12
Title Memperkasa bahasa Melayu/Indonesia dalam memperkukuh peradaban bangsa Author(s) Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz Source Sekata, 2004: 45-55 Published by The Malay Language Council Copyright © 2004 The Malay Language Council This document may be used for private study or research purpose only. This document or any part of it may not be duplicated and/or distributed without permission of the copyright owner. The Singapore Copyright Act applies to the use of this document. This document first appeared in: Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz. (2004). Memperkasa bahasa Melayu/Indonesia dalam memperkukuh peradaban bangsa. Sekata, 2004: 45-55. This document was archived with permission from the copyright owner.

Title Memperkasa bahasa Melayu/Indonesia dalam memperkukuh ... fileDALAM MEMPERKUKUH PERADABAN BANGSA9 Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz ... Maka di Brunei, semua interaksi

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Title Memperkasa bahasa Melayu/Indonesia dalam memperkukuh ... fileDALAM MEMPERKUKUH PERADABAN BANGSA9 Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz ... Maka di Brunei, semua interaksi

Title Memperkasa bahasa Melayu/Indonesia dalam memperkukuh peradaban

bangsa Author(s) Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz Source Sekata, 2004: 45-55 Published by The Malay Language Council Copyright © 2004 The Malay Language Council This document may be used for private study or research purpose only. This document or any part of it may not be duplicated and/or distributed without permission of the copyright owner. The Singapore Copyright Act applies to the use of this document. This document first appeared in: Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz. (2004). Memperkasa bahasa Melayu/Indonesia dalam memperkukuh peradaban bangsa. Sekata, 2004: 45-55. This document was archived with permission from the copyright owner.

Page 2: Title Memperkasa bahasa Melayu/Indonesia dalam memperkukuh ... fileDALAM MEMPERKUKUH PERADABAN BANGSA9 Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz ... Maka di Brunei, semua interaksi

MEMPERKASA BAHASA MELAYU/INDONESIA DALAM MEMPERKUKUH PERADABAN BANGSA9

Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz

Cabaran Memperkasa Bahasa Melayu

YDM Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Awang Haji Yahya Bin Haji lbrahim 10

(Brunei Darussalam) agak runsing dengan pragmatik bahasa Melayu di Brunei. Beliau menjelaskan bahawa Radio Televisyen Brunei (RTB) tidak menggunakan istilah-istilah MABBIM dalam siaran berita mereka. Sebaliknya, kadang-kala mereka menggunakan bahasa Inggeris. Beliau agak kesal kerana adanya ratusan ribu istilah MABBIM tetapi tidak dipraktikkan. Beliau mencadangkan agar diberikan had waktu bagi memastikan istilah MABBIM digunakan dengan meluas sekali. Beliau kemudian menyentuh perihal masalah pendidikan untuk memperkasakan bahasa dan sastera. Jika usaha ini tidak dilakukan dengan sempuma ia tidak akan berjaya kerana masalah-masalah berikut :-

keputusan peperiksaan bahasa dan sastera kurang memuaskan n hanya 25% pelajar Brunei yang mengambil pelajaran Sastera Melayu. Itupun kerana ia diwajibkan bagi mendapatkan biasiswa. m standard bahasa Melayu di luar ban dar semakin jatuh. tv dalam ban dar pula keputusan gred 'A' dan 'B' tiada dalam rekod buat bertahun-tahun

kebelakangan ini. v buku-buku sastera jarang dibaca orang v1 bahan-bahan rujukan kurang vn kelemahan guru dalam mengarang dan berinteraksi vm tiada pengajaran tatabahasa 1x tidak menggunakan novel tempatan x tiada soalan sejarah kesusasteraan Brunei x1 tiada soalan perkembangan novel, cerpen dan sajak Brunei

Masalah-masalah di atas menyebabkan mutu penulisan semakin rendah. Maka beliau menyarankan agar pendidikan bahasa dan sastera disempumakan untuk memajukan pendidikan. Sistem pendidikan perlu dirombak dan buku-buku barn perlu digunakan. Pehin menyimpulkan bahawa kita tidak perlu memperkasakan bahasa tetapi terns memperbaiki apa yang ada. Sekiranya keadaan ini berterusan, jaminan akta pada tahun 1959 mengenai kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi mungkin akan lemah hingga menjadi bahasa kedua. Pehin menyarankan agar ditubuhkan sebuah universiti yang bahasa pengantamya adalah 100% bahasa Melayu kerana setakat ini di Universiti Brunei Darussalam (UBD) bahasa pengantamya bersifat dwibahasa.

Dr Mataim11 menjelaskan bahawa negara Brunei merealisasikan dasar dwibahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa lnggeris. Malangnya, kecenderungnya lebih kepada bahasa lnggeris. Dr Harun Mat Piah12 mencadangkan agar diadakan satu sistem pengkajian ke da1am masalah ini kerana umpan balik daripada orang-orang di dalam kementerian biasanya akan memberikan laporan

9 Penulisan ini merupakan ulasan terhadap kertas kerja-kertas kerja yang disampaikan di Seminar Bahasa dan Sastera yang diadakan di Brunie Darussalam sempena persidangan MABBIM ke 42 dan Mastera ke 8 pada 8-13 Mac 2003. Seminar ini telah menghasilkan 13 kertas kerja daripada Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura.

10 Kertas kerja bertajuk "Sastera dalam Pendidikan". 45 liPensyarah di UBD 12 Pakar Sastera Melayu Tradisional

Page 3: Title Memperkasa bahasa Melayu/Indonesia dalam memperkukuh ... fileDALAM MEMPERKUKUH PERADABAN BANGSA9 Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz ... Maka di Brunei, semua interaksi

positif mengenai kedudukan bahasa dan sastera. Ini sama sekali tidak tepat dan akan menjejas perancangan pendidikan dalam bidang-bidang tersebut.

Dr Hashim Awang13 pula mengakui bahawa memang ada kelemahan dalam pengajaran sastera di Brunei dan juga di Malaysia. Pengajaran sastera mula terpinggir apabila ia dipisahkan daripada subjek bahasa Melayu kerana sebelum ini, di Malaysia, ia digabungkan. Di Brunei ia masih dicantumkan. Pengajaran sastera di Brunei lebih bersifat hafalan bukan apresiasi. Maka pelajar tidak dapat menghayati kelebihan yang terdapat dalam sastera.

Dr Jalaludin Chuchu14 (Brunei Darussalam) menyatakan bahawa bahasa Melayu di Brunei telah mengalami dua frasa perkembangan yang menarik. Pertama, bahasa Melayu telah dijadikan bahasa rasmi negara Brunei pada tahun 1960. Kedua perluasan penggunaan tulisan jawi pada tahun 1988. Maka di Brunei, semua interaksi rasmi dan tidak rasmi termasuk iklan mesti menggunakan bahasa Melayu dan ditulis juga dengan tulisan jawi bagi papan tanda-papan tanda. Namun demikian, terdapat ketidakkonsistenan dalam perlaksanaan dasar ini kerana masih terdapat papan tanda iklan yang tidak mematuhi syarat-syarat tersebut.

Ini berlaku kerana tiada komitmen pemerintah kecuali Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Malangnya, DBP hanya mempunyai kuasa untuk menasihati pengguna bahasa sahaja bukan penguatkuasa undang-undang. Jalaludin menyarankan agar pihak penguatkuasa merealisasikan tanggungjawab mereka dengan komitmen dan mutlak kerana DBP sudah menjalankan tugas menasihati dan pembinaan korpus.

Beliau juga kesal kerana jabatan-jabatan pemerintah dan swasta masih menggunakan bahasa Inggeris walaupun isu ini sering dibincangkan dalam seminar-seminar. Beliau mula mempersoalkan dasar Melayu-Islam-Beraja (MIB) negara. Ini membuktikan bahawa penggunaan bahasa Melayu di Brunei masih belum mencapai 100% walaupun setelah 50 tahun bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi Brunei. Jalaludin menekankan pentingnya dipupuk komitmen politikal, intelekual dan linguistik untuk menangani masalah sedemikian dalam mendaulatkan bahasa Melayu.

Ismail Dahaman15 berkongsi pengalaman beliau semasa di DBP (Malaysia) selama 30 tahun dalam bidang perlaksanaan bahasa. Menurut beliau apa yang dibuat oleh DBP sudah mematuhi akta bahasa dan memenuhi tanggungjawabnya. DBP hanya mempunyai kuasa untuk memberikan nasihat kepada kerajaan dan masyarakat umum mengenai pembangunan dan perlaksanaan bahasa. Jelas sekali perancangan dasar bahasa amat baik sekali tetapi perlaksanaannya menimbulkan banyak masalah kerana dilakukan oleh sektor kerajaan iaitu kementerian-kementerian dalam kerajaan.

Biasanya masalah timbul kerana ketua di kementerian-kementerian tidak menonjolkan konsistensi dalam melaksanakan dasar bahasa. Misalnya, sekiranya terdapat masalah di papan tanda, ia bukannya tanggungjawap DBP lagi tetapi pihak penguatkuasa tempatan. Malangnya, mereka tidak melaksanakannya sedangkan sudah ada undang-undang yang tidak membenarkan menaikkan papan tanda yang salah. Begitu juga dengan penggunaan bahasa Inggeris di bank. Hanya 2 tahun lepas barulah dibenarkan menggunakan dwibahasa dalam perbankan, sejak merdeka. Sebelum ini cuma bahasa Inggeris sahaja yang digunakan. Ini membuktikan bahawa akta sahaja tidak memadai tetapi perlu ada undang-undang.

13 Pensyarah di UBD 46 14 Kertas kerja bertajuk "Lalau Bahasa Melayu"

15 Mantan Pemangku Pengarah Perancangan Bahasa,Jabatan Penyelidikan dan Pengembangan Bahasa DBP.

Cabaran Ph. D. 16

Pemuda' ketika itu kini gun Indonesi: jumlahp< daripada bertamba

Kenaikan tatabahas: hukum ta menjelask penutur te tidak mud kerana kel

Strategi I\

Kertas uta1 HajiAponl Indonesia ( kejayaanM sistem dwi Melayuiait bahasa Ing~

Pehin selanj meningkat i membuahla bahasaMeh adalah waru Islam yang Namundem

Page 4: Title Memperkasa bahasa Melayu/Indonesia dalam memperkukuh ... fileDALAM MEMPERKUKUH PERADABAN BANGSA9 Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz ... Maka di Brunei, semua interaksi

Cabaran bahasa di Indonesia pula berlandaskan kerencaman penggunanya. Prof. Suwarsi Madya, Ph. 0. 16 (Indonesia) menjelaskan bahawa bahasa Indonesia bermula dengan adanya 'Sumpah Pemuda' pada tahun 1928. Ia mudah berkembang kerana adanya guru-guru yang bermotivasi ketika itu yang mementingkan penggunaannya dan penyuburan bahasa terse but. Namun demikian, kini guru-guru seumpama itu amat berkurangan di Indonesia. Beliau bersetuju bahawa bahasa Indonesia perlu didukungi bahasa asing seperti bahasa Inggeris kerana perubahan zaman dan jumlah penutur. Sejak zaman 'Sumpah Pemuda' jumlah penutur bahasa Indonesia telah meningkat daripada 3 juta kepada 185 juta pada tahun ini. Maka bertambahnya jumlah penutur pasti bertambah juga variasi dan standard.

Kenaikan jumlah ini juga mempunyai kesan sampingan. Suwarsi menjelaskan bahawa masalah tatabahasa di Indonesia masih luas hingga ke peringkat mahasiswa kerana mereka tidak tabu hukum tatabahasa. Penulisan di Indonesia masih mengamalkan sikap kebebasan. Beliau juga menjelaskan bahwa bahasa Indonesia perlu fungsional tetapi tidak semestinya menjejas kesetiaan penutur terhadap bahasanya iaitu perlu juga ada rasa memiliki terhadap bahasa terse but agar ia tidak mudah dicemari atau pupus. Maka satu cara ialah dengan menghilangkan batasan dialek kerana kehomogenan akan menyatukan penutur.

Strategi Memperkasa Bahasa Melayu

Kertas utama YB Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Seri Laila JasaAwang Haji Bakar Bin Haji A pong, Menteri Kesihatan Brunei Darussalam bertajuk "Memperkasakan Bahasa Melayu/ Indonesia dalam Memperkukuhkan Peradaban Bangsa : pengalaman Brunei" cuba menonjolkan kejayaan MABBIM dalam memperkasa bahasa Melayu di negara Brunei yang telah menggunakan sistem dwibahasa selama 12 tahun. Pehin menjelaskan bahwa pencapaian baik dalam bahasa Melayu iaitu sebanyak 97.26% ( tahun 2002) bagi peperiksaan peringkat 'A' membuktikan bahawa bahasa lnggeris tidak menjejas kemampuan para pelajar terhadap bahasa Melayu.

Pehin selanjutnya menjelaskan bahawa peningkatan dalam pencapaian kredit dan kepujian yang meningkat kepada 83.28% membuktikan bahawa usaha MABBIM selama 30 tahun ini telah membuahkan basil bagi negara Brunei dari perspektif pendidikan. Pehin juga konfiden bahawa bahasa Melayu tidak akan alah kepada kemaraan bahasa Inggeris memadangkan bahasa Melayu adalah wadah utama penyampai agama Islam di rantau ini. Memandangkan jumlah penganut Islam yang besar di Nusantara maka bahasa Melayu akan terus berkembang dan digunakan. Namun demikian, cabaran terhadap bahasa Melayu semakin jelas dengan peredaran zaman.

Pada zaman 70-an, bahasa diperlukan bagi perpaduan, 80-an dan 90-an ia diperlukan bagi tujuan perindustrian dan abad ke 21 ini ia diperlukan bagi tujuan teknologi maklumat. Maka cabaran utama MABBIM kini ialah memangkinkan kemampuan bahasa untuk selaras dengan keperluan zaman ini. Pehin merumuskan bahawa terdapat korelasi antara bahasa dan ekonomi. Masyarakat Melayu perlu meningkatkan ekonomi mereka jika mereka ingin bahasa Melayu digunakan oleh bangsa lain dengan meluas. Sebenamya, bahasa Melayu telah membuktikan kemampuannya selaku bahasa ekonomi di Mekkah. Menurut Pehin, para penjual di sana faham dan menggunakan bahasa Melayu kerana pasaran mereka ialah pembeli Melayu yang datang dari Nusantara dengan jumlah yang banyak sekali. Maka Pehin mencadangkan MABBIM adakan semacam "strategic Alliance" atau sekutu strategik bagi memasarkan bahasa Melayu. Pehin mencadangkan agar

16 Kertas kerja bertajuk "Pemerdayaan Bahasa Indonesia sebagai Pemilihara Persatuan dan Kesatuan Bangsa"

47

Page 5: Title Memperkasa bahasa Melayu/Indonesia dalam memperkukuh ... fileDALAM MEMPERKUKUH PERADABAN BANGSA9 Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz ... Maka di Brunei, semua interaksi

48

pengguna bahasa Melayu mengubah paradigma kepada berjiwa besar dan menggalakkan perkembangan bahasa dan sastera dengan menambah jumlah bahan bacaan yang sesuai dengan zaman.

Prof Dr Abdullah Hassan17 (Malaysia) mentakrifkan istilah 'memperkasakan bahasa' sebagai bahasa yang mempunyai daya iaitu ciri-ciri tertentu secara intrinsik mahupun ekstrinsik. Maka bahasa yang matang maknanya merupakan bahasa yang berfungsi yakni mampu mengungkapkan ilmu bukan sekadar ejaan yang teratur dan bertatabahasa sahaja. Beliau menggunakan contoh kewujudan semula Eropah setelah zaman kegelapan pada kurun ke 15 hingga 17 masehi. Eropah telah bangun semu1a dan bahasa Inggeris juga turut berkembang dengan pesatnya selepas itu. Beliau juga merujuk kepada negara Norway yang kecil tetapi teknologinya besar. Begitu juga Finland. Negara-negara tersebut menggunakan bahasa mereka sendiri dan berjaya dengan teknologi perabot IKEA dan telekomunikasi Nokia.

Sebenamya, kejayaan mereka terletak kepada kepustakaan mereka yang banyak dan luas sehingga bahasa mereka mampu menjadi bahasa ilmu yang menjanakan ilmu dengan menggunakan teknologi yang dibawa oleh bahasa lain seperti bahasa Inggeris, misalnya. Namun demikian, di peringkat antarabangsa mereka menggunakan bahasa Inggeris agar teknologi mereka dapat dimanfaat oleh dunia. Negara German merupakan satu lagi negara yang mundur selama 300 tahun kerana bahasa mereka dipelajari dalam bahasa Latin dan Perancis. Namun demikian, mereka mula mencapai kemajuan apabila mula menggunakan bahasa mereka sendiri.

Abdullah merumuskan bahawa bahasa Melayu perlu membina pustaka bahasa Melayu dengan lebih gigih lagi agar ia mampu mempunyai takungan kosa kata dan mak1umat dalam Bahasa Melayu yang mencukupi untuk menangani penterjemahan ilmu dari bahasa-bahasa lain dan merealisasikan dalam pola bahasa Melayu sendiri agar dapat dimanfaatkan oleh penutur bahasa Melayu sendiri. Maklumat yang melimpah ruah ini akhimya akan menjanakan ilmu yang baru dan asli dari penutur bahasa Melayu sendiri yang berpotensi dimanfaatkan dunia. Sesungguhnya ilmu itu tidak berguna sehingga ia bertukar menjadi teknologi. Ini terbukti dengan kegagalan kesultanan Islam bertahan daripada serangan Mongol ( 1258) kerana teknologi mereka telah lapuk dan tidak lagi relevan berbanding dengan teknologi ketenteraan Mongol.

Selanjutnya, Abdullah memberikan contoh negara Cina, Korea dan Jepun yang menunjukkan peningkatan dalam pembelian buku-buku bahasa Inggeris sebanyak 10%. N amun demikian jumlah buku-buku yang dihasilkan oleh negara-negara tersebut dalam bahasa pribumi meningkat sebanyak 300%. Ini membuktikan bahawa perlunya ada buku-buku baru bagi masyarakat pembaca dalam bahasa mereka sendiri yang sesuai dengan zaman mereka agar pemikiran mereka juga berkembang dengan arus maklumat baru yang dihasilkan.

Prof. Dr Suminto A. Sayuti 18 (Indonesia) menjelaskan bahawa proses muhasabah atau kontemplasi diri merupakan satu proses yang menggerakkan seseorang ke paras zikir a tau fikir yang akhirnya melahirkan inspirasi kreatif. Maka ilham itu sebenamya tidak lagi perlu dinanti kedatangannya kerana ini sebenamya kurang produktif dan kurang ekonomikal. Sebaliknya, man usia sebenarnya boleh mengawal penglahiran ilham itu melalui muhasabah diri kerana dengan cara kontemplasi akan timbul imbasan idea-idea baru melalui kenangan lama yang boleh mengkonstruksikan nilai atau bahan baru bagi penghasilan sesebuah karya persuratan sama ada fiksyen mahupun bukan fiksyen.

17 Kertas kerja bertajuk "Saranan Membina Kepustakaan Berbahasa Melayu" 18 Kertas kerja bertajuk "Citra Estetik Islam dalam Sajak-Sajak Indonesia Mutakhir : Beberapa Catatan Awal"

Pengirru penting Brunei, yangm( kedatan. Islam d, penjajal Salehud

DrMata di perir "etnocer yang aru dengan ~ tidakwu

Abdulla] keluarga ke gener pembocc bahawa l adat, Bal: unsurter

DrNik S saingan • teknolog masyaral Melayu.l

11

111

iv

v . vi 1

19 Kertas kerjl Pengalaman

• Kertas kerjl 21 Sesi 'Forum

Prof. DrKi.

Page 6: Title Memperkasa bahasa Melayu/Indonesia dalam memperkukuh ... fileDALAM MEMPERKUKUH PERADABAN BANGSA9 Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz ... Maka di Brunei, semua interaksi

dengan Pengiran Dr Haji Mohammad Bin Pengiran HajiAbd. Rahman19 (Brunei Darussalam) menekankan pentingnya memperkasakan bahasa agar ia mampu berfungsi. Beliau menjelaskan bahawa di Brunei, Islam menjadi titik pemisah sebagai satu peradaban kerana sebelum Islam, tiada rekod yang menunjukkan bahawa Brunei adalah satu peradaban. Hanya setelah abad ke 14 yakni dengan kedatangan Islam barulah mula peradaban di Nusantara. Beliau membuktikan peranan agama Islam dengan menunjukkan kemerosotan bahasa Melayu dan Islam dengan kedatangan dan penjajahan British. Hanya setelah tahun 1955, kemerdekaan Brunei daripada British, Sultan Salehuddin Shah telah membentuk semula Brunei dengan perlembagaan Brunei pada tahun 1959.

Dr Mataim Bakar0 (Brunei Darussalam) menekankan bahawa budaya yakin diri harus ditanamkan di peringkat awal iaitu kognitif. Menanam budaya bebas berfikir. Mananam perasaan "etnocentrism" yakni berfahaman bahawa apa saja yang diterima dari luar tidak sehebat apa yang ada dalam bahasa sendiri atau diri kita. Beliau berpendapat bahawa kreativiti akan timbul dengan adanya keperluan untuk bersaing. Beliau berpendapat bahawa keperluan seumpama itu tidak wujud pada zaman dahulu sehingga menyebabkan masyarakat Melayu kurang kreatif.

Abdullah Hassan berpendapat bahawa apabila bahasa lain dijadikan bahasa komunikasi dalam keluarga selain bahasa ibunda, nilai bahasa lain itu akan diturun temurunkan daripada satu generasi ke generasi berikutnya. Ini bermakna nilai bahasa ibunda akan lenyap. Maka akan berlaku pembocoran benteng budaya yang akan menurunkan nilai-nilai bangsa itu. Kita harus sedar bahawa Bahasa Inggeris tidak sama dengan bahasa timur kerana Bahasa Melayu mempunyai adat, Bahasa Cina mempunyai hierarki sedangkan Bahasa Inggeris amat tidak mempunyai unsur­unsur tersebut.

Dr Nik Safiah Karim21 merumuskan bahawa persoalan memperkasakan bahasa Melayu dalam saingan dengan bahasa Inggeris timbul kerana era globalisasi yang menekankan sains dan teknologi. Beliau merujuk kepada sikap sebagai penentu kedudukan bahasa. Maka sikap masyarakat yang mementingkan bahasa Inggeris akan secara langsung meminggirkan bahasa Melayu. Beliau memberikan beberapa saranan seperti berikut :

masyarakat perlu bersikap lebih terbuka dan rasional iaitu perlu ada tempat bagi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa jati diri dan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dalam mengecapi arus perkembangan pesat sains dan teknologi.

u perlu menambah jumlah istilah dan bahan bacaan kerana terdapat aduan tentang kurangnya bahan bacaan yang relevan dengan ilmu terkini.

iii perlu menggalak lebih ramai orang membaca bahan dalam bahasa Melayu IV perlu menyebarluaskan penutur dan pengguna bahasa Melayu agar bahasa Melayu

tersebar luas v memperkenalkan jabatan pengajian Melayu di negara-negara ASEAN VI memelihara ranah (domain) bahasa Melayu agar tidak diambil alih bahasa Inggeris

memandangkan bahasa dunia kini bersifat dwibahasa.

Dr Ki Supriyoko menjelaskan bahawa bahasa boleh berkembang melalui dua cara iaitu alamiah atau akademiah (kultural). Cara alamiah lebih bersifat pengaruh kesekitaran manakala akademiah lebih khusus kepada perkembangan yang terarah seperti peristilahan dan perancangan bahasa.

19 Kertas kerja bertajuk "Memperkasakan Bahasa Melayu/Indonesia dalam Memperkukuhkan Peradaban Bangsa : Pengalaman Brunei".

2° Kertas kerja bertajuk "Memperkasakan Bahasa Melayu - Mengukuhkan Peradaban Bangsa" 49 21 Sesi 'Forum Bahasa Dan Sastera' yang diselenggarakan olehAwang Haji Mahrub Bin A wang Haji Murni (Brunei Darussalam),

Prof. Dr Ki. Supriyoko (Indonesia) dan Prof. Emeritus Datuk Dr Hajah Nik Safiah Haji Abdul Karim (Malaysia).

Page 7: Title Memperkasa bahasa Melayu/Indonesia dalam memperkukuh ... fileDALAM MEMPERKUKUH PERADABAN BANGSA9 Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz ... Maka di Brunei, semua interaksi

50

Pengaruh yang tidak seimbang kerana satu arab merupakan punca kemasukan istilah-istilah asing ke dalam bahasa Melayu. Ia biasanya berlaku dengan penciptaan barangan baru dari sebuah negara barat yang kemudiannya digunakan di Nusantara dan terus diserap bahasanya ke dalam bahasa Melayu. Kini di Indonesia, orang lebih mengenali penulis daripada karya mereka kerana jumlah pembaca bahan sastera semakin berkurangan akibat kurangnya apresiasi. Beliau memberikan saranan-saranan berikut:

perlu ada pentadbiran ilmu agar tidak terus menyerap kerana perkembangan teknologi akan mempengaruhi bahasa.

n satu cara yang baik dalam memastikan bahasa akan terus berkembang secara asli ialah memasukkan para ilmuan dari bidang-bidang selain bahasa seperti para jurutera, doktor, peguam, pakar komputer dan saintis ke dalam kelompok penggubal bahasa.

iii perlu ada undang-undang bahasa seperti yang terdapat di Perancis yang menjaga fungsi bahasa. Bahasa Perancis dianggap sebagai pemelihara dan pengembang budaya, bahasa teknologi dan penyelarasan budaya.

v1 perlu ada usaha bertukar-tukar bahan penerbitan antara anggota MABBIM dan MASTERA agar dapat digalakkan pembacaan dan tokoh-tokoh serta karya-karya mereka akan lebih tersebar luas di Nusantara.

Awang Haji Mahrub menjelaskan bahawa memperkasakan bahasa adalah satu usaha berterusan dari satu generasi ke generasi yang selanjutnya. Beliau sarankan agar ditubuhkan sebuah Pusat Bahasa Melayu Nusantara seperti RELC (Singapura) dan SEMEOVOTEC (Brunei) untuk memperkasakan BM.

Proses Kreatif sebagai Unsur Pemerkasaan Bahasa

Prof. Dr Muhammad Haji Salleh22 (Malaysia) memberikan gambaran mengenai hubungan harmonis yang terdapat dalam puisi Melayu khususnya pantun. Penjodohan dalam pantun amat menarik sekali, ia merupakan gabungan alam makna (baris bayangan) dan makna itu sendiri atau tafsiran kita (baris maksud). Maka terjadi gabungan dua unsur iaitu dunia alam (baris banyangan) dan dunia manusia (baris maksud). Misalnya;

Kalau ada sumur di ladang; Boleh kita menumpang mandi. Kalau ada umur yang panjang; Boleh kita berjumpa lagi.

Beliau menyimpulkan bahawa masyarakat dan kepentingan bersama menjadi tema bagi setiap pantun yang dihasilkan secara tradisi. Namun demikian, perubahan zaman yakni dengan kedatangan barat telah merubah ikon-ikon yang digunakan dalam pantun kepada unsur moden yang bukan alamiah seperti basikal dan kereta. Kini temanya lebih bersifat bersifat individualistik. Misalnya;

Ada Iori ada bas; Ada budi ada balas.

22 Kertas kerja bertajuk "Retak Pada Garis Perubahan Estetika Puisi Kepulauan Melayu melalui Masa"

Beliau juga jarangmenc dalampeng: yang menja menyimpuU turun ke hat konsep pen)

Puan Hajah semakin dt mempertaha dibuktikan n istilah DKK, Cina). Begin dan HarunA

Karya-karya zaman pasca· penulis dalan suatu yang id dengan mem: dankaumker beliau dipisal harapan yang kerana ia mer

Zaini Oze25 n doktrin kedua· di kepala beri media cetak ' berpendapat . perkembangar

Prof. Madya D dua peranan. I tutur dan seni mengalakkan 1 para sufi telah 1

diri atau menja iaitu keris dan namun demiki dikuasai.

Kamsiah meru Melayu dan mf ilmu. Sesunggt

23 Short Message Sy: 24 Kertas kerja bertaj 25 Peserta Seminar 26 Kertas kelja bertaj

Page 8: Title Memperkasa bahasa Melayu/Indonesia dalam memperkukuh ... fileDALAM MEMPERKUKUH PERADABAN BANGSA9 Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz ... Maka di Brunei, semua interaksi

thasing sebuah

! dalam tkerana Beliau

knologi

sli ialah , doktor,

;a fungsi 1, bahasa

:IM dan ra-karya

:rterusan ah Pusat i) untuk

ubungan ttun amat u sendiri tm (baris

agi setiap ti dengan :urmoden idualistik.

Beliau juga menekankan bahawa sastera kini lebih dekat kepada hiburan dan protes sosial. Ia jarang menonjolkan keharmonian yang terdapat dalam puisi-puisi tradisional. Satu lagi perubahan dalam pengamatan sastera ialah adanya bahan-bahan seperti telefon bimbit yakni melalui SMS23

yang menjadi wadah pembacaan novel dan sajak seperti yang berlaku di Jepun. Maka beliau menyimpulkan bahawa pada asalnya pengamatan bahan-bahan kesusasteraan bergerak dari telinga turun ke hati, kini ia bergerak dari mata turun ke hati. Ini merupakan satu perkembangan dalam konsep penyampaian dan penerimaan pengajaran.

Puan Hajah Zalilah Shariff & Haji Abdul Rahman Yusof24 (Malaysia) menyimpulkan bahawa semakin dunia menjadi homogen, semakin banyak negara yang mengukuhkan dan mempertahankan identiti mereka. Selepas perang dunia II, nasionalisme semakin kuat seperti dibuktikan melalui karya-karya sastera yang ditulis oleh A Rahim Kajai yang memperkenalkan istilah DKK (darah kerturunan Keling), DKA (darah keturunanArab) dan DKC (darah keturunan Cina). Begitu juga dengan penulis Ishak Haji Muhammad dengan karya "Anak Mat Lela Gila" dan Harun Aminurrashid dengan karya beliau "Panglima Awang".

Karya-karya zaman pra-merdeka pula mencerminkan nada perjuangan manakala karya-karya zaman pasca-merdeka memaparkan nada kesepaduan kaum dan pembangunan. Jelas sekali para penulis dalam setiap zaman cuba menghasilkan komuniti bayangan mereka sendiri. Ia merupakan suatu yang idealistik. Namun demikian, ada juga penulis yang cuba merealisasikan komuniti ini dengan memasuki politik. Perbuatan seumpama ini sebenarnya memecahbelahkan masyarakat dan kaum kerana kini masyarakat yang dahulu menyanjungi sasterawan itu melalui karya-karya beliau dipisahkan melalui parti-parti politik. Kesimpulannya, komuniti bayangan ini adalah satu harapan yang tidak semestinya serasi apabila direalisasikan. Namun demikian, ia masih penting kerana ia memberi harapan dan semangat kepada pembaca.

Zaini Oze25 menganalogikan MABBIM dan MASTERA sebagai komuniti bayangan kerana doktrin kedua-duanya memperkasakan bahasa Melayu. Realitinya terdapat penyimpangan bahasa di kepala berita dan media elektronik di Malaysia yang mula mengikut penyesuaian bahasa di media cetak yang lebih mementingkan ekonomi ruang daripada kemurnian bahasa. Beliau berpendapat bahawa komuniti bayangan ini harus lebih agresif agar dapat membendung perkembangan negatif ini.

Prof. Madya Dr KamsiahAbdullah26 (Singapura) menjelaskan bahawa bahasa boleh menonjolkan dua peranan. Pertama sebagai seni iaitu menonjolkan keindahan dalaman seperti seni kata, seni tutur dan seni puisi. Kedua sebagai senjata iaitu untuk mendominasi seperti bahasa Inggeris, mengalakkan perpaduan dan mencapai matlamat seperti mantera. Beliau menjelaskan bahawa para sufi telah menggunakan bahasa Melayu dalam puisi sebagai seni dan senjata mempertahankan diri atau menjatuhkan musuh. Satu perbandingan dibuat mengenai peranan senjata zaman dahulu iaitu keris dan bahasa pada zaman ini. Dahulu senjata digunakan untuk menjana kuasa fisikal namun demikian kini bahasa digunakan sebagai senjata untuk menjanakan ilmu yang perlu dikuasai.

Kamsiah merumuskan bahawa bahasa Melayu hams digunakan untuk mempertahankan jatidiri Melayu dan menguasai bahasa-bahasa lain untuk menjadikan insan yang berperadaban melalui ilmu. Sesungguhnya orang yang berilmu itu mempunyai keupayaan bahasa yang tinggi.

23 Short Message System "Kertas kerja bertajuk "Kesusasteraan Malaysia : Membina dan Memperkasakan Bangsa" 25 Peserta Seminar 26 Kertas kerja bertajuk "Bahasa Melayu sebagai Seni dan Senjata dalam Mencipta Khazanah Ilmu"

51

Page 9: Title Memperkasa bahasa Melayu/Indonesia dalam memperkukuh ... fileDALAM MEMPERKUKUH PERADABAN BANGSA9 Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz ... Maka di Brunei, semua interaksi

52

Sutradji Calzoum Bachri (Indonesia) dalam kertas kerja bertajuk "Pantun" mengatakan bahawa bahasa adalah produk budaya. Konsep ini menjelaskan bahawa budayajuga mempunyai produk­produk lain seperti pantun. Ia mempakan produk yang diagungkan. Beliau menganggap bahawa alam hams harmonis dalam pantun kerana masyarakat Melayu belajar dan hidup dari alam. Maka manusia yang memberikan nilai kepada pantun. Puisi pula mempakan bahagian pantun yang dibuang maknanya. Manakala talibun yang dibuang isinya akan menghasilkan puisi moden. Kesimpulannya, isi dalam puisi adalah kreativiti pembaca sendiri.

Sutradji menjelaskan bahawa untukjadi kreatifhams ada kebebasan dalam segala bidang tetapi bukan kebebasan demi kebebasan. Maka perlu diberi pendidikan. Seseorang yang ingin bebas itu perlu menghormati tradisi agar pencemaran asing tidak akan mudah meresap ke dalam jiwa jati diri. Beliaujuga menjelaskan bahawa menim adalah kebiasaan pencipta yang kemudiannya akan menciptakan sesuatu yang bam. Contohnya, negara Jepun yang menim teknologi barat untuk menghasilkan bahan elektronik yang bam dan lebih bermutu. Maka ia sesuai dengan konsep minimal ekonomi.

Beliau selanjutnya menjelaskan bahawa puisi sekarang kurang variasi kerana kurang jati diri. Keadaan ini berlaku kerana terlalu banyak peniman bukan penciptaan. lni juga berlaku kerana kurang pencarian. Penyair kini mudah pasrah dan puas apabila ekonomi baik. Dr Hamn Mat Piah menjelaskan bahawa diksi pantun sangat rapat dengan budaya. Ia berkaitan dengan firasat misalnya, tangan gatal, gerak mata dan lain-lain. Sesungguhnya diksi rapat dengan amalan, kepercayaan dan kebiasaan.

Dato' Dr Haji Hassan Ahmad27 (Malaysia) menjelaskan bahawa bahasa Melayu cukup kreatif melalui metafora dan metonimi Melayu tetapi orang-orang Melayu hidup dalam zaman feudal yang menyekat bangsanya. Maka bangsa Melayu hams bebas daripada kongkongan sedemikian. Satu cara kreatifyang dilakukan oleh orang-orang Melayu ialah melakukan kritikan sosial secara terselindung melalui perumpamaan, peribahasa dan lain-lain jenis simpulan bahasa. lni membuktikan bahawa masyarakat Melayu sudah mempunyai kreativiti. Kini hams difikirkan bagaimana hendak mengubah kreativiti tersebut agar memanfaatkan pembangunan peradaban Melayu kini. Beliau menjelaskan bahawa Melayu sebenamya telah hidup dalam zaman globalisasi dengan kedatangan Portugis pada kumn ke 15 dahulu. Namun demikian, Bahasa Melayu masih mampu hidup melalui cara kreatifyang telah dijelaskan tadi.

Dato' Hassan selanjutnya memberikan contoh Hikayat Hang Tuah sebagai satu usaha menghidupkan kembali institusi Melayu dan kerajaannya yang meninggalkan mesej "Tak akan Melayu hilang dari dunia ini". lni berlaku kerana 80 tahun sebelum hikayat ini dihasilkan, Sejarah Melayu telah menceritakan mengenai kebesaran kerajaan Melayu dan kejatuhannya. Maka hikayat ini lebih bersifat rekonstmksi sejarah Melayu.

Sdr lsa Kamari28 (Singapura) membuat beberapa mmusan terhadap karya-karya basil beberapa orang penulis Singapura yang dikaji. Menurut beliau, Mohamed Latiff Mohamed mempakan seorang penulis pesimistik yang tidak memberi sebarang mmusan terhadap masalah petjuangan bangsa Melayu. Manakala Jamal Tukimin pula adalah seorang sasterawan yang menyuarakan protes beliau dengan cara sopan dan beradab sesuai dengan adab Melayu. Masuri SN menggunakan motivasi sebagai dasar perjuangan yang menitikberatkan moral. Namun demikian yang paling

"Kertas kerja bertajuk "Memperkasakan Bahasa Melayu/Indonesia dalam Memperkukuhkan Peradaban Bangsa" 28 Kertas kerja bertajuk "Mengenal Sosok Peribadi Puisi Melayu Singapura Masa Kini dalam Mengukuhkan Peradaban

Bangsa"

kental men kampung ~ terbahagi k

Prof.Mady, Syed Naqui Melayu seb budayadan di Nusantar Kemudianp padatahun banyak tum1

Perkembang; masyarakat l barat dan Ci kebesaran ke dan perkemb tidakpemah Melayu menl demikian, us; sama mereali mangsa prose

Sdr Zawawi 11 bahasa penyat bahasa yang d puisi basil dar kemampuan b1 yang bam. Mi menghasilkar Kesimpulanny mencari yang 1 dasar dalam ht inginkan perbe

Rumusan S

I. Bahasa diri dip bahasa 1

2. Bahasa. ilmu. B~

29 Kertas Kelja bertaj1 30 Kertas Kerja bertaj1 31 Rumusan persidang

Page 10: Title Memperkasa bahasa Melayu/Indonesia dalam memperkukuh ... fileDALAM MEMPERKUKUH PERADABAN BANGSA9 Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz ... Maka di Brunei, semua interaksi

kental menyuarakan semangat kemelayuan ialah Noor S I yang memberikan falsafah berdasarkan kampung sebagai landasan pembangunan. Secara keseluruhan sosok peribadi puisi Melayu terbahagi kepada 3 landasan iaitu perjuangan, moral dan agama.

Prof. Madya Dr Haji Hashim bin Haji Abd Hamid29 (Brunei Darussalam) menyentuh pandangan Syed Naquib AI Attas bahawa tamadun Melayu tidak akan terangkat tanpa Islam. Maka sastera Melayu sebaiknya sesuatu yang menghasilkan pengucapan yang baik kerana ia melambangkan budaya dan nilai. Beliau memberikan gambaran perkembangan pengaruh dan kedudukan bahasa di Nusantara. Menurut beliau pada tahun 1920, penekanan adalah terhadap Bahasa Melayu. Kemudian pada tahun 1950, berkembang kepada agama dan Bahasa Melayu. Namun demikian pada tahun 1980, berubah kepada Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Akhirnya pada 1990, banyak tumpuan diberikan kepada sains dan kemanusiaan.

Perkembangan seumpama ini berlaku kerana perkembangan ilmu yang dipelopori barat. Akibatnya masyarakat Nusantara menjadi konsumsi barat. Kini, dari segi ekonomi Nusantara dibelenggu barat dan Cina. Hashim cuba menyedarkan Melayu Nusantara bahawa kita sering menjulang kebesaran kebudayaan kita tetapi kita tidak gagah kerana kita terpaksa menyesuaikan keadaan dan perkembangan kehidupan kita dengan mengikut perkembangan orang lain sedangkan kita tidak pernah mampu menarik orang lain untuk mengikut kita. Beliau mencadangkan agar orang Melayu menggunakan zaman berteknologi ini untuk memperkasakan bahasa Melayu. Namun demikian, usaha ini memerlukan penglibatan orang ramai dan para pemutus dasar untuk sama­sama merealisasikan agenda nasional iaitu memartabatkan bahasa Me1ayu bukan menjadikan ia mangsa proses pemasaran.

Sdr Zawawi Imran30 (Indonesia) menekankan pentingnya bahasa Indonesia di Indonesia sebagai bahasa penyatuan memandangkan terdapat lebih kurang 14,000 pulau di Indonesia dan pelbagai bahasa yang dituturkan. Maka secara tidak langsung akan timbul kreativiti dalam bahan-bahan puisi hasil daripada jumlah latar yang berbeza-beza. Namun demikian, beliau cuba menonjolkan kemampuan beberapa penulis Indonesia yang menyesuaikan bahan yang ada kepada suatu bentuk yang bam. Misalnya, Sutardji telah menyesuaikan mantera kepada puisi moden, Chairil Anwar menghasilkan puisi lirik manakala Rendra membawa idea baru dalam struktur lama. Kesimpulannya, Zawawi ingin mengenengahkan konsep memelihara yang lama yang baik dan mencari yang bam yang baik. Ini seharusnya menjadi dasar kreativiti. Dasar ini juga merupakan dasar dalam hukum fiqih. Maka kreativiti tidak seharusnya sesuatu yang mencemarkan kerana inginkan perbezaan.

Rumusan Seminar Bahasa dan Sastera31

1. Bahasa Me1ayu/Indonesia terbukti mampu menjadi alat penyatuan bangsa dan alat jati diri di peringkat nasional di setiap negara. Bahasa Melayu/Indonesia berupaya menjadi bahasa ilmu dan teknologi di rantau Melayu.

2. Bahasa Melayu sebagai bahasa ASEAN. Kecemerlangan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Bangsa Melayu sebagai bangsa pencipta.

29 Kertas Kerja bertajuk "Sastera Melayu di Persimpangan Jalan" 3° Kertas Kerja bertajuk "Kreativitas Sasterawan Indonesia Menimba Inspirasi dari Warisan Budaya Lokal" 31 Rumusan persidangan MABBIM/MASTERA terhadap semua kertas kerja yang dibentangkan. 53

Page 11: Title Memperkasa bahasa Melayu/Indonesia dalam memperkukuh ... fileDALAM MEMPERKUKUH PERADABAN BANGSA9 Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz ... Maka di Brunei, semua interaksi

54

3. Untuk merealisasikan bahasa Melayu/lndonesia sebagai bahasa ASEAN, perlu ditubuhkan bidang-bidang pengajaran dan pengajian Melayu di negara-negara ASEAN yang tidak menggunakan bahasa Melayu/lndonesia.

4. Menyebarluaskan penutur bahasa Melayu/lndonesia sehingga menjangkau di luar kawasan penutur bahasa Melayu/Indonesia.

5. Memperbanyakkan kepustakaan di dalam bahasa Melayu/Indonesia untuk meningkatkan keintelektualan masyarakat Melayu sekaligus menaikkan peradaban Melayu. Strategi ini dapat dilaksanakan dengan memperbanyakkan dan mempelbagaikan buku-buku terjemahan, tulisan- tulisan akademik dan pembinaan perpustakaan.

6. Sentiasa memperkembangkan korpus bahasa terutama dari segi peristilahan dan kosa kata supaya bahasa Melayu/Indonesia mampu mengungkapkan ilmu sejajar dengan keperluan semasa.

7. Membina pusat kecemerlangan ilmu dengan menggunakan bahasa Melayu/lndonesia sebagai bahasa pengantarnya.

8. Peningkatan kemahiran bahasa Melayu/Indonesia di institusi tinggi. Melalui strategi ini kredibiliti siswa akan terserlah.

9. Menanamkan sikap bahasa yang positif terhadap bahasa Melayu/lndonesia. Dengan demikian kebanggaan bahasa dan juga pengembangan bahasa dapat dipertingkatkan serta menghindarkan sikap bahasa yang negatif.

10. Mempertingkatkan budaya membaca dalam bahasa Melayu/lndonesia di kalangan masyarakat. Melaluinya kemampuan membaca karya-karya yang besar akan terlaksana. Masyarakat membaca sangat penting untuk membina perkembangan ilmu.

11. Penggunaan bahasa Melayu/Indonesia di sektor kerajaan dan swasta perlu dipertingkatkan. Sehubungan itu pemantauan berterusan oleh badan perancangan bahasa sangat diperlukan.

12. Penggunaan bahasa Melayu/lndonesia di media cetak dan elektronik juga perlu dipertingkatkan.

13. Pencemaran bahasa terutama di media cetak dan elektronik perlu diambil perhatian kerana ini akan menggugat kualiti dan keperkasaan sesuatu bahasa. Da1am hal ini diharap MABBIM akan 1ebih tegas dan berani untuk menanganinya.

14. Pemerkasaan bahasa Melayu/lndonesia hams didokong oleh semua pihak terutama di kalangan pemimpin, intelek dan linguis.

15. Memperkasakan penggunaan bahasa Melayu/Indonesia dengan menggunakan tulisan Jawi.

16.

17.

18.

19.

20. ~

Il

21. l\ Sl

b

22. D kl

23. G

d'

Page 12: Title Memperkasa bahasa Melayu/Indonesia dalam memperkukuh ... fileDALAM MEMPERKUKUH PERADABAN BANGSA9 Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz ... Maka di Brunei, semua interaksi

16. Menubuhkan satu badan yang dapat menangani masalah-masa1ah kebahasaan. Badan tersebut hams mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang.

17. Mengurangkan sekatan kemasukan terbitan-terbitan di kalangan negara-negara MABBIM. Pengurangan sekatan akan meningkatkan khazanah kepustakaan dan penerbitan.

18. Untuk menjadikan Bangsa Melayu/Indonesia sebagai bangsa pencipta tekno1ogi, mereka hams lebih kreatif kerana kekreatifan adalah sangat penting untuk mempertingkatkan dan mempelbagaikan teknologi.

19. Pengajaran sastera Inggeris atau sastera asing yang lain yang diberikan di sekolah-sekolah mestilah diimbangi dengan pengajaran kesusasteraan Melayu/Bahasa Indonesia.

20. Naskhah lama hams diberikan perhatian dalam sistem pendidikan kerana ianya mempunyai nilai-nilai kebudayaan, kesusasteraan dan peradaban bangsa.

21. Media mestilah digunakan secara meluas untuk menyebarluaskan hasil-hasil karya sastera supaya mengangkat istilah MABBIM. Dengan cara sedemikian, kedudukan sastera dan bahasa itu akan dapat menjangkau di selumh lapisan masyarakat.

22. Dalam usaha memperkasa sastera Melayu, sehamsnya diciptakan teori penciptaan dan kritikan sastera Melayu itu sendiri atau teori sastera MASTERA.

23. Golongan profesional dan korporat diperlukan dalam mengangkat kedudukan sastera itu daripada tems terpinggir atau ditenggelamkan oleh cabaran budaya yang lebih besar.