang-undang Islam: Jenayah, Keterangandan Prosedur). Ampang: Dawama Sdn. Bhd.

    Al-Samrut, Wasam Ahmad. (2007). Al-Qarinah wa Atharuha fi Ithbat al-Jarimah:Dirasah Fiqhiyyah Muqaranah.Beirut: Al-Halabi Legal Publications.

    Buang, Ahmad Hidayat. (2007). Prosedur Mal di Mahkamah Syariah. (Ed. Buang,Ahmad Hidayat). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

    Shanyur, Abd Nasir Muhammad. (2005). Al-Ithbat bi al-KhibrahBayna al-Qadaal-Islami Wa al-Qanun al-Duwali Wa Tatbiqatuha al-Muasir: DirasahMuqaranah.Amman: Dar al-Nafais.

    Al-Hafiz, Abu Mazaya dan al-Sahafi, Abu Izzat. (2004). Fiqh Jenayah Islam. KualaLumpur: al-Hidayah Publishers.

    Mohd Yusuff, Jal Zabdi. (2003). Pengenalan kepada Undang-undang Keterangandi Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

    Shah Haneef, Sayed Sikandar. (2003). Undang-undang Keterangan Islam, cetakanpertama. (Trans. Badariah Khalid) Kuala Lumpur: Institut TerjemahanNegara Malaysia Berhad.

    Ahmad, Md Saleh. (2003). Al-Bayyinah (Keterangan) dan Beban Pembuktian:Teori dan Amalan di Mahkamah Syariah. (Ed. Abdul Monir Yaacob & SitiShamsiah Md. Supi. Pendakwaan dan Penyiasatan Konsep dan Amalan).Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.

    Ibrahim, Ahmad Mohamed. (2000).The Administration of Islamic Law.Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.

    Prof. Dr. Anwarullah. (1999). Principles of Evidence in Islam. Kuala Lumpur: A.S.

    Nordeen.Abdullah, Sidi Ahmad. (1998). Pembuktian dan Keterangan: Rujukan Khusus

    kepada Qarinah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

    Ibrahim, Said. (1996). Qanun Jinayah Shariyyah dan Sistem Kehakiman dalamPerundangan Islam Berdasarkan Quran dan Hadith. Kuala Lumpur:Dar al-Marifah.

  • 5/24/2018 Topik 8 Undang Undang Keterangan Islam

    32/32

    TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM 219

    Yaacob, Abdul Monir.(1995). Undang-undang Keterangan dan Prosedur diMahkamah. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

    Al-Jawziyyah, Ibn Qayyim. (1995). Al-Turuq al-Hikmiyyah fi al-Siasahal-Syariyyah.Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

    A. Rasyid, H. Roihan. (1995). Hukum Acara Peradilan Agama. Jakarta: PT RajaGrafindo Persada.

    A. Othman, Mahmud Saedon.(1990). Undang-undang Keterangan Islam, KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Bahnasi, Ahmad Fathi.(1989). Nazariyyah al-Ithbat fi al-Fiqh al-Jinai al-Islami:Dirasah Fiqhiyyah Muqaranah. Kaherah: Dar al-Shuruq.

    Mustafa, Abdul Rahman.(1988). Prinsip-prinsip Undang-undang Keterangan

    Islam Satu Pendekatan Perbandingan. Kuala Lumpur: Al-Rahmaniah.

    Al-Suwailim, Bandar Ibn Fahad.(1987). Al-Muttahim: Muamalatuhu WaHuququhu fi al-Fiqh al-Islami. Riyard: Dar al-Nashri Li al-Dirasatal-Amaniah Wa al-Tadrib.