20
Title Pengalihan bahasa di kalangan masyarakat Bawean di Singapura: Sebab dan akibat Author(s) Roksana Bibi Bte Abdullah Source Persidangan Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu 3 bertemakan “Memeluk akar menyuluh ke langit: Bahasa”, Singapura, 14-16 Julai 2006 This document may be used for private study or research purpose only. This document or any part of it may not be duplicated and/or distributed without permission of the copyright owner. The Singapore Copyright Act applies to the use of this document.

Title Pengalihan bahasa di kalangan masyarakat Bawean di ... · PDF fileNenek moyang masyarakat Melayu di Singapura ... Melayu di Singapura dapat dikesan asal usul mereka dari Jawa,

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Title Pengalihan bahasa di kalangan masyarakat Bawean di ... · PDF fileNenek moyang masyarakat Melayu di Singapura ... Melayu di Singapura dapat dikesan asal usul mereka dari Jawa,

Title Pengalihan bahasa di kalangan masyarakat Bawean di Singapura: Sebab

dan akibat Author(s) Roksana Bibi Bte Abdullah Source

Persidangan Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu 3 bertemakan “Memeluk akar menyuluh ke langit: Bahasa”, Singapura, 14-16 Julai 2006

This document may be used for private study or research purpose only. This document or any part of it may not be duplicated and/or distributed without permission of the copyright owner. The Singapore Copyright Act applies to the use of this document.

Page 2: Title Pengalihan bahasa di kalangan masyarakat Bawean di ... · PDF fileNenek moyang masyarakat Melayu di Singapura ... Melayu di Singapura dapat dikesan asal usul mereka dari Jawa,

r

~ory. Journal of i

r4). A Simplest rum Taking for

f

~4). A Simplest fum Taking for ~ I

~). " A Simplest fum Taking for I Stu~ies in the ~eraction. New I l I: Communication

and Relevance. r R.M . London:

~dn): Relevance. I Basil Blackwell.

fourse. London:

fersity Press.

fan dalam Sistem - Satu Analisis Malaysia.

PENGALIHAN BAHASA DI KALANGAN MASYARAKAT BAWEAN DI SINGAPURA: SEBAB DAB AKIBAT

ROKSANA BIB! BTE ABDULLAH

Masyarakat Bawean merupakan kelompok peneroka di samping bangsa -bangsa lain yang telah berhijrah ke Singapura dan sama-sama menyumbang dalam pembangunan Singapura. Dalam arus perpindahan kaum Bawean ini, dan setelah menduduki Singapura selama beberapa dekad, mereka telah melalui pelbagai gelombang perubahan yang telah membawa kepada pembaruan dan kemajuan dalam cara hidup mereka. Kesan pemodenan dan persekitaran serta pendidikan telah membawa kepada perubahan yang begitu nyata sekali terutama di kalangan generasi yang lebih muda. Dalam kertas kerja ini, aspek bahasa Bawean akan ditinjau. Bahasa Bawean yang merupakan bahasa ibunda kaum Bawean ini pada suatu ketika dahulu nampaknya sudah agak sukar untuk dipertahankan dalam konteks Singapura. Kertas kerja ini akan menyelidiki faktor­faktor yang menghambat pertumbuhan bahasa tersebut dan menggarap kemungkinan bagi pengekalan atau pengalihan bahasa tersebut dalam konteks Singapura '

1.0 Pengenalan. Singapura merupakan sebuah negara yang diduduki oleh

masyarakat dari pelbagai bangsa dan agama. Kepelbagaian kaum ini telah menyebabkan penggunaan bahasa yang rencam di Singapura, contohnya seperti bahasa Cina, Melayu, Inggeris, Tamil dan sebagainya, yang juga merangkumi pelbagai variasi dialek dalam setiap bahasa. Majoriti atau 76.75% dari jumlah 4,353,893 penduduk di Singapura itu terdiri dari kaum yang berketurunan Cina, 14% keturunan Melayu, 7.9o/o keturunan India dan 1.4% dari lain-lain bangs a.

Page 3: Title Pengalihan bahasa di kalangan masyarakat Bawean di ... · PDF fileNenek moyang masyarakat Melayu di Singapura ... Melayu di Singapura dapat dikesan asal usul mereka dari Jawa,

Mewr.eLulvA~ Me-nyululv K<V ~

Dari bilangan 14% orang-orang Melayu di Singapura, mengikut banci yang terkini (tahun 2004), kelompok Melayu ini kebanyakannya terdiri dari waris kepada golongan imigran yang telah berhijrah ke Singapura dalam zaman awal. Nenek moyang masyarakat Melayu di Singapura kebanyakannya berasal dari Semenanjung Melayu, Sumatra, Jawa, dan dari pulau-pulau di Indonesia. Sepanjang abad ke 19 dan 20, Tanah Jawa mencapai bilangan penduduk yang tinggi berbanding dengan Semenanjung Melayu dan penduduk di Jawa pada waktu itu tidak mendapat peluang ekonomi yang baik berbanding dengan kelompok Melayu yang lain di rantau ini. Dari itu, dalam pertengahan abad ke 19 sehinggalah selepas perang dunia yang kedua, ramai imigran terutamanya dari tanah Jawa dan dari lain-lain kawasan di Indonesia berhijrah ke Singapura atas alasan Singapura menawarkan peluang ekonomi yang jauh lebih baik. Pemimpin masyarakat Melayu Singapura menganggarkan 50-60 peratus masyarakat Melayu di Singapura dapat dikesan asal usul mereka dari Jawa, dan 15 - 20 % dari Pulau Bawean sementara yang selebihnya sama ada merupakan penduduk asal Singapura atau dari lain-lain kawasan di rantau ini.

1.1 Masalah Kajian Kerencaman latarbelakang masyarakat Singapura dari segi

bangsa, agama, bahasa dan budaya bukan sahaja di antara satu ras dengan ras-ras yang berbeza, tetapi di kalangan ahli-ahli yang terkelompok di bawah satu ras juga jelas memperlihatkan kepelbagaian variasi. Variasi yang akan difokus dalam kertas kerja ini adalah bahasa Bawean, iaitu variasi dari bahasa di kalangan kelompok ras Melayu di Singapura; yang mana meliputi masyarakat dari pelbagai etnik seperti Melayu, Jawa, Bawean, Banjar, Bugis dan lain-lain. Bahasa ibunda masyarakat Melayu dari pelbagai latarbelakang etnik ini telah agak terhimpit akibat desakan kehidupan dan latar. Desakan-desakan tersebut telah menggugat pengekalan

286

bahasa ibund: bahasa.

Dapat di kawasan pelbagai per di Singapuri kemungkina sejajar deng lain di dun mengumpul kaum Bawe Singapura <

pengalihan l

1.2 Pulau Ba Bawe

lebih kuran~ Bawean ini "there is sur oleh lebih k menduduki dan yang 1 pulau terseb

Bahas Indonesia. V terpencil, SE

menggunakc dengan baha

Pulau women" ker menjadi ke: kalangan ore man until yc Bawean yan:

Page 4: Title Pengalihan bahasa di kalangan masyarakat Bawean di ... · PDF fileNenek moyang masyarakat Melayu di Singapura ... Melayu di Singapura dapat dikesan asal usul mereka dari Jawa,

i di Singapura, jiompok Melayu ~da golongan ~m zaman awal. I di Singapura elayu, Sumatra, jang abad ke 19

duk yang tinggi penduduk di

~ ekonomi yang rg lain di rantau 119 sehinggalah ~an terutamanya

~n di Indonesia ra menawarkan pin masyarakat

atus masyarakat

rl mereka dari ementara yang asal Singapura

I

~gapura dari se gi ! di an tara satu ras

~ ahli-ahli yang

memperlihatkan lam kertas kerja asa di kalangan

eliputi masyarakat Banjar, Bugis dan

dari pelbagai esakan kehidupan gugat pengekalan

PENGALIHAN BAHASA 01 KALANGAN MASYARAKAT BAWEAN 01 SINGAPURA: SEBAB DAN AKIBAT

bahasa ibunda dan membawa masyarakat Melayu ke era pengalihan bahasa.

Dapat dilihat bahawa Setelah mengarusi beberapa zaman di kawasan yang deras pengaliran sains dan teknologi serta pelbagai pemodenan, bahasa etnik, iaitu bahasa kaum Bawean di Singapura dalam konteks kajian ini, semakin terjejas dan kemungkinan besar boleh mengalami kepupusan bahasa, sejajar dengan bahasa-bahasa etnik kelompok minoriti yang lain di dunia. Kajian ini akan menyelidiki isu ini dengan mengumpul data kebiasaan penggunaan bahasa di kalangan kaum Bawean. Dengan ini, masa depan bahasa Bawean di Singapura dapat dinilai dari sudut teori pengekalan dan pengalihan bahasa.

1.2 Pulau Bawean Bawean adalah sebuah pulau di Indonesia yang terletak

lebih kurang 200 km di utara Surabaya di lautan Jawa. Nama Bawean ini berasal dari perkataan Sanskrit yang bermaksud "there is sunlight" a tau ' terdapat cahaya". Pulau ini diduduki oleh lebih kurang 65,000 penduduk dan 40 000 dari mereka menduduki daerah Sangkapura yang menjadi pusat bandar dan yang lain menduduki di kampung-kampung kecil· di pulau tersebut.

Bahasa di Pulau Bawean secara rasminya adalah bahasa Indonesia. Walau bagaimanapun, kerana kedudukannya yang terpencil, sehingga kini ramai penduduknya yang masih menggunakan bahasa Bawean yang mana ianya agak mirip dengan bahasa Madura.

Pulau Bawean juga dikenali sebagai " The island of women" kerana sebahagian besar dari golongan lelaki di sana menjadi kelasi / pelaut. Terdapat satu kepercayaan di kalangan orang-orang Bawean bahawa" You are not really a man until you have spent several years abroad" . Ramai orang Bawean yang telah pernah merantau ke Eropah, China, Jepun,

287

Page 5: Title Pengalihan bahasa di kalangan masyarakat Bawean di ... · PDF fileNenek moyang masyarakat Melayu di Singapura ... Melayu di Singapura dapat dikesan asal usul mereka dari Jawa,

Utara dan selatan Amerika; tetapi majoriti dari mereka telah merantau ke Malaysia atau Singapura dalam awal abad ke 19. Ramai di kalangan mereka yang merantau di kawasan­kawasan di rantau ini telah terus menetap di sana sehinga melahirkan anak cucu dan kini dapat disingkap sehingga ke generasi ke tiga atau ke empat.

288

. . ·. (

M , ..

Page 6: Title Pengalihan bahasa di kalangan masyarakat Bawean di ... · PDF fileNenek moyang masyarakat Melayu di Singapura ... Melayu di Singapura dapat dikesan asal usul mereka dari Jawa,

mereka telah al abad ke 19.

sana sehinga sehingga ke

PENGALIHAN BAHASA 01 KALANGAN MASYARAKAT BAWEAN 01 SINGAPURA: SEBAB DAN AKIBAT

289

Page 7: Title Pengalihan bahasa di kalangan masyarakat Bawean di ... · PDF fileNenek moyang masyarakat Melayu di Singapura ... Melayu di Singapura dapat dikesan asal usul mereka dari Jawa,

2.0 Masyarakat Bawean di Singapura Kaum Bawean yang telah mula berhijrah ke Singapura

sejak awal abad ke 19, terdiri dari pelbagai puak; Di antaranya adalah:

Bawean Pakalongan Bawean Paker Bung Bawean Tambak Bawean Sangkapura Bawean Sukalela Bawean Daun Bawean Menara Bawean Dekatagung Bawean Kepuh Teluk Bawean Diponggo dll.

Walaupun terdapat beberapa puak di kalangan kaum Bawean ini sendiri, mereka sebenarnya saling faham memahami dari aspek bahasa antara satu puak dengan puak­puak yang lain.

Apabila mereka berhijrah, kaum Bawean ini hidup di · I pondok' a tau I ponthuk' di mana bergantung pada keadaan sesebuah pondok itu, lebih kurang 10 - 30 buah keluarga hidup di bawah satu bumbung. Semangat kerjasama dan gotong royong amat ketara dalam masyarakat Bawean ini dalam zaman tersebut sehingga apabila sesebuah keluarga itu menerima tetamu, keluarga yang lain di dalam pondok yang sama akan menguruskan hal- hal bagi menjamu tetamu terse but.

Dalam zaman tersebut, bahasa Bawean merupakan bahasa yang dominan di kalangan masyarakat Bawean kerana kebayakan dari mereka hidup serumah atau sekampung. Apabila sesebuah keluarga baru datang berhijrah dari Pulau

290

Baweat temp at akan r

baru in menam sewa 11 amat 1 sehing~ dikenal dirobol

' ....

ini ada ringgit, ketara Bawear mereka tabiat r mereka untuk l: itu bia~

wangn j

pendud kerana persegi. Singapu rumah-1 70an s1 pen dud rumah-1 Singapu pondok manam

Page 8: Title Pengalihan bahasa di kalangan masyarakat Bawean di ... · PDF fileNenek moyang masyarakat Melayu di Singapura ... Melayu di Singapura dapat dikesan asal usul mereka dari Jawa,

~ ke Singapura ~; Di antaranya

I

alangan kaum saling faham dengan puak-

n ini hidup di pada keadaan buah keluarga kerjasama dan at Bawean ini h keluarga itu pondok yang

njamu tetamu

an merupakan Bawean kerana u sekampung. 'rah dari Pulau

PENGALIHAN BAHASA 01 KALANGAN MASYARAKAT BAWEAN Dl SINGAPURA: SEBAB DAN AKIBAT

Bawean, mereka tidak perlu risau tentang sara hidup dan tempat berteduh, kerana "Pak Lurah' atau tuan punya pondok akan menanggung segala keperluan pendatang-pendatang baru itu sehinggalah mereka mendapat pekerjaan dan mampu menampung sara hidup keluarga mereka serta membayar sewa 'ruang' kepada 'Pak Lurah'. Kehidupan di pondok ini amat ketara sekali dalam tahun-tahun 40 an dan 50 an sehinggalah awal tahun 80an. Pondok yang terakhir dikenalpasti adalah yang terdapat di Sungei Road yang·telah dirobohkan pada tahun 1981.

Satu ciri yang menarik di kalangan masyarakat Bawean ini adalah mereka mengumpul harta bukan dengan wang ringgit, tetapi dengan menyimpan emas. Kebiasaan ini agak ketara sehingga sekarang, di mana orang dari keturunan Bawean mudah dikenalpasti melalui perhiasan emas yang mereka kenakan. Kebiasaan ini sebenarnya boleh dikesan dari tabiat masyarakat Bawean sejak di Pulau Bawean lagi iaitu mereka menggunakan duit emas / duit paun atau loket emas untuk berjual beli sawah ataupun rumah. Kekayaan seseorang itu biasanya diukur dengan jumlah loket emas berbentuk wang rupiah yang dimilikinya.

Apabila ekonomi Singapura berkembang d'an penduduknya semakin meningkat, masalah ruang timbul, kerana keluasan negara Singapura hanyalah 618.1 kilometer persegi. Dengan timbulnya masalah ruang, pemerintah Singapura telah menangani masalah ini dengan membina rumah-rumah pangsa dengan begitu pesat dalam tahun-tahun 70an sebagai kawasan perumahan yang dominan bagi penduduk Singapura. Dengan berleluasanya pembinaan rumah-rumah pangsa, kini tidak ada lagi pondok di Singapura. Setiap kaum yang berhijrah dan bermastautin di pondok kini telah terpisah ke merata kawasan di Singapura di mana majoriti dari mereka hidup di rumah-rumah pangsa.

291

Page 9: Title Pengalihan bahasa di kalangan masyarakat Bawean di ... · PDF fileNenek moyang masyarakat Melayu di Singapura ... Melayu di Singapura dapat dikesan asal usul mereka dari Jawa,

2.1 Bahasa Bawean di Singapura. Bahasa Bawean yang merupakan bahasa ibunda kaum

Bawean dan merupakan alat komunikasi utama kaum Bawean yang mula-mula berhijrah ke Singapura kini telah agak tergugat kelestariannya. Banyak sebab musabab yang dapat dikaitkan dengan situasi bahasa ini. Rata-rata masyarakat Melayu di Singapura yang berasal dari pelbagai etnik seperti Melayu, Banjar, Bugis, Jawa, Bawean dan sebagainya telah bersatu dan bercampur aduk sehingga sukar dikesan asal kelompok etnik mereka yang kini tidak lagi dirangkumkan dalam kad pengenalan mereka. Dari segi kajian yang kerap dijalankan juga, rata-rata peninjauan dijalankan bagi melihat tahap penggunaan bahasa Inggeris berbanding dengan sama ada bahasa Melayu, bahasa Mandarin atau bahasa Tamil, iaitu pembahagian kasar kaum utama di Singapura. Kajian yang khusus bagi pengekalan atau pengalihan bahasa bagi bahasa sub etnik ( Jawa, Banjar, Bugis dan Bawean) belum lagi dijalankan secara menyeluruh atau secara serius dan belum ada usaha yang bersungguh-sungguh bagi melihat kelestarian atau kematian bahasa-bahasa sub etnik ini.

3. Dapatan kajian Kajian telah dibuat ke atas 88 orang responden dari 29

buah keluarga Bawean di Singapura. Biodata responden secara ringkas dipaparkan dalam carta di bawah ini:

B" d t R d 10 a a espon en Generasi Umur Pasangan Pasangan Tanpa Jumlah

bukan Bawean Pasangan responden Bawean

G1 62-79 6 (17%) 19 (53%) 11 (30%) 36 ( 7 pasang (kematian (29 keluarga) suami isteri; pasangan) semen tara 5 responden tidak dapat

292

G2

G3

Rumu~

3.1. Pe1

yang c kelomF mempt Bawear dari ka Arab.

telah k~ mempu sement« Kesimp i. Keser mampu ii. Rata· terhad I iii.Bagi sama, p tetapi k~ mereka

Page 10: Title Pengalihan bahasa di kalangan masyarakat Bawean di ... · PDF fileNenek moyang masyarakat Melayu di Singapura ... Melayu di Singapura dapat dikesan asal usul mereka dari Jawa,

!nda kaum 1m Bawean telah agak jang dapat ~asyarakat ~ seperti ~ya telah ~esan asal

~gkumkan

ang kerap gi melihat gan sama amil, iaitu ajian yang agi bahasa

lum lagi an belum

f kelestarian

f

I ~en dari 29 rden secara

umlah esponden

36 (29 keluarga)

PENGALIHAN BAHASA 01 KALANGAN MASYARAKAT BAWEAN Dl SINGAPURA: SEBAB DAN AKIBAT

ditemuramah pasangan mereka)

G2 33-55 16 ( 49%) 10 ( 30%) 7 ( 21%) 33 ( 4 pasang (kematian ( 29 keluarga) suami isteri; 2 pasangan/ lagi tidak berpisah) dapat ditemuramah pasangan mereka)

G3 8-21 2 17 (bel urn 19 berkahwin)

Rumusan dari kajian yang dijalankan adalah seperti berikut.

3.1. Penggunaan Bahasa Kaum Bawean di Singapura. Dari seramai 36 orang kelompok generasi satu (G1)

yang ditemuramah, Terdapat 18 pasangan suami isteri dari kelompok G1 ini dan dari jumlah tersebut, 12 pasangan yang mempunyai pasangan hidup dari kaum yang sama, iaitu Bawean. 6 pasangan G1 yang lain mempunyai pasangan hid up dari kaum lain iaitu sama ada dari kaum Jawa, Melayu dan Arab.

Bagi 11 responden yang lain dari kelompok G1 yang ' telah kematian pasangan mereka, 3 daripada mereka pernah mempunyai pasangan hidup dari kelompok luar dari Bawean, sementara 8 lagi dari kaum yang sama. Kesimpulan yang dapat dibuat adalah: i. Kesemua 36 orang responden dari kelompok G1 ini masih mampu menggunakan dan memahami bahasa Bawean ii. Rata-rata penggunaan bahasa Bawean di kalangan G1 ini terhad pada interlokutor tertentu sahaja. iii. Bagi mereka yang mempunyai pasangan dari kaum yang sama, penggunaan bahasa Bawean mereka masih agak jelas, tetapi kekerapannya terhad apabila bertutur dengan pasangan mereka sahaja. Apabila terdapat orang lain selain dari

293

Page 11: Title Pengalihan bahasa di kalangan masyarakat Bawean di ... · PDF fileNenek moyang masyarakat Melayu di Singapura ... Melayu di Singapura dapat dikesan asal usul mereka dari Jawa,

pasangan mereka, penggunaan bahasa akan berubah pada bahasa Melayu. iv. Pertuturan mereka dengan anak-anak ( kelompok generasi kedua) lebih kerap dalam bahasa Melayu atau Melayu bercampur Bawean. v. Pertuturan mereka dengan G3 pula (anak cucu mereka), bahasa Bawean langsung tidak digunakan, kecuali beberapa nama panggilan seperti 'obek' dan sebagainya.

Dapat disimpulkan bahawa tidak ada variable lain yang menjadi penentu bagi penggunaan bahasa Bawean ini selain dari interlokutor; dan kadang kala dalam domain jual beli ( iaitu penggunaan lebih sebagai kod rahsia dalam hal tawar menawar dan komen tentang barangan yang ingin dibeli).

Bagi kelompok G2 pula, jelas bahawa lebih ramai responden (49%) dari kelompok ini yang berkahwin dengan 'orang luar'. Melalui perkahwinan dengan orang luar ini, dengan sendirinya penggunaan bahawa Bawean semakin terhad dan pemilihan bahasa komunikasi bagi keluarga sebegini adalah bahasa Melayu.

Di kalangan G2 yang berpasangan dengan kaum yang sama juga, iatu dari sub etnik Bawean, penggunaan bahasa juga kekal lebih kerap dalam bahasa Melayu. Ini kerana ' mereka pernah mendapat pendidikan asas dan penggunaan bahasa sebagai bahasa pengantar dalam masa mereka memperoleh pendidikan ialah dalam bahasa Melayu.

Perbualan kelompok G2 yang berpasangan dengan orang bawean juga, kadang kala penggunaan bahasa Bawean digunakan juga terutama dalam hal-hal yang ingin dirahsiakan dari pendengar lain di sekeliling mereka. Bahasa Bawean lebih berfungsi sebagi kod rahsia dalm konteks ini.

Bagi kelompok G3 yang rata-rata telah mengikuti arus pendidikan bilingual yang mana bahasa Inggeris merupakan bahasa pertama di sekolah, sementara bahasa Melayu sebagai

294

bahasc: 'meng,

4.Pun 4.1 Pet

perum perum pengel . Sesuc: 76.75% keturu lain h perum, kaum4 kaum rencarr

temp at dilaksa mungk etnik y lenyap1 ,maka 1

kontek1

4.2 Per] ( ....

masyar hakikat ban gsa. pasangc mampu domain

Page 12: Title Pengalihan bahasa di kalangan masyarakat Bawean di ... · PDF fileNenek moyang masyarakat Melayu di Singapura ... Melayu di Singapura dapat dikesan asal usul mereka dari Jawa,

h berubah pada

~lompok generasi fu atau Melayu

~k cucu mereka), ~ecuali beberapa ~.

~' ariable lain yang awean ini selain main jual beli (

ldalam hal tawar ~ngin dibeli) . ~wa lebih ramai

~. rkahwin dengan

orang 1 uar ini, awean semakin

~i bagi kel uarga I -

tngan kaum yang ~ggunaan bahasa ~layu. Ini kerana I dan penggunaan r masa mereka ~elayu. rasangan dengan n bahasa Bawean al yang ingin

mereka. Bahasa

h mengiku ti arus geris meru pakan a Melayu sebagai

PENGALIHAN BAHASA Dl KAlANGAN MASYARAKAT BAWEAN D1 SINGAPURA: SEBAB DAN AKIBAT

bahasa kedua, rata-rata kelompok dari G3 ini telah 'mengenepikan' sub bahasa etnik mereka.

4. Punca Situasi Berbahasa Kaum Bawean 4.1 Perumahan

Punca utama dari keadaan ini adalah kawasan perumahan. Seperti yang telah dibincangkan, corak perumahan yang ada kini tidak begitu menggalakkan pengelompokan suatu kaum di satu-satu kawasan perumahan . Sesuai dengan jumlah peratusan bangsa di Singapura, iaitu 76.75% merupakan penduduk dari keturunan Cina, 14% keturunan Melayu, 7.9% keturunan India dan 1.4% dari lain­lain bangsa, maka quota bangsa bagi satu-satu kawasan perumahan juga diselaraskan mengikut jumlah peratusan kaum di Singapura. Ini adalah bagi menggalakkan intergrasi kaum bahanakan Singapura terdiri dari masyarakat yang rencam iaitu pelbagai ras, agama dan bahasa.

Dengan perpisahan masyarakat Bawean ini dari segi tempat tinggal, maka penyesuaian bahasa terpaksa dilaksanakan kerana jiran tetangga masyarakat Bawean ini mungkin terdiri dari masyarakat Melayu dari kelompok sub etnik yang berbeza, atau dari kaum India dan Cina. Dengan lenyapnya peluang berkomunikasi dengan kaum sekerabat ini ,maka tidak hairanlah bahasa Bawean ini sukar dilestari dalam konteks Singapura.

4.2 Perkahwinan Campur. Selain dari bentuk perumahan dan jiran tetangga,

masyarakat Bawean di Singapura juga tidak terpisah dari hakikat perkahwinan campur, inter sub etnik, mahupun inter bangsa. Rata-rata responden yang berkahwin dengan pasangan yang bukan dari keturunan Bawean tidak lagi mampu mengekalkan penggunaan bahasa Bawean dalam domain rumahtangga. Biasanya keluarga sebegini memilih

295

Page 13: Title Pengalihan bahasa di kalangan masyarakat Bawean di ... · PDF fileNenek moyang masyarakat Melayu di Singapura ... Melayu di Singapura dapat dikesan asal usul mereka dari Jawa,

M~Akcu-M~~K~~

bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi bagi tujuan saling faham memahami.

4.3 Hubungan dengan Gl. Kelompok G1 yang mahir dalam bahasa Bawean ini

biasanya tidak hidup sebumbung dengan anak cucu mereka. Kebanyakan mereka hidup berasingan dan peluang untuk berjumpa anak cucu mereka terhad pada hujung minggu sahaja, atau dalam majlis-majlis agama atau perkahwinan: Kurangnya kekerapan perjumpaan di antara G3 dengan kelompok G1 yang mahir dalam bahasa Bawean ini merupakan satu faktor yang utama bagi kekikisan bahasa ini. Sekiranya berjumpa dengan G3 sekalipun, pihak G1 sentiasa melakukan 'language convergence' atau penyesuaian bahasa sesuai dengan bahasa yang dapat digunakan oleh G3 secara selesa.

4.4 Pendidikan Singapura mengamalkan sistem pendidikan bilingual.

Pendidikan sistem bilingual ini sebenamya telah berputik sejak zaman penjajahan lagi. Namun begitu, sehingga tahun 1938, barulah boleh dikatakan British mengambil langkah utama bagi memperbaiki keadaan pendidikan di Malaya secara bersungguh­sungguh, iaitu bagi pendidikan di peringkat yang lebih tinggi. Pada masa tersebutlah, cadangan dibuat bagi BM dan bahasa Cina diajarkan di sekolah-sekolah Inggeris secara opsyenal, tetapi masih tiada rancangan untuk menjadikan BM dan bahasa Cina sebagai bahasa kedua di sekolah-sekolah rendah Inggeris.Masalah bilingualisme timbul sejak masa tersebut, di mana British mahukan BI sebagai satu-satunya bahasa yang diajarkan di sekolah-sekolah Inggeris, kerana pelajar-pelajamya datang dari seluruh pelusok Asia untuk memasuki sekolah-sekolah Inggeris di Singapura.

Pendidikan yang diterima oleh kelompok G2 dan G3 di kalangan masyarakat Melayu ( termasuk kaum Bawean) adalah rata-rata sama ada dalam BM, BI atau bahasa Arab.

296

Tidak Bawea1 ketiad2 kemun

J tidak a secara bukan men gal masyar, untuk Malaya

I< iaitu M bahasa dan Ta walaup1 ramai I sekolah­keadaan pelajar 1 yang be1 Mandar1

4.5 Stat\l 0

kemahir4 maka b ekonomi Mandari mempun yang tic memant2 terpaksa

Page 14: Title Pengalihan bahasa di kalangan masyarakat Bawean di ... · PDF fileNenek moyang masyarakat Melayu di Singapura ... Melayu di Singapura dapat dikesan asal usul mereka dari Jawa,

tagi tujuan saling I

rasa Bawean ini

ak cucu mereka. peluang untuk

1

hujung minggu u perkahwinan. tara G3 dengan sa Bawean ini "kisan bahasa ini. ihak Gl sentiasa yesuaian bahasa r oleh G3 secara

idikan bilingual. lah berputik sejak

gga tahun 1938, gkah utama bagi

ecara bersungguh­lebih tinggi. Pada

dan bahasa Cina yenal, tetapi masih

asa Cina sebagai Inggeris.Masalah

a British mahukan di sekolah-sekolah luruh pelusok Asia a pur a.

,pok G2 dan G3 di kaum Bawean)

tau bahasa Arab.

PENGALIHAN BAHASA Dl KALANGAN MASYARAKAT BAWEAN Dl SINGAPURA: SEBAB DAN AKIBAT

Tidak ada langsung usaha bagi pendidikan dalam bahasa Bawean secara formal mahupun tidak formal. Dengan ketiadaan usaha sebegini, maka tidak hairanlah berlakunya kemungkinan bagi kepupusan bahasa Bawean.

Jelas dapat dilihat bahawa dalam proses pendidikan, tidak ada langsung usaha mengajarkan bahasa-bahasa etnik secara formal maupun secara tidak formal. Dalam hal ini, bukan sahaja bahasa-bahasa etnik kaum Melayu yang mengalami kesan tersebut, tetapi kaum-kaum lain· seperti masyarakat India yang juga tiada usaha yang digembeleng untuk mengajarkan bahasa-bahasa etnik seperti Telugu, Malayalam dan sebagainya.

Kini, terdapat tiga bahasa kedua di sekolah-sekolah, iaitu Mandarin untuk pelajar-pelajar yang berbangsa Cina, bahasa Melayu untuk pelajar-pelajar dari keturunan Melayu, dan Tamil bagi pelajar-pelajar yang berketurunan India, walaupun bahasa Tamil bukan merupakan bahasa ibunda bagi ramai pelajar-pelajar India. Oleh kerana bahasa kedua di sekolah-sekolah hanyalah Mandarin, Melayu dan Tamil, maka keadaan ini telah mematikan peluang-peluang untuk pelajar­pelajar mempelajari bahasa- bahasa etnik sub-sub kelompok yang bervariasi yang bahasa ibunda mereka bukan merupakan Mandarin, Melayu atau Tamil.

4.5 Status Bahasa f Nilai Ekonomi. Oleh kerana kehidupan di Singapura memerlukan

kemahiran yang pelbagai bagi memenuhi kehidupan seharian, . maka bahasa yang amat penting dan mempunyai nilai ekonomi yang tinggi ialah BI, di samping BM dan bahasa Mandarin. Pengetahuan dalam bahasa Bawean tidak langsung mempunyai nilai ekonomi di Singapura. Ini adalah satu realiti yang tidak dapat dinafikan di Singapura. Dalam usaha memantapkan diri dalam aspek ekonomi, masyrakat Bawean terpaksa bersaing dengan kaum-kaum lain, bukan sahaja dari

297

Page 15: Title Pengalihan bahasa di kalangan masyarakat Bawean di ... · PDF fileNenek moyang masyarakat Melayu di Singapura ... Melayu di Singapura dapat dikesan asal usul mereka dari Jawa,

M~Aka¥M~~Ke-~

ras Melayu tetapi Tionghua dan India. Dalam konteks Singapura yang berlumba-lumba dalam segala hal, baik sejak di bangku sekolah bagi pencapaian anak-anak dalam pelbagai mata pelajaran sehinggalah dalam bidang kerjaya, bahasa Bawean tidak ada langsung nilai ekonominya. Hakikat ini juga menjadi faktor kekikisan bahasa Bawean secara sedar atau tidak sedar.

4.6 Sikap Masyarakat Kaum Bawean di Singapura juga hidup dalam dalam

dilemma sejak awal lagi kerana masyarakat Bawean sering dikaitkan dengan kebiasaan ilmu hitam dan guna-guna. Tomahan masyarakat sekeliling ke atas kaum ini yang dipercayai sering menggunakan ilmu hitam bagi pelbagai tujuan menyebabkan orang-orang Bawean sendiri 'malu' untuk mengaku bahawa mereka berketurunan Bawean. Dalam waktu melaporkan kelahiran anak, kebanyakan dari mereka mengaku sebagai berketurunan Melayu bagi mengelakkan 'stigma' itu diturun temurunkan kepada anak cucu mereka. Atas sebab ini jugalah pengekalan bahasa Bawean tergugat kerana ibu bapa seolah-olah ingin mengikis label Bawean dari keluarga mereka.

5.0 Masyarakat Bawean Menempuh Era Pemodenan Sikap prihatin dan semangat ingin memajukan anak

bangsa sangat terserlah di kalangan segelintir 'pemimpin' masyarakat Bawean ini. Sejak awal penghijrahan masyarakat Bawean ini lagi telah ada tertanam bibit-bibit usaha memperjuangkan masa depan anak-anak kaum Bawean agar lebih cemerlang dalam kehidupan mereka. Dengan berbekalkan kekata hikmat " Tanpa ilmu pengetahuan, kita hanya akan mendapat sisa-sisa orang lain" segelintir 'pemimpin' masyarakan Bawean ini menggalakkan golongan yang berhijrah itu agar mendapatkan status kerakyatan

298

Singap berura· mengu mereka berjuar sekolat mengh anak-at di sekc sekolall sahaja, tamat ] I • pem1m dengan melawa menggc sekolah waktu me mba: yang l: perniag disegan

5.1 Usa] 1

mas yare dan me: Terdapa tujuan 1 usaha te

5.1.1. M~ Persatuc: Associat

Page 16: Title Pengalihan bahasa di kalangan masyarakat Bawean di ... · PDF fileNenek moyang masyarakat Melayu di Singapura ... Melayu di Singapura dapat dikesan asal usul mereka dari Jawa,

alam konteks hal, baik sejak

dalam pelbagai erjaya, bahasa akikat ini juga

ara sedar atau

p dalam dalam Bawean sering an guna-guna. aum ini yang

bagi pelbagai sendiri 1 mal u' Bawean. Dalam an dari mereka · mengelakkan k cucu mereka. awean tergugat bel Bawean dari

ode nan emajukan anak

• I • • I ntlr pem1mp1n han masyarakat ibit-bibit usaha m Bawean agar ereka. Dengan engetahuan, kita lain" segelintir akkan golongan

atus kerakyatan

PENGALIHAN BAHASA 01 KALANGAN MASYARAKAT BAWEAN 01 SINGAPURA: SEBAB DAN AKIBAT

Singapura. Ini adalah keranan pada waktu itu, ramai yang berura-ura untuk pulang semula ke Pulau Bawean setelah mengumpul sedikit harta. Setelah berjaya menggalakkan mereka mendapatkan status kerakyatan, lpemimpin' ini berjuang pula agar anak-anak kaum Bawean dihantar ke sekolah Inggeris. Pada waktu itu ramai yang enggan menghantar anak-anak ke sekolah Inggeris kerana khuatir anak-anak mereka I akan masuk kafir' bahanakan para pelajar di sekolah Inggeris harus masuk ke gereja. Oleh kerana sekolah Melayu yang ada sekadar sekolah peringkat rendah sahaja, ramai yang akhirnya menjadi pemandu teksi setelah tamat pengajian rendah. Inilah yang menjadi kebimbangan lpemimpin' Bawean ini dan berusaha dengan giat sekali dengan menjalankan kempen-kempen secara terbuka dan melawat setiap pondok untuk memberikan taklimat menggalakkan ibubapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah Inggeris. Usaha yang disemai secara ikhlas pada waktu itu terbukti kini dengan hasil yang sangat membanggakan di mana terdapat ramai anak-anak Bawean ini yang berjaya dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, perniagaan, menjadi pegawai-pegawai penguasa yang disegani dan juga dalam bidang politik. ·

5.1 Usaha Pelestarian Bahasa. Terdapat kesedaran sejak akhir-akhir ini di kalangan

masyarakat Bawean untuk menyatukan semula kaum Bawean dan memelihara tradisi yang diwarisi dari orang tua mereka. . Terdapat beberapa usaha yang agak menyerlah bagi mencapai tujuan pelestarian warisan kaum Bawean. Di antara usaha­usaha terse but ialah:

5.1.1. Menggerakkan Jentera Persatuan Bawean Singapura Persatuan ini asalnya digelar sebagai " Persatuan Bawean Association" dan ditubuhkan dalam tahun 1931.Tujuan utama

299

Page 17: Title Pengalihan bahasa di kalangan masyarakat Bawean di ... · PDF fileNenek moyang masyarakat Melayu di Singapura ... Melayu di Singapura dapat dikesan asal usul mereka dari Jawa,

Mem.elulvAkcu- Met1:Yul.«ht Ke-~

penubuhan persatuan tersebut agak tidak jelas dan tidak ada sebarang peraturan dan objektif khusus yang digarap pada waktu itu. Pertubuhan ini didaftrakan semula dalam tahun 1946 oleh Haji Mansor Faidzal dan terus aktif hingga kini. Persatuan yang didaftar semula ini dikenali sebagai 'Persatuan Bawean Singapura'. Encik Ahmad Dawan merupakan di antara anggota yang begitu aktif berusaha sebagai Setiausaha Kehormat sejak 1965 hingga 1978 dan kini beliau memegang jawatan sebagai Presiden persatuan sejak tahun 2001. Namun begitu persatuan ini lebih tertumpu kepada aktiviti-aktiviti keagamaan dan belum meneroka ke arah melestari bahasa Bawean.

5.1.2. Majlis keluarga. Semakin ramai kaum Bawean yang memulakan inisiatif

mengumpul semula ahli keluarga mereka dari ketiga- tiga generasi bagi tujuan sirratul rahim dan juga bagi menanam semula semangat menghargai kaum mereka di kalangan G3 khususnya.

5.1.3 Lawatan ke Pulau Bawean Terdapat ramai masyarakat Bawean kini yang telah ·

menyambung sirratul rahim dengan kaum kerabat mereka yang lama terpisah di Pulau Bawean. Dengan wujudnya beberapa kumpulan yang merancang dan mengendalikan lawatan ke Pulau Bawean setiap tahun, hubungan masyarakat Bawean dengan kaum kerabat mereka semakin rapat. Secara tidak langsung, bahasa Bawean menjadi katalis penyatu di antara orang-orang Bawean di Singapura dengan yang di Pulau Bawean.

5.1.4 Penyusunan Kamus Bahasa Bawean. Terdapat usaha pengkaji bagi menyusun kamus bahasa

Bawean di mana disertakan juga lambang-Iambang fonetik

300

bagi m Bawea: mamp1 mengg pakar: tepat. ~

membc. pemba: yang ir yang ti di kala bagi k tersebu sendiri.

6. KesiJ l

tung gal ISU yan Led aka: suatu ~

ibunda. menjadi kemodE meniml: langsun bahasa. dan pel hakikat minoriti

Page 18: Title Pengalihan bahasa di kalangan masyarakat Bawean di ... · PDF fileNenek moyang masyarakat Melayu di Singapura ... Melayu di Singapura dapat dikesan asal usul mereka dari Jawa,

~an tidak ada ~igara p pad a

1

1 dalam tahun hingga kini. ai 'Persatuan

!

erupakan di ai Setiausaha u memegang 2001. Namun ktiviti-aktiviti

bahasa

~lakan inisiatif ti ketiga- tiga ~agi menanam ~ kalangan G3 I

I ri yang telah rabat mereka an wujudnya engendalikan n masyarakat rapat. Secara

is penyatu di gan yang di

I ~ramus bahasa ~bang fonetik i

PENGALIHAN BAHASA Dl KALANGAN MASYARAKAT BAWEAN Dl SINGAPURA: SEBAB DAN AKIBAT

bagi memudahkan pembaca melafazkan kekata dalam bahasa Bawean dengan tepat. Usaha ini masih di peringkat awal dan mampu dijalankan dengan adanya sokongan yang sangat menggalakkan dari masyarakat Bawean, terutamanya sebagai pakar rujuk bagi makna kekata dan juga aspek sebutan yang tepat. Terdapat beberapa pembantu penyelidik yang sukarela membantu dalam usaha penyusunan kamus ini. Kesemua pembantu penyelidik ini adalah dari kaum Bawean sendiri yang ingin melihat bahasa mereka dilestarikan. Dengan rriinat yang tinggi yang ditunjukkan oleh masyarakat Bawean; malah di kalangan G3 juga, maka terdapat sedikit cahaya harapan bagi kelestarian bahasa Bawean ini sekiranya semangat tersebut terus disemarakkan oleh masyarakat Bawean itu sendiri.

6. Kesimpulan Usaha melestari bahasa ibunda yang dikatakan sebagai

tunggak utama pemaparan jatidiri sesuatu kaum ini menjadi isu yang hangat yang sering diperkata oleh para sosiolinguis. Ledakan kemajuan dalam pelbagai bidang menjadi semacam suatu saingan yang sengit dalam usaha melestari bahasa ibunda. Sering bahasa-bahasa asing terutama bahasa Inggeris menjadi penyalur ilmu dan mengenderai manusia ke arah kemodenan dan globalisasi. Manusia yang berlumba-lumba menimba kemajuan hidup dalam pelbagai bidang secara tak langsung telah menggadaikan beberapa fitur jatidiri termasuk bahasa. Masyarakat Melayu yang menuturkan bahasa Melayu dan pelbagai bahasa etnik yang lain tidak dapat lari dari hakikat yang mencengkam pelbagai bangsa terutama golongan minoriti.

301

Page 19: Title Pengalihan bahasa di kalangan masyarakat Bawean di ... · PDF fileNenek moyang masyarakat Melayu di Singapura ... Melayu di Singapura dapat dikesan asal usul mereka dari Jawa,

BIBLIOGRAFI

Abdullah-Darlan, Kamsiah, (1987). The bilingual ability of Malay children in Singapore in English and their mother tongue. Kertas kerja yang dibentangkan di International Seminar on Languages in Bilingual/Multilingual Setting. Education Department and Institute of Education, Hongkong, Dec 1987.

Afrendras, E. A. & Kuo, Eddie C. Y. (eds) (1980). Language and Society in Singapore. Singapore: Singapore University Press.

3. Asmah Haji Omar, (1982) Language and Society in Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

(1987). Malay in its Sociocultural Context. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Beardsmore, H.B. (1994) Language Shift and Cultural Implications in Singapore. Dalam S.Gopinathan et al. ( ed) Language, Society and Education in Singapore: Issues and Trends.(hal 205-232) Singapore: Times Academic Press.

Benjamin, G. (1976). The cultural logic of Singapore's 'multiracialism'. Dalam Riaz Hassan (ed.) Singapore: A Society in Transition (hal. 115-33). Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Chelliah,D.D. (1947) A Short History of Educational Policy in the Straits Settlements:1800-1925. Kuala Lumpur: Government Press.

______ . 1948. A History of the Educational Policy of the Straits Settlements with Recommendations for a New

302

Chen, F

Chiew S

Gupta, .

Gupta, J

Gupta, .

Page 20: Title Pengalihan bahasa di kalangan masyarakat Bawean di ... · PDF fileNenek moyang masyarakat Melayu di Singapura ... Melayu di Singapura dapat dikesan asal usul mereka dari Jawa,

gual ability of lish and their

ibentangkan di nguages in

: Education fon, Hongkong, I

). Language and pore University

~ety in Malaysia. ~staka. ~ultural Context. fustaka.

I and Cui tural

~opinathan et al. n in Singapore: gapore: Times

I of Singapore's r (ed.) Singapore: , Kuala Lumpur: I t

lonal Policy in the ~uala Lumpur:

~anal Policy of the ftions for a New I

PENGALIHAN BAHASA Dl KAlANGAN MASYARAKAT BAWEAN Dl SINGAPURA: SEBAB DAN AKIBAT

System Based on Vernaculars. Kuala Lumpur: Government Press.

Chen, Peter S. J. (1983) Singapore Development Policies and Trends. Singapore: Oxford University Press.

Chiew Seen Kong (1983) "Ethnicity and National Integration: The Evolution of a Multi-ethnic Society". dalam Peter S.J.Chen (ed), Singapore Development Policies and Trends.(hal 72-97) Singapore: Oxford University Press.

Gupta, A. F. (1994) Singapore. Matters.

The Step-Tongue: Children's English in Clevedon-Philadelphia: Multilingual

Gupta, A.F. (1985) Language status planning in the ASEAN countries. Dalam D. Bradley ( ed.) Language Policy, Language Planning and Sociolinguistics in South-east Asia. Pacific Linguistics Papers in SE Asian Linguistics 9, 1-14.

Gupta, A.F. and Siew P.Y. (1995) Language Shift in a Singapore Family. Journal of Multilingual and Multicultural Development 16:4, 301-14.

303